Pendidikan Akidah Rasulullah s.a.w Terha

PENDIDIKAN AKIDAH RASULULLAH S.A.W TERHADAP KANAK-KANAK
BERDASARKAN HADITH KE SEMBILAN BELAS AL-ARBA‘IN ALNAWAWIYYAH
Oleh : Rosni Wazir
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah,
Akademi Islam,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Al-Arba’in al-Nawawiyyah adalah sebuah karya hadith yang terkenal
sehingga mendapat perhatian luar biasa dari khalayak pembaca.
Sering menjadi pilihan sebagai bahan bacaan sama ada secara formal
atau tidak formal. Salah satu daripada hadis-hadisnya ditujukan
khusus kepada golongan muda, iaitu mengandungi unsur-unsur
akidah tauhid uluhiyyah yang sangat penting. Penulisan ini akan
melihat pendidikan akidah yang telah diserapkan oleh baginda
berdasarkan hadis tersebut terhadap golongan muda.

PENDAHULUAN
Penyusunan karya berbentuk al-Arba‘un (himpunan 40 buah hadith) ini mendapat perhatian
yang luar biasa di kalangan masyarakat Islam sehingga bilangannya tidak mampu ditentukan
secara jelas dan tepat. Inilah isyarat yang dapat difahami daripada kata-kata al-Nawawi di
dalam mukaddimahnya yang berbunyi : “Telah menyusun Ulama’-ulama’ berkaitan bab ini

deretan karya yang tidak mampu ditentukan bilangannya…”. 1 Ia bukan sahaja sangat banyak
bilangannya, bahkan berbeza-berbeza pendekatan dan tumpuannya menjadikan ia sangat
menarik untuk dikaji.
Paling menarik perhatian adalah karya al-Arba’in yang disusun oleh al-Nawawi sehingga
dikenali sebagai al-Arba’in al-Nawawiyyah. Ia amat terkenal dan diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa serata dunia. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang membuatkannya

1

Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi (t.t), Matn al-Arba‘in al-Nawawiyyah fi al-Ahadith al-Sahihah bi Sharh
al-Hafiz al-Kabir Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi, Pulau Pinang, Malaysia : Maktabah wa Matba‘ah Dar
al-Ma‘arif, h.3.
Page 1 of 17

menjadi utama setiap golongan. Ia sama ada berkaitan dengan metodologi, kriteria pemilihan
hadis serta topik utamanya.
Sebagaimana yang diketahui baginda Rasul adalah tokoh pendidik yang amat hebat. Baginda
telah berjaya melahirkan generasi yang telah mewarnai dunia ini dengan nur Islam dan ini
bukanlah satu tugas yang mudah. Pengajaran-pengajarannya yang mulia dan penuh hikmah
dapat dilihat dengan jelas di dalam hadis-hadis baginda serta sirahnya yang mulia.

Melalui pendekatan yang hebat, metodologi yang mengkagumkan, baginda adalah tokoh
pendidikan yang terbilang.

AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH.
Tajuk sebenar bagi karya ini adalah “al-Arba‘in fi Mabani al-Islam wa Qawa‘id alAhkam”2, tetapi ia lebih dikenali sebagai al-Arba‘in al-Nawawiyyah nisbah kepada
pengarangnya al-Nawawi 3, dan ia hampir-hampir tidak dikenali kecuali dengan nama ini4.
Karya ini telah disempurnakan oleh al-Nawawi pada malam Khamis, 27 Jamadil Awal tahun
668 Hijrah bersamaan 24 Januari 1270 Masihi. 5 Ia mengandungi 42 buah hadis tetapi
dinamakan “al-Arba‘in” yang bermaksud “empat puluh”. Penjelasan tentang hal ini boleh
difahami daripada kata-kata Sheikh al-‘Uthaymin di dalam mukaddimahnya :
“al-Nawawi telah mengarang banyak karya dan di antara yang terbaik
adalah karya ini al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Ia sebenarnya bukan 40
tetapi 42 buah. Namun begitu, orang Arab telah menghazafkan yang

2

Ini adalah nama yang disebut oleh al-Nawawi di dalam syarah Sahih Muslim. Sila lihat Yahya bin Sharaf alDin al-Nawawi (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li al-Nawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath,
h.100.
3
Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq), cet.1, Kaherah : alFaruq al-Khaditihiyyah, h. 13.

4
Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi al-Hadith wa ‘Ulumuh,
Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, h.340.
5
Al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad : Dar al-Somi‘i li
al-Nasyr wa al-Tawzi‘, h.249. Lihat juga Dr. Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din al-Misto (1996), al-Wafi fi
Sharh al-Arba‘in al-Nawawi, c.9, Beirut : Dar Ibn Kathir, h.377.
Page 2 of 17

sukar disebut dan memanggilnya “al-Arba‘in”. Tidak menjadi isu
sekiranya lebih satu atau dua mahupun kurang satu atau dua.”6
Terdapat 4 faktor utama yang mendorong al-Nawawi menyusun al-Arba‘innya :
1. Mendapat inspirasi daripada hadis Nabi Muhammad  berkenaan kelebihan orang
yang menghafaz 40 buah hadis.
2. Mengikut jejak langkah ulama’-ulama’ terdahulu yang menyusun al-Arba‘un.
3. Menyampaikan hadis-hadis Nabi kepada umat manusia untuk dihafaz, dihayati,
difahami dan diamalkan.
4. Melakukan khidmat pada Islam dan umatnya.
Al-Arba’in al-Nawawiyyah mempunyai banyak keistimewaan, tetapi yang paling ketara
adalah sifat jawami’ al-kalimnya.

Jawami’ al-Kalim adalah satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada sabda-sabda Nabi
Muhammad . Ia pada asasnya adalah sebagai yang disabdakan oleh baginda Rasulullah  :
7

‫ بعثت بجوامع الكلم‬: ‫قال‬
‫ النبي‬‫عن أبي هريرة رضى الله عنه عن‬

Jawami’ al-Kalim sebagaimana pendapat Imam al-Zuhri bahawa : “ Ia adalah bagaimana Allah 
mengumpulkan bagi Nabi Muhammad  urusan-urusan yang banyak tertulis dalam kitab-kitab
sebelumnya hanya dengan satu atau dua urusan sahaja.” Sesetengah ulama lain pula mentakrifkannya
sebagai “Kalimat yang ringkas, namun mengandungi makna yang banyak, padat dan mendalam.”
Hadis-hadis yang dipilih oleh al-Nawawi di dalam al-Arba‘innya adalah yang berbentuk jawami’ alkalim, ringkas tetapi padat dan mengandungi maksud yang penting. Bukan itu sahaja, malahan sanadsanad hadith ini dihazafkan dan jelas dinyatakan oleh al-Nawawi bahawa ia untuk memudahkan
Al-Sheikh Muhammad Salih li al-‘Uthaymin (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman
mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.
7
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Sila lihat Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin
Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif alKutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-al-Ta‘bir, Bab alMafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h.585.
al-Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajaj bin Muslim al-Qushairi al-Naysaburi (2000), Sahih
Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim
‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid wa al-Mawadi’, Bab al-Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi

Arabia : Dar al-Salam, h.759.
Sila lihat komentar al-Bukhari apabila mengulas hadisnya. Sila lihat Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin
Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-Hadith
al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Ta‘bir,
Bab al-Mafatih fi al-Yadd, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h. 585.
6

Page 3 of 17

hafazan. Pendekatan hadis sebegini amat mesra pembaca, senang difahami dan jitu maksudnya.
Sekiranya diperhatikan hanya 7 daripada 42 buah hadis yang sedikit panjang, manakala selebihnya
adalah pendek-pendek sahaja. Bagi masyarakat awam, ia ternyat amat senang untuk dipelajari,
difahami dan dihafaz, terutama bagi mereka yang baru berjinak dengan hadis Nabi .

PENDIDIKAN ISLAM.
Dasar bagi sesuatu perkara adalah amat penting kerana dari situlah wujudnya paradigm
terhadap perkara itu yang membawa kepada pengaruh yang besar terhadap sesuatu sistem.
Maka, dasar bagi pendidikan Islam adalah jelas, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pendidikan, sama ada dalam masyarakat Barat ataupun Islam, bertujuan untuk menyebarkan
pengalaman dan kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Dalam pendidikan Islam, penyebaran pengalaman ini boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu : pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang keadaannya
sentiasa berubah dari masa ke semasa; dan pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap yang
terdapat dalam agama. Pengalaman ini tidak berubah dan boleh didapati daripada al-Quran
dan al-Sunnah.8
Pada asasnya tujuan pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan kamil yang
berketrampilan dari tiga aspek : kognitif (intelektual), efektif (pengalaman) dan psikomotor
(indera).9
Kognitif berkait dengan akal. Pembinaan minda atau akal dengan pengisian pelbagai ilmu
wahyu dan akli yang mampu menyiapkan individu untuk berfikir, mentaakul, merenung,
menyimpulkan dan memandu akliah ke arah paksi ketuhanan sehingga menyampaikan segala
ilmu kepada keagungan dan kebesaran Ilahi.10
Efektif berkait dengan hati. Ia adalah satu proses memberi individu pengalaman dan
penghayatan terhadap sesuatu ilmu Efektif berkaitan dengan kesedaran pemilikan fitrah, roh,

8

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Shah Alam : Penerbitan Fajar
Bakti, hlm. 55.
9

Ibid., hlm.19.
10
Ibid.
Page 4 of 17

jiwa dan perasaan sehingga ke tahap “insan sedar” akan kepentingan, tanggungjawab dan
kewajipan.11
Psikomotor berkait dengan pancaindera. Ia adalah pergerakan indera dan pancaindera anggota
manusia agar terbiasa secara natural bermula dari aspek pertumbuhan, tumbesaran,
perkembangan dan pematangan.12
Pendidikan Islam juga bermatlamat untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di
dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Kesimbangan ini dapat diwujudkan dengan
akal fikiran. Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman,
berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal soleh.13
BENTUK DAN METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH.
Pendidikan Rasulullah terhadap anak-anak dan remaja dapat dilihat daripada sabda baginda :

‫ علموا‬: ‫ قال رسول الله صلى الله عليم وسلم‬: ‫عن ابن عباس رضى الله عنه‬
‫ وإذا غضب أحدكم فليسكت )رواه‬،‫ وبشروا ول تنفروا‬،‫ويسروا ول تعسروا‬
(‫البخاري‬

Maksudnya : Dari Ibnu ‘Abbas r.hu berkata, ia Rasulullah s.a.w bersabda : “Ajarilah,
permudahlah, jangan engkau persulitkan, berilah khabar gembira, jangan engkau beri
ancaman. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah diam.
Pesanan baginda ini dapat kita lihat sepanjang sirah hidupnya yang mulia dan dituruti pula
oleh para sahabat, tabi’in dan salafussoleh.
Secara umumnya, metodologi pengajaran Rasulullah dapat dinyatakan sebagaimana berikut :
a) Kuliah dan khutbah atau pidato.
b) Dialog atau perbincangan
c) Halakah
d) Soal jawab
11

Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd, hlm.20
12
Ibid.
13
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994), op.cit., hlm.57.
Page 5 of 17


e) Hafalan
f) Mujadalah (perdebatan)
g) Menggunakan lukisan
h) Pengajaran secara praktikal atau demonstrasi
Namun, asas utama kepada pendidikan baginda adalah qudwah hasanah iaitu metode “contoh
dan tauladan” yang diiringi dengan kasih sayang atau mahabbah. Gabungan kedua-dua metod
ini membuatkan pengajarannya mudah diterima dan meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap murid-murid baginda.
Kedua-dua metode yang diamalkan oleh baginda menghala kepada dua sasaran pendidikan
iaitu aspek kognitif dan psikomotor. Baginda mengajar akidah dengan memberi penekanan
kepada aspek kognitif iaitu menanam rasa keimanan kepada Allah s.w.t diakal dan jiwa
umatnya. Setelah matlamat itu dicapai, baginda menumpukan pula kepada pembentukan
akhlak. Aspek yang berkaitan degan sistem nilai (internal), tingkah laku dan pergerakan
(external/psikomotor) murid dibimbing agar sesuai dengan keyakinan (iman) akidah yang
dipegang oleh mereka.14
Kisah tentang sifat kasih-sayang baginda amat banyak dan tiiada manusia yang mampu
menunjukkan tahap kasih sayang sebegitu tinggi terhadap kanak-kanak sebagaimana baginda.
Kasih-sayang yang ditunjukkan oleh seorang pesuruh Allah ini membuatkan mereka sungguh
bersemangat dan gembira dengan kehidupan.
Baginda seringkali melakukan sentuhan kasih sayang seperti memeluk dan menggenggam

tangan mereka. Seringkali baginda menggosok-gosok pipi mereka dengan tangannya yang
suci sehingga meninggalkan bauan yang sangat wangi. Budak suruhan baginda, Anas pernah
menyatakan bahawa tiada yang selembut tangan baginda mengusap pipinya dan tiada bauan
sewangi badan baginda.
Baginda juga suka berjenaka dan menggembirakan mereka dengan kelucuannya. Pernah
diceritakan bagaimana seorang kanak-kanak yang mengambil buah tamar dari kebun jirannya
dibawa berjumpa Rasulullah. Nabi Muhammad bertanya kepadanya : “Wahai kanak-kanak
14

Ibid., hlm.57.
Page 6 of 17

yang kusayangi, kenapa kamu melempar batu kepada pokok-pokok itu?” Dengan lurusnya
kanak-kanak menjawab ; “Saya mahukan buahnya.”. Baginda memberi nasihat : “Jika kamu
nak makan buahnya, ambillah buah yang telah jatuh dari pokoknya.” Baginda menggosokgosok kanak-kanak itu dengan kasih sayang dan berkata : “Moga Allah memberkati mu
dengan perut yang penuh dengan tamar ini.”
Perbuatan nabi yang penuh kasih-sayang dan doanya yang mengandungi sedikit kelucuan ini
akan menjadi salah satu dari bentuk pendidikan tidak formal baginda.15
Kanak-kanak juga sangat gembira dengan kehadiran baginda kerana sifatnya yang suka
memberi hadiah pada mereka. Menjadi amalan sahabat, buah-buahan yang pertama sekali

masak dan yang paling elok sekali akan dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w dan selalunya
baginda akan hadiahkannya pula kepada kanak-kanak yang paling kecil yang berada di situ.
Dari segi psikologinya, pelajar belajar dengan baik apabila dapat galakan dan ganjaran.16
Baginda juga memilih jalan yang lebih mudah dalam beribadah demi kerana kanak-kanak.
Contohnya, sekiranya baginda mendengar suara kanak-kanak menangis dalam masjid
seawaktu solat berjamaah, baginda akan memendekkan bacaan supaya ibu-ibu dapat segera
mendapatkan anak-anak itu setelah selesai solat.
Pernah diceritakan bagaimana baginda mengajar seorang kanak-kanak tentang adab dan cara
makan yang betul. Kanak-kanak itu dididiknya dengan penuh kasih-sayang, diajarinya doa
sebelum makan, dijelaskan tentang kelebihan menggunakan tangan kanan semasa makan dan
memulakan makan dengan hidangan yang berada dihadapan kita terlebih dahulu. Hal ini
dapat dilakukan baginda secara langsung kerana kanak-kanak itu makan sepinggan
dengannya. Nah, bagaimana seorang pesuruh Allah yang mulia tidak segan untuk berkongsi
makanan dengan seorang kanak-kanak! Inilah rahsia kejayaan baginda melahirkan insan
rabbani dan unik.

15

M.R.K Afridi & Arif Ali Khan (Ed.) (2007), Educational Of Philosophy, New Delhi : Pentagon Press,
hlm.314.
16
Ibid., hlm. 87.
Page 7 of 17

Pendidikan Rasulullah s.a.w Berdasarkan Hadith Sembilan Belas daripada al-Arba’in
al-Nawawiyyah :
Hadis yang dimaksudkan adalah :

‫ كـــنت خـلـــف‬: ‫ قــــال‬، ‫عـن أبي العـباس عـبد الله بن عـباس رضي الله عـنهما‬
: ‫ يـا غـــلما ! إنــي اعـــلمك كــــلمات‬: ‫ فـقـال‬، ‫النبي صلي الله عـليه وسلم يـوما‬
، ‫ إذا ســـألت فـــاسأل اللــه‬، ‫ احـفـظ الله تجده تجاهـك‬، ‫احـفـظ الله يـحـفـظـك‬
‫ واعـــلم أن المـــة لـــو اجـتمـعـــت عـــلى أن‬، ‫وإذا اسـتعـــنت فـاسـتـعـــن بــالله‬
‫ وإن اجتمعـــوا‬، ‫يـنـفـعـوك بشيء لم يـنـفـعـوك إل بشــيء قـــد كـتـبـــه اللــه لــك‬
‫عـلى أن يـضـروك بشــيء لـــم يـضـــروك إل بشــيء قـــد كـتـبـــه اللــه عـلـيـــك ؛‬
.‫ وجـفـت الـصـحـف‬، ‫رفـعـت القــلما‬
Maksudnya : Daripada Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : “Pada suatu
hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda : “Wahai budak! Sudilah
kiranya aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan
memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kami
meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya
jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sesekali
tidak akan dapat memberi manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh
Allah Taala kepadamu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan bencana
kepadamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali sesuatu yang telah ditetapkan
oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat kalam dan telah keringlah lembaran (Hadits riwayat alTirmidhi).
Di dalam hadith riwayat selain dari al-Tirmidhi disebut :

‫ واعلم‬، ‫ تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك في الشدة‬، ‫احفظ الله تجده أمامك‬
‫ واعلم ان النصر‬، ‫ وما أصابك لم يكن ليخطئك‬، ‫أن ما أخطأك لم يكن ليصيبك‬
.‫ وان مع العسر يسرا‬، ‫ وان الفرج مع الكرب‬، ‫مع الصبر‬
Maksudnya : Peliharalah Allah, kamu akan dapati-Nya berada di depanmu. Kenalilah
(ingatilah) Allah ketika kamu berada dalam kesenangan, nescaya Dia akan mengenalimu

Page 8 of 17

(mengingatimu) ketika kamu berada dalam kesusahan. Dan ketahuilah sesungguhnya sesuatu
yang telah ditetapkan tidak mengenaimu, tidak sekali-kali akan menimpamu. Dan apa-apa
yang telah ditetapkan akan mengenaimu, kamu sesekali tidak akan terlepas daripadanya.
Ketahuilah sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan kelapangan bersama
kesusahan. Sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan.
Pendidikan Pada Umur Yang Sesuai :
Identiti “budak” yang disebut di dalam hadis tersebut adalah sepupu baginda, Abdullah bin
Abbas yang pada waktu itu masih kanak-kanak berusia tidak lebih dari 12 tahun.
Menurut teori Osward Kroh, usia sebegini adalah period dan tingkat kritis (10-12 tahun) di
mana pengamatan dan tanggapan mereka bersifat kritis dan realistik. Mereka mampu
memberikan sintesis logik dan sudah mampu menghubungkan bahagian-bahagian tertentu
kepada satu bahagian sahaja, hal tersebut kerana wawasan dan intelektual kanak-kanak sudah
mencapai tingkat kematangan.17
Tempoh umur sebegini juga pemikiran mereka sudah mula berkembang secara beransuransur, kanak-kanak ketika ini betul-betul berada dalam situasi pembelajaran. Selain dari
keluarga, persekitaran dapat memberikan pengaruh yang sistematik terhadap pembentukan
akal budi kanak-kanak dan pengetahuan secara pantas.
Baginda sangat menginginkan Abdullah serta pemuda dan pemudi muslim supaya
memanfaatkan masa muda mereka dengan baik kerana Allah s.w.t akan mengurniakan nikmat
pendengaran, penglihatan dan akal dalam usia tuanya18.
Seorang pemuda atau pemudi yang membesar dengan hatinya dekat dengan syariat Allah
akan mendapat lindungan ‘arasy pada ketika tiada lindungan lain selain lindungan Allah
Taala di Akhirat kelak.

17

Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan,, Azizi Yahya : Zaman Kanak-Kanak,
Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, hlm.94.
18
Dr.Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din Masto (1996), al-Wafi fi Sharh al-Arba’in al-Nawawiyyah, Dar Ibn
Kathir : Damsyiq, hlm 124.
Page 9 of 17

‫سبعة يظللهم الله في ظله يوما ل ظل إل ظله الماما العادل وشاب نشأ في‬
‫عبادة الله عزوجل‬...
Maksudnya : Tujuh golongan yang Allah s.w.t berikan perlindungan kepada mereka pada hari
yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya : Imam yang adil, pemuda yang hidup
beribadat kepada Allah Taala..
Baginda inginkan Abdullah menggunakan tenaga muda yang ada padanya sebaik mungkin
dan tidak dicurahkan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Baginda memilih utuk menasihati Abdullah yang masih mentah itu kerana baginda tahu inilah
masa yang paling sesuai untuk menerapkan nilai-nilai murni sebagai bekalan sepanjang
hidupnya.

Kesesuaian Masa :
Kisah antara baginda dan Abdullah bin Abbas ini berlaku sewaktu baginda dan sepupu
kecilnya itu sedang menunggang kuda.
Kanak-kanak pada usia ini adalah sangat aktif dan segala sesuatu yang aktif dan bergerak
akan menarik perhatian kanak-kanak. Semakin banyak yang dilakukan, semakin berguna
aktiviti tersebut dalam meningkatkan perkembangan peribadi kanak-kanak.19
Rasulullah sangat memahami emosi seorang kanak-kanak yang mudah seronok, teruja dan
positif dengan aktiviti fizikal. Pada waktu inilah baginda menyampaikan pengajarannya dan
sudah pasti Abdullah akan menyerap maklumat tersebut dan memanfaatkan sebaiknya.
Kebijaksanaan baginda memilih masa melambangkan ketinggian jiwa pendidik yang
dimilikinya.

Menarik Perhatian Pendengar:
19

Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), op.cit., hlm.125.
Page 10 of 17

Sebelum

memulakan

pesanannya,

baginda

menarik

perhatian

Abdullah

dengan

memanggilnya “wahai budak!” supaya fikirannya tertumpu sepenuhnya kepada nasihat yang
ingin baginda sampaikan.
Nasihat tersebut bermula dengan suatu perangsang, bagi mendapatkan perhatian yang lebih
dan persediaan yang cukup untuk ditanamkan akidah tauhid yang sebaiknya bermula dari
kecil. Kata-kata perangsang yang dimaksudkan adalah ‫ إني اعـلمك‬yang bermaksud “sudikah
kiranya aku mengajarmu beberapa kalimah”. Kata-kata ini pada lahirnya merupakan
pertanyaan, tetapi ia tidak bermaksud mendapatkan jawapan, hanya sebagai persediaan bagi
mendapatkan perhatian yang cukup kepada pengajaran yang berikutnya.20

PENDIDIKAN AKIDAH RASULULLAH TERHADAP ABDULLAH BIN ABBAS.
Abdullah bin Abbas adalah sepupu baginda yang masih dalam usia kanak-kanak sewaktu
beliau menerima mutiara-mutiara hikmah daripada Nabi Muhammad s.a.w. Usia yang
dinyatakan sebagai kawasan yang paling subur untuk pembangunan pendidikan kerana ia
merupakan masa terpanjang dibandingkan makhluk hidup yang lain. Masa kanak-kanak
manusia memliki kelebihan berupa aktif, polos dan fitrah.21
Pada usia sebegini, ingatan kanak-kanak mencapai kesungguhan paling tinggi dan kuat. Daya
menghafal dan daya ingatan adalah paling kuat dan mampu mengingat dalam kuantiti yang
banyak.22
Melihat kepada makna hadis yang berkaitan, dapat dikenalpasti bahawa perkara utama yang
ditekankan oleh baginda adalah kecintaan terhadap Allah s.w.t. Kecintaan yang jitu seperti ini
akan menjamin kehidupan kanak-kanak ini apabila dewasa kelak. Mereka akan takut untuk

20

Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), Ulasan dan Terjemahan Hadith 40, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm.221.
21
Dr.Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid (2010), terj. Farid Abdul Aziz Qurusy, Prophetic Parenting : Cara
Nabi s.a.w Mendidik Anak, Yogyakarta : Pro-U Media, hlm.302.
22
Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan, Azizi Yahya : Awal Persekolahan, Skudai :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, hlm.125.
Page 11 of 17

melakukan dosa dan menyerahkan segala pergantungan kepada Allah semata-mata dan tidak
tahu pada kuasa lain selain-Nya.
Sekiranya kita meneliti huraian ulama’ terhadap makna hadith ini, antara kalimah yang
penting di sini adalah ‫ احفظ الله‬yang bermaksud “peliharalah Allah” iaitu kenalilah batasbatas yang telah digariskan oleh Allah Taala, jagalah ia dan jangan melampauinya.
Beriltizamlah dengan perkara yang difardukan dan sentiasa bertakwalah kepada-Nya, iaitu
dengan melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.23
Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Rasulullah ini sebagai tanda keseriusan baginda untuk
membimbing dan melahirkan generasi mukmin contoh. Baginda ingin berpesan kepada
Abdullah secara jelas iaitu sentiasa menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah
Taala kerana itu adalah sumber kekuatan kita sebagai manusia.
Asas yang ingin diterapkan oleh banginda sedari usia yang muda sebagai persediaan dalam
mendepani ujian yang bakal mendatang.
Segala ketundukan kepada batas-batas Allah ini bukan datang secara percuma kerana “bonus”
yang diperolehi adalah sangat besar iaitu kita berhak memperolehi bantuan dan pertolongan
daripada kuasa yang Maha Tinggi iaitu Allah Taala. Firman Allah s.w.t :

          
Maksudnya : Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya daripada sesuatu yang bahaya dengan perintah
Allah (Surah al-Ra’d ayat 11)
Baginda ingin nyatakan bahawa segala permohonan, doa dan permintaan hanya kepada Allah
s.w.t. Hanya Dia tempat kita meminta tolong dan bukan makhluk yang serba lemah dan
kekurangan.
Apabila mereka sedar tentang hakikat ini, akan lahirkan satu generasi yang mantap
akidahnya, berani dan tidak takut pada mana-mana kuasa lain selain dari Allah Taala. Ini
adalah akidah yang perlu diterapkan dalam jiwa mukmin sedari muda lagi. Inilah generasi
23

Dr. Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din Masto (1996),op.cit., hlm 123.
Page 12 of 17

yang kita ingini dan mampu mengangkat Islam ke tempatnya yang paling mulia. Mereka
yang meyakini bahawa tiada kuasa lain sehebat kuasa-Nya. Firman Allah s.w.t :

            
 
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan
kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang
akan dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu…(Ali Imran : 159)

             
  
Maksudnya : Apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia berupa rahmat,
maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah
maka tidak ada seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu (Fatir : 2)
Baginda juga amat menyedari ujian, cabaran, tribulasi yang bakal dihadapi oleh golongan
muda ini dalam hidup mereka yang mendatang. Mereka memerlukan satu motivasi dan katakata nasihat yang boleh dijadikan bekalan kehidupan mereka nanti. Baginda menegaskan
bahawa segala perjuangan, tidak kira apa bentuknya, perlu dilalui dengan kesabaran kerana di
situlah lahirnya kemenangan.
Kata kunci di sini adalah “sabar” yang ditakrifkan oleh ulama sebagai menahan dan
mendisiplinkan diri supaya mengikut atau melaksanakan apa yang dituntut oleh akal dan
syara’. Termasuk dalam pengertian ini adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang
ditegah oleh akal dan syara’.24
Sesiapa sahaja yang sabar dengan musibah dan kesulitan, akan memperolehi kemenangan dan
kemudahan. Itu adalah sesuatu yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Nasihat yang sebegini hebat
pastinya akan melahirkan anak muda yang positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah
Taala.

24

Dr.Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din Masto (1996), ibid., hlm.129.
Page 13 of 17

Nasihat ini amat penting diberikan kepada golongan muda kerana mereka bakal berdepan
dengan kehidupan yang lebih panjang dan pastinya akan diuji oleh Allah Taala. Penawar
kepada liku dan ranjau ini perlu disedari sedari awal. Firman Allah Taala :

      
 
Maksudnya : Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui
orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar kami menyatakan (baikburuknya) hal ehwal kamu (Muhammad : 31)
Dalam pengakhiran hadis ini Nabi Muhammad s.a.w menyebut” ، ‫رفـعـت القــــلما‬

‫ ”وجـفـت الـصـحـف‬yang bermaksud “telah diangkat kalam dan keringlah lembaran.” Ini
adalah penekanan pada keimanan terhadap qada’ dan qadar yang secara jelasnya bukan
bermaksud berserah dan tidak berusaha. Allah s.w.t sentiasa melihat apa yang kita kerjakan
dan Dia menyuruh kita berusaha dan bekerja. Firman-Nya :

    
Maksudnya : Dan katakanlah : Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu
itu. (al-Taubah : 105)
Baginda juga ingin menerangkan bahawa setiap muslim wajib mengambil asbab (sebabsebab yang boleh mencapai sesuatu yang diingini) iaitu dengan beramal, berusaha dan
mencurahkan kesungguhan. Sesiapa yang meninggalkan asbab dan berhujjah dengan takdir
maka sesungguhnya dia melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t.25
Baginda menginginkan agar Abdullah menjadi seorang manusia yang berusaha bersungguhsungguh dan tidak menjadikan takdir sebagai alasan untuk malas dan berserah begitu sahaja.

KESIMPULAN
Baginda Rasulullah adalah seorang pendidik yang hebat, memulakan proses didikannya
dengan qudwah hasanah yang membuatkan sesiapa sahaja mudah menerima pengajarannya.
25

Dr.Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din Masto (1996), ibid., hlm.130.
Page 14 of 17

Baginda, dengan keperibadian penuh kasih sayang telah menyampaian untaian nasihat dan
hikmahnya berkaitan tauhid dan akidah kepada Allah s.w.t kepada Abdullah bin Abbad yang
masih kanak-kanak pada waktu itu.
Pemilihan masa yang tepat, metod yang menarik serta pendekatan yang penuh kasih sayang
telah membuatkan Abdullah bin Abbas dapat menerima wasiat itu dengan baik dan berkesan.
Kisah baginda dan Abdullah bin Abbas ini dapat dijadikan panduan pendidikan akidah
kepada kanak-kanak di Malaysia. Baginda menanam benih kecintaan yang jitu kepada Allah
Taala sedari awal kerana baginda tahu dan mengerti apa yang bakal dihadapi oleh kanakkanak ini di masa hadapan.
Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang jika mereka tidak
menjaga batasan dan syariat yang telah digariskan oleh Allah Taala.
Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang berani jika mereka tidak
yakin bahawa segala pertolongan, permohonan dan permintaan hanya untuk Allah Taala yang
tidak pernah jemu memberi.
Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang kebal dengan ujian hidup jika
mereka tidak yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan menguji hamba-Nya dan Dia mengurniakan
bersama-samanya kesenangan, kemenangan dan kemudahan.
Formula akidah baginda ini seharusnya menjadi “menu” utama dalam silibus pendidikan
kanak-kanak di Malaysia ini dalam persediaan kita berdepan dengan arus kemodenan yang
kejam dan tidak mengenal siapa.

Page 15 of 17

RUJUKAN :
1)

‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad :
Dar al-Somi‘i li al-Nasyr wa al-Tawzi‘.

2)

Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), Ulasan dan Terjemahan Hadith 40, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

3)

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Shah
Alam : Penerbitan Fajar Bakti.

4)

al-‘Uthaymin, Muhammad Salih (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman
mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.

5)

al-Bukhari, Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin alMughirah bin Bardizbah (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif alKutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.),
Kitab al-al-Ta‘bir, Bab al-Mafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam.

6)

al-Hadad, Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi
al-Hadith wa ‘Ulumuh, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

7)

al-Misto, Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din (1996), al-Wafi fi Sharh al-Arba‘in alNawawi, c.9, Beirut : Dar Ibn Kathir.

8)

al-Nawawi, Yahya bin Sharaf al-Din (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li alNawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath.

9)

al-Nawawi, Yahya bin Sharaf al-Din (t.t), Matn al-Arba‘in al-Nawawiyyah fi alAhadith al-Sahihah bi Sharh al-Hafiz al-Kabir Yahya bin Sharaf al-Din alNawawi, Pulau Pinang, Malaysia : Maktabah wa Matba‘ah Dar al-Ma‘arif.

Page 16 of 17

10)

al-Naysaburi, al-Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajaj bin Muslim alQushairi (2000), Sahih Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah,
Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid
wa al-Mawadi’, Bab al-Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi Arabia :
Dar al-Salam.

11)

Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

12)

Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq),
cet.1, Kaherah : al-Faruq al-Khaditihiyyah.

13)

M.R.K Afridi & Arif Ali Khan (Ed.) (2007), Educational Of Philosophy, New Delhi :
Pentagon Press.

14)

Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid (2010), terj. Farid Abdul Aziz Qurusy,
Prophetic Parenting : Cara Nabi s.a.w Mendidik Anak, Yogyakarta : Pro-U Media.

15)

Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan, Azizi Yahya :
Zaman Kanak-Kanak, Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

16)

Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan, Azizi Yahya :
Awal Persekolahan, Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 17 of 17