Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi
Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi Dapat Meningkatkan
Kemahiran Berkomunikasi Dan Minat Murid Tahun Tiga
Dalam Topik Ciri-Ciri Haiwan
Muhammad Hafizzi Bin Saiman
[email protected]
Azilina Binti Mohamed Nor
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk menunjukkan penggunaan
kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
murid dan minat murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’. Penyelidikan
telah dijalankan di salah sebuah sekolah yang berada di dalam daerah
Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Responden juga telah dipilih dalam
kalangan murid-murid Tahun 3 yang berada di sekolah berkenaan seramai 22
orang yang terdiri daripada pelbagai jantina dan bangsa. Pencapaian
responden adalah pada tahap sederhana dan dalam kalangan murid di kelas
pertengahan. Kaedah pemgumpulan data yang digunakan semasa kajian
adalah kaedah praujian dan pascaujian untuk mengumpul data tentang
peningkatan kemahiran berkomunikasi murid, kaedah soal selidik digunakan
untuk melihat minat murid dan kaedah temu bual yang digunakan untuk
mengumpul data tentang peningkatan kemahiran berkomunikasi dan minat
murid. Hasil dari analisis semua data, menunjukkan nilai min praujian 66.2
dan nilai min pascaujian adalah 83. Min keseluruhan untuk minat murid
adalah 3.85. Impak positif dari penyelidikan tindakan ini telah menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan minat murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri
haiwan.’
1
Konteks
Sistem pendidikan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa dan mengalami
pelbagai perubahan sehingga ke abad 21 ini bertujuan untuk membina dan memastikan
sistem pendidikan Malaysia sentiasa pada tahap yang terbaik agar dapat melahirkan
modal insan yang sentiasa celik ilmu, berkemahiran tinggi dan menguasai dunia
teknologi. Lantaran itu satu pelan terancang dan teratur telah diperkenalkan oleh
kerajaan bagi menjamin kualiti yang terbaik dalam sistem pendidikan negara iaitu Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kepelbagaian dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik sudah semestinya mampu
meningkatkan pelbagai kemahiran murid di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran
Sains yang memerlukan penguasaan dan perkembangan pelbagai jenis kemahiran dalam
diri murid.
Melalui kaedah nyanyian lagu beraksi, guru dapat mengembangkan kemahiran
berkomunikasi murid. Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu elemen yang
terdapat dalam kemahiran proses sains iaitu dengan cara kebolehan murid untuk
memindahkan sesuatu maklumat ke dalam bentuk maklumat yang lain secara lisan atau
penulisan yang perlu dididik dan diperkembangkan dalam kalangan murid. Hal ini
kerana kemahiran proses sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan
penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian perhubungan dan
perkaitan di antara matlamat guru untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan menerapkan kaedah nyanyian
lagu beraksi sudah pasti dapat dicapai dengan mudah dan efektif seterusnya menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
Fokus Kajian
Kajian penyelidikan tindakan yang telah dijalankan di sekolah rendah ini berfokuskan
kepada penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi untuk meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dan minat murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’. Kebanyakkan
guru di sekolah tersebut mengamalkan kaedah dan suasana pengajaran dan pembelajaran
berbentuk tradisional dan murid tidak berpeluang untuk menggunakan dan
memperkembangkan kemahiran berkomunikasi sains mereka. Perkara inilah yang
menjadi titik tolak untuk timbulnya permasalahan isu kajian tentang kurangnya
penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini kerana
pengajaran berbentuk tradisional adalah guru yang mengawal sepenuhnya pengajaran,
suasana kelas dan berkuasa terhadap kelas tersebut (Jasmine, 2002). Menurut Zawati
(2009) kanak-kanak sangat suka kepada aktiviti yang menggerakkan kesemua anggota
badan mereka dan menyanyi. Oleh yang demikian, apabila guru-guru dapat
mengaplikasikan kaedah nyanyian lagu beraksi ini di dalam kelas sudah semestinya
2
dapat membentuk suasana yang menyeronokkan dan murid sangat berminat untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui nyanyian adalah
punca endorfin mengalir, merangsang perasaan yang baik ke seluruh badan dan
merangsang aktiviti otak (Shepherd school). Apabila nyanyian ini mampu merangsang
aktiviti otak dan pemikiran mereka, maka mereka akan timbul rasa seronok untuk
menyanyi seterusnya akan timbul rasa minat dam keinginan untuk belajar.
Pelan Tindakan
Objektif dalam kajian ini adalah untuk menentukan sama ada kaedah nyanyian lagu
beraksi dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 terhadap topik
‘Ciri-ciri Haiwan’ dan mengenalpasti sama ada kaedah nyanyian lagu beraksi dapat
meningkatkkan minat murid Tahun 3 terhadap topik ‘Ciri-ciri Haiwan’. Bilangan
responden adalah seramai 22 orang iaitu terdiri daripada 10 orang responden lelaki dan
12 orang responden perempuan. Tahap pencapaian akademik responden pula berada
pada tahap sederhana berdasarkan pada rekod markah Ujian Kemajuan 1. Sebelum
mengimplementasi kaedah nyanyian lagu beraksi, soalan praujian telah diberikan kepada
semua responden. Seterusnya kaedah ini dilaksanakan kepada semua responden
sebanyak tiga kali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Setelah itu
soalan pascaujian telah diberikan kepada semua responden untuk melihat perkembangan
kemahiran berkomunikasi mereka. Sesi temu bual juga telah dilaksanakan kepada lima
orang responden dan seterusnya mengedarkan borang soal selidik kepada semua
responden.
Pelaksanaan Pelan Tindakan
Perancangan awal adalah membuat perangkaan awal tentang permasalahan yang wujud
dengan menyatakan terlebih dahulu isu yang ingin dibawa dan diselesaikan dalam
penyelidikan tindakan ini. Seterusnya langkah dilanjutkan dengan merancang soalan
kajian dan objektif kajian yang ingin dicapai agar mendapat gambaran awal yang jelas
tentang fokus utama kajian yang dijalankan di sekolah. Selain itu melaksanakan
beberapa tinjauan dan mencari bahan-bahan rujukan dari perpustakaan.
Berdasarkan kepada pelan pelaksanaan tersebut, pada minggu ke tujuh adalah
mendapatkan maklumat berkaitan dengan pencapaian akademik responden bagi mata
pelajaran Sains dan menjalankan kaedah instrumen pengumpulan data pra ujian kepada
semua responden. Pada minggu ke sembilan dan sepuluh adalah kaedah nyanyian lagu
beraksi tersebut kepada semua responden. Seterusnya melaksanakan sesi temu bual
bersama 5 orang responden dan setiap bahagian aspek perbincangan dalam temubual
tersebut telah dipindahkan dalam bentuk transkrip temu bual bersama responden yang
akan menjadi penyokong kepada instrumen pengumpulan data yang lain.
3
Instrumen ketiga iaitu soal selidik. Maklumat yang diperoleh dari instrumen ini telah
dianalisa dan diterjemahkan dalam kiraan peratus dan seterusnya telah dipindahkan
dalam bentuk pengurusan grafik jadual bagi beberapa item yang dipersoalkan yang
terdapat di dalam borang soal selidik tersebut.
Kaedah Pengumpulan Data
Penyediaan soalan praujian yang bersesuaian dengan kajian telah dilakukan. Seterusnya
tindakan yang telah dijalankan kepada responden yang sama adalah sesi pascaujian.
Oleh yang demikian, keputusan telah dapat dilihat iaitu perbandingan peningkatan dari
aspek penguasaan dan kemahiran mereka untuk memindahkan maklumat dalam bentuk
grafik setelah menjalankan kaedah nyanyian lagu beraksi tersebut. Kaedah kedua adalah
temu bual. Soalan temu bual adalah bersifat ringkas, mudah untuk difahami dan
berfokus kepada tema-tema yang tertentu iaitu minat, kebolehan memindahkan
maklumat dan perasaan responden. Manakala jumlah soalan temu bual telah dihadkan
sebanyak lima soalan sahaja. Kaedah ketiga adalah soal selidik. Jumlah item yang telah
digunakan adalah sebanyak sepuluh item sahaja. Item-item yang ditanya adalah
berkaitan dengan minat dan penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi ini. Manakala
pilihan jawapan yang disediakan dalam borang soal selidik adalah berdasarkan kepada
Skala Likert 4 mata untuk setiap item yang terdapat dalam borang tersebut. Empat mata
dalam Skala Likert tersebut adalah bermula dengan pilihan sangat tidak setuju (STS),
tidak setuju (TS), setuju (S) dan sangat setuju (SS).
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Dapatan kajian telah dibincangkan berdasarkan kepada dua objektif kajian yang perlu
dicapai sepanjang kajian dijalankan.
Objektif 1 : Penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkan .
kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 terhadap topik ‘Ciri-ciri haiwan’.
Instrumen yang telah digunakan untuk mengukur dan menguji kaedah ini dan sekaligus
untuk membuktikan keberkesanannya adalah dengan menggunakan kaedah ujian. Sesi
praujian dan pascaujian telah dijalankan terhadap responden.
4
Rajah 1 Bilangan responden terhadap pencapaian praujian dan pascaujian mengikut gred
Graf dalam Rajah 1 jelas dan nyata menunjukkan perubahan markah yang berlaku
terhadap responden bagi praujian dan pascaujian. Berdasarkan pada graf Rajah 1 hanya
terdapat 7 orang responden sahaja yang mendapat gred A pada keputusan praujian, 8
orang yang mendapat gred B, manakala seramai 6 orang responden yang mendapat gred
C dalam sesi praujian, ditambah lagi terdapat 1 orang responden yang mendapat gred D
dalam ujian tersebut. Setelah tiga kali sesi menggunakan kaedah nyanyian lagu beraksi
bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’ diperkenalkan dan dilaksanakan kepada semua responden,
pascaujian telah dijalankan. Oleh yang demikian, berdasarkan graf dalam Rajah 1,
keputusan gred pascaujian menunjukkan bahawa bilangan responden yang mendapat
gred A telah meningkat kepada seramai 13 orang. Manakala bilangan responden yang
mendapat gred B dalam sesi pascaujian adalah seramai 8 orang. Manakala bilangan
murid yang mendapat gred C telah menunjukkan keputusan positif apabila bilangan
responden telah menurun daripada 6 orang kepada 1 orang sahaja. Seterusnya graf
menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun responden yang mendapat gred D setelah
kaedah nyanyian lagu beraksi bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’ dilaksanakan dan
diimplementasikan kepada responden.
Jadual 1 Perbandingan nilai min praujian dengan pascaujian (N=22)
Nilai min praujian
66.2
Nilai min pascaujian
83.8
Perbezaan nilai min
17.6
Jadual 1 di atas menunjukkan perbezaan nilai min yang wujud antara nilai min praujian
dan pascaujian. Nilai min yang berjaya diperoleh pada sesi praujian adalah sebanyak
66.2, manakala nilai min yang dapat dikumpul pada keputusan markah pascaujian adalah
sebanyak 83.8. Oleh yang demikian perbezaan nilai min yang wujud antara kedua-dua
ujian adalah 17.6. Sememangnya telah jelas dapat dilihat bahawa telah berlakunya
peningkatan nilai min terhadap keputusan kedua-dua ujian tersebut. Hal ini telah jelas
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi telah memberi kesan
5
dan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri
haiwan’.
Dapatan dari kaedah temu bual juga turut menjadi triangulasi kepada pencapaian
kejayaan dalam objektif pertama kajian ini. Berdasarkan analisis transkrip temu bual
terhadap item 3, kelima-lima responden yang telah di temu bual menunjukkan jawapan
dan maklum balas yang baik dan positif terhadap item tersebut. Hal ini dapat dibuktikan
apabila salah seorang responden telah berkata
“Ya, senang.. sebab jawapan amik kat lagu…”
(Temu bual, Julai, 2014)
Maklum balas yang telah dinyatakan oleh responden menunjukkan bahawa mereka
dapat memindahkan maklumat yang terdapat dalam lirik lagu tersebut ke dalam kertas
ruangan jadual jawapan mereka dengan betul.
Kaedah soal selidik turut digunakan untuk melihat peningkatan kemahiran
berkomunikasi responden. Item 7 dalam soal selidik telah menyatakan tentang
peningkatan kemahiran berkomunikasi responden. Hasilnya berdasarkan Jadual 2
menunjukkan bahawa semua 22 orang responden telah memilih pilihan jawapan ‘sangat
setuju (SS) dan mencatakan nilai min 4.00 bagi item tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa responden dapat menulis dan memindahkan maklumat yang terdapat dalam lirik
lagu tersebut ke dalam jadual jawapan.
Objektif 2: Kaedah nyanyian lagu beraksi dalam meningkatkan minat murid
Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’.
Kajian ini juga turut mengkaji tentang minat murid terhadap topik ‘Ciri-ciri haiwan’.
Oleh yang demikian, untuk mencapai objektif kedua kajian ini, kaedah pengumpulan
data soal selidik telah digunakan untuk melihat sejauh manakah minat murid berjaya
ditingkatkan terhadap topik ‘Ciri-ciri haiwan’ dengan menggunakan kaedah nyanyian
lagu beraksi
6
Jadual 2 frekuensi (f), peratus (%) dan nilai min minat responden terhadap kaedah lagu
beraksi (N=22)
No
Item
1
Saya berasa seronok apabila guru
menggunakan Nyanyian Lagu
Beraksi semasa mengajar tajuk
‘ciri-ciri haiwan’
Saya dapat menyanyikan lagu
tentang ‘ciri-ciri haiwan’ dengan
baik
Saya berasa seronok dan
berminat dengan pergerakan aksi
semasa menyanyikan Lagu
Beraksi ‘ciri-ciri haiwan’.
Saya berasa sangat berminat
untuk belajar topik ‘ciri-ciri
haiwan’ selepas guru
menggunakan Nyanyian Lagu
Beraksi
Saya dapat memahami perkataan
yang ditulis dalam lirik Nyanyian
Lagu Beraksi dalam topik ‘ciriciri haiwan’
Saya dapat menumpukan
perhatian semasa guru mengajar
apabila guru menggunakan
Nyanyian Lagu Beraksi dalam
topik ‘ciri-ciri haiwan’
Saya dapat menulis, menjawab
dan membuat lembaran kerja
dengan baik apabila Nyanyian
Lagu Beraksi bagi topik ‘ciri-ciri
haiwan’ digunakan.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
STS
f (%)
2 (9.1%)
TS
f (%)
0 (0%)
S
f (%)
0 (0%)
SS
f (%)
20 (90.9%)
Nilai
Min
3.7
0 (0%)
0 (0%)
1 (4.5%)
21 (95.5%)
3.95
0 (0%)
0 (0%)
10(45.5%)
12 (54.5%)
3.54
0 (0%)
0 (0%)
2 (9.1%)
20 (90.9%)
3.90
0 (0%)
0 (0%)
1 (4.5%)
21 (95.5%)
3.95
0 (0%)
0 (0%)
4(18.2%)
18 (81.8%)
3.81
0 (0%)
0 (0%)
0 (0%)
22 (100%)
4.00
Saya dapat mengetahui tentang
0 (0%)
0 (0%)
2 (9.1%)
20 (90.9%)
ciri-ciri haiwan apabila
menyanyikan Lagu Beraksi bagi
topik ‘ciri-ciri haiwan’
Saya dapat berinteraksi dengan
0 (0%)
0 (0%)
5 (22.7%)
17 (77.3%)
baik bersama rakan apabila
menyanyikan Lagu Beraksi ‘ciriciri haiwan’ semasa belajar topik
ini.
Saya suka menyanyikan Lagu
0 (0%)
0 (0%)
1 (4.5%)
21 (95.5%)
Beraksi bagi topik ‘ciri-ciri
haiwan’ pada bila-bila masa dan
di mana sahaja.
Nilai min keseluruhan (hasil tambah nilai min setiap item/bilangan item
3.90
3.77
3.95
3.85
Antara item-item yang menyentuh tentang minat responden terhadap kaedah nyanyian
lagu beraksi ini adalah item 1, item 2, item 3, item 4, item 6 dan item 10. Berdasarkan
kepada jadual 2 dan juga skop item terhadap minat responden, item 2 dan item 10 telah
7
mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.95, terdapat juga hasil catatan nilai min
yang paling terendah berdasarkan kepada analisa soal selidik kajian iaitu pada item 3
yang mencatatkan nilai min hanya sebanyak 3.54 sahaja. Nilai min terendah ini adalah
berkaitan dengan perasaan responden yang berasa seronok dan berminat dengan
pergerakkan aksi semasa menyanyikan lagu bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’.
Terdapat beberapa tema dalam temu bual yang dibincangkan bersama dengan lima orang
responden. Antara tema yang berjaya dikenalpasti adalah seperti Rajah 2.
Perasaan
terhadap
penggunaan
kaedah
Minat
terhadap topik
'Ciri-ciri
haiwan'
Peningkatan
kemahiran
berkomunikasi
Tema
soalan
temu bual
Rajah 2 Tema-tema yang terdapat dalam soalan-soalan temu bual bersama
dengan responden
Hasil dari analisa terhadap transkrip temu bual bersama responden telah menunjukkan
maklum balas dan jawapan yang positif dalam kalangan responden terhadap perasaan
dan minat mereka. Maklum balas daripada responden tersebut telah berjaya
menunjukkan bahawa perasaan mereka yang seronok dan gembira apabila menyanyikan
nyanyian lagu beraksi ini, ditambah lagi dengan adanya beberapa pergerakan ringkas
yang dapat meningkatkan lagi rasa seronok dan kepuasan responden semasa menyanyi.
Apabila telah berjaya wujudnya perasaan gembira dan seronok dalam kalangan
responden, maka hal ini telah menyebabkan responden menjurus kepada wujudnya rasa
tertarik dan minat responden terhadap kandungan topik pembelajaran yang terdapat
dalam lirik lagu tersebut iaitu topik ‘Ciri-ciri haiwan’.
Objektif kedua dalam kajian ini juga telah berjaya dicapai apabila hasil analisis transkrip
temu bual bersama responden telah dilakukan. Apabila telah berjaya wujudnya perasaan
gembira dan seronok dalam kalangan responden, maka hal ini telah menyebabkan
responden menjurus kepada wujudnya rasa tertarik dan minat responden terhadap
kandungan topik pembelajaran yang terdapat dalam lirik lagu tersebut iaitu topik ‘Ciriciri haiwan’. Oleh yang demikian hasil dari analisis transkrip temu bual, responden telah
berkata bahawa
8
“Minat.. suka.. sebab dah faham…”
(Temu bual, Julai, 2014)
Maklum balas daripada responden telah menunjukkan bahawa mereka suka, berminat
dan tertarik untuk terus belajar topik ‘Ciri-ciri haiwan’ ini dengan menggunakan kaedah
nyanyian beraksi.
Refleksi dan Implikasi
Semua responden telah menunjukkan peningkatan gred yang lebih baik semasa sesi
pascaujian. Hal ini bermaksud, responden telah berjaya untuk menjawab soalan-soalan
pascaujian dengan baik dan betul apabila mereka telah dapat memindahkan maklumatmaklumat yang ada dalam lirik lagu tersebut tentang ciri-ciri haiwan ke dalam ruang
jawapan yang berbentuk jadual dan peta minda dengan tepat dan betul. Kaedah
menyanyi dengan kanak-kanak adalah cara yang paling berkesan untuk mengubah
keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan baik (Hill, A., 2011). Rumusan
keseluruhan dapatan kajian melalui hasil data soal selidik telah menunjukkan hampir
90.9% responden sangat bersetuju dengan kajian ini. Oleh itu, dapatan kajian melalui
kaedah pengumpulan data soal selidik telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan
responden kajian sangat bersetuju bahawa dengan penggunaan kaedah nyanyian lagu
beraksi ini telah dapat meningkatkan minat mereka untuk terus belajar terhadap topik
‘Ciri-ciri haiwan’. Dapatan kajian yang positif hasil dari penggunaan kaedah nyanyian
lagu beraksi ini telah menunjukkan bahawa elemen kesenian muzik ini telah mampu dan
dapat mempengaruhi diri murid. Menyanyi dalam kumpulan akan membuat anda rasa
baik dan ia mendapat faedah pada kesihatan (Rainey, S., 2013). Selain itu, kaedah
nyanyian lagu beraksi ini juga telah dapat menjadikan murid-murid menjadi aktif dalam
penglibatannya di dalam kelas. Hal ini kerana mereka perlu untuk berdiri, menyanyi dan
melakukan beberapa pergerakan aksi mudah yang bersesuaian dengan lagu tersebut.
Perkara ini juga telah di sokong oleh Morland (2013) yang menyatakan bahawa lagu
beraksi adalah lagu yang mempunyai perkaitan dengan pergerakan badan. Apabila
kaedah nyanyian lagu beraksi ini dilaksanakan, mereka telah dapat memahami, mencari,
dan mengeluarkan istilah penting dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’ yang terdapat dalam
lirik lagu dan seterusnya dengan mudah boleh memindahkan maklumat-maklumat
tersebut dalam jadual jawapan. Kesannya mereka telah dapat memupuk dan
meningkatkan kemahiran berkomunikasi Sains dalam diri mereka dan juga minat
mereka terhadap topik yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.
9
Langkah Seterusnya
Antara langkah cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan pada masa akan datang
adalah dari aspek kemahiran proses sains yang digunakan. Kajian ini telah menggunakan
kemahiran berkomunikasi sebagai aspek yang ingin ditingkatkan. Maka kajian pada
masa akan datang kemungkinan boleh melihat pada aspek kemahiran proses sains yang
lain seperti kemahiran membuat inferens dan kemahiran mentafsir maklumat dari lirik
lagu.
Cadangan kajian lanjutan yang seterusnya adalah menggunakan kaedah nyanyian
lagu beraksi dalam topik yang melibatkan sesuatu proses sains seperti proses pernafasan,
proses kitar air dan proses pengawetan. Maka lirik lagu juga perlu diubah mengikut
kesesuaian dengan topik sesuatu proses tersebut dengan menyelitkan kata kunci langkah
demi langkah yang berlaku dalam sesuatu proses tersebut. Maka dengan menyanyi
responden akan lebih nampak dengan jelas proses yang berlaku. Selain itu, cadangan
kajian lanjutan yang boleh dilakukan pada masa akan datang adalah dengan
mengintegrasikan penggunaan alat dan bahan berteknologi dan interaktif semasa
menyanyikan lagu bersama dengan responden seperti menggunakan gambar-gambar
yang menunjukkan ciri-ciri haiwan tersebut, pemilihan warna dan saiz tulisan yang lebih
besar serta menggunakan minus one sebagai muzik iringan semasa responden
menyanyikan lagu tersebut. Hal ini akan membuatkan responden lebih fokus,
bersemangat dan berminat untuk menyanyi dan belajar.
Rujukan
Hill, A. (2011). Singing to children may help development of language skills. Diperoleh
dari
http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2011/may/08/singing-childrendevelopment- language-skills
Jasmine. (2002). Traditional teaching . Diperoleh dari
http://ehlt.flinders.edu.au/education/DLiT/2002/environs/scott/tradteac.htm
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Visi dan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia. Diperoleh dari http://www.moe.gov.my/v/visi-misi
Mok Soon Sang. (edisi ke-6). (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan
alam Belajar. Selangor, Malaysia: Freemind Horizons
Morland, L. (2013). Scouting glossary: Common words and phrases used in Scouting in
Canada. Diperoleh dari http://scoutdocs.ca/Documents/Scouting_Glossary.php
Rainey, S. (2013). All together now: singing is good for your body and soul. Diperoleh
dari http://www.telegraph.co.uk/health/10168914/All-together-now-singingis-good-for-your-body-and-soul.html