Kerja Kursus Cabaran Isu Semasa

1.0 PENGENALAN
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi
reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk
mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia. Perhimpunan bersih yang
pertama adalah pada 10 November, 2007.
Perhimpunan Bersih 4.0 adalah satu siri perhimpunan yang dirancang dilaksanakan pada
29-30 Ogos 2015 di bandar-bandar utama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan
Kuching. Terdapat perhimpunan berikutnya di lebih 70 bandar raya di seluruh dunia untuk
menyokong perhimpunan utama di Malaysia termasuk negara-negara jiran seperti Singapura
dan Brunei, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Beribu-ribu peserta perhimpunan telah dilihat
berkumpul di lebih daripada 70 bandar raya di seluruh dunia dalam perpaduan dengan Bersih
perhimpunan. Perhimpunan mengambil diletakkan di dalam bandar-bandar seperti Bali,
Canberra, Auckland, Bejing, London, Abu Dhabi, Bangkok, New York City, Shanghai, Tokyo,
Zurich dan sebagainya. Acara di Federation Square di Melbourne, Australia menarik lebih 5,000
orang untuk menyokong perhimpunan tersebut.
Perhimpunan telah dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil iaitu gabungan
pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk reformasi sistem pilihan raya semasa di
Malaysia untuk memastikan percuma, pilihan raya yang bersih dan adil. Kumpulan Global
Bersih, yang berpangkalan di Geneva mewakili diaspora Malaysia di seluruh dunia akan
menganjurkan aktiviti perpaduan di 50 bandar raya di seluruh dunia untuk menyokong Bersih 4
perhimpunan di Malaysia. Ancaman Global Bersih telah melaporkan dan ugutan terhadap bakal

peserta di seluruh dunia, termasuk laporan pelajar biasiswa Malaysia di luar negara menerima
ancaman biasiswa mereka dibatalkan jika mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan
perpaduan.
Perhimpunan Bersih 4.0 telah menetapkan objektif utama untuk perhimpunan mereka iaitu
mengadakan pilihan raya bersih dan adil, membina Kerajaan Yang Telus, memperkukuh Sistem
Demokrasi Berparlimen, menyelamatkan ekonomi Malaysia dan perletakkan jawatan Perdana
Menteri Malaysia.

1

2.0 IMPAK POSITIF
Sekiranya kita berfikir kepada sudut yang lain, perhimpunan dan demonstrasi yang berlaku
di negara telah menunjukkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah peka terhadap
isu-isu negara dan sayangkan negara mereka. Mereka tidak mediamkan diri ketika melihat
keadaan negara dalam membimbangkan malah mereka bersatu untuk memberikan mesej
bahawa mereka sentiasa bersama kita. Mereka bersatu tidak mengira sesiapa sahaja kerana
mereka masih mencintai negara-Nya. Ini telah membuktikan bahawa negara kita perlu
melakukan perubahan dalam aspek tertentu kerana mungkin tidak sesuai diguna pakai dalam
dunia pemodenan ini. Perhimpunan Bersih ini turut disertai oleh rakyat luar negara yang
menyokong matlamat yang diperjuangkan oleh Bersih 4.0 Salah satunya ialah mewujudkan

kerajaan yang telus dan mempunyai hak berdemonstrasi.

2

3.0 IMAPAK NEGATIF
3.1 ASPEK EKONOMI
Kita juga seharusnya memberikan perhatian kepada kesan perhimpunan dan demonstrasi
jalanan kepada pemandu teksi, peniaga, pembeli dan orang awam. Terdapat kebarangkalian
yang tinggi bahawa perhimpunan ini akan menyebabkan impak yang negatif terutama dilakukan
di bandar-bandar besar mahupun di negara sendiri atau luar negara. Peniaga dan pemandu
teksi di kawasan-kawasan yang terlibat akan kehilangan pendapatan. Mereka tidak dapat
menjalankan kegiatan ekonomi dengan lancar kerana perhimpunan haram atau demonstrasi
menyebabkan aktiviti harian terjejas. Contohnya, jalan raya disekat untuk mengadakan
perhimpunan. Mungkin terdapat sebilangan orang akan mengambil kesempatan untuk
melakukan ap-apa sahaja untuk menunjukkan perasaan ketidakpuas hati mereka. Misalnya,
melontarkan bom asap ke arah orang ramai berhimpun. Hal ini akan menjejaskan ekonomi
negara kita dan memberi persepsi yang buruk terhadap luar negara.
Pesakit luar negara yang ingin mendapatkan rawatan di dalam negara juga boleh menjadi
takut dan bimbang hal keadaan mereka di sini. Ini sudah tentu menyebabkan hospital dan pusat
rawatan ternama kelas pertama negara kita akan kehilangan pelanggan sekiranya perkara ini

tidak dibendung segera. Pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dalam hal ini dan individu
yang terbabit dan masih terlepas perlu dibawa ke muka pengadilan.
Lebih-lebih lagi pelancong di dalam dan luar negara yang telah membuat tempahan dan
merancang bertandang ke negara kita sejak awal lagi turut terpengaruh dengan situasi yang
berlaku di negara kita. Situasi yang berlaku dan kontroversi yang direka oleh pihak-pihak yang
berniat jahat boleh menghilangkan perasaan mereka untuk datang ke negara kita. Seperti mana
yang kita sedia maklum, industri pelancongan adalah industri ketiga terpenting di negara kita
selepas petroleum dan perkilangan dengan anggaran pendapatan pada tahun 2014 sebanyak
RM 89 bilion dan mencapai sasaran penerimaan ketibaan pelancong seramai 29.4 juta. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa jika industri pelancongan merosot, hal ini akan membawa
kemerosotan dan penyelesetan ekonomi negara kita.
Dengan promosi dan kempen agresif Kementerian Pelancongan menjual nama negara di
luar negara dengan tema Malaysia Truly Asia, Malaysia Year of Festivals 2015, yang
3

menggambarkan masyarakat majmuknya hidup aman damai dan bersatu padu. Namun apa
yang berlaku adalah sebaliknya dan akibatnya ramai pelancong yang sudah membatalkan
tempahan dan mula tawar hati melancong ke Malaysia.
Tambahan pula media massa barat yang sentiasa bersikap prejudis kepada Malaysia telah
menceritakan negara kita berada dalam keadaan tidak terkawal, wujudnya huru hara, konflik

kaum, berada dalam kemelesetan ekonomi dan sebagainya, lebih memburukkan lagi imej dan
nama baik negara di mata dunia. Keadaan menjadi lebih serius apabila ada rakyat Malaysia
sendiri yang terhegeh-hegeh ke luar negara dan memburuk-buruk negara mereka sendiri serta
memohon bantuan luar untuk campur tangan di sini.
Keadaan yang berlaku dan semakin kronik ini sudah tentu boleh memberi kesan besar
kepada industri pelancongan negara, yang secara tidak langsung turut mengancam sektor
peruncitan, perhotelan, percutian, industri kecil dan sederhana (IKS), industri desa, pengusaha
homestay, kraftangan dan sebagainya. Jika keadaan dibiarkan terus berlaku serta tidak dijawab
segala tohmahan pengkhianat negara ini, maka orang ramai yang terlibat secara langsung di
dalam industri ini akan menjadi mangsanya.
Lebih malang lagi ialah situasi yang berlaku dan gambaran negatif media barat turut
menyebabkan para pelabur yang berpotensi untuk menanam modal di Malaysia menangguhkan
hasrat mereka. Ini adalah kerana mereka lebih rela mencari destinasi pelaburan dan
perdagangan yang lebih selamat, aman dan tanpa sebarang gangguan dari dalam dan luar
negara. Buktinya negeri maju pertama negara, Selangor turut mengalami kesan buruk daripada
aktiviti tidak sihat ini di mana banyak peluang pelaburan luar negara terlepas tangan dan gagal
di bawa masuk ke dalam negeri. Para pelabur akan memindahkan kilangnya ke negara jiran di
mana keadaan politiknya lebih stabil.
Sekali lagi seharusnya kita hendaklah belajar daripada sejarah silam dan masa lampau.
Dalam demonstrasi sebelumnya di negara kita, masyarakat di pelbagai lapisan hidup terpaksa

menanggung akibatnya.

4

3.2 ASPEK POLITIK
Demontrasi jalanan, mogok atau apa sahaja bentuk perhimpunan haram yang dianjurkan
oleh pihak-pihak tertentu adalah sesuatu tindakan primitif, mundur ke belakang, tidak bijak,
merupakan sesuatu yang tidak ingin dilihat berlaku di negara kita. Ini adalah kerana tindakan ini
adalah aktiviti perhimpunan haram yang sangat tidak sihat dan memberi kesan negatif kepada
negara dan seluruh rakyat Malaysia dan mengubah pandangan luar negara terhadap negara
kita.
Walaupun perkara sedemikian kerap berlaku di negara maju lain dan mendapat sambutan
hebat bukanlah bermakna ianya wajar dipraktikkan di negara kita, tambahan pula ianya turut
membelakangkan etika dan budaya timur serta menyalahi aspirasi agama. Lagipun demonstrasi
di luar negara berlaku dalam keadaan aman, teratur dan mendapat permit dari kerajaan serta
jarang berlaku rusuhan dan keganasan. Sedangkan, perhimpunan beramai-ramai dan
demonstrasi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan.
Banyak lagi kaedah dan cara untuk menarik perhatian kerajaan serta menyampaikan
sesuatu hasrat di mana demonstrasi, mogok dan perhimpunan haram bukanlah satu langkah
penyelesaian yang baik. Di samping itu, tindakan ini dilihat tidak beretika dan primitif, di mana

ianya juga turut memberi kesan dalam semua aspek. Imej dan integriti kerajaan akan menjadi
topik hangat masyarakat dunia jika perhimpunan seperti ini dibiarkan terus berleluasa di
peringkat global terutamanya perhimpunan Bersih 4.0.
Perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang dijalankan di negara kita telah membuktikan
bahawa politik di negara kita tidak stabil sehingga mengabaikan perkara yang sedang berlaku di
negara kita. Ahli-ahli politik juga mengambil kesempatan ini menimbulkan dan mengkaitkan isuisu sensitif seperti isu perkauman, isu agama dan banyak lagi. Tujuan mereka adalah mendapat
sokongan mereka daripada rakyat sehingga menimbulkan isu-isu negatif. Hal ini telah
mengugat kestabilan politik negara serta mengugat keamanan dan keharmonian kaum antara
satu sama lain.
Inilah akan membawa kepada peperangan dan rusuhan kaum sekiaranya tindakan yang
adil dan tegas tidak diambil dengan segera. Jelaslah bahawa politik negara yang tidak menentu
boleh memberi impak yang negatif dan mengadakan perhimpunan mereka yang menunjukkan
perasaan meraka.

5

3.3 ASPEK SOSIAL
Masyarakat tempatan juga turut menjadi bimbang, takut dan rasa tidak selamat melihat
kepada perkembangan terbaru yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pelbagai spekulasi,
kontroversi, tribulasi dan andaian dibuat yang boleh memburukkan lagi perpaduan dan

ketenteraman awam di dalam negara. Bibit-bibit perpecahan, perkauman dan prejudis dikhuatiri
mula berputik jika golongan pelampau ini terus berdegil dengan agenda misteri mereka.
Rakyat di negara kita juga akan merasakan bahawa mereka terancam dan sentiasa hidup
dalam ketakutan. Hubungan silahturahim antara kaum akan menjdai rengang dan mungkin
putus kerana terdapat ahli politik yang menjelaskan bahawa perhimpunan haram yang disertai
oleh kaum cina ingin menggulingkan kerajaan. Hal ini akan menyebabkan salah faham tentang
konsep sebenar sekiranya kita tidak berfikiran rasional dan konflik juga mungkin berlaku bilabila masa.
Impak ini juga turut dirasai oleh para pelajar antarabangsa yang ingin menyambung belajar
di universiti awam dan universiti swasta tempatan, di samping pelajar luar negara sedia ada
juga turut menerima kesan negatif ini yang sedikit sebanyak boleh merubah persepsi mereka
kepada Malaysia dan sistem pendidikannya. Negara kita juga bakal kehilangan tenaga pakar
dan mahir dari dalam dan luar negara jika aktiviti ini tidak dipantau sewajrnya. Walaupun apa
yang berlaku tidaklah seteruk di negara luar, namun kita tidak boleh membiarkannya
merosakkan kestabilan, keharmonian dan toleransi kaum di negara kita.

6

RUMUSAN
Di sini, kita dapat lihatlah bahawa perhimpunan dan demonstrasi jalanan sememangnya
membawa banyak impak buruk atau negatif daripada impak positif. Semua pihak haruslah

bekerjasama dan berganding bahu bagi menbincangkan perkara tersebut agar mempunyai
jalan pemyelesaian yang baik. Kita hendaklah bersatu dengan mempunyai hala tuju dan
matlamat yang sama agar boleh membawa negara kita ke arah kemajuan dan kebaikan kepada
generasi yang akan datang. Kerjasama dan budibicara pemimpin ini amatlah diharapkan dan
rakyat juga dinasihatkan agar menghindari sebarang perhimpunan haram dan tidak sewenangwenangnya mengikut sahaja telunjuk songsang pemimpin mereka. Jika rakyat bijak bertindak
dan memilih untuk tidak menyertai perhimpunan haram ini, maka sudah tentu gejala tidak sihat
ini dapat dihentikan segera. Oleh itu, rakyat mempunyai pilihan mutlak dan kuasa penuh dalam
perkara ini.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia  Perkara 10, Kebebasan Bercakap, Berhimpun
dan Menubuh Persatuan, bermaksud setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap
bagi   mengeluarkan   buah   fikiran,   berhimpun   secara   aman   dan   berhak   menubuhkan   persatuan.
Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian,
perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang­undang jika
maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak
yang berkuasa. Di samping itu juga, isu­isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan
pengucapan umum. 
       Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat

persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.
Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu

digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan
keamanan awam.
Jelas dalam Perlambagaan, rakyat tidak dilarang untuk mengadakan perhimpunan asalkan
tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya
perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan perhimpunan haram disisi
undang-undang, apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan,
7

keselamatan dan ketenteraman awam. Saya percaya perhimpunan haram yang akan diadakan
akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus
mengancam keselamatan negara.

REFLEKSI
Segala pujian syukur kepada Tuhan kerana telah memberi rahmat dan peluang kepada
saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya dan rakan sekelas saya telah menerima
tugasan untuk kursus Cabaran Isu Semasa di bawah kod GCI 1022 oleh pensyarah
pembimbing kami, Puan Afinah A. D. Matsud pada 3 Ogos 2015. Tugasan yang diberi adalah
merupakan tugasan individu dan sudah tentu pelaksanaan tugasan ini memberi cabaran dan
rintangan kepada saya.
Pertama sekali, ketika menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa dalam membuat satu

hasil tugasan yang berkualiti memerlukan rujukan yang luas seperti yang telah digariskan dalam
jadual spesifikasi tugasan bahawa setiap pelajar perlu merujuk pelbagai sumber untuk
mendapatkan sumber yang berkaitan dengan isu global terhadap negara kita. Bagi memenuhi
kehendak ini, saya telah bertungkus-lumus dan berusaha untuk mencari maklumat yang ada
melalui internet, journal dan buku rujukan. Walaupun saya mengetahui bukannya senang
sahaja untuk mencari maklumat, tetapi saya yakin bahawa jika kita gigih kita juga berjaya
melaksanakannya.
Selain itu, saya juga mendapat faedah dan ilmu yang banyak daripada tajuk tugasan yang
saya pilih iaitu tentang perhimpunan Bersih 4.0 di peringkat global. Sebelum ini saya kurang
faham tentang tujuan perhimpunan Bersih 4.0 dilaksanakan. Namun, apabila saya membuat
kajian dengan lebih mendalam lagi, saya telah memahami tujuan dengan jelas sekali dan telah
memberi kesedaran kepada saya. Saya juga telah mengetahui terdapat halangan dihadapi
semasa mengkajinya. Salah satu ialah kekurangan sumber atau fakta yang sahih dan cukup.
Lebih-lebih lagi, saya juga melihat bahawa perhimpunan Bersih 4.0 tidak diluluskan oleh
kerajaan dan memberi banyak impak yang buruk kepada negara. Secara ringkasnya, saya
mengetahui kita hendaklah menggunakan cara yang lain untuk mencapai persefahaman antara
kedua-dua pihak. Semua pihak hendaklah berfikir berdasarkan nilai rasional agar konflik tidak
akan berlaku.

8


Konklusinya, walaupun terdapat kebaikan dan serba kekurangan tentang tujuan utama
perhimpunan Bersih 4.0, tetapi yang penting ialah saya tetap bersyukur kerana dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada masa. Saya juga berharap tugasan
ini menepati kehendak dan kriteria yang telah ditetapkan. Paling penting, saya juga dengan
bangganya bahawa setiap pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini menjadi nilai tambah pengalaman kepada diri saya. Saya memohon
maaf sekiranya terdapat kelemahan tugasan saya ini.

9

RUJUKAN
Bernama, (2011).

Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan, Pelaburan

Malaysia, Kata Mukhriz
http://peraktoday.com.my/2011/07/perhimpunan-haram-akan-beri-kesan-pada-perdaganganpelaburan-malaysia-kata-mukhriz
Channel NewAsia,(2015). In photos: Bersih 4.0 rallies around the world.
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/in-photos-bersih-4-0/2084798.html
Jamilah Kamarudin, (2015). Cabaran Bersih 4 anjur perhimpunan 34 jam tanpa henti, desak
Najib berundur.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cabaran-bersih-4-anjur-perhimpunan-34jam-tanpa-henti-desak-najib-berundur
Muhammad Iskandar Zulkarnain, (2011). Kesan buruk himpunan bersih 2.0 kepada negara.
http://putrarahman.blogspot.my/2011/06/kesan-buruk-himpunan-bersih-20-kepada.html
Nurhafifah binti Mohd Ghazali, (2014) Kesan buruk perhimpunan haram di Malaysia.
http://fajaranisha14.blogspot.my/2014/07/kesan-buruk-perhimpunan-haram-di.html
Tinta Biru, (2011). Perhimpunan haram adalah salah disisi undang-undang.
http://suarakudanduniaku.blogspot.my/2011/06/perhimpunan-haram-adalah-salh-disisi.html

10

11