Pendekatan Eklektik Dalam Kajian, doc

NOTA KAJIAN:
Pendekatan Eklektik Dalam Kajian
Asmawi Noor Saarani
Institute of Malaysian and International Studies
University Kebangsaan Malaysia
sasmawi@gmail.com

ABSTRAK
Tujuan nota ini adalah untuk menjelaskan mengenai penggunaan pendekatan eklektif
dalam melaksanakan sesuatu kajian terutama bagi pelajar siswazah yang menulis
tesis sarjana dan kedoktoran. Eklektif di sini bermaksud penggunaan lebih daripada
satu teori dalam menghuraikan persoalan kajian. Nota ini adalah berdasarkan input
syarahan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritis Dato’ Dr Abdul Rahman
Embong kepada pelajar di bawah seliaan beliau dan digarap dengan pembacaan
tambahan penulis. Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam penggunaan
pendekatan eklektif adalah bagaimana menghuraikan intipati sesuatu teori untuk
digunakan dalam kajian dan mengenalpasti titik pertemuan di antara pelbagai teori
tersebut.
Key words: Pendekatan, Eklektik
1.


PENGENALAN

Dalam konteks kajian, pelbagai teori dari pelbagai disiplin mungkin digunakan untuk
melihat fenomena yang sama. Ini disebabkan oleh lumrah fenomena sosial yang
bersifat kompleks dan memerlukan pemerhatian dari pelbagai sudut dan dimensi.
Situasi ini akan mempengaruhi cara sesuatu kajian tersebut dilaksanakan
terutama dari segi pembinaan kerangka teori. Aspek ini perlu dibincang dengan teliti
supaya hakikat dan tujuan teori-teori yang diangkat bersesuaian dan

berupaya

mengelak penyimpangan yang berpunca dari kecenderungan sedia ada penyelidik
dalam merekabentuk sesuatu kajian. Blaikie (2000) memerihalkan aspek ini sebagai
sebahagian daripada siri pilihan yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dan
bagaimana penyelidik meluruskan hubungannya dengan permasalahan kajian. Jika
aspek ini tidak dipenuhi, di mana pendekatan yang digunakan tidak bersesuaian
dengan kajian, maka akibatnya hasil kajian menjadi lemah dari segi kepaduan (lack of

2
coherence). Penceramah menegaskan bahawa gambaran inilah yang selalu

dilemparkan kepada pengkaji-pengkaji sains sosial.

2.

PENDEKATAN EKLEKTIK

Bagi mencapai kepaduan yang dimaksudkan, penceramah berhujah bahawa
pendekatan eklektik adalah satu langkah alternatif yang boleh digunakan oleh
penyelidik. Ianya adalah pendekatan menyerap beberapa teori dan dibangunkan
menjadi kerangka teoritikal.
Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mampu membantu penyelidik
membangunkan kerangka teori dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Di samping
itu, pendekatan ini berupaya untuk menunjukkan jalan keluar jika tedapat barbagaibagai tafsiran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik perlu berhati-hati
kerana pendekatan ini juga boleh menyebabkan pembentukan kerangka teori terlalu
luas sehingga menjadi tidak kemas (unwieldy) dan menimbulkan masalah kepada
penyelidik untuk meluruskan pertautan.
Sehubungan itu penyelidik perlu bijak untuk mengambil intipati daripada
teori-teori yang dikenalpasti untuk digunapakai. Initipati-intipati yang diambil perlu
digabung, disusun dan diadun dengan teliti dan berhati-hati sehingga mempunyai
kuasa untuk menghuraikan permasalahan kajian.

Penceramah seterusnya mendefinisikan eklektik sebagai pendekatan dalam
mengadunkan prinsip-prinsip beberapa teori dan membangunkan satu kerangka bagi
membuat analisis.

2.1

Titik Pertemuan Pelbagai Teori

Persoalan yang sering timbul sehingga boleh menyebabkan eklektik menjadi tidak
kemas adalah di manakah titik pertemuan pelbagai teori yang digunakan.
Mengambil contoh pendekatan eklekif yang digunakan oleh Afrizal (2012) di
mana tiga teori iaitu ekosistem Bandar, strukturasi dan modal social digunakan dalam

3
membangunakan kerangka teori dalam kajian mengenai peranan Pihak Berkuasa
Tempatan dan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal (seperti di rajah 1).

Rajah 1: Contoh titik pertermuan pendekatan eklektik

Daripada contoh di atas, teori strukturasi dan teroi modal sosial memberi arah

kepada penyelidik untuk menerangkan dengan lebih mendalam permasalahan kajian,
dengan kata lain ia menunjuk jalan keluar apabila teori awal yang digunakan tidak
cukup untuk menghuraikan fenomena yang dikaji.
Contoh lain yang digunakan oleh penceramah ialah (Wah 2005), dua teori
digunakan iaitu teori strukturasi dan teori pilihan rasional. Wah (2005) pada awalnya
menggunakan teori strukturasi yang biasa digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam
kajian berkaitan budaya usahawan kaum Cina. Di bawah teori strukturasi, peranan
agensi dan struktur adalah sangat berkait rapat dalam menerangkan sesuatu fenomena,
(Wah 2005) berhujah bahawa di bawah peranan agensi budaya, sejarah dan dasar
adalah sesuatu yang berbentuk pilihan dan bukannya statik. Oleh itu beliau
berpendapat teori pilihan rasional merupakan teori alternatif untuk menghuraikan
fenomena tersebut.

4
2.2

Kekurangan Pendekatan Eklektik

Penceramah menegaskan bahawa disebabkan eklektik menggunakan pendekatan teori
yang pelbagi ia boleh menyebabkan kerangka teori menjadi terlalu luas dan tidak

kemas untuk menghuraikan permasalahan kajian. Sehubungan itu beliau memberi
panduan bahawa ianya boleh dielakkan dengan cara memberi penjelasan mengikut
kronologi, bersifat kritis dan jika dua teori sudah memadai untuk dijadikan kerangka
maka kewajarannya mesti dijelaskan supaya ia mudah difahami oleh pembaca.

3.

KESIMPULAN

Eklektik merupakan pendekatan alternatif di mana lebih daripada satu teori digunakan
untuk membina kerangka teoritikal. Dalam menggunakan pendekatan ini penekanan
perlu diberi terhadap cara mengadun dan menghubung teori-teori yang digunakan
supaya ia nampak kemas dan tidak terlalu luas. Jika satu teori boleh digunakan maka
tidak perlu menggunakan pendekatan eklektik.
Di samping itu, titik pertemuan teori, iaitu bagaimana teori-teori yang
digunakan mengikat di antara satu sama lain adalah satu proses yang kritikal dan
penyelidik perlu berhati-hati bagai memastikan kepaduan kerangka teori yang dibina.

RUJUKAN


Afrizal, T. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatan Komuniti
Dalam Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia: Kajian Kes Di Taman Guru,
Pintu Geng Dan Taman Seri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan Tesis
PhD, IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Blaikie, N. 2000.

Designing Social Research. 1st. Cambridge: Polity Press.

Wah, C. Y. 2005.
UKM.

Budaya Dan Keusahawanan Cina Di Malaysia. Bangi: Penerbit

5