SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR. pptx

SEJARAH
PERKEMBANGAN ILMU
: TAFSIR
ZAMAN TABI’IN DAN
ZAMAN

DISEDIAKAN OLEH:
TAIF EZWAN BIN YUSUF
AHMAD SAFUAN BIN MUHAMAD

ZAMAN TABI’IN
Ulama mujahid pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir berkaitan dengan ayatayat al-Quran dalam bentuk buku.

Ulama terkenal yang mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran ialah:
i.

Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.

ii.

Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.


iii.

Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.

iv.

Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 238 Hijrah.

Ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah ke kota-kota yang baru dibuka
kerana wilayah Islam yang sudah mula terbuka luas pada zaman Tabi’in menyebabkan munculnya
beberapa aliran di berbagai kota yang dipimipin oleh para sahabat.
Mereka yang paling terkenal dalam kalangan ahli Tafsir ialah Mujahid Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.
Sebagai rumusannya, majoriti ilmu Tafsir masih terus wujud dalam bentuk pengajaran dan riwayat
secara lisan.
Pembukuan ilmu Tafsir yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum pesat cuma apa yang ketara
dan jelas ialah pada waktu itu unsur-unsur Israiliyat mula menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu
Tafsir. 

Kitab Tafsir Zaman Tabi’in

a. Tafsir

al-Saudi yang meninggal dunia pada
tahun 127 Hijrah yang menerangkan riwayatriwayat yang dirujukkan Ibn Mas’ud dan Ibn
Abbas.
b. Tafsir Ibn Juraij yang meninggal dunia pada
tahun 150 Hijrah yang mana tafsir ini
meriwayatkan segala riwayat mengenai ayatayat al-Quran, sahih dan da’if.
c. Tafsir Maqatil yang meninggal dunia pada
tahun 150 Hijrah.
d. Tafsir Muhammad Ibn Ishak.

ZAMAN TABI’ TABI’IN
Zaman ini bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.
Perkembangan tafsir zaman ini ekoran wilayah Islam yang
sudah mulai terbuka luas.
Ulama golongan tabi’ al-tabi’in telah berusaha dengan
gigih untuk menyempurnakan lagi pentafsiran Al-Quran.
Ulama tabi’ Al-Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab
tafsir dengan lebih teratur. Pada peringkat zaman itu,

mereka telah mulai menulis tafsir yang merangkumi atau
melengkapi semua surah-surah Al-Quran.
Antara lain, di dalam kitab tafsir tabi’ Al-Tabi’in majoritinya
mengandungi perkataan-perkataan sahabat dan para
tabi’in yang tersebut sebelum ini.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’
TABI’IN
Antara kitab tafsir yang terkenal yang wujud
pada peringkat zaman ini ialah :
a) Al-waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207
Hijrah.
b) Al-‘allaf yang meninggal dunia pada tahun 226
Hijrah.
c) Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada
tahun 310 Hijrah.
Kitab Tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir
Al-Tabari. Merupakan kitab tafsir mutaqaddimin
yang paling besar yang paling besar yang wujud
sehingga kini.


SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI’
DAN TABI’IN







Pertamanya : Mereka berpegang kepada penjelasan
yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri.
Kedua : Kemudian mereka berpegang kepada
penjelasan-penjelasan Rasullullah yang mereka terima
menerusi riwayat para sahabat.
Ketiga : Mereka juga bersandarkan kepada tafsiran
para sahabat.
Keempat : Di samping itu mereka juga mengambil
pandangan golongan Ahli Kitab.
Kelima : Akhirnya para pentafsir dari kalangan tabi’in

ini berpegang kepada apa yang dibukakan oleh Allah
terhadap mereka menerusi ijtihad dan pemikiran
mereka sendiri.

NILAI TAFSIR
a)
i.
a)
i.
ii.




a)

b)
c)

d)


Nilai Tafsir Tabi’in dan Tabi al-Tabi’in terbahagi kepada 2 :
Golongan yang menolak
Muhammad Ibn Sirin
Golongan yang menerima
Mujahid
‘Ikrimah dan sahabat-sahabatnya
Daripada 2 golongan ulama tersebut, maka golongan yang menolak dasar ijtihad dalam
tafsir telah mencela golongan yang menerima ijtihad tersebut.
Rumusan yang dapat dibuat pada peringkat tersebut dilaksanakan melalui 2 sistem atau
manhaj sahaja, iaitu :
- tafsir Ma’thur atau al-Manqul.
tafsir ijtihad atau al-Ma’qul.
Melalui penjelasanyang dibuat sebagaimana tersebut di atas, dapat dibuat penilaian di sini
bahawa Tafsir al-Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in itu mempunyai nilai tertentu, iaitu :
Seandainya tafsiran dan ijtihad mereka semata-mata, tanpa berasaskan ijtihad Rasulullah,
maka tafsiran dan pandangan ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu merupakan suatu ijtihad
yang tidak wajib diikuti.
Sekiranya tafsiran dan ijtihad ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu dengan berasaskan
kepada ijtihad Rasulullah, maka ia merupakan suatu ijtihad yang wajib diikuti.

Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in dan dalam tafsiran khususnya telah berlaku
percampuran serta meresapnya unsur-unsur israiliyat. Hal tersebut berlaku lantaran tabi’in
mulai bergaul rapat dengan orang-orang Yahudi yang berada di persekitaran Madinah.
Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in telah timbul dan berlakunya perselisihan di dalam
mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran di antara mereka.

Zaman Tadwin
• Zaman ini atau gerakan pembukuan ilmu Tafsir secara khususnya
berlaku pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah dan awal
pemerintahan Bani Abbasiyah.

• Pembukuan tafsir atau juga zaman Tadwin berlaku pada akhir kurun
kedua Hijrah yang berlangsung selari dengan pembukuan Hadis dan
dapat dibahagikan kepada empat peringkat :



Peringkat Pertama : Pembukuan Tafsir dan Hadis. Tokoh permuka dan pelopor
antaranya ialah :
 Thu’bah Ibn al-Hajjaj

 Waki’ Ibn al-Jarrah
 Sufian Ibn ‘Uyariah



Peringkat Kedua : Peringkat pengasingan di antara tafsir dengan hadis yang mana
munculnya ulama seperti :
 Ibn Majah
 Ibn Jarir al-Tabari
 Abu Bakar Ibn al-Munzir al-Naisaburi
 Ibn Abi Hatim
 Ibn Hibban
 al-Hakim
 Abu Bakar Ibn Mardawah
 Tafsiran mereka ini bersandarkan kepada Rasulullah, sahabat dan tabi’in.

• Peringkat
memotong

ketiga


:

Pentafsiran

sanad-sanad

atau

dilakukan
juga

dengan

meninggalkan

sanad-sanad yang menyebabkan berlakunya tafsir yang
sahih dengan tafsir yang tidak sahih. Selain itu,
munculnya tafsir palsu serta berlaku pemahaman
daripada unsur-unsur Israiliyat.

• Peringkat keempat : Ahli tafsir menggunakan pendapat
sendiri dalam pentafsiran yang dikenali sebagai Tafsir Bi
al-Ra’yi, yang mana semua ayat diulas mengikut selera
ulama yang pakar dalam bidang tertentu.

PERKEMBANGAN
TAFSIR ZAMAN
TADWIN

a) Zaman Tadwin dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

◦ Tafsir Zaman Mutakhirin
 Zaman ini berlangsung hampir 8 abad, iaitu bermula dari awal abad keempat Hijrah
hingga abad kedua belas Hijrah.

 Perkembangan dakwah Islam dan kuasa politik pada ketika ini, bergerak amat
meluas meliputi daerah Parsi, Asia Tengah, India, Turki, Afrika Utara dan juga Asia
Tenggara.

 Ilmu-ilmu seperti ilmu Hadis, Fekah, Sejarah, Usul Fekah, ilmu Bahasa dan Sastera

telah menuju pengkhususannya, iaitu ilmu yang berdiri sendiri kesan pertembungan
kebudayaan, politik dan pemikiran-pemikiran asing.

 Antara tahun 322 hingga 542 Hijrah merupakan tahun berlangsungnya
perkembangan pentafsiran al-Qur’an.

 Ahli tafsir melakukan penyemakkan semula terhadap riwayat-riwayat tafsir yang
diragui, khasnya yang berasal daripada Israiliyat dan Nasrani.

 Ulama juga telah melakukan usaha menyelaraskan tafsiran mereka sesuai dengan
pemikiran umat Islam dan dilakukan berdasarkan sepenuhnya riwayat-riwayat hadis
yang sahih serta kaedah-kaedah bahasa Arab juga kaedah-kaedah ijtihad yang
digariskan pada masa itu.

 Kitab-kitab tafsir secara khususnya menitikberatkan aspek tertentu, iaitu:
i.

Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu Bahasa dan tatabahasa: Di antaranya ialah
Tafsir al-Kasyaf oleh Al-Zamakhsyari, Tafsir Ma’ani al-Quran oleh al-Zujjaj, Tafsir
al-Basit oleh al-Wahidi.

ii.

Tafsir yang menitikberatkan tentang sifat-sifat Allah: Di antaranya ialah Tafsir
Mafatih al-Ghaib oleh Imam al-Razi.

iii.

Tafsir yang ditinjau dari sudut hukum dan ibadat: Di antara ialah Tafsir al-Qurtubi
oleh al-Qurtubi, Kitab Ihkam al-Quran oleh al-Syafi’i.

iv.

Tafsir yang ditinjau dari sudut kisah-kisah dan cerita-cerita terdahulu yang mana
termasuk juga kisah berasal daripada orang Yahudi dan Nasrani: Di antaranya
ialah Tafsir al-Khazin oleh ‘Ala’ al-Din ibn Muhammad al-Baghwi dan Tha’labi.

v.

Tafsir yang berhubungan dengan Tasawwuf: Di antaranya ialah Tafsir al-Thauri
oleh Abu Muhammad Sahl ibn Abdullah al-Tahuri.

vi.

Tafsir yang memperkatakan tentang lafaz-lafaz al-Quran: Di antaranya ialah
Kitab Mu’jam Gharib al-Quran oleh Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi daripada
Sahih al-Bukhari.

 Selain itu, terdapat juga kitab tafsir yang ditulis berdasarkan aliran
politik serta akidah, seperti Tafsir Muktazillah dan Tafsir Syiah. Di
antaranya ialah:
◦ Pertama: Tafsir Muktazilah ialah dengan memberi penekanan akal
dalam persoalan agama, contohnya : Tafsir Tanzih al-Quran An alMata’ yang disusun oleh Abd al-Jabar ibn Ahmad Ibn al-Khalil.
◦ Kedua: Tafsir Syiah antaranya ialah: Tafsir al-Quran ‘Ala al-Wajh
al-Ijmal Min Kalam Sayd al-Mu’minin Ali Ibn Abi Talib yang disusun
oleh Abu al-Qasim Ali Ibn Tahir.

o

TAFSIR ZAMAN MODEN



Berlaku atau bermula pada awal abad keempat belas Hijrah atau akhir abad ke19 Masehi.



Umat Islam mengalami bermacam bentuk penindasan, yang mana agama Islam
dihina dan dicemari ekoran penjajahan Barat dari sudut perkara, ekonomi, politik
dan cara hidup.



Lanataran itu, beberapa orang mujaddid Islam telah bangkit dan berjuang
mengubah nasib umat Islam dan negara Islam itu antaranya ialah Jamaludin alAfghani, Syeikh Muhammad Abduh di Mesir dan lain-lain.



Semangat tajdid mempengaruhi Tafsir al-Quran yang mana kitab tafsir itu disusun
dan dikarang pada waktu itu tidak lagi dengan mewarisi riwayat-riwayat lama
yang disandar atau yang dipetik daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in sematamata.



Antara kitab tafsir yang disusun dan ditulis pada peringkat moden ialah:
 Tafsir al-Manar oleh Rasyid Reda
 Tafsir Mahasin al-Ta’wil oleh Jamaludin al-Qasimi
 Tafsir al-Jawahir oleh Thantawi Jauhari