Terima kasih Pengerusi Majlis jamuan
Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Salam
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang
bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru".
Hadirin sekalian,
Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak
terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu
sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas.
Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguhsungguh. Di sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap
acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang
mengalami kerugian.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila
berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Malahan janganlah
bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan
membersihkan kelas.
Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan,
kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah
mereka untuk bertanyakan khabar.
Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang
berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedahfaedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula
menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang
bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas
yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan
dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah
sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam
sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita
semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama,
tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung
perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi
tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan
perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti
dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang
terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan
yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar
semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.