Alam Mahasiswa Perahu Masa Depan
Alam Mahasiswa: Perahu Masa Depan
Oleh Permata Dalam Cahaya1
"Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup
kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam
Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya"
Almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmood,
bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir.
Falsafah kehidupan Islam semakin terhakis dalam masyarakat Islam. Sumber ilmu
Islam iaitu al Quran, al Sunnah dan akal cuba diserang daripada pelbagai penjuru.
Anak muda dan mahasiswa dihidangkan dengan banyak persoalan tentang
pemikiran dan ideologi yang berkiblatkan Barat. Ini tidak termasuk dengan
kebejatan sosial yang lain.
Pemikiran Barat sendiri perlu dipelajari, ditapis dan dikritik agar sesuai dengan
aqidah dan akhlak Islam.
Anak muda dan mahasiswa mempunyai 4 kelebihan menurut Imam Hassan al
Banna iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Sebabnya, asas keimanan
ialah hati yang bersih, asas usaha ialah keazaman yang membara, asas keikhlasan
jiwa yang suci dan asas semangat ialah keinginan yang kuat. Anak muda dan
mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam [Surah al Kahfi: 13].
LEDAKAN UBUDIYYAH2
Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan
meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi
ganjaran pahala di akhirat ’bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Antara syarat ubudiyyah ;
1. Niat yang ikhlas.
2. Kelurusan aqidah.
1
2
Seorang pelajar ilmu agama. Pengembara melihat kejadian alam ciptaan Allah.
Penulis merujuk tulisan Ustazah Fatimah Sulaiman
3. Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum
syarak
4. Pelaksanaannya selaras dengan prinsip syariat dan akhlak Islam[Surah al
Nahl: 89].
5. Amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin.
6. Bekerja jangan sampai menganggu atau melalaikan ibadah pokok
terutamanya solat.
Segala bakat, kebolehan, buah fikiran, ilmu pengetahuan dan kesedaran yang ada
pada diri seseorang menjadi ubudiyyah apabila ia ditujukan kerana Allah.3 Ia
selaras dengan firman Allah dengan maksudnya
“dan tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mengabdikan diri
mereka kepadaKu” (Surah Adh Dhariyat:56)
Segala penyelesaian perlulah mengikut saranan al Quran dan hadith.
AQIDAH PERJUANGAN4
Ada kalangan anak muda sosialis bertanya ke mana hala tuju selepas
demonstrasi?. Sebelum menanya kami, tanya dulu dia, ke mana hala tuju sosialis
selepas kehidupan ini?. Semuanya sekitar niat yang akan menentukan siapa kita
dan ke mana halatuju teragung kita, syurga atau neraka di akhirat kelak. Menurut
Muhammad al Ghazali, kepada apakah Nabi Muhammad SAW menyeru
manusia?. Jawapannya kepada:
1. Keesaan yang mutlak
2. Alam Akhirat [Surah az Zalzalah:7-8]
3. Penyucian Jiwa yakni beriltizam dengan melakukan ibadah yang disyariat oleh
Allah *Surah al An’am: 151-153].
4. Memelihara kesatuan Umat Islam [Surah al Muddatssir: 38-48]
Perkataan aqidah dari segi bahasa bermaksud satu ikatan yang mengikat sesuatu
kepada sesuatu yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang
3
Muhammad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyyah Dalam Kalangan Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka
Ikhwan,1986
4
Dalam subtopic ini, penulis banyak merujuk Fadzil Mohd Nor, Aqidah Perjuangan, Shah Alam:DPF, 2003.
mengikat diri seseorang dengan satu keyakinan dan menjadikan kehidupannya
lebih terarah dan terpimpin. Aqidah mengikat seorang muslim untuk hidup
berasaskan dasar keyakinan yang disebut iman iaitu kepercayaan.
Dasar kehidupan seorang muslim adalah dasar keimanan. Iman itu melahirkan
penyerahan diri kepada Allah. Iman boleh bertambah atau berkurang. Dan ada
beberapa perkara tertentu yang boleh membatalkan iman.
Antara perkara yang membatalkan iman ialah5,
1.
2.
3.
4.
mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya
mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya.
Segala tindakan mahasiswa jangan sesekali membawa ke arah kemungkaran
apatah lagi perkara yang boleh membatalkan keimanan. Ada sesetengah
mahasiswa Islam mengkaji, mengamal dan hidup berpandukan ideologi dan
pemikiran ciptaan manusia. Ada yang lebih teruk mempertuhankan dan
menganggap ideologi ciptaan manusia lebih benar daripada ajaran Islam.
Kita boleh membaca, mengkaji dan diskusi tentang apa-apa perkara, cuma jangan
lupakan Allah dan berhati-hati dalam ucapan dan tindakan agar tidak tersasul
sampai membatalkan keimanan.
THE IDEA OF PROGRESS6
Idea Kemajuan (the idea of progress) seringkali dikaitkan dengan kepercayaan
bahawa setiap perkembangan dari satu keadaan kepada suatu keadaan
semestinya satu kemajuan. Ia bermula dengan keadaan tidak memuaskan kepada
keadaan lebih memuaskan, telah maju pada masa lepas, sedang maju dan akan
berkembang maju lebih besar pada masa depan atau akan menikmati masa depan
penuh bahagia dan sempurna. Contoh, matlamat akhir kaum marxis ialah
5
Abdul Hadi Awang, Muqadimah Aqidah Musllimin, Batu Caves: Ahnaf, 1985.
Penulis banyak merujuk tulisan Dr Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu Bakar, Potret Masa 1, PJ:Gateway,
1994 dan Muhammad Abu Bakar, Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Golongan Fundamentalis Islam, dlm.,
Islamika 2.
66
masyarakat tanpa kelas yang diwujudkan melalui proses dialektik. Dan dalam erti
yang lebih mudah, ia adalah perubahan.
Dalam pentafsiran tamadun Barat, mereka menolak kehadiran agama dalam idea
kemajuan mereka. Apabila negara ummat Islam terpengaruh dengan idea
kemajuan Barat, mereka menjadikan idea kemajuan Barat sebagai pengukuran,
wujud pengasingan cita-cita Islam dan cita-cita Barat (dualisme) serta penyebaran
falsafah sekular dalam masyarakat Islam.
Pada peringkat politik, idea permisahan agama dengan politik sebagaimana di
Barat menceraikan agama daripada politik. Pada peringkat peribadi, Islam
hanyalah pegangan moral. Islam dijadikan agama pentanggungjawaban seorang
individu. Proses deislamisasi dalam idea kemajuan menyebabkan penekanan
hanya pada kekayaan material, berpolitik mementing mempertahankan kuasa
bukannya alat untuk beribadah, hidup hanya bereksperimen padahal hidup
adalah pelaksanaan anjuran Allah dan Rasulullah. Mereka mengikut jalan fikir
serupa dengan cara berfikir ahli falsafah Barat seperti Bertrand Russell, Jean Paul
Satre dan lain-lain. Mereka menerima sepenuhnya pemikiran Barat tanpa
memikirkan hala tuju seterusnya para pemikir tersebut, bahagia atau tidak,
bertuhan atau tidak, ke syurga atau ke neraka, berdasarkan aqidah Islam atau
tidak?.7
Oleh kerana falsafah Islam merujuk kepada arahan al Quran dan Hadith, idea
kemajuan wajib mengikuti kedua-dua sumber ilmu Islam yang utama tersebut.
Manusia yang berjaya adalah manusia yang bertaqwa. Menurut Muhammad Asad
‘mentaati sunnah adalah kewujudan dan kemajuan mengikut Islam’ manakala
Syed Muhammad Naqiub al Attas menyatakan ‘perubahan, pembangunan dan
kemajuan mengikut kacamata Islam ialah pengembalian kepada Islam yang tulen
yang dianjur dan diamalkan oleh Rasulullah’.
Ibrah daripada idea kemajuan bertunjangkan Islam, gerakan mahasiswa Islam
yang menggerakkan intelektualisme perlulah beringat jangan sesekali terjerumus
dalam perangkap idea dan gagasan pemikiran Barat yang meminggirkan agama
Islam dan menuju ke arah atheis. Islam memerlukan syariat, bukannya Islam
Sila baca Syed Muhammad Naquib al Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya Dalam Islam, KL: IBFIM,
2014. Prof al Attas, makna kebahagiaan terletak dalam istilah sa’adah yang mempunyai pertalian di akhirat dan di
dunia.
7
Amerika yang berteori, diskusi sembang kencang dan berdebat tanpa lilitan
aqidah dan tanpa syariat.
Kemajuan dan pembangunan mengikut Islam bukannya berlandaskan
materialistik tetapi kemajuan dan pembinaan diri insan sebagai individu berkualiti
dari segi iman, taqwa dan akhlak. Daripada iman-taqwa, kemudian diikuti
kemajuan dan pembangunan-pembinaan akal seterusnya kepada kemajuan dan
pembangunan budaya dan material.
Kualiti Individu Seseorang Mahasiswa
Mahasiswa mesti mempunyai kualiti diri sebagai individu. Kualiti diri yang
dimaksudkan ialah;
1. Mempunyai worldview Islam yang jernih dan lurus berdasarkan tauhidik
2. Akhlak berdasarkan tauladan Rasulullah SAW
3. Al Quran dan al Sunnah sebagai sumber ilmu Islam yang paling berautoriti dan
menjadi panduan dan rujukan dalam setiap perkara.
4.Mencari guru berwibawa untuk memperlengkapkan diri menjadi insan
berkualiti.
5. Mencipta suasana ilmu dalam diri dan persekitaran dengan membaca buku
bidang sains sosial, mewujudkan kumpulan diskusi, ziarah-perbincangan dengan
ulama-sarjana, belajar bahasa asing [dikategorikan sebagai bahasa Islam, Bahasa
Dakwah dan Bahasa Ilmu] dan menghadiri majlis ilmu.
Pesanan Imam Hassan al Banna
Mahasiswa memerlukan worldview dan pegangan yang Islamik [Surah al Nisa:
174-175]. Islamlah yang mencorak kehidupan manusia [Surah al Baqarah: 138]
melalui perubahan worldview. Mahasiswa perlu meninggalkan medan
bercakap/pidato/forum beralih ke medan bekerja yang serius dan produktif
[Surah al Saf:2-4].
Islam mengiktiraf dan mengakui KUASA Rakyat. Islam mewajibkan setiap muslim
memerhati tindak-tanduk kerajaan. Mereka perlu memberi NASIHAT, bantuan
dan membahaskan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan. Islam mewajibkan
pemerintah mengutamakan kepentingan rakyat dengan memberi KEADILAN
kepada yang berhak dan menghukum sesiapa yang bersalah. Islam mewajibkan
rakyat taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah berada di jalan yang betul.
Rakyat perlu memastikan pemerintah berada dalam batas undang-undang dan
mengembalikannya ke landasan yang benar [Surah al Maidah: 48-50].
Imam Hassan al Banna tidak bersetuju dengan amalan politik kepartian. Amalan
politik kepartian menjerumuskan negara ke arah perbalahan dan konflik sesama
sendiri atau secara dalaman.
Politik Kampus
Di kampus, seseorang mahasiswa perlu mengetahui dan mengutamakan tugas
asasi mereka sebagai penuntut ilmu. Ketinggian ilmu melahirkan kepakaran yang
bakal membantu umat Islam dan negara pada masa hadapan. Terdapat tiga
elemen penting semasa berada di universiti iaitu [1] pengalaman dalam
organisasi dan kepimpinan, [2] membina jaringan persahabatan dan pengaruh
dan [3] meningkatkan kemahiran komunikasi. Tiga perkara yang dilakukan
semestinya tidak melampaui batas kita sebagai penuntut ilmu. Jangan sesekali
mengabaikan tugas asasi kita.
Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik tetapi bukan politik kepartian
walaupun dilatih atau ditarbiah oleh parti politik. Seseorang mahasiswa boleh
menyertai politik kampus. Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik negara
atas konteks kebersamaan dalam sesuatu isu bukannya menjadi orang suruhan
kepada parti politik [Surah al Qasas: 55]. Politik menurut Imam Hassan al banna
merujuk kepada ertikata politik yang mutlak iaitu mengambil berat soal dalaman
dan luaran ummah tanpa terikat dengan mana-mana parti.
Seseorang mahasiswa yang terlibat dalam politik kepartian atau politik negara
secara terbuka boleh membuka ruang kepada tindakan disiplin, tahanan polis
atau kes mahkamah bakal menganggu tugas asasi sebagai mahasiswa. Mahasiswa
sebagai insan terpelajar perlu mengelak menjadi HERO Jadian untuk kepentingan
politik pihak tertentu.
Kita tidak boleh mengimbau zaman Anwar Ibrahim, lagenda gerakan mahasiswa
Malaysia. Pendekatan seharusnya berbeza mengikut zaman. Pada zaman, tak
berbaloi kamu menjadi HERO.
Intelekualisme Mengakari Gerakan Mahasiswa?
‘Saya tidak risau dengan anak muda berusia 30 tahun ke bawah, sememangnya
mereka mempunyai semangat, tenaga, idea dan kedegilan yang mereka ada
untuk berusaha mencari identiti, spritual, pelajaran, pengalaman dan membaca
buku sebanyak mungkin. Usia 30 hingga 35 tahun, mereka memantapkan pilihan
pegangan mereka dan usia 40 tahun, pegangan telah menjadi darah dagingnya’Duan Lias
Menurut Sheikh Syakib Arsalan, antara faktor ketertinggalan umat Islam ialah
kebodohan dan jumlah ilmu pengetahuan yang mereka ada. Adakah mahasiswa
yanng kononnya terpelajar mempunyai kedua-dua faktor berkenaan?. Justeru,
para mahasiswa perlu menjalani proses pembinaan intelektualisme semasa alam
kampus.
Raja Ahmad Aminullah pernah menceritakan dalam bukunya tentang
pengembaraan beliau ke Mexico. Beliau melihat penduduk Mexico
mengupayakan dunia ilmu mereka melalui wacana hatta di kedai buku mahupun
galeri seni meskipun penduduk miskin adalah majoriti rakyat Mexico. Mereka
merakyatkan ilmu untuk rakyat bawahan.
Wacana, baca buku, diskusi dan menulis, itu semua boleh menyemarakkan
intelektualisme. Menurut kamus dewan, intelektualisme ialah pengabdian kepada
penggunaan intelek atau daya fikir. Manakala satu lagi maksud ialah doktrin yang
menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan penaakulan tulen.
Di universiti, mahasiswa adalah anak muda yang merdeka bebas daripada
pengawasan ibubapa. Mereka bertindak mengikut akal dan hati nurani sendiri.
Risiko dan tanggungjawab atas diri mereka sendiri. Kecenderungan ini membuka
ruang mencari indentiti tersendiri melalui intelektualisme.
Apa yang sangat penting dengan intelektualisme dalam gerakan mahasiswa?.
Peranan penting intelektualisme dalam gerakan mahasiswa memberi panduan
dalam perjuangan mereka. Mahasiswa yang mempunyai intelektualisme harus
menjelaskan masalah kepada masyarakat dan cuba mencari penyelesaian
masalah dan mengemukakan alternatif dalam usaha mengatasi masalah rakyat
dan negara. Jika mereka berjaya menghasilkan idea atau menyelesaikan
masalah, kejayaan itu perlu disebar luas kepada masyarakat.
Dalam pembinaan intelektualisme gerakan mahasiswa, paling penting ialah
membaca, mengkaji, berbincang dan menulis. Tanpa budaya membaca, gerakan
mahasiswa tidak akan berjaya membina intelektualisme mereka. Budaya
membaca bukannya membaca bahan picisan tetapi bahan ilmiah. Pembacaan
haruslah merentasi ideologi dan aliran pemikiran. Kerencaman pemikiran yang
menghasilkan keraguan telah menjadi kecanduan wacana-diskusi memerlukan
kita mencari penawar untuk menghilang ketagihan atau kecanduan tersebut
dengan worldview Islam.
Intelektualisme juga dapat dibina dengan aktiviti bersama pensyarah mereka.
Mereka boleh ziarah dan bersoal jawab dengan para pensyarah. Dalam
perbincangan dengan para pensyarah, mahasiswa boleh bertanya dan berdialog
tentang bahan bacaan yang mereka baca dan kaji. Dengan itu para mahasiswa
boleh mengembangkan lagi pemikiran mereka.
Mereka juga perlu aktif dalam kumpulan perbincangan berbentuk forum dan
diskusi buku. Mereka juga menubuhkan kumpulan sendiri untuk meningkatkan
kefahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Kumpulan ini mengadakan perlu
mengadakan majlis ilmu untuk berkongsi hasil dapatan.
Dengan adanya intelektualisme, barulah perjuangan mahasiswa dilakukan dengan
kefahaman bukannya emosi. Melalui kefahaman idea-idea ini, gerakan mahasiswa
boleh bangkit memperjuangkan isu yang difahami oleh mereka.
Pimpinan mahasiswa boleh memasuki kursus kepimpinan dan pemikiran
seumpama yang dianjurkan oleh Sekolah Politik [IKD], Sekolah Demokrasi
[DAP]dan Wacana Pandangan Alam Islam atau Worldview of Islam Series [WISEdianjur oleh Himpunan Keilmuan Muslim-HAKIM].
Kita memerlukan pengalaman yang pelbagai dalam intelektualisme untuk
menambahkan pengetahuan kita dalam sesuatu perkara. Dan paling penting kita
memerlukan Pandangan Alam Islam yang jernih dalam mendepani serangan
pemikiran dari pelbagai penjuru alam. Sebagai asas Pandangan Alam Islam, buku
di bawah boleh dijadikan asas kelurusan dan kejernihan pemikiran kita:
1. Islam dan Sekularisme karya Syed Muhammad Naquib al Attas
2.Prolegomena to the Metaphysics of Islam karya Syed Muhammad Naquib al
Attas.
3. Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna.
4. Fiqhud Da’wah karya Muhammad Natsir.
Untuk meneliti pemikiran Syed Muhammad Naquib al Attas, buku Falsafah dan
Amalan Pendidikan Syed Muhammad Naquib al Attas tulisan Wan Mohd Nor Wan
Daud dan buku Risalah Untuk Kaum Muslimin tulisan Syed Muhammad Naquib al
Attas sendiri boleh dijadikan permudah-cara dalam menghadami pemikiran
beliau. Pada zaman ini, umat Islam kurang tiga perkara;
1. Pemimpin yang boleh menyatukan umat Islam.
2. Sarjana yang memahami pemikiran dan ketamadunan Barat dan Islam.
3. Pendebat merangkap sarjana perbandingan agama sebagai Dr Zakir Karim Naik.
Gerakan mahasiswa seharusnya bersedia dan berusaha untuk mengasuh
anggotanya supaya melahirkan pemimpin-sarjana berdasarkan ketiga-tiga perkara
di atas.
Worldview Islam yang lurus dan jernih adalah kunci intelektualisme gerakan
mahasiswa yang Islamik.
Pengaruh Organisasi Luar Melalui Pengkaderan.
Organisasi luar yang saya maksudkan ini adalah organisasi politik atau badan
bukan kerajaan (NGO). Organisasi yang mengadakan latihan dan program
pengkaderan.
Sistem pengkaderan yang menghasilkan ramai mahasiswa mentaati organisasi
luar bukannya ketaatan kepada Islam. Oleh sebab itu, ada sesetengah kelompok
mahasiswa mengadakan protes terhadap sistem pengkaderan tersebut dengan
mengelak atau memutuskan hubungan dengan parti politik atau NGO terbabit. Ini
berlaku apabila sistem pengkaderan ini dianggap menjadi alat indoktrinisasi
terhadap para mahasiswa oleh parti atau NGO secara melampau-paksaan.
Ada kelompok mahasiswa ingin ‘indiependen’ bukannya wakil [cawangan?]
sesebuah parti atau NGO di kampus. Kelompok mahasiswa bukannya hamba atau
orang suruhan parti di luar kampus. Mereka mempunyai jiwa merdeka dan mahu
kebebasan bukannya dikongkong dan mengakuri arahan pihak luar.
Pada hemat saya, gerakan mahasiswa yang mempunyai hubungan dengan pihak
luar bukanlah satu ‘dosa’ besar atau perkara yang haram. Kita bebas tetapi
berpihak. Saya suka pandangan Hasbie Muda [anggota AMANAH], “saya fikir
tiada masalah jika persatuan-persatuan tersebut mempunyai hubungan dengan
pertubuhan luar tetapi mereka perlu diberi kebebasan agar tidak terikat dengan
sebarang arahan atau peraturan yang bersifat mengekang. Biarlah hubungan
kumpulan tersebut dengan pertubuhan induknya sebagai perhubungan rakan
kongsi dan bukannya hubungan antara pemberi arahan dan pelaksana arahan.”
Menurut Nazree Yunus pula, mantan Presiden PMIUM dan Pengerusi GERAK
[anggota PKR] “Realitinya Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Anak Muda akan
berpihak kepada perjuangan Kebenaran & Keadilan”
Penulis pernah mendengar cerita seseorang tentang sebuah gerakan mahasiswa
Islam [GMI] di negara ini melanggar arahan Tuan Guru Haron Taib, Ketua Dewan
Ulama PAS agar demonstrasi tidak dilakukan dalam kampus. Sahabat penulis itu
mendakwa GMI itu telah memutuskan hubungan Dewan Ulama PAS dan Jabatan
Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS.
Contoh lain, PMUM mempunyai hubungan baik dengan Parti Sosialis Rakyat
Malaysia (PSRM) ranting Pantai. Menariknya, Syed Hamid mantan pimpinan Kelab
Sosialis Universiti Malaya telah aktif dalam PSRM ranting Pantai. Kesatuan Aksi
Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) merupakan ‘sayap mahasiswa’ Partai
Keadilan Sejahtera (PKS), bahkan ramai kader KAMMI yang mengasaskan PKS.
Jamaat Islami di Pakistan dan Bangladesh mempunyai sayap politik kampus
mereka, Chatra Shibir.
Sebenarnya, pengaruh luar juga menjadi salah satu sebab pihak penguasa dan
HEP mengongkong gerakan mahasiswa. Pihak penguasa dan HEP mendakwa
gerakan mahasiswa dipengaruhi oleh pembangkang.
Pada hemat penulis, realitinya memang gerakan mahasiswa menjalinkan
hubungan dengan pihak luar. Statusnya sahaja yang membezakan mereka sama
ada cawangan atau rakan kongsi. Penulis juga berpendapat bahawa hubungan
dengan pihak luar bergantung kepada keperluan zaman dan atas kebaikan
bersama untuk kesejahteraan rakyat-negara.
Orientasi Isu Mahasiswa ke Orientasi Isu Rakyat
Gerakan mahasiswa mempunyai tanggungjwab terhadap rakyat terpinggir dan
tertindas. Dalam menangani isu ini, penulis melihat kebajikan masyarakat mesti
dijaga dan dibela oleh gerakan mahasiswa.
Ada juga mahasiswa mendekati isu-isu rakyat atas nama ideologi pegangan
mereka. Ada kalangan mahasiswa ini dari kelompok sosialis dan anarkis. Ada yang
bertindak melakukan aktiviti kebajikan seperti Buku Jalanan, Dapur Jalanan dan
Sekolah Jalanan.
Gerakan mahasiswa mahu pihak penguasa dan pihak berkenaan memudah cara
dalam mendepani isu rakyat tanpa penindasan dan bersifat pro rakyat. Seorang
pemimpin mahasiswa menulis, isu mahasiswa meliputi hanya 10%, manakala isu
rakyat meliputi 90%. Justeru, gerakan mahasiswa perlu bijak memilih isu dan
perlu melakukan pengkajian terlebih dahulu. Perjuangan isu mahasiswa kurang
sokongan kerana majoriti mahasiswa bukan hardcore GMI adalah pasif dan
menjaga periuk nasi mereka. Jadi perjuangan mereka akan kelihatan hambar dan
tidak berjaya mempengaruhi massa kampus dan memburukkan reputasi gerakan
mahasiswa di mata rakyat.
Jika mahasiswa berjuang dengan menggunakan pendekatan orientasi isu rakyat
terutamanya isu orang muda seperti isu PTPTN, isu tanah, isu kos hidup, minyak
dan rasuah, perjuangan mahasiswa akan mendapat simpatis daripada rakyat. Ini
akan memarakkan lagi perjuangan mahasiswa untuk kebaikan rakyat. Contoh, kita
melihat perjuangan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun 1998, pemimpin
mahasiswa memperjuangkan isu rakyat dimana ekonomi Indonesia terus merosot
ketika itu. Begitu juga demonstrasi Baling, ia berlaku disebabkan petani
mengalami kemerosotan harga getah yang memiskinkan mereka yang tersedia
miskin.
Untuk berjaya dalam perjuangan mahasiswa, pemimpin mahasiswa memerlukan
kebijaksanaan memanipulasi isu rakyat dan berkebolehan membuat keputusan
semerta (sewajibnya dengan doa, solat istikharah dan tawakal). Pemimpin
gerakan mahasiswa perlu memainkan peranan penting agar gerakan mahasiswa
memenuhi asiprasi rakyat bukan sahaja dalam lingkungan mahasiswa sahaja.
Radikalisme Anak Muda.
Pengolakkan dan konflik sekitar anak muda akan mempengaruhi mereka untuk
bertindak lebih radikal. Keradikalan ini bermula sudah lama dan sejak zaman
berzaman. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, faham ‘jebat” yang sering
bertentangan dengan faham ‘Tuah’. Ia diteruskan lagi dengan perseteruan antara
kaum muda dengan tua, dan kewujudan Kesatuan Melayu Muda, Angkatan
Pemuda Insaf dan lain-lain.
Menurut kamus Dewan, radikalisme ialah satu fahaman (kepercayaan) yang
radikal dalam politik atau fahaman yang mahu perubahan mendadak dalam arena
politik dan sosial. Revolusioner adalah orang yang menyokong revolusi. Ungkapan
Revolusioner dan radikal dilihat keras ekoran menerima konsep radikal daripada
sarjana Barat.
Kerajaan seringkali berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di
negara ini dengan tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat.
Sikap revolusioner perlu bagi membangunkan sebuah negara yang adil dan maju.
Shahnon Ahmad mendefinisi sikap revolusioner; ‘Revolusioner adalah bersuara
keras dan bertindak keras meruntuh dan menghancur sesuatu itu disertakan pula
dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang
diruntuh dan dirubah’.
Mahasiswa sebagai golongan intelektual perlu bersikap pemberani yang
berlandaskan ilmu dan pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang
diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara kuat untuk meruntuh dan
menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang revolusioner
mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan jiwa itulah dia akan bangun untuk
mengantikan penindas-penindas.
Sikap radikal, revolusioner dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi. Tun
Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah berkata;
“Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kita dapat
melihat perkara itu dari sudut yang betul”.
Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara kerana hidup mereka biar
berjasa.
Pendekatan kekerasan yang dimaknakan disini ialah pendekatan demonstrasi.
Kebiasaannya demonstrasi dimulai dengan ceramah dan nyanyian semangat serta
slogan-slogan. Semasa era 1970an, demonstrasi dimulakan selepas pidato di
sudut pidato.
Masalah yang timbul ialah apabila pihak berkuasa memprovokasi pihak
mahasiswa sehingga mahasiswa bertindak spontan menggunakan kekerasan.
Kejadian demonstrasi perlu dikaji dari segi personaliti dan psikologi para
mahasiswa. Semangat, emosi dan keyakinan diri daripada jiwa memberontak
menghasilkan tindakan yang keras. Fikir sebelum bertindak dan jangan
menjadikan sahabat mahasiswa lain sebagai kambing hitam dikala pimpinan
utama mahasiswa terselamat daripada dikenakan tindakan. Akhirnya, kebanyakan
daripada mereka setelah dewasa mengetawakan sifat mereka semasa muda.
Gerakan mahasiswa adalah salah satu cabang gerakan anak muda. Kelompok
anak muda memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak atau kelompok anti
establishment. Kelompok pendesak ini bukannya sahaja menentang HEP dan
kerajaan tetapi turut bertembung dengan kelompok pro establisment sehingga
menimbulkan konflik.
Aktor Politik Mahasiswa
Gerakan mahasiswa sangat bergantung kepada aktor-aktor mereka. Watak dan
falsafah perjuangan aktor adalah tunjang kepada aktivisme gerakan mahasiswa.
Cuma persoalan yang timbul, adakah tindakan aktor politik mahasiswa
berdasarkan kepentingan diri, ideologi atau perjuangan mahasiswa/rakyat?.
Mari kita lihat perubahan pendekatan PBMUM setelah dipimpin oleh aktor yang
berlain. Kemenangan Mahadzir khir dalam perebutan tampuk Presiden PBMUM
mengubah pendekatan PBMUM daripada pendekatan radikal kepada pendekatan
sederhana. Perubahan PBMUM zaman Awang Had Salleh lebih kepada sastera,
Sanusi Osman kepada komitmen politik, zaman Anwar dan Nordin Razak ialah
zaman radikal. Pada era 1998 hingga 2014, gerakan mahasiswa mengalami
perubahan ketara dari segi pendekatan faktor Anwar memainkan gerakan besar
kepada penyatuan mahasiswa Nasionalis-Islamis dengan Mahasiswa pro PAS.
Kehebatan aktor politik mahasiswa mencakupi keberanian, kemampuan
kewangan, jaringan pengaruh, kepetahan berpidato, kegeniusan dan penampilan
beragama mereka. Beza dua orang aktor politik mahasiswa terletak pada
keberanian mereka dalam menangani sesuatu isu. Jika pemimpin mahasiswa
tidak berani, perjuangan mereka akan kelihatan hambar di mata masyarakat dan
politikus.
Aktor politik mahasiswa perlu berhati-hati agar tidak menjadi kuda tunggangan
pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik. Aktor politik mahasiswa
jangan sesekali percaya dengan janji politikus. Aktor politik mahasiswa juga perlu
berhati-hati dengan teman seperjuangan atau senior yang mementori kerana
mereka juga mempunyai kepentingan politik. Tidak padan kita naik turun
mahkamah sehingga selepas alam kampus dikala senior yang mementori kita
sudah menjadi PTD dan politikus terus menang dalam pilihanraya.
Panduan Ideologi
Ideologi berkaitan dengan politik. Ideologi mengerakkan politik kemahasiswaan
dalam sesuatu isu. Persoalan politik mahasiswa dinukilkan oleh Raja Azlan, Pro
Canselor Universiti Pulau Pinang. Menurutnya, mahasiswa harus
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan perlu melakukan sesuatu untuk
rakyat. Oleh itu, gerakan mahasiswa haruslah menggunakan tenaga-idea mereka
bagi mendepani permasalahan masyarakat dan negara.
Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran dalam politik. Khoo Kay Kim
mencadangkan agar kerajaan hanya mengawal gerakan mahasiswa bukannya
menghalang penglibatan mahasiswa dalam gelanggang politik kerana mahasiswa
adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak mengundi.
Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan semangat mahasiswa bangkit
melawan kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu mengekalkan
image the student dan sebarang gelombang yang menganggu perjuangan mereka
akan ditentang.
Sebelum kita berbahas tentang ideologi, marilah kita melihat latarbelakang watak
aktor pimpinan mahasiswa. Latarbelakang keluarga, buku dibaca, sekolah dah
jurusan diambil sangat mempengaruhi panduan ideologi seseorang. Jurusan
seseorang pimpinan mahasiswa dalam PBMUM sebelum tahun 1972 sangat
mempengaruhi perjuangan PBMUM. Sebelum tahun 1972, Mahadzir Khir dan
Ismail Daud sahaja daripada bidang lain iaitu sejarah, semua Presiden PBMUM
datang daripada jurusan pengajian Melayu. Begitu juga dalam PMIUM, selepas
era kebangkitan mahasiswa pro PAS, jarang sekali PMIUM dipegang oleh bukan
kalangan mahasiswa daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sebab
itu semangat pejuangan Islam berbeza kerana Presiden PMIUM sangat dekat
dengan perjuangan Islam.
Kampus sendiri mempunyai kepelbagaian pemikiran dalam kalangan warga varsiti
terutamanya para mahasiswa dan para pensyarah. Ledakan ubudiyyah dan
pencernaan ideologi telah berlaku dalam kampus sehingga mencetuskan
pertembungan fikrah sesama mahasiswa yang berada dalam proses
pembentukkan identiti diri.
Mahasiswa sendiri telah memilih aliran fikiran yang mereka idamkan. Ada yang
hanyut dengan hedonisme, Marxisme, Sosialisime, Liberalism dan faham Islam.
Secara mudahnya, ideologi bermaksud suatu ilmu yang mengkaji sesuatu idea
atau pemikiran. Di bawah ada beberapa definisi tentang ideologi;
1.
Menuruf Prof Rahman Shaari, ideologi dalam politik ialah idea, pemikiran
atau pegangan yang dapat mempengaruhi pengikut untuk berada dalam prosedur
tertentu. Manakala, perbedaan antara pejuang ideologi politik dengan pejuang
politik sosial ialah pejuang ideologi sosial tidak menghendaki orang lain mengundi
kumpulannya.
2.
Menurut Frans Magnis Suseno, ideologi dimaksud sebagai keseluruhan
sistem berfikir, nilai-nilai dan sikap dasar rohaniah sebuah gerakan, kelompok
sosial atau individu.
3.
Menurut Taqiyuddin An-Nabhani, ideologi(Mabda’) adalah suatu aqidah
aqliyah yang melahirkan peraturan. Aqidah yang dimaksudkan adalah suatu idea
dasar yang menyeluruh mengenai alam semesta, manusia, dan kehidupan.
Dalam gerakan mahasiswa, ideologi adalah sumber pegangan dalam membentuk
corak berfikir dan cara bertindak para mahasiswa. Menurut Altbach, perjuangan
mahasiswa berasaskan ideologi politik tertentu. Antara ideologi yang
berpengaruh dalam gerakan mahasiswa di Malaysia ialah sosialisme, nasionalisme
dan ‘faham Islam’. Pertembungan antara ideologi menyumbang kepada
pembentukan pemikiran mahasiswa bahkan mencetuskan kehangatan
pertembungan politik dalam politik kampus.
Jemaah Islam Kampus [JIK] dan Kuasa Ketiga
Politik negara mempengaruhi politik kampus. Politik dalaman gerakan Islam akan
mempengaruhi politik dalaman gerakan mahasiswa Islam (GMI) atau Jemaah
Islam Kampus (JIK). Ada JIK mempunyai hubungan sebagai rakan kongsi, rakan
kebersamaan dalam sesuatu isu dan ‘cawangan’ gerakan Islam di luar kampus.
Status hubungan JIK dengan gerakan Islam di luar kampus mempengaruhi
perjalanan organisasi JIK.
Dalam JIK, ada pertembungan dalaman antara dua kelompok yang berbeza aliran.
Kemenangan kelompok yang bertembung banyak memberi impak kepada
perjalan JIK dan entiti-entiti yang dikuasai oleh JIK seperti PMI. JIK bukan hanya
dikuasai oleh kelompok yang menang tetapi pengaruh senior-senior terdahulu
juga masih menebal dalam JIK sehingga mencetuskan pengeseran dalaman
disamping hubungan tidak baik dengan gerakan Islam di luar dan gerakan
mahasiswa Islam induk peringkat kebangsaan.
Sewajarnya, generasi semasa yang menguasai JIK perlu bersikap neutral dan tidak
memihak kepada para senior mereka yang sudah tentu mahu mempengaruhi JIK.
Pada masa yang sama, mereka telah menyertai parti-parti tertentu yang mahu
menjadikan JIK sebagai kuda tunggangan mereka. Justeru, JIK perlu menegaskan
bahawa senior mereka boleh menasihati tetapi jangan sesekali cuba membawa
kepentingan parti politik mereka ke dalam JIK.
JIK kena profesional dalam hubungan dengan gerakan mahasiswa Islam peringkat
kebangsaan dan gerakan Islam. Walaupun ada JIK mengisytiharkan diri mereka
bebas daripada pengaruh mana-mana pihak, JIK masih perlu bersama dalam isu
yang memerlukan kebersamaan terutamanya isu rakyat dan negara.
Kebersamaan dalam isu tidak semestinya menjadi ‘cawangan’ gerakan Islam.
Nasihat Untuk JIK
1. Persahabatan, budi pertolongan, pengaulan dan kekerapan bersama dalam
perjuangan jangan sesekali melunturkan aqidah perjuangan kamu dan
mempengaruhi prinsip dan pendirian kita dalam perjuangan.
2. Jangan sesekali mencampur-adukkan pemikiran Islam dengan pemikiran Barat.
Permulaan untuk terherot daripada Islam apabila hujah-dalil kita banyak
dicampur-aduk dengan pemikiran Barat atau asing sehingga akhirnya, hujahdalil didominasi oleh hujah-dalil pemikiran Barat dan asing bukan lagi dalilhujah Islam. Hujah-dalil pemikiran manusia mengatasi hujah-dalil wahyu.
3.Jangan sesekali mencampur-adukkan perjuangan Islami dengan puak
Sekularisme-Pluralisme-Pluralisme (SEPILIS). Kebersamaan dalam tahaluf hanya
bersifat longgar bukannya melanggar prinsip Islam. Kita telah melihat bagaimana
sesetengah pimpinan gerakan Islam tertentu yang menyertai pertubuhan
beraliran SEPILIS tenggelam dek pimpinan SEPILIS.
4. Penyertaan dalam diskusi, forum, kursus dan latihan serta pembacaan buku
aliran SEPILIS tidak bermakna kalian menjadi SEPILIS tetapi berpeluang menjadi
SEPILIS sebagaimana tokoh Islam yang hebat, Nucholish Madjid yang terjerumus
ke lubang SEPILIS. Jangan termakan dengan kebaikan mereka tetapi lihatlah
aqidah mereka bercelaru menolak Islam. Kuat iman dan luruskan worldview
dalam mendalami aliran SEPILIS dan berdoa agar hidayah bersamamu.
5. Tidak bersetuju bukan menandakan putus persahabatan atau bermusuh. Tidak
bersetuju kerana prinsip dan pendirian dalam perjuangan.
6. Keputusan politik kebanyakannya ijtihad. Jika ada dalil bersumberkan wahyu,
kita boleh menilai untuk mengikuti ijtihad tersebut. Dalam politik, pertama Dasar
Politik berdasarkan Perlembagaan, kedua, pendekatan digunakan dan ketiga,
ketokohan. Ketokohan sentiasa membuatkan kita tertipu kerana banyak ucapan
tidak diamalkan dan tidak dilaksanakan, banyak ucapan indah daripada rupa,
ramai berucap hatinya berbolak-balik iman dan pendirian mereka, dan ramai yang
berucap tiada kualiti kerja. Berjuang berdasarkan dasar bukannya tokoh.
7. Untuk selamat dalam politik. Jadikan perundangan Islam dan negara Islam
sebagai KPI semasa mahu memilih sesebuah gerakan Islam. Mana-mana tokoh
Islam atau gerakan berbau Islam yang menolak atau beralasan untuk
melambatkan hudud atau negara Islam, tolaklah politik mereka walaupun
pendapat tersebut datang daripada ulama besar.
8. Bahaya pragmatik yang berakar kepada matlamat menghalalkan cara dan
mahukan populariti. Jika mereka bercakap, mereka bercakap berdasarkan
kesesuaian audien walaupun ia bersifat tidak benar dan mahu memuaskan hati
penonton. Pendirian mereka tidak tetap dan berubah demi kemenangan dan
kepentingan diri. Tiada dalil wahyu kecuali kemahuan nafsu mereka. Jika di
Kelantan, hujah mereka berdasarkan ayat-ayat al Quran, jika di Kuala Lumpur,
hujah mereka berdasarkan kalimat Shakespeare. Mereka bersifat dualisme dalam
satu isu. Lihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, mereka memperkenalkan Islam dengan dalil wahyu dimana-mana tempat
dan waktu, dan rujukan juga wahyu. Tidak salah menggunakan hujah para pemikir
Barat atau Timur tetapi jangan sampai dalil wahyu dengan pendapat para pemikir
hanya setaraf atau lebih malang hujah pemikir tersebut mendominasi daripada
dalil wahyu.
9. Mahasiswa mesti kritikal terhadap sumber ilmu dari segi kebenaran. Jangan
sesekali mudah menerima ilmu atau maklumat dapat rujukan sumbernya. Jangan
mudah menerima pemikiran Barat tanpa mengkritiknya.
Solusi
Mahasiswa mesti istiqamah dengan gagasan Islam. Mahasiswa kena betulkan
worldview Islam mereka. Jangan sesekali terpengaruh dan berjuang untuk SEPILIS.
Politik kepartian bukanlah segalanya.
Kita lihat orang politik, hari ini musuh dan esok kawan. Jangan sesekali
terpengaruh dengan pujukan dan janji orang politik, jika tidak kamu akan kecewa.
Senior kamu bukan segalanya. Tokoh politik yang kamu gauli dan mendekati
bukan segalanya. Pengaulan dan hubungan rapat dengan tokoh atau pemimpin
tertentu bukan segalanya.
Segalanya bergantung kepada kebenaran ilmu, adab seseorang dan istiqamah
dalam perjuangan.
‘Zaman muda, zaman melawan. Lawan jangan sampai hilang keimanan’