Interaksi intelektual Islam antara Teren

Interaksi intelektual Islam antara Terengganu dan Patani
dalam memperkasakan pentadbiran negeri
oleh  Zakaria bin Mustaffa  ACIS, UiTM PUNCAK ALAM

Terengganu terletak dipantai Timur Semenanjung Tanah Melayu
sebelum merdeka mengamalkan dan menjunjungi perintah Allah
seperti tuntutan al-Quran dan al-Hadith. Pencerahan kearah
kehidupan bertamadun ini tidak hanya digerakkan oleh ulama
tempatan bahkan sokongan dari ulama dari wilayah sekitar turut
saja melengkapnya.Antara ulama yang datang untuk berdakwah
dan memperkukuhkan Islam dinegeri tersebut adalah
dari
wilayah Pattani yang cukup ramai menghasilkan ulama dulu
sehingga sekarang. Ketidaksetabilan negara dengan perang
memberi sebab bagi mereka mendalami ilmu. Limpahan ulama
Pattani turut sampai kenegeri Terengganu Darul Iman yang
membina jati diri masyarakat melalui pusat-pusat pengajian
bahkan sampai diberi kepercayaan memegang jawatan tertinggi
agama seperti Syeikhul Ulama,penasihat dan mufti. Antaranya
Tok Syeikh Wan Qadir Bukit Bayas, Tok Syeikh Duyong, Tuan
Hasan Besut disamping jaringan maklumat berlaku pada

peringkat atasan dengan ulama Mekah seperti Wan Ahmad
Pattani. Kehidupan yang tidak mengenal sempadan negara
inilah menjadikan Terengganu negeri yang tidak asing dengan
pembangunan bercirikan Islam hingga masakini. Sumbangan
idea dan pengajaran amatlah membantu massa dan golongan
elit untuk sentiasa mendampingi rumah-rumah Allah. Kitab yang
ditulis dan digunakan mereka mampu menunduk dan
mentawadu’kan hatta penguasa untuk menjadi hamba yang
saleh , lantaran itu perjalanan pentadbiran negeri berada dalam
harmoni dan sejahtera

Pendahuluan
Patani yang terletak di selatan Thai pernah menjadi tempat kegiatan Islam di Asia Tenggara
suatu ketika dahulu.Ia juga merupakan pelabuhan perdagangan antara Arab dan China.
Kerajaan Patani dipercayai dengan rasminya mengisytiharkan Patani sebagai Negeri Islam

pada 1457. Kerajaan Patani terus menjadi salah sebuah kerajaan Melayu Islam dengan
pertumbuhan pesat sekolah-sekolah pondok pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Malah
dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakatnya berligar di sekitar pondok
dan masjid yang menyediakan pelajaran agama dan membentuk akhlak muslim. Walau

bagaimanapun, keamanan Patani tergugat apabila kerajaan Siam. mula menceroboh
wilayahnya. Hal ini menyebabkan ramai penduduk dan alim ulama Patani terpaksa berhijra
keluar dari tanahair mereka.

Kecemerlangan pendidikan pondok di Patani

Hubungan muslim-Siam pada abad ke 18M

Kedatangan Syeikh Abdul Qadir ke Terengganu adalah kerana ketegangan politik antara
penduduk Patani dengan Siam pada awal abad ke-19 itu. Siam yang mendakwa Patani di bawah
kekuasaannya telah beberapa kali mengancam melaksankan perang terhadap bumi Patani.
Akhirnya Siam menguasai Patani pada sekitar tahun 1832. (Hamdan Hassan, 1980:101) Realiti
ini juga pernah digambarkan oleh Haji Buyong Adil dalam buku ‘Sejarah Terengganu’:
“Selain daripada menghukum orang Melayu Petani (Patani) dan daerah sekitarnya yang telah memberontak
melawan Siam, kerajaan Siam telah memaksa Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu menyerahkan rajaraja, panglima-panglima dan orang-orang Melayu yang telah melindungkan diri di negeri mereka kepada
kerajaan Siam. Jika orang-orang pelarian itu tidak diserahkan, Siam akan menyerang Kelantan dan
Terengganu bagi membalas perbuatan raja-raja negeri-negeri itu yang telah membantu Patani melawan
Siam.” (Haji Buyong Adil, 1982:71)

Orang Patani secara beramai-ramai berhijrah ke Terengganu kerana negeri tersebut seperti juga

Kelantan terletak berdekatan dengan Patani. Sungguhpun begitu, orang-orang Patani telah
memilih Terenganu sebagai tempat pelindungan kerana ia pernah memberi bantuan kepada
Patani dalam siri peperangan dengan Siam. Sedangkan Kelantan pula keadaan politiknya sering
bergolak disebabkan pengaruh pergolakan politik di Patani. (Hamdan Hassan, 1980:101)

Sebenarnya, hubungan Patani dengan Terengganu telah lama terjalin. Baginda Sultan Tun Zainal
Abidin yang pertama ( 1725 – 1733 ) pernah berkunjung ke Patani dan telah berangkat pulang
ke Kuala Terengganu bersama-sama pengiringnya termasuklah orang-orang Patani. Kampung
Patani yang wujud di Terengganu sekarang ini didirikan bersempena dengan ketibaan lapan
puluh kelamin rakyat Patani yang mengiring baginda Sultan Zainal Abidin sewaktu baginda
dirajakan.

Jadi, apabila orang-orang Patani lain datang ke Terengganu pada abad ke-19 maka mereka akan
terus menetap di perkampongan yang sedia ada itu. Selain daripada itu, ada juga rombongan
yang berhijrah ke Kelantan, Kedah dan negeri-negeri lain termasuklah Indonesia dan Makkah alMukarramah.
Migrasi muslim Patani abad ke 19M
Penghijrahan ulama Patani yang pertama dikesan sampai ke Terengganu bermula dengan
ketibaan Tok Syeikh Qadi , gelaran yang diberikan kepada Hj. Wan Mohd Amin Wan Yaakob,
ayahanda kepada Tok Syeikh Duyong. Rombongan ini tiba pada dekad 1820an atau lebih awal
setelah muslim Patani gagal mempertahankan wilayahnya dalam perang dengan Siam pada 1789,

1791 dan 1808. Diikuti kemudiannya oleh rombongan Syeikh Abdul Qadir (Bukit Bayas) yang
merupakan ulama terkenal dari Patani. Tok Syeikh Duyong yang turut serta berpindah bersama
ayahnya memilih perkampongan Paya Bunga untuk tempat tinggal dan seterusnya mendalami
ilmu dengan Syeikh Qadir Bukit Bayas. Terengganu juga pernah disinggahi oleh ulama terkenal
iaitu Syeikh Daud al-Patani dan Syeikh Nik Dir. Mereka berdua kemudiannya memilih Mekah
untuk menetap di sana.(Ahmad Fathy,2011)
Di Besut pula terdapat beberapa orang ulama yang mempunyai kaitan dengan Patani dan
berperanan daerah itu. Tuan Hasan Besut atau nama sebenarnya Syeikh Hasan Ibnu Ishak al Jawi
al Patani (junior Syeikh Daud al Patani, Hj. Husin Kampong Lapu (murid Tuan Hasan Besut)
dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng (Ahmad Fathy, 2011)

Kehidupan Keagamaan di Terengganu

Sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia Barat yang terakhir berhadapan dengan penjajah dan
akhirnya mengalah untuk Inggeris menapakkan diri pada abad ke 19M. Tinjauan British terhadap
wilayah ini banyak dilakukan akhir pada akhir abad ke 18M, antaranya Clifford pada 1894M
menyatakan penduduknya rata-rata kuat mengamalkan agama. Kebenaran fakta ini boleh
diperakui dengan penemuan Batu Bersurat di Sungai Tersat, Hulu Terengganu dan juga dakwah
Ismaiyyah yang dijalankan oleh Tok Pulau Manis dengan kitab tasawufnya, ‘Hikam Ibn
‘Ataillah’ yang turut dapat mempengaruhi kesultanan Terengganu sehingga hadirnya Tok Syeikh

Abdul Qadir Bukit Bayas. Agama Islam merupakan satu aspek sosial dan cara hidup
berorientasikan Islam yang menjadi amalan sebelum pemikiran sekular menular kemudiannya.
Realiti yang pernah diakui oleh Abdullah Munshi ketika melalui kawasan perumahan Melayu ini
merupakan satu ukuran sosial yang memainkan peranan penting di kalangan rakyat massa
bahkan golongan bangsawan, sultan dipayungi oleh ulama yang sentiasa membimbing.

Pelajaran agama disebarkan melalui sistem pondok dan menadah kitab. Lantaran itu golongan ini
berada ditempat yang selayaknya sebagai ‘religious elite’ yang berpengaruh bukan sahaja
diperingkat bawahan bahkan istana. Semua ini diperkukuhkan lagi bila tokoh-tokoh dari Patani
yang secara kebetulan berhadapan dengan peperangan dengan Siam memilih negeri Terengganu
sebagai tempat pemastautin baru sepertimana pedagang ahli tasawuf Baghdad yang menerima
nasib yang sama ketika diserang Monggol 1258M. Oleh kerana agama Islam amat berpengaruh
dalam masyarakat pada masa itu, maka bukanlah satu keluarbiasaan bagi sultan Terengganu
mulai Sultan Zainal Abidin 1 (1725-33) hingga kini sentiasa mendekatkan diri dengan golongan
agama dan mendapat nasihat sebelum keputusan kenegaraan diimplimentasikan. Tokoh agama
dilantik sebagai mufti, qadi, hakim dan sebagainya disamping penghargaan pula dengan tanah
wakaf sebagai balasan.

Ulama Patani di Terengganu
a) Tok Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

Syeikh Abdul Qadir adalah anak ketiga daripada keluarga Abdul Rahim yang seramai enam
orang, lima lelaki dan seorang perempuan iaitu Wan Naji, Wan Safiah, Wan Ali, Wan Osman dan
Wan Omar. Syeikh Abdul Qadir dan keluarganya berasal daripada wilayah Patani.
Tentera Siam yang menindas rakyat Patani telah mendorong Syeikh Abdul Qadir dan
keluarganya untuk berhijrah ke negeri lain secara beramai-ramai. Menurut Haji Wan Mohammad
Saghir, beliau terus berhijrah ke Pulau Duyung Kecil, Terengganu selepas menuntut ilmu di
Mekah kerana keluarganya lebih ramai dan mempunyai pertalian yang rapat berbanding dengan
keluarganya di Patani. (Haji Wan Mohammad Shaghir Abdullah, 2005) Syeikh Abdul Qadir dan
keluarganya mengikuti rombongan yang diketuai oleh Tok Syeikh Qadi (Wan Muhammad Amin
bin Wan Yaakob), seorang ulama dari Patani
Ikut sama berhijrah ialah isterinya, seorang wanita Siam yang telah memeluk Islam.
Bagaimanapun Syeikh Abdul Kadir, telah mengahwini seorang lagi gadis di tempat kediamannya
yang baru bernama Wan Mek binti Wan Mamat. (Sharifah Afidah bt. Syed Hamid, 1990:11-14).
Pernah juga berkahwin dengan Cina yang mana mak mertuanya Ah Ting, Orang Kaya daerah
Kemaman. (Wan Endut, temubual: 26 Feb.2005) Dengan perkahwinan ini beliau dapat
membesarkan lagi pengaruh dan kedudukannya di kampung tersebut. (Hamdan Hassan,
1980:101) Semasa berkhidmat dengan baginda Omar (1839-1876), (Haji Buyong Adil, 1982: 85)
beliau telah berjaya menarik kepercayaan baginda Omar melalui sifat-sifat dan ketokohannya
sehinggalah baginda Omar mengahwinkannya dengan seorang gadis dari Pulau Duyung bernama
Wan Siti. Isterinya yang keempat pula bernama Wan Yah, berasal dari Losong, Kuala

Terengganu. (Sharifah Afidah 1990:11-14) Hasil daripada perkahwinan-perkahwinannya itu,

beliau telah dikurniakan dua puluh satu orang anak iaitu seperti yang tercatat dalam rajah
salasilah 2. Baginda Sultan Omar terkenal dengan sifat terbukanya untuk rakyat dan sangat cinta
kepada ilmu pengetahuan. Hal ini terbukti dengan anugerah tanah wakaf kepada Tok Syeikh
Wan Abdul Kadir untuk kepentingan pendidikan di Terengganu yang kemudiannya diwarisi oleh
anak cucunya. Pemberian tapak untuk pendidikan ini membantu Terengganu menarik tokohtokoh ulama menjalankan dakwahnya di sana. (Muhamad Saleh Haji Awang, 1361H/1942M).
Syeikh Abdul Qadir terkenal sebagai seorang intelek Islam yang warak. Beliau sentiasa
mengelakkan dirinya daripada fitnah dunia. Keluhuran peribadi yang dihiasi dengan sifat warak
amat membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang yang menguasai bidang Usuluddin dan
Tasawuf, tetapi juga mampu menghayati dan melaksanakan tuntutan ilmu yang dimilikinya.
(Ambak Abdul Aziz Ismail, 1984:11)
Beliau pernah ke Mekah dan menuntut ilmu di sana dengan bergurukan kepada Syeikh Mustaffa
Fatha’Llah, anak murid kepada Syeikh Ibrahim bin Hassan al-Qurani, tokoh Tarikat Syattariyyah
di Mekah. (Shahridan faeiz b. Mohideen Abdul Qadir, 2001; Temubual dengan Ustaz Ambak
Abdul Aziz Ismail) Menurut Haji Wan Mohammad Shaghir Abdullah, beliau juga pernah berguru
dengan beberapa orang syeikh, seperti; Syeikh Muhammad Salih bin `Abdur-Rahman Pauh Bok
al- Fatani., Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, Syeikh Muhammad Salih bin
Ibrahim (Mufti bermazhab Shafie, di Mekah) dan Syeikh Ahmad al-Marzuqi.. (Haji Wan
Mohammad Shaghir Abdullah:14 Mac 2005)

Setelah pulang dari Mekah, beliau meneruskan pengajaran di pondoknya di Bukit Bayas.
Ketokohannya sebagai ulama, telah membawa kemasyhuran kepada kampung tersebut, sehingga
dikenali sebagai ‘Kampung Tok Syeikh’, mengambil sempena nama beliau. Peranan yang
dimainkan oleh Tok Syeikh dalam usaha membawa perubahan dalam masyarakat samalah juga
dengan ulama-ulama lain di seluruh Alam Melayu.

Ketokohannya menarik minat pelajar-pelajar dari dalam dan luar Terengganu. Selain daripada
itu, hasil pengajaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas ini telah dapat melahirkan beberapa ulama
terkemuka, termasuklah empat ulama besar Terengganu iaitu; Sayyid Muhammad al-Idrus (Tok
Ku Tuan Besar), (Mohd. Salleh bin Haji Awang 1985:40) PESAKA IV, Lembaga Muzium
Negeri Terengganu, United Selangor Press, hal.40. Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin
( Tok Syeikh Duyung), Tok Ku Melaka (Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Idrusi yang
meninggal di Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada 1315H./1897M., mengarang 11 buah kitab
antaranya ‘Tanbih al Ghafilin bi Bayan Shay'in min Fada'il Ala Sayyid al-Mursalin’.
Sayyid Abdur Rahman yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Ku Paloh seorang ulama terkenal
di Terengganu. Beliau adalah anak kepada Tok Ku Tuan Besar, (lahir 1233H./1818M., meninggal
dunia pada bulan Zulhijjah 1335H./September 1917M). beliau pernah menjadi murid kepada Tok

Syeikh Abdul Qadir, memandangkan semasa kematian Tok Syeikh Abdul Qadir, beliau telahpun
berusia lebih 40 tahun.

Selain itu, Tok Syeikh Abdul Qadir juga turut memberi sumbangan dalam bidang pengurusan
fatwa agama negeri, apabila beliau di lantik sebagai Mufti Terengganu yang pertama,
sebagaimana tercatat dalam Sejarah Darul Iman oleh Misbaha. (Muhamad Salleh Hj. Awang,
1985)
Terdapat beberapa buah kitab tulisan tangan kepunyaan Syeikh Abdul Qadir yang digunakan
semasa beliau mengajar anak muridnya. Antara yang diketahui umum ialah :
1.

Majmu’ Mushtamil ’Ala Ihda wa Arbain Risalah. Kitab ini panjangnya berukuran 21cm.
dan lebarnya 15cm. Mempunyai 777 halaman. Kini berada dalam simpanan waris
Allahyarham Hj. Wan Su Hj. Muhammad Salleh di Pulau Duyung, Kuala Terengganu.

2.

Dur al-Fara’id. Kitab ini berukuran 21cm. dan lebarnya 15cm. Mempunyai 34 halaman.

3.

Manhal al-Safi fi Bayani Ramzi Ahli al-Sufi. Kitab ini berukuran 21cm dan lebarnya
15cm dan mempunyai 26 halaman. (Muhammad Abu Bakar, 1991:148-149) Menurut

ustaz Ambak Ismail kitab yang dikarang oleh Syeikh Dawud al Fatani selalunya
dimasukkkan nama pada kitab karangannya. Oleh itu beliau percaya kitab ini adalah hasil
tulisan Tok Syeikh Abdul Qadir. (Ambak Abdul Aziz Ismail: Temubual pada 27 Februari
2005).Haji Wan Muhammad Saghir Abdullah mengatakan kitab ini adalah karangan
Syeikh Dawud al-Fatani. (Wan Mohammad Shaghir Abdullah,1980)

4.

al-Taghrib wa al-Tarhib , diperolihi dari Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia.

Dari riwayat hidupnya tadi dapatlah disimpulkan bahawa, Syeikh Abdul Qadir merupakan
seorang ulama yang sangat berperanan dan banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan
Islam di Terengganu. Beliau telah meneruskan tradisi pengajian pondok yang diasaskan oleh
Syeikh Abdul Malik (Pulau Manis). Perkara yang lebih penting lagi ialah, kejayaan beliau dalam
usaha melahirkan beberapa orang tokoh ulama tersohor; seperti Tok Ku Tuan Besar dan Tok
Syeikh Duyung, sepupu Tok Syeikh Abdul Kadir yang membuka pondok di Pulau Duyong. (Wan
Endut bin Wan Omar, 26 Februari 2005:Temubual) di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu
Melalui dua tokoh ini, usaha pengajaran dan perkembangan ilmu agama selanjutnya berjaya
diwariskan kepada tokoh-tokoh ulama yang datang silih berganti selepas ketiadaan mereka.
Syeikh Abdul Qadir meninggal dunia pada tahun 1864M. di Kampung Paya Bunga. Menurut

tulisan Misbaha, Tok Syeikh Abdul Qadir meninggal pada 1853. (Muhamad Salleh Hj. Awang,
1361H/1942M:195) Beliau dikebumikan di perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu
b) Tok Syeikh Duyong

Wan Abdullah bin Wan Mohd. Amin dilahirkan lebih kurang 1802M di Kampung Chabang Tiga, Patani
dan meninggal pada hari Khamis 24 Februari 1889M di Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu.

Neneknya wan Selamah ialah isteri kepada seorang pembesar Kerajaan Patani. Apabila berlaku
huru-hara di Patani pada 1808, Tok syeikh Qadi iaitu ayah dan keluarganya memilih Terengganu
sebagai negeri perlindungan. Mulanya bertapak di Paya Bunga, Kuala Terengganu. Pendidikan
agama diteruskan dengan bapanya sendiri disamping terkenal dari Patani iaitu Syeikh Abdul
Qadir Bukit Bayas dan Tuk Ku Tuan Besar (Sayyid Muhammad Zainal Abidin). Kemudian
dihantar menuntut ilmu dengan Syeikh Daud al Patani di wilayah asalnya. Pendidikan diteruskan
ke Mekah antara 1832 hingga 1846 dalam bidang Tasawuf, Fiqh, Usuluddin, Tafsir, Hadis dan
sebagainya. Sekembalinya dari Mekah beliau memulakan pengajaran di Duyong Kecil disebuah
masjid yang didirikan beliau.Murid dari masyarakat tempatan dan luar Terengganu datang
menuntut pelbagai dari beliau termasuk Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin 111, Haji Wan
Mohammad anaknya dan ulama tempatan semasa. (Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd
Yusoff Abdullah Pesaka 1v, (1987)
c) Syeikh Nik Mat Kecik
Namanya Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy al Patani. Datuk beliau seorang pengarang
terkenal Patani iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al Patani. Tarikh kelahirannya samada
1245H/1829M atau 1260H/1844M dan meninggal di Mekah pada 1333H/1914M. Semasa
kecil sempat menemui datuk saudaranya Syeikh Daud dan berguru kepada Syeikh Abdul
Qadir Bukit Bayas. Menuntut ilmu di Mekah yang akhirnya dengan keluasan ilmunya
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah di Mekah dan bertugas sebagai ‘Syeikh Haji’.
Antara kitab-kitab beliau:
1- Al Bahjatul al Mardiyah fi fawaid al ukhrawiyah (1878M)
2- Matla’ul Badrayn wa majma’ul bahrayn (1885M)
3- Al Kaukabu al Durriy fi Nuril Muhammady (1886M)
4- Al Durru al Basim fi ashbul Kahfi war Rakim (1892M)
5- Kitab al Farqadain wa Jawahirul Iqdain (1893M)
6- Wushahul Afrah wa Ashabul Falah (1894M)
7- Sawaiqul Barqi wa Luma’ al Ahkami Tayamum wal jama’I (1905M)
8- Al Bahrul Wafi wa Nahrus Safi (1912M)
9- Faedah bagi kelebihan Bertanam dan Berhuma (1010M)
10- Al Durrul Masnun wa Jawahirul Maknun
11- Surat kepada Paduka Adinda Tuan Haji Hussein bin al Marhum Latif Kelaba
Beris (1324H). (Wan M. Saghir Abdullah, 2005)
d) Tuan Hasan Besut
Wan Hasan bin Wan Ishaq terkenal dengan ‘Tuan Hasan Besut’ berasal dari kampong Pauh Bok,
selatan Thailand atau Patani. Bersaudara dengan Wan Ali bin Wan Ishaq al Fatani. Wan Ishaq
memiliki nasab keatasnya kepada Syeikh Abdullah bin Abdul Mubin al-Fatani yang mengarang
kitab ‘Tanbih al-Ghafilin’ dalam bahasa Melayu (1184/1770M). Saudara kepada Syeikh

Abdullah bernama Syeikh Abdul Rahman pernah menjadi guru kepada Syeikh Daud bi Abdullah
al-Fatani dan Syeikh Abdul Samad al-Palimbani pengarang ‘Siyar al-Salikin’.
Pada peringkat awalnya berguru kepada Wan Ishak, bapanya yang mengaajar di sebuah pondok
Kampong Pauh Bok. Kemudian dua beradik (Wan Hasan dan Wan Ali) meneruskan
pengajiannya ke Mekah. Tarikh pemergiannya tidak dapat dipastikan namun karyanya pernah
dijumpai pada 1240/1823M dan dalam masa yang sama tulisan Syeikh Daud bin Abdullah alFatani dijumpai. Tulisan beliau paling awal bertarikh 1249/1833M diselesaikan di kota suci
Mekah. (Wan Saghir, 2003) Gurunya di Mekah terdiri daripada Syeikh Muhammad Saleh bin
Abdul Rahman, Pauh Bok dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Syeikh Muhammad
Zainuddin dari Aceh yang menjadi sahabat Wan Hasan dan beliau sendiri adalah guru kepada
Syeikh Nawawi al-Bantani. Oleh itu beliau bukan sahaja menjadi rujukan ulama tempatan
bahkan peringkat antarabangsa. Tokoh sezamanya yang lain Haji Abdul Khaliq bin Muhammad
Zainuddin al-Fatani, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minangkabawi, Syeikh Ahmad
Khatib bin Abdul Ghafar Sambas, Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fatani (Dakwah, Ogos
1989) Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai
Chondong Kelantan, Abdul Malik bin Isa dan Wan Musa Terengganu (Wan Saghir). Tok Pulai
Chondong pernah ke Mesir bersama tokoh. (Wan Kamal Mujani & Zuharyati Yusof;2006)
Setelah selesai pengajian di Mekah ‘Tuan Hasan Besut’ menuju ke tanahair di Kampong Pauh
Bok untuk berdakwah kepada masyarakatnya. Dalam tempoh tersebut, peperangan antara Siam
dan Patani sering berlaku yang mendorong beliau mencari tapak baru ke selatan iaitu ke
Kelantan dan Terengganu (termasuk Kedah dan Perlis) yang memang menjadi pilihan
masyarakat Patani untuk berhijrah akibat wilayah asalnya yang kurang stabil. Tokoh yang turut
berhijrah ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim (Bukit Bayas, K. Terengganu). Beliau turut
menunaikan kehendak masyarakat yang berhadapan dengan masalah, kerumitan hidup dan
penyakit dengan menggunakan ilmu kebatinannya melalui doa, wirid, zikir dan selawat dan
secara tidak langsung menjadi bomoh syarie kepada mereka. Beliau mendapat tempat untuk
mengajar dikalangan kerabat diraja setelah tiba di Besut, Terengganu. Beliau dihormati oleh
seluruh masyarakat daerah Besut lebih-lebih lagi dengan pembawakan yang bersifat tawadu’ atau
tidak membesarkan diri. (Wan Mohd. Saghir Abdullah;2005)
Kepopularan ulama bermula dengan karya yang dihasilkan dan masyarkat terkemudian turut
dapat menikmati buah fikirannya seperti ulama sebelumnya iaitu Syeikh Abdul Rahim bin Abdul
Qadir.
Antara karya beliau:
1. Hidayat al-Mukhtar fi fadhli talab al-ilmwa fadhli sahibihi min kalam saidi al-akhyar
diselesaikan pada hari Jumaat, waktu Dhuha, enam likur Muharram 1259/1833. Pernah
dicetak dibahagian akhir Tajul Muluk dan dalam kitab Bad’ al-Samawat karangan Syeikh
Nuruddin al-Raniri. Kitab ini pernah disyarah oleh Tuan Guru Haji Muhammad Nur yang
berasal dari Minangkabau dan pernah menjadi Kadi Langkat.
2. Ayyuha al-Walad (1266/1850M)
3. Berkaitan Ilmu Firasat. Siap ditulis pada 1266/1850M bersamaan tarikh siapnya kitab
karangan Syeikh Abas Kota Karang yang diberi jodol ‘Siraj al-Zalam’. Kedua-dua
dicetak bersama dalam ‘Tajul Muluk’ setelah diusahakan oleh Syeikh Ismail bin Abdul

Mutalib al-Asyi (Aceh). Terdapat banyak perbezaan antara manuskrip asal Syeikh Wan
Hasan dengan kitab susunan Syeikh Ismail.

e) Tuan Guru Haji Husin Kampong Lapu
Nama lengkapnya Haji Husin bin Haji Mohd Amin. Menurut Ahmad Fathy , beliau
merupakan tokoh ulong memperkenalkan sistem pondok di Besut. Berasal dari Nat Dang,
Patani. Selepas menuntut di Mekah, beliau menurut jejak gurunya Tuan Hasan Besut
berhijrah ke Terengganu. Pondok dimulakan pada 1905M, dengan sokongan wakil sultan di
Besut, Tengku Muda untuk persiapan tapak pengajian. Pengajian disini mendapat sambutan
baik, tambahan lokasinya berhampiran pecan Kuala Besut. Pada 1916 sebanyak 40 pondok
didirikan oleh pelajar termasuk dari Kelantan. Beliau sering diajak oleh wakil sultan didaerah
untuk menyelesaikan beberapa isu tempatan. Pengganti wakil sultan, Tengku Wok turut
meraih buah fikirannya untuk menyelesaikan masalah daerah Besut. Meninggal pada 1917,
pengurusan pondok dilangsungkan pula oleh Tuan Guru Haji Abdullah. (Ahmad Fathy, 2011)
f) Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
Beliau termasuk antara beberapa tokoh pendakwah yang bergiat cergas di K.Terengganu
sejak 1981. Seorang tokoh,Tuan Guru, pensyarah dan pakar rujuk di Kolej Agama Sultan
Zainal Abidin (KUSZA) dan muballigh masyarakat sekitar Kuala Terengganu khususnya
lokaliti Kuala Ibai. Lahir pada 1930. Berpendidikan seperti kanak-kanak lain diPombeng,
Patani iaitu sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah empat. Kemudian melanjutkan
pelajaran ke pondok Kuala Beruas pada 1941, berguru kepada Haji Abdul Rahman Saghir
bin Mohd Dahhan. Setelah tamat beberapa pondok di Patani dan berkahwin beliau
melanjutkan pelajaran ke Mekah ketika berusia 18 tahun. Sekembalinya ke Patani 1861M,
beliau mendirikan sekolah bercorak integrasi. Disamping mengajar beliau bergerak aktif
dalam BNPP (Barisan Nasional Pembebasan Patani) yang akhirnya membawa kepada hijrah
ke Malaysia pada 1981. Sumbangan beliau semasa berada di Terengganu ialah pensyarah di
KUSZA, pakar rujuk, khatib, penceramah masjid dan radio. Beliau kemudiannya membina
pondok Darus Salam di Kuala Ibai. Sumbangan keilmuan dalam bentuk tulisan juga ada.
Antara tulisannya Akhlaq alUlam’, Ta’liq ‘ala Matn al Ajrumiyah, Mabadi’ al Jihad fi
Sabilillah, Afkar Jihadiyah fi al Islam dan al Tafsir al Wadih. Meninggal dunia pada 8 Mac
1208.(Ahmad Fathy, 2011).

Tokoh lain yang dikatakan berasal dari Patani seperti Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut
(Wan Saghir Abdullah, 2006). Beliau pernah mengarang kitab Tariqah al Salikin li Makrifah. Beliau
menjadi murid kepada Tok Kelaba atau nama sebenarnya Tuan Haji Muhammad Hussein bin Abdul Latif
bin Abdul Mukmin dan Tok Bendang Daya atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al
Patani.

Penglibatan ulama dalam pentadbiran

1.
2.
3.
4.

Penggubalan dasar politik, social dan ekonomi
Keahlian dalam Majlis Mesyuarat Negeri, Anggota Jemaah Menteri
Penyediaan dan pelaksanaan undang-undang negeri sebagai hakim dan Kadi
Kepimpinan unit pentadbiran politik dikawasan tertentu atas kehendak pemerintah
1. Bekerjasama dengan sultan selaku Penasihat kerajaan mengagalkan penjajahan Siam dan
British
Sultan Omar enggan tunduk kepada Siam dan British melalui perjanjian 1826. Butiran perjanjian
menghendaki Sultan Terengganu tunduk kepada kekuasaan Siam sehingga berlaku perang pada
1862M. Sekali lagi pada 1890 suara ulama digunakan bila timbul konflik dengan British
berhubung politik Pahang.Menurut Abdullah Zakaria bin Ghazali usaha menjajah Terengganu
sering dilakukan British bersama Siam. Misalnya pada tahun 1897, 1899 dan 1902 perjanjian
telah diadakan antara dua kuasa tersebut. Perjanjian ini dibuat tanpa restu daripada pemimpin
Sultan Terengganu dan hanya diberitahu selepas perjanjian itu termaktub. Semua perjanjian
membuat perakuan bahawa negeri-negeri Melayu di Utara Semenanjong seperti Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu berada dibawah naungan Siam.Sir Frank Swettenham pernah dihantar
oleh Inggeris untuk mendapatkan pengesahan Perjanjian 1902.Demikian juga dengan perjanjian
pada 10 Mac 1909, antara British dan Siam tidak juga dimaklumkan kepada Sultan Terengganu
Sultan Zainal Abidin 111 yang kemudian menimbulkan masalah (ditolak) bila Agen British,
Conlay ditempatkan di Terengganu (Pesaka 111)

2. Penggerak komuniti setempat
Peningkatan kehidupan beragama melalui peranan ulama pondok turut memperkukuhkan
pentadbiran negeri. Mereka memperkukuhkan kerajaan negeri melalui usaha mengerjakan
tanaman dgn pembukaan tanah baru, menyertai kegiatan sosial seperti bersolat secara jemaah,
pengkebumian jenazah, nikah kahwin, memimpin kerja-kerja agama seperti bacaan doa,
mengepalai tahlil, menyampaikan khutbah dan berzikir. Bahkan urusan pemilikan atau
pembukaan tanah baru, ternakan, pertanian dan hukuman diselia oleh pemimpim tempatan
sendiri. (Sila lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali dalam Pesaka 111)
3. Penggubalan dasar-dasar negeri-Uundang-undang Tubuh Negeri Terengganu

Seramai 24 orang ahli Mesyuarat Kerajaan menandai Undang-undang Tubuh 1910 Negeri
Terengganu.
Antaranya: Al-Haj Wan Muhammad Salleh bin Muhammad dan Ahli Mesyuarat.

4. Penghubung antarabangsa Patani-Terengganu dlm penyatuan fikrah ulama

Beberapa contoh pujian Syeikh Wan Ahmad Patani terhadap Sultan Zainal Abidin 111
Itulah Sultan Terengganu
Raja yang berani, bermaruah dan bertuah
Raja yang agong lagi bijaksana
Pandai mentadbir
Banyak ilmu
Petunjuk jalan bahagia
Kemuncak usahanya ialah
Menggali ilmu, menyelami makrifat
Menunjukkan jalan hidayah
Dunia Melayu belum pernah menzahirkan
Raja agong seperti baginda
Raja memiliki akhlak mulia
Baginda ialah cermin agama
Wadah amanah
Neraca keadilan
Maka jangan engkau ragui (Wan Mohd Saghir Abdullah, 2002: 24-25)
Sultan Zainal Abidin iii dengan Wan abdul Qadir dan Nik Mat Kecik
Tengku Long, Raja Besut turut mengutuskan surat kepada dua ulama Patani iaitu Syeikh Ahmad al Patani
dan Syeikh Daud bin Mustafa al Patani (Wan Saghir Abdullah, 2006)

5. Peranan ulama sebagai pendakwah dan penulis agama seperti Wan Hasan Besut- murid
Syeikh Daud al Patani, Wan Abdul Qadir , Syeikh Nik Mat Kecik (1260/1844-1333/1914)

6. Menjadi guru kepada ulama- tok Syeikh Duyong menjadi guru kepada Tok Ku Paloh, Tok
Syeikh Wan Qadir menjadi guru kepada Tok Ku Tuan Besar

Tok Syeikh Duyong dan Sultan Omar, Sultan Ahmad Shah ii dan Sultan Zainal Abidin iii

7. Tok Syeikh Duyong sebagai lidah negeri Terengganu, Syeikh Ulama begitu juga Tok Syeikh
Duyong anaknya Wan Muhammad
8. Utusan damai kerajaan (Isu Besut)
Tengku Ali yang dilantik sebagai wakil Sultan di Besut tidak berhubung selama 15 tahun dengan Sultan
Omar dan mengusir Tengku Hitam. Beliau mewujudkan hubungan rapat dengan Raja Kelantan dan
berpakat untuk mengguling Sultan dan menggantikan dengan Tengku Chik Muda namun beliau
meninggal lebih awal. Semasa perlantikan Tengku Ahmad sebagai Yam Tuan Muda, Tengku Ali tidak
hadir. Untuk mengelak ketegangan berterusan baginda Sultan Omar mengutuskan Mufti Wan Abdullah
ke Kelantan untuk berbincang.
(Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008)

Mufti Patani DiTerengganu
Tok Syeikh Abdul kadir (1839-1853)
Wan Abdullah bin Mohammad Amin(1878-1889)
Wan Mohammad bin Wan Abdullah (1890-1912)
Wan Abdul Manan bin Hj. Wan Yaakob (1976-1988)- Keturunan Tok Syeikh Duyong

Peranan ulama dalam perlantikan sultan Omar (1839) dan Sultan Zainal Abidin iii (1881)

Penggerak kesedaran sosial

Ulama Patani memainkan peranan dalam mempertahankan institusi sosial tradisional daripada
dikorbankan oleh penjajah Inggeris atau Siam. Pengekalan institusi ini diperkemaskan oleh
ulama dalam mempertahankan kehidupan beragama khususnya dikawasan pondok. Murid-murid
disedarkan dan diberi semangat jihad untuk menentang hasrat penjajahan oleh para ulama yang
menjadi pemimpin masyarakat termasuk golongan golongan petani. Kadang-kadang
penentangan terhadap golongan kuffar yangternyata dan jelas khususnya semasa hendak
dilaksanakan Undang-undang Tubuh negeri Terengganu 1910 yang mana muftinya ketika itu
Syeikh Wan Muhammad bin Wan Abdullah (1890-1912) dan Sultan Zainal Abidin 111. Terbukti
kemudiannya Inggeris berjaya bertapak selepas kematian kedua-dua tokoh tersebut. Rahmat
Saripan pernah memberi ulasan mengenai pengaruh ulama ini;

Pemulihan kesultanan tradisional boleh juga ditinjau sebagai satu
gerakan suci yang dapat dikaitkan dengan seruan Perang Sabil atau
jihad memang bermatlamatkan menghapuskan akar bumi penjajahan.
Mengikut kepercayaan, adalah hak kewajipan tiap-tiap seorang penganut
Islam untuk mempertahankan agama. Kepercayaan ini merupakan tenaga
yang kuat yang dapat menggerakkan komuniti tani yang beragama Islam.
Lagipun awal bad ke 20 menyaksikan kebangkitan semangat keIslaman

Di Semenanjong Tanah Melayu. (Rahmat Saripan, Pesaka 11)

Penutup
Pentadbiran awal Terengganu dikuasai ulama Patani

Hj. Wan Saghir Abdullah, (2002), Syair yang Indah: Gubahan Syeikh Ahmad alPatani, Siri
Pertama, kuala Lumpur, Khazanah Fataniah,
Haji Mohd Yusoff bin Abdullah, Rashid Hamad, Satu Abad Undang-undang bagi diri kerajaan
Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, K.Terengganu, Percetakan Yayasan Islam
Terengganu.
Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah, (1983), Pesaka , Lembaga Muzium
Negeri Terengganu, K.Lumpur, United Selangor Press
Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah Pesaka 11, (1984), K.Lumpur, United
Selangor Press
Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah Pesaka 1v, (1987), K.Terengganu,
Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
Muhammad Abu Bakar (Penyunting), (1991), Ulama Terengganu: Suatu Sorotan, Utusan
Publication
Ahmad Fathy al-Fatani, Ulama’ Patani di Terengganu: Sejarah dan Peranan (Dari Tuan Hasan
Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng) dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN)
IV, 25-26 Nov 2011
Wan M. Saghir Abdullah, (2005), Ulama Nusantara, petikan dari ulama.blogspot.com 22/4/2014

Wan Saghir Abdullah, (2006), Ulama Nusantara, petikan dari ulama-nusantara.blogspot.com
18/4/2014
Wan Kamal Mujani & Zuharyati Yusof. (2006). Tok Pulai Chondong: Riwayat Hidup dan
Sumbangan dalam Pendidikan Islam di Kelantan. Kertas kerja dibentang dalam Nadwah Ulama
III pada 15 hingga 17 April 2006. Kepala Batas: Pulau Pinang.
Wan Mohd. Saghir Abdullah. (2005). Inilah Ayyuhal Walad pada bicara wasiat dan nasihat oleh
al’Alammah al-Hibr al Pahamah Tuan al-Syeikh Hasan bin Ishaq al-Fatani. Cetakan kedua.
Khazanah al-Fataniah: Kuala Lumpur.
Haji Buyong Adil. 1982. Sejarah Terengganu. K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamdan Hassan. 1980. “Sastera Melayu dan Islam” Dlm. Kesusteraan Melayu dan Islam : Satu
Pertembungan Pemikiran. Kuala Lumpur: Sarjana Interprise.
Sharifah Afidah bt. Syed Hamid. 1990. Ulama Terkemuka Terengganu Abad ke 19: Pemikiran
dan Peranan mereka kepada masyarakat. Latihan Ilmiah. UKM: Jabatan Sejarah.
Wan Endut bin Wan Omar. 26 Februari 2005. Temubual. Kuala Terengganu: Kampung Bukit
Bayas.
Mohd Salleh Haji Awang, Sejarah Darul Iman hingga 1361H/1942M. Cet. 3. Terengganu:
Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Terengganu.