Institusi MAIS Pemelihara Kemaslahatan U

ICMAS 043 Nor ‘Adha Abd Hamid, Abdul Hadi Awang, Md. Rozalafri Johori,
Mohd Daly Daud, Nurkaliza Khalid & Wawarah Saidpudin
noradha@kuis.edu.my; abdulhadi@kuis.edu.my; rozalafri@kuis.edu.my;
mohddaly@kuis.edu.my; nurkaliza@kuis.edu.my; wawarah@yahoo.com
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Institusi MAIS: Pemelihara Kemaslahatan Ummah
Abstrak
MAIS adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan
hal ehwal agama Islam dan menjunjung amanah untuk memastikan kemajuan
ekonomi serta kesejahteraan umat Islam dilaksanakan. Dalam menggalas tugas ini,
pelbagai isu khususnya hal ehwal agama Islam perlu ditangani dengan baik oleh
MAIS agar martabat agama Islam terpelihara. Namun, tahun 2014 dan sebelumnya
menyaksikan beberapa isu hal ehwal agama Islam dimainkan di dada akhbar dan
siaran media sedikit sebanyak membuatkan institusi ini turut terpalit dan perlu
memberi maklumbalas untuk meredakan keadaan serta memberikan penjelasan
kepada orang awam. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab
MAIS sebagai badan organisasi yang diberi mandat oleh DYMM Sutan dan
mengenalpasti isu-isu agama yang berada dibawah tanggungjawab MAIS. Hasil
kajian mendapati masyarakat mempunyai kefahaman terhadap tugas dan
tanggungjawab MAIS namun, masih terdapat kekeliruan di pihak masyarakat
terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan MAIS. Kajian ini turut

mencadangkan beberapa inisiatif untuk MAIS mengambil langkah dalam membina
kesatuan ummah bersama masyarakat dan seterusnya bersama-sama
meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor ini.
Kata kunci: MAIS, isu-isu agama, tanggungjawab, krisis organisasi, reputasi,
kemaslahatan ummah
PENDAHULUAN
Perkara utama dalam sesebuah organisasi adalah imej dan reputasi yang perlu
dijaga baik terhadap orang yang berkepentingan (stakeholders) seperti pelanggan.
Reputasi adalah penilaian yang dibuat oleh stakeholder terhadap organisasi tersebut
(Coombs & Holladay, 2006) dan organisasi memerlukan tindak balas stakeholders
berkenaan perkhidmatan (Zulhamri&Yuhanis 2011) yang disediakan oleh organisasi
tersebut. Hal ini kerana, organisasi adalah satu aktiviti kolektif dan satu sistem yang
dirancangkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai pembahagian buruh dan
autoriti yang berhierarki untuk mencapai sesuatu matlamat bersama (Robbins 1999
& Muhammad, Hanafiah, & Makhbul, 2004). Untuk memastikan samada matlamat
tersebut dicapai atau sebaliknya adalah berdasarkan kepada reputasi organisasi
tersebut yang dinilai daripada kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan
organisasi tersebut.
Imej dan reputasi tersebut adalah berdasarkan kepada sesebuah identiti organisasi.
Dengan mempunyai identiti organisasi yang unik, organisasi tersebut bukan sahaja

dapat meningkatkan imej dan reputasi malahan dapat membezakan strategi
pembangunan organisasi dan membentuk aset yang luar biasa berbanding dengan
1

organisasi lain (Bouchikhi & Kimberly, 2008). Reputasi sesebuah organisasi juga
bergantung kepada bagaimana sesebuah organisasi itu menguruskan sesebuah
krisis yang dihadapi. Barton (2001) turut menjelaskan bahawa krisis adalah insiden
yang mempunyai potensi untuk menjatuhkan dan memburukkan
sesebuah
organisasi.Balmer (2001) berpendapat bahawa reputasi korporat adalah persepsi
terhadap sesebuah organisasi oleh seseorang individu, kumpulan atau jaringan yang
membentuk sistem kolektif kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi
tindakan manusia terhadap organisasi tersebut.
Bontis et al. (2007) dalam kajiannya mengenai kesan pengantara reputasi
organisasi terhadap kesetiaan pelanggan dan cadangan perkhidmatan dalam
industri perbankan mendapati bahawa kepuasan pelanggan boleh meningkatkan
reputasi dalam persekitaran perkhidmatan sesebuah organisasi itu. Manakala
Hazman Shah & Maniam (2008) merumuskan bagi mengukur perkhidmatan
kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan samada berkesan atau berjaya bukan
hanya pada peringkat kepuasan pelanggan yang berurusan sahaja malahan turut

melibatkan tahap kepuasan dengan kualiti kerajaan yang mengatur kehidupan
mereka.

IDENTITI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Penubuhan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada awalnya dikenali sebagai
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dibawah seksyen 5,
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam pada tahun 1952. Fungsi
penubuhannya ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal
yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu. Kemudian pada tahun 2003,
nama dan identiti badan tersebut kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan
perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS, 2014).
“Maka hendaklah ada suatu badan bernama ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk
membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara
yang berhubung dengan agama Islam”. (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Selangor, 2003)
MAIS juga merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan hal
ehwal yang berkaitan dengan agama Islam di Selangor. Identiti MAIS merupakan
suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun yang mempunyai suatu
perbadanan.Slogan MAIS iaitu menjunjung amanah bermaksud mematuhi dan
menghormati titah perintah DYMM tuanku serta mematuhi peraturan dalam

memastikan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan sosial Negeri Selangor
dilaksanakan. Kini MAIS bukan sahaja berperanan menasihati DYMM SULTAN
namun menggalas tanggungjawab dalam menggalakkan, mendorong, membantu
dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat
Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak. Selain itu,pelbagai
gerak kerja dan agenda dirangka dan dilaksanakan bagi MAIS merealisasikan misi
memartabatkan pembangunan umat Islam khususnya di Negeri Selangor. Antaranya
MAIS bertindak dalam memantapkan organisasi, memperkasa institusi zakat,
pembangunan hartanah dan memperkukuhkan institusi zakat (Ramli, 2005).
Objektif penubuhan MAIS adalah seperti berikut:

2

1) Memberi nasihat yang profesional dan berhikmah kepada DYMM Sultan
Selangor dan Pengerusi MAIS untuk meninggikan syiar Islam;
2) Menjadikan MAIS sebagai organisasi berorientasi strategi dan berprestasi
tinggi (HPO);
3) Mengurus bajet dan kewangan secara lestari (pro growth);
4) Menambah harta dan nilai harta MAIS (aset bersih);
5) Menambah sumber pendapatan baru MAIS;

6) Memastikan sistem penyampaian yang cekap dan diiktiraf;
7) Meningkatkan sistem, polisi, proses dan mekanisme perolehan dan
pembelian;
8) Membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi
dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi Islam;
9) Membangunkan lapisan baru kepimpinan MAIS; dan
10) Membangun dan mekanisme penggemblengan bakat (talent) dan potensi
insan MAIS.
Visi
"MAIS Menjadi Sebuah Organisasi (Perbadanan) Islam Yang Teguh, Berwibawa,
Dihormati Dan Dijadikan Organisasi Islam Contoh Pada Tahun 2025"
Misi
"Membangunkan Ummah Melalui Pembentukan Masyarakat Berilmu, Beramal,
Beriman Dan Berakhlak, Ekonomi Yang Perkasa, Usaha-Usaha Dakwah Yang
Berkesan, Pengurusan Harta Yang Cekap; Dan Institusi Agama Yang Proaktif"

Strategi Memperkasa Visi dan Misi Mais
Untuk mencapai visi dan misi MAIS beberapa strategi dan program telah diwujudkan
oleh MAIS. Antara lima strategi yang telah dirangka oleh MAIS adalah:
1.

a)
b)
c)
d)

Strategi Pertama
Program Pengurusan Sumber Manusia Yang Terlatih dan Bermotivasi
Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Program Teknologi Maklumat berinovasi dan Komunikasi Berkesan
Program Pusat Sumber MAIS Yang Lengkap

2. Strategi Kedua
a) Program Penyelidikan dan Pembangunan Skim Saham Wakaf dan Hartanah
MAIS yang Berdaya Maju
b) Program Pembangunan Hartanah MAIS Yang Stabil dan Kukuh
c) Program Penyelenggaraan Hartanah MAIS Yang Konsisten dan Bersistem
3.
a)
b)
c)

d)

Strategi Ketiga
Program Pengembangan dan Kawalan Aqidah Saudara Baru
Program Dakwah Global Yang Mesra
Program Keprihatinan Pesakit di Hospital
Program Sistem Penyampaian Yang Kemas dan Pembinaan Imej Yang
Dicontohi

4. Strategi Keempat
3

a)
b)
c)
d)

Program Penyediaan Belanjawan Yang Terancang
Program Pematuhan Amalan Pengurusan Kewangan Terbaik
Program Perbelanjaan Yang Berhemah

Program Pengauditan Yang Berjadual dan Berkesan

5. Strategi Kelima
a) Program Pemurnian Aqidah dan Perlindungan Wanita Yang Prihatin, Mesra
dan Menyeluruh
b) Program Pengauditan Kewangan dan Pentadbiran Yang Komprehensif
c) Program Kesedaran dan Kefahaman Undang-Undang Syariah dan Sivil
CARTA PENTADBIRAN MAIS
Perbadanan Mais adalah di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Di
bawah MAIS terdapat 7 anak syarikat yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS), Kumpulan MAIS Corporation (KMC), Perbadanan Wakaf Selangor
(PWS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS), MAIS Zakat SdnBhd, Bahagian-bahagian MAIS dan Yayasan
Islam DarulEhsan (YIDE). Rajah 1 menunjukkan carta keseluruhan organisasi MAIS.
Rajah 1:Carta Pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor Berdasarkan
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (Pindaan 2011)

Berdasarkan kepada maklumat di atas, MAIS adalah sebuah institusi yang ada
hubungan rapat dengan umat Islam khususnya di Selangor. Dengan tanggungjawab
yang di galas oleh MAIS, beberapa isu mengenai hal ehwal agama Islam misalnya

isu penggunaan kalimah Allah telah menjadikan MAIS dibawah tumpuan media dan
rakyat negeri Selangor. Isu-isu tersebut telah meletakkan MAIS di bawah
pemerhatian masyarakat dan menjadi bahan perbincangan dalam kalangan lapisan
masyarakat yang berkepentingan dengan isu-isu tersebut. Maka, kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti dua objektif iaitu:
1) Mengenalpasti kefahaman masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab
yang digalas oleh MAIS
2) Mengenalpasti pengetahuan masyarakat terhadap isu-isu agama Islam yang
dikaitkan dengan MAIS

4

METODOLOGI KAJIAN
Responden yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada kalangan penduduk negeri
Selangor yang beragama Islam dan berusia melebihi 20 tahun. Berikutan populasi
kajian yang besar, maka hanya tiga daerah di negeri Selangor telah dipilih, iaitu
Petaling, Hulu Langat dan Gombak dan 750 set soal selidik telah diedar kepada
responden. Bagi pemilihan sampel untuk responden kajian, kaedah Stratified
Random Sampling telah digunakan bagi meliputi enambelas (16) daerah utama di
ketiga-tiga daerah pilihan. Responden pula dipilih melalui teknik persampelan

mudah, iaitu hanya kepada responden Islam yang bersetuju untuk menjawab borang
soal selidik.

HASIL KAJIAN
Rajah 2 :
Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Rajah 3 :
Taburan Responden Berdasarkan Umur

Rajah 4 : Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan

5

Jadual 1 : Peratus responden yang pernah berurusan dengan MAIS
Status
pernah Jantina
berurusan dengan
MAIS
Ya

Lelaki
Perempuan
Tidak
Lelaki
Perempuan

Bilangan (%)

149 (54.2%)
126 (45.8%)
153 (32.5%)
318 (67.5%)

Jadual 2 : Taburan Responden yang berurusan dengan MAIS berdasarkan Pekerjaan

Responden yang berurusan dengan MAIS
(n=275)
Jantina
Pekerja
Sektor Lain-lain
Swasta dan Awam (Suri
pelajar,
sendiri)
Lelaki
131
18
Perempuan
98
28

rumah,
bekerja

Hasil kajian bagi demografi di rajah 2mendapati 60% responden terdiri daripada
wanita dan 40% adalah lelaki.Rajah 3 pula menunjukkan 76.5 % dari keseluruhan
responden terdiri daripada golongan belia (21-40 tahun). Manakala rajah 4
menunjukkan 71.5 % pekerjaan bagi keseluruhan responden terdiri daripada
kakitangan kerajaan dan swasta. Jadual 1 mencatatkan 275 orang yang terdiri
daripada 149 orang lelaki dan 126 orang wanita pernah berurusan dengan MAIS
manakala 471 responden yang lain tidak pernah berurusan dengan MAIS. Jadual 2
menunjukkan jumlah responden yang berurusan dengan MAIS dan merupakan
kakitangan awam dan swasta adalah lelaki sebanyak 131 orang dan perempuan
sebanyak 98 orang. Kajian juga mendapati 72% responden dengan kelulusan
STPM/Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana menunjukkan responden adalah
berpendidikan.
Jadual 3: Nilai Purata Bagi Kefahaman Terhadap Tanggungjawab MAIS
Purata

Bil.

Pemboleh Ubah Kefahaman Terhadap Tanggungjawab MAIS

1.

Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menjaga hal ehwal
agama Islam serta melaksanakan program syiar Islam yang
3.25
berimpak tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi
Islam.
Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menjaga hal ehwal
Islam di samping menjaga hal ehwal DYMM Sultan Selangor 3.24
serta menjadi penasihat baginda.

2.

6

3.
4.
5.
6.

Saya mengetahui MAIS berperanan sebagai Baitulmal yang
menawarkan perkhidmatan pengurusan harta.
Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menguruskan
perkhidmatan sewaan seperti tanah dan yang berkaitan.
Saya mengetahui MAIS adalah di bawah kuasa Sultan.
Saya mengetahui bahawa kebajikan Asnaf Riqab dan Asnaf
Muallaf di bawah pengurusan MAIS.
JUMLAH PURATA

3.16
2.96
3.19
3.12
3.15

Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan purata keseluruhan bagi kefahaman
terhadap fungsi MAIS ialah 3.15. Keadaan ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhan, responden mempunyai kefahaman yang baik terhadap fungsi dan
tugas MAIS. Namun terdapat soalan yang mencapai nilai 2.96 iaitu soalan 4.
Secara keseluruhannya, tahap kefahaman responden terhadap fungsi MAIS adalah
mendalam kecuali terhadap fungsi MAIS sebagai agensi yang menguruskan
perkhidmatan sewaan seperti tanah dan yang berkaitan.

Rajah 5: Bilangan Respon Terhadap Isu-Isu yang Dikaitkan dengan MAIS

Kalimah Allah
Agihan Zakat
Tanah Wakaf
Bidang kuasa M AIS
Gejala Murtad
Kebajikan Muallaf
Fahaman Syiah
Ajaran Sesat
Perlantikan Jawatankuasa Masjid/Surau
Rampasan Bible Bahasa Melayu
Tauliah Penceramah
Fahaman Wahabi
Larangan Bukan Islam Mengunjungi Masjid/Surau
Perobohan Surau/Masjid/Sekolah Agama
Sekolah Bina Insan
Pengurangan Kuasa Eksekutif MAIS

515

Bidang kuasa selain M AIS
(JAIS,M UFTI,JAKIM)

438
428
415
387
375
362
332
311
301
231
211
193
191
160

0

100

200

300

400

500

600

Rajah 5 adalah analisis kekerapan bagi bilangan respon terhadap isu-isu
yang dikaitkan dengan MAIS menunjukkan bahawa secara umumnya terdapat
empat isu utama yang mengikut persepsi masyarakat adalah membabitkan MAIS
iaitu isu Kalimah Allah, isu agihan zakat, isu-isu tanah wakaf serta isu gejala murtad.
Namun, isu-isu yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa institusi yang lain
secara khususnya misalnya agihan zakat di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS),
gejala murtad dan ajaran sesat di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan
sebagainya.
Manakala rajah 6 di bawah menunjukkan secara keseluruhan terdapat empat
medium utama bagi hebahan isu-isu berkaitan MAIS kepada masyarakat. Isu-isu
berkaitan MAIS paling mudah diperolehi melalui media baru/Internet (562), media
7

cetak (Surat Khabar/Majalah) (498), media elektronik (TV/Radio)(398) dan juga
melalui kawan-kawan (360). Manakala sumber perolehan maklumat yang paling
kurang popular ialah ceramah (203) dan lain-lain (17).
Rajah 6: Medium Hebahan Isu-isu Berkaitan MAIS Mengikut Persepsi
Masyarakat
Nilai Kekerapan
562

Media Baru/Internet
498

Media Cetak(Surat Khabar/Majalah)

398

Media Elektronik (TV/Radio)

360

Kawan-kawan
203

Ceramah
0

100

200

300

400

500

600

CADANGAN DAN KESIMPULAN
Scara keseluruhannya dapat dikenalpasti masyarakat mempunyai kefahaman
terhadap fungsi dan tanggungjawab MAIS. Namun, hasil kajian juga menunjukkan
masyarakat masih lagi keliru terhadap isu-isu yang seharusnya dikaitkan dengan
MAIS ataupun institusi agama yang lain. Daripada 15 isu tersebut,hanya empat
sahaja di bawah kawalan MAIS dan selebihnya dibawah institusi agama seperti
JAKIM, MUFTI, JAIS dan lain-lain.
Maka kajian ini mencadangkan beberapa idea untuk diambil tindakan oleh MAIS
dalam membina kesatuan ummah bersama rakyat agar reputasi MAIS dapat
dipelihara sebaiknya. Antara cadangannya adalah untuk MAIS memperkenalkan dan
menjelaskan tanggungjawab MAIS yang sebenar dengan meningkatkan fungsi
setiap Jabatan/Bahagian/ Seksyen/Unit/Anak syarikat MAIS berdasarkan kepada
keperluan masyarakat. Sebagai contoh, penerbitan carta aliran untuk setiap fungsi
dan perkhidmatan MAIS bagi memudahkan masyarakat. Selain itu, susun atur
bahagian penting MAIS yang melibatkan perkhidmatan dengan pihak luar secara
setempat contohnya One Stop Centre.
MAIS juga dicadangkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fungsi
perkhidmatan MAIS dengan melakukan promosi dan kempen terhadap
perkhidmatan Baitulmal terutama wang tidak patuh syariah dan hibah, melakukan
promosi dan kempen terhadap tanggungjawab dan peranan MAIS dan pembabitan
MAIS yang proaktif dengan masyarakat seperti turun ke lapangan, menganjurkan
road show/karnival, Hari Pelanggan.MAIS juga perlu meningkatkan Sistem
Teknologi Maklumat dengan mewujudkan sistem direktori yang sempurna dan tepat
dan mengemaskini laman web dan media sosial secara kerap berdasarkan kepada
maklumat terkini. Selain itu fungsi Perkhidmatan Pelanggan yang terbaik perlu
ditingkatkan dengan cadangan penubuhan One Stop Centre MAIS untuk
memudahkan masyarakat berhubung. Cadangan kepada MAIS juga untuk
mewujudkan sistem aduan pelanggan yang sistematik dan telus untuk mendapatkan
malumabalas masyarakat.
8

Seterusnya pengurusan krisis/isu/dilema MAIS yang lebih sistematik dan berkesan
dengan memperkasakan bahagian komunikasi korporat MAIS. MAIS perlu pemuat
naik kenyataan media ke laman web /media sosial secepat mungkin untuk
menjawab sesuatu isu contohnya mewujudkan bahagian Web Master di bawah
bahagian komunikasi korporat dan melantik pegawai media untuk pihak tertinggi
MAIS yang akan berkomunikasi dengan pihak media dalam sebarang isu yang
membabitkan MAIS dan cadangan–cadangan lain yang bersesuaian. Hal ini untuk
memudahkan sebarang krisis yang dikaitkan dengan MAIS dapat diselesaikan
dengan segera dan masyarakat juga mendapat makluman dengan lebih awal dan
krisis dapat diatasi dengan baik.
RUJUKAN
Balmer, J. M. T. (2001) From the Pentagon: A New Identity Framework, Corporate
Reputation Review, 4(1), 11-22.
Barton , L .( 2001 ) Crisis in Organizations II, 2nd edn., College Divisions SouthWestern: Cincinnati, OH
Bouchikhi, H., & Kimberly, J. R. (2008). The Soul of the Corporation: How to Manage
the Identity of Your Company. New Jersey: Wharton School Publishing.
Bontis,N. Booker,L.D. Serenko,A. (2007).The mediating effect of organizational
reputation on customer loyalty and service recommendation in the banking
industry, Management Decision, 45 (9 ):1426 - 1445
Coombs, W. T., & Holladay, S. J. (2006). Unpacking the halo effect:reputation and
crisis management. Journal of Communication Management, 10(2), 123-137.
Hazman Shah Abdullah, ManiamKalianan. (2009). From customer satisfaction to
citizen satisfaction: rethinking local government service delivery in Malaysia.
Asian Social Science, 4(11), p87.
MAIS. (2014, September 22). Penubuhan MAIS. Retrieved September 22, 2014,
from Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/sejarah
MAIS. (2014, November 18). Penubuhan MAIS. Retrieved November 19, 2014, from
Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/maklumatbhg-intisyar
Muhammad, J., Hanafiah, M. N., & Makhbul, M. Z. (2004). Pengantar Pengurusan.
Petaling Jaya: Leeds Publications.
Ramli, Z. N. (2005). Mais:Pemerkasaan Ummah Satu Agenda,Buletin MAIS. Shah
Alam: Majlis Agama Islam Selangor.
Robbins, S. P. (1999). Organizational Behaviour. New York: Prentice Hall.
Zulhamri Abdullah and Yuhanis Abdul Aziz. 2011. Managing Corporate Reputation,
Stakeholder Relations, and Corporate Social Responsibility: A Southeast Asian
Perspective. Int. Journal of Economics and Management, 5(1): 299 – 318

9

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS S IS T E M INF ORM ASI PRODU K S I DA L AM M E ND U K U NG S IS T E M P E NG E ND A L IAN INTE RN P ROD UK S I P A DA P T P N X I ( P E RS E RO) PG DJA T IROT O

0 29 18

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

ANALISIS KELAYAKAN FINANSIAL USAHATANI DURIAN DAN KONTRIBUSINYA TERHADAP PENDAPATAN K E L U A R G A P E T A N I D I D E S A S O N G G O N KECAMATAN SONGGON KABUPATEN BANYUWANGI

8 80 20

ANALISIS PENDAPATAN DAN KONTRIBUSI PENDAPATAN PENGRAJIN GULA KELAPA TERHADAP PENDAPATAN KELUARGA DI DESA LOJEJER KECAMATAN WULUHAN K A B U P A T E N J EMB E R

2 49 20

E RB E DA AN P E RI L AKU S E KS UA L RE M AJA YA NG M E NGI KUT I DA N T I DA K M E NGI KUT I P USAT I NF ORM ASI DA N KO S E L I NG RE M AJA ( P I K R ) P AD A RE M AJA S M U DI KAB UP AT E N JE M B E R

0 21 18

I M P L E M E N T A S I P R O G R A M P E N Y A L U R A N B E R A S U N T U K K E L U A R G A M I S K I N ( R A S K I N ) D A L A M U P A Y A M E N I N G K A T K A N K E S E J A H T E R A A N M A S Y A R A K A T M I S K I N ( S t u d i D e s k r i p t i f

0 15 18

JAR AK AT AP P UL P A T E RHAD AP T E P I I N S I S AL GI GI I NSI S I VU S S E NT RA L P E RM AN E N RA HAN G AT AS P AD A S UB RA S DE UT ROM E L AY U ( T in j au an L ab or at o r is d an Radi ol ogis )

0 35 16

Sejarah Kebudayaan Islam Indonesia: Institusi dan Gerakan

1 20 18

M O D U L Pemasaran Barang dan Jasa Kela

0 26 23

Pengaruh latihan multiple box to box jumps dan hurdle hops terhadap hasil tendangan jauh pada pemain U 14 tahun di SSB Tunas Muda Ngroto tahun 2015

1 8 22