PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH

“PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DI MALAYSIA”
Oleh:
Abdul Rahman Ab Hadi (IED 110001)
Sarjana Muda Usuluddin
(Dakwah Dan Pembangunan Insan)

PENGENALAN
Mutakhir ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan perkembangan
yang amat penting dalam mencapai taraf negara maju. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) begitu cepat berlaku khususnya di negara Malaysia. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang
perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya. Oleh sebab itu, umat Islam tidak boleh
terlalu leka dengan mengabaikan perkembangan dalam bidang teknologi sebaliknya perlu menguasai
ilmu ini. Dengan ini, sebagai daie yang proaktif sewajarnya memanfaatkan semaksimum mungkin
teknologi maklumat ini untuk kesinambungan gerak kerja dakwah yang lebih efisyen dan efektif.
Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah SWT dan memelihara
kesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk seluruh umat di dunia. Ini bertepatan
dengan firman Allah di dalam al-Qur’an yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai

Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah
Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya
Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah


1

jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”(Surah an-Nahl
: Ayat 125).
Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yang menggunakan
kaedah konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang disampaikan terus secara lisan kepada
individu atau masyarakat. Penyampaian dakwah dilakukan di pondok-pondok serta madrasah yang dibina
sendiri. Pendakwah juga terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Di samping itu, penggunaan
bahan-bahan dakwah adalah terhad, iaitu hanya menggunakan kitab-kitab lama. Ada ketikanya terpaksa
mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada segenap pelusuk masyarakat (Yusoff Mohamad:
2000).
Selepas berlakunya ledakan teknologi maklumat seperti kemudahan mengakses internet menjadikan
dakwah lebih meluas dan cepat tersebar. Penggunaan ICT tidak lain dan tidak bukan hanya untuk
membantu memudahkan aktiviti dakwah dan memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan serta
berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang dicapai.

DEFINISI DAKWAH DAN ICT
Dakwah berasal daripada istilah Arab, iaitu Da’a, Yad’u, Da’watan. Antara pengertian
dakwah dalam bahasa Arab yang paling masyhur ialah meminta tolong, beribadat, memandu,

menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung1. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula
memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya
mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,
mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja,
melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah ( taghut ) yang terpaksa
1 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, Jil. 14 (Beirut : Dar Sadir), 257-261

2

dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas
orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan
berjihad di jalan-Nya.2
Secara umumnya, Dakwah mengandungi merangkumi beberapa rangkaian berikut :
i.
ii.
iii.
iv.

Dakwah mengandungi usaha, aktiviti atau kegiatan manusia ; yang dilakukan oleh
pendakwah, supaya diterima oleh sasaran dakwah.

Dakwah mengandungi pengajaran, iaitu isi penyampaian mesej dakwah.
Dakwah dilaksanakan berpandukan manhaj dan uslub yang dirancangkan.
Dakwah disalurkan melalui media tertentu3

ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek
teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya.4
Teknologi maklumat merujuk kepada segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan proses
mengendali informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks, imej, video,dan
audio5.
ICT yang berkaitan dengan teknologi maklumat dalam Islam berkait dengan penyimpanan
penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam pelbagai peralatan atau perantaraan kerana ia menjadi
tuntutan penting bagi umat Islam. Ia penting dalam tuntutan ibadah, mengetahui waktu ibadah,
2 Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah (Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1981)
3 Ab Aziz Mohd Zain (2006), Dakwah Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya Kuala Lumpur, hlm 39 – 40.
4 Pm. Dr Syed Muhammad Dawilah Al Idrus, Ust Mohd Lutfi Solehan, (2-3 DISEMBER 2009).
Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar kebangsaan

dakwah Islamiah di ipt dan komuniti Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
5 Zulkifle Abd Ghani (2003), Islam,Komunikasi, dan Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur :
Utusan Publication and Distributor, hlm 84.

3

penyampaian dakwah secara berkesan dan sebagainya. Komunikasi juga berkaitan dengan penekanan
Islam tentang kepentingan dan keperluan silah atau komunikasi antara manusia. 6

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA
Perkembangan dakwah selepas merdeka sangat pesat berlaku dengan kebangkitan semangat
gerakan tajdid dan gerakan pengislahan dalam kalangan masyarakat Melayu telah mendorong
fenomena baru dalam gerakan dakwah masa kini. Inti pati semangat gerakan tajdid dan gerakan
pengislahan di Malaysia, selain implikasi perkembangan politik semasa dan perkembangan
inovasi teknologi maklumat dan komunikasi telah mendorong masyarakat Islam di Malaysia
memperagakan pendekatan dakwah yang lebih bervariasi demi kepentingan dakwah7
Inovasi internet mula berkembang di Malaysia pada awal 1990-an apabila MIMOS (Malaysian
Institute of Microelectrinic System) melancarkan JARING (Joint Advanced Integrated
Networking),Pembekal Perkhidmatan Maklumat di Malaysia. Dengan wujudnya hubungan
satelit antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada tahun 1992, JARING berjaya dihubungkan

dengan internet. Dengan ini pengguna internet di Malaysia boleh mengakses internet lebih 140
buah Negara.
MIMOS yang dikendalikan oleh 5 pakar komputer iaitu Dr Mohd Azman UM, Dr Awang
Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM), Dr Mohd Zawawi
Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama
dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi
6 Zulkarnain Mohamed (2007). Sains, Teknologi dan ICT Pengajian Islam (hlm. 208). Shah
Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
7 Ab Aziz Mohd Zain (2003). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya

4

penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan
terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga
dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.8
Selain itu, Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA) bertujuan untuk membudaya dan
merangsang kesedaran serta penggunaan ICT di kalangan lapisan masyarakat di bandar dan di
desa9. Kemudiannya, agenda ini digubal supaya pembangunan seimbang dapat diterapkan antara
insan, prasarana maklumat (infostruktur) dan aplikasi. Ini selaras dengan cabaran ke enan

Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan. Ini jelaslah kepada kita bahawa
kerajaan begitu serius untuk memajukan ICT di dalam negara kita. Oleh itu, para da’ie
sewajarnya memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia ini semaksimum
mungkin untuk keberlangsungan gerak kerja dakwah.
Internet merupakan rangkaian jaringan maklumat yang terbesar di dunia. Rangkaian ini
membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat berlangsung 10. Pada awalnya,
aplikasi internet yang paling banyak digunakan ialah laman web. Pada awal 2000 setelah
pengguna mula membiasakan diri dengan internet, maka computer mediated communication
(CMC) atau komunikasi yang menggunakan perantaraan komputer mula meluas. Ramai yang
mula memiliki email dan seterusnya komunikasi berlaku menerusi mailing list atau e-group
8 Norfaezah Binti Abd. Halim. (2010). Sejarah Internet Malaysia. Retrieved from
(http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/69-telekomunikasi/198-sejarah-internetmalaysia.html)
9 Ismail Sualman, Zulkifli Abu Bakar (2007). Bab 3 : Jaringan Pengurusan Masjid, Islam
Hadhari : Kekuatan Masjid Dalam Menjana Masyarakat Gemilang (hlm. 52): Yayasan Islam
Hadhari.
10 Ruzain Syukur Mansor (2011), Bab 3 : Dakwah melalui Internet, Dakwah Dan Teknologi
Maklumat (hlm 19) : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

5


apabila sejumlah emel dikumpulkan dalam satu kumpulan. Apabila pemilik emel itu yang
dikenali dengan subscriber menghantar satu emel kepada sesuatu kumpulan, semua ahli
kumpulan tersebut akan memperolehi maklumat yang dihantar. Komunikasi ini telah
berkembang dengan baik dan banyak e-group yang telah dibentuk pada ketika ini. Terdapat egroup yang dibentuk berasaskan tema tertentu seperti agama, wanita, pendidikan dan sebagainya.
Sementara itu, ada pula yang dibentuk oleh organisasi untuk menjalankan komunikasi dengan
ahli. Berdasarkan pemerhatian, bilangan jumah e-group bertambah dan begitu juga dengan
jumlah ahli dalam sesetengah e-group pula bertambah sehingga sesetengahnya melebihi 10 ribu
ahli. Ia masih lagi digunakan sehingga kini tetapi tidak sepopular pada waktu dahulu kerana
kewujudan saingan aplikasi komunikasi lain yang lebih menarik.
Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi aplikasi yang dinamakan dengan forum internet
yang menyajikan medium perbincangan yang lebih berstruktur berbanding dengan e-group.
Topik perbincangan ini dengan urutan tersendiri dan pengunjung boleh menyertai perbincangan
ini dengan syarat mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli. Apa yang membezakannya dengan egroup ialah pengguna perlu terlebih dahulu membuka laman web berbanding dengan e-group
yang komunikasi hanya menerusi emel.
Sejak pertengahan tahun 2000, blog telah mula mendapat tempat di Malaysia. Ia telah
menjadi medium untuk meluahkan perasaan, memberikan pandangan dan mengutarakan
komentar mengenai pelbagai isu tanpa batasan. Kombinasi teks, gambar, audio dan video selain
cara kendaliannya yang mesra pengguna dan memiliki ciri interaktif menjadikannya sebagai
aplikasi internet paling popular berbanding e-group, forum dan laman web biasa.


6

Kini, komunikasi menerusi laman web sosial sedang berkembang dengan pesat sekali. Ia
merupakan perkhidmatan berasaskan laman web yang membolehkan individu menyediakan
profil dirinya, menyenaraikan pengguna lain yang mempunyai kaitan dengannya, melihat dan
berkomunikasi dengan mereka. Terdapat ratusan laman web jenis ini dan yang popular di
Malaysia ialah Facebook, Twitter, dan Friendster. Facebook melaporkan terdapat 6 juta orang
pengguna di Malaysia yang kebanyakannya antara umur 12 tahun hingga 35 tahun. Penggunaan
ini tidak terhad di Malaysia sahaja, malah ia merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
.
DAKWAH MELALUI INTERNET
Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian
komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah
sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan Transmission Control
Protocol / IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol).
Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan
kaedah ini dinamakan internetworking.11
Internet merupakan rangkaian jaringan maklumat yang terbesar di dunia. Rangkaian ini
membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat berlangsung.

Dianggarkan pengguna alam siber di Malaysia pada Disember 2011 mencecah sehingga 17 juta
pengguna 12. Ini menunjukkan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia boleh dikatakan
antara tertinggi di Asia. Antara pautan yang popular mengikut kepada kadar pengguna internet

11 Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet)
12 www.internetworldstats.com/stats.htm (April2012)

7

melayarinya adalah Google.com, Facebook, Youtube, dan Yahoo. Secara terperincinya sila rujuk
maklumat di bawah :

Antara pendekatan dakwah melalui internet yang boleh diaplikasikan oleh para pendakwah :
i.

Facebook
Facebook merupakan laman sosial paling diminati dan merupakan paling ramai pengguna
di dunia iaitu berjumlah kira-kira 838 juta pengguna 13. Mutakhir ini, Facebook menjadi

13 http://www.checkfacebook.com/ (April2012)


8

kesukaan ramai terutamanya golongan remaja dan belia. Ini kerana Facebook mempunyai
aplikasi-aplikasi yang pelbagai seperti chatting, update status, share, video, comment,
group, page dan sebagainya. Ini dapat memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan
pengguna yang lain contohnya dapat berjumpa dengan kawan lama yang mana telah
terputus hubungan. Oleh itu, sebagai pendakwah perlulah mengambil inisiatif untuk
memanfaatkan sebaiknya Facebook untuk gerak kerja dakwah. Antara inisiatif yang amat
wajar dilakukan oleh pendakwah ialah berkongsi segala ilmu berkaitan Islam kepada
mad’u dengan update status ataupun share post atau status berunsur islamik di dalam
Facebook. Selain itu, para da’ie juga dapat menghidupkan usrah alam maya dengan
menciptakan satu group. Hal ini kerana, dapat lebih mendekati dan mengenali hati para
mad’u serta dapat berbincang dengan lebih mendalam segala apa macam isu-isu
berkaitan Islam mahupun isu-isu semasa.
ii.

Youtube
YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan
berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web2.0 yang

popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat
naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007). Fenomena
artis mahupun ustaz selebriti kelahiran melalui Youtube makin popular dalam kalangan
masyarakat di Malaysia sejak akhir-akhir ni. Sebagai contohnya fenomena Ustaz Azhar
Idrus dan Ustaz Don Danial yang mana jumlah penonton videonya mencecah ratusan
ribu. Ini adalah satu petanda positif buat para pendakwah untuk terus memanfaatkan
sebaik mungkin Youtube untuk menyebarluaskan Islam. Namun, kreativiti menghasilkan
video sudah tentu amat perlu untuk menarik perhatian penonton.

9

Di samping itu, video hiburan islamik seperti nasyid, qasidah, berzanji dan sebagainya
boleh juga dimuatnaikan dalam youtube untuk kita tonjolkan bahawa Islam tidak pernah
melarang umatnya untuk berhibur asalkan mengikut garis panduan yang telah
iii.

disyariatkan
Laman Web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan
internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun
maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio
dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai
Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu
protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan
HyperText Transfer Protocol. Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide
Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain
pada World Wide Web. Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan.
Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman
yang lain14. Laman web organisasi mempunyai pelbagai fungsi.
Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com
(kedudukan

373

di

Malaysia),

islam.gov.my

(1,270),

zaharuddin.net

(1,254),

saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). Malah, laman web Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) seharusnya dipuji kerana ia satu-satunya laman web di Malaysia,
malah di dunia yang beroperasi dalam empat bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan
Cina15. Selain itu, institusi masjid sewajarnya dilebarluaskan dan diperhebatkan lagi.
Golongan “teknodaie”(pendakwah menggunakan teknologi dalam berdakwah) perlulah

14 http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apakah-itu-laman-web.html
15 Najahudin Lateh, Keupayaan Berdakwah Secara Maya Masih Terhad, Berita Harian pada
24 Ogos 2011 (Rabu).

10

lebih berperanan dan terkehadapan untuk memperkasakan lagi program-program dakwah
di masjid dan institusi dakwah di Malaysia. Laman web www.mymasjid.com.my sebagai
contohnya salah satu laman web yang dapat membawa komuniti internet ke masjid secara
tidak langsung.

Oleh itu, amat besar impaknya jika memanfaatkan laman web

semaksimum mungkin untuk gerak kerja dakwah. Tambahan pula, aplikasi dalam laman
web mampu menarik pembaca untuk terus setia membaca setiap nukilan penulis
kerananya dihiasi ruangan yang cantik dan warna-warni mengikut kreativiti setiap
pemilik laman web.

KESIMPULAN

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan
amat perlu dimanfaatkan semakmsimum mungkin. Program memberi dan meningkatkan
kemahiran penggunaan teknologi moden dalam kalangan pendakwah dan ulama mestilah
diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan

11

kepada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah
dapat dicapai.
Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi
mempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan
rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakarpakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa
hendaklah diusahakan.

12

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26