CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUD

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN
KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM
MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER
TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA PULAU
PINANG

THAVAMALAR A/P TAUSEE GANU

Projek ini merupakan satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL :

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN

KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM
MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER
TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA
PULAU PINANG

SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya

THAVAMALAR A/P TAUSEEGANU

Mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut :
1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan
Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. * sila tandakan √
SULIT

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh Organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD
Disahkan
_______________________
Tandatangan Penulis
Tarikh :


________________________
Tandatangan Penyelia
Tarikh :

Alamat Tetap :
No.1607 Lorong Angsana 44,
Taman Keladi, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman.
Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD

i

Projek bertajuk “Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian
dan Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan dan
kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan belia Pulau
Pinang” telah disediakan oleh Thavamalar A/P Tausee Ganu dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa
oleh:

_____________________________________
(Miss Karen Audrey Samy)
Tarikh:
_______________

ii

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa berada di
sisi saya dalam menyiapkan kajian ini. Ilmu dan tenaga yang diberikan oleh Tuhan
membolehkan saya menyiapkan kajian ini dengan lengkap dan lancar. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Miss Karen Audrey
Samy yang telah banyak meluangkan masa beliau dalam membantu saya untuk
menyiapkan projek tahun akhir saya. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada pensyarah-pensyarah lain saya iaitu Puan Qistina Donna Lee Abdullah,
Puan Noria Tugang dan juga kepada Puan Rahah Hj. Hassan

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan
Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang (JKKWNPP) yang
memberi kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tanpa kerjasama
daripada mereka maka kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
lancar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tokoh Teater Boria En.
Abdullah bin Darus yang bekerjasama dan meluangkan masa beliau dalam
mengendalikan temuduga walaupun beliau telah berusia. Saya juga ingin
merakamkan terima kasih kepada responden yang sudi bekerjasama dalam mengisi
borang soal selidik.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seprogram dan juga
staf Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif yang telah membantu saya secara langsung
ataupun tidak langsung untuk menyiapkan projek tahun akhir ini. Tidak terlupa juga

iii

kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada

saya dalam menyiapakan projek tahun akhir ini. Saya berharap kajian ini dapat
menjadi bahan rujukan kepada pengkaji akan datang untuk mengupas dengan lebih
lanjut tentang Teater Tradisional Boria supaya terus menjadi sebuah warisan
Negeri Pulau Pinang.

“Hidup Budaya, Hidup Warisan”

Sekian, terima kasih.

iv

Dedikasi

Saya mendedikasikan projek tahun akhir saya ini kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu En. Tauseeganu dan Pn. Ragisvery serta adik saya Cik. Shaliny. Saya juga
tujukan projek ini kepada rakan-rakan saya dan juga rakan seprogram dengan saya.
Saya juga tidak terlupa untuk mendedikasikan projek ini kepada Jabatan Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang yang telah banyak menyokong dan
bekerjasama dengan saya dalam menyiapkan projek tahun akhir. Saya berharap
mereka dapat menggunakan projek saya untuk kegunaan akademik dan juga sebagai

bahan rujukan bagi menambah pengetahuan.

v

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

i

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii


DEDIKASI

v

ABSTRAK BAHASA MELAYU

xii

ABSTRAK BAHASA INGGERIS

xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1

1.1.1 Asal Usul Boria


2

1.1.2 Persembahan Boria

4

1.1.3 Objektif Umum Jabatan Kebudayaan Kesenian dan

6

Warisan Negeri Pulau Pinang
1.1.4 Aspek-aspek dalam Teater Boria
1.1.4.1 Organisasi Kumpulan

7

1.1.4.2 Cerita Dan Lakonan

8


1.1.4.3 Tarian

9

1.1.4.4 Nyanyian

10

1.1.4.5 Kostum dan Props

11

1.1.4.6 Alat-Alat Muzik

12

1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini

12


vi

1.2 Definisi

13

1.3 Objektif

15

1.4 Hipotesis

16

1.5 Skop Kajian

17

1.6 Permasalahan Kajian

19

1.7 Kepentingan Kajian

21

1.8 Penutup

22

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

23-39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

40

3.2 Lokasi Kajian

41

3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer

42

3.3.2 Data Sekunder

42

3.4 Populasi
3.4.1 Golongan Belia

43

3.4.2 En. Mohammad Bashri bin Ali Anas, Penolong Pengarah

43

3.4.3 En. Zahir bin Ahmad, Pegawai Kebudayaan

44

3.4.4 Pn. Zaini binti Man, Jurulatih Kumpulan Boria Budaya Sari

44

3.4.5 En. Abdullah bin Darus, Tokoh Teater tradisional boria

45

3.5 Persampelan

46

vii

3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Borang Soal Selidik

47

3.6.2 Kamera Digital

47

3.6.3 Perakam Suara

47

3.6.4 Perisian SPSS

48

3.7 Limitasi Kajian

49

3.8 Rumusan Dan Kesimpulan

50

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

51

4.2 Penganalisaan Data
4.2.1 Borang Soal Selidik

52

4.2.1.1 Responden Mengikut Jantina

53

4.2.1.2 Responden Mengikut Umur

54

4.2.1.3 Responden Mengikut Pekerjaan

55

4.2.1.4 Responden Mengikut Bangsa

56

4.2.1.5 Responden yang pernah mendengar tentang teater

57

tradisional boria
4.2.1.6 Tujuan responden menghadiri teater tradisional boria

59

4.2.1.7 Responden dalam bagaimana dapat mengetahui tentang

61

teater tradisional boria
4.2.1.8 Maklum balas responden sama ada pernah melihat
promosi untuk teater boria yang dilakukan
oleh JKKWNPP

viii

63

4.2.1.9 Maklum balas responden penonton teater

65

tradisional boria sama ada puas hati dengan strategi
promosi yang dilakukan oleh JKKWNPP
4.2.1.10 Maklum balas responden mengenai faktor

67

yang menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri
teater tradisional boria.
4.2.1.11 Maklum balas responden yang tidak menghadiri

69

teater tradisional boria mengenai kepuasan mereka
terhadap strategi promosi yang dilakukan oleh
JKKWNPP tentang teater tradisional boria.
4.2.1.12 Maklum balas responden terhadap kepentingan

71

promosi
4.2.1.13 Maklum balas responden tentang kepentingan

73

peranan JKKWNPP dalam mengembangkan
persembahan teater tradisional boria
4.2.1.14 Maklum balas responden mengenai langkah untuk

75

menarik lebih ramai penonton ke teater
tradisional boria
4.2.2 Analisis Temuduga
4.2.2.1 Perancangan dan usaha yang diambil oleh JKKWNPP

78

dalam meningkatkan jumlah golongan belia untuk
menyertai teater tradisional boria
4.2.2.2 Strategi Promosi yang dilaksanakan oleh JKKWNPP

80

4.2.2.3 Pembaharuan dalam teater tradisional boria

82

4.2.2.4 Kemasukan teater boria ke negeri Pulau Pinang

84

4.2.2.5 Sambutan dan penglibatan golongan belia dalam

85

teater tradisional boria
4.2.2.6 Masalah-masalah yang dihadapi oleh JKKWNPP
dalam mengendalikan program teater tradisional boria

ix

86

4.2.2.7 Sebab-sebab utama golongan belia kurang

87

melibatkan diri dalam teater boria.
4.2.2.8 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh JKKWNPP

89

4.2.2.9 Rumusan Temuduga

90

4.3 Kesimpulan

91

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

92

5.2 Rumusan

93

5.3 Cadangan
5.3.1 Tingkatkan Strategi Promosi

95

5.3.2 Perubahan terhadap cara persembahan

97

5.3.3 Mengadakan kempen dan seminar seni, budaya serta

98

warisan di peringkat negeri Pulau Pinang
5.3.4 Memperbanyakkan lagi persembahan dan pertandingan

99

5.3.5 Memberi ganjaran kepada Kumpulan Teater Boria

100

5.3.6 Meningkatkan tenaga sumber manusia di JKKWNPP

100

5.4 Cadangan Bagi Kajian akan Datang

101

5.5 Kesimpulan

102

x

Rujukan

103

Lampiran A

104

Lampiran B

111

Lampiran C

115

Lampiran D

117

xi

Tajuk Kajian

: Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan
Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan
dan kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan
belia Pulau Pinang.

ABSTRAK

Boria merupakan satu kesenian yang dimainkan secara berkelompok. Ia sejenis teater
tradisional yang amat popular di utara Malaysia, terutamanya Pulau Pinang. Ia
digunakan sebagai satu wadah bagi menaikkan semangat perjuangan masyarakat
Melayu pada masa dahulu. Secara keseluruhannya penyelidik akan mengkaji tentang
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan
dalam membangkitkan kesedaran teater tradisional boria terutamanya dalam
kalangan golongan belia di Pulau Pinang.

xii

Title of Research

: Challenges facing the Department of Culture, Arts and
Heritage in trying to increase awareness of Boria theatre
among Penang youth.

ABSTRACT

Boria is a form traditional theatre performed on stage. It is very popular in Northern
Malaysia, especially in Penang. In the old days, Boria performances were held to
boost the Malay community’s spirit in fighting for their rights. As a whole, this
research aims to study the challenges faced by Department of Culture, Arts and
Heritage in trying to increase the awareness of Boria theatre among the youth in
Penang.

xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Boria merupakan sejenis teater tradisional yang agak terkenal di negeri Pulau
Pinang. Kemunculan teater tradisional boria merupakan sebuah identiti kepada
masyarakat Melayu Pulau Pinang dan masih diamalkan sehingga hari ini.
Menurut Mohd Ghazali Abdullah (1995), dalam bukunya Teater
Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau Pinang pada tahun 1845
oleh Tentera rejimen Madras yang ke-21 yang kemudiannya dipindahkan ke kubu
pertahanan Pulau Pinang. Menurut beliau juga, Tentera Rejimen Madras dan sebuah
syarikat British, East India Company telah membawa masuk golongan pekerja yang
berasal dari wilayah Chulia dan Beri, India ke Pulau Pinang. Kedatangan golongan
pekerja dan tentera Madras merupakan titik permulaan kepada perkembangan teater
tradisional boria di Pulau Pinang.

1

1.1.1 ASAL USUL BORIA

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,
kewujudan teater tradisional boria mempunyai hubungan rapat dengan suatu upacara
yang dinamakan upacara ta’ziya. Upacara ta’ziya dipraktikan dalam masyarakat
kaum Syiah. Upacara ta’ziya muncul disebabkan oleh kewafatan cucu Nabi
Muhammad s.a.w iaitu Saidina Hassan dan Hussein r.a. Kewafatan beliau yang
penuh tragik ini telah diingati oleh masyarakat kaum Syiah dan sebagai tanda
memperingati kewafatan beliau, mereka akan mengadakan upacara berkabung.
Dalam upacara berkabung, lakonan akan dilakonkan, dan ia diiringi oleh
seorang penyair yang akan mendendangkan syair-syair pilu sebagai tanda
memperingati kewafatan Saidina Hassan dan Hussein r.a. Dalam lakonan tersebut
para pelakon akan mengadakan suatu perarakan yang membawa lambang tangan
berwarna merah serta bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a..
Bendera merah dan putih pada masa itu merupakan lambang-lambang yang mewakili
kumpulan-kumpulan boria di Pulau Pinang.
Akibat peredaran masa, upacara perkabungan yang mula-mula dilakonkan
dengan iringan syair, akhirnya bertukar menjadi sebuah bentuk teater selepas ia
bertapak di Pulau Pinang. Daripada hasil temuramah dengan En. Abdullah bin
Darus, Tokoh Teater tradisional Boria, apabila boria tiba di Malaya ia diadakan
untuk tujuan hiburan dan bukan untuk memperingati kewafatan Saidina Hassan dan
Hussein r.a. Menurut beliau juga ia telah dimodenkan mengikut konsep hiburan
disamping mengekalkan konsep tradisi. Pada 1845, apabila teater boria mula dibawa
masuk oleh tentera regimen Madras, masyarakat Melayu Pulau Pinang telah

2

mengalu-alukan kedatangan teater tradisional boria dan menerimanya sebagai salah
satu teater di Pulau Pinang yang masih diamalkan sehingga hari ini.

3

1.1.2

PERSEMBAHAN BORIA

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay
Theatre, lagu dan tarian merupakan dua elemen

penting yang diamalkan oleh

kelompok masyarakat Melayu dalam persembahan teater tradisional. Lagu dan tarian
akan menyempurnakan lakonan yang berunsur aksi simbolik dalam sesebuah
persembahan teater.
Teater tradisional boria akan menampilkan beberapa tema dalam
persembahan. Tema-tema tersebut biasanya menyentuh isu-isu seperti perkahwinan,
aspek sosial, propaganda politik, isu keagamaan dan pendidikan. Secara tidak
langsung, persembahan yang mengandungi tema ini lazimnya menyampaikan
pengetahuan berunsur mesej dan nasihat kepada penonton. Persembahan teater
tradisional boria menjadi salah satu medium yang bukan sahaja menyampaikan
pengetahuan malah menjadi alat hiburan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.
Menurut Rahmah Bujang (1987) juga, teater tradisional boria merangkumi
pengisian dua segmen iaitu bahagian pengenalan dan persembahan. Bahagian
pengenalan biasanya akan dimulakan dengan lakonan sketsa yang menyampaikan
mesej, nasihat dan lawak jenaka. Manakala pengisian segmen kedua adalah
berbentuk persembahan yang mengandungi nyanyian, muzik dan tarian. Kedua-dua
bahagian ini akan digabungkan dan dimainkan secara berkelompok untuk
menghasilkan sebuah persembahan yang asli dan bermutu.
Dalam bahagian pengenalan, kumpulan boria yang digelar “sailor” akan
masuk ke pentas dengan gerak langkah tertentu. Dalam konteks ini “sailor”
merupakan korus pihak penari dan penyanyi yang menyempurnakan persembahan

4

dalam teater tradisional boria. Kumpulan ini akan mengikuti orang utama yang
mengendalikan persembahan iaitu Tukang Karang. Dalam teater tradisional boria
Tukang Karang dianggap sebagai orang utama kerana tanggungjawab untuk
menyampaikan lagu yang mengandungi mesej dan nasihat terletak pada tangan
Tukang Karang. Nyanyian akan dimulakan secara solo oleh Tukang Karang sambil
menghayunkan tongkat atau ‘baton’ ke kiri dan kanan. Kemudian akan diikuti
nyanyian secara beramai oleh kumpulan “sailor”. Mereka akan menggunakan
langkah tarian mengikut formaliti dan kesesuaian lagu pilihan supaya kelihatan
seragam dan serentak. Pola lantainya akan ditentukan oleh kumpulan boria itu
sendiri berdasarkan kreativiti mereka. Pada bahagian akhir persembahan, Tukang
Karang akan keluar dahulu dari pentas dan akan diikuti oleh “sailor”. Muzik yang
dimainkan pada bahagian permulaan akan dimainkan semula untuk mengiringi
mereka pada bahagian akhir persembahan.

5

1.1.3 OBJEKTIF UMUM JABATAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN
WARISAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan

Negeri Pulau Pinang

(JKKWNPP) telah ditubuhkan pada bulan March 1993 di Dewan Sri Pinang. Jabatan
ini telah beroperasi di Dewan Sri Pinang selama dua tahun dan pada tahun 1995
JKKWNPP telah dipindahkan ke bangunan Komtar di Pulau Pinang. Setelah
beroperasi selama dua tahun di bangunan Komtar akhirnya ia telah dipindahkan ke
Kompleks Pustaka Warisan Seni yang terletak di Jalan P. Ramlee.
JKKWNPP

mempunyai

objektif

tersendiri

dalam

memperkukuhkan

kefahaman mengenai kebudayaan sebagai cara hidup, meningkatkan penyertaan dan
menyemai kesedaran tentang seni budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penetapan objektif umum adalah ke arah memperkasakan identiti nasional dan
memupuk perpaduan negara serta melahirkan masyarakat yang berbudaya selaras
dengan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Kelahiran bangsa Malaysia yang cintakan warisan kebudayaan yang
berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta menjadikan Malaysia sebagai
sebuah destinasi pelancongan yang terunggul dan bertaraf dunia merupakan visi
yang menjadi pegangan utama pegawai dan kakitangan JKKWNPP.
Objektif dan visi yang digariskan dalam piagam JKKWNPP akan
membimbing semua pegawai dan kakitangan dalam memelihara seni dan budaya
khasnya kewujudan teater tradisional boria untuk membentuk sebuah masyarakat
yang menghayati teater tradisional boria yang menjadi identiti negeri Pulau Pinang.

6

1.1.4 ASPEK-ASPEK DALAM TEATER BORIA

1.1.4.1 ORGANISASI KUMPULAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,
kumpulan boria biasanya terdiri daripada 40 hingga 60 orang. Ahli-ahlinya ialah
kaum lelaki yang terdiri daripada tauke (penaja), pengurus, Tukang Karang, penari
(sailor) dan pemuzik.
Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979) juga, kos pembiayaan
persembahan teater boria pada masa dahulu telah dibiayai oleh seorang tauke. Tauke
adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembiayaan sesuatu kumpulan
persembahan Boria.
Selain kos pembiayaan oleh tauke, peranan yang dimainkan oleh seorang
Tukang Karang sangat penting dalam menjayakan sesuatu persembahan teater
tradisional boria. Ini kerana tugas mencipta lirik untuk sesuatu persembahan terletak
pada tangan seorang Tukang Karang. Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979)
juga, seorang Tukang Karang yang baik adalah seorang yang dapat menyampaikan
lagu dengan sempurna, lantang dan terang. Lirik-lirik yang dicipta oleh seorang
Tukang Karang harus memiliki nilai kemasyarakatan supaya dapat menyampaikan
mesej kepada para penonton teater tradisional boria. Keupayaan memilih perkataan
yang sesuai adalah sesuatu yang sangat-sangat diharapkan bagi menarik perhatian
para penonton.

7

1.1.4.2 CERITA DAN LAKONAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,
cerita dalam persembahan boria mengekalkan cerita Arab yang menyentuh tentang
Hikayat Seribu Satu Malam, cerita sejarah dan bangsawan seperti Lancang Kuning,
Puteri Dalam Siput dan sebagainya. Pada masa sekarang, cerita-cerita dalam teater
ini mula menampilkan tema-tema yang menyentuh tentang kehidupan sosial,
keagamaan, adat perkahwinan, pendidikan, perpaduan dan sebagainya.
Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979) juga, pada peringkat awal cerita
dalam teater boria tidak menggunakan skrip dan lakonannya adalah secara spontan.
Dialog yang disampaikan akan memberi peluang kepada para penonton untuk
berinteraksi dengan para pelakon. Menurut beliau juga, unsur lawak jenaka
merupakan elemen penting bagi menghasilkan persembahan yang berkualiti.
Walaupun unsur lawak jenaka merupakan elemen penting tetapi ia masih
mengekalkan unsur-unsur pendidikan serta moral yang tinggi dalam penyampaian
cerita.

8

1.1.4.3 TARIAN

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay
Theatre, tarian yang dipersembahkan dalam teater tradisional boria mempunyai
kaitan yang rapat dengan sketsa yang disampaikan. Menurut beliau juga, pada masa
awal kemunculan teater tradisional boria, lagu dan langkah tarian adalah
berkonsepkan ciri-ciri tarian Arab. Tetapi selepas tahun 50an dan 60an lagu-lagu
dalam teater tradisional boria banyak dipengaruhi oleh irama pop dan Hindustan.

“Gerak-geri tarian dalam boria tidak mempunyai makna yang tersendiri.
Pada masa

dahulu boria tidak mempunyai corak tarian yang bebas.

Tetapi sekarang gerak-geri tarian dipanggil semi moden iaitu satu
langkah ke depan dan ke belakang serta ke kiri dan kanan”.
Sumber: Dipetik daripada hasil temuramah
dengan Pn. Zaini binti Man, Jurulatih
Kumpulan Boria Budaya Sari pada
Disember 15, 2006.

Setiap kumpulan boria mempunyai kebebasan dalam mempersembahkan lagu
dan gerak tarian mengikut kreativiti mereka. Sesebuah kumpulan teater boria yang
berkonsep tradisional, biasanya akan mempersembahkan langkah tarian yang
bercorak tradisional seperti Inang, Joget, Zapin, dan sebagainya.

9

1.1.4.4 NYANYIAN

Tukang Karang biasanya mendahului para ‘sailor’ dan pemuzik masuk ke
pentas sebaik sahaja lakonan berakhir. Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam
bukunya Boria: A Form of Malay Theatre, senikata lagu yang dicipta adalah
berasaskan kepada lakonan yang dipentaskan sebelumnya. Senikatanya adalah
berbentuk syair.
Rangkap pertama dalam lagu boria akan memperkenalkan kumpulan masingmasing. Rangkap ini menjadi korus kepada lagu tersebut. Irama lagu biasanya
disesuaikan dengan cerita. Rangkap yang bermutu mempunyai suku kata yang sama
di setiap hujung rangkap. Ini dapat dijelaskan melalui rangkap berikut:

Izinkan kami sampaikan madah
Pesanan PM mutiara indah
Sebagai saluran penyambung lidah
Semoga berguna dan berfaedah

Talib bin Talib suatu cerita
Membuang isteri kerana bercinta
Asyik Aminah menyerah harta
Sungai Pinang cahaya mata

Sumber: Rahmah Bujang. (1987). Boria: A Form of Malay Theatre. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies. (m.s 124).

10