PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM UNTUK MENANG

PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM UNTUK MENANGGANI MASALAH
TINGKAH LAKU SEKSUAL PELAJAR. SUATU KONSEP PEMIKIRAN.

Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa &
Sulaiman Shakib Mohd Noor
Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad Jazimin Jusoh
Universiti Perguruan Sultan Idris

Abstrak
Kertas kerja ini berbentuk kertas konsep pemikiran tentang masalah remaja yang
mencemaskan masa kini yang berkaitan dengan kerohanian iaitu tingkah laku seksual.
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Agama Johor (JAJ) membuktikan
bangsa Melayu dan beragama Islam paling ramai ditangkap dalam kesalahan juvana
dan tingkah laku seksual. Penyelidik menimbulkan persoalan apabila Pendekatan
Kaunseling Barat yang popular diamalkan masa kini dilihat tidak sesuai untuk
menanggani masalah kerohanian pelajar apabila menyentuh aspek agama dan budaya.
Justeru itu, penyelidik berpandangan sudah tiba masanya Pendekatan Kaunseling Islam
perlu diperkenalkan sebagai suatu pendekatan alternatif untuk menangani kes yang
melibatkan masalah kerohanian khususnya tingkah laku seksual. Ini ditambah dengan
sumber Pendekatan Kaunseling Islam berteraskan Al Quran dan Al Sunnah dan Islam

merupakan agama yang sesuai untuk merawat apa juga masalah kerohanian manusia
tanpa mengira bangsa, agama, masa dan tempat. Di harap, Pendekatan Kaunseling
Islam dapat digunakan sebagai pendekatan kaunseling alternatif, khususnya kepada
kaunselor Islam apabila menghadapi kebuntuan untuk menanggani klien yang
mengalami masalah kerohanian.

1.0

Pengenalan

Langkah Perdana Menteri melancarkan program ‘satu keluarga, satu kaunselor’
pada 4 Februari 2007 menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat mencerminkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda golongan muda
mudi masa kini. Antara masalah itu ialah ‘Mat Rempit’, penagihan dadah, gejala ponteng
Kertas kerja ini dibentangkan di International Seminar On Islamic Science And
Technology (INSIST’ 08) di PWTC, Kuala Lumpur dianjurkan PPIPS dan SPACE, UTM
pada 18-19 Mac 2008.

2
sekolah, tingkah laku seksual, lepak dan sebagainya. Kebimbangan yang sama disuarakan

(Siti Hasmah, 1992; Ibrahim, 1997 dan Nurul Ain dalam Md Noor, 2006) terhadap
masalah gejala sosial yang melanda golongan remaja dan belia pada beberapa tahun yang
lalu seperti melepak, rempit, bohsia, bohjan, pelayan kelab (GRO), mengambil arak,
penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga sesetengah
golongan remaja yang turut mempunyai akhlak dan peribadi yang rendah seperti biadap
dan kurang ajar kepada guru, ibu bapa dan penjaga.
Fatwa muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal
Agama Islam ke 39 pada 21 September 1995 yang dikeluarkan Jabatan Agama Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan garis panduan maksiat daripada agama islam
ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan
ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah s.w.t. dan Rasul atau
meninggalkan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang
haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada
kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak. Maka beberapa jenis salah
laku yang dilakukan pelajar berkaitan permasalahan kerohanian adalah:

i.

Memiliki kuku panjang, rambut panjang (lelaki) atau bertatoo


ii.

Memiliki vcd lucah

iii.

Melepak

iv.

Berjudi

v.

Persetubuhan haram/ sumbang mahram/ rogol/ seks bebas

vi.

Meminum minuman keras


vii.

Kurang ajar atau biadap kepada guru, guru besar, pengetua dan ibu bapa

viii.

Merokok

ix.

Penyalahgunaan dadah

x.

Pelacuran

xi.

Terlibat dalam kumpulan samseng


xii.

Mencuri/ merompak/ peras ugut

xiii.

Murtad

3
xiv.

Terlibat dengan kumpulan Black Metal, Punk dan Cyber Café

xv.

Cubaan membunuh diri

Menurut Pirdaus (2006) penglibatan remaja Melayu dalam jenayah juvana harus
dipandang berbeza dengan remaja bangsa lain. Penglibatan remaja Melayu dalam
kegiatan perjudian, minum arak, bersekedudukan, khalwat, dan sebagainya merupakan

perilaku yang mempamerkan ketandusan nilai dikalangan mereka. Perbuatan ini bukan
sahaja bertentangan dengan ajaran islam bahkan budaya masyarakat tempatan.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam Iskandar Johor, Bahagian
Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam tempoh 4 tahun (2004-2007) pegawai
penguatkuasa agama telah menangkap seramai 8628 pasangan remaja Melayu yang
berumur 18 hingga 25 tahun. Berdasarkan jumlah itu, daerah Johor Bahru merupakan
daerah paling ramai iaitu (32.4%) berbanding daerah Muar (15.9%), Batu Pahat (16.8%),
Segamat (11.5%), Kluang (8.3%), Pontian (5.7%), Kota Tinggi (5.6%) dan Mersing
(3.4%).

Jadual 1.0 : Statistik Pelajar Melayu Terlibat Dalam Kesalahan
Jenayah Syariah di Negeri Johor Bagi Tahun 2004 Hingga 2007

Daerah
Johor Bahru
Muar
Batu Pahat
Segamat
Kluang

Pontian
Kota Tinggi
Mersing

2004
606
288
321
168
274
145
62
32

2005
690
213
458
123
248

259
260
137

2006
713
355
378
259
206
133
219
138

2007
630
310
328
224
162

112
109
68

Kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam
Malaysia (PEKESIM) terhadap remaja Islam di Semenanjung Malaysia mendapati
bahawa sebanyak (90%) golongan remaja yang berumur 15 sehingga 20 tahun tidak
mempunyai matlamat hidup yang jelas, (80%) remaja berumur 14 sehingga 20 tahun

4
terlibat dalam kegiatan zina seperti bercumbu, (73%) ibu bapa tidak mengambil tahu
kehidupan remaja, (70%) remaja tidak menghormati ibu bapa, (65%) remaja tidak takut
Tuhan dan tidak mengerjakan solat, (64%) tidak mempedulikan nasihat, (56%) tidak
mendapat pendidikan agama secara formal, (42%) tidak tahu membaca Al Quran, (30%)
tidak lancar melafaz syahadah, (25%) pernah melakukan hubungan seks, berpakaian seksi
dan menghisap rokok, (20%) kerap melakukan seks bebas, 11 % menguna dadah, (9%)
meminum arak dan (2%) bersedia menukar agama. Menurut Pengerusi PEKESIM,
Ghafar Nin (2007) punca utama masalah ini adalah kerana ibu bapa jahil agama, bersikap
tidak mengambil tahu dan tidak pernah menegur sikap anak-anak mereka.Beliau
mencadangkan supaya jabatan dan agensi tertentu diberi kuasa untuk menangkap remaja

yang berzina, berpakaian tidak senonoh dan berkeliaran selepas jam 11 malam.

Terdapat banyak kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa
seriusnya keperluan Pendekatan Kaunseling Islam perlu dilaksanakan di sekolah.
Menurut Siti Hairaney (2002) laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia pada tahun 1991
melaporkan jenis salahlaku pelajar sekolah adalah seperti berikut iaitu (14.98%) pelajar
terlibat dengan jenayah, (2.12%) pelajar membuat isyarat lucah, (16.6%) berkelakuan
kurang sopan, dan (28.41%) terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Manakala pelajar
yang berjudi adalah seramai 3827orang, pelajar bercumbuan adalah 297 orang, terlibat
kes khalwat 236 orang, mengunakan kata-kata lucah seramai 1428 orang dan melukis
gambar lucah seramai 653 orang. Maklumat seperti ini mengambarkan bahawa pelajar
yang terdiri daripada remaja bukan sahaja terlibat dengan salah laku disiplin jenayah
bahkan melibatkan aspek salah laku yang bertentangan dengan peraturan agama dan
norma dan budaya masyarakat tempatan yang kaya dengan adab ketimuran.

Kajian mengemparkan Dr. Khaidzir Ismail (2007) pakar pskiologi kanak-kanak
dan remaja dari UKM tentang profil remaja perempuan risiko tinggi terhadap kalangan
remaja perempuan berisiko tinggi mendapati bawa seramai 887 pelajar perempuan
sekolah menengah di Selangor kecuali seorang mengaku pernah melakukan hubungan


5
seks. Lingkungan pelajar perempuan adalah 15 dan 16 tahun mempunyai masalah disiplin
seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah (98%), kongsi gelap (98%), bahan lucah
(97.3%), berjudi (96.8%), vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%). Kajian ini
jelas menunjukkan bahawa pelajar perempuan tidak terkecuali terlibat dengan salah laku
yang melibatkan soal seksual yang bertentangan dengan agama dan adat ketimuran.

Fenomena yang melanda golongan remaja di negara kita seperti isu Black Metal
turut merupakan salah laku yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Musatafa (2006)
menyatakan bahawa (99.9%) pengikut Black Metal adalah dikalangan bangsa Melayu.
Menurutnya lagi, orang melayu mudah terpesong dan mempercayai sesuatu benda baru
sedangkan mereka tahu semua perkara berkaitan bertentangan dengan ajaran yang dibawa
dalam Al-Quran dan sunnah nabi. Ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan mereka
bertentangan dengan akidah Islam. Hairulazim (2001) pernah melaporkan penglibatan
pelajar sekolah dalam kegiatan Black Metal melibatkan 15 buah sekolah termasuk agama
dan sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Muda, Kedah. Peristiwa penahanan 105
remaja dalam lingkungan usia 20an sehingga 30an yang datang dari Singapura, Perlis,
Selangor, Kuala Lumpur dalam satu konsert Black Metal di Negeri Sembilan pada 4
Disember 2006. Menurut Abdul Shukor (2006) Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah
Fatwa Kebangsaan terdapat segelintir remaja di negara ini terlibat dengan aliran Black
Metal yang mengamalkan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah Islam seperti
memijak Al-Quran, minum arak, seks bebas dan perasaan anti-tuhan. Amalan seks bebas
yang dikalangan remaja yang merupakan pelajar ini jelas menunjukkan bahawa mereka
mempunyai pengetahuan dan amalan keagamaan yang rendah sehingga memudahkan
mereka terpesong dengan propaganda barat melalui lagu-lagu yang memuja syaitan. Ini
jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar tersebut memerlukan kaunselor yang dapat
membantu mereka kembali ke jalan yang benar melalui Pendekatan Kaunseling Islam.
2.0

Pernyataan Masalah

Petunjuk utama isu dan permasalahan kerohanian yang dikeluarkan Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman pada tahun 2005 menunjukkan sebanyak 3936 kes jenayah juvana

6
dilaporkan dengan 5996 tangkapan dilakukan di seluruh negara. Berdasarkan jumlah itu,
seramai 5393 orang remaja lelaki dan 148 orang remaja perempuan ditangkap. Dalam
tempoh enam tahun (2000-2005) sebanyak 12 971 kes juvana dilaporkan dan polis telah
menahan 21 152 orang remaja yang berumur 18 tahun. Remaja berbangsa Melayu
merupakan bangsa yang paling ramai ditahan diikuti remaja berbangsa Cina dan India.
Statistik Jabatan Agama Johor (JAJ) pada tahun 2007 menunjukkan pelajar melayu yang
terlibat dalam tingkah laku berorientasikan seksual seperti menonton video lucah,
bercumbuan, dan amalan seks bebas berlaku dikalangan remaja yang berumur 13 hingga
25 tahun. Daerah Johor Bahru menunjukkan jumlah tertinggi iaitu (32.4%), diikuti Muar
(15.9%), Batu Pahat (16.8%), Segamat (11.5%), Kluang (8.3%), Pontian (5.7%), Kota
Tinggi (5.6%) dan Mersing (3.4%).

Banyak kajian di Malaysia membuktikan peningkatan gejala sosial dan tingkah
laku seksual pelajar disebabkan kurangnya amalan kerohanian. Contohnya seperti pelajar
tidak bersolat, tidak berpuasa, kurang melakukan perbuatan mengingati Allah s.w.t.
seperti berzikir, berwirid, bermuhasabah diri dan tidak mahu mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini Omar
(1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza
Saad (1992), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994),
Mohd Nor Ibrahim (2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah
disiplin yang berlaku dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan
dan amalan kerohanian dikalangan pelajar.

Fenomena yang membimbangkan ini terjadi dikalangan pelajar berbangsa Melayu
dan beragama Islam. (Pirdaus, 2006). Walaupun Pendekatan Kaunseling Barat di
amalkan kaunselor di Malaysia sebagai suatu pendekatan untuk menangani isu-isu
permasalahan disiplin pelajar, namun bagi menghadapi permasalahan yang berkaitan
dengan isu kerohanian, Pendekatan Kaunseling Barat adalah kurang sesuai untuk
menghadapi isu yang berkaitan dengan kerohanian. Malik Badri dan Halim Othman
(1986) mendakwa Pendekatan Kaunseling Barat tidak menekankan aspek kerohanian
dalam pendekatan psikologi. Hassan (1990) pula mendakwa semua mazhab psikologi

7
barat tidak mengkaji roh atau jiwa tetapi mengkaji tingkah laku manusia. Malik Badri
(1994) menjelaskan ahli psikologi barat tidak menekankan aspek kerohanian kerana
syarat yang tidak menghukum (non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan
menerima klien tanpa syarat. Akibatnya, situasi ini menimbulkan kekeliruan dikalangan
kaunselor islam kerana berasa dilema sama ada mengutamakan kepentingan klien atau
mengikut ajaran islam. Menurut Hassan Langgulung (1990) isu yang lebih
membimbangkan kepada kaunselor-kaunselor islam adalah dari segi amalan Pendekatan
Kaunseling Barat yang bertentangan akidah, sosial, dan hukum-hakam agama masyarakat
islam di Malaysia. Isu-isu kerohanian pelajar seperti murtad, masalah melibatkan tingkah
laku seks, pergaulan bebas, berjudi, biadap terhadap guru dan ibu bapa, minum arak,
sengaja meninggalkan puasa, tidak mendirikan solat dan sebagainya ini memerlukan
Pendekatan Kaunseling Islam sebagai kaedah rawatan memulihkan diri mereka.

Berdasarkan aspek sosiobudaya dan nilai masyarakat setempat pula, Pendekatan
Kaunseling Barat turut kurang sesuai diamalkan dalam konteks di Malaysia. Menurut
Corey (2001) kebanyakan teknik kaunseling dibina berasaskan orang kulit putih dan
sesuai untuk orang kulit putih, lelaki dan daripada kelompok kelas pertengahan. Oleh itu,
ia dianggap tidak beretika jika digunakan terhadap klien yang berlainan bangsa, etnik dan
latarbelakang budaya. Ini disokong oleh Baruth dan Huber (1985), Hamzah dalam Arthur
dan Aminah (1994), Abdul Halim (2001) dan Tajuddin (2006) yang menegaskan
Pendekatan Kaunseling Barat berbeza dengan pandangan hidup masyarakat setempat dari
aspek nilai, bias dan andaian tentang tingkah laku manusia. Peralihan terhadap keperluan
kaunseling mengikut sosiobudaya masyarakat tempatan pernah ditegaskan mengikut
Tajuddin (2006) yang menyatakan bahawa ahli-ahli profesional dalam bidang kaunseling
di Asia mula menilai dan membincangkan semula beberapa teori dan Pendekatan
Kaunseling Barat. Ini selaras dengan Pedersen dan rakan-rakan (1989) yang menyatakan
kaunselor di Asia perlu peka dengan keperluan dan kehendak masyarakat timur yang
mempunyai nilai budaya dan pengalaman yang berbeza. Tajuddin (2006) turut
berpandangan supaya kaunselor-kaunselor di Malaysia untuk bersedia melakukan
anjakan paradigma membentuk teori dan pendekatan yang menjurus ke arah nilai dan
psikologi orang Malaysia. Justeru itu, Pendekatan Kaunseling Islam dilihat sebagai suatu

8
pendekatan yang sesuai dan memenuhi keperluan hidup manusia tanpa mengira agama
dan bangsa.

Berdasarkan keadaan sebenar yang dinyatakan, satu kajian perlu dilakukan bagi
melihat amalan kerohanian kaunselor dan model pendekatan Kaunseling Islam untuk
menangani kes-kes tingkah laku seksual dikalangan pelajar. Keperluan kajian amalan
kerohanian kaunselor adalah untuk melihat hanya kaunselor yang menghayati dan
mengamalkan ajaran islam sebenar dapat menyumbang kepada pembangunan Model
Pendekatan Kaunseling Islam. Pendekatan Kaunseling Islam yang dibina mestilah
bersumberkan Al Quran dan Al Sunnah yang meliputi prinsip akidah, syariat
(mengandungi muamalat, muasharah, dan munakahat), dan akhlak. Model yang akan
dibina meliputi aspek proses, teknik dan kaedah pemulihan untuk menangani masalah
tingkah laku seksual pelajar.

3.0

Pengertian Istilah Konsep dan Operasional Kajian

Pendekatan Kaunseling Islam

Menurut Hassan (1983) kaunseling islam adalah suatu proses pengajaran dan
pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang pakar
dalam psikologi kaunseling atau kaunselor dengan seorang lain yang ditujukan
kaunseling itu atau klien. Teknik dan kaedah teknikal secara profesional digunakan
bertujuan menolong klien untuk memahami diri, memahami kebolehan dan mendorong
menerima takdir berteraskan syariat islam bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

Menurut Ali Yacob (1995) kaunseling islam merujuk kepada suatu proses
pertolongan yang diberi untuk menolong meredakan sebarang permasalahan yang
berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan seperti takut, sedih, dan marah
disamping mengenalpasti dan memperkembangkan potensi diri kea rah mengubah sikap

9
dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat
dengan banyak bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah.

Ishammudin (1999) menyatakan kaunseling islam sebagai suatu proses hubungan
yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang professional dengan
seorang yang memerlukan bantuan (klien) sehingga terjadi hubungan-hubungan
keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi memperkembangkan
semula segala sumber dalaman insan untuk menerima kebenaran (Al Haq) dan
bertanggungjawab pada diri sendiri ke arah keredhaan Allah s.w.t.

Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2006) menjelaskan dalam kaunseling
mengandungi unsur tolong-menolong. Ini bermaksud individu yang menolong
mempunyai kelebihan dari segi ilmu, kemahiran, kekuatan emosi, kekuatan rohani
berbanding individu yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, barulah proses pertolongan
dapat dilaksanakan dengan baik.

Konsep tolong menolong merupakan salah satu tuntutan islam yang bersifat
universal. Dalam Islam, kaunseling boleh dikategorikan sebagai fardu al kifayah.
Memberi pertolongan melalui kaunseling dianggap sebagai ibadat, selaras dengan
luasnya skop ibadat dalam Islam. Ini bermakna pertolongan kaunseling adalah tertakluk
pada hukum dan adab Islam. Menurut Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2006) konsep al
amru bi al maruuf an nahyu an al munkar menjadi teras utama dalam tindakan seseorang
menurut perspektif Islam. Jadi pertolongan kaunselor mestilah terarah kepada perkara
berbuat baik dan menjauhi keburukan.

Firman Allah s.w.t:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan jangan
tolong-menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan…..”

10
(Surah al-Maidah, Ayat 5:2)

Dalam konteks Islam, Allah swt memerintahkan setiap individu yang menghadapi
masalah yang tidak diketajuinya secara pasti merujuk kepada orang yang pakar. Firman
Allah s.w.t. bermaksud:

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang lelaki yang Kami beri wahyu
kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika
kamu tidak mengetahui, dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitabkitab. Dan Kami turunkan kapadamu al-quran, agar kamu menerangkan kepada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.
(Surah al-Nahl 16: 43-44).

Ajaran Islam menegaskan bahawa setiap muslim bertanggungjawab memberi nasihat
kepada mereka yang mempunyai masalah. Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila saudara kamu meminta nasihat dari kamu, hendaklah kamu berikan nasihat
kepadanya

(Hadis Riwayat Bukhari)

Model penerapan nilai dakwah boleh dilihat dalam konteks hisbah yang
diperkenalkan Saidina Umar Al Khattab. Dari segi syarak hisbah bermaksud perintah
mengamalkan kebaikan (makruf) dan meninggalkan segala perkara yang mendorong
kejahatan (kemungkaran).

Dalam konteks kajian ini, kaunseling Islam merujuk kepada proses pertolongan
antara kaunselor yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam memberi rawatan
psikologi mengikut konteks Islam kepada klien yang menghadapi masalah disiplin yang
berkait dengan kerohanian. Pertolongan ini adalah atas syariat islam untuk mencapai
kesejahteraan pskikologi, jasmani, emosi, rohani dan intelektual ke arah kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.

Kaunselor Islam

11

Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, akta kaunselor 580, kaunselor bererti
seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan
atau apa-apa balasan lain.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) kaunselor bermaksud orang yang
layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah
atau orang yang berkemampuan memberi khidmat kaunseling.

Menurut Mohamed Fadzil (2000) kaunselor ialah seseorang yang mengamalkan
kaunseling, berdaftar dan mengenakan apa-apa bayaran mengikut Akta Kaunselor 1998.
Kaunselor yang profesional merujuk pada individu yang memiliki ciri-ciri berikut:
i.

Mendapat program latihan yang dikhususkan.

ii.

Program latihan yang diiktiraf

iii.

Sentiasa mementingkan klien

iv.

Ada dan patuh dengan kod etika kaunselor

v.

Menjadi ahli badan-badan profesional

vi.

Sentiasa meningkatkan kecekapan diri

Menurut Aziz (2002) pula mendefinisikan kaunselor sebagai ahli professional
iaitu individu yang mendapat latihan khas dari segi teori dan praktik dalam bidang
kaunseling.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) Islam ialah agama yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks kajian ini, Islam merujuk pada individu
yang beragama Islam sama ada muslim atau muslimah. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka (2005) muslim bermaksud orang lelaki yang beragama Islam manakala
muslimah pula merujuk pada orang perempuan beragama Islam. Kaunselor muslim atau
muslimah merujuk pada kaunselor lelaki atau perempuan yang beragama Islam.

Ini selaras dengan pandangan Hassan Langgulung (1983) yang menegaskan
kaunselor islam seharusnya menjadi seorang kaunselor yang baik dan dapat membantu:

12
i. Merealisasikan klien membuat keputusan-keputusan dalam batasan syarak
untuk mencari yang halal dan meninggalkan yang halal.
ii. Merealisasikan klien dengan tujuan-tujuan yang halal dan menggunakan
potensi klien untuk mengerjakan sesuatu yang berguna pada diri dan masyarakat.
iii. Menetapkan halatuju klien kepada kesempurnaan kendiri berdasarkan
tanggungjawab pada fardu ain dan fardu kifayah demi keredhaan Allah s.w.t. untuk
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Masalah Kerohanian Berkait Tingkah laku Seksual

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan kerohanian sebagai
kebatinan atau berkaitan dengan kejiwaan. Ingersoll (1997) menjelaskan perkataan spirit
merupakan bahasa Latin yang berasal daripada perkataan spiritus. Spiritus membawa
maksud pernafasan (breath), ketabahan hati (courage), tenaga (vigor) ataupun
penghidupan (life). Dalam bahasa Hebrew, spirit berasal daripada perkataan ruach yang
merujuk pada angina (wind), nafas (breath) dan rohani (spirit) (Delbane dan
Montgomery, 1981 dalam Ingersoll, 1997). Manakala dalam bahasa Greek pula, spirit
berasal daripada perkataan pneuma yang bermaksud nafas (breath).
Haron Din dan rakan-rakan (2003) mendefinisikan kerohanian berasal dari
perkataan roh iaitu unsur rohani yang berpunca dari urusan ketuhanan, alam ketinggian
dan kekudusan disisi Allah s.w.t. Mohd Nasir (2005) menyatakan kerohanian adalah
dimensi dalaman yang menjadi teras dalam diri manusia. Baharudin dan Sulaiman (2000)
dan Mohd Nasir (2005) menjelaskan ia melibatkan perkara-perkara maknawi yang tidak
boleh dikesan melalui pancaindera yang lima tetapi melalui sifat-sifat perbuatan yang
dilakukan manusia. Contohnya cinta kepada kebaikan, tolong menolong, persaudaraan,
muhibbah, cintakan kebenaran dan keadilan dan sebagainya. Ini semua dikenali sebagai
tanggungjawab kerohanian.

Al Quran pimpinan Al Rahman mendefinisikan nafs sebagai jiwa. Dalam Islam,
dimensi jiwa merujuk bidang ilmu tasawuf. Menurut Hassan Langgulung (1996) semua
mazhab psikologi barat sebenarnya tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Malik Badri

13
(1994) turut menegaskan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan ahli psikologi barat
kerana aspek spiritual tidak menjadi penting dalam amalan kaunseling barat.

Permasalahan kerohanian pelajar pula merujuk pada pelajar yang terlibat dalam
masalah kerohanian yang berkait dengan tingkah laku seksual. Ini terjadi disebabkan
kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar. Banyak kajian dalam
dan luar negara yang membuktikan tentang peningkatan gejala sosial dan tingkah laku
seksual pelajar hari ini disebabkan oleh pelajar tidak menghayati, tidak mengamalkan dan
diasuh oleh ibu bapa tentang ajaran keagamaan kepada mereka. Antara aspek
pengetahuan dan amalan kerohanian yang diabaikan pelajar adalah tidak bersolat, tidak
berpuasa, kurang melakukan perbuatan mengingati Allah s.w.t. seperti berzikir, berwirid,
bermuhasabah diri dan tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah swt. Kajian Mohd
Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989),
Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza Saad (1992), Alizanariah Ali
(1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994), Mohd Nor Ibrahim (2001), dan
Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah tingkah laku seksual yang berlaku
dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian
dikalangan pelajar. Kajian luar negara turut membuktikan tentang masalah disiplin dan
tingkah laku pelajar berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian
spiritual menerusi kajian Meyers dan Bennett (1962), Hadway dan Roof Thoules (1971),
Gallup Poll dalam Rogers (1980), Hurrelmann dan Engel (1989), Makstrom dan Smith
(1996), Goldenberg (1998), Griffith dan Griggs (2001). Antara punca pelajar terlibat
dengan masalah disiplin pula adalah mereka kurang menghayati ajaran kristian, tidak
kerap menghadiri rumah gereja, melibatkan diri dengan amalan seks bebas, pengambilan
dadah dan alkohol.
Dalam konteks kajian ini, penyelidik memilih masalah tingkah laku seksual yang
berlaku dikalangan pelajar. Menurut Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Mohd Amin (2003)
dan Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan (2006) masalah tingkah
laku seksual adalah:
i. hamil luar nikah atau persetubuhan haram
ii.sumbang mahram

14
iii. pengkit (tomboi) atau lelaki lembut

Isu tingkah laku seksual merupakan fokus penyelidikan yang ingin dikaji.
Penyelidik bercadang ingin membangunkan model Pendekatan Kaunseling Islam
berdasarkan masalah orientasi tingkah laku seksual menerusi kaedah kualitatif sebagai
suatu pendekatan altenatif bagi menangani masalah disiplin yang berkait dengan seksual
yang berlaku dikalangan pelajar sekolah.

Proses Kaunseling Kerohanian

Menurut Carkhuff (1977) proses kaunseling melibatkan beberapa peringkat iaitu
peringkat penglibatan diri, peringkat penerokaan, peringkat pemahaman dan peringkat
tindakan.

Menurut Mizan dan rakan-rakan (2007) kaunseling ialah satu proses. Ini
bermaksud proses melibatkan beberapa unsur iaitu tempoh masa, kaedah, kemahiran dan
matlamat.
i. Tempoh masa- Tempoh masa yang singkat iaitu 30 minit atau mengambil tempoh masa
sehingga 3 tahun.
ii. Kaedah- Melibatkan membina hubungan dengan klien, membuat penstrukturan,
mendengar, memahami, dan bantuan.
iii. Kemahiran- Melibatkan kemahiran khusus.
iv. Matlamat- Matlamat atau produk yang ingin dihasilkan.Sekiranya tiada matlamat
maka proses tidak dapat dijalankan dengan baik.

Mohamed Fadzil (2000) menjelaskan proses kaunseling mempunyai peringkat
iaitu mempunyai jangka masa, dilakukan secara sistematik, melibatkan teknik,
pendekatan teori, dan mempunyai hasil.

Menurut Mansur (1993) proses kaunseling merupakan prosedur atau langkahlangkah dalam pengendalian sesi kaunseling antara kaunselor dengan klien. Dalam proses

15
kaunseling tiada prosedur tertentu ditetapkan, namun begitu penyelidik membahagikan
mengikut proses sesi kaunseling dari awal sesi sehingga ke ahir sesi mengikut kesesuaian
klien.
Dalam konteks kajian ini, penyelidik menetapkan 8 langkah proses kaunseling
iaitu permulaan, penetapan, struktur, hubungan, penerokaan, pengukuhan, perancangan
dan penamatan.

Teknik Kaunseling Kerohanian

Teknik kaunseling merujuk pada kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang
digunakan dalam sesi kaunseling seperti teknik dorongan minima, parafrasa, rumusan,
minta penjelasan, konfrontasi, dan sebagainya.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik melihat teknik kaunseling kerohanian yang
diamalkan kaunselor secara tersurat dan tersirat yang melibatkan body language dan eye
contact. Menurut Abdul Rahman (1992) perkara yang penting dalam pelaksanaan
kaunseling islam ialah proses yang membawa klien ke arah matlamat akhir. Ini
bermaksud proses yang dijalankan itu mesti mengambilkira aspek hubungan manusia
dengan pencipta, memahami tujuan hidup dan matlamat akhir hidup. Maka teras teknik
kaunseling kerohanian harus berteraskan Al Quran dan Al Sunnah berdasarkan prinsip
akidah, syariat dan akhlak.

Kaedah Pemulihan Kerohanian

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pemulihan adalah perbuatan
memulihkan, pengembalian kepada yang semula, sembuh atau baik semula, atau menjadi
baik. Menurut Siti Zalikhah (2002) kaedah pemulihan ialah kaedah yang digunakan bagi

16
memulihkan keadaan klien yang mengalami kecelaruan dari segi mental, emosi dan
tingkah laku.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik meneroka kaedah pemulihan yang
digunakan kaunselor untuk menangani masalah tingkah laku seksual pelajar seperti
seperti kaedah tarbiyah (pendidikan), taubat, memperbetulkan persepsi dan kefahaman,
rukun iman, rukun islam, zikir, doa, sabar, amal kebajikan, dan jampi syarie. Namun
begitu, sekiranya terdapat pertambahan kaedah-kaedah lain ketika proses sesi kaunseling,
penyelidik akan memasukkan kaedah tersebut ketika mengumpul maklumat dalam
kaedah kualitatif tersebut.

Kesimpulan

Pendekatan Kaunseling Islam dikalangan kaunselor Islam di Malaysia merupakan
suatu pendekatan alternatif untuk menanggani kes-kes kerohanian dikalangan pelajar
sekolah. Banyak penulisan telah di tulis oleh para sarjana tempatan seperti Malik Badri,
Hassan Langgulung, Kamal Manaf, Aziz dan sebagainya, namun begitu kajian secara
empirikal masih kurang dilaksanakan. Kajian empirikal amat perlu khususnya melibatkan
Pendekatan Kaunseling Islam dikalangan kaunselor memandangkan majoriti bilangan
kaunselor muslim yang berkhidmat dalam profesion perguruan di Malaysia. Tambahan
pula, bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin melibatkan kerohanian juga
paling ramai berlaku dikalangan bangsa Melayu beragama Islam. (Pirdaus, 2006). Justeru
itu, usaha penyelidik untuk meneroka dan membangunkan model Pendekatan Kaunseling
Islam dikalangan kaunselor adalah tepat pada masanya. Dengan membuat analisis
statistik berkaitan amalan kerohanian kaunselor dari aspek ibadah khusus dan ibadah
umum, maka ciri-ciri kaunselor yang sesuai dan tepat mengikut kehendak penyelidik
dapat dipilih. Kaunselor islam yang mempunyai tahap amalan kerohanian yang tinggi
kemudian akan terlibat dalam kajian kualitatif bagi mendapatkan model Pendekatan
Kaunseling Islam khususnya untuk menangani kes-kes tingkah laku seksual.Adalah
diharapkan sumbangan model ini kelak akan dapat membantu para kaunselor dan guru-

17
guru yang berkhidmat di sekolah bagi menangani kes-kes pelajar yang berkaitan dengan
masalah kerohanian melibatkan kes berorientasikan tingkah laku seksual.

RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 2001. ‘Senario pendidikan dan latihan kaunselor di Malaysia’.
Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di
Malaysia, Hotel Quality, Kuala Lumpur. 2-3 April 2001.

Abdul Rahman Ahmad. 1991. ‘Bimbingan dan kaunseling dari perspektif islam’.
Serdang: Persatuan Siswazah Islam Universiti Pertanian Malaysia.

Abdul Shukor Husin. 2006, Januari 24. Black Metal ajaran sesat. Utusan Malaysia.

Adam Drahman. 2002. ‘Kesan intervensi pemulihan akhlak remaja menggunakan modul
Putik di pusat pemulihan akhlak’. Projek Master Sains yang tidak diterbitkan. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.

Ali Yacob. 1995. ‘Perkhidmatan kaunseling: kes di tanah suci’. Kajang: Makruf
Publisher & Distributors Sdn Bhd.

Alizanariah Ali. 1983. ‘Penghayatan agama dan kesejahteraan hidup di kalangan remaja
Melayu’. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Qur’an. Pimpinan Tafsir Ar-Rahman. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin. 2000. ‘Islam Al-Quran dan ideologi masa kini’.
Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baruth, L.G. & C.H. Huber. 1985. ‘Counseling and psychotherapy: Thereotical analysis
and skills application’. Columbus: Charles E. Merill Publishing Company.

18

Carkuff. 1977. Dalam Allen E. Ivey & Mary Bradford Ivey. 1987. ‘Counseling and
psychotherapy: Integrating skills, theory and practice’. London: Prentice Hall.

Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Bil 131 Kategori Sosial/ Syariah ‘Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif
Islam’ Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ms 14.
Ghafar Nin. 2007, Ogos 27.Tiada hala tuju masalah utama remaja islam. Harian Metro.
Hairulazim Mahmud. 2007, Julai 20. Amalan puja syaitan boleh jadi murtad. Utusan
Malaysia.
Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin & Sidi Ghazalba. 2003. ‘Manusia dan islam’.
Selangor: Penerbit Hizbi Sdn Bhd.

Hassan Langgulung. 1979. ‘Pendidikan islam, satu analisa sosio psikologi’. Kuala
Lumpur. Pustaka Antara.

Hassan Langgulung. 1990. ‘Kaunseling dalam masyarakat islam’. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam, YADIM,
Kuala Lumpur.

Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan. 2006. ‘Seksualiti Manusia.
Keharmonian jalinan antara jantina’. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ingersoll, R.E. 1997. Spirituality, religion, and counseling: dimensions and relationships.
Journal of Counseling & Values, 38 (3): 98-111.

Ishammudin Ismail. 2000. ‘Panduan asas kaunselor muslim’. Kajang: Aras Mega (M)
Sdn Bhd.
Khaidzir Ismail. 2007, Februari 27. Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku
seks. Utusan Malaysia.

Malik Badri. 1979. ‘The dilemma of muslim psychologists’. London: MWH.

19
Malik Badri. 1994. ‘Success with Islamic counseling and psychotherapy’. London:
MWH.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanit Osman.
2006. ‘Kaunseling dalam islam’. Nilai, Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam
Malaysia

Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Omar. 2002. ‘Pengantar bimbingan dan
kaunseling’. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Publisher.

Mohd Amin H.A. Shariff. 2003. ‘Perkembangan remaja. Panduan, pemahaman dan
interpretasi’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Tajudin Ninggal. 2006. Kaunseling di abad ke-21 antara cabaran realiti dan
cabaran kaunselor. Buletin Kaunselor. Persatuan Kaunseling Malaysia, 2: 1.

Mohd Yusuf Abd Rahman. 1986. ‘Keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan
penyelesaiannya menurut islam. Satu tinjauan umum di negeri Terengganu’. Latihan
Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. ‘Kaunseling, teori, proses dan kaedah’. Edisi Kedua. Siri
Kemasyarakatan Fajar Bakti. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mustafa Abdul Rahman. 2006, Januari 27. Jakim sedia modul kaunseling pengikut Black
Metal. Utusan Malaysia.

Patemah Ibarahim. 1989. ‘Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja’. Latihan
Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pirdaus Ismail. 2006, Mac. Ibubapa harus dihukum sama. Dewan Masyarakat.

Siti Hasmah Mohd Ali.1992. ‘Citra remaja masakini. Antara harapan dan cabaran’. Teks
Ucapan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur, Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Negara.

20

Siti Zalikhah Md Nor. 2002. ‘Kaunseling menurut perspektif islam’. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.