SEJAUH MANA INDIANISASI YANG BERKEMBANG

SKSE 1043 : ASIA TENGGARA : POLITIK DAN MASYARAKAT
SEMESTER 1, SESI 2014/2015

TAJUK 5 : BINCANGKAN SEJAUH MANA INDIANISASI YANG
BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA MEMBANTU
MEMANTAPKAN EKONOMI MASYARAKAT ASIA TENGGARA

HARI : ISNIN ( 11.00-12.00 TENGAH HARI )

NAMA PENSYARAH : PN. ZUBAIDAH BINTI V.P HAMZAH
NAMA : R. AMRIE BIN ABADA
NO. MATRIK : A 149007

1.0 PENGENALAN
1

Setiap benua yang wujud di dunia ini semestinya sudah melalui peredaran zaman sejarah
yang berbeza mengikut penyerapan dan pertembungan budaya yang telah berlaku di kawasan
tersebut. Bermula dari zaman paleolitik sehinggalah kepada perkembangan zaman logam
yang mana manusia sudah berupaya membentuk dan membina ketamandunan dan
kerajaannya tersendiri. Asia tenggara sudah mula diteroka sejak zaman batu lagi dan kawasan

yang bercuaca panas dan mempunyai musim kering yang baik merupakan kawasan yang
menjadi tumpuan oleh penduduk yang menghuni kawasan Asia Tenggara ini. Hal ini
disebabkan, daratan gunung berapi yang mempunyai tanah yang subur yang amat sesuai
untuk aktiviti bercucuk tanam di samping cuaca yang stabil untuk pertanian.
Sejak zaman mesolitik lagi, Asia Tenggara sudah mula mempunyai peradabannya
tersendiri dan dua tradisi yang diikuti oleh penduduk benua ini semasa zaman tersebut
adalah tradisi Hoabihian dan tradisi Alat-alat Batu serpih. Ciri-ciri utama tradisi Hoabinhian
adalah hidup berburu binatang besar dan menangkap ikan, membuat takar air dan hidup
berpuak-puak, berpindah-randah dan lain-lain. Bagi ciri-ciri utama tradisi Alat-alat Batu
Serpih pula adalah hidup berburu binatang kecil, menggunakan tembikar, menternak
binatang dan sebagainya. Di zaman logam pula, penduduk Asia Tenggara telah beranjak
kepada ciri ketamadunan yang lebih baik. Di zaman ini budaya Dong Son atau budaya
gangsa di mana alat-alat gangsa telah mula digunakan di Asia Tenggara seperti di Dataran
tinggi Korat. Sungguhpun demikian budaya ini bukanlah budaya gangsa yang tertua, ia
merupakan hasil perkembangan budaya tempatan yang lebih awal dikenali sebagai Phung
Nguyen.1 Antara tanda budaya ini ialah tong-tong air gangsa, baju gangsa, perisai gangsa dan
sebagainya.
Benua Asia Tenggara merupakan antara benua yang mengalami peredaran zaman
sejarah ini. Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Tanah Besar dan
juga Nusantara ataupun kepulauan. Tanah besar merangkumi negara yang kini dikenali

dengan nama seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan lain-lain manakala
Nusantara pula terdiri daripada Malaysia dan Indonesia. Namun suatu ketika dahulu,
sebelum munculnya negara-negara moden ini, Asia Tenggara menjadi sebuah entiti yang
1 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 11.

2

dikuasai oleh sebuah kerajaan atau empayar yang muncul di kawasan ini. 2 Geografi dan
fizikal Asia tenggara semenangnya begitu menguntungkan dan strategik sehingga ia menjadi
tumpuan kuasa-kuasa besar untuk dijadikan tanah jajahan di samping memperoleh pelbagai
manfaat yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan budaya.
Di awal kerajaan Asia Tenggara terdapat dua kerajaan yang menguasai kawasan
lautan dan daratan di sesuatu kawasan benua ini. Kerajaan yang menguasai daratan Asia
Tenggara dikenali sebagai kerajaan Agraria manakala kerajaan yang menguasai lautan pula
ialah kerajaan Maritim. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang berasaskan pertanian.
Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur di lembangan sungai dan di kawasan
pendalaman.3 Contoh Kerajaan Agraria ialah Kerajaan Angkor dan Funan. Kerajaan maritim
pula, terletak di persisiran pantai dan menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut. 4
Perdagangan merupakan kegiatan terpenting dan laut menjadi laluan utamanya maka

wujudlah pelabuhan di persisiran pantai dan sungai. Contoh kerajaan Maritim ialah Kerajaan
Champa, Chih Tu, Srivijaya, Majapahit dan Kedah Tua. Kerajaan yang mempunyai
kekuasaan yang besar di Asia Tenggara ialah Kerajaan Funan dan Srivijaya. Kedua-dua
kerajaan ini, ketika itu merupakan antara kerajaan yang menguasai hampir keseleuruhan
kawasan Asia tenggara.. Di Asia tenggara terdapat pelbagai selat dan laut yang
sememangnya merupakan alat terpenting dalam proses penyerapan dan penyebaran
perkembangan tamadun. Ketika itu Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa dan Laut China
Selatan bukan merupakan perbatasan. Laut dan Selat ini merupakan lebuh raya untuk
menghubungi kawasan yang bertaburan.5
Dengan wujudnya laluan strategik, proses perdagangan dapat dijalankan dengan
berkesan sehingga Asia Tenggara menjadi pusat tumpuan perdagangan yang utama.
Pedagang dari China dan India datang berdagang ke Asia Tenggara. Pelbagai barang-barang
berharga dan bermutu tinggi diperdagangkan. “The principal comodities included perfumed
woods and resins, gold and precious stones, and spices and other condiments form
2 Ibid, hlmn vii.
3 Tony Windura, Peta Minda Langkah Demi Langkah, PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd. Hlmn 101.
4 Ibid, hlmn 101.
5 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd,2008, hlmn 11.


3

SouthEast Asia itself; silken yerns and fabrics, tea, and porcelains from China; high-quality
cotton textiles from india glass items, rugs, and tapestries from the near East: and objects of
art from all areas.6 Ketika aktiviti perdagangan giat dijalankan, di sinilah juga telah
tercetusnya penyerapan budaya luar yang dibawa masuk oleh penduduk di luar Asia
Tenggara yang berkunjung ke benua ini. Pertembungan budaya juga telah berlaku di antara
budaya luar dengan Asia Tenggara. Hal ini kerana, Asia Tenggara sudah mempunyai ciri-ciri
ketamadunannya sendiri sebelum kemasukan pengaruh luar sehingga bertembung dengan
budaya asing. Penyerapan budaya ini termasuklah kepercayaan agama dan budaya yang
memberi pengaruh ke atas sosio-ekonomi di Asia Tenggara.
Di Asia Tenggara, Indianisasi atau pengindiaan merupakan antara pengaruh yang
mula tersebar. Hal ini dapat dibuktikan apabila para sarjana berpendapat bahawa zaman
sejarah di Asia Tenggara bermula dengan budaya pengaruh india, terutama pengaruh HinduBuddha.7 Ini adalah bukti bahawa sejarah yang wujud pada zaman sejarah Asia tenggara
iaitu indianisasi bertindak sebagai permulaan sejarah di Asia Tenggara. Proses pengindiaan
di Asia Tenggara sememangnya memberikan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial
masyarakat di Asia Tenggara.
2.0 Definisi dan Proses Indianisasi
Indianisasi didefinisikan sebagai perubahan kebudayaan di Asia Tenggara yang

dipengaruhi oleh budaya india. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa sekiranya budaya
India ini diserap masuk maka hilanglah budaya asli masyarakat Asia Tenggara. Proses
indianisasi ini dikatakan mengalami perkembangan secara dua hala atau bertimbal balik. 8 Ini
bermakna indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara bukan hanya dilakukan oleh orang india
sahaja, sebaliknya penduduk-penduduk di Asia Tenggara juga mempunyai peranan mereka
dalam memperkembangkan lagi proses indianisasi sekaligus memepercepatkan proses
penyebarannya di Asia Tenggara. Selain itu, pengindiaan ialah unsur–unsur budaya india
telah meresap masuk ke dalam budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua
6 John F.Cady, Southeast Asia : Its Historical Development, McGraw-Hill Book Company,
1994, hlmn 21.
7Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Abdul
Rahman Hj. Abdullah, KARISMA PUBLICATIONS, 2006, hlmn 16
8 Ibid, hlmn 16

4

budaya iaitu india dan budaya tempatan Asia Tenggara. Namun, ini tidak bermaksud budaya
india akan diterima secara langsung, tetapi budaya yang diterima itu akan ditapis terlebih
dahulu sama ada ianya sesuai dengan budaya tempatan ataupun tidak.
2.1 Hipotesis-Hipotesis Pengindiaan di Asia Tenggara

Terdapat tiga hipotesis yang menerangkan pengindiaan di Asia tenggara iaitu Hipotesis
Vaisya, Hipotesis Kesyatria dan Hipotesis Brahmin.9
2.1.1

Hipotesis Vaisya

Visya merujuk kepada golongan pedagang India dalam kasta Hindu dan golongan ini
merupakan golongan paling rendah dalam kasta india. Hipotesis vaisya ini dikemukan oleh
N.J Krom yang menyatakan bahawa orang india di Asia Tenggara yang mula tiba di Asia
Tenggara ialah para pedagang yang datang untuk berniaga dan ada antara mereka yang telah
berkahwin dengan penduduk tempatan dan akhirnya menetap di Asia Tenggara.10 Orang
india yang menjelajah jauh atas tujuan perdagangan adalah dipengaruhi oleh kemajuan sistem
pengangkutan dan teknologi ketika itu sehingga mereka mampu sampai ke Asia Tenggara.
Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Coedes, dia berpendapat bahawa orang india sampai ke
Asia tenggara untuk mencari bekalan emas ketika berlakunya kekacauan di Asia Tengah.
India mencuba untuk mendapatkan emas daripada kerajaan Rom tetapi diharamkan kerana
mengancam kestabilan emas kerajaan tersebut. Maka, orang india mengambil keputusan
untuk belayar mencari sumber baru emas di Asia Tenggara yang merupakan bumi emas.
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang dikemukakan oleh Krom dan Coedes
iaitu bagaimanakah golongan kasta rendah boleh menyebarkan pengaruh india sedangkan

mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama hindu dan kemahiran dalam
kesusasteraan dan bahasa Sanskrit. Namun, Krom menyangkal dengan menyatakan bahawa
golongan vaisya berlayar bersama-sama golongan Brahmin iaitu golongan kasta tinggi yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi. Pendapat ini tidak memadai kerana golongan Brahmin
dikatakan tidak begaul dengan golongan vaisya yang merupakan golongan kasta rendah. Di
9 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 26.
10 Ibid. hlmn 27

5

samping itu bagaimanakah mungkin, golongan Brahmin menganggap menyeberangi lautan
atau “air hitam” dan berhubung dengan orang gasar asing sebagai satu pencemaran, mahu
mengikut pedagang-pedagang itu belayar ke Asia Tenggara?11
Berdasarkan teori ini jelaslah bahawa perdagangan merupakan faktor proses
pengindiaan itu berlaku. Orang india yang datang ke Asia Tenggara bukan sahaja ingin
menjalankan kegiatan perdagangan malah mereka juga menyebarkan budaya yang diamalkan
oleh mereka kepada penduduk tempatan. Jelaslah di sini pada zaman dahulu, perdagangan
merupakan aset yang mampu memperkembangkan kebudayaan sesuatu tamadun kepada satu
tamadun yang lain.

2.1.2

Hipotesis Kesyatria

Kesyatria adalah merujuk kepada golongan pahlawan. Menurut hipotesis ini yang
dikemukakan oleh C.C Berg, indianisasi telah tersebar luas oleh golongan pahlawan dan anak
raja india. Menurut adat orang india, hanya raja sulung sahaja yang mempunyai hak ke atas
pemerintahan selepas kematian bapanya. Maka, putera yang lain bertindak untuk keluar
bersama-sama dengan pengikut mereka dari negeri asal untuk mencari tanah jajahan mereka
sekali gus mendirikan sebuah kerajaan di situ. Selain itu, ada juga antara mereka yang telah
mengembara disebabkan kekalahan dalam peperangan. Putera-putera dan pengikut mereka
akan menjadi lanun dan belayar sehingga ke Asia Tenggara. Mereka akan merampas segala
harta benda termasuklah juga merampas negara yang diduduki masyarakat di Asia Tenggara.
Seperti hipotesis vaisya, hipotesis ini juga mempunyai kelemahannya. Ia ditentang
hebat oleh F.D.K Bosch yang mengatakan, seandainya ada seorang raja atau pahlawan india
yang telah menakluki wilayah-wilayah rantau ini sudah tentu mereka atau keturunan mereka
akan mencatatkan kejayaan mereka itu pada prasasti-prasasti atau sebagainya. 12 Bosch
menyangkal pendapat ini kerana tiada sebarang catatan ditemui di Asia Tenggara untuk
dijadikan bukti bahawa proses pengindiaan berlaku di Asia Tenggara dilakukan oleh
golongan Kesyatria.

Berdasarkan teori ini, jelas menunjukkan bahawa golongan pahlawan telah berlayar
sehingga ke Asia Tenggara setelah tidak ada lagi kepentingan buat mereka di tempat asal
11 Ibid, hlmn 28
12 Ibid, hlmn 30

6

mereka disebabkan mereka tidak layak mewarisi takhta dan mungkin juga disebabkan
kekalahan dalam peperangan. Orang india ini seterusnya berkahwin dengan masyarakat
tempatan dan terus menetap di Asia tenggara sekali gus memudahkan lagi mereka untuk
memperkembangankan budaya mereka.
2.1.3

Hipotesis Brahmin

Brahmin itu merujuk kepada golongan tertinggi dalam kasta india. Brahmin
merupakan golongan mubaligh yang bertanggungjawab dalam menyebarkan agama orang
india dan semestinya mereka ialah golongan elit yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan agama dan kesusasteraan. Golongan Brahmin
dikatakan datang ke Asia Tenggara bersama-sama dengan pedagang India seperti yang

dikemukan oleh Krom dalam hipotesis visya. Pengaruh dari india dapat dilihat melalui
kerajaan Funan yang melibatkan golongan Brahmin. Kaundinya, seorang Brahmin telah
datang ke Funan bersama-sama dengan golongan visya (pedagang) dan berkahwin dengan
puteri tempatan.13
Seperti teori-teori sebelum ini, hipotesis Brahmin ini juga mempunyai kelemahannya.
Sebagai contoh tindakan Brahmin yang meninggalkan tempat asalnya. Sudah dinyatakan
sebelum ini, bahawa Brahmin merupakan golongan tertinggi dalam kasta india dan mendapat
sanjungan yang tinggi, maka apakah dengan meninggalkan tempat asal mereka dianggap
sesuatu tindakan golongan yang mempunyai martabat yang tinggi ? Selain itu, golongan
Brahmin yang datang ke Asia Tenggara dikatakan telah berkahwin dengan wanita-wanita
tempatan. Sedangkan, berkahwin dengan penduduk tempatan ini juga merupakan pantang
larang bagi golongan Brahmin kerana orang asing dianggap tidak bersih.14
Walau bagaimanapun, berdasarkan pendapat Bosch, indianisasi juga dimulakan oleh
mubaligh agama Buddha dan setelah menganut agama ini, penduduk tempatan akan
mengembara ke India untuk mempelajari agama Buddha dengan lebih mendalam. Bukti yang
lain adalah ketika era pemerintahan Asoka menjalankan ekspidisi untuk memgembangkan
lagi agama Buddha dan contoh yang paling awal pada abad ke 3 Masihi di mana 2 sama
Buddha iaitu Sona dan Uttara telah sampai ke Burman. Tuntasnya, teori ini menekankan
13 Ibid, hlmn 31
14 Ibid, hlmn 31


7

bahawa agama menjadi aset kepada proses pengindiaan di Asia Tenggara. Golongan Brahmin
yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai agama Hindu-Buddha inilah yang telah
menyebarkan agama tersebut. Walaupun golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan
golongan berkasta rendah, namun disebabkan jemputan daripada Ketua Kerajaan Asia
Tenggara telah mendorong mereka datang ke Asia Tenggara untuk menyebarkan agama dan
kebudayaan India.
3.0 Ekonomi Asia Tenggara Sebelum Indianisasi

Sebelum indianisasi berlaku di Asia Tenggara, masyarakat Asia tenggara lebih
mengamalkan aktiviti yang bercorak sara diri. Sara diri ini merujuk kepada kegiatan ekonomi
yang hanya bertujuan untuk sekadar meneruskan kelangsungan hidup sahaja ataupun hanya
untuk menampung diri sendiri sahaja. Sebelum kedatangan pengaruh Indianisasi ke Asia
Tenggara, masyarakat ini bergantung kepada amalan pertanian, perikanan dan penternakan.
Pertanian paling utama ialah penanaman padi seterusnya diikuti oleh ubi keledek, cassava,
pisang, tebu dan sagu.15
Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tanah rata dan pendalaman, mereka
menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Masyarakat di Asia Tenggara
menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber makanan utama mereka iaitu dengan
menanam padi. Padi menjadi sumber makanan utama penduduk Asia Tenggara di mana
Sulawesi ketika itu menjadi kawasan terawal di Asia Tenggara yang menjalankan aktiviti
penanaman padi. Terdapat juga contoh aktiviti pertanian di New Guinea. In the highland of
New Guinea, agricultural systems based on the drainage of swamps and the shifting
cultivation of tubers on surrounding slopes had deleveloped indigenously by at least 6,000
years ago16.

15 Nabir Hj. Abdullah, Mohd Kamaruzaman Abd. Rahman, Mohd Zain Musa, Sejarah Asia
Tenggara (Kebudayaan Dan Alam Sekitar), Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000, hlmn 38.

16 Ian Glover and Peter Bellwood, Southeast Asia from Prehistory to History,
RouteledgeCurzon, 2004, hlmn 24.

8

Di samping itu, mereka juga melakukan aktiviti berburu dan memungut hasil hutan.
Dengan hasil lebih pertanian seperti tanaman padi dan mendapat pungutan hasil hutan,
mereka akan menjalankan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter bagi
memenuhi keperluan antara satu sama lain. Selain itu, penduduk di Asia Tenggara juga
menjalankan kegiatan lanun sebagai punca pendapatan mereka. Sebelum datangnya
Indianisasi ke Asia Tenggara terdapat sebuah pelabuhan lanun yang kemudiannya
berkembang menjadi sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa.
4.0 Ekonomi Asia Tenggara Selepas Indianisasi
4.1 Pertanian
Kedatangan orang india ke Asia Tenggara tidaklah membawa perubahan yang ketara
ke atas pertanian penduduk tempatan. Perkembangan sistem pertanian ini berlaku apabila
wujudnya sebuah kerajaan yang berupaya untuk memacu ekonomi mereka tersendiri untuk
menjamin kelangsungan ekonomi yang baik. Kerajaan di Asia tenggara yang menjalankan
aktiviti pertanian merupakan kerajaan Agraria seperti Angkor dan Funan. Penduduk tempatan
masih lagi menjalankan kegiatan pertanian mereka seperti menanam padi. Akan tetapi sistem
penanaman padi ini dipertingkatkan lagi dengan memajukan sistem tali air dan sistem parit.
Sebagai contoh tindakan kerajaan Funan yang ketika itu berada di bawah pemerintahan orang
India iaitu Kaundinya yang menaik taraf sistem tali air sistem parit dalam pertanian yang
dijalankan. Malah, kerajaan Funan juga memperbaiki sistem penanaman dan penuaian padi.
Mereka dikatakan menyemai sekali dan menuai tiga kali.17
Jika sebelum ini, penduduk tempatan hanya menuai padi untuk menampung
kehidupan sendiri sahaja, namun dengan wujudnya sistem tali air dan parit yang sistematik
kerajaan Funan mampu menampung bukan sahaja penduduk tempatan malah golongan
pedagang-pedagang dari dalam atau luar negeri juga. Keberkesanan sistem parit dan tali air
ini telah menyebabkan lebihan air yang mampu mengawal sistem pertanian dengan baik dan
hasil tanaman juga diperoleh dalam kuantiti yang banyak dan menguntungkan. Terbuktilah
dengan kewujudan sebuah kerajaan ianya mampu memperkembangkan sistem pertanian sedia
ada dengan pengurusan sistem ekonomi yang berkesan.
17 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 63.

9

4.2 Peranan Pedagang
Mengikut mazhab pecahan yang dikenali sebagai Buddha Mahayana, ia memberi
peluang kepada orang india untuk menceburkan diri dalam dunia dinamik termasuklah dalam
perdagangan. Berdasarkan mazhab ini, ianya telah membawa kepada perhubungan
perdagangan di antara india dengan Asia Tenggara. Dengan penciptaan pelbagai kapal layar
dan kemahiran pelayaran yang baik mendorong lagi para pedagang india untuk keluar
menjalankan perdagangan mereka. India sudah menjalinkan hubungan perdagangan awal
sebelum masihi lagi di mana pedagang India belayar ke Asia Tenggara untuk mencari
kekayaan termasuk rempah ratus, emas, damar dan lain-lain. Keperluan India dalam
mendapatkan bahan penting untuk dipasarkan ke pasaran barat telah mewujudkan hubungan
perdagangan dengan Rom seterusnya menggalakkan hubungan dagang India dengan Asia
Tenggara.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa
indianisasi itu telah berlaku disebabkan oleh peranan para pedagang. Para pedagang yang
datang ke Asia Tenggara bukan hanya semata-mata datang untuk menjalankan aktiviti
perdagangan mereka, malah pada waktu yang sama, agama dan kebudayaan mereka juga
telah diserap masuk oleh penduduk Asia Tenggara. Sebagai contoh, pedagang India dan juga
China akan menyebarkan fahaman mereka sehingga ada antara golongan pedagang ini
berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Asia Tenggara. Asia Tenggara
djadikan sebagai tempat tumpuan di mana semua pedagang akan menjalankan perdagangan
mereka di wilayah Asia tenggara.
Dengan berlaku proses indianisasi ini, komuniti juga dapat diluaskan lagi. Jika dahulu
sistem pertukaran barang hanya berlaku di antara penduduk tempatan, namun dengan
berlakunya indianisasi sistem pertukaran barangan ini akan melibatkan satu komuniti yang
besar yang berasal dari wilayah yang berbeza. Ini berlaku apabila orang india yang
sememangnya menjalinkan hubungan perdagangan dengan China akan memilih Asia
Tenggara sebagai pusat pertemuan untuk kegiatan perdagangan mereka. Jelaslah bahawa
pedagang India memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah jalinan
perdagangan yang luas. Malah, unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh

10

pedagang-pedagang telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa,
sastera dan seni rakyat ke rantau ini.18
4. 3 Kegiatan Perdagangan
Hubungan perdagangan di antara India dengan Asia Tenggara sudah wujud sejak dari
zaman pra-sejarah lagi dan semakin meningkat pada zaman selepasnya. Menyentuh sejarah
awal perkembangan perdagangan, orang india telah bertindak untuk mencari emas apabila
sumber bekalan emas mereka dihentikan oleh kerajaan Rom. Tindakan ini dilakukan oleh
Raja Vespian yang mengharamkan eskport emas ke India di mana sebelum ini India
mendapatkan punca emas di Siberia namun terpaksa dihentikan kerana berlaku kekacauan di
di Asia Tengah. Pedagang India berlumba-lumba mendapat sumber emas di Asia Tenggara
yang dikenali sebagai Bumi Emas yang merujuk kepada wilayah yang begitu kaya dengan
sumber hasil bumi dan sumber barangan dagangan. Ini bermakna perdagangan inilah yang
telah membawa orang india menjejakkan kaki ke Asia Tenggara yang seterusnya aktiviti ini
sendiri dipacu oleh penduduk tempatan.
Aktiviti perdagangan ini biasanya dijalankan oleh kerajaan yang terletak di persisiran
pantai yang berasaskan laut yang dikenali sebagai kerajaan Mairitim. Setelah mengalami
proses pengindiaan, kegiatan perdagangan dijalankan di Pelabuhan Oc-eo di antara penduduk
tempatan dengan pedagang China dan India yang betindak sebagai pelabuhan persinggahan.
Setelah berlakunya perkembangan pesat dalam perdagangan, hubungan di antara pedagang
tidak lagi hanya tertumpu kepada China dan India malah pedagang dari barat turut
menjalankan kegiatan perdagangan. Daripada gali selidik yang dilakukan di site Oc-eo telah
ditemui barang-barang buatan Rom abad ke-2 Masihi hingga abada ke-4 Masihi yang terdiri
daripada serpihan-serpihan kaca, syiling emas zaman Marcus Aurelius (161-180 Masihi) dan
pingat emas zaman Antonius Pius (152 Masihi).19 Ini membuktikan bahawa aktiviti
perdagangan juga dijalankan dengan pedagang dari Rom.

18 Universiti Malaya, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya,
2002, hlmn 247
19 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 63.

11

Penduduk tempatan di Asia tenggara juga menjalankan eksport barang-barang yang
dihasilkan sendiri. Sebagai contoh, kerajaan Funan yang bukan hanya menjalankan aktiviti
pertukaran barangan antara timur dengan barang malah turut menjalankan aktiviti eksport.
Antara contoh barangan buatan sendiri yang dieksport ialah manik-manik kaca dan lencana
berukir yang diperbuat daripada timah. Selain itu, kerajaan kedah tua juga yang merupakan
kerajaan dibawah pemerintahan sriwijaya, menjadi pusat perdagangan yang maju sekitar abad
ke-9. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di bahagian tengah Lembah Bujang yang
merupakan pelabuahn utama ketika itu. Seawal abad ke-9 Masihi, Kedah Tua sudah
menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang Arab. Sebagai bukti wujudnya
perdagangan ini ialah wang syiling setengah dirham zaman kalifah al-Mutawalul (847-861
Masihi) bertarikh 848 Masihi telah dijumpai di Lembah Bujang.20 Malah perdagangan dengan
kerajaan ini dengan China juga begitu pesat. Serpihan-serpihan tembikar dan kaca Zaman
Tang telah ditemui di Lembah itu.21
Jelaslah di sini, penduduk tempatan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada
pedagang barat dan timur untuk memenuhi keperluan mereka, sebaliknya pedagang dari luar
turut memperolehi barangan daripada masyarakat Asia Tenggara. Maka, para pedagang ketika
itu sememangnya saling bergantung antara satu sama lain.
4. 4 Pelabuhan Entrepot
Pelabuhan entrepot ini merujuk kepada tempat yang menjadi pusat penerimaan
barang-barang dagangan dari negara-negara luar sebelum dihantar ke negara lain pula. Secara
keseluruhannya pelabuhan ini menjadi pusat untuk aktiviti import, eksport, pengumpulan dan
pengagihan barang. Perkembangan perdagangan di Asia tenggara telah membawa kepada
pembinaan sistem pelabuhan yang bertindak sebagai pusat perdagangan para pedagang dan
juga tempat persinggahan. Pedagang yang datang dari India mempergiatkan kelancaran
pelabuhan yang wujud ketika itu, apabila rakan dagang india seperti China dan Arab akan
berlabuh di Funan untuk berdagang.
Dahulunya, para pedagang melalui Teluk Benggala kemudian melalui jalan darat
menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Sebagai contoh, pelabuhan Oc-oe yang
20 Ibid, hlmn 102.
21Ibid, hlmn 102-103.

12

merupakan pelabuhan entrepot kerajaan Funan terletak di laluan pedagang kerana terletak
bertentangan dengan Segenting Kra. Because the early seagoing hugged the coastline, Oc-eo
occupied a strategic location at the bend Indocinese Peninsula, It was far enough in land to
provide a sheltered harbour, while its neighbourhood produced enough rice to provision
visitor.22 Pelabuhan ini memberikan tempat perteduhan yang selamat di samping memberikan
sumber makanan yang mencukupi kepada para pedagang yang melalui pelabuhan ini ataupun
membuat persinggahan.
Pelabuhan Oc-eo menjadi tempat pertemuan utama bagi para pedagang di mana
mereka dalam menjalankan aktiviti pertukaran barangan mereka dengan aman. Ini menjadi
bukti apabila kerjaan Funan berkembang pesat ketika berada di bawah pemerintahan
Kaundinya. Aktiviti mengangkut barang dijalankan di mana kapal Funan atau China akan
mengangkut barang-barang dagangan untuk dibawa ke pelabuhan di China. China merupakan
antara pedagang yang terpenting ketika itu kerana mempunyai sumber eksport yang banyak.
Walaupun China menjalankan kegiatan perdagangan dengan India, namun ianya bersifat tidak
terus di mana pedagang China akan melalui Funan untuk menjalankan perdagangannya
dengan India. Kelancaran sistem pelabuhan Oc-eo ini diperhebatkan lagi dengan jaminan
keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Funan kepada setiap pedagang yang menjalankan
perdagangan mereka di pelabuhan ini.
Pelabuhan ini berkembang pesat daripada sebuah pangkalan lanun kepada sebuah
negeri perdagangan laut (Thallasocracy) antarabangsa yang pertama terkemuka di Asia
Tenggara.23 Di samping itu, keperluan yang lain ialah sutera, kayu cendana dan juga rempah.
Semua bahan ini amat diperlukan kerana untuk keperluan India sendiri dan juga untuk
pasaran Barat apabila wujudnya hubungan antara India dengan Rom. 24 Kegiatan perdagangan
yang melibatkan pertukaran barang ini boleh dijalankan di Pelabuhan Oc-eo. Secara
tuntasnya, pelabuhan Oc-eo bertindak sebagai perhentian pertemuan di antara pedagang
China, India dan Barat.
22 Mary Somers Heidhues, Southeast Asia A Concise History, Thames & Hudson Ltd,
2000, hlmn 23-24.
23 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 62.

24 Abdullah Zakaria Ghazali dan Azharudin Mohd.Dali, Sejarah Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selangor, 2003, hlm 38.

13

Selain itu, kerajaan Srivijaya juga merupakan sebuah pusat entrepot yang terkenal
sekitar abad ke-7 hingga ke awal abad ke-11 masihi. From the late seventh century to the
early eleventh, srivijaya maintained itself as the focus of trade in South East Asia. 25 Dari segi
geografi, srivijaya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan timur dan barat. Dengan
demikian ia menjadi pelabuhan persinggahan kapal-kapal dari Asia Barat, India, China dan
rantau Nusantara.26 Kedudukan srivijaya juga yang menghadap monsum timur laut
menyebabkan tiada pelabuhan yang mampu menyainginya. Malah kerajaan Srivijaya
mempunyai bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk pasaran tempatan dan perdagangan
dengan China. Bahan mentah ini diperoleh dari wilayah jajahan srivijaya. Antara bahanbahan yang diperolehi ialah emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kurakura, lilin lebah, dammar, lada, kayu gaharu, kayu cendana dan rempah ratus.27
Tuntasnya, Oc-oe telah menjadi bukti bahawa wujudnya sebuah pusat perdagangan
antarabangsa yang menghubungkan para pedagang dari benua yang berbeza. Kerajaan Funan
mempunyai keupayaan dalam mengatur perjalanan kegiatan perdagangan dia antara
pedagang. Tambahan pula, srivijaya juga memainkan peranan penting sebagai pusat
persinggahan kapal-kapal dagang dan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran barangan
dagangan. Sememangnya, kerajaan ini bergantung kepada kelangsungan pelabuhannya
supaya sistem ekonomi sentiasa dalam keadaan teratur.
4. 5 Transformasi Teknologi Perkapalan
Selain itu, penduduk tempatan juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal
dan perahu. Sebelum itu, perkembangan teknologi perkapalan di India telah meningkatkan
hubungan perdagangan telah meningkat sejak abad ke-3 Masihi. Catatan pengembara asing
telah menjelaskan tentang kapasiti kapal laut orang yang boleh memuatkan antara 600-700
muatan. Ini bermakna orang India semestinya sudah memiliki kemahiran dalam
25 Karl L.Hutterer, Economic Exchange and Social Interaction in SouthEast Asia :
Persepective from pre-history, and ethnography, Michingan Papers on South and
SouthEast Asia. 1977, hlmn 143
26 Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2011. hlmn 344.
27 Ibid, hlmn 345.

14

menghasilkan kapal-kapal yang mampu menampung muatan besar dan juga mampu belayar
jauh sehingga ke Asia Tenggara.
Kemahiran yang diperoleh ini merupakan adaptasi daripada kemahiran pedagang
india yang mahir dalam membina kapal pelayaran untuk tujuan perdagangan. Sebagai contoh,
berdasarkan catatan T’ai p’ing yu lan, perahu-perahu orang Funan amat panjang dan boleh
membawa sampai 100 orang. Haluan dan buritannya berbentuk seperti kepala dan ekor ikan,
dan setiap perahu itu dihiasi dengan perhiasan yang diperbuat dengan besi. 28 Menurut K.R
Hall, penciptaan kapal-kapal yang baik juga telah menggalakkan pelaut-pelaut atau pedagang
keluar mencari hasil-hasil seperti emas. Sesetengah kapal itu dikatakan boleh membawa 6-7
ratus tan kargo.29 Dengan kemampuan orang Funan membina kapal-kapal besar, ini
memudahkan mereka untuk menyeberang laut dan menjalankan kegiatan perdagangan.
4.6 Peranan Orang laut
Orang laut memainkan peranan yang penting dalam memastikan perjalanan ekonomi
kerajaan Maritim yang berasakan laut berjalan dengan lancar. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, telah wujud hubungan dagangan di antara India dengan Asia Tenggara, maka
pedagang India ini semestinya mempunyai kemahiran dalam pelayaran dan kelautan yang
boleh mendorong mereka belayar jauh sehingga ke Asia Tenggara. Orang laut inilah yang
merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan ekonomi sebuah kerajaan
terutama sekali yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan.
Sebagai contoh kerajaan yang berasaskan persisiran pantai dan laut iaitu kerajaan
srivijaya. Pemerintah Srivijaya berjaya mengawal orang laut yang membuat masalah seperti
jenayah lanun di Selat Melaka. Raja-raja Srivijaya telah menjadikan orang laut sebahagian
daripada angkatan tentera laut. Seperti yang diketahui, orang laut ini mempunyai kemahiran
dalam pelayaran seperti mengetahui keadaan angin. Dalam pada itu, kemahiran orang laut
tentang beting karang dan beting pasir serta keadaan angin membolehkan mereka mengawal
jalan-jalan laut dari serangan lanun.30 Secara automatiknya, tidak akan ada sebarang punca
yang mampu mengakibatkan gangguan dalam aktiviti perdagangan yang dijalankan.
28 Ibid, hlmn 64.
29 Hall K.R, Maritime Trade and State Development in Early Southest Asia, Sydney:
George Allen & Unwin, 1985, hlmn 26.

15

Di samping itu, orang laut ini juga akan memaksa kapal-kapal pedagang singgah ke
pelabuhan-pelabuhan takluk srivijaya. Keadaan ini sememangnya telah mengakibatkan ramai
pedagang singgah berdagang di pelabuhan srivijaya. Perkembangan ini telah mendorong
srivijaya memainkan peranan penting sebagai pusat pelabuhan entrepot yang terkenal.
4.7 Pungutan Cukai
Kerajaan yang wujud di Asia Tenggara selepas proses Indianisasi mampu mengaut
pendapatan sampingan mereka di samping menjalankan kegiatan ekonomi yang utama. Punca
pendapatan sampingan ini diperolehi melalui aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, setiap
pedagang yang datang berdagang ke Asia Tenggara akan dikenakan cukai. Di samping itu,
para petani yang menjalankan aktiviti pertanian akan dikenakan cukai ke atas tanah yang
mereka usahakan untuk pertanian mereka. Dengan cukai-cukai yang diperoleh ini akan
menjadi sumber pendapatan seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan Funan.
Secara tuntasnya, tanpa aktiviti perdagangan yang dicetuskan oleh pedagang india maka
tidak akan ada sistem pungutan cukai. Begitu juga dengan kerajaan Funan di bawah
pemerintahan Kaundinya yang beragama hindu, sekiranya kerajaan di bawah pemerintahan
Kaundinya tidak berkembang pesat maka tidak akan ada juga sistem pungutan cukai tanah
yang diusahakan oleh petani dalam akitviti pertanian. Jelaslah di sini, bahawa indianisasi di
Asia tenggara ini menjana sumber pendapatan ekonomi sampingan kepada kerajaan awal di
Asia Tenggara.
4.8 Unsur agama dalam kegiatan ekonomi
Seperti Kerajaan Angkor, keseluruhan sistem di mana kekuasaan dan kemakmuran
Angkor bergantung kepada wujudnya pengamalan tatacara hidup yang begitu kuat.
Pengamalan ini wujud dari kultus yang menganggap raja sebagai tuhan atau wakil tuhan
terutama kultus “devaraja” yang memberikan kemuliaan suci kepada raja berdasarkan
kedudukannya sebagai perancang kerja-kerja air, penjamin kesuburan tanah dan pengawal
malapetaka seperti keadaan cuaca. Kerajaan Angkor diasaskan oleh Jayavarman II (802-850),
30 Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2011. Hlmn 345.

16

iaitu setelah beliau membebaskan diri dari pertuanan Jawa dan mewujudkan penyembahan
“lingam” Siva dalam Kambuja, sebagai simbol kuasa dirajanya di dataran Kulen sebagai
tanda mewakili “Gunung Mahameru”.
Mulai abad ke-12, berlaku kemerosotan Angkor terutamanya dalam bidang ekonomi
akibat daripada pengaruh Indianisasi iaitu satu bentuk agama Buddha yang baru yang
diterima oleh petani dan raja. Agama ini telah merosakkan konsep “devaraja” yang wujud
sebelum itu. Raja-raja Angkor sendiri tidak lagi percaya tentang konsep tersebut. Ketika
konsep ini hilang, maka unsur-unsur yang memerlukan kepada perjalanan sistem ekonomi
yang kompleks juga ranap.Akibatnya sistem pengairan yang maju telah tidak terpelihara lagi.
Kesan daripada tinggalan kepercayaan “devaraja” ini telah mengakibatkan kemerosotan
sistem tananam dan sistem perairan tidak dapat dikawal dengan baik. Akhirnya, setelah
dikepung selama 7 bulan oleh Siam, kerajaan Angkor telah ditawan. Runtuhnya kerajaan
Angkor ini telah meranapkan sejarah Kemboja ketika itu.
5.0 Kesimpulan
Konklusinya, indianisasi yang berlaku di Asia tenggara sememangnya memberi impak
positif ke atas ekonomi masyarakat di Asia Tenggara. Dapat dilihat ekonomi selepas proses
pengindiaan di Asia Tenggara membantu kerajaan-kerajaan awal di wilayah ini
memperkembangkan lagi ekonomi yang sedia ada dengan lebih meluas iaitu dengan
mempertingkatkan lagi hubungan dagangan dengan benua luar. Apabila wujudnya satu
hubungan dagangan yang luas maka komuniti yang luas juga akan terbentuk sekali gus
memenuhi keperluan perdagangan mereka antara satu sama lain. Di samping itu, kerajaankerajaan awal Asia Tenggara juga berupaya menambah baik sistem ekonomi sedia ada agar
lebih sistematik dan memberikan manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat. Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa indianisasi di Asia Tenggara sememangnya memantapkan ekonomi
masyarakat di wilayah ini. Akan tetapi terdapat juga kesan negatif hasil dari proses
pengindiaan di Asia tenggara yang berlaku terhadap ekonomi seperti yang berlaku ke atas
kerajaan Angkor kerana kemerosotan kepercayaan kepada konsep devaraja.
Rujukan

17

Ahmad Jelani, (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Utusan
Publications And Distributors Sdn.Bhd.
Abdullah Zakaria Ghazali dan Azharudin Mohd.Dali, (2003), Sejarah Asia Tenggara,
Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selanngor.
Mary Somers Heidhues, (2000), Southeast Asia A Concise History, Thames & Hudson Ltd.
Nabir Hj. Abdullah, Mohd Kamaruzaman Abd. Rahman, Mohd Zain Musa, (2000), Sejarah
Asia Tenggara (Kebudayaan Dan Alam Sekitar), Pusat Pengajian Jarak Jauh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tony Windura, Peta Minda Langkah Demi Langkah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
John F.Cady, (1994), Southeast Asia : Its Historical Development, McGraw-Hill Book
Company.
Abdul Rahman Hj. Abdullah, (2006), Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional,
Abdul Rahman Hj. Abdullah, KARISMA PUBLICATIONS.
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, (2011), Tamadun Dunia, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Universiti Malaya, (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya.
Hall K.R, (1985), Maritime Trade and State Development in Early Southest Asia,
Sydney: George Allen & Unwin.
Karl L.Hutterer, (1977), Economic Exchange and Social Interaction in SouthEast Asia :
Persepective from pre-history, and ethnography, Michingan Papers on South and
SouthEast Asia.
Ian Glover and Peter Bellwood (2004), Southeast Asia from Prehistory to History,
RouteledgeCurzon.

18