soalan lazim pentaksiran berasaskan sekolah

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
SOALAN-SOALAN LAZIM

1.0 KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1.1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dansosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. PBS ini
mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu
mengamalkankonsep assessment for learning dan assessment of learning.PBS mentaksir bidang
akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh
pihak sekolahsecara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK).
1.2 Adakah PBS sesuatu yang baharu?
Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan
Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA),
projek, kuiz, soal-jawab, persembahan dan lain-lain.
1.3 Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?

Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 danTingkatan 1 pada tahun 2012.
1.4 Apakah komponen PBS?
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK).
1.5 Apakah penambahbaikan dalam PBS?
KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan Pentaksiran Rujukan
Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
dan perekodan penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).PBS bertujuan untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

2.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)
2.1 Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)?
PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru menjalankan pentaksiran
secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.PS dilaksanakan dalam bentuk
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan
proses PdP. Manakala pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan
atau tahun.PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2.2 Apakah pentaksiran rujukan standard?
Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran
dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard ini
ditetapkan mengikut tahaptahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum.Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
2.3 Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard?
Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
2.4 Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)?
Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan
murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen
ini merangkumi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens.
2.5 Apakah yang dimaksudkan dengan band, pernyataan standard, dan deskriptor?
Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1 adalah band
terendah.Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam
pembelajaran.Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan
diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
2.6 Bilakah DSP digunakan?

DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulum digunakan oleh guru
untuk mengajar.

2.7 Apakah fungsi DSP?
DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan
Pentaksiran Rujukan Standard.
2.8 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah?
Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen mengikut
kesesuaian murid.
2.9 Apakah Standard Prestasi?
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan
seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh
pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard
prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran
dilaksanakan secara adil dan berfokus.
2.10 Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang
dicapainya?
Ya, murid mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan
setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard kandungan/hasil pembelajaran
bagi band berkenaan.

2.11 Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap
deskriptor dalam band terdahulu?
Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap
deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
(DSK)/Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis
atau bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu.
Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri.
2.12 Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursus Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) Tingkatan 1?
PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. Kerja kursus bagi KHB tidak
perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012.
2.13 Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah?
Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).PBS pula ialah satu pendekatan pentaksiran yang
merangkumi komponen akademik dan bukan akademik. Ia merupakan satu proses pentaksiran yang
berterusan dan dilaksanakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

2.14 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?
Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan.Sekiranya bertujuan
mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi semua konteks dan konstruk (pengetahuan

dan kemahiran yang diukur) dalam mata pelajaran tersebut. Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan
untuk mendapatkan kedudukan bagi murid-murid dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian
tersebut hendaklah berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi.
2.15 Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perlu ditaksir semula?
Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran dalam PS.
2.16 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?
Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

3.0 PENTAKSIRAN PUSAT (PP)
3.1 Apakah Pentaksiran Pusat (PP)?
PP adalah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen
pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan (LP).
3.2 Apakah jenis tugasan PP?
Terdapat dua jenis tugasan PP iaitu tugasan jangka panjang dan tugasan jangka pendek. Tugasan jangka
panjang dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu dan tugasan jangka pendek dilaksanakan dalam
tempoh 2 minggu.
3.3 Bilakah PP dilaksanakan dalam PBS?
PP bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2. PP bagi sekolah menengah dilaksanakan pada

Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
3.4 Bolehkah PP dilaksanakan secara berkumpulan?
Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan tetapi penskoran diberikan secara individu.

4.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)?
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan
ekstra kurikulum. Manakala Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan
melaporkan aktiviti fizikal murid.
4.2 Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?
PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015 dan Tahun 6
mulai 2016. PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2 mulai
2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

5.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)
5.1 Apakah Pentaksiran Psikometrik (PPsi)?
PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya, kecenderungan, sikap dan

personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS?
PPsi bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014 dan Tahun 6 mulai 2016. PPsi bagi
sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4
mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.
5.3 Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah?
Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guru untuk
menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran serta pembinaan instrumen PS.

6.0 PENGOPERASIAN PBS
6.1 Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah?
Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS, surat
pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2 Bagaimanakah keahlian JK PBS Sekolah di Sekolah Kurang Murid?
Seorang guru perlu memegang lebih daripada satu portfolio dalam JK PBS Sekolah.
6.3 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara/tidak hadir ke sekolah
melaksanakan PS yang terdahulu?
Tidak perlu kerana PS dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
6.4 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara/tidak hadir ke sekolah
melaksanakan PP yang lepas?

PP dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. PP tidak boleh dilaksanakan selepas tamat
tempoh yang dijadualkan.
6.5 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?
Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahap pencapaian murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

6.6 Bagaimanakah pelaksanaan PBS bagi murid dari golongan OKU?
Murid akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard prestasi khas dan mekanisme yang sesuai.
Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti
perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.
6.7 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai?
Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana
mereka:

perkembangan murid secara berterusan
pembelajaran murid
perkembangan murid
rd prestasiIntegriti guru dikawal melalui
proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.


7.0 PENGURUSAN EVIDENS MURID
7.1 Apakah evidens?
Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada
keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.
Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan
dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
7.2 Di manakah evidens disimpan?
Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS).
7.3 Apakah Fail Perkembangan Murid?
Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran
murid.Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran. Setiap
evidens hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Perkembangan Murid.FPM menyimpan evidens
terkini bagi setiap deskriptor. Evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.
7.4 Perlukah soalan dari buku teks dan buku aktiviti dibuat salinan dan dimasukkan ke dalam FPM?
Tidak perlu, memadai dengan guru merekodkan penguasaan murid dalam Borang Rekod Perkembangan
Murid dan SPPBS.
7.5 Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskini FPM?
Guru mata pelajaran bertanggungjawab mengemaskini evidens PS. Guru tingkatan bertanggungjawab
mengemaskini evidens PAJSK.
7.6 Adakah FPM SULIT?

FPM tidak sulit kerana ia boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan bagi melihat penguasaan murid
dalam pengetahuan/kemahiran.
7.7 Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur?
Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid boleh berinteraksi dan
bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza.
7.8 Apakah Fail Showcase (FS)?
Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua
mata pelajaran.FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.FS hendaklah disediakan mengikut
tahun/tingkatan atau kelas.

7.9 Bolehkah FS disediakan di hujung tahun?
Tidak boleh, FS perlu disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran berjalan secara berterusan. FS perlu dikemaskini sepanjang tahun.
7.10 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh dilupuskan?
Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi Sistem Pengurusan
Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SPPBS).Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan
selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

8.0 PENJAMINAN KUALITI
8.1 Apakah maksud penjaminan kualiti?

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat
pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui
Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan.
8.2 Apakah pementoran?
Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan
untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan
dan kefahamanguru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan.Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih
Utama, Guru Cemerlang, Pengetua/Guru Besar atau guru. Manakala pementoran luaran dilaksanakan
oleh LP/JPN/PPD.
8.3 Apakah pemantauan?
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut
prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang
tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.Pemantauan dalaman
dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru
Cemerlang atau guru.Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh LP/JPN/PPD/Bahagian di
Kementerian Pelajaran Malaysia.

8.4 Apakah penyelarasan?
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan
tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor
pentaksiran.Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua .Panitia,
Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh
LP/JPN/PPD.
8.5 Apakah pengesanan?
Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran
3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiranPengesanan dilaksanakan oleh Pegawai
Lembaga Peperiksaan atau pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
8.6 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan
kebaikan bersama?
Boleh kerana kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBS.
8.7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan
kebaikan bersama?
Boleh bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

9.0 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)
9.1 Apakah SPPBS?
SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk merekod dan menyimpan maklumat
penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid boleh dijana dari aplikasi SPPBS.
9.2 Bilakah guru boleh merekodkan pencapaian PS dan PAJSK murid dalam SPPBS?
Pencapaian PS boleh direkod pada bila-bila masa.Pencapaian PAJSK direkodkan berdasarkan jadual yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
9.3 Bagaimanakah pengurusan data murid yang berpindah dilaksanakan?
Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) oleh guru
sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru di sekolah baharu mendaftar
maklumat murid tersebut dalam APDM.
9.4 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai akses internet merekodkan data murid dalam
SPPBS?
Ke e teria juga e yediaka aplikasi SPPBS se ara sta d alo e u tuk digu apakai oleh sekolah
ya g tidak e pu yai akses i ter et. CD sta d alo e oleh diperoleh elalui JPN/PPD asi g-masing.
9.5 Siapakah yang mengeluarkan laporan prestasi murid?
Guru mata pelajaran boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
9.6 Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?
Boleh, laporan prestasi boleh diperoleh daripada guru mata pelajaran .
9.7 Bagaimanakah ibu bapa mendapat maklum balas tentang prestasi anak mereka?
Laporan prestasi dapat dijana melalui SPPBS di sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan. Laporan
dalam bentuk deskriptif ini memberi maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran.SCHOOL BASED ASSESSMENT