Bab 4 Islam di Nusantara
Peradaban Islam di Nusantara
KEDATANGAN ISLAM DI
NUSANTARA
Disediakan oleh :
Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah
Mohammad Kamari Haji Taib
CITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu
razizi.uitm.edu.my
4.1
• Kedatangan Islam di Nusantara
4.2
• Kegemilangan Islam di
Nusantara
4.3
• Kedudukan Islam di Malaysia
4.0 Peradaban Islam di Nusantara
4.1
Kedatangan Islam di Nusantara
Nusantara atau dikenali juga sebagai Alam Melayu
Apakah
itu Nusantara?
adalah sebahagian
daripada
wilayah Asia Tenggara
yang terangkum di dalamnya gugusan kepulauan
Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Borneo,
Sumatera,Sulawesi, Jawa, Kalimantan, Kepulauan
Riau, Maluku, Sulu, Luzon dan Mindanao.
Didiami oleh pelbagai suku kaum Rumpun MelayuPolinesia seperti Melayu, Melanau, Brunei, Dusun,
Jawa,Bugis,Banjar, Bajau, Iban, Bugis, Suluk, Minang
dan lain-lain lagi.
Peta Nusantara
Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu
Sebelum Islam
Selepas Kedatangan
Islam
Kutai (Abad ke 4M)
Samudra Pasai (Abad ke 13-15M)
Tarumanagara (358–669M )
Srivijaya (Abad ke 7– Abad ke
11M)
Wangsa Sailendra (Abad ke8 –
9M)
Dharmasraya (Abad ke12 – 14M)
Singhasari ( 1222 – 1292M)
Majapahit ( 1293 – 1500 )
Gangga Negara ( Abad ke 2 –
11M)
Langkasuka ( Abad ke 2 – 14M)
Ternate ( 1257 M - ? )
Melaka ( 1400 – 1511M )
Inderapura ( 1500 – 1792M)
Demak ( 1475 – 1548M)
Aceh ( 1496 – 1903M)
Banten ( 1527 – 1813M)
Kesultanan Mataram ( 15881681M)
Johor Riau ( 1528 – Merdeka )
Srivijaya
Didirikan oleh
Dapunta Hyang
Sri Jayanasa
Terletak di
Sumatera dan
Semenanjung
Tanah Melayu
Menganut
ajaran Hindu
dan Buddha
Peninggalan Kerajaan Sri Vijaya
Candi Gumpung di Jambi yang merupakan
salah sebuah wilayah Srivijaya
Pembinaan Candi Borodur bermula pada era
pemerintahan Sangramadhananjaya dan
siap ketika pemerintahan Samaratunga.
Didirikan oleh Raden Wijaya
Majapahit
Gemilang di zaman
Hayam Wuruk
dibantu oleh Patih
Gajah Mada
Dipengaruhi oleh
Hindu-Buddha
Melebar hingga
Semenanjung Tanah
Melayu
Pelabuhan Utamanya
adalah Temasik dan
Kataha (Kedah Tua).
Pada 1293 – 1500M
Berpusat di Jawa Timur
Aspek
• Sosial
• Ekonomi
*
• Keilmuan
• Kesenian
• Kepercayaan
• Politik
*
Nusantara Sebelum Islam
Kepercayaan / Agama
Percaya kepada faham
Animisme dan
Dinamisme
Percaya kepada Mitos,
Roh dan Semangat
beralih kepada agama
Hindu dan Buddha
Percaya kepada Dewa
Dewi
Arca Maitreya dari Komering, Sumatera
Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.
Samb.
Animisme – percaya kepada kuasa roh. Ini kerana
mereka percaya setiap benda hidup ada roh
Dinamisme – roh benda hidup tersebut ada tenaga.
Pemujaan terhadap benda-benda berpuaka dan
berpenunggu.
Memuja semangat seperti memuja semangat padi
supaya hasil lebih baik.
Kepercayaan Animisme dan Dinamisme membentuk
‘taboo’ (pantang larang).
Samb.
Kedatangan Hindu dan Buddha membawa pengaruh India
ke Alam Melayu- upacara pemujaan dan penyembahan
diteruskan dan dilakukan secara rasmi.
Ajaran Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu seperti
Langkasuka, Srivijaya, Mataram Kuno dan Majapahit.
Lahir Sinkritisme – kepercayaan gabungan hindu, buddha
dan unsur-unsur tempatan
Golongan Raja dianggap sebagai dewa yang suci dari
kesalahan dan dosa – wajib ditaati secara mutlak
Menurut S.M.Naquib : Golongan Bangsawan dan Raja lebih menyukai
ajaran Hindu demi menjaga kedudukan dan status mereka.
Politik
Pernah diperintah oleh beberapa kerajaan hindu buddha
seperti Kutai, Tarumanegara, Mataram, Kedah Tua,
Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.
Timbul konsep dewaraja – raja dianggap suci kerana berasal
dari keturunan dewa vishnu dan siva.
Wujud sistem feudalisme - Taat setia membuta tuli terhadap
raja dan disembah secara total oleh rakyat.
Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman
kedudukan lebih tinggi dari undang-undang.
dan
Rakyat tiada hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil
dan kurang wajar. Siapa yang menentang akan ditimpa daulat.
Sosial
Pengaruh hindu-buddha menyebabkan masyarakat terbahagi
kepada 2 kelas/kasta:
i) Pemerintah – Raja dan golongan bangsawan.
ii) Golongan diperintah – rakyat jelata/hamba yang dikira sebagai
hamba raja.
Sistem kasta ini memberi kesan kepada:
i) Perbezaan peraturan, undang-undang dan hukuman
ii) Adat seperti pakaian.
Masyarakat melayu juga melakukan pelbagai upacara adat seperti
melenggang perut bagi wanita mengandung , berinai dan lain-lain
Sosial (samb)
Kehidupan
masyarakat
Alam Melayu sebelum
kedatangan
Islam
diselubungi kejahilan dan
perkara-perkara khurafat
serta tahyul yang jauh
dari nilai-nilai keilmuan
yang bersifat ilmiah dan
pemikiran logik.
Ancak
Kepercayaan kepada perkara Tahyul sebahagiannya masih
berterusan kerana kejahilan
Pembuangan Ancak di Perak
Pembuangan Jong yang
mengandungi Ancak di Indonesia
Ekonomi
Ekonomi sara diri – bergantung sepenuhnya kepada
sungai, laut dan tanah pertanian.
Bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil
hutan (rotan, damar dan getah).
Pertanian – padi, pisang, tebu, keladi, ubi kayu dan
nenas. Berburu salah satu mata pencarian mereka,
Berdagang secara kecil-kecilan dan secara tidak
langsung.
Menjadi tumpuan persinggahan
seperti Temasik dan Langkasuka.
pedagang
asing
Perikanan (samb.-ekonomi)
Laut adalah sumber pendapatan masyarakat Melayu
Pertanian (samb. - ekonomi)
Bercucuk tanam adalah sumber
pendapatan masyarakat Melayu
Keilmuan
Masyarakat tidak terdedah dengan ilmu.
Pendidikan tidak formal di peringkat keluarga –
mengajar nilai-nilai hidup tradisi.
Lebih kepada kesusasteraan yang disampaikan secara
lisan yang mengisahkan keistimewaan raja-raja.
Contoh- hikayat-hikayat
Ramayana dan Mahabrata.
kehebatan
Raja
seperti
Cerita juga kemudian disebar melalui wayang kulit dan
cerita rakyat.
Pengajian agama lebih berlegar di Istana sahaja. Namun
pada lazim melibatkan golongan kraton dan bangsawan
sahaja.
Kesenian
Terpengaruh dengan Kesenian
India
Menggunakan batu bata pada
bangunan agama (religious
monument) kerana sesuai dan
tahan. Contohnya candi Prambanan,
Jawi, Batu Pahat dll.
Pemaparan ukiran dewa-dewi
bangunan agama seperti siva,
vishnu dan brahma.
Juga terdapat ukiran tumbuhtumbuhan seperti teratai.
Samb.
Walaupun terpengaruh
denga budaya India
tetapi tidak secara total.
Pembinaan candi-candi
lebih kepada tempat
pemujaan roh nenek
moyang (sinkritisme).
Penguasa dan
pemerintah amalkan
hindu-buddha.
Candi Borobudur
Faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu
Keunggulan Islam
Kehebatan Dakwah dan Pendakwah
Perdagangan
Perkahwinan
Politik & Penaklukan
Sokongan Pemerintah
Peranan Pusat Kebudayaan
Keunggulan Islam
Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan
Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umat
Kesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik
minat umat untuk mendalaminya
Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak
masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa
Islam menjanjikan kejayaan hidup dunia dan akhirat
Kehebatan Dakwah dan Pendakwah
Dakwah Islam bersifat universal (syumul)
Pendakwah Islam menunjukkan peribadi yang
baik.
Toleransi Islam menarik minat masyarakat Melayu
ketika itu.
Risalah Nabi s.a.w untuk seluruh bangsa, darjat
dan umat manusia
Pemimpin
dan
pendakwah
menjalankan
tanggungjawab dengan amanah-Uswah Hasanah.
Islam sebagai pencetus Era Baru di Alam Melayu
Pendakwah Islam di Alam Melayu
Tok Kenali di Kelantan
Wali Sembilan di Tanah Jawa
Perdagangan
Tugas menyampaikan dakwah tanngungjawab
seluruh umat turut dipikul oleh para pedagang Islam
Pedagang Islam memainkan peranan
pendakwah dan golongan Teladan.
sebagai
Mereka dengan penuh kecekalan berusaha menarik
rakan dagang dan pembeli untuk memeluk Islam.
Berjaya memenangi hati masyarakat Melayu dengan
sifat lemah lembut dan keperibadian Islam yang
mulia.
Pedagang muslim sanggup meredah lautan demi menyebarkan dakwah
Islam kepada penduduk rantau Alam Melayu
Pedagang musafir ke Alam
Melayu melalui Jalan Laut
Para pedagang beriteraksi
dengan masyarakat tempatan
Perkahwinan
Perkahwinan merupakan antara kaedah yang
berkesan untuk perkembangan pengaruh agama
Para pemerintah kerajaan Melayu mengahwinkan
anak-anak mereka dengan anak-anak raja negerinegeri yang lain.
Para pendakwah
dan pedagang Islam turut
berkahwin dengan kerabat diRaja dan penduduk
tempatan – menyebarkan Islam dalam masyarakat.
Contohnya : Perkahwinan Parameswara dengan puteri
Sultan Pasai telah mendorong keislamannya.
Politik & Penaklukan
Kerajaan-kerajaan Islam meluaskan kuasa mereka
ke Wilayah-wilayah Melayu yang lain
Contohnya : K.M.Melaka meluaskan kuasanya ke atas
Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar,
Inderagiri, Aru, Siak, Rokan dan Bengkalis.
Para Ulama’ dihantar ke negeri-negeri taklukan bagi
memperkembang ajaran Islam
Golongan Raja-raja melayu adalah ikutan masyarakat.
Keislaman mereka mendorongan pengislaman rakyat dan
para pembesarnya.
Politik & Penaklukan
Pengislaman kerajaan Samudera-Pasai (1261-1289)
telah membawa kepada keIslaman negeri jajahan
takluknya (Ibn Battuta)
Kerajaan Islam Perlak yang diketuai Sultan Sayyid
Maulana Abdul Aziz Shah menganut Islam pada
tahun 840M – turut mendorong wilayah
kekuasaannya memeluk Islam
Kesultanan Melayu Melaka berperanan melindungi
tanah jajahan takluknya daripada serangan musuh
seperti Siam, Burma dan lain-lain.
Sokongan Pemerintah
Para pemerintah Kesultanan Melayu (K.M.) telah
membuka ruang Istana sebagai pusat perkembangan
ilmu Islam
Golongan Istana dan kraton diberikan input agama
khususnya bidang kepercayaan dan syariah
Para
Sultan
membantu
rakyat
untuk
membangunkan institusi agama mereka seperti
masjid, surau dan pondok

Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara berperanan
sebagai pusat penyebaran Islam dan Kebudayaan
Melayu
Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17
sebagai pusat Kebudayaan Melayu
berperanan
Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin
Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan
kebudayaan Melayu
Aceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan
Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat
pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu
Samb.
Pattani juga pernah menjadi pusat penyebaran Islam
di bawah Sultan Mahmud Syah (Phaya Tu Nakpa).

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca sejak
zaman kerajaan Srivijaya lagi. Islam menjadikannya
sebagai bahasa pengantar dalam bidang ilmu kesusasteraan,
teologi dan falsafah Islam
Tulisan Arab ( Jawi ) diperkenalkan mengantikan
tulisan Pallava. Hanya 5 huruf sahaja iaitu Cha, Nga, Pa, Ga
dan Nya sahaja yang tidak menyamai huruf Arab . Ianya
diubahsuai mengikut loghat lidah masyarakat melayu.
Kerajaan
Samudera-Pasai
menjadi
pusat
penterjemahan- dari Bahasa Arab dll ke Bahasa
Melayu
Sultan Mansur pernah menghantar Kitab al-Dur alManzum untuk diterjemah di Pasai.
Samb.
Alam Melayu melahirkan ramai tokoh ilmuan yang
menghasilkan pelbagai bidang keilmuan yang
berpandukan syariat Islam
Syeikh Nuruddin al-Raniri banyak menghasilkan cerita
berunsur keagamaan, prosa dan puisi Islam antaranya
Siratul Mustaqim dan Akhbar al-Akhirah fi Ahwal alQiamah.
Syeikh Abdul Rauf Singkel – Mirat al-Tulab, Durra alAqaid, Tafsir Badawi dan Majmuk al-Masail.
Syeikh Abdullah Arif – mengarang Kitab Bahr al-Lahut
(tasawwuf) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu.
Samb.
Syeikh Idris al-Marbawi menghasilkan kitab “ Kamus alMarbawi”, Bahr al-Mazi, Tafsir al-Marbawi, Jami’ al-Ulum,
Bulugh al-Maram dan lain-lain lagi.
Tokoh Ulama’ Islam daripada Patani seperti syeikh Ahmad dan Daud al-Fathani
banyak menyumbang kepada perkembangan Ilmu Islam di Nusantara dengan
menghasilkan karya-karya seperti al-Fatawa al-Fataniyyah,Bughyat al-Tullab,
Munyat al-Musolli, Wasaya al-Abrar, al-Bahjat al-Saniyat dan lain-lain.
Tokoh 2 Ulama Nusantara turut menterjemah kitab-kitab
besar Islam seperti karya Imam al-Nawawi, al-Baydawi, alMawardi, al-Ghazali dan lain-lain lagi.
Karya keilmuan Islam meliputi segenap aspek daripada aspek ketuhanan ( Siyar
al-Salikin- Syeikh Abd Samad al-Palembangi, al-Durr al-Nafis-Syeikh Muhd Nafis
al-Banjari) hingga sesusasteraan (Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis –
Raja Ali Haji ).
4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara
Aqidah (Kepercayaan)
Perubahan dari percaya
kepada berbilang Tuhan
kepada percaya kepada
Allah yang Esa
Masyarakat Melayu mula
meninggalkan Mitos dan
Khurafat
Muncul Revolusi Mental –
Rasionalisme
dan
Intelektualisme
Al-Qur’an sebagai Kitab
Pedoman Hidup
Kepercayaan (samb.)
Kepercayaan
kepada
Makhluk Halus – Jin dan
Mambang diubah kepada
perkara Ghaib.
Kepercayaan Malaikat dan Jin
adalah
sebahagian
daripada
kepercayaan kepada perkara Ghaib
yang memperkukuhkan keimanan
bukan secara negatif.
Nota : Kepercayaan yang telah berakar
umbi dalam pemikiran masyarakat
Melayu ini hanya dapat dikikis secara
beransur-ansur.
Solat mampu dilakukan di
mana sahaja
Perubahan sistem politik dan pemerintahan
Kerajaan Hindu dan Buddha digantikan dengan
kerajaan Islam seperti Samudera Pasai, Aceh,
Banten, Siak, Melaka, Johor Riau dan lain-lain.
Lahirnya pemerintah-pemerintah yang terkenal seperti
Sultan al-Malik al-Zahir (Samudera Pasai), Sultan Mansor
Syah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mohkota Alam
(Aceh).
Konsep Dewa Raja diganti dengan Pemerintah sebagai Ketua
Agama dan Penaung kehormonian rakyat jelata
Gelaran Raja ditukar kepada Gelaran Sultan dan
Amir al-Mukminin. Para Sultan diasuh untuk
mencintai ilmu dan keadilan.
Perubahan sistem perundangan
Perundangan Hindu Buddha diganti dengan
perundangan yang berpandukan syariat Islam dan
adat istiadat Melayu
Melaka menghasilkan 2 teks perundangan yang dengan
memperuntukkan undang Islam dan adat iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Undang-undang Pahang yang dilaksanakan di zaman Sultan
Abdul Ghafur Mahiyuddin Syah (1592-1614M) dengan jelas
menggunkan undang-undang Islam (Mazhab Shafi’e)
Terengganu telah melaksanakan perundangan Islam
sejak 1303M – melalui catatan pada Batu Bersurat
Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang. Trg.
Perundangan (samb.)
Kitab yang memaktubkan
Hukum Kanun Melaka
Kitab Fiqh Mughni al-Muhtaj
yang popular di Alam Melayu
Perundangan (samb.)
Batu bersurat Terengganu
memaktubkan
undangundang jenayah Islam
Dikenali sebagai “Itqan alMuluk bi Ta’dil al-Suluk”
dilaksanakan
di
zaman
Sultan Zainal Abidin III.
Nota : Kuala Berang adalah Ibu
Negeri Terengganu di zaman Silam.
Batu bersurat Terengganu
Perubahan Sosial
Mengujudkan persamaan Taraf dan Persaudaraan
Islam – menghapuskan sistem Kasta Hindu
Menghubungkan Tali Silaturrahim berasaskan syariah dan
Akhlak Islam – Gotong-royong, Bantu mengbantu dan
Hormat-menghormati . Lahir Ukhuwwah Islamiyyah.
Masjid, Surau dan Madrasah memainkan peranan
sebagai Media baru hubungan sosial.
Adat Istiadat Hindu mula diganti dengan adat Istiadat yang
berpandukan syariat Islam seperti menyambut kelahiran,
Aqiqah, Korban, Perkahwinan, Kematian dan lain-lain
Perubahan Ekonomi
Kegiatan
Ekonomi masyarakat lebih tersusun
dengan semangat bantu membantu – Galakan Islam
dalam mencari rezeki yang halal
Zakat dan Sedekah memainkan peranan instrumen jaminan
sosial ekonomi ummat. Golongan Kaya wajib membantu
golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan
Amalan Riba dan Kezaliman yang menindas masyarakat
diharamkan. Semua golongan berhak mencari rezeki yang
halal.
Aktiviti-aktiviti ekonomi yang bertentangan dengan syariah
Islam juga diharamkan seperti perjudian, pelacuran,
pengukiran patung dan sebagainya.
Perubahan Keilmuan
“Menurut Prof S.M.Naquib : ‘Islam membawa semangat
rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan
istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak
di kalangan rakyat jelata”.
Islam melahirkan kesedaran ilmu dalam masyarakat umum
dan istana.
Istana, masjid, surau dan madrasah dijadikan tempat
menimba ilmu terutama ilmu agama.
Alam Melayu berfungsi sebagai pusat keilmuan. Lahir ramai
tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin alSumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari alJauhari dll
Perubahan Keilmuan (samb.)
“Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dihidayahkan
kepada mereka yang melakukan maksiat” .. Wasiat Guru
imam al-Shafei r.h.
Institusi Pondok, Dayah, Rangkang dan Pasentren tumbuh
dengan pesat sebagai pusat pengembangan ilmu
Lahirnya kitab-kitab Jawi seperti Anak Kunci Syurga, Matla’
al-Badrain, Taj al-Muluk, Furu’ al-Masail,

tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin alSumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari alJauhari, Syeikh Daud al-Fathani, Tok Kenali dll
Tokoh-tokoh ilmuan Islam Alam Melayu
Syeikh Nuruddin al-Raniri
Syeikh Arshad al-Banjari
Perubahan bidang kesenian
Kesenian Alam Melayu yang dipengaruhi oleh unsur
Hindu dan Buddha diubah kepada kesenian yang
berteraskan Islam
Seni ukir yang memaparkan imej manusia dan haiwan
berubah kepada seni yang memaparkan kalimah-kalimah suci
Islam, Awan Larat dan Bunga-bungaan.
Seni Lakun berubah kepada perwatakan yang lebih bersifat
Islam (Wayang Kulit).
Seni Nyanyian berubah kepada yang lebih bersifat
Islam seperti Ghazal, Nasyid, Nazam, Qasidah,
Berzanji, Salawat dan lain-lain
Kesenian
(samb.)
Seni Bina, Istana, Candi
dan
Rumah
Ibadah
Hindu Buddha berubah
kepada seni Bina Islam
iaitu Masjid, Surau dan
Istana yang bercirikan
Islam
Contohnya : Pembinaan
Masjid
Kg.Laut,
Kelantan; Masjid Agung,
Demak dll.
Masjid Agung, Demak
Kesenian (samb.)
Masjid Kg.Laut, Kelantan
Masjid Tengkera, Melaka
Kesenian (samb.)
Seni Khat merupakan seni warisan Islam di Alam
Melayu
Kesimpulan
Kedatangan Islam ke Alam Melayu amat besar pengaruhnya
kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyebaran
dan penyerapan Islam berlaku secara berperingkat-peringkat
di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada
golongan istana dan pembesar sehinggalah kepada rakyat
biasa. Proses Islamisasi
yang harmoni ini memudahkan
masyarakat Melayu menerima Islam dan ajarannya yang
bersifat sederhana dan tiada paksaan.
Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat
Melayu, malahan ia membentuk cara hidup baru dalam amalan
kehidupan seharian masyarakat. Amalan yang berunsur tahyul
dan khurafat telah ditinggalkan secara beransuransur oleh
masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga
berubah
daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang
mengamalkan tradisi keilmuan.
Penyebaran Islam dan ajarannya ini menjadikan Islam sebagai
teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang
Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami
nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha
menyesuaikan warisan tradisi budaya mereka dengan
kehendak-kehendak Islam. Islam yang berkembang di dalam
masyarakat Nusantara kini adalah hasil dari kegigihan dan
sumbangan masyarakat silam yang berusaha merubah
kehidupan masyarakat mereka daripada kegelapan kepada
cahaya petunjuk ilahi yang terang.
4.3 Kedudukan Islam Di Malaysia
Pengaruh Islam di Malaysia dapat diteliti …
14.1-Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan:
a.Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
b. Kebebasan Beragama
c.Agama Islam dan Negeri-negeri
14.2 - Pembentukan Institusi-istitusi Islam
14.3 - Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar Negara
Pendahuluan
Sebelum merdeka – sudah ada kerajaan Melayu-Islam
Islam dan Tamadun Melayu tidak boleh dipisahkan = Syed
Muhammad Naquib al-Attas (1972)
Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama negara dari
fakta sejarah
= Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah
Melayu sejak kurun ke 12 lagi
=Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan
Brunei. Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Sulu
= mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang
semuanya adalah beragama Islam sewaktu negara ini dibentuk.
Islam juga menjadi identiti dan budaya Melayu
Ajaran Islam banyak mempengaruhi Tamadun Melayu di rantau ini.
Tamadun Melayu menjadi lebih mantap dengan kedatangan Islam.
Islam dan adat Melayu, merupakan struktur yang saling melengkapi dan
berinteraksi
Islam terus menjadi identiti kepada orang Melayu, iaitu Melayu sebagai yang
mengamalkan adat-istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
Mengapa Islam diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
= Melayu, Beraja dan Islam tidak boleh dipisahkan terutama sejak dari zaman
keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi . Rujuk Hukum Kanun
Melaka
=Zaman penjajahan bermula Perjanjian Pangkor 1874 - Kuasa Raja sebagai
ketua negeri dan ketua agama Islam
=Perlembagaan Negeri zaman Penjajahan – e.g Perlembagaan Johor 1895 dan
Perlembagaan Terengganu 1911
=Syor dan cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih
=Keputusan-keputusan Mahkamah
14.1 -Islam sebagai Agama Persekutuan
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Tidak ada perkataan “rasmi” dalam Perlembagaan. Frasa “agama rasmi” akan
menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada
amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.
Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan &
2 Yang Lains [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi
makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual
tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti
manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral
atau kehakiman”.
Peruntukan dalam Perkara 3 amat relevan dengan kelangsungan kuasa Raja-raja
Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri.
Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis
Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.
Perlindungan agama Islam dan Raja-raja Melayu
PERKARA 150 6(A)
(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang
dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta
Parlimen yang diluluskan semasa perisytiharan Darurat berkuat kuasa dan yang
mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki
oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan
mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.
(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara
hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau
adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh
menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan
Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau
berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
.
Kepentingan Agama dalam Perlembagaan
Dari sudut pemikiran dan peradaban:
Peruntukan “agama” atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan
unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan
rakyat yang bersatu padu.
membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”,
Peruntukan ini akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara
tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri
mereka kepada ideologi pemerintah.
Pemerintah bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan
agama yang berbeza.
Dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah
perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.
Kedudukan dan Kuasa Raja sebagai Ketua Agama
Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri
masing-masing
YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi negerinya,
Wilayah-wilayah Persekutuan dan negeri-negeri
yang tidak beraja
(tertakluk kepada pindaan
Perlembagaan Negeri
Memperkenan dan meluluskan undang-undang Islam
di negeri masing-masing
Kebebasan Beragama
Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu
Perkara 11(1)
secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih
bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.
Pengurusan Hal Ehwal Agama
Perlembagaan juga memberikan hak kepada
penganut agama bukan Islam termasuk agama
Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan
untuk tujuan agama masing-masing dan khairat,
memperolehi dan mempunyai harta serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang =Perkara 11 (3)
Penyebaran Agama
Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan tentang penyebaran
agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Peruntukan ini
menjaga menjaga dan mengekalkan keharmonian beragama dan
peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan
Perkara 11 (5) memberi tafsiran bahawa kebebasan yang diberikan untuk
mengamalkan agama masing-masing ini tidaklah sehingga membenarkan apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah
kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain.
PERKARA 12 (4)
Agama seorang anak adalah ditentukan oleh ibu bapa
atau penjaga, kecuali anak itu telah berumur lebih
dari 18 tahun
Bidang Kuasa Persekutuan dan Negeri
Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan (Butiran
4k)
Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri (Butiran 1)
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai
kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan
institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta
mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan
itu.
14.2 – Institusi-institusi Islam
Penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam Negerinegeri
Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal
Malaysia – JAKIM/Majlis Fatwa Kebangsaan/Majlis
Fatwa Negeri
Mahkamah Syariah
Baitulmal/Pusat Zakat
Penubuhan YADIM/YAPIEM dsb
14.3 -Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar-dasar Kerajaan
Dasar Kebudayaaan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Negara
Dasar Pembangunan Ekonomi
Dasar Pentadbiran Negara
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
- Islam dipilih berdasarkan fakta sejarah dan nilai
Islam yang didukung oleh sebahagian besar rakyat di
negara ini.
- Islam
unsur
penting
berasaskan
rasional
kedudukannya diiktiraf sebagai agama negara
- Nilai serta ajarannya meliputi keperluan rohani dan
jasmani manusia sejagat dan tidak terhad kepada
soal ibadah semata-mata.
- Sistem nilai Islam menekankan kesejahteraan dan
kebajikan di dunia dan akhirat
Persoalan hidup tidak diasingkan daripada nilai
kerohanian yang mementingkan moral, disiplin, etika
dll.
Dasar Pendidikan Negara
Islam menjadi penting dalam penggubalan Akta
Pendidikan
Pendidikan Islam menjadi suatu bahagian yang
amat
penting
dalam
sistem
pendidikan
kebangsaan.
Diajar dari peringkat rendah hingga ke peringkat
universiti.
Di setiap negeri sudah ada institusi yang
menyediakan pelajar untuk mperkukuhkan bahasa
al-Quran dan menghafaz al-Quran
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata
pelajaran teras (Seksyen 18(2)
Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di
semua jenis sekolah jika terdapat 5 orang/lebih
orang Islam (Seksyen 150)
Dasar Pembangunan Ekonomi
Malaysia menjadi peneraju utama dalam membina institusi
kewangan Islam, sistem kewangan Islam dan pasaran
modal Islam
Bermula dengan Tabung Haji (1962), diikuti YPEIM (1967),
Bank Islam (1983), Syarikat Takaful (1985), Sistem
Perbankan Faedah (1993), Takaful Nasional Sdn Bhd
(1994), Syarikat Sekuriti Islam (1994), Al-Rahnu (1993),
Sukuk.
Malaysia telah menjadi negara Islam pertama di dunia yang
mengendalikan sistem perbankan dan kewangan Islam
Sistem perbankan dan kewangan Islam telah membolehkan
penubuhan Amanah Saham Islam, pengurusan dana Islam
dan berbagai instrumen kewangan Islam spt. al-Ijarah,
sukuk, pajak gadai Islam dll.
Pembangunan Ekonomi
Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan
undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat
(peraturan Islam dalam transaksi).
Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat
berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undangundang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan
pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum
Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada
nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para
mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai
melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan
syarikat
kewangan
menawarkan
produk
dan
perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim
Perbankan Islam (Bank SPI).
Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi
perbankan Islam daripada perniagaan perbankan
Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Negara
Nilai-nilai sejagat diambil kira dalam
pentadbiran negara.
Ajaran Islam amat relevan dalam konteks
pentadbiran negara. Contoh, Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Dasar
Integriti Nasional
Semua dasar ini umumnya mampu membentuk
negara
dan
rakyat
Malaysia
mencapai
pembangunan yang seimbang dan sepadu.
Lampiran 1:
PERKARA 3 (1):
“Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi
ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
Kembali
Lampiran 2
Perkara 11 (1):
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkan ugamanya.”
Kembali
Lampiran 3
Perkara 11 (3):
“Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan
bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
(c) memperolehi dan mempunyai harta serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
Kembali
Lampiran 4
Perkara 11 (4):
“Undang-undang Negeri dan mengenai WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama Islam.”
Kembali
Lampiran 5
Perkara 11 (5):
“Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa
perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang
am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam
atau akhlak.”
Kembali
Kesimpulan
Kehadiran Islam di Nusantara telah memberi kesan
dan pengaruh yang amat mendalam dalam
perkembangan tamadun di rantau khususnya di
Malaysia.
Keuniversalan ajaran Islam menghasilkan satu
pemikiran dan tamadun yang kekal sepanjang zaman.
Ia juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Malaysia
tanpa mengira agama dan etnik dan budaya yang
pelbagai.
Rujukan
A.Aziz Deraman (2005) Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Ampang: Dawama Sdn.Bhd.
Abdul Aziz Bari (2005) Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.
Abdullah Ishak (1990) Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu, Petaling Jaya: al-Rahmaniah.
Abdullah Jusuh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdullah (1990) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abd ke-19,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
____________________ (2000) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
_______________________ (1989) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena
Sdn. Bhd.
________________________ (1984) Sejarah dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Ahmad Zaki Abd.Latiff. et.al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn
Bhd.
El-Muhammady, Muhammad Uthman (1976) Peranan Islam Pembentukan Kebudayaan , dalam
Seminar Islam Dan kebudayaan Melayu, Bangi: UKM.
Ismail Hamid (1985) Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
___________ (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Hj. Yahaya (1998) Islam Di Alam Melayu, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
___________________ (2000) Siri Sejarah Fajar Bakti Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Muhammad Hisyam Mohamad (penyunting) (2007) Pembangunan dari
Perspektif Islam, Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn.Bhd.
Ramawan Ab Rahman. et.al. (2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran
Islam. Shah Alam : Penerbitan AlamBaca Sdn.Bhd.
Siddik Fadil (1986) Gerakan Islam Di Dunia Melayu-Tuntutan Zaman Dan
Cabaran Lingkungan, Kuala Lumpur: ABIM.
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu Sukatan Terbaharu (2006) Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sekian