INTEGRASI PEMBELA JARAN KEMAHIRAN PROSES

INTEGRASI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS UNTUK
PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
MELALUI AKTIVITI MEMBUAT PAYUNG TERJUN

Chin Chee Keong
Shahril bin Wanteh
Noor Fadzilah binti Aris
IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
email: kevincck19@gmail.com

ABSTRAK
Dalam kursus Bekerja dan Berfikir Secara Saintifik (SCE3106), guru yang menjadi
pelajar dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) opsyen Sains perlu menguasai
tujuh kemahiran proses sains asas dan lima kemahiran proses sains bersepadu di
samping kemahiran manipulatif dalam tempoh yang sangat suntuk iaitu 10 jam
interaksi dengan pensyarah dalam satu semester. Strategi pengajaran pensyarah
perlu diubahsuai supaya pelajar PPG dapat mengoptimumkan pembelajaran dalam
masa yang terhad. Aktivit membuat payung terjun telah dijalankan untuk 14 pelajar
PPG sebagai aktiviti yang dapat menghubungkaitkan 10 daripada 12 kemahiran
proses sains secara menyeluruh. Hasil penulisan pelajar menunjukkan pelajar dapat
mengaitkan huraian aktiviti berkumpulan mereka dengan lima hingga tujuh

kemahiran proses sains. Selain mempelajari kemahiran proses sains, pelajar PPG
juga terlibat dengan aktif dan seronok dalam aktiviti membuat payung terjun.
Kata kunci: kemahiran proses sains, Program Pensiswazahan Guru

Pendahuluan
Kursus Bekerja dan Berfikir Secara Saintifik (SCE3106) adalah salah satu kursus
yang menitikberatkan penguasaan kemahiran proses sains dan perlu diambil oleh
guru pelatih opsyen sains. Kemahiran proses sains adalah asas kepada kemahiran
berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar
apabila mempelajari sains (Wellington, 1991). Kemahiran ini adalah sebahagian
daripada kemahiran saintifik yang menggalakkan pemikiran kritis dan analitik.
Lay (1999) yang melakukan kajian terhadap 145 guru sains di Pulau Pinang
mendapati penguasaan kemahiran proses sains gurus sains adalah rendah, iaitu
58.5% guru menguasai kemahiran proses sains asas dan 31.7% guru menguasai
kemahiran proses sains bersepadu. Hairiah dan Chin (2011) pula mendapati guru
pelatih sains dapat menguasai kemahiran ‘memerhati’ dan ‘berkomunikasi’ tetapi
lemah dalam kemahiran ‘mendefinisi secara operasi’, ‘mengawal pemboleh ubah’,

‘mentafsir data’ dan ‘mengeksperimen’. Guru pelatih juga didapati kurang memberi
penekanan tentang penerapan kemahiran proses sains dalam rancangan mengajar.

Penguasaan kemahiran proses sains guru pelatih didapati mempunyai
korelasi positif yang signifikan dengan sikap guru pelatih terhadap sains (Downing &
Filer, 1999). Walaupun ramai guru yakin dalam pengajaran sains, sikap mereka
menggambarkan mereka kurang cekap dalam kemahiran proses sains (Radford,
DeTure, & Doran 1992 dalam Downing & Filer, 1999).
Aktamis dan Ergin (2008) mendapati kemahiran proses sains dapat
meningkatkan kreativiti saintifik dan pencapaian akademik. Kajian Bybee (2000) dan
Padilla (1990) juga menunjukkan hubungan positif antara kemahiran proses sains
dan pencapaian akademik dalam sains. Kajian juga menunjukkan terdapat korelasi
yang sederhana kuat dalam hubungan antara kemahiran berfikir logik dan
kemahiran proses sains bersepadu (Mattheis et al. 1992).
Dalam konteks pendidikan guru, guru pelatih dan guru dalam perkhidmatan
perlu dilengkapi dengan kemahiran proses sains yang kukuh agar mereka dapat
menerapkan kemahiran proses sains dengan cekap dalam pengajaran dan
pembelajaran sains di sekolah. Guru yang mempunyai kemahiran proses sains yang
tinggi dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan kondusif.

Permasalahan Kajian
Mod kursus PPG adalah bersifat pembelajaran jarak jauh (off campus). Oleh
demikian masa interaksi dengan pensyarah di institut pengelola adalah minimum.

Pelajar PPG hanya perlu menghadiri kuliah di institut pengelola sebanyak 5 kali
sahaja. Tempoh masa setiap perjumpaan adalah 2 jam. Ini bermakna interaksi
antara pelajar dengan pensyarah adalah 10 jam setiap semester. Kandungan proforma yang perlu dipelajari oleh pelajar PPG adalah sama dengan pelajar sepenuh
masa. Pelajar sepenuh masa mempunyai 45 jam interaksi bersama pensyarah
berbanding 10 jam interaksi untuk pelajar PPG. Oleh itu masalah yang dihadapi oleh
pelajar PPG adalah jam interaksi bersama pensyarah yang suntuk menyebabkan
pensyarah kesuntukan masa untuk menyempurnakan kandungan pro-forma yang
perlu disampaikan dengan baik.
Walaupun dibekalkan dengan modul and sumber atas talian, pelajar PPG
menghadapi cabaran untuk mengamalkan pembelajaran kendiri kerana pelajar PPG
masih bekerja sepenuh masa sebagai guru di sekolah. Majoriti pelajar juga sudah
berumah tangga. Oleh demikian pelajar PPG menghadapi masalah kesuntukan
masa untuk meneliti bahan yang dibekalkan dan tetap bergantung pada interaksi
bersama pensyarah untuk menerima pembelajaran yang sebaik mungkin.
Satu lagi masalah yang dihadapi pelajar PPG adalah keletihan pelajar yang
menghadiri kelas sepanjang hari. Interaksi pelajar bersama pensyarah yang

diadakan pada hari Sabtu adalah sehari suntuk. Pelajar menjadi lesu kerana
pembelajaran berterusan sepanjang hari. Akibatnya pelajar tidak dapat memberi
perhatian yang sewajarnyanya semasa aktiviti pembelajaran berlangsung.


Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk tujuan berikut:
a)
Mengintegrasikan pembelajaran pelbagai kemahiran proses sains melalui
aktiviti membuat payung terjun
b)
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran melalui aktiviti handson

Metodologi
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 14 orang guru sekolah rendah yang menjadi pelajar dalam
kursus PPG opsyen Sains kohort 2 ambilan Februari 2012. Pelajar lelaki dalam
kelas ini adalah seramai 3 orang (21.4%) manakala pelajar perempuan adalah
seramai 11 orang (78.6%). Pelajar ini mengambil kursus Bekerja dan Berfikir secara
Saintifik (SCE3106) dalam semester pertama 2013.
Pelaksanaan aktiviti membuat payung terjun
i)
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3
atau 4 orang pelajar.

ii) Pelajar diberi penjelasan tentang aktiviti membuat payung terjun. Hasil akhir
yang perlu dicapai dalam aktiviti ini adalah mereka bentuk payung terjun yang
paling selamat, iaitu mengambil masa yang lama untuk mendarat apabila
dilepaskan dari tingkat tiga bangunan. Pelajar diberikan cetusan idea seperti
menggunakan panjang benang, luas permukaan dan bentuk payung terjun
yang berbeza untuk menghasilkan payung terjun yang paling selamat.
iii) Pelajar dibekalkan dengan radas dan bahan yang diperlukan iaitu: beg plastik
sampah, beg plastik minuman, benang, gunting, dan tin kosong minuman.
iv) Pelajar diberi tempoh 40 minit untuk berbincang dalam kumpulan dan
menghasilkan payung terjun. Apabila tempoh 40 minit tamat, pelajar membawa
payung terjun masing-masing ke tingkat tiga bangunan untuk dilepaskan. Ahli
kumpulan yang lain menunggu di tingkat bawah untuk memerhati pelepasan
payung terjun dan membawa payung terjun yang telah mendarat kembali ke
tingkat tiga untuk percubaan seterusnya.
v) Selepas menguji keberkesanan payung terjun masing-masing, pelajar
dikumpulkan semula di makmal sains untuk berbincang tentang kemahiran
proses sains yang telah mereka gunakan dalam aktiviti membuat payung terjun.
Pelajar mencatatkan hasil perbincangan dalam satu jadual yang menunjukkan

bagaimana kemahiran proses sains tertentu telah diaplikasikan dalam aktiviti

membuat payung terjun.
Analisis Data
Data kajian ini adalah hasil bertulis pelajar tentang bagaimana kemahiran proses
sains tertentu telah digunakan dalam aktiviti membuat payung terjun. Analisis hasil
bertulis pelajar dilakukan melalui jadual perbandingan antara kemahiran proses
sains yang sepatutnya diamalkan dalam aktiviti membuat payung terjun dengan
kemahiran proses sains yang disedari oleh pelajar. Selain itu, gambar dan video
juga dirakam dan dianalisis untuk menunjukkan tingkah laku dan sikap pelajar ketika
menjalankan aktiviti ini.
Keputusan & Perbincangan
Pemerolehan Kemahiran Proses Sains
Jadual 1 menunjukkan perbandingan kemahiran proses sains yang dapat dikaitkan
oleh pelajar dengan 10 kemahiran proses sains yang sepatutnya dapat dipelajari
melalui aktiviti membuat payung terjun. Kemahiran proses sains yang tidak termasuk
dalam aktiviti ini adalah ‘mengelas’ dan ‘mendefinisi secara operasi’. Pelajar dapat
menyatakan antara 5 hingga 7 kemahiran proses sains yang telah mereka gunakan
ketika menjalankan aktiviti membuat payung terjun berbanding 10 kemahiran proses
sains sepatutnya dapat dipelajari dalam aktiviti ini.
Jadual 1. Analisis kemahiran proses sains yang dapat disenarai oleh pelajar
Kemahiran Proses Sains (KPS)

Memerhati
Berkomunikasi
Meramal
Mengukur & menggunakan nombor
Mengaitkan ruang & masa
Membuat inferens
Mengenal pasti & mengawal pembolehubah
membentuk & menguji hipotesis
Mentafsir data
Menjalankan eksperimen
Jumlah

1








7

2





Kumpulan
3











6

5

4






6

Jumlah
3
4
3
4
1
2

3
2
0
2

‘Berkomunikasi’ dan ‘mengukur & menggunakan nombor’ adalah dua
kemahiran yang dapat dinyatakan oleh semua kumpulan pelajar. Dalam kemahiran
‘berkomunikasi’, 3 daripada 4 kumpulan menjelaskan komunikasi sebagai bentuk
lisan yang berlaku semasa perbincangan antara ahli kumpulan (Rajah 1). Hanya 1
kumpulan yang mengaitkan komunikasi dengan jadual untuk merekodkan masa dan
saiz payung terjun (Rajah 2). Dapatan ini memberi gambaran bahawa komunikasi
lisan adalah fokus dalam kemahiran ‘berkomunikasi’ dalam perspektif pelajar.
Penekanan perlu diberikan bahawa kemahiran ‘berkomunikasi’ adalah tidak terhad

kepada komunikasi lisan. Jadual, graf dan bahan grafik yang lain juga perlu
ditekankan sebagai cara berkomunikasi yang lazim dalam dalam kemahiran saintifik.
Semua kumpulan dapat menjelaskan kemahiran ‘mengukur & menggunakan nombor’
dengan betul. Dalam aktiviti ini, kemahiran ini dihuraikan sebagai ‘ukur benang
dengan pembaris’ (Rajah 2), ‘mengukur lebar plastik’ (Rajah 3) dan ‘mengukur saiz
plastik’ (Rajah 4).

Kemahiran ‘memerhati’, ‘meramal’ dan ‘mengenal pasti dan mengawal
pembolehubah’ dapat disenaraikan oleh 3 kumpulan pelajar.
Kumpulan 1
mengaitkan pemerhatian dengan pengukuran masa yang diambil oleh payung terjun
mendarat mengikut saiz (Rajah 1) manakala kumpulan 2 pula melakukan
pemerhatian secara kualitatif terhadap pergerakan payung terjun apabila dilepaskan
dari tingkat tiga (Rajah 2). Kumpulan 3 menggunakan kemahiran ‘pemerhatian’
untuk membandingkan reka bentuk payung terjun yang ‘mendarat paling awal dan
paling lambat’ (Rajah 3). Dalam kemahiran ‘meramal’, kumpulan 1 menggunakan
jadual untuk merumuskan ramalan bahawa payung terjun yang besar akan lambat
mendarat berbanding payung terjun bersaiz kecil (Rajah 1). Dua kumpulan lain
menggunakan kemahiran ‘meramal’ untuk menjangka masa yang diperlukan untuk
payung terjun yang berbeza untuk mendarat. (Rajah 2 dan Rajah 3). Kumpulan 1
yang menyatakan jadual sebagai kemahiran ‘berkomunikasi’ didapati telah
mengaplikasikan kefahaman mereka untuk menjelaskan bagaimana mereka
membuat ramalan dalam aktiviti ini. Ketiga-tiga kumpulan juga telah dapat
mengaitkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dalam
kemahiran ‘meramal’. Kumpulan 1, 2 dan 4 yang menyenaraikan kemahiran
‘mengenal pasti dan mengawal pembolehubah’ dapat memberi huraian yang tepat
dan jelas (Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 5).
Kemahiran ‘membuat inferens’, ‘membentuk & menguji hipotesis’ serta
‘mengeksperimen’ cuma dinyatakan oleh 2 kumpulan. Kumpulan 2 dan 3 dapat
menhuraikan kemahiran ‘membuat inferens’ dengan betul iaitu ‘memberi sebab
mengapa payung terjun jatuh lebih awal atau cepat’ (Rajah 2) dan ‘menyatakan
alasan berkaitan masa pendaratan payung terjun (Rajah 3). Kemahiran ‘membentuk
dan menguji hipotesis’ oleh kumpulan 1 dan 4 adalah jelas berdasarkan hipotesis
yang telah dibentuk (Rajah 1 dan Rajah 4). Hakikatnya semua kumpulan juga
membentuk dan menguji hipotesis kerana pengujian hipotesis adalah perkara pokok
dalam aktiviti ini. Namun demikian cuma 2 kumpulan sahaja yang sedar bahawa
mereka sebenarnya sedang membentuk hipotesis semasa perbincangan awal
sebelum membuat payung terjun dan menguji hipotesis mereka apabila mereka
melepaskan payung terjun mereka dari tingkat tiga. Dua kumpulan yang lain
sebenarnya mengaplikasikan kemahiran proses sains berkaitan hipotesis dalam
aktiviti ini tetapi mereka tidak sedar akan kemahiran yang mereka gunakan.
Kumpulan 1 dan 4 juga lebih sedar bahawa mereka menggunakan kemahiran
‘mengeksperimen’ iaitu merancang dan menjalankan aktiviti menguji hipotesis,
mengumpul dan mentafsir data sehingga dapat mencapai sesuatu kesimpulan.

Sekali lagi, dua kumpulan lain yang sama tidak sedar bahawa keseluruhan aktiviti
payung terjun yang telah mereka lakukan sebenarnya adalah kemahiran
‘mengeksperimen’.
Kemahiran ‘mengaitkan ruang dengan masa’ hanya dinyatakan oleh satu
kumpulan tetapi huraian yang diberikan adalah tidak tepat (Rajah 4). Kemahiran
‘mentafsir data’ tidak dinyatakan oleh keempat-empat kumpulan. Dua kemahiran ini
melibatkan kemahiran berfikir yang lebih abstrak dan tidak mudah disedari oleh
pelajar yang menjalankan aktiviti ini.

Rajah 1. Hasil perbincangan kemahiran proses sains kumpulan 1

Rajah 2. Hasil perbincangan kemahiran proses sains kumpulan 2

Rajah 3. Hasil perbincangan kemahiran proses sains kumpulan 3

Rajah 4. Hasil perbincangan kemahiran proses sains kumpulan 4 (bhg A)

Rajah 5. Hasil perbincangan kemahiran proses sains kumpulan 4 (bhg B)

Berdasarkan analisis hasil bertulis pelajar secara berkumpulan, status
pencapaian kemahiran proses sains dan cadangan tindakan susulan untuk kelas
PPG opsyen Sains ini dirumuskan dalam Jadual 2.
Jadual 2. Status pencapaian kemahiran proses sains dan cadangan tindakan
susulan .
Kemahiran Proses Sains
Memerhati

Status pencapaian
Memuaskan

*Mengelas
Berkomunikasi

Tidak dikesan
Baik

Tindakan susulan
Diselit dalam aktiviti lain untuk beri
penekanan pada penggunaan deria
lain selain penglihatan
Diselit dalam aktiviti lain
Diselit dalam aktiviti lain untuk beri
penekanan pada aspek komunikasi
grafit
Diselit dalam aktiviti lain
Tidak perlu

Meramal
Memuaskan
Mengukur & menggunakan Baik
nombor
Mengaitkan ruang & masa
Sangat lemah
Perlu aktiviti khusus
Membuat inferens
Lemah
Perlu aktiviti khusus
Mengenal pasti & mengawal Memuaskan
Perlu penekanan secara ekspositori
pembolehubah
*Mendefinisi secara operasi
Tidak dikesan
Perlu aktiviti khusus
Membentuk
&
menguji Lemah
Perlu penekanan ekspositori
hipotesis
Mentafsir data
Sangat lemah
Perlu aktiviti khusus
Mengeksperimen
Lemah
Perlu penekanan secara ekspositori
* kemahiran proses sains yang bukan sebahagian daripada aktiviti membuat payung terjun

Penglibatan pelajar
Suasana pembelajaran melalui aktiviti membuat payung terjun amat ceria dan
menyeronokkan. Pelajar terlibat dengan aktif bermula dari peringkat awal iaitu
perancangan mereka bentuk payung terjun sehingga peringkat akhir iaitu refleksi
aktiviti untuk mengaitkan pengalaman mereka dengan kemahiran proses sains.
Pada peringkat awal, pelajar berbincang untuk menentukan pemboleh ubah
yang perlu dimanipulasi untuk melambatkan masa pendaratan payung terjun. Ada
kumpulan yang berbincang secara lisan dan ada kumpulan yang melakar idea
mereka pada kertas. Selepas itu pelajar mula bergerak untuk mendapatkan bahan
yang dibekalkan. Semua ahli kumpulan terlibat secara langsung dalam aktiviti ini
(Rajah 5). Ada pelajar yang mengukur panjang benang dan beg plastik, ada yang
menggunting dan ada yang mengikat benang pada penjuru plastik. Pelajar juga
melontarkan payung terjun di dalam makmal untuk menguji reka bentuk yang
dihasilkan sebelum dicuba di tingkat tiga (Rajah 6). Apabila mereka berpuas hati,
pelajar bergerak keluar makmal dengan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk
mencuba payung terjun yang telah mereka hasilkan (Rajah 7). Ahli kumpulan lain
menunggu berdebar-debar di tingkat bawah untuk menyaksikan payung terjun
mereka yang dilepaskan dari tingkat tiga bangunan (Rajah 8).

Rajah 5. Setiap ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti membuat payung terjun

Rajah 6. Mencuba payung terjun di dalam makmal sebelum diuji di luar makmal

Rajah 7. Pelajar melepaskan payung terjun dari tingkat tiga bangunan

Rajah 8. Pelajar teruja menyaksikan payung terjun kumpulan masing-masing

Kesimpulan
Aktiviti membuat payung terjun bukan sesuatu idea yang baru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tetapi amat sesuai dalam konteks interaksi kursus
PPG yang mempunyai masa interaksi dengan pensyarah yang amat terhad. Melalui
aktiviti ini, 10 daripada 12 kemahiran proses sains dapat dilibatkan dalam satu
aktiviti yang sama. Pelajar berpeluang melatih hampir kesemua kemahiran proses
sains dalam tempoh yang singkat iaitu 2 jam sahaja.
Untuk pelajar sepenuh masa, aktiviti ini boleh dijadikan pengayaan kepada
pembelajaran biasa. Untuk pelajar PPG pula, aktiviti seumpama ini sepatutnya
dijadikan aktiviti teras yang menggabungkan pelbagai kemahiran proses sains dan
oleh itu dapat menjimatkan masa pembelajaran. Aktiviti seumpama ini dapat
mengatasi masalah kesuntukan masa untuk pensyarah menyelesaikan kandungan
pro-forma yang perlu disampaikan kepada pelajar PPG
Aktiviti membuat payung terjun adalah satu aktiviti ‘hands-on’ yang
melibatkan pelajar dengan aktif dan menyeronokkan. Aktiviti ‘hands-on’ boleh
dijadikan aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan minat dan
keyakinan pelajar dalam pembelajaran sains (Mageswary & Chin, 2011). Osborbe et
al. (1998) dan Chang et al. (2009) mencadangkan penggunaan aktiviti ‘hands-on’
dan suasana pembelajaran tidak formal untuk meningkatkan penglibatan pelajar
dalam pembelajaran sains. Oleh demikian, aktiviti ‘hands-on’ harus dijadikan strategi
pembelajaran utama untuk pelajar PPG agar mereka dapat mengekalkan minat dan
kesungguhan mereka meneruskan pengajian PPG walaupun menghadapi pelbagai
cabaran belajar sambil bekerja sepenuh masa.
Aktiviti ‘hands-on’ harus digunakan secara lebih meluas untuk menggantikan
pendekatan tradisional yang tidak sesuai untuk pelajar PPG seperti kuliah dan
pembentangan pelajar. Aktiviti membuat payung terjun dalam kajian ini boleh
dirancang dengan lebih teliti dan dimurnikan lagi supaya dapat memenuhi keperluan
pro-forma dengan lebih menyeluruh dan menyediakan suasana pembelajaran yang
lebih ceria, mencabar dan menggalakkan penglibatan pelajar.

Rujukan
Aktamis, H. & Ergin, O. (2008). The effect of scientific process skills on students’
scientific creativity, science attitudes and academic achievements. Asia-Pacific
Forum on Science Learning and Teaching, 9(1). Dimuat turun daripada
http://www.ied.edu.hk/apfslt/v9_issue1/aktamis/index.htm
Bybee, R. (2000). Teaching science as inquiry. In J. Minstrel ve E.H. Van Zee (eds),
Inquiry into Inquiry Learaning and Teaching in Science. Washington, DC: American
Association for the Advancement of Science (AAAS).
Chang, S.N., Yeung, Y.Y. & May, H.C. (2009). Ninth Graders’ Learning Interests,
Life Experiences and Attitudes Towards Science & Technology. Journal of Science
Educational Technology, 18:447-457.
Downing, J.E. & Filer, J.D. (1999). Science process skills and attitudes of preservice
elementary teacher. Journal of Elementary Science Education, 11 (2), ms 57-64.
Hairiah Munip & Chin, C.K. (2011). Tinjauan Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan
Kemahiran Proses Sains dalam kalangan Guru Pelatih PISMP. Kursus kerja
dibentangkan semasa Seminar Pembudayaan Penyelidikan IPG Zon Utara.
Memartabatkan IPG Menerusi Budaya Penyelidikan Inovasi Berterusan. 19-20
Oktober 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pulau Pinang.
Lay, Y. F. (1999). Pencapaian kemahiran proses sains asas dan bersepadu di
kalangan guru sains sekolah rendah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak,
Kota Samarahan.
Mageswary, K. & Chin, C. K. (2011). Hands-on Activities Improve Pre-Service
Teachers’ View on Science Education. Kertas kerja dibentangkan di 4th International
Conference on Science and Mathematics Education. Transforming School Science
and Mathematics Education in the 21st Century. 15-17 November 2011, SEAMEO
RECSAM, Penang, Malaysia.
Mattheis, F.E., Spooner, W.E., Coble, RC., Takemura, S., Matsumoto, S. Matsumoto,
K & Yoshida, A. (1992). A study of the logical thinking skills and integrated process
skills of junior high school students in North Carolina and Japan. Science Education.
76(2), ms 211-222.
Osborne, J., Driver, R. & Simon, S. (1998). Attitudes to science: issues and concerns.
School Science Review, 79(288):27-33.

Padilla, M. J. (1990). The science process skills. Research Matters - to the science
teacher.
No.
9004.
Dimuat
turun
daipada
http://www.educ.sfu.ca/narstsite/publication/research/skill.htm
Wellington, J. J. (1989). Skills and Processes in Science Education: A Critical
Analysis. London and New York: Routledge.