Politik Tanah Melayu 1945 1957 maklumat

Politik Tanah Melayu 1945-1957: maklumat risikan British
Mohd Kamaruzaman bin A Rahman (95647)
PROPOSAL
4 Mei 2015
1.1

Pengenalan
Kajian perisikan di Malaysia masih lagi dianggap asing dan kurang mendapat

perhatian, tidak dinafikan walau pun ada kajian yang dibuat tetapi tidak menyeluruh, misalnya
Leon Comberi menulis tentang perisikan atau Special Branch (SB) dalam masa Darurat.
Begitu juga dengan buku Azaharudin Mohamed Dali, Sejarah Perisikan di Malaysiaii.
Diharapkan tesis ini dapat memberi sumbangan kepada pensejarahan Malaysia.
Maklumat risikan British yang dimaksudkan ialah maklumat yang diperolehi dari
perisik British iaitu Cawangan Khas (Special Branch) dan pegawai British di Pejabat
Kolonial terutamanya Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Dalam mentadbir
Tanah Melayu pada 2 September 1945 iaitu selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang
Dunia Kedua sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, British memainkan
peranan penting dalam soal perisikan. Banyak laporan yang ditulis semasa pemerintahan
mereka yang terdapat di The National Archives, London kini dibuka kepada orang ramai
untuk dikaji terutamanya pada tahun 2012.

File atau dokumen di The National Archives, London ini banyak memuatkan laporan
perisikan berhubung segenap aspek kehidupan rakyat Tanah Melayu sekitar tahun 1945
hingga 1957. Ini meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. File terbaharu yang dibuka
khusus mengenai politik ialah pada 18 April 2012 iaitu FCO 141/7306 Monthly Political
Intelligence Reports yang bermula pada 1 Jan 1953 dan berakhir pada 31 Dec 1957. File ini
sudah saya perolehi semasa ke London pada 16 Julai 2014. Ianya merupakan savingram dari
The High Commissioner Federation of Malaya kepada The Secretary of State for the
Colonies.
File lain yang berkaitan dengan politik ialah CO 1035/6 Problems of Intelligence,
Organisation in the Federation of Malaya in connection with constitutional development 1 Jan
1955 – 31 Dec 1957, WO 203/4497 Malaya: intelligence 1945 Oct.-1946 Mar., WO 208/3217
Page 1 of 13

Intelligence reports on political and military situation. 1943 Feb.-1948 Aug., CO 1022/51
Organization and functions of the Federation Intelligence Service in Malaya 1951-1952 (61
halaman), CO 1022/52 Provision of personnel for counter intelligence work in Malaya. 19531954, CO 1022/176 Aims and activities of the Malayan Chinese Association (MCA);
evidence of increasing anti-British feeling among Malayan Chinese. 1951-1953, CO 1022/183
Constitution and functions of the "United Malays National Organisation" (UMNO). 19511953. CO 1022/186 Activities of the Malayan Indian Congress. 1951-1952, CO 1022/187
Functions and activities of the Malayan Communist Party (MCP). 1951-1953, CO 1022/189
Petition to the Queen by the Peninsular Malays Union (PMU). 1952-1953, CO 1022/190 The

Malayan Nationalist Party, Party Kebangsaan Malaya an exclusively Malay party. 1952, CO
1022/191 Movements towards inter-communal political alliances of parties. 1953, CO
1022/195 Indications of the formation of a Third Force Party in opposition to Communism.
1952, CO 1022/196 Activities of Malayan Forum. 1951-1953, CO 1022/198 Activities of the
Kuomintang Party in the Federation of Malaya and Singapore. 1951-1952 dan banyak lagi file
berkaitan. Untuk melihat perincian file berkenaan, lihat File Needed yang dilampirkan).
File yang berkaitan dengan ekonomi, antaranya ialah CO 1022/21 Effect of the
Emergency on the mining industry in Malaya: monthly reports on casualties and damage.
1952-1953, CO 1022/71 Rubber replanting schemes in Malaya. 1952-1953 dan file lain yang
berkaitan. Untuk melihat perincian file berkenaan, lihat File Needed yang dilampirkan.
Manakala file yang berkaitan dengan sosial, antaranya ialah CO 1022/29 Resettlement
of squatters into the New Villagers in Malaya. 1951-1953, CO 1022/31 Medical and Health
services in the new villages, Malaya. 1952-1953, CO 1022/32 Education in the new villages,
Malaya. 1952-1953, CO 1022/93 Agricultural development in the Federation of Malaya.
1952. dan banyak lagi file berkaitan. Untuk melihat perincian file berkenaan, lihat File
Needed yang dilampirkan.
Memandangkan bahawa tumpuan kajian ini adalah mengenai politik, perbincangan
akan ditumpukan kepada laporan pegawai British tentang Malayan Union, semasa
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terutamanya tindak tanduk PAS, UMNO dan
golongan sosialis, semasa Darurat 1948-1957 dan semasa tuntutan kemerdekaan 1957.


1.2

Pernyataan Masalah
Page 2 of 13

Satu persoalan yang perlu dikaji dengan mendalam ialah mengapakah British begitu
prihatin dan serious dengan politik Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ekoran
daripada itu walaupun imej imperialist British jelas tercalar, mengapa mereka balik semula
memerintah Tanah Melayu. Sejauhmana pula faktor keselamatan dan ekonomi?. Apakah unik
dan specialnya organisasi perisikan British ini?. Siapakah tokoh-tokoh yang berperanan dalam
soal modus operandi khususnya Cawangan Khas sehingga berjaya membenteras komunis,
begitu juga dengan isu perlembangan Persekutuan Tanah Melayu, soal perkauman dan
Kemerdekaan?.
Dalam membincangkan perjalanan politik Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga
1957, ada ruang yang masih boleh dikaji. Dalam hal yang berkaitan dengan Malayan Union,
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Darurat 1948-1957 dan tuntutan kemerdekaan
1957, laporan dan pandangan dari pegawai British masih tidak banyak disentuh.
Ada beberapa isu yang akan cuba dihuraikan. Apakah pandangan perisik British
terhadap:

1. Pembentukan Malayan Union.
2. Penentang-penentang Malayan Union.
3. tindak tanduk parti politik iaitu UMNO, PAS dan golongan sosialis semasa
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4. Kegiatan komunis dan golongan kiri semasa Darurat sepanjang tahun 1948 hingga
1957.
5. Tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
1.3

Tujuan Kajian
Kajian ini menumpukan kepada laporan perisikan British di Tanah Melayu dari tahun

1945-1957 iaitu selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat peranan dan operasi perisikan
British berdasarkan dokumen yang diperolehi dari The National Archives, London dalam
menjaga keselamatan Tanah Melayu dari keadaan kucar kacir akibat tinggalan perang.
Dengan itu, tesis ini akan:

Page 3 of 13




Mengkaji latar belakang dan perkembangan perisikan British di Tanah Melayu
antara tahun 1945 hingga 1957.



Meneliti peranan perisikan dalam kes-kes kecemasan di Tanah Melayu yang
berlaku antara tahun 1945 hingga 1957.



Menganalisis masalah perisikan yang dihadapi oleh British selepas Perang Dunia
Kedua dan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Matlamat ini akan dicapai dengan meneliti dan membongkar dokumen berkaitan
perisikan British di Tanah Melayu yang tersimpan di The National Archives (TNA), Kew,
England. Tumpuan akan dihadkan kepadan tahun 1945 hingga 1957.
Tumpuan utama penelitian adalah keatas dokumen yang terdapat di TNA khususnya
file yang baharu sahaja dipindahkan dari Hanslope Park pada tahun 2012. Berikut adalah

petikan laporan dari akhbar The Guardian bertarikh 18 April 2012:
The papers at Hanslope Park include monthly intelligence reports on the
"elimination" of the colonial authority's enemies in 1950s Malaya.
However, among the documents are a handful which show that many of the most
sensitive papers from Britain's late colonial era were not hidden away, but simply
destroyed. These papers give the instructions for systematic destruction issued in
1961 after Iain Macleod, secretary of state for the colonies, directed that postindependence governments should not get any material that "might embarrass Her
Majesty's government", that could "embarrass members of the police, military
forces, public servants or others eg police informers", that might compromise
intelligence sources, or that might "be used unethically by ministers in the
successor government".
Among the documents that appear to have been destroyed were: reports that may
have detailed the alleged massacre of 24 unarmed villagers in Malaya by soldiers
of the Scots Guards in 1948.

Kajian dan penelitian yang dilakukan keatas dokumen yang diperolehi dari The
National Archives, Kew, England terutamanya FCO 141 dapat membongkar operasi perisikan
British di Tanah Melayu 1945-1957. Operasi perisikan ini meliputi semua aspek kehidupan
rakyat Tanah Melayu khususnya politik, ekonomi dan social. Bagaimanapun, tumpuan kajian
Page 4 of 13


adalah keatas operasi perisikan semasa Tanah Melayu diletakkan dibawah Undang-undang
Darurat dan menghadapai Malayan Union.
Dokumen FCO 141 yang diperolehi dengan jelas mengariskan kegiatan perisikan
British dalam menghapuskan subservif komunis. Menghapus ini di ambil dari akhbar The
Guardian yang menggunakan istilah ‘eliminate’.

1.4

Kajian Lepas
Dua buah tulisan yang dihasilkan oleh Richard J. Aldrich iaitu Britain's Secret

Intelligence Service in Asia during the Second World Wariii dan Policing the Past: Official
History, Secrecy and British Intelligence since 1945iv adalah sesuai untuk dijadikan titik tolak
bagi melihat sejarah perisikan di Tanah Melayu sebelum memperluaskan kepada skop masa
kajian iaitu tahun 1945. Aldrich menyentuh tentang peranan dan kegiatan British Secret
Intelligence Service atau kependekannya SIS semasa perang ini. Untuk mendapat gambaran
secara menyeluruh mengenai peranan pegawai British semasa Perang Dunia Kedua, tulisan
dalam F. H. Hinsley dan rakan-rakanv amat berguna.
Selepas Jepun menyerah kalah pada September 1945 dan kembalinya kuasa penjajah

British ke Tanah Melayu operasi perisikan adalah menjadi tanggung jawab Perkhidmatan
Keselamatan Malaya (Malayan Security Service – MSS) yang telah menggabungkan fungsi
pra-perang Cawangan Khas Malaya dan Singapura (Malayan and Singapore Special
Branches).
Dalam kata pengantar buku L. Comber, Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role
of the Special Branch in the Malayan Emergency, Anthony Short menjelaskan iaitu pada
tahun 1950, General Briggs telah menghasilkan pelan induk yang mana hal ehwal tentera,
polis dan awam digabungkan dan perisikan mulai diletakkan sebagai paling pentingvi.
Perisikan British yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga 1957
menentukan hala tuju dan dasar keselamatan Tanah Melayu dan diteruskan selepas mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sarjana yang menulis tentang perisikan British semasa pergolakan politik di Tanah
Melayu sekitar 1945 hingga 1957, tidak memaparkan laporan perisikan secara terperinci.
Page 5 of 13

Dalam tulisan beliau, Azaharudin Mohamed Dalivii yang menulis khusus tentang Sejarah
Perisikan di Malaysia, lebih banyak membincangkan perisikan British semasa Perang Dunia
Kedua. Dua bab yang berkaitan dengan jangka masa kaitan iaiitu Cawangan Khas dan Lee
Meng dan Lai Teck dalam dunia perisikan di Tanah Melayu hanya berdasarkan sumber
pendua.

Empat buah tulisan Leon Comber yang menulis berkaitan perisikan ialah The Malayan
Security Service (1945-1948)viii, The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier
during the Malayan Emergency (1948-60)ix, Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of
the Special Branch in the Malayan Emergencyx dan The Origins of the Cold War in Southeast
Asia: the case of the Communist Party of Malaya (1948-1960) - a Special Branch
Perspectivexi. Keempat-empat tulisan ini ditulis antara tahun 2003 dan 2009 sememangnya
banyak menggunakan sumber dari The National Archives, London. Bagaimanapun, sumber
yang dirujuk beliau hanya terhad kepada file yang boleh dibuka sehingga tahun 2009. File-file
yang dibuka selepas itu terutamanya pada tahun 2012 masih dapat mengisi kekosongan yang
terdapat dalam kajian beliau terutamanya berhubung dengan politik terutama parti-parti
politik.
Karl Hack menulis dua artikel berhubung dengan perisikan iaitu British Intelligence
and Counter-Insurgency in the Era of Decolonisation: The Example of Malayaxii dan Corpses,
Prisoners of War and Documents: British and Communist Narratives of the Malayan
Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformationxiii jelas menyatakan yang beliau
membincangkan mengenai perisikan British tetapi terhad kepada komunis.
Park Bum-joon Lee yang menulis tesis kedoktoran bertajuk The British Experience of
Counterinsurgency in Malaya: the Emergency, 1948-1960xiv juga menggunakan sumber
perisikan British cumanya file yang dirujuk hanya kepada setakat tahun 1965 iaitu tahun
tesisnya diterima.

Mahmud Embong dalam tesis PhD-nya bertajuk Perkembangan Rejimen ke-10
Melayu, Parti Komunis Malaya dari 1949 hingga 1989xv ada juga menggunakan sumber
perisikan berupa file khususnya keluaran War Office (WO). Selain itu, beliau juga berjaya
mendapatkan file dari simpanan kerajaan Malaysia yang dianggap sulit dan tidak dibuka
kepada orang ramai untuk dijadikan rujukan.

Page 6 of 13

Dalam membicarakan wanita dalam Parti Komunis Malaya, dua makalah Mahani
Musaxvi dengan tajuk yang sama tetapi diterbitkan di dua majalah berlaian menggunakan
sumber PRO 27 330 dan CO 1022 manakala Mahani Awangxvii yang menulis mengenai
perkara sama, juga menggunakan sumber arkib yang sama dengan Mahani Musa. Bagaimana
pun, file yang saya perolehi iaitu CO 1035/7 Periodic Report of the Malayan Holding Centre
pada 18 Julai 2014 dari the National Archives, London, yang tidak dirujuk oleh Mahani Musa
dan Mahani Awang.
Untuk mendapatkan gambaran secara umum berhubung perisikan British, Hopkins dan
Aldrich telah menulis tentang Intelligence, Defence and Diplomacy British Policy in the
Post-War Worldxviii.
Manakala untuk mendapatkan gambaran umum tentang dasar British, tulisan Oong
Hak Chingxix boleh dijadikan panduan asas. Tulisan oleh A.J. Stockwell (1982xx, 1984xxi dan

2008xxii) juga membincangkan dasar British secara umum dan kaitannya dengan Darurat 1948.
Buku Pfaltzgraff bertajuk Intelligence policy and national securityxxiii boleh dijadikan asas
untuk memahami mengenai perisikan secara umum dan kaitannya dengan keselamatan
nasional.
Pelbagai lagi tulisan yang berkait dengan perisik British dan dasar British di Tanah
Melayu yang akan disentuh secara mendalam dalam Bab 1. Untuk melihat senarai bacaan
yang terperinci, lihat Rujukan Sekunder yang dilampirkan.

1.5

Skop Kajian

Skop kajian ini menumpukan kepada laporan perisikan yang terdapat dalam file mulai
tahun 1945 hingga 1957.
Pemilihan tahun 1945 ialah kerana ianya tahun selepas Perang Dunia Kedua manakala 1957
ialah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

1.6

Metodologi Kajian
Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif yang

menumpukan sepenuhnya kepada kajian penggunaan dokumen sejarah di arkib dalam negara
dan luar negara serta di beberapa buah perpustakaan universiti tempatan. Tumpuan utama
Page 7 of 13

kajian ini adalah menggunakan rekod rasmi kerajaan British yang merupakan sumber utama
(primer) dalam kajian ini antaranya rekod Pejabat Luar dan Komenwel (FCO), Pejabat
Luar (FO), Pejabat Kolonial British (CO), Pejabat Perang (WO), dan Pejabat Dominion
(DO).
Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kajian luar yang melibatkan
penyelidikan di The National Archives (TNA) Kew, England, Arkib Negara Malaysia, dan
Perpustakaan Tun Sri Lanang. Pengkaji turut menggunakan kaedah menggunakan kajian
secara internet untuk mencari dan mendapatkan dokumen yang boleh dimuat turun daripada
beberapa arkib. Kajian internet ini banyak membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat
tentang tajuk yang sedang dikaji terutamanya latar belakang perisikan, organisasi dan
sebagainya. Selepas itu proses tafsiran dan analisis dokumen dilakukan dengan tujuan
mendapatkan fakta-fakta sejarah yang tepat dan ‘reliable’ bagi menulis bab dalam tesis.
Kajian ini terdiri daripada tiga fasa penyelidikan, peringkat pertama adalah penyediaan
kertas cadangan bagi menulis tesis ini. Perbincangan dilakukan bersama penyelia dan diminta
supaya mengesan seberapa banyak dokumen yang terdapat di The National Archives (TNA)
Kew, England di samping membuat pembacaan ke atas sumber sekunder yang meliputi tahun
1945-1957 bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang berkaitan dengan perisikan British
di Tanah Melayu.
Selain itu, penyelia juga meminta pengkaji membuat kajian dan pembacaan terhadap
sumber sekunder yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Hasil

daripada

usaha

tersebut,

pengkaji

telah

dapat pengetahuan awal

berkenaan dengan perisikan British dan politik di Tanah Melayu. Pengkaji juga berusaha
untuk membuat rujukan seberapa banyak sumber sekunder bagi mendapatkan maklumat
tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh para akademik dan pengkaji sejarah
tentang perisikan dan politik di Tanah Melayu. Sumber sekunder ini banyak membantu
pengkaji dalam membuat penilaian dan menentukan skop kajian yang telah dibuat kajian
ataupun memfokuskan skop kajian yang baru.
Fasa kedua adalah proses pengumpulan sumber primer berbentuk rekod dan dokumen
yang terdapat di dalam Arkib Negara Malaysia dan The National Archives, perpustakaan
universiti tempatan dan sebagainya mengenai sejarah perisikan dan politik di Tanah
Melayu antara tahun 1945-1957. Kajian ini akan menumpukan penelitian ke atas rekod-rekod
Page 8 of 13

primer seperti rekod-rekod Persekutuan dari tahun 1945-1957. Di Arkib Negara Malaysia
terdapat beberapa dokumen penting British dalam bentuk mikro filem dan bercetak. Di
samping itu terdapat dokumen penting British berbentuk ‘CD-ROM Archive’ iaitu Asia:
Official British Documents, 1945-1965 yang disusun oleh Michael Kandiah, Gillian Staerck,
Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best dan John Salfordxxiv di Perpustakaan Tun Seri
Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain usaha mengumpul dokumen yang terdapat di dalam negara, pengkaji juga telah
diminta oleh penyelia supaya mendapatkan
terutamanya

di

pengalaman

menyelidik

di

luar

negara

T h e National Archives, England. Pengkaji telah mengambil keputusan

untuk pergi ke London bagi mendapatkan dokumen British yang dianggap penting dan terkini
bagi melengkapkan penulisan topik-topik

seterusnya.

Pengkaji

telah

menjalankan

penyelidikan selama empat hari di The National Archives, England dari 15 hingga 18 Julai
2014.
Hasil penyelidikan di London di mana pengkaji berjaya merujuk dan mengumpul
sejumlah

557 halaman file

yang berkaitan

dengan

tajuk

tesis

yang dicadangkan.

Kebanyakan fail yang dirujuk dalam tempoh empat hari adalah berkaitan dengan topik dalam
bab-bab yang digariskan iaitu FCO 141/7306 Monthly Political Intelligence Reports (245
hal), CO 1035/6 Problems of Intelligence, Organisation in the Federation of Malaya in
connection with constitutional development (78 hal), CO 1035/7 Periodic Report of the
Malayan Holding Centre (112 hal), FCO 141/7234 Defence Treaty (46 hal), FCO 141/7269
Malayan Representation in Thailand (Bangkok Songkhla) 35 hal, FCO 141/7270
Constitutional Revision (Malaya) – London Talk Fail (16 hal) dan CO 1035/20 Egyptian
Influence in Colonies (25 hal).
Kajian luar negara yang dilakukan oleh pengkaji dapat melengkapkan bahan rujukan
yang diperlukan dalam kajian ini. Dokumen yang diperoleh daripada The National Archives
di Kew, England telah banyak membantu pengkaji dalam menjelaskan kedudukan perisikan
dan politik di Tanah Melayu dan implikasinya keatas polisi perisikan dan keselamatan
Tanah Melayu selepas merdeka. Usaha untuk mengesan dokumen tersebut dianggap penting
di luar negara kerana ia bertujuan untuk menghasilkan satu penyelidikan sejarah yang bersifat
menyeluruh dan mempunyai tahap ‘reliability’ yang tinggi. Pada peringkat ini data yang
Page 9 of 13

diperoleh dalam negara dan luar negara akan dikumpulkan sebelum dilakukan proses kritikan
sumber yang melibatkan pentafsiran ke atas dokumen berkenaan. Dokumen yang telah
dikenal pasti akan melalui proses tafsiran dan analisis setiap isi kandungan dokumen melalui
proses kritikan sumber yang terdapat dalam ilmu sejarah. Fakta-fakta sejarah yang terhasil
akan dapat digunakan untuk menjelaskan gambaran sebenar operasi perisikan British di
Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan.
Fasa ketiga adalah proses menulis bab dalam tesis di mana pengkaji perlu memberi
lebih banyak ditumpukan kepada aspek meneliti setiap dokumen yang dirujuk oleh
pengkaji. Ini kerana dokumen yang dirujuk adalah pelbagai jenis sama ada dalam bentuk
primer (masih asli) atau pun sudah dipindah dalam bentuk digital. Pengkaji perlu membaca
dan menyusun dokumen mengikut tema yang dibincangkan dan tarikh dokumen tersebut.
Keadaan dokumen yang masih asal menyukarkan pengkaji untuk membaca serta
menganalisis dokumen tersebut menyebabkan pengkaji memerlukan kesabaran dalam
mengkaji dokumen. Terdapat sesetengah dokumen yang dirujuk masih lagi berkeadaan baik
dan terdapat juga dokumen yang telah kabur serta tidak boleh dibaca.
1.7

Pembahagian Bab

Bab 1 meliputi pengenalan, latar belakang perisikan British dengan melihat kepada
perkembangan di United Kingdom dan Malaysia (Tanah Melayu semasa period kajian),
sejarah kemunculan, Takrif, Organisasi dan Fungsi. Modus operandi perisikan di Tanah
Melayu. Ini meliputi carta organisasi di United Kingdom dan di Tanah Melayu, pegawai
pemerintah dan personal yang terlibat dalam membuat dan menentukan polisi perisikan, cara
perisikan, corak perisikan, Piawai Prosedur Operasi (Standard Operation Procedure – SOP)
perisikan.
Bab 2 Maklumat risikan British sebelum pengistiharan Malayan Union.
Bab 3 Maklumat risikan British selepas pengistiharan Malayan Union.
Bab 4 Maklumat risikan British semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
terutamanya tindak tanduk PAS, UMNO dan golongan sosialis. Turut dibincangkan peranan
S.I.F.E (Security Intelligence Far East) keatas komuniti India dan Parti Komunis India.
Bab 5 Maklumat risikan British semasa Darurat.
Bab 6 Maklumat risikan British semasa tuntutan kemerdekaan 1957.
Page 10 of 13

Bab 7 menyimpulkan tentang maklumat politik risikan British di Tanah Melayu selepas
Perang Dunia Kedua sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Operasi perisikan
ini berterusan selepas Malaysia merdeka

1.8

Kepentingan Kajian

1. Ini merupakan julung-julung kalinya kajian mendalam mengenai maklumat risikan
British ditulis. Belum ada sarjana yang meneliti secara mendalam apa tah lagi
menggunakan dokumen dari The National Archives (TNA), Kew, England.
2. Kajian mengenai perisikan British ini akan membantu pihak keselamatan (pentadbir,
polis dan tentera) untuk menambah baik polisi keselamatan dan perisikan sedia ada.

1.8

Kesimpulan
Operasi perisikan yang dijalankan oleh British semasa memerintah Tanah Melayu selepas

pendudukan Jepun sehinggalah menjelang kemerdekaan membantu pihak berkuasa khususnya
polis dan tentera dalam mendapatkan maklumat sulit dan rahsia kegiatan subservif komunis
dan golongan kiri semasa krisis Malayan Union dan zaman Darurat.
Dokumen FCO 141 yang diperolehi dari The National Archives (TNA), Kew, England
dan CO 537 dari Arkib Negara Malaysia memperincikan operasi perisikan yang dijalankan
oleh British semasa berlangsong kes kecemasan iaitu Malayan Union dan Darurat. Pada waktu
inilah munculnya beberapa akta bagi membendung kegiatan subservif terutamanya Akta
Hasutan 1948.
Operasi perisikan British sebelum merdeka ini menjadi asas kukuh dalam kegiatan
perisikan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sumbangan pegawai British dalam
menjaga keselamatan Tanah Melayu amatlah besar dan penting untuk dikaji. Malah
penyelidikan mengenai perisikan ini adalah penting untuk dijadikan rujukan bagi membentuk
polisi perisikan dan keselamatan negara Malaysia untuk masa ini dan masa hadapan.
Comber, L. (2008), Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the
Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.
i

Page 11 of 13

ii

Azaharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Perisikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Aldrich, Richard J. 1998. “Britain's Secret Intelligence Service in Asia during the Second World
War”. Modern Asian Studies. Vol. 32, No. 1, (Feb., 1998), pp. 179-217.
iii

Aldrich, Richard J. 2004. “Policing the Past: Official History, Secrecy and British Intelligence since
1945”. English Historical Review. Vol. CXIX No. 483 (Sept. 2004), pp. 922-953.

iv

v

Hinsley, F. H. et al. 1979. British Intelligence in the Second World War: Its Influence on Strategy and
Operation. Vol. 1. London: HMSO.
Comber, L. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan
Emergency.

vi

vii

Azaharudin Mohamed Dali. Sejarah Perisikan di Malaysia.

viii

Comber, Leon. 2003. "The Malayan Security Service (1945-1948)." Intelligence and National
Security 18, no. 3 (Autumn 2003): 128-153.
ix

Comber, Leon. 2006. "The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier during the
Malayan Emergency (1948-60)." Intelligence and National Security. Vol. 21, No. 1 (Feb. 2006), pp.
77-99.
Comber, Leon. 2008. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the
Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.
x

xi

Comber, Leon. 2009. The Origins of the Cold War in Southeast Asia: the case of the Communist
Party of Malaya (1948-1960) - a Special Branch Perspective. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian
Studies. Vol. 27 Issue 1/2, 2009, pp. 39-60.
xii

Hack, Karl. "British Intelligence and Counter-Insurgency in the Era of Decolonisation: The Example
of Malaya." Intelligence and National Security 14, no. 2 (Summer 1999): 124-155.

xiii

Hack, Karl. "Corpses, Prisoners of War and Documents: British and Communist Narratives of the
Malayan Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformation." Intelligence and National
Security, 14, no. 4 (Winter 1999): 211-241.
xiv

Park Bum-joon Lee. 1965. The British experience of counterinsurgency in Malaya: the emergency,
1948-1960. Thesis (Ph.D.) -- American University.
xv

Mahmud Embong, 2009. Perkembangan Rejimen ke-10 Melayu, Parti Komunis Malaya dari 1949
hingga 1989. Tesis Ph.D Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
xvi

Mahani Musa. 2013. Women in the Malayan Communist Party, 1942–89. Journal of Southeast
Asian Studies. Volume 44, Issue 02 (June 2013), pp. 226-249 dan Mahani Awang, 2014. Women and
Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89., Chapters on Asia. Issue 1 (April 2014). pp. 206-230.

Page 12 of 13

xvii

Mahani Awang, 2010. Women and Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89. BiblioAsia. Vol.
6, Issue 1 (April 2010), pp. 12-18.
xviii

Hopkins, M.F and R.J. Aldrich. 1991. Intelligence, defence and diplomacy British policy in the
post-war world. London: Frank Cass.
xix

Oong Hak Ching. 1990. Kerjasama British dengan Parti Komunis Malaya dan Kuomintang: kesankesannya terhadap dasar-dasar British di Tanah Melayu (1941-45). Jebat. 18, pp. 129-144.
Stockwell, A.J. 1982. “The White Man's Burden and Brown Humanity: Colonialism and Ethnicity in
British Malaya”. Asian Journal of Social Science. Volume 10, Issue 1, pages 44 – 68.
xx

xxi

Stockwell, A.J. 1984. British imperial policy and decolonization in Malaya, 1942–52, The Journal of
Imperial and Commonwealth History, Volume 13, Issue 1.
Stockwell, A.J. 2008. “A widespread and long‐concocted plot to overthrow government in
Malaya'? the origins of the Malayan emergency”. The Journal of Imperial and Commonwealth
History. Volume 21, Issue 3, pages 66 – 88.
xxii

xxiii

Pfaltzgraff, R.L. 1981. Intelligence policy and national security. London: Macmillan.

xxiv

Kandiah, Michael, Gillian Staerck, Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best & John Salford.
1999. Asia: Official British Documents 1945-1965 (CD-ROM). London: Routledge.

Page 13 of 13