Menguji apakah dengan mengin tegrasikan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri

Bahasa gerak-geri
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Bahasa gerak-geri adalah istilah yang luas untuk pelbagai bentuk komunikasi yang
menggunakan gerak badan atau gerak isyarat sebagai ganti ataupun sebagai pelengkap
untuk bahasa lisan dan bentuk komunikasi lain. Ia merupakan satu kategori paralinguistik
yang merangkumi segala komunikasi manusia yang bukan bahasa.
Paralinguistik yang merangkumi bahasa gerak-geri telah diselidiki secara luas oleh ahliahli psikologi sosial. Bagi pertuturan harian dan psikologi popular, istilah ini sering
digunakan untuk bahasa gerak-geri yang dianggapi sebagai luar kawal walaupun
sebenarnya, perbezaan antara voluntari dan luar kawal seringnya tidak jelas: umpamanya,
senyuman atau lambaian boleh dibuat secara voluntari ataupun secara luar kawal.
Bahasa gerak-geri voluntari merujuk kepada pergerakan, gerak isyarat dan lagak yang
dibuat dengan sengaja (bersenyum, bergerak tangan, mengajuk tindakan). Ia juga
dikaitkan kepada pelbagai jenis komunikasi tanpa bunyi, seperti gerak isyarat yang
formal (umpamanya, oleh pengarah filem).
Air muka sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan
perasaan seseorang.


Senarai kandungan
[tutup]






1 Asal bahasa gerak-geri
2 Pentingnya bahasa gerak-geri dalam kumpulan
3 Contoh-contoh bahasa gerak-geri
4 Sila lihat juga
5 Rujukan



6 Pautan luar

[sunting] Asal bahasa gerak-geri
Perhubungan di antara bahasa gerak-geri dengan komunikasi haiwan sering

diperdebatkan. Paralinguistik manusia mungkin merupakan penerusan bentuk-bentuk

komunikasi yang digunakan oleh nenek moyang yang tidak berbahasa; ataupun
bentuknya mungkin telah diubah dengan wujudnya bersama dengan bahasa.
Sebahagian spesies haiwan amat mahir dalam mengesan bahasa gerak-geri manusia, baik
voluntari ataupun luar kawalan: ini merupakan dasar kesan Clever Hans (sumber artifak
bagi psikologi perbandingan), dan juga merupakan sebab untuk mencuba mengajar
bahasa isyarat Amerika Syarikat kepada cimpanzi Washoe sebagai ganti untuk pertuturan.
Kemungkinan kejayaan projek Washoe berbandingkan usaha-usaha sebelumnya untuk
mengajar mawas bagaimana menari disebabkan oleh kemahiran itu.
Bahasa gerak-geri adalah hasil pengaruh genetik serta persekitaran. Kanak-kanak akan
senyum dan ketawa walaupun mereka tidak pernah nampak senyuman. Etologis Iraneus
Eibl-Eibesfeldt menuntut bahawa beberapa unsur bahasa gerak-geri yang asas adalah
sejagat dan melintasi pelbagai budaya. Oleh sebab itu, ia ada pola gerak-geri tetap
dibawah kawalan kenalurian. Sebahagian bentuk bahasa gerak-geri manusia
menunjukkan penerusan dengan gerak isyarat komunikasi mawas yang lain, walaupun
seringnya makna telah diubah. Gerak isyarat yang lebih halus dan yang berbeza-beza
antara budaya (umpamanya, gerak isyarat untuk "ya" dan "tidak") harus dibelajari
ataupun di ubah suai melalui pembelajaran, biasanya dengan pemerhatian persekitaran
secara bawah sedar.


[sunting] Pentingnya bahasa gerak-geri dalam
kumpulan
Terdapat tanda-tanda bahawa bahasa gerak-geri mungkin lebih mustahak dalam
komunikasi kumpulan bila dibandingkan dengan komunikasi satu-dengan-satu. Dalam
kumpulan, setiap orang mempunayi saluran bahasa gerak-geri yang terbuka kepada
semua orang yang lain dalam kumpulan sedangkan pertuturan biasanya hanya dihadkan
kepada satu orang sahaja pada satu masa. Dengan kata lain, lebih besar kumpulannya,
lebih banyak bahasa gerak-geri dipergunakan.

[sunting] Contoh-contoh bahasa gerak-geri
Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terusterang dan kejujuran, sedangkan menyembunyikan tapak tangan mungkin membawa
makna tipuan. Menggerakkan tangan-tangan menghampiri mulut ataupun menyentuhkan
hidung mungkin juga membawa maksud tipuan juga.
Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada
orang tersebut ataupun penerimaan.
Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak
minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda
menghadapi.


Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai
tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi
kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan mata, biasanya
menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara
emosi. Dalam budaya Barat, tidak memandangkan mata orang juga menunjukkan tipuan.
Ini juga menunjukkan bahawa anda lebih suka di tempat lain berbanding berbual dengan
mereka; ketidakselesaan ataupun kerisauan yang disertai pembohongan.

[sunting] Sila lihat juga








Proksemik
Kinesik
Gerak isyarat

Air muka
Postur
Hubungan mata
Pengaturcaraan neuro-linguistik

[sunting] Rujukan




Rencana "Bahasa gerak-geri" di en:Wikipedia
Argyle, M. (1990). Komunikasi gerak-geri (Bodily communication) (Edisi kedua).
New York: International Universities Press. ISBN 0823605515
Eugen Tarnow (1997). Bahasa gerak-geri adalah amat penting dalam kumpulankumpulan yang besar. http://cogprints.org/4444/

[sunting] Pautan luar






Kamus tanpa lisan bagi Gerak Isyarat, Isyarat dan Tanda-tanda Bahasa Gerak-geri
Bahasa yang digunakan oleh semua orang
Urutan-urutan Bahasa Gerak-geri - Projek web bagi filem-filem yang terlalu
ringkas oleh Dr. Hugo Heyrman.
Halaman Sumber bagi Air Muka Pautan-pautan ke kelompok-kelompok
penyelidikan dan sumber-sumber yang lain mengenai persepsi air muka,
pengecaman serta sintesis.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri"
Kategori: Bahasa