Isu Isu Tanah Perkuburan di Malaysia Cem

CADANGAN MEMBINA SEBUAH KOMPLEKS
PERKUBURAN ISLAM BERTINGKAT DI JALAN
AMPANG, KUALA LUMPUR

MOHD FIRRDHAUS B. MOHD SAHABUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERAKUAN
Adalah disahkan bahawa karya ini telah dibaca dan disemak oleh:

PROF. MADYA DR. MOHAMAD TAJUDDIN B. MOHAMAD RASDI
(selaku ketua panel)

DR. AMINATUZUHARIAH MEGAT ABDULLAH &
DR. SYED AHMAD ISKANDAR
(selaku penyelaras)

Kami bersetuju dan berpuas hati dengan skop dan mutu karya ini sebagai syarat
bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Senibina


……………………………..
Ketua Panel

……………………………
Penyelaras

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya yang asal dan rujukan dari penulis lain
telah saya jelaskan sumbernya di dalam kajian ini.”

Tandatangan

: ………………………………………….

Nama Penulis

: Mohd Firrdhaus b. Mohd Sahabuddin

Tarikh


: 25 Februari 2004

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izinnya dan keredhaannya dapatlah saya menyiapkan karya ini mengikut
tarikh dan masa yang ditetapkan. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabatnya yang menyebarkan syiar Islam keseluruh
pelusuk dunia, moga sentiasa berkembanglah agama akhir zaman yang diredhai.
Ucapan kemuliaan buat arwah Ayah dan Ibu tersayang Allahyarham Mohd
Sahabuddin b. Othman dan Pn. Zainon bt. Sangit

yang sentiasa mendoakan

kesejahteraan anaknya didunia dan diakhirat. Berkat restu dan redhamu memberi
kesenangan bagi saya untuk menjalankan kajian ini hingga tamat. Juga buat kakak
tunggal saya Norhaflinda bt. Mohd Sahabuddin kerana sentiasa memberi

semangat dan dorongan yang tidak pernah padam. Tidak dilupai selamanya Atuk
dan Opah yang banyak membentuk peribadi saya sejak kecil hinggalah dewasa.
Kepada pensyarah yang banyak membimbing saya sepanjang tempoh tesis
ini; PM Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, terima kasih tak terhingga
diucapkan diatas curahan ilmu yang tak pernah putus, tidak mengenal hari, siang
malam dan dimana jua, terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Kepada mereka
yang terlibat secara langsung; Miss Lillian Tay, Mr. Paolo Cucchi, En. Saifuddin
dan Nangkula Utaberta, terima atas buah fikiran yang disumbangkan dan saya
amat menghargainya.
Tidak dilupai kepada yang istimewa Saudari Khainisya, rakan-rakan sepanel
Saudara Saiful Fazli, Saudara Mohd adib, Saudara Mohd Helmy, saudara Shahril,
saudari Zaiti dan Saudari Suraya kerana sentiasa bersama susah dan senang
menemani saya sepanjang tempoh tesis ini dijalankan.
Juga buat mereka yang terlibat secara tidak langsung sepanjang tempoh ini,
bakti kamu semua akan saya kenang………………InsyaALLAH.

Ikhlas dari lidah pengarang,
Mohd Firrdhaus b. Mohd Sahabuddin (Dip. Arch) UTM.

iv


ABSTRAK
Rata-rata masyarakat kita tidak mahu mengakui bahawa kubur adalah
sesuatu yang amat berharga bagi simati, dan kaum keluarganya. Apabila melalui
sebuah

kawasan

perkuburan

seolah-olah

melalui

sebuah

hutan.

Gelap,


menakutkan, menyeramkan, dan suram. Manusia mana yang ingin tinggal di
kawasan perkuburan, jika datang pun hanya sekali dalam setahun.
Sejak zaman berzaman masyarakat islam di Malaysia mempraktikkan cara
tradisional dalam menguruskan jenazah. Secara tradisinya jenazah akan diuruskan
oleh waris-waris terdekat dan dibantu oleh orang-orang tua yang berpengalaman
dan tinggi pelajaran agamanya. Namun begitu, keadaan sekarang telah banyak
berubah

terutama

dibandar-bandar

besar

yang

mempunyai

penempatan-


penempatan moden di pinggir bandar yang mana jenazah kebanyakkannya telah
siap di uruskan oleh pihak hospital. Jika situasi ini terus dikekalkan maka tidak
banyak yang boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat akan pengajaran dan
pengertian kematian dan kesinambungannya dengan mereka yang masih hidup.
Penglibatan

masyarakat

secara

langsung

amatlah

penting

untuk

mewujudkan semula semangat toleransi dan bekerjasama yang pernah wujud
dijiwa masyarakat terdahulu. Kekuatan sesuatu ummah memerlukan mereka saling

bergantung antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri seperti yang
banyak ditonjolkan oleh masyarakat bandar sekarang. Bagi memupuk ikatan ini
agar kembali kukuh adalah melalui ziarah-menziarahi bukan sahaja menziarahi
yang masih hidup tetapi juga yang sudah meninggal dunia.
Oleh yang demikian tujuan thesis ini adalah untuk membentuk semula
sistem pengurusan kematian yang lebih sistematik yang tidak hanya memberi
penghormatan yang tertinggi untuk simati tetapi juga untuk yang masih hidup
menginsafi dan mangambil iktibar atas kejadian alam ciptaan Tuhan yang maha
Esa.
Thesis “Cadangan Membina Sebuah Perkuburan Islam Bertingkat” adalah
satu eksperimentasi yang cuba dibongkarkan oleh penulis tentang bagaimanakah
tempat yang negatif ini boleh diolah menjadi sebagai sebuah kawasan awam tanpa
mencemarkan nilai-nilai spiritual yang ada. Kajian yang dianggap sebagai satu titik
tolak kearah satu perkembangan revolusi perkuburan yang kompleks huraiannya.

v

KANDUNGAN
AKUAN PENYERAHAN
HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGHARGAAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN ABSTRAK
HALAMAN KANDUNGAN
SENARAI GAMBARFOTO
SENARAI GAMBARAJAH
BAB 1: Pengenalan dan Isu Tesis
1.1

Pendahuluan

1.2

Konsep Perkuburan sebagai Identiti sosial

1.3

Permasalahan Isu
1.3.1


Isu Teknikal

1.3.2

Isu budaya

1.4

Objektif dan Matlamat Kajian

1.5

Kaedah & Metodologi Kajian

1.6

Kesimpulan dan Penutup

BAB 2: Teori Kematian Dari Sudut Pandangan Agama
2.1


Pengenalan

2.2

Teori Kematian Dalam Agama Islam
2.2.1

Proses Ritual Agama Islam

vi

2.3

Teori Kematian Dalam Agama Kristian
2.3.1

2.4

Teori Kematian Dalam Agama Judaism

2.4.1

2.5

Proses Ritual Agama Judaism

Teori Kematian Dalam Agama Buddha
2.5.1

2.6

Proses Ritual Agama Kristian

Proses Ritual Agama Buddha

Teori Kematian Dalam Agama Hindu
2.6.1

Proses Ritual Agama Hindu

BAB 3: Proses Pengurusan Jenazah Islam

3.1

Pengenalan

3.2

Cara Menguruskan Jenazah
3.2.1 Orang yang berhak menguruskan jenazah
3.2.2 Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh waris
3.2.3 Persediaan dan keperluan untuk
memandikan jenazah

3.3

Cara Memandikan Jenazah

3.4

Cara Mengkafankan Jenazah

3.5

Solat Jenazah
3.5.1 Cara mengerjakan solat
3.5.2 Rukun solat jenazah

3.6

Kesimpulan

BAB 4: Sistem Khairat Kematian dan Fungsinya
4.1

Pengenalan

4.2

Sistem Khairat kematian (Lama)

vii

4.3

Sistem Tabungan Khairat Kematian (Baru)

4.4

Kesimpulan

BAB 5: Aspirasi Senibina Tanah Perkuburan
5.1 Pengenalan
5.2 Kajian Kes 1: The Pyramid
5.3 Kajian Kes 2: Fisterra Cemetery
5.4 Kajian Kes 3: Igualada Cemetery
5.5 Kajian Kes 4: Srebrnice Cemetery
5.6 Ringkasan
BAB 6: Tapak Cadangan
6.1 Pengenalan Tapak Secara Am
6.1.2 Pemilihan Tapak
6.1.3 Potensi Tapak
6.1.4 Kelemahan Tapak
6.1.5 Keadaan Alam Sekitar
6.2 Iklim
6.2.1 Pancaran Cahaya Matahari
6.2.2 Hujan
6.2.3 Angin
6.2.4 Hak Milik Tanah
6.2.5 Luas Tapak
6.3 Corak Lalulintas
6.3.1 Perkhidmatan Pengangkutan Awam
6.3.2 Akses ke Tapak
6.3.3 Laluan Pejalan Kaki

viii

6.4 Sifat Semulajadi Tapak
6.4.1 Topografi Tanah
6.4.2 Tumbuh-tumbuhan
6.4.3 Konteks
6.4.4 Gangguan Di Sekitar Tapak
6.4.5 Pandangan Di Persekitaran Tapak
6.4.6 Prospek
BAB 7: Cadangan Rekabentuk
7.1 Pengenalan
7.1.1 Perancangan Susunatur Ruang
7.1.2 Ruang Tambahan
7.2 Pendekatan Rekabentuk
7.2.1 Konsep Perancangan Tapak
7.2.2 Konsep Perancangan Bangunan
7.3 Ritual Dalam Bahasa Senibina
7.4 Simbolik Dalam Rekabentuk
BAB 8 Kajian Teknikal
8.1 Sistem Struktur dan Binaan
8.1.1 pengenalan
8.1.2 Faktor-Faktor Pemilihan Sistem Berstruktur
8.1.3 Sistem Grid Struktur
8.2 Elemen Struktur Binaan
8.2.1 Asas
8.2.2 Tiang
8.2.3 Lantai

ix

8.2.4 Bumbung
8.3 Bahan kemasan Bangunan
8.4 Sistem Bekalan Air
8.5 Sistem Bekalan Elektrik
8.6 Sistem Pencegah Kebakaran
8.6.1 Kawalan Pasif
8.6.2 Kawalan Aktif
8.6.3 Akses Bomba
8.6.4 Kelengkapan Bomba
BAB 9: Rumusan
BAB 10: Lukisan Persembahan
Rujukan
Bibliografi

BAB 1:
PENGENALAN DAN ISU TESIS
1.1 PENGENALAN
Perkembangan tanah perkuburan islam di negara-negara islam serata dunia
agak kurang berkembang berbanding dengan evolusi perkembangan tanah
perkuburan kristian di Eropah. Oleh kerana itu, amat sukar untuk di kenal pasti
sejauh mana senibina perkuburan ini wujud didalam masyarakat islam dahulu dan
sekarang. Namun, isu-isu yang berkaitan dengan tanah perkuburan dan tatatertib
ketika berhadapan dengan jenazah telah diterangkan dengan sempurna dari
hadith-hadith dan ayat-ayat suci Al-Qur’an Nur Karim.
Isu-isu yang telah di jelaskan didalam hadith amat jelas (sila lihat Lampiran)
di sini islam menekankan kepada penganut-penganutnya menghormati dan
mengambil iktibar dari proses hidup dan mati manusia sebagai satu cara untuk
menjadi seorang muslimat yang sejati. Tesis ini akan cuba untuk mengaplikasikan
sistem yang telah wujud terdahulu kearah yang lebih jelas dan teratur pertaliannya
agar lebih difahami dan di hayati oleh masyarakat sekeliling bagi mencorak sebuah
sistem kehidupan yang baru tanpa meminggirkan hukum-hukum dan penekanan
agama islam itu sendiri.
Selain daripada menangani isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan sosial
masyarakat islam sekarang tesis ini juga cuba membuka pandangan umum
terhadap permasalahan yang berkaitan dengan kepenggunaan tanah yang terhad
di negara-negara kecil seperti Singapura, Hong Kong, Jepun , Mexico dan lain-lain
yang mungkin akan menular ke Negara kita Malaysia sedikit masa nanti jika isu ini
tidak di rencana dengan baik.

2

1.2 KONSEP PERKUBURAN SEBAGAI IDENTITI SOSIAL
Tanah perkuburan Pere Lachaise di paris adalah sebuah tanah perkuburan
yang paling popular di benua Eropah. Kewujudannya telah diterima oleh
masyarakat awam tanpa dipersoalkan sebagai titik perubahan yang besar dalam
sejarah ketamadunan barat yang berusia beribu tahun lamanya. Selepas
pembukaannya pada tahun 1804, ia menjadi satu fesyen baru bagi tanah
perkuburan yang sebelum ini dibina berlainan cara analogi perancangannya.
Bab ini akan menerangkan tentang pengajian secara mendalam terhadap
perubahan imej bagi tanah perkuburan di dunia barat dan bagaimana ianya
memberi kesan secara langsung terhadap rekabentuk tanah perkuburan di
Malaysia serta isu-isu yang berkaitan berkenaan dengan rekabentuk tanah
perkuburan ini.
Kajian ini bukanlah bersangkutan dengan ilmu senibina yang mudah atau
sejarah sosial sesebuah masyarakat; ianya adalah pendedahan bagaimana
sesuatu gaya hidup fizikal masyarakat itu mampu untuk mempengaruhi dan
mengekalkan budaya terhadap kematian mengikut peredaran zaman yang serba
maju dan moden ini.
Konsep tanah perkuburan Pere Lachaise mempunyai beberapa kebaikkan
yang boleh diguna pakai di dalam rekabentuk tanah perkuburan sekarang. Namun,
bila di teliti dengan lebih terperinci lagi kita dapati konsep taman peringatan yang
memuatkan kuburan ini mempunyai beberapa kelemahan seperti isu penggunaan
tanah, dan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitarnya.

Pada abad ke 18, tamadun barat telah menuju kearah perubahan yang
radikal kepada kepercayaan dan penyanjungan mereka terhadap perilaku kearah
kematian. Teologi masyarakat pertengahan kristian terhadap konsep kematian
manusia telah berubah kepada konsep masyarakat pre-romantic. Peningkatan di
dalam perubahan mental ini, kadangkala di kenali sebagai “dechristianization”,

3
yang telah menjadi subjek utama didalam penyelidikan oleh ahli intelektual sejarah
dan sosial bertahun-tahun lamanya.
Disini pengkaji cuba untuk menjelaskan bagaimana perkaitan antara
perubahan pemahaman terhadap kematian dan rekabentuk; bukan saja tanah
perkuburan malah terhadap konteks perbandaran itu sendiri.
Tanah perkuburan bukan sahaja mencerminkan keadaan pemahaman
sesuatu masyarakat

terhadap kematian; malah, senibina dan lanskapnya

memainkan peranan didalam memperjelaskan idea dan pertumbuhan emosi.
Setelah 6 tahun perubahan terhadap tanah perkuburan yang berlaku secara
tidak rasmi di Perancis dan pembukaan Majlis Tanah Perkuburan yang pertama di
Paris, imej bagi tanah perkuburan telah berubah menuju kearah tiga fasa
perubahan yang ketara.
Pada fasa pertama, didapati tanah perkuburan kristian mempunyai elemenelemen tradisional iaitu; rumah penyimpanan mayat, kuburan biasa dan simbol
kristian, semua ini adalah asas bagi rekabentuk tanah perkuburan pada waktu itu.
Kemudian keperluan-keperluan ini mula berkembang secara langsung terhadap
keperluan urbanisasi. Ianya bergabung menjadi tanah perkuburan yang lebih mirip
kepada fungsi institusi hospital, rumah penyembelihan dan penjara yang semakin
di pinggirkan perletakkannya didalam lingkungan sesuatu Bandar. Berbanding
dengan elemen-elemen seperti jalan, dataran, fabrik perumahan yang telah di
rekabentuk bagi memastikan ianya mendominasi urbanisasi sesebuah Bandar.
Didalam fasa kedua rekabentuk tanah perkuburan, wawasan masyarakat
kristian terhadap kematian adalah dengan menyerahkannya kepada kekuasaan
alam semulajdi, dan berfikir kepada menifestasi ketuhanan itu sendiri. Dimana,
kuburan mempunyai fungsi didalam kontek social, seperti yang dilakukan oleh
akitek Etienne-Louis Boullee.

4
Bagi fasa ketiga pula, idea-idea dan pandangan imej taman lanskap yang
teratur di adaptasikan bagi menghormati kematian. Hasil daripada itu, memorial
atau kubur menjadi sebahagian daripada kelokan laluan di taman lanskap itu
sendiri.

Ini

bermakna

kubur-kubur

memenuhi

keseluruhan

taman

dan

koordinasinya mengikut perancangan sesebuah taman.
Konsep ini lebih dikenali sebagai ‘field of rest.’ Lokasi bagi rumah
penyimpanan mayat yang menjadi aspek utama didalam kematian manusia tidak di
terapkan pada rekabentuk ini.
Kesimpulannya, dari ketiga-tiga fasa jelas sekali penghormatan kepada isuisu sosial kemasyarakatan lebih diutamakan; ia juga telah menerangkan
kepenggunaan tanah perkuburan sebagai mencerminkan tahap sosial sesebuah
masyarakat itu sendiri.

1.3 PERMASALAHAN DAN ISU

Berpandukan daripada petikan ringkas sejarah awal perkembangan
rekabentuk tanah perkuburan tadi, dapatlah di simpulkan bahawa tanah
perkuburan bukan sahaja sebagai tempat untuk mengebumikan mayat atau
jenazah malah ia mampu membawa peranan yang lebih penting daripada itu.
Identiti tanah perkuburan yang negatif masih lagi kekal bermain diminda
masyarakat tempatan. Tanah perkuburan dilihat sebagai sebuah kawasan yang
menakutkan, yang akhirnya menjadikan ianya sunyi, sepi dan tidak berpenghuni.
Malah akibat tanggapan yang kurang bijak ini menjadikan tanah perkuburan jarang
di kunjungi kecuali pada hari-hari tertentu sahaja. Akibatnya banyak tanah
perkuburan sekarang dibiarkan tanpa diselenggara dengan baik. Dimanakan
letaknya penghormatan kita kepada simati? Apakah kita rela perkara sebegitu
berlaku ke atas kubur keluarga sendiri, nenek, ayah atau ibu, kakak atau abang
dan adik serta anak, kita?

5
Adakah masalah ini berpunca daripada persepsi masyarakat ataupun
rekabentuknya yang membuatkan ianya begitu? Jelas kedua-duanya adalah punca
sebenar kegagalan fungsi tanah perkuburan sekarang.
Isu kedua yang akan diketengahkan ialah mengenai kekurangan tanah yang
melanda di beberapa buah negara kecil dan padat seperti Singapura, Hong Kong,
Jepun dan Mexico. Rata-rata setiap inci tanah yang terbentang di negara tersebut
adalah cukup berharga dan ia perlu di gunakan dengan sebaik mungkin. Namun,
tidak mustahil masalah yang dihadapi di negara terbabit boleh berlaku keatas
Malaysia yang keluasannya hampir sama dengan negara Jepun. Walaupun bukan
sekarang atau 20 tahun akan datang tetapi ia akan berlaku suatu hari nanti.
Apabila dilihat daripada keadaan geografi Malaysia yang terbahagi kepada 2 iaitu
Semenanjung dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak; memungkinkan
situasi begini terjadi. Masakan kita mahu jasad ahli keluarga kita disemadikan di
Sabah dan Sarawak yang terletak beribu-ribu batu, sedangkan kepadatan
penduduk di semenanjung sudah melebihi had.
Thesis yang bertajuk Cadangan Membina Sebuah Kompleks Perkuburan
Islam Bertingkat ini akan cuba mengurai permasalahan yang bersangkutan tadi
dengan lebih terperinci dan cuba mencari jalan yang terbaik bagi menangani isuisu yang disebut diatas.

Gambarfoto 1: Kawasan kubur yang terbiar.

Gambarfoto 2: Kawasan kubur yang padat
dan menakutkan

6
1.3.1 ISU TEKNIKAL

Pada kebiasaanya isu teknikal mempunyai hubungkait secara langsung
dengan pihak berkuasa tempatan sesuatu tempat. Garis panduan akan digazetkan
sebelum ianya di sahkan sebagai sebuah undang-undang. Namun, keadaan dan
masa telah berubah mengikut peredaran zaman menyebabkan ada sesetengah
daripada dasar dan garis panduan yang ditetapkan tidak boleh diguna pakai lagi;
atau dalam erti kata lain ia perlu di pinda bersesuaian dengan keadaan semasa.
Tidak terkecuali dengan garis panduan yang telah diluluskan oleh Majlis
Negara bagi tanah perkuburan komersil pada 16 November 1995. terdapat
beberapa kepincangan yang jelas berlaku pada garis panduan tersebut, ianya
merangkumi dasar perlaksanaan, prinsip perancangan dan susun atur tanah
perkuburan.
Disini kita akan membincangkan dengan lebih lanjut dasar-dasar yang
sediada dan keberkesanannya terhadap situasi semasa di Malaysia. Walaupun
secara logiknya ianya baru 8 tahun di gazetkan dan masih baru namun tidak salah
untuk kita membincangkannya bagi mengenal pasti strategi seterusnya kearah
membangunkan tanah perkuburan yang lebih sistematik dan dapat memberi
manfaat kepada semua.
Berikut adalah dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan dalam pembangunan tanah perkuburan komersil di Malaysia:
1. Hendaklah mematuhi Garis Panduan Majlis Negara mengenai kawalan
pembangunan dan syarat syarat yang seragam bagi tanah perkuburan komersil
yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara yang ke 51 pada 16 November
1995.
2. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengawasi perancangan elemen seperti
pembinaan pintu gerbang, tempat pembakaran, tokong dan lain-lain supaya
sesuai dengan ciri-ciri kebudayaan kebangsaan.

7

3. Tanah Perkuburan hendaklah diwartakan sebagai sebahagian daripada
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
4. Tidak dibenarkan

membawa

masuk mayat

warganegara

asing

untuk

dikebumikan di Malaysia atau pembelian tanah untuk tujuan perkuburan oleh
warganegara asing.
5. Kemudahan tanah perkuburan hendaklah diambilkira dalam penyediaan
rancangan kemajuan iaitu Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan,
Rancangan Pembangunan Daerah, Pusat Pertumbuhan Desa dan dalam
kelulusan pecah sempadan serta kelulusan pelan susun atur.
6. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)
Sek 21 Laporan Cadangan Kemajuan (LCP) hendaklah mengambil kira
kepentingan

awam

berkaitan

dasar

pelaksanaan

tanah

perkuburan.

Berdasarkan kepada dasar-dasar tadi jelas disini pihak berkuasa tempatan
telah mengambilkira beberapa aspek penting dalam pembangunan tanah
perkuburan komersil seperti mengawasi elemen senibina agar lebih cenderong
kepada cirri-ciri kebangsaan dan mengambil kira kepentingan awam. Jika di lihat
dengan lebih terperinci dasar-dasar ini hanya menyentuh aspek luaran dan tidak
langsung menekankan konsep perkuburan sebagai identiti sosial.
Identiti sosial yang dimaksudkan ialah penyediaan kemudahan-kemudahan
yang menarik pengunjung datang menziarah atau datang untuk memberi
penghormatan kepada simati. Bagi merialisasikan aktiviti sedemikian beberapa
ruang sokongan perlu diwujudkan di tanah perkuburan seperti ruang menunggu
awam, surau, dan menempatkan beberapa jabatan yang berkaitan dengan
kematian seperti khairat kematian, insuran dan guaman di tanah perkuburan agar
sering dikunjungi tidak mengira waktu diamping menambah fungsi tanah
perkuburan kepada lebih luas peranannya bukan sahaja untuk menempatkan
jenazah tetapi untuk merapatkan yang hidup dengan yang mati.

8

Jadual 1: Keluasan perkuburan dan crematorium bagi orang islam, bukan
islam di Malaysia.

9

Jadual 2: Saiz kubur dan Keluasan perkuburan bagi orang islam, cina,
hindu dan kristian di Malaysia.

Berpandukan kepada kedua-dua jadual yang diambil dari garis panduan
bagi tanah perkuburan komersil di Malaysia, sebanyak 20 hektar di sediakan bagi
sesebuah kawasan yang mempunyai kepadatan seramai 200,000 orang; jadi
dapatlah di simpulkan bahawa kita memerlukan 2300 hektar bagi menempatkan
jasad rakyat Malaysia yang berjumlah 23 juta buat masa ini. Dan jumlah itu akan
bertambah saban tahun.
Jelas bahawa garis panduan yang digubal tidak mengambil kira keadaan
bagi jangka waktu yang panjang. Dengan keluasan purata setiap kubur sebanyak
8.36 meter persegi, rakyat Malaysia akan menggunakan sebanyak 192,280,000
meter persegi tanahnya menjelang 2103 hanya untuk tanah perkuburan. Jumlah ini
adalah lebih daripada separuh keluasan negara ini! Diburukkan lagi kubur yang
dibina sekarang ini adalah secara tradisional iaitu mendatar. Jadi, bagaimanakah
caranya untuk kita menyelesaikan masalah terbabit sebelum ia terjadi. Dengan

10
jarak diantara kubur sebanyak 6 kaki, adakah ianya masih relevan dibina dengan
cara tradisional.

Jadual 3: Prinsip perancangan yang dikatakan mewujudkan keserasian di
dalam sesuatu kawasan.

Mengikut dasar yang diluluskan itu lagi, kawasan perkuburan yang dibina
seharusnya ditempatkan berjauhan daripada kawasan perdagangan, pentadbiran
atau pusat Bandar. Kesesuaian guna tanah yang dimaksudkan mempunyai asas
jika dilihat dari sudut pandangan seorang peniaga, kerana sebagaimana yang kita
tahu harga tanah dikawasan bandar adalah lebih mahal berbanding kawasan
pinggir bandar. Namun adakah patut jika sesebuah kawasan tanah perkuburan
yang memang sediada di kawasan bandar sebelum ini dipindahkan semata-mata
untuk mengaut keuntungan. Masalah ini bukan sahaja tidak di sedarai malah tiada
pemangkin yang boleh menyedarkan pihak tertentu supaya ianya boleh ditangani
bersama. Sebuah kawasan perkuburan yang sememangnya sunyi di letakkan di
kawasan yang jauh lagi sunyi, mengapa? Dimanakah nilai spiritual dan
kehormatan tanah perkuburan yang mungkin telah bersemadi selama beratusratus tahun ini?
Masalah yang dibincangkan pernah berlaku keatas tanah perkuburan Holy
Innocents yang dibina bersebelahan dengan jalan utama ke kawasan Saint-Denis,
Paris. Tanah perkuburan ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan aprtmen yang
mula didirikan menjelang pertengahan abad ke 17. Masalah yang timbul adalah
berkenaan dengan tabiat buruk penduduk sekelilingnya yang gemar membuang
sisa buangan mereka di dalam kawasan perkuburan malah ia diburukkan lagi
dengan tahap pencemaran udara di Bandar Paris yang teruk pada ketika itu.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila jangkitan kuman yang berlaku dikatakan
berpunca daripada kawasan perkuburan ini. Akhirnya pihak berkuasa tempatan
memutuskan untuk memindahkan lebih 2000 kubur yang sediada ketempat yang

11
lebih baik. Siapakah yang harus dipersalahkan? Lokasi, orang awam ataupun
pihak berkuasa?
1.3.2 ISU BUDAYA

Permasalahan yang bersangkutan dengan konsep kematian di dalam
masyarakat kita sekarang adalah permasalahan budaya dan pengertiannya. Disini
kita cuba menganalisa perilaku-perilaku yang berhubungan dengan kematian.
Perilaku-perilaku ini lazimnya ditunjukkan oleh seseorang individu dan sesebuah
kelompok masyarakat.
Berpandukan kepada Oxford English Dictionary, maksud ‘attitude’ (sikap)
menjurus kepada nilai-nilai seni. Pada dasarnya ‘attitude’ ialah “the disposition or
posture of a figure in statuary or painting”, bermakna gaya atau posisi tubuh
seseorang itu boleh dikaitkan terus kepada penjelasan pemikiran mentaliti
seseorang. Daripada itu, ‘attitude’ boleh juga disamakan dengan “settled
behaviour or manner of acting, as representative of feeling or opinion” iaitu
gerak dan tingkah laku seseorang mewakili perasaan dan pemikirannya (Oxford
English Dictionary,1989, p.771).
Definasi yang diterangkan tadi menunjukkan ‘attitude’ adalah sebahagian
daripada cara menunjukkan seseorang itu wujud dan berinteraksi dengan dunia
luar. Disini, kita akan menerangkan beberapa peranan sikap-sikap ini berhubung
dengan kematian.
Menurut satu sumber kajian daripada Philippe Aries (1981) yang dijalankan
di Amerika, masyarakat disana bertanggapan tanah perkuburan adalah sebagai
sebuah ‘public square’ untuk orang awam berinteraksi dan menjalankan aktiviti
sosial. Kematian merupakan satu kejadian semulajadi alam yang menakutkan dan
nilai inilah yang menjadi ciri utama kematian.
Budaya kearah kematian ini adalah sesuatu yang amat rumit untuk
diperjelaskan. Tidak menghairankan jika ianya akan menjadi lebih kompleks bila
dikaitkan dengan subjek yang bersangkutan kepada asas kehidupan manusia ialah
kematiannya.
Berpandukan Aries(1981), manusia yang bersikap kearah kematian yang
sebelum ini dianggap keji dan hina akan menganggap kematian adalah suatu

12
takdir dan ketentuan tuhan. Oleh itu mereka yang akan mati dan memegang
fahaman kematian tadi lebih gemar dikelilingi oleh kawan-kawan, ahli keluarga,
jiran tetangga dan ahli masyarakat yang dikenali.
Kematian adalah satu kejadian sosial yang memberi kesan secara langsung
kepada seluruh ahli didalam sesuatu komuniti, bukan saja bagi orang yang akan
mati merasainya, bahkan kematian dikongsi oleh semua lapisan masyarakat yang
berhampiran.

Jadual 4: Menunjukkan kematian mempunyai kesan terhadap
sikap seseorang dan komuniti setempat.

Disini Aries telah membahagikan kematian itu kepada lima jenis kematian
iaitu kematian diri sendiri, kematian yang akan berlaku, kematian orang lain, dan
penafian kematian oleh seseorang. Melalui kelima-lima jenis kematian ini beliau
membandingkan dengan dua keadaan iaitu sikap kepada kematian dan sikap

13
kepada simati. Hasil daripada kajian ini didapati manusia mempunyai sikap yang
berbeza-beza dalam sikap mereka menghadapi kematian dan simati. Seterusnya
kita akan melihat bagaimana sikap-sikap ini boleh dikaitkan dengan unsur yang
lebih

positif

dan

bagaimana

ia

boleh

diadaptasikan

kedalam

sistem

kemasyarakatan di Malaysia. Fakta yang dikemukakan tadi menunjukkan
kematian seseorang itu mampu mengukuhkan ikatan silaturrahim masyarakat dan
saling hormat menghormati keatas insan lain.
Dalam islam, pemahaman keatas kematian telah lama di bina sejak dari
zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Pemahaman ini tidaklah di ceritakan dengan
terperinci tetapi Rasululullah s.a.w. telah memberi contoh yang baik terhadap
budaya kematian seperti melawat ke tanah perkuburan, perbincangan secara
terbuka di tanah perkuburan dan menghormati proses ritual yang berlaku tidak
mengira agama dan bangsa seseorang itu. Perilaku dan sikap terpuji Rasululullah
s.a.w. dapat di teliti pada hadith yang telah diriwayatkan dibawah:

Jelas sekali disini budaya kematian
yang pernah wujud dahulu perlu di bina
kembali

dan

diterapkan

dengan

sempurna kepada lapisan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Bukan
sahaja ianya memberikan kesedaran
secara

spiritual

kematian

ini

malah

boleh

budaya

mempengaruhi

kehidupan

sosial

sesebuah

masyarakat

didalam

sesebuah

kawasan urbanisasi yang kompleks.
Wujudnya aktiviti-aktiviti seperti itu di

1.4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

tanah

perkuburan

menjurus
setempat.

kepada

diharap

dapat

kestabilan

sosial

14
Beberapa objektif yang ingin dicapai dalam thesis ini adalah berkaitan
dengan isu budaya dan isu teknikal yang rata-rata perlu diperbaiki demi menyahut
seruan kerajaan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Pembangunan
struktur ekonomi yang pesat sekarang tidak akan mampu memberi kejayaan yang
mutlak

jika

tidak

disusuli

dengan

pembangunan

pemikiran

dan

rohani

masyarakatnya kepada yang lebih baik sejajar dengan lunas-lunas syariat agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Diantara objektif-objektif yang ingin dicapai
adalah seperti berikut:
1. Bagi mengenalpasti masalah dan isu yang selama ini dihadapi di
kebanyakkan

tanah-tanah

perkuburan

di

Malaysia

darisegi

perancangan ruang, kepenggunaan tanah, aktiviti-aktiviti yang
berlaku dan fungsinya terhadap keharmonian sesebuah komuniti.
2. Bagi memberi nafas baru terhadap suasana tanah perkuburan dari
sebuah kawasan terpencil dan terpinggir menjadi sebuah taman
wawasan yang mampu mendekatkan yang hidup dengan yang mati
bersama-sama menilai makna kehidupan melalui kematian.
3. Menambah

fungsi

tanah

perkuburan

bukan

hanya

untuk

mengebumikan jenazah tetapi sebagai sebuah kompleks komersil
yang mempunyai sistem yang terancang bagi menyahut cabaran
negara maju menjelang 2020.
4. Membantu dalam memaksimumkan kepenggunaan tanah perkuburan
agar ianya terkawal dan bersistem terutamanya bagi tanah
perkuburan yang berada didalam sesebuah kawasan urbanisasi dan
berkepadatan tinggi seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi
negara.
5. Mewujudkan ikatan toleransi yang kukuh diantara kaum dengan
mengekalkan

kehormatan,

kepercayaan,

persefahaman

dan

keserasian melalui senibina tanah perkuburan yang mampu memberi

15
kefahaman yang jitu bagaimana sesebuah struktur masyarakat itu
berfungsi.
Tesis ini bukan sahaja cuba mengungkap strategi bagaimana untuk
membina sebuah kompleks perkuburan yang terancang malah, kajian ini juga
bermatlamat untuk memberi kesedaran betapa pentingnya peranan kematian di
dalam sesebuah kelompok masyarakat.
Kajian secara terperinci dibuat keatas setiap agama berkenaan tentang
pemahaman mereka dengan lebih jelas melalui konsep kematian dan kehidupan
dan bagaimana ianya mampu mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Melalui
analisa yang dibuat beberapa konsep persamaan wujud diantara beberapa agama
dan secara logiknya keharmonian sejagat mampu dicapai jika persamaan ini
dikongsi bersama dan dihayati.
Berpandukan kepada kaedah ritual setiap agama kita dapati setiap insan
mempunyai nilai kesucian didalam diri masing-masing dan nilai inilah yang cuba
kita bentuk bersama. Jelas sekali tanah perkuburan mempunyai masa depan yang
begitu cerah untuk dibentuk dan digilap sebagai sebuah kawasan tumpuan awam
terpenting di dalam sesebuah struktur urbanisasi.
Kajian ini juga bermatlamat untuk membuktikan bahawa teknologi moden
yang dijana sejak berdekad-dekad lalu mampu digunapakai seiring dengan
pegangan dan kepercayaan seseorang. Dasar utama sebuah tanah perkuburan
yang dibina didalam lingkungan sesebuah komuniti adalah untuk menyatukan hatihati yang masih hidup ini bersama-sama berkongsi dengan nilai-nilai estetika,
sejarah, dan sivik peninggalan insan yang terdahulu.

16

1.5 METHODOLOGI KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa peringkat dalam menentukan
methodology kajian telah dibuat dalam menyokong dan membuktikan teori-teori
berkenaan dengan senibina kematian ini. Di antara peringkat-peringkat itu ialah:
1. Mengenal pasti isu budaya dan masalah teknikal tanah perkuburan
Dengan mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi di dalam rekabentuk
perancangan

tanah

perkuburan

termasuklah

prinsip

perancangan,

susunatur tanah dan beberapa garis panduan sediada.
2. Membuat kritikan terhadap tanah perkuburan sedia ada.
Kritikan dibuat kepada beberapa contoh tanah perkuburan disekitar
Malaysia, Singapura dan beberapa contoh lain di Eropah secara mendalam
mengenai

konteks

prinsip-prinsip

yang

boleh

membantu

didalam

mewujudkan senibina kematian ini. Diantara tanah perkuburan yang
dijadikan bahan kritikan ialah Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor;
Pusara Abadi, Choa Chu Kang, singapura dan Tanah Perkuburan Holy
Innocents, Paris.
3. Mengenalpasti dan merumuskan teori kematian bagi setiap agama
Kajian dilakukan keatas teori kematian beberapa agama besar didunia
seperti Islam, Kristian, Judaism, Buddhism dan Hinduism serta teori yang
membentuknya melalui prinsip-prinsip upacara ritual kematian setiap agama
juga badan-badan yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu kematian.
4. Mengadaptasikan hadith-hadith yang pernah diriwayatkan tentang
perancangan tanah perkuburan.
Mengumpulkan hadith-hadith yang berkisar tentang tanah perkuburan;
mengkajinya dan membuat kesimpulan dengan kaedah rekabentuk yang
mematuhi

lunas-lunas

syariat

agama.

Ada

diantara

hadith–hadith

menunjukkan budaya kematian telah lama wujud di zaman Rasulullulah
s.a.w. dan ianya lebih baik daripada yang sedia ada sekarang.

17
5. Membuktikan teori senibina kematian ini dalam rekabentuk
Merekabentuk Sebuah Kompleks Perkuburan Bertingkat di Johor Bahru,
Malaysia dimana kompleks ini akan mengadaptasikan elemen-elemen yang
berkaitan apabila sesuatu kematian berlaku. Diantara elemen-elemen itu
ialah; identity, budaya kematian, pihak yang terlibat ketika kematian, nilai
kombinasi yang seimbang dan semulajadi dari segi penampilan teknologi,
bahan kemasan dan struktur dan juga nilai sesebuah masyarakat itu sendiri.

1.6 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Tesis ini merupakan satu permulaan bagi membina aspirasi senibina
kematian di Malaysia di mana ianya cuba membongkar dan menghayati nilai
konsep sebenar kematian yang terdapat di negara yang berbilang kaum ini.
Pembentukan senibina yang beridentitikan keagamaan ini adalah berlandaskan
etika, pengetahuan secara mendalam tentang teori kematian dan teori teknikal
yang berkaitan dengan kematian yang bersifat kemanusiaan dan ketuhanan, hak
kemasyarakatan dan mengambil kira konteks alam persekitaran.
Selain daripada itu, penjelasan secara jelas huraian dimana senibina
kematian adalah senibina milik manusia dan dibina menurut kehendak manusia
dan hukum tuhan. Isu utama disini adalah tentang kepenggunaan tanah yang
meruncing yang bakal berlaku di Malaysia dan bagaimana seuatu komuniti
berinteraksi dan menyelesaikan maslah ini sebelum terjadi.
Tesis ini juga cuba menggabungkan nilai-nilai rohaniah dan jasmaniah
diantara jangkauan pemikiran manusia yang terhad terhadap ketentuan hidup yang
telah ditentukan tuhan. Bagaimana teknologi yang dipersembahkan dan di
perturunkan keatas anak Adam dapat dimanfaatkan sejajar dengan keperluannya
dimasa akan datang.
Tugas sebagai khalifah dimuka bumi seharusnya dipikul dengan sepenuh
tanggungjawab hingga badan dikandung tanah. Satu permulaan pencarian kearah
membina kestabilan sosial dan memberi penghormatan sepatutnya kepada simati
tidak mengenal bangsa, agama dan taraf hidup kerana mati adalah satu lambang,
lambang disisi tuhan bahawa semua manusia adalah sama rata.