Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah

Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia dikenali sebagai Palang Merah.
Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan yang bernama
Jean Henry Dunant (1828-1910). Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva,
Switzerland dan merupakan Bapa Palang Merah Idea penubuhan persatuan ini
tercetus daripada perasaan sedih yang menyelubungi diri ketika beliau berada di
kawasan pertempuran Solferino, Itali pada Jun 1869. Beliau melihat mangsa
perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara
pada 24 Jun 1959. Pada masa itu, perkhidmatan perubatan untuk membantu dan
merawat para tentera masih belum ada lagi. Dalam perang tersebut, lebih
40,000 tentera dan orang awam telah didapati cedera dan terkorban Dengan
bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula memberi pertolongan cemas
kepada mangsa yang cedera. Inisiatif Henry Dunant ialah memberi bantuan
kepada tentera yang cedera dan sakit, memberi dan membeli ubat dan makanan
untuk diberi kepada mangsa peperangan, menukar rumah dan gereja
berdekatan kepada hospital sementara, meminta pertolongan penduduk
setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara
tentera terbabit, menggunakan kempen serta slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan
bersaudara). Slogan ini mula dikenalkan oleh seorang wanita di bandar
Castiglione delleStiviere. Akhirnya, adalah untuk membantu membebaskan

beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis . Atas
kesedaran ini, beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku kenangan
berdasarkan pengalamannya ketika menolong mangsa perang. Tajuk buku
tersebut ialah ‘A Memory of Solferino' dan buku tersebut telah dicetak dan
dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. Tujuannya adalah
untuk menyedarkan mereka tentang penderitaan yang dialami oleh mangsa
peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak
terlibat. Oleh sebab bahasa dan penceritaanya yang baik maka buku itu telah
memberi kesedaran kepada ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku itu telah
mengemukakan dua cadangan utama iaitu membentuk organisasi kemanusiaan
antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan dan mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari manamana pasukan hendaklah dibantu . Sebanyak 1600 buah buku telah dicetak dengan
wang sakunya sendiri dan diedarkan kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua
kerajaan dengan cadangan utamanya iaitu , “Sebuah organisasi neutral mesti
ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.” Cadangan Henry Dunant telah
mendapat perhatian daripada pakar undang-undang iaitu Gustave Moynier dan
beliau telah menjadikan isu tersebut sebagai topik utama dalam mesyuarat
Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari
1963. Mereka menjalankan kajian terhadap cadangan Dunant dan
mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang

daripadanya. Ahli lain ialah GustaveMoynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral
Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama
mereka berlangsung pada 17 Februari 1863 Akhirnya, pada 1863 Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk. Pada mulanya lima ahli majlis ini bertentangan

pendapat kerana mempunyai visi, perancangan, kepentingan peribadi yang berbeza
dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan
pengembaraan dan kekal dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'. Pada
Oktober 1863, 14 negara telah menyertai mesyuarat di Geneva untuk
membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'.
TanggungjawabHenry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier. Pada
1864 Parlimen Switzerland telah menyediakan satu pertemuan diplomatik dari
12 negara untuk menandatangani Konvensyen Geneva. Hasilnya, Persatuan
Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri
pada 1864. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant
dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Petugas-petugas bantuan dan
alat perubatan mereka diberi perlindungan di bawah satu lambang iaitu Palang
Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih supaya memberi
penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara
tersebut. Pada tahun 1876, berlakunya peperangan dengan Rusia dan Turki telah

menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti
oleh kebanyakan Negara Islam.

Sejarah Bapa Palang Merah Dunia
Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan telah
meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland. Beliau
seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan dan beragama Kristian aliran
Calvinisme yang kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua
Afrika, beliau melihat Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku
tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan penderitaan mangsa
perang yang merupakan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
berlaku antara tentera Perancis dengan tentera Austria. Bapanya ialah seorang
ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon.
Mereka merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya sangat menekankan
nilai sosial, banyak meluangkan masa dengan memberi bantuan kepada anakanak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan
membantu mereka yang miskin. Sejak 1836 Henry Dunant selalu mengikuti ibu
bapanya untuk melakukan kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon,
Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant telah menyaksikan
sendiri
pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian,

menubuhkan 'Thursday Association' bersama rakan-rakannya. Ia merupakan satu
pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang
menderita. Beliau meluangkan masa dengan melawat banduan di penjara dan
melakukan pelbagai kerja sukarela lain. Pada 30 November 1852, Henry Dunant
telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian
Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry mengambil
bahagian dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan
antarabangsa tersebut. Akan tetapi, pada tahun yang sama Henry Dunant
tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaannya sangat rendah. Dia
kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter. Syarikatsyarikat Henry Dunant di Algeria telah mengalami bankrap seperti firma
kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau

diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan dan masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant
meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867
meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier telah mengambil alih
tempat Henry sebagai Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.
Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia dan juga beliau juga telah
disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan
Geneva dan berputus untuk enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula

merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant.
Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi
kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour agar
wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar
1.  6.  6 separuh hutang­hutang Henry Dunant jika kawsan­kawan Dunant membayar yang 
lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Dunant pindah ke Paris dalam keadaan
papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. 
Sepanjang Peperangan Perancis­Prusia (1870­1871) dia mengasaskan Persatuan 
Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan
Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan 
mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik­konflik antarabangsa. Dia juga 
menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah 
perpustakaan. Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan 
kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan 
menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah 
Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia 
berpindah­randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia 
bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan 
bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. Pada 1887 
Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai pihak 

dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital 
yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan 
seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene, iaitu 
anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat­surat daripada Henry Dunant kepada
bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. 
Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi 
kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger 
meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada September 1895, George 
Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai 
pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya 
Henry
2.  7.  7 Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet­Fendt Prize dan pingat dari 
Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu 
sumbangan dan derma wang mencurah­curah sejak itu kepadanya. Pada tahun 1901 
Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama.
Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, 
Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 
Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan 
akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. 
Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. 

Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum. 
Ironinya, Henry Dunant dan GustaveMoynier tidak pernah berdamai. Henry Dunant 
dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam 

wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, 
pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada 
pemiutang­pemiutang. Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah /
Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. 
Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia 
dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC 
kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja­kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du 
Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa­jasa beliau.