agama sebagai mekanisme kawalan sosial

AGAMA SEBAGAI MEKANISMA KAWALAN SOSIAL

Pengenalan
Agama memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Agama tidak boleh diabaikan dalam hidup bermasyarakat khususnya dalam
konteks Malaysia kerana masyarakatnya sudah terbentuk berdasarkan
penerapan Islam sebagai asas sejak dulu lagi.
Agama mempunyai dua dimensi utama. Dimensi pertama ialah keimanan.
Aspek yang mengatur hubungan kita dengan Tuhan. Dimensi kedua ialah
dimensi sosial yang mengkehendakkan kita mengaplikasikan ajaran agama
dalam kehidupan kita agar hidup harmoni bermasyarakat didirikan.
Masalah sosial seperti perjudian, pembuangan bayi, pelacuran, ketagihan
dadah, ketagihan arak, perzinaan yang banyak berlaku pada hari ini adalah
disebabkan kelekaan mengamalkan ajaran-ajaran atau nilai-nilai murni yang
dituntut oleh agama.
Dalam konteks negara kita, hidup beragama begitu sinonim dengan hidup
bermasyarakat di negara ini. Setiap dasar yang diambil oleh kerajaan
berkaitan kehidupan setiap lapisan masyarakat mengambil kira sensitiviti
penganut agama di negara ini. Namun tidak semuanya "perfect", dalam
usaha-usaha kerajaan menjaga sensitiviti dan kemahuan semua penganut
agama, tercetus juga beberapa insiden melibatkan isu-isu kontroversi yang

menggugat sensitiviti agama.
Pengertian Agama Menurut Para Ahli
Menurut Durkheim definisi Agama adalah merupakan suatu yang padu terdiri
atau keyakinan dan praktis yang berhubungan dengan hal-hal yang suci dan
menyatukan semua penganutnya dalam satu komuniti moral yang dinamakan
sebagai umat.
Menurut Prof Dr.m. Drikarya definisi Agama adalah keyakinan adanya suatu
kekuatan supranatural yang mengatur dan menciptakan alam dan isinya.
Menurut H. Moenawar Chalil definisi Agama adalah penglibatan yang
melibatkan tingkah laku manusia dalam berhubungan dengan kekuatan
supranatural tersebut sebagai pengakuannnya.

-1-

Menurut Hendro Puspito definisi Agama adalah nilai yang mengatur
hubungan manusia dan alam semesta yang berkaitan dengan keyakinan.
Menurut Jappy Pellokild definisis Agama adalah percaya adanya Tuhan yang
maha esa dan hukum-hakamnya.
Menurut Anthony F.C. Wallace definisi Agama adalah upacara yang diberi
maksud untuk mencapai terjadinya perubahan keadaan pada manusia dan

semesta.
Menurut Hendro Puspito definisi Agama adalah merupakan sejenis sosial
yang dibuat oleh penganut-penganutnya yang bergantung kepada kekuatankekuatan non-empiris yang dipercayainya dan digunakannya untuk mencapai
keselamatan bagi mereka dan masyarakat luas umumnya.
Falsafah dan tujuan syariah atau agama banyak merujuk kepada soal tingkah
laku manusia. Manakala sains sosial moden pula yang banyak menjadi
tumpuan kajiannya juga ialah mengenai manusia sebagai individu, kumpulan
dan masyarakat. Begitu juga bagaimana memahami tingkah laku manusia itu
sebagai seorang individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya.
Menurut Dukheim, agama didefinasikan sebagai suatu “sistem kepercayaan
dan praktis yang telah dipersatukan yang berkaitan dengan hal-hal yang suci,
kepercayaan-kepercayaan dan praktis-praktis yang bersatu menjadi suatu
komuniti moral yang unggul. Dua unsur penting dalam definisi ini iaitu “sifat
kudus” dari agama dan “praktis-praktis ritual agama”. Disini menyatakan
bahawa, sesuatu agama tersebut bukan dilihat dari substansinya tetapi dari
bentuknya, yang melibatkan dua ciri tersebut. Menurut Dukheim lagi, agama
selalu memiliki hubungan dengan masyarakatnya, dan memiliki sifat yang
historis.
Perkaitan Antara Agama dan Masyarakat dilihat dari masalah ritual.
Masyarakat tradisional sangat bergantung kepada conscience collective (hati

nurani kolektif) dan agamalah yang berperanan dalam hal ini. Penyatuan
masyarakat berlaku apabila seluruh anggotanya taat kepada kepercayaan
dan mempunyai pendapat yang sama. Ritual agama yang sama diamalkan
oleh sesebuah masyarakat mampu mengumpulkan orang dalam upacara
keagamaan sesuatu kaum. Disini menjelaskan bahwa agama berfungsi
sebagai alat integrasi masyarakat dan praktis ritual secara terus menekankan

-2-

ketaatan manusia terhadap agama yang berfungsi sebagi penguat solidariti
atau penyatuan masyarakat.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama
bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga
memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi
identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik
disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang
Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang
Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di
pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang
bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

Takrif Agama
Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia
dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan
perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa
tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan
meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama
merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa
ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem
keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok
atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa –
apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada
beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu
substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi
bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan
kewujudan agama tersebut.
Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian,
Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan
Zoroastrianisme. Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif
yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang
secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti

praanimisme, animisme, fetisyme, shamanisme, dan totemisme.

-3-

Pengertian Agama Menurut Berbagai Agama
Menurut agama Hindu ialah satya, arta, tapa, brahma dan yajna bermaksud
kebenaran yang pasti. Arta adalah dharma atau perundangan aturan hidup
manusia. Diksa adalah penyucian. Tapa adalah semua perbuatan suci.
Brahma adalah doa atau mantra-mantra. Yajna adalah korban.
Menurut agama Budha ialah suatu kepercayaan atau persujudan atau
kepercayaan manusia akan adanya daya pengendalian yang istimewa dan
terutama dari suatu manusia yang harus ditaati dan pengaruh pemujaan atas
perilaku manusia.
Dalam pengertian yang lain bahwa agama adalah cara tertentu untuk
pemujaan kepada para dewa, dewa agung iaitu adanya kekuatan gaya tak
terlihat yang menguasai alam semesta.
Agama menurut agama kristian ialah segala bentuk hubungan manusia
dengan yang suci. Terhadap yang suci ini manusia tergantung, takut kerana
sifatnya yang dasyad dan manusia terbentuk kerana sifat-sifatnya yang
mempesonakan.

Menurut agama Islam pula, kata Islam berasal dari kata salam yang artinya
selamat, aman sentosa, sejahtera iaitu aturan hidup yang dapat
menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.
Agama memainkan fungsi kawalan sosial yang amat penting,ini kerana
keseluruhan agama di dunia adalah menyuruh manusia melakukan kepada
kebaikan. Dalam ajaran agama itu sendiri sebenarnya telah menggariskan
etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.
Manusia Beragama
Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah
keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat
pun di dunia ini yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama
merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden
ataupun primitif.
Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir
lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal
sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia
mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan,

-4-


kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan
pada persoalan yang sukar dijawab.
Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama
seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti
oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi
kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata – rata etnik Melayu
menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka
beragama Islam.
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk
sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung
yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga
menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan dan
perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana
kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut
yang patuh kepada ajaran agama masing – masing.
Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan
ikatan persaudaraan. Mengikut Gullick (1964) kepercayaan dan amalan yang
sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang
menganutinya dalam satu komuniti bermoral.
Definisi Kawalan Sosial

Kawalan sosial adalah sangat penting dan berperanan dalam mengawal
individu atau masyarakat supaya mematuhi norma sosial, peraturan dan
undang-undang sesebuah Negara. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff kawalan
sosial membawa maksud sebarang tindakan seseorang yang menentukan
tindakan orang lain. Berdasarkan definasi ini, kawalan sosial boleh berlaku
walau pun oleh seseorang individu, tidak terhad hanya kepada kumpulan.
Di samping itu, Amir Hassan Dawi berpendapat, penteorian sosiolagi pula
membawa maksud segala amalan dalam kumpulan-kumpulan sosial yang
yang menuruti norma-norma kumpulan berkenaan. Definasi ini jelas berbeza
dengan definasi yang pertama oleh dalam menentukan kawalan tindakan
oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, di mana Amir Hassan Dawi, lebih merujuk
kepada amalan dalam kumpulan sosial itu sendiri yang akur dengan norma
kumpulan itu sendiri tanpa menekankan kesan tindakan atau amalan tersebut

-5-

sedangkan Sharifah Alwiah Alsagoff dalam definasi beliau, lebih menitik
beratkan kepada kesan tindakan.
Manakala Joseph S.Rouchek dan Roland L.Warren mengatakan bahawa
definasi kawalan social mengandungi semua proses di mana masyarakat dan

kelompok komponennya mempengaruhi tingkahlaku seseorang ahli supaya
sesuai dengan norma kelompok. Definasi ini lebih umum dan meluas kerana
ia menekankan sebarang proses yang memberi kesan kepada amalan dan
tingkahlaku seseorang dalam menuruti norma atau kebiasaan sesuatu
kumpulan.
Secara umumnya definasi kawalan sosial adalah aspek dalam masyarakat
yang melindungi aturan moral. Kawalan sosial bermaksud percubaan
masyarakat untuk menregulasi fikiran dan kelakuan ahli masyarakat dan ia
juga member kesan yang negative kepada masyarakat.
Sementara itu, James Fulcher dan John Scott di dalam buku mereka,
Sociology, mengatakan bahawa kawalan sosial membahaskan persoalan
tentang bagaimana ketidaksamaan (inequality) dikendalikan. Ia adalah cara
yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya
supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah
laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu di mana ia boleh
bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat
formal atau tidak formal.
Selain itu, kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh
seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran
atau kesan (impak) yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah,

kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan
seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk
kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan
individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu
mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses
sosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi
norma-norma sosial yang dipercayainya.
Sementara itu, kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada
amaran serta ancaman terhadap hukuman. Rasa takut terhadap hukuman
seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan
dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah laku-tingkah laku
-6-

yang tidak diingini atau ditegah oleh masyarakat. Secara umumnya,
masyarakat tidak boleh wujud tanpa kawalan sosial.
Peranan Agama Dalam Konteks Perpaduan
Kebanyakan ahli falsafah, malah ahli rasionalis Zaman Kecemerlangan
seperti Condocet bersetuju bahawa agama, sungguhpun palsu pada suatu
ketika dahulu, mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan peribadi mahupun
sosial. Dari kaca mata ahli fungsionalis, agama mempunyai fungsi peribadi

kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat jaminan yang
metenteramkan.
Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam
ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat –
saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam
menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam menelan
kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati
nurani. Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai
asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun
bagi sesuatu bangsa dan masyarakat.
Peranan agama dilihat dalam konteks yang lebih luas adalah seperti berikut:Agama Sebagai Sumber Nilai Moral
Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan
menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual
supaya lebih bermakna. Mengikut Jesudason (1989) dengan adanya kod
etika, Protestan dapat menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri
moden di England dan Eropah Barat. Keadaan ini terjadi kerana mereka
berpegang kepada etika Protestan, iaitu percaya bahawa agama Kristian
mengharapkan penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan
menunjukkan inisiatif perniagaan. Etika Protestan juga dikatakan memainkan
peranan penting dalam membentuk pembangunan rakyat Amerika Syarikat
ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat daya usaha,
kegiatan perusahaan, dan kejayaan kewangan.

-7-

Penyatuan
Agama menjadi sangat penting bagi masyarakat kerana agama
membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan individu yang
lain sehingga munculnya masyarakat, kelompok dan sebagainya. Agama
mempunyai fungsi integratif kerana ajaran agama mengandungi nilai – nilai
pemersatuan yang ada dalam setiap doktrinnya. Upacara keagamaan
berfungsi mengukuhkan integrasi sosial dan memperbaharui solidariti
kelompok. Melalui pelbagai upacara yang diraikan, anggota masyarakat
kembali berkumpul dan membentuk solidariti organik.
Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
Perubahan sosiobudaya yang cepat tidak bererti menurunkan peranan
agama dalam pembangunan. Hal ini terbukti apabila agamawan sering
digunakan untuk memberi pengesahan program pembangunan yang tidak
mendapat sambutan daripada masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa
program pembangunan dapat segera diterima oleh masyarakat apabila
disahkan oleh ahli agama atau apabila komunikasi dan informasi
pembangunan menggunakan bahasa agama.
Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Agama merupakan salah satu faktor penting bagi pertumbuhan nasionalisme
seperti yang dibuktikan oleh Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Aziz dan
Mohammad Ainuddin Iskandar Lee (2006) dalam kajiannya di Filipina,
Indonesia dan Burma. Hal ini kerana agama merupakan identiti yang
membezakan antara penjajah dengan anak negeri. Mereka menganggap
dirinya sebagai suatu bangsa yang memiliki bahasa, sejarah, adat istiadat
dan agama yang sama sejak berabad-abad lamanya. Di Indonesia, sebelum
abad ke-20, muncul pelbagai organisasi nasionalis yang bersifat keagamaan
untuk menentang dominasi asing. Akibatnya, berlakulah Perang Jawa dan
Perang Aceh.
Di Malaysia peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan nasionalis
sebelum dan selepas kemerdekaan adalah cukup kuat. Mereka ialah
pemimpin gerakan kebangsaan dalam pertempuran melawan Inggeris. Begitu
juga di Burma, pengaruh biara Buddha (Pongyikyang) dan organisasi
pemuda Buddha (YMBA) adalah sangat besar.
-8-

Perpaduan Nasional
Walaupun agama atau ideologi merupakan satu aspek sahaja daripada
proses perpaduan, namun agama merupakan faktor yang terpenting, malah
sebagai faktor penentu. Menurut Means (1976), pembentukan negara yang
berdaulat timbul kerana faktor sentimen primordial. Agama dan etnik
merupakan dua aspek yang terpenting. Begitu juga ketika Malaysia merdeka,
masalah utama yang menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini
adalah tentang persoalan agama atau ideologi negara, iaitu Islam. Dalam
konteks ini, Islam memiliki pengalaman sejarah dalam mengelola pluraliti
seperti Piagam Madinah yang dapat menjelaskan bagaimana perjanjian untuk
hidup bersama, membangunkan masyarakat yang adil, aman dan sejahtera
berjaya dilakukan.
Peranan Agama Terhadap Masyarakat.
Secara amnya peranan agama dalam masyarakat ialah umpama membantu
dalam merawat seseorang, apabila individu telah sembuh daripada penyakit,
maka keluarganya pun sembuh dan seterusnya juga masyarakat.
Kebanyakkan penyakit dan gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan
mengikuti dan mematuhi kod moral dan etika dalam agama seperti kitab suci
Al Quran dalam ajaran Islam, Injil dalam ajaran Kristian, ajaran kepercayaan
Hindu dalam kitab Vaisya dan kepercayaan penganut Buddha dalam kitab
Nirvananya. Agama merupakan makanan yang amat diperlukan jiwa manusia
yang mana keperluan jiwa ini lebih penting dan lebih besar daripada
keperluan fizikal manusia.
Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah
disebabkan oleh peranannya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi
untuk menjaga kebahagiaan dan keharmonian, mahupun dari segi rohani dan
jasmani kehidupannya. Sebenarnya, agama memainkan peranan yang begitu
penting dalam mengasaskan pembentukkan tamadun manusia kerana
agama mampu mengubah corak kehidupan masyarakat selain
mempengaruhi cara pemikiran, pandangan dan perlakuan mereka.
Agama juga berperanan kepada masyarakat melalui ajaran dan amalan yang
membina satu sistem pendidikan.Dengan penglibatan badan-badan dan
-9-

persatuan agama bersama kerajaan memberi kesan langsung atau tidak
langsung kepada masyarakat dalam menambah pengetahuan agama dan
berpotensi dalam meningkatkan kefahaman dan keharmonian kepada
masyarakat serta saling hormat menghormati antara satu sama lain dan
dapat membina satu sistem pendidikan yang baik berasaskan sistem
pendidikan agama. Dengan ini pendidikan agama dapat menjadikan
masyarakat lebih konsisten dengan prinsip agama yang mereka anuti
disamping melatih dan mendidik masyarakat mematuhi dan mengamalkan
nilai prinsip yang baik dan harmoni. Secara langsungnya pendidikan agama
ini sebagai satu mekanisme mengawal sosial masyarakat.
Di samping itu juga agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam
masyarakat, hal ini dapat dilihat melalui adat resam masyarakat dan amalan
agama yang di praktikkan oleh masyarakat itu sendiri. Pengaruh nilai agama
jua dapat memelihara keharmonian dikalangan setiap penganut agama itu
sendiri, yang mana setiap penganutnya diseru kepada mengamal dan
melakukan perkara yang baik dalam kerukunan hidup sesama masyarakat
sekelilingnya. Selain itu juga agama berperanan memberi pandangan kepada
masyarakat dunia tentang sesuatu budaya dimana agama sentiasanya
memberi penerangan dan bimbingan mengenai kehidupan dunia dan ahkirat
serta hala tuju kedudukan manusia di dalam dunia ini. Antara lain agama juga
memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok sosial kerana sistem
agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja dari segi kepercayaan,
malahan tingkah laku kehidupan masyarakat juga dapat dipandang dan dinilai
dari perspektif yang sama.
Hampir semua masyarakat dunia dipengaruhi oleh pandangan agama atau
kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban.
Walaupun pemikiran sekular telah lama wujud, contohnya di Barat, nilai
agama masih terus bertahan dan berperanan dalam pembentukan dan
kawalan sosial masyarakatnya. Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh
agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai
masyarakat tidak akan lengkap, tanpa melihat agama sebagai antara faktor
yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah

- 10 -

negara.
Pengaruh Agama ke atas Masyarakat
Berbagai agama telah lahir di dunia ini dan membentuk suatu syariat (aturan)
yang mengatur kehidupan manusia, yang terkandung di dalam kitab-kitab
suci, baik agama samawi (yang bersumber dari wahyu Ilahi) ataupun yang
terdapat dalam agama ardli (budaya) yang bersumber dari pemikiran
manusia. Semua agama, baik samawi ataupun ardli, mengajar manusia
kearah moral atau akhlak yang mulia, berperanan dalam kehidupan manusia.
Moral atau akhlak yang mulia tersebut adalah menunjukkan manusia kepada
kebenaran sejati dan kebahagiaan hakiki dan mengatur seluruh kehidupan
manusia agar tidak terpesung dari kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Agama telah memainkan fungsi dalam kehidupan manusia, setiap
penganutnya yang kuat beragama akan mempunyai pegangan dalam akidah,
Dengan beragama sebagai anutan dan amalan hidup maka manusia secara
individu dan kolektif melaksanakan ketaatan dan kebenaran yang diturunkan
oleh-Nya dan dengan demikian juga manusia hidup dengan kerendahan dan
ketundukan kepada Tuhan serta kebenaran yang diturunkan itu. Inilah yang
menjamin kebahagiaan hakiki sebab manusia dilahirkan untuk mencapai
keabadian diri kepada Tuhan bukan untuk melakukan perkara yang sia-sia.
Agama juga telah memberikan contoh yang konkrit mengenai kisah-kisah
silam kehidupan sosial manusia pada masa lalu, yang dapat dijadikan contoh
dan tauladan yang sangat baik bagi kehidupan bermasyarakat di masa kini.
Meskipun tiada persamaannya dengan kehidupan masyarakat zaman
sekarang, namun setidaknya itu dapat dijadikan pelajaran dan pengajaran
yang berharga, misalnya agar tidak terjadi tragedi yang sama di masa yang
akan datang serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
mengelaknya berulang kembali. Agama mempunyai peraturan yang mutlak
yang perlu dilaku atau diamalkan bagi segenap manusia, dalam semua
tempat dan waktu. Secara terperinci agama memiliki peranan yang
menyeluruh dalam kehidupan yang dapat dilihat dari aspek kepercayaan
(religious), kejiwaan (psikologis), kemasyarakatan (sosiologis), hakikat
kemanusiaan (human nature), asal usulnya (antropologis) dan moral (ethics).

- 11 -

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebabkan
konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis dalam kehidupan sosial
kemanusiaan.
Dari aspek kepercayaan (religious), agama menyedarkan manusia, siapa
penciptanya. Faktor keimanan juga mempengaruhi kerana iman adalah dasar
agama. Secara antropologi, agama memberitahukan kepada manusia
tentang siapa, dari mana, dan mahu ke mana manusia. Dari segi sosiologi,
agama berusaha mengubah manusia dari berbagai bentuk kegelapan,
kekurangan, kemiskinan dan kemunduran. Agama juga menghubungkan
masalah ritual ibadah dengan masalah sosial. Secara psikologi, agama
mententeramkan, menenangkan, dan membahagiakan kehidupan jiwa
seseorang. Dan secara moral, agama menunjukkan nilai dan norma-norma
yang baik dan buruk, dan mendorong manusia berperilaku baik yakni akhlak
yang mulia.
Fungsi agama juga sebagai pencapai tujuan kesejahteraan manusia di dunia
ini, yaitu cita-cita manusia untuk mendapatkan kesejahteraan zahir dan batin.
Pengertian yang lebih umum fungsi agama dalam kehidupan masyarakat
adalah sebagai penguat penyatuan (solidarity) masyarakat. Seperti yang
diungkapkan oleh Emile Durkheim, bahawa saranan-saranan keagamaan
adalah lambang kemasyarakatan, bersumber pada kekuatan yang dinyatakan
berlaku oleh masyarakat secara keseluruhan bagi setiap anggotanya, dan
fungsinya adalah mempertahankan dan memperkuat rasa solidariti dan
tanggongjawab sosial.

Semua agama, Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian mengalami keadaan
di mana ianya diheret dalam kancah konflik, sedangkan semua agama ini
menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia.
Keadaan ini berlaku kerana ada dikalangan manusia yang rendah moralnya
mengambil kesempatan dalam masyarakat. Mereka berusaha mengambil
kesempatan, sesuatu yang amat sensitif daripada masyarakat iaitu nilai
agama bagi mencetuskan kekecohan demi memenuhi kepentingan agenda
tersembunyi mereka. Agenda sebenar mereka mungkin penguasaan politik
- 12 -

atau pemerintahan, ekonomi atau pun wilayah. Hakikatnya, kestabilan dan
keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara
keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.
Penguatkuasaan dan Hukuman
Dalam kehidupan bermasyarakat, agama memiliki fungsi yang kukuh, yakni
sebagai salah satu sumber hukum atau dijadikan sebagai panduan. Agama
telah mengatur bagaimana gambaran kehidupan sosial yang ideal, yang
sesuai dengan fitrah manusia. Agama juga merupakan satu faktor dalam
pembentukan kelompok manusia. Kebanyakan agama di dunia ini
menyarankan kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya
telah menggariskan panduan dan kod etika yang wajib dilakukan dan dipatuhi
oleh penganutnya. Panduan dan etika agama inilah diguna pakai sebagai
satu mekanisme yang memainkan fungsi peranan kawalan sosial.
Penguatkuasaan dan hukum agama mempunyai peranan sangat besar dan
kegunaan yang sangat penting sekali dalam pergaulan hidup penganut atau
masyarakat. Hal ini dapat di lihat dari ketertiban, ketenteraman dan tidak
terjadinya ketegangan di dalam sosialisasi masyarakat, kerana penguat
kuasaan dan hukum menganjur, mengatur, menentukan hak dan tanggung
jawap serta melindungi kepentingan individu dan kepentingan sosial. Dalam
hal ini adapun fungsi penguat kuasaan dan hukum agama itu dalam
kehidupan masyarakat adalah seperti mendisplinkan masyarakat dan
peraturan pergaulan hidup, menyelesaikan konflik, memelihara dan
mempertahankan hak, mengubah tingkah laku dan aturan-aturan dalam
rangka penyesuaian dengan kehendak masyarakat, serta memenuhi tuntutan
keadilan.
Tujuan utama penguat kuasaan dan hukum agama adalah untuk mengawal
selia masyarakat supaya mematuhi segala perintah dan larangan, agar
masyarakat itu sendiri berdisplin, teratur dan bertanggung jawap dalam
menjalani kehidupan hariannya. Dengan tercapainya ketertiban dan
ketenteraman dalam diri masyarakat itu, diharapkan kepentingan masyarakat
akan terlindung dalam mencapai tujuannya. Kerana penguat kuasaan dan
hukum adalah untuk memelihara hak dan tanggung jawap antara
perseorangan di dalam masyarakat dan juga mengatur cara menyelesaikan
permasalahan, konflik dan krisis yang timbul. Penguat kuasaan dan hukum
- 13 -

dalam kehidupan manusia yang semakin terus berkembang dengan seiringan
perkembangan sosial masyarakat agar terus terpelihara keamanan,
kestabilan dan keharmoniannya.
Kesimpulan.
Maka dapatlah kami simpulkan bahawa betapa pentingnya kedudukkan
agama sebagai satu mekanisme kawalan sosial masyarakat, Bahawa pada
hakikatnya agama merupakan sumber moral utama dalam kehidupan
bermasyarakat kerana di dalam agama di ajarkan akhlak yang baik dan apa
yang dilarang dan apa yang dituntutkan. Dalam kebangkitan sesuatu
peradaban, moral sangatlah penting karena suatu pembangunan tanpa moral
yang kuat akan hanya membawa kepada krisis dan konflik yang
berpanjangan.Tanpa moral dan akhlak yang baik akan mengakibatkan
sesuatu masyarakat itu terjerumus kearah kemusnahan.
Agama tidak hanya sekadar pembina moral dan akhlak semata- mata, tetapi
juga sebagai pendoman dan pendorong. Agama yang jua berfungsi sebagai
satu mekanisme kawalan sosial dalam mengisi kemajuan ketamadunan
bangsa bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan yakni pembangunan
disegala bidang, kehidupan masyarakat yang aman, adil dan makmur.
Dengan mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama
yang sesuai dengan apa yang telah tersurat dan tersirat dalam kitab suci
agama, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan terjamin.
Sebaliknya akan timbul konflik dan kemusnahan yang berpanjangan kalau
kita gagal memelihara, mematuhi apa yang diperintah dan dilarang oleh
agama.
Rujukan :
Anthony Giddens, Kapitalisme dan teori sosial modern: suatu analisis karyatulis Marx, Durkheim dan Max Weber, diterjemahkan oleh Soeheba
Kramadibrata, Jakarta: UI-Press, 1986.
Gordon H. Clark tentang Definisi Agama dan Metode Psikologi Untuk
Mendefinsikan Agama
W. Grensted, The Psychology of Religion, 15
- 14 -

Asyraf Hj. Ab Rahman, et al., 2006. Modal Insan dan Pembangunan Masa
Kini. Terengganu: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, KUSTEM.
Gullick, J. M.1964. Malaya. London: Ernest Benn.
Jesudason, J. 1989. Ethnicity and the Economy: The State, Chinese
Business, and Multinationals in Malaysia. Singapore: Oxford University Press.
Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar
Lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall
Malaysia.
Means, G.P. 1976. Malaysian Politics London: Hodder and Stoughton

- 15 -