Kesan Kemasukan Pengaruh Luar Ke Dalam M

PENGENALAN
Seperti yang kita ketahui Asia Tenggara pernah dikuasai oleh pelbagai pengaruh dari
luar antaranya ialah dari orang Inggeris, China dan India di mana telah berjaya merubah dan
melakukan transformasi terhadap segala sudut dalam pentadbiran iaitu dari segi politik,
ekonomi, dan sosial. Terdapat perubahan yang menuju ke arah kebaikan dan juga yang
sebaliknya. Pada mulanya kuasa asing ini tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap
Asia Tenggara disebabkan dalam proses untuk mendapatkan kepercayaan dan dalam proses
untuk mengenali kekuatan yang dimiliki oleh Asia Tenggara. Seterusnya kuasa asing mulai
bertindak agresif dengan menguasai bidang pentadbiran seperti memeperkenalkan sistem
Residen di Tanah Melayu. Selain itu kuasa asing dari China dan India telah mempengaruhi
masyarakat di tempat itu dengan berlakunya pembahagian kepercayaan agama sebagai
contohnya, ‘Burmese Buddhists’, ‘Hindu India dan Muslim ataupun masyarakat tempatan
yang menganuti kepercayaan ibunda.1 Selain itu, di Myanmar misalnya telah mengharamkan
persatuan Buddha sangha yang mempunyai fahaman tersendiri iaitu , a “One Nation, One
Race, One Religion” yang akan menjadi panduan digunapakai terhadap penduduk minoriti di
sesebuah kawasan.2 Kuasa asing di Vietnam iaitu missionari dari Perancis pada abad ke-16
telah membawa agama Katolik kepada beberapa Vietnam yang berhijrah ke Ayuthia namun
akhirnya telah dihalau oleh kuasa Siam dan missionary Perancis dimasukkan ke dalam
penjara.3 Kuasa asing ini kebanyakkannya datang ke Asia Tenggara untuk mengaut
keuntungan hasil bumi terhadap negara yang dijajah, untuk kepentingan masing-masing.
1


Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University
Press, 2001), Hlmn 245.
2
Zunetta Liddel, “No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma”, In
Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGO’s,
edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand:
Silkworm Books, 1999), hlmn 66-67.
3
Christoper E. Goscha, ‘La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au
Xixe Siècle: Vers Une Perspective Peninsulaire’, In Nguyen The Anh And Alain Forest, Eds,
Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions
I’harmattan, 1998.

1

2. 0 KESAN EKONOMI
Dasar Belanda
Pada abad ke-17, negeri-negeri di Asia Tenggara telah terpengaruh dengan dasar
ekonomi yang diperkenalkan oleh Belanda sampaikan menghentikan peranan dagangan aktif.

Belanda memperkenalkan dasar tesebut untuk tujuan menubuhkan sistem monopoli Belanda
terhadap proses jual beli rempah dan bijih timah di seluruh Nusantara. Untuk memastikan
dasar tersebut tercapai, Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC) telah menguasai kawasan
Betawi pada tahun 1619 dan mengawal pelabuhan-pelabuhan utama di Jawa dan pulau-pulau.
Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar yang dilaksanakan dengan penuh tipu
muslihat, antaranya ialah Dasar Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika.
Sistem kuntur merupakan sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Gabenor
Van Den Bosch pada tahun 1830 yang dilakukan di Jawa. Tanaman seperti kopi, tebu dan
tembakau dibolot oleh Belanda supaya dapat membangunkan ekonomi Belanda. Bukan itu
sahaja, orang Cina juga turut serta bersubahat dengan Belanda. Golongan liberal yang di
Belanda telah menolak sistem Belanda tersebut sehinggalah tergubalnya undang-undang yang
mewajidkan segala urusan tanah jajahan hendaklah dilaporkan kepada parlimen. Tidak lama
kemudiannya, Belanda telah mengubah sistemnya dan menukarkan sistem Kultur yang bebas.
Dasar liberal telah membuka peluang kepada pelabur Belanda untuk melabur.
Undang-undang pertanian 1870 telah dikeluarkan oleh Belanda, dimana pengusaha
dibenarkan memajak tanah kawasan Indonesia namun Belanda tetap menyimpan niat
mewujudkan sebuah Syarikat untuk memonopoli ekonomi Indonesia. Dasar liberal
diperkenalkan untuk menjaga kebajikan penduduk namun ternyata semua itu gagal kerana
sikap pemodal-pemodal yang mengeksploitasi ekonomi dan kebajikan rakyat yang tidak
terjaga. Memandangkan sistem Liberal telah gagal, sistem Etika pun diperkenalkan dan

2

ternyata hasilnya tidak sia-sia kerana melalui sistem Etika lah ekonomi Belanda dapat
mencapai kemajuan.
VOC telah menubuhkan monopoli rempah pada tahun 1918. Kejayaan Belanda
menguasai hasil pengeluaran utama Asia Tenggara itu bererti tamatnya sistem perdagangan
bebas diamalkan di rantau itu dan hilangnya persaingan antara Belanda dengan para
pedagang Asia dan barat yang lain seperti Arab dan India. 4 Apabila kedudukanya semakin
merosot, para penanam dan pekerja telah mengalami kerugian apatah lagi mereka terpaksa
menanggung harga barang mereka sendiri.

BADAN KEWANGAN
Belanda merupakan negara yang membawa banyak perubahaan ekonomi Asia
Tenggara. Belanda telah menubuhkan sebuah bank yang diberi nama Bank Jawa dimana
Belanda sendiri melabur. Johanes de Boscho dilantik menjadi Gebenor Jeneral oleh Raja
William. Gebenor Jeneral Johanes de Boscho ditugaskan untuk memikirkan jalan
penyelesaian meningkatkan kewangan Belanda dengan mengeksploitasi penduduk mengisi.
Bukan itu sahaja, selepas kemasukan pengaruh luar, insuran telah diperkenalkan kepada
masyarakat. Hal ini bertujuan untuk mendapat perlindungan sekiranya ada berlaku sesuatu,
contohnya insuran kapal.


PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH

4

Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlmn.136

3

Kemasukan pengaruh luar telah menyebabkan peningkatkan perusahaan bijih timah.
Hal ini dapat dilihat di Tanah Melayu selepas kemasukan pengaruh negara China dan British.
Pada abad ke 19, pengeluaran bijih timah dilakukan secara kecil-kecilan pada mulanya apatah
lagi negeri Perak merupakan pengeluar bijih timah yang terutama dan terbesar ketika itu.
Sebelum datangnya pengaruh luar,masyarakat melayu di Tanah Melayu menggunakan kaedah
untuk melombang bijih timah adalah melampan, mendulang yang mengambil proses yang
agak lama dan meletihkan.5 Namun keadaan berubah selepas kedatangan pengaruh China,
kaedah perlombangan telah digantikan dengan kaedah penggunaan yang lebih efektif iaitu
kapal Korek dan Pam Kelikir. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan lagi peningkatan
pengeluaran bijih timah.

Bukan itu sahaja, orang Cina juga telah memperkenalkan penggunaan stim. Hal ini
kerana, penggunaan teknologi itu dapat mencepatkan lagi proses perlombangan bijih timah
dan hasil yang banyak. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengeluaran bijih timah pada tahun
1850 adalah 6500 tan telah bertambah kepada 5000 tan pada tahun 1904 dan terus meningkat
kepada 77 tan pada tahun 1937. Peningkatan jualan bijih timah juga disebabkan oleh
kedatangan buruh Cina yang semakin ramai datang ke Tanah Melayu.
Kebiasaanya, para saudagar akan mendapatkan bijih timah di tempat galian di
kawasan pendalaman kemudiannya bijih timah akan dileburkan untuk dijadikan jongkang
yang akan dihantar ke hilir-hilir dan diperdagangkan di pelabuhan Melaka dan tempat lain.
Permintaan negara British di Great British terus meningkat bahkan telah menguasai pasaran
bijih timah. Kerajaan Great British terus berusaha untuk mewujudkan suasana yang
menyenangkan dalam perlembangan kedua-dua pihak iaitu Eropah dan Asia. Bijih timah
mendapat permintaan yang tinggi untuk perindustrian makanan. Walaupun usaha telah

5

Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi Sehingga 1970. Selangor Darul Ehsan.
Penerbitan Multimedia.hlmn. 23

4


dijalankan, terutama dalam bentuk undang-undang perlombangan tetapi dari segi
penguatkuasaan diberikan kepada orang Eropah.6

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI BARU
Selepas kemasukan pengaruh luar, kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah
perkembangan teknologi baru. Perkembangan teknologi yang dimaksudkan ialah kepakaran
dalam membuat kapal yang lebih berteknologi. Kapal yang mempunyai keluasan yang besar
dan lebih tahan lasak untuk menghadapi lautan yang tidak menentu. Bukan itu sahaja,
penggunaan kompas, peta perjalanan lautan yang lebih tepat dan ilmu terhadap pergerakkan
angin dan pengairan. Kemudahan yang ada pada kapal inilah yang memudahkan para
penggembara untuk mengembara dan memudahkan meluaskan kuasa ke atas negara asia
tenggara.
Bukan itu sahaja, pengenalan kaedah dan teknik penanaman juga merupakan kesan
ekonomi selepas kemasukan pengaruh luar. Ianya dapat membantu meningkatkan lagi
pengeluaran tanaman untuk pengusahaan gula. Tanaman tebu sangat terkenal di Thailand dan
merupakan tanaman utma negara tersebut. Pada mulanya ekonomi Thailand yang berdasarkan
tebu ini telah jatuh tetapi mampu diselamatkan oleh penjajah barat dengan memperkenalkan
kaedah dan teknik yang baru.


DASAR TUTUP PINTU
6

Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hlmn.380.

5

Selepas Sepanyol menguasai Filipina, Filipina sukar untuk mengembangkan
ekonominya. Hal ini berpunca dari dasar yang diamalkan oleh sepanyol iaitu dasar tutup
pintu pada abad ke-16 hingga ke-18. Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini telah
menghalang sesiapa sahaja pedagang untuk singgap di Filipina. Pada tahun 1828, Sepanyol
telah mengistiharkan bahawa para pedagang dilarang untuk menjalankan perniagaan di kedai
runcit dan tidak dibenarkan untuk memasuki wilayah Sepanyol. Sepanyol melakukan
pengistiharan hanya untuk menguatkan lagi kedudukan ekonomi negara mereka.
Walaupun telah pelbagai dilakukan untuk menggubal undang-undang untuk
menghalang kemasukan orang asing ke Filipina namun tidak berjaya dilakukan. Hal ini
kerana, ekonomi dibuka semula pada tahun 1834. Amerika Syarikat telah masuk campur
tangan dalam perdagangan dengan mengaut banyak keuntungan dari pedagangan tersebut.

PENINGKATAN TANAMAN GETAH

Pembukaan kawasan ladang getah telah disumbangkan oleh kemasukan orang India
yang tinggal di kebanyakkannya estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit.
Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19;apabila pembukaan ladang- ladang getah di
Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya merupakan tanaman yang semakin popular
pada ketika itu, telah merancakkan lagi pertambahan jumlah imigran India di Tanah Melayu7
Pada tahun 1897, sebanyak 345 ekar tanah getah telah dibuka di Tanah Melayu malah
pada tahun 1940 kawasan ladang getah dibuka meningkat kepada 3.5 juta ekar. Bukan itu
sahaja, disebabkan peningkatan getah yang meningkat maka ia telah menambahkan
penggunaan getah asli. Permintaan getah mendapat permintaan yang tinggi kerana
perkembangan industri pembuataan kereta dan barang-barang elektrik di Eropah sedang pesat
7

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.Hlm.176

6

ketika itu. Gedung agensi yang berkuasa di Singapura mempunyai hubungan perdagangan
yang luas, kelengkapan yang cukup umtuk mewujudkan perhubungan di antara Tanah
Melayu dengan pelabur-pelabur di Britain8.


KESAN SOSIAL
PERHUBUNGAN
Antara kesan kemasukan pengaruh luar ialah pembaharuan dari segi pengangkutan
dan perhubungan. Seperti Contoh, raja Chulalongkorn telah melakukan pembaharuan dalam
pengangkutan dan perhubungan seperti sistem pengangkutan dan sistem komunikasi yang
moden. Negeri-negeri di Asia Tenggara telah menubuhkan jabatan pos dan telegraf dan
pembentukan jabatan keretapi. Jalan keretapi telah dibina dengan bantuan kewangan luar
negeri. Misalnya pembinaan jalan keretapi di antara Bangkok dan korat yang bertujuan untuk
pengangkutan barangan. Kawalan kerajaan pusat ke atas kerajaan wilayah menjadi mungkin
dan penyatuan nasional semakin berjaya. Secara tidak langsung, sistem perhubungan ini telah
membuka mata masyarakat Asia Tenggara dalam mengendalikan jarak perhubungan di satu
kawasan dengan kawasan yang lainnya.

PENDIDIKAN

8

Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim,Malaysia Kita,Intitusi Tadbiran Awan Negara ( INTAN ), 1999.hlm.383

7


Selanjutnya, perkembangan birokrasi moden juga adalah akibat sistem pendidikan
yang semakin maju.9 Tujuan utama sistem pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk
menyebarkan agama Kristian, mengembangkan budaya luar serta mengajar bahasa luar
kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, pengajaran agama amat dititikberatkan kerana dasar
falsafah pendidikan yang ingin diturunkan kepada masyarakat Asia Tenggara. Di samping itu,
mata pelajaran yang diberi penekanan adalah bahasa luar, muzik, budi bahasa, tingkah laku
dan kajian tentang buku klasik. Contohnya sekolah Sepanyol pertama didirikan di Filipina
adalah sekolah mukim yang telah dibina oleh mubaligh-mubaligh Sepanyol.
VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) adalah suatu perusahaan dagang yang
mempunyai tujuan komersial dengan mencari keuntungan secara besar-besaran untuk
kepentingan Belanda. Namun pada abad 17 dan 18 di pengaruh dari negara luar telah
merubah segala kegiatan yang berkenaan kepada bidang pendidikan dan pengajaran
dilaksanakan oleh lembaga-lembaga keagamaan, sedangkan pemerintah tidak ikut campur
tangan langsung dalam penyelenggaraannya sehingga gereja mempunyai kebebasan yang
besar dalam bidang pendidikan. Penyelenggaraan pendidikan dan pengajaran masih
dilakukan dalam kalangan agama, tapi mereka merupakan pegawai-pegawai VOC. VOC
sangat memerlukan tenaga-tenaga pembantu yang murah dari penduduk tempatan, sehingga
penduduk tempatan tersebut perlu diberikan pendidikan untuk menjalankan tugas yang
diinginkan. Contohnya Belanda (VOC) tersebut juga menyebarkan agama Kristian-Protestan

nya dan sekolah-sekolah juga didirikan atas pola tersebut. 10
Seterusnya dari aspek pendidikan ialah. Pemerintah tempatan telah mencuba untuk
mengusahakan untuk mengadakan pendidikan moden untuk rakyat, bagi membina beberapa
buah sekolah di seluruh negara, dan memulakan sistem sekolah wajib dan menubuhkan

9

. Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.hlm.57.
Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.Hlm.11-16.

10

8

university serta member biasiswa kepada pelajar-pelajar yang pintar untuk belajar ke luar
negeri. Antara mata pelajaran yang diperkenalkan ialah sejarah, dan geografi . Dari saat itu
kepentingan pendidikan sebagai syarat memasuki perkhidmatan kerajaan diperkenalkan. 11
Oleh itu birokrasi moden dan generasi baru telah pun berkembang bersama-sama dengan
semangat patriotik dan idea moden yang dapat betul-betul memahami perbezaan antara
naungan dan negara, dan kesetiaan pada bangsa lebih daripada takhta sebenar.

KEAGAMAAN
Antara sumbangan atau kesan yang dibawa oleh pengaruh luar yang meresap ke Asia
Tengara di mana orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama budaya
dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kristian di India, Melaka,
kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal pada masa itu yang
bertujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian ialah St. Francis Xavier. Dia tiba di Melaka dari
Goa pada tahun 1545 dan mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan
Amboyna hanya untuk menyebarkan ajaran Kristian ke kawasan Asia Tengggra. Dia
merupakan orang pertama yang membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka
pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa agar para pelajar dapat diserapkan ilmu
keagamaan tentang Kristian. St Francis Xavier meninggal dunia di pulau Sanchan di kawasan
perairan China pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya telah di bawa ke Melaka dan
seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehinggalah ke hari ini.
Seterusnya dari segi sosial kerajaan Funan turut menerima beberapa pembaharuan
daripada aspek agama dan kepercayaan. Kerajaan ini telah menerima pengaruh dan perluasan
daripada India dan China. Bahasa pertuturan dan komunikasi dalam kalangan masyarakat
11

Ibid.hlm.64.

9

juga dilihat telah berlaku sedikit percampuran akibat pengaruh yang kuat daripada China dan
India pada masa tersebut.. Kesannya pengaruh daripada

India dan China dapat dilihat

melalui sistem tulisan yang digunakan, seni bina bangunan dan sebagainya. Peranan
pemerintah iaitu Raja Funan sangat besar dalam penyebaran kebudayaan yang sesuai untuk
diamalkan oleh masyarakat. Perkembangan kebudayaan dalam kerajaan Funan ini juga secara
tidak langsung mempunyai hubung kait dengan pengaruh India dan China.

SISTEM TULISAN
Antara perkara lain yang turut penting dalam aspek sosial terhadap perkembangan
kerajaan Asia Tenggara adalah sistem tulisan dan bahasa yang digunakan. Sistem tulisan dan
bahasa yang diterima oleh masyarakat Asia Tenggara turut dikatikan dengan konsep
Indianization selepas kedatangan pengaruh luar yang meluas. Pada abad kedua, nama dan
tajuk dalam bahasa Sanskrit digunakan bagi penghasilan sesebuah utusan.12 Hal ini secara
tidak langsung telah bermulanya pengaruh bahasa Sanskrit di kerajaan Asia Tenggara
sehingga tersebar meluas kepada masyarakatnya. Menurut catatan Kang Tai pula, kerajaan
Asia Tenggara mempunyai pelbagai buku dan arkib. Tulisan yang digunakan bagi
penghasilan naskah tersebut menyerupai tulisan orang Hu yang menetap di bahagian tengah
Asia yang menggunakan tulisan India iaitu tulisan dan bahasa Sanskrit. 13 Keadaan ini
membawa kepada ke arah tulisan dan bahasa Sanskrit menjadi antara kebudayaan yang
penting di Asia Tenggara.
KESAN DARI ASPEK POLITIK
12

L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk. New York London, England.
Hlm.
25-26
13
D. G. E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian
Pelajaran
Malaysia. Hlm. 37, 43-44.

10

Sebelum kedatangan pengaruh Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan
sistem pemerintahan beraja. Namun, setelah kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara,
sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sisitem pemerintahan beraja.
Antara ciri umum yang terdapat dalam sistem Birokrasi Barat ialah penubuhan kerajaan Pusat
hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan, perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua
pentadbir di tanah jajahan, perlaksanaan pentadbiran melaui biro ( jabatan ), pelantikan
pegawai Barat sebagai ketua Biro dan juga pengenalan undang-undang Barat.14
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang
dikenali sebagai barangay dimana diperintah oleh golongan datu.15 Di selatan kepulauan
Filipina pula, wujud kerajaan-kerajaan Islam. Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol
kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran pusat dimana Gabenor Jeneral sebagai
peemerintah tertinggi. Kemudian, akan dibantu oleh ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir
wilayah dan dibawahnya pula ialah Gabenor Kecil yang merupakan pentadbir bandar.
Penjajahan bangsa Eropah ke Asia Tenggara termasuk penjajahan Sepanyol (1565-1876) atas
Filipina tentunya bukan hanya bertujuan memperoleh kemenangan secara ekonomi dan
perluasan kekuasaan, melainkan juga mempunyai misi menyebarkan agama kristian ( Gold,
Glory, Gospel ).16 Sementara di peringkat tempatan pula, dilaksanakan Sistem Encomienda
dimana diketuai oleh Encomiendero dan dibantu oleh Encomienda ( gabungan barangaybarangay). Penyatuan barangay ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap
sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang
berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut
14

http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistem-birokrasibarat.html
15

http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/

16

Cesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam di Filipina.

LP3ES. Hlmn 13.
11

diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan
tempatan pula, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah. Setelah menguasai Indonesia,
Belanda kemudiannya membahagikan pentadbiran kepada dua pentadbiran iaitu pentadbiran
pusat dan pentadbiran tempatan. Berikut merupakan perubahan yang diperkenalkan oleh
kuasa Barat dalam pentadbiran tempatan Indonesia ;
Ciri – ciri
Pentadbiran Pusat
Pentadbiran Tempatan

Perubahan
Diketuai oleh Gabenor Jeneral.
Dikendalikan oleh pembesar

tempatan

Penubuhan Jabatan Kerajaan

dengan pengawasan pegawai Belanda.
Antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan

Penubuhan Dewan Tempatan

Pertanian.
Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi

Penubuhan Volksraad

tiada kuasa perundangan.
Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap
sebagai

satu

langkah

ke

arah

kemerdekaan.

Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sisitem pemerintahan beraja di
bawah Dinasti Konbaung. Raja merupakan penanung kepada sami Buddha. Raja-raja
konbaung dipercayai mempunyai daulat yang tinggi.17 Kemenangan British dalam PerangInggeris Burma III telah membolehkan British menguasai seluruh Burma. Penguasaan British
terhadap Burma telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir dan
jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus. Keadaan ini telah menjadikan
British sebagai pemerintah tertinggi Burma. Pengenalan Akta Kampung, Ulu Burma 1887
dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus pentadbiran tradisional.
Pentadbiran daigrah diambil alih oleh Myo-ok ( pegawai bandaran ) dan sistem undangundang Barat diperkenalkan. Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja
sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat. Majlis
17

http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-1.pdf

12

Perundangan telah diperkenalkan. Beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan
kesihatan dan jabatan pelajaran juga ditubuhkan.
Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh kerajaan
pusat yang berkuasa mutlak dimana yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan mandarin di Vietnam
dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Golongan ini dipilih melalui
peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. Selepas dikuasai Perancis,
pentadbiran di Indo-China diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab
terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Perancis juga telah membentuk sebuah
kerajaan pusat pentadbiran dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua rang undangundang di Indo-China diluluskan oleh Parlimen Perancis. Walaupun begitu, pentadbiran
kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai
dan menyediakan kerahan tenaga.
Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Namun, setelah penaklukan Portugis di Melaka, ianya telah
meruntuhkan institusi raja di Melaka. Semasa pemerintahan Belanda pula, institusi raja ini
terus terhapus. Kemudiannya semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS). Gabenor merupakan
pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri
tersebut. Pentadbiran di peringkat kampung pula, peranan penghulu masih dikekalkan.
Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB ) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan, Briish telah memperkenalkan Sistem Residen. Di Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor pula, British
memperkenalkan Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah

13

Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan
dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain itu,
British turut memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat,
pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan
penubuhan balai polis. Walaupun stuktur pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu tidak
berubah, namun peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.
Di Thailand, birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkot dan Raja
Chulalongkorn. Raja Mongkot telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai
pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan
pelabuhan serta polis dibawa dari Britian. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masingmasing dari Amerika Syarikat dan Perancis. Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan
Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari
Britian telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pada tahun 1932,
sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan
sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar
tradisional dan institusi raja.
Selain itu, penentangan yang dilakukan oleh masyarakat pribumi juga merupakan
salah satu kesan penjajahan dari aspek politik. Terdapat banyak penentangan yang dilakukan
oleh masyarakat tempatan apabila kuasa Barat mula masuk campur dalam hal ehwal politik
tempatan. Di Indonesia misalnya, pemberontakan demi pemberontakan telah tercetus.
Penentangan terhadap Belanda yang paling berkesan ialah Perang Kawa dimana berlaku
antara tahun 1825 hingga 1830. Perang ini berlaku disebabkan oleh timbulnya perasaan tidak
puas hati masyarakat tempatan terhadap dasar-dasar Van Der Capellan seperti perbatalan
kontrak sewa tanah, pengenaan cukai, perasaan tersinggung Dipo Negoro dan lain-lain lagi.

14

Sementara di China pula, telah tercetusnya Pemberontakan Boxer yang berlaku antara
1899 hingga 1900. Pemberontakan ini bertujuan untuk mengusir keluar orang asing dan
membunuh orang Cina yang memeluk agama Kristian. Pemberontakan ini meletus akibat
perasaan tidak puas hati orang Cina dengan kuasa Barat yang telah mencerobohkan negara
Cina sejak pertengahan abad ke 19 lagi. Ini ditambah dengan kekalahan Cina dalam Perang
Candu 1 dan 2. Selain itu, kedatangan pengaruh Barat ini juga telah mengurangkan
permintaan terhadap barangan tempatan.
Manakala, di India pula, disebabkan berlakunya pembahagian wilayah India oleh
British pada abad ke-19 telah menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Gabenor Jeneral
India telah melaksanakan pembaharuan dalam bidang sosial, politik dan kebudayaan dan
telah menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada 1857. Dahagi India merupakan
pemberontakan tentera atau sepoi menetang pemerintahan di India.
Di samping itu, aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya ditadbir oleh
orang tempatan telah diambil alih oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam
bidang pentadbiran ini adalah selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai
dengan anggapan mereka bahawa sistem masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan
tidak sesuai digunakan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah
melaui secara langsung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh
orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan
dilantik semata-mata bertujuan bahwa penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai
kepimpinan mereka. Wujud juga persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalan usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia
Tenggara.
15

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kedatangan pengaruh asing ke Asia Tenggara telah
menyebabkan perubahan yang drastik terhadap negara yang dijajah. Sebagai contoh kesan
pengaruh Hinddu-Buddha dari segi politik ialah wujudnya kuasa dan hukuman yang berbeza
terhadap masyarakat menurut kelas yang diwakili. Seterusnya kesan pengaruh Cina pula,
telah menyebarkan ajaran Confusius iaitu merupakan sistem etika yang telah diserap dalam
pentadbiran di Asia Tenggara. Apabila revolusi bermula di Vietnam, hua memberitahu
generasi muda, bahawa kepimpinan mestilah bermula daripada dalam negara sendiri. Tidak
seperti raja Vietnam sebelumnya, nguyen anh telah mengembara jauh hingga ke gulf di
siam18, untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mencari bantuan, tentera serta idea daripada
kawasan serantau, penguasa antarabangsa, para pedagang, para misionnari, lanun dan mereka
yang cekap dalam menggunakan senjata api.19 Kedatangan orang Inggeris iaitu British
misalnya telah menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Seterusnya British juga telah
membina balai polis, hospital, sekolah, jalan raya, telegraf serta jalan raya yang digunakan
bagi memudahkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun kedatangan
mereka ke Asia Tenggara menyebabkan masyarakat tempatan tidak bebas serta terikat dengan
kuasa yang di atas mereka, di mana mereka terpaksa membayar cukai, menyerahkan hasil
kepada pihak atasan dan sering dikerah tenaga untuk melakukan sesuatu perkerjaan. Kita
harus memandang dari dua sudut yang berbeza iaitu kesan negitif dan positif yang diperolehi
daripada kesan kedatangan orang asing ke Asia Tenggara, iaitu apa yang baik diteruskan serta
ditingkatkan lagi dan yang kurang baik ditinggalkan ataupun diperbaiki.

18

An interesting comparison in the thai case would be taksin.
On Gia Long’s Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truong’s Excellent Study, A Study Of Civil
War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp. 116-26.
19

16

BIBLIOGRAFI
Cesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam Filipina. LP3ES.
Cikgu Hj. Yasmin. (2011). Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat. Diperoleh pada April 14,
2014 daripada http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistembirokrasi-barat.html
Christoper E. Goscha, 1998. ‘La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au

17

Xixe Siècle: Vers Une Perspective Peninsulaire’, In Nguyen The Anh And Alain
Forest, Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est,
Paris: Editions I’harmattan.
Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi Sehingga 1970.
Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia.
Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam Negara
(INTAN).
Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.
Hairudin Tajudin. (2010). Kesan Penjajahan Sepanyol dan Amerika ke atas Filipina.
Diperoleh

pada

April

14,2014

daripada

http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/kesan-penjajahan-sepanyol-danamerika.html
( Tiada nama penulis). (2012). Sejarah Tingkatan Lima. Diperoleh pada April 14,2014
daripada http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/
Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala
Lumpur.
L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk. New York
London, England.
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.
On Gia Long’s Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truong’s Excellent Study, A
Study Of Civil War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp. 116-26.

18

Thant Myint-U, 2001. The Making Of Modern Burma(United Kingdom:
Cambridge University
Press,).
Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.
Zunetta Liddel, 1999. “No Room To Move: Legal Constraints On Civil
Society In Burma”, In
Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for
international NGO’s, edited by Burma center Netherlands(BCN) &
Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books,

19