PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SECARA INKLUSIF

PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SECARA INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN DENGAN RUJUKAN KEPADA BAHASA MELAYU

Salinah Jaafar Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya Kuala Lumpur

b1salina@um.edu.my

Abstrak

Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dia dilahirkan sehinggalah dia pandai berkata-­‐kata. Atau dengan kata lain bahasa yang dipelajari dari ibubapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi seharian. Terdapat pelbagai bahasa ibunda yang boleh dikenal pasti di negara ini, antaranya seperti bahasa Melayu (termasuk juga dialek-­‐ dialek bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Penang, Negeri Sembilan dan Johor), bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa-­‐bahasa daerah yang dituturkan di Sabah dan Sarawak. Pelbagai idea dan pendapat dihasilkan oleh pengkaji bahasa mengenai penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan. Ramai yang mengatakan bahawa mutu pencapaian dan penerimaan pelajar yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda lebih baik berbanding dengan pendidikan yang dibuat menggunakan bahasa lain. Kertas ini akan membicarakan penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan kepada bahasa Melayu.

Kata kunci: bahasa ibunda, bahasa Melayu, pendidikan, inklusif, negara.

PENGENALAN

Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa ibunda sesebuah negara kerana pengajaran dalam bahasa tersebut dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar. Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-­‐Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. i Merujuk kepada Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 tercatat bahawa dalam sistem pendidikan di Malaysia terbentuk dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan kebangsaan dengan matlamat akhir ialah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sejak merdeka negara Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah bertujuan untuk melengkapi falsafah pendidikan kebangsaan yang berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. ii

Kamarudin Hj Kachar (1989) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-­‐individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Mohd Amin Arshad (2005 :13) mengatakan istilah bahasa Melayu tinggi itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa rendah. Di kalangan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standard.

Pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan telah dijalankan oleh pelbagai agensi pendidikan sama ada yang bersifat kerajaan mahupun bukan kerajaan. Norhashimah Jalaludin (2003) yang mengkaji penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mendapati bahawa terdapat masalah dalam kalangan guru yang mengajar dan juga minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut menurun. Shaharir Mohd Zain (2005) mengatakan terdapat kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelajar (terutamanya peringkat sekolah rendah) akan dapat menerima pelajaran dan pengetahuan dengan lebih mudah dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah banyak dikaji oleh pengkaji-­‐pengkaji tempatan. Isahak Haron (2007) yang telah membuat kajian terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dan menengah telah mendapati bahawa pertukaran dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris telah menyukarkan pelajar mempelajari dua mata pelajaran tersebut. Prestasi pelajar bagi kedua-­‐dua mata pelajaran tersebut merosot dan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga tidak meningkat. Datok Abdul Raof Hussin yang mengetuai penyelidik dari UPSI juga turut melaporkan bahawa dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris hanya mampu meningkatkan sebanyak 4 peratus sahaja penguasaan bahasa Inggeris, tetapi minat terhadap memahami mata pelajaran Sains dan Matematik merosot. Kajian tersebut telah merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris untuk pemerolehan ilmu telah melunturkan semangat, minat dan keinginan murid-­‐murid terhadap subjek Sains dan Matematik sejak dari sekolah rendah lagi. Oleh sebab itu kertas ini akan membicarakan tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam inklusif pendidikan di Malaysia dan juga meneliti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

FUNGSI BAHASA MELAYU

a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah termaktub dalam dasar pendidikan negara Malaysia. Dasar pendidikan negara telah menggariskan bahawa pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi (selain daripada kursus bahasa asing dan bahasa Inggeris) harus diajar menggunakan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah dicatat dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi-­‐institusi pendidikan tinggi swasta mengalami pengubahsuaian atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Seksyen 2 dalam Akta Pendidikan 1996 jelas mengatakan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, Seksyen 17 (1) telah memberi satu kelonggaran dengan memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sesebuah institusi pendidikan. Kelonggaran tersebut tertakluk kepada asas penubuhan universiti swasta tersebut.

b) Bahasa Melayu bahasa perpaduan.

Asmah Omar (2008) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan atas peranan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu. Bahasa pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Semua sekolah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, malah institusi-­‐instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, dalam Penyata Razak 1957 dinyatakan bahawa bahasa Melayu harus dijadikan asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Ini juga berkaitan dengan pendapat Garvin & Mathiot (1968) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu Asmah Omar (2008) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan atas peranan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu. Bahasa pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Semua sekolah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, malah institusi-­‐instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, dalam Penyata Razak 1957 dinyatakan bahawa bahasa Melayu harus dijadikan asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Ini juga berkaitan dengan pendapat Garvin & Mathiot (1968) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu

Bahasa pengantar utama yang sama di sekolah-­‐sekolah juga akan merealisasikan hasrat negara Malaysia yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. Seperti mana yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak memadai untuk menyatupadukan rakyat. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Hasrat kerajaan untuk melihat rakyat bersatu padu, terutama dalam pelaksanaan konsep 1Malaysia memerlukan satu bahasa yang sedia ada iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara setiap golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda, yang berpangkat mahupun tidak.

Seperti yang kita ketahui asas dalam pembentukan perpaduan itu harus dipupuk sedari awal, iaitu bermula dari kanak-­‐kanak sehinggalah seseorang dewasa. Bagi membentuk rasa cintakan negara dan bangsa Malaysia, kanak-­‐kanak dari peringkat prasekolah, sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi perlu memahami dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Ini kerana dalam budaya yang berbilang kaum, bahasa Melayu adalah wadah utama bagi rakyat Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu bukan saja dipelajari sekadar untuk melayakkan diri masuk ke pusat pengajian tinggi ataupun sebagai syarat untuk melayakkan diri mendapat bantuan kerajaan, tetapi sebaliknya harus dijadikan bahasa utama dalam menyatupadukan warganegara yang berbilang kaum ini.

c) Bahasa Melayu bahasa ilmu.

Sejak dari zaman dahulu lagi bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan dan menjadi lingua-­‐franca. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu sejak Tanah Melayu mula kenal ilmu pengetahuan, bermula dengan bahasa kuno, menjadi bahasa klasik sehinggalah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa moden, bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Sungguhpun nilai dan taraf bahasa Melayu dilihat mengalami kemerosotan pada zaman Sejak dari zaman dahulu lagi bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan dan menjadi lingua-­‐franca. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu sejak Tanah Melayu mula kenal ilmu pengetahuan, bermula dengan bahasa kuno, menjadi bahasa klasik sehinggalah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa moden, bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Sungguhpun nilai dan taraf bahasa Melayu dilihat mengalami kemerosotan pada zaman

d) Bahasa Melayu bahasa komunikasi.

Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan akan dapat mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.

e) Lingua-­‐franca

Bahasa Melayu ialah lingua-­‐franca di rantau Melayu dan Indonesia. Sejarah Melayu menceritakan bahawa para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Berdasarkan penelitian dan kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua-­‐franca atau bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke – 15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Melaka telah berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas di rantau ini. Pada ketika itu bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah

British, Portugis dan Belanda (Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007 ). Surat-­‐ surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu sebagai dengan menggunakan tulisan Jawi. Dokumen-­‐dokumen berkenaan boleh kita temui dalam undang-­‐undang tubuh bagi negeri-­‐negeri Melayu juga menggunakan bahasa Melayu dan ditulis menggunakkan tulisan Jawi.

f) Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian,

sebagai bahasa komunikasi, dan bahasa persuratan maka telah dipersetujui dan disepakati oleh peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN

Pelbagai langkah dan kaedah pelaksanaan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan boleh dilihat melalui fungsi bahasa Melayu itu sendiri dalam perlembagaan Malaysia. Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012 (57-­‐59), Kementerian Pelajaran Malaysia telah meletakkan satu garis panduan dalam perkara 38 terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan iaitu seperti berikut:

38.0 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (Mbmmbi)

38.1.1 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermaksud mengangkat martabat bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, 38.1.1 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermaksud mengangkat martabat bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya,

38.1.2 Tujuan utama Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa.

38.1.3 Tujuan utama Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) adalah supaya bahasa komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

38.1.4 Matlamat MBMMBI adalah untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

38.1.5 Penguasaan murid dalam kedua-­‐dua bahasa tersebut diharapkan berada pada tahap tinggi. Penguasaan bahasa ialah penguasaan secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.

38.2 Pernyataan Dasar

38.2.1 Memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.

38.2.2 Memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dengan fasih dan betul.

38.3 Strategi Pelaksanaan

38.3.1 Mengangkat martabat BM dengan menggunakannya secara meluas dan berkesan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.

38.3.2 Memperuntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran BM dan BI di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan 38.3.2 Memperuntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran BM dan BI di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan

38.3.3 Memperkukuh penguasaan asas kemahiran berbahasa murid melalui pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apresiasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem bahasa. Aktiviti ini disokong dengan bahan bacaan estetika seperti sastera kontemporari kanak-­‐kanak, bahan program awal berstruktur dan bacaan ekstensif yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang indah dan berkualiti.

38.3.4 Memastikan BM dan BI diajarkan oleh guru mengikut opsyen sepenuhnya. Sementara guru bukan opsyen BM dan BI akan ditempatkan semula mengikut keperluan opsyen di sekolah. Guru-­‐guru bukan opsyen juga akan diberikan kursus tambah opsyen.

38.3.5 Meningkatkan kapasiti guru melalui pelaksanaan latihan guru praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan.

38.3.6 Menggunakan khidmat penutur jati BI sebagai jurulatih utama kepada pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan guru di sekolah. Di samping itu perkhidmatan guru BI yang telah bersara diambil secara kontrak bagi menampung kekurangan guru BI.

38.3.7 Memperluas perkongsian dan jaringan guru hingga ke peringkat global sebagai satu mekanisme guru berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan melalui forum/seminar/persidangan antarabangsa.

38.3.8 Memperluas integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM dan BI.

38.3.9 Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan perkakasan dan perisian TMK supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa.

38.3.10 Meningkatkan penguasaan BM dan BI murid melalui program peningkatan minat dan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa. Penyertaan menyeluruh murid dalam aktiviti pengucapan awam seperti ucapan, syarahan, pidato, choral speaking, perbahasan dan kepengacaraan.

38.3.11 Memartabatkan sepuluh buah IPGM sedia ada sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Malaysia (PKBM) dan Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) bagi latihan dan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Lima buah PKBM ialah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur; IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang; IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak; IPG Kampus Ipoh, Perak dan IPGM Kampus Kent, Sabah. Manakala lima buah PKBI ialah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu; IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak; IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; IPG Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.

38.3.12 Memantapkan kerjasama pintar dengan agensi luar dalam meningkatkan bilangan program atau aktiviti bahasa yang menarik.

Dua belas (12) strategi yang disediakan oleh kerajaan dalam Dasar pendidikan 2012 di atas jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mencari jalan dan menyediakan kaedah-­‐kaedah tertentu dalam memastikan bahasa Melayu mampu mendukung falsafah pendidikan negara dan secara tidak langsung mampu menjadi bahasa ilmu di dalam pendidikan secara menyeluruh. Dengan adanya strategi tersebut dan juga pelaksanaan yang mengikut garis panduan yang disediakan tidak mustahil penggunaan bahasa Melayu secara inklusif dalam pendidikan boleh menjadi wadah dan wahana untuk memandaikan warganegara Malaysia.

Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-­‐lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-­‐lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu

Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara slogan yang dapat menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan khususnya pihak kerajaan.

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Awang Sariyan (2006) mengatakan bahawa usaha-­‐usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala, Berdasarkan pendapat tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-­‐dua konsep ini dapat digabungkan nescaya Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Awang Sariyan (2006) mengatakan bahawa usaha-­‐usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala, Berdasarkan pendapat tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-­‐dua konsep ini dapat digabungkan nescaya

KEKANGAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN

Sungguhpun telah jelas bahawa untuk memandaikan anak bangsa, pengajaran dan pembelajaran haruslah dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda, namun terdapat juga kekangan yang terpaksa dihadapi disebabkan oleh faktor-­‐faktor tertentu, antaranya ialah:

i) Pengaruh Bahasa Inggeris

Pemodenan telah membawa pengaruh globalisasi secara menyeluruh ke seluruh dunia. Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai wadah kemajuan globalisasi atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula mengabui mata masyarakat dan penggubal dasar. Peranan bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara dan pendidikan juga turut terkena bahang globalisasi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-­‐olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan mahupun usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Hakikatnya, penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris tidak meningkat dan pemahaman mereka terhadap bahasa Melayu pula semakin merosot.

Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk

menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, namun dalam akta yang sama juga telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi bukanlah jalan penyelesaian kepada pelajar dalam menguasai ilmu. Satu kaedah yang mungkin boleh diaplikasikan dalam hal ini ialah memperkenalkan sistem bahasa ibunda berasaskan dwibahasa (mother tongue-­‐based bilingual programme) yang dibincangkan oleh Carol Benson (2005). Melalui kaedah ini pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan dwibahasa (dengan andaian bahawa pelajar menggunakan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan dan bahasa komunikasi di rumah). Pada hari ini penggunaan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan di rumah bukanlah perkara yang baru. Namun untuk melaksanakan langkah ini memerlukan satu kajian dan penyelidikan yang teliti sebelum diimplementasikan.

ii) Kegagalan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

Satu lagi masalah yang menyebabkan merosotnya penggunaan bahasa Melayu adalah kegagalan pelajar dan pengajar untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Terdapat ramai pelajar terutama pelajar bukan Melayu yang lulus dengan agregat A+ atau A bagi mata pelajaran bahasa Melayu gagal berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Mereka memperoleh gred yang tinggi kerana mereka fokus terhadap subjek tersebut dan hanya belajar untuk peperiksaan. Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid Mahmood (1993) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru-­‐guru yang mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menurut kajian beliau, ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa Satu lagi masalah yang menyebabkan merosotnya penggunaan bahasa Melayu adalah kegagalan pelajar dan pengajar untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Terdapat ramai pelajar terutama pelajar bukan Melayu yang lulus dengan agregat A+ atau A bagi mata pelajaran bahasa Melayu gagal berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Mereka memperoleh gred yang tinggi kerana mereka fokus terhadap subjek tersebut dan hanya belajar untuk peperiksaan. Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid Mahmood (1993) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru-­‐guru yang mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menurut kajian beliau, ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa

Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu. Misalnya, orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 ) mengatakan bahawa di sekolah murid-­‐murid akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan murid yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa dengan betul. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-­‐murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-­‐murid bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.

Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru-­‐ guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru-­‐guru tidak boleh dengan sewenang-­‐wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-­‐ murid tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini bersesuaian dengan zaman sekarang di mana murid-­‐murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah yang dimasukkan dalam Dasar pendidikan kebangsaan (2102) adalah mempertingkat kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui:

i. memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi:

ii. meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/kempen/ kursus; dan

iii. meningkatkan bantuan dalam pembinaan kapasiti guru seperti munsyi bahasa/kursus/bengkel dan sebagainya.

iii) Pengaruh Bahasa Slanga

Slanga wujud sebagai satu bentuk kekacauan bahasa. Kekacauan bahasa ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Ismail Jusoh (2000) mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-­‐kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-­‐istilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-­‐akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-­‐lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.

iv) Kurang buku rujukan dalam bahasa Melayu.