Fiksyen Liang Fang Penyimpangan antara M

Fiksyen Liang Fang: Penyimpangan antara Masyarakat
Tamadun dan Masyarakat Primitif
Seng Yan Chuan
Jabatan Pengajian Tionghoa
Fakulti Sastera & Sains Sosial
Universiti Malaya

Sastera Cina Sarawak dianggap sebagai sastera yang mempunyai keistimewaan
yang unik iaitu corak tempatan yang kuat. Keunikannya bukan ditonjolkan secara
sengaja oleh penulis. Biasanya, apabila penulis cuma menggambarkan kehidupan
tempatan, pembaca sudah dapat menikmati keunikannya. Dengan kata lain, kehidupan
tempatan mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang istimewa. Karya Liang Fang 梁 放
memang mempunyai keunikan yang tersebut di atas.

Wu An 吴 岸 (1985: vi) berpendapat bahawa, “Dalam karya fiksyennya, Liang
Fang sering mengungkapkan tema yang berkenaan dengan humanisme.” Berhubung
perkara ini, Liang Fang sendiri juga pernah menegaskan bahawa:

Saya menulis karya kerana ingin memberi pendapat saya terhadap
manusia dan peristiwa yang berlaku. Disebabkan ini merupakan motif saya,
kalau peristiwa tersebut dan masalah manusia telah diselesaikan sebelum saya

mula menulis, maka penulisan dianggap suatu kelebihan dan tidak berguna lagi.
(Zhuang Huaxing, 1998: 3-4)

Menurut Liang Fang, ilham untuk menghasilkan fiksyen datang dari
kehidupannya. Beliau kerap kali menegaskan bahawa: “Keprihatinan sosial dan
keperimanusiaan

yang

tersirat

dalam

karya

saya

semuanya

datang


dari

1

kehidupan.”(Mao Lifei, 2001: 9) Ini jelas menunjukkan bahawa Liang Fang memang
memberi perhatian yang penuh dan meninjau dengan terperinci dan segenap hati
mengenai kehidupannya. Berkenaan ini, Dai Qing 戴 清 pernah berkata: “Liang Fang
memilih topik atau perkara yang mikro. Sesuatu watak, sesuatu benda, sebahagian
tempat, sebahagian cerita akan dijadikan bahan asas bagi ciptaannya.” (2001: 5)

Dalam fiksyen Liang Fang, jelas dilihat bahawa beliau ingin mendedahkan
suatu fenomena iaitu masyarakat bertamadun selalu mendominasikan masyarakat
primitif. Disebabkan beliau berasa risau terhadap sikap buruk manusia bertamadun,
beliau telah menghasilkan banyak fiksyen berkenaan dengan orang Iban untuk
membuat perbandingan antara orang asli dan juga orang yang bertamadun.

Menurut Hong Liande 洪 镰 德 (1997: 105), “tamadun” merupakan keseluruhan
hasil pengubahsuaian yang semulajadi daripada materialisitik dan mentaliti masyarakat.
Ini merupakan simbol kemajuan masyarakat dan situasi perkembangan masyarakat.

Penggantian tamadun baru terhadap tamadun lama tidak bermaksud menafikan semua
tamadun yang lama dan bermula dengan pembangunan tamadun yang baru, tetapi
merupakan tindakan membuang faktor pesimis dalam tamadun dahulu yang mundur
dan lama, di samping mengekalkan dan memperkembangkan faktor nilai yang positif.
Dalam proses pembangunan tamadun, bangsa dan daerah masing-masing telah
mengumpulkan hasil daripada ciri-ciri unit bangsa dan daerah. Ini telah membentuk
tamadun tradisional yang berbeza.

2

Liang Fang menumpu perhatian untuk meninjau sifat kemanusiaan. Di
antaranya termasuk “Yanyu Shalong” 烟 雨 砂 隆 (Sayup-Sayup Hujan Di Sungai
Sadong), “Wen Da” 温 达 (Untak), “Long tu zhu” 龙 吐 珠 (Bunga Long tu zhu)
dan“Ma La A Da” 玛 拉 阿 妲 (Mala Adan).1 Apabila dikaji, didapati terdapat satu
kesamaan dalam karya-karya yang berbeza itu di mana pemahaman Liang Fang
terhadap sifat kemanusiaan yang berangkai adalah penghayatannya yang mendalam
terhadap keperibadian kaum peribumi yang baik, tulus dan ikhlas. Ini telah membentuk
kunci utama dalam karya-karyanya.

Didapati Liang Fang sering menggambarkan bahawa apabila orang dari

masyarakat bertamadun masuk ke dunia orang asli, kebanyakan daripada mereka pasti
akan menafikan segala kebudayaan dan adat istiadat mereka dan juga berpendapat
bahawa kesemuanya harus disingkirkan. Selain itu, mereka juga akan mengambil
kesempatan untuk memperalatkan sikap keikhlasan orang asli untuk mengaut
keuntungan. Oleh itu, Liang Fang telah membongkar kekurangan orang bertamadun ini
dan memberi penghargaan kepada unsur-unsur keaslian yang terkandung dalam
kebudayaan masyarakat asli.

1

“Wen Da” dikumpulkan dalam antologi fiksyen Liang Fang yang berjudul Yanyu Shalong. Nama asal

fiksyen ini ialah”Senlin zhi huo” 森 林 之 火 (Api Rimba). Tajuknya ditukar kepada “Wen Da”bila
Yanyu Shalong diterbit semula pada tahun 1989 (1989a: 113-27). “Yanyu Shalong” dan “Long tu zhu”
juga dikumpulkan dalam Yanyu Shalong (1989a: 51-70 & 136-49). “Ma La A Da” pula dikumpulkan
dalam antologi fiksyen persendirian Liang Fang yang berjudul Ma La A Da (1989b: 48-66).

3

Jelas dilihat bahawa Liang Fang sering memaparkan “konflik antara masyarakat

tamadun dan masyarakat primitif”. Selain menggambarkan isu-isu persefahaman antara
kedua-dua pihak, beliau sering menekankan “kesedaran dan keprihatinan masyarakat
tamadun terhadap masyarakat primitif”. Sebenarnya, mesej utama yang tersirat di
dalam kata-kata ini adalah “penyelarasan antara unsur keaslian dan ketamadunan”.
Menurut Liang Fang, ini memang merupakan hasrat beliau. 2

Konflik antara Masyarakat Tamadun dan Masyarakat Primitif
Dalam karya Liang Fang, ceritanya biasa bermula dengan orang bandar
memasuki dunia kaum peribumi. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan kaum peribumi dan menyebabkan berlakunya banyak konflik. Seperti yang
kita sedia maklum, fenomena masyarakat adalah satu siri hakikat masyarakat yang
muncul di depan kita. Ia tidak dapat diasingkan daripada ruang, masa, manusia dan
kejadian. Ia boleh dianggap sebagai hasil manusia mengubahsuai alam semulajadi,
mencipta masyarakat dan alam sekeliling.

Untuk hidup, kita mestilah memenuhi keinginan dan keperluan spirituil dan
kebendaan. Oleh kerana sumber untuk memenuhi keperluan manusia adalah terhad, ini
menyebabkan konflik sering berlaku dalam kehidupan. Pada lazimnya, penyelesaian
terhadap percanggahan bergantung kepada keupayaan diri seseorang atau bergantung
kepada sama ada ianya rasional atau tidak. Dalam karya Liang Fang, orang yang

dianggap bertamadun selalu menunjukkan sikap yang dominen terhadap kaum Iban.
Apabila berlaku konflik kebudayaan, mereka sering menggunakan kuasa dan
2

Temuramah dengan Liang Fang pada 27 Mac 1999.

4

kedudukan mereka untuk menyelesaikan segala masalah tetapi tidak menghiraukan
samada keputusan mereka rasional atau tidak. Oleh itu, sebagai kaum yang sanggup
menurut arahan orang lain, watak-watak Iban yang wujud dalam karya tersebut sering
ditindas.
Menurut Hong Liande (1997: 108), tahap pembangunan sosial, moral dan ilmu
pengetahuan adalah ukuran terhadap tamadun. Jelas dilihat bahawa masyarakat yang
dikatakan "bertamadun" dalam karya fiksyennya selalunya “menyerang” kehidupan
orang asli. "Serangan" di sini bukannya bermaksud menyerang dengan menggunakan
senjata, tetapi dengan menggunakan kecerdikan dan berniat jahat untuk menindas orang
asli. Di antaranya termasuklah menggunakan status atau kedudukan, kebudayaan,
perasaan, dan sebagainya.


Jika ditinjau menurut faktor moral yang dikatakan oleh

sarjana tersebut, sebenarnya “manusia bertamadun” yang wujud dalam karya ini
langsung tidak memenuhi standard “tamadun”.

Dalam fiksyennya, Liang Fang sering membuat perbandingan antara dunia
bertamadun dan dunia primitif. Tumpuannya adalah pada perbezaan antara ciri-ciri
keaslian dan ketamadunan pada kebudayaan dan konsep kehidupan kedua-dua pihak. Ia
dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu“Status”, “Kebudayaan dan Adat Resam”
serta “Tubuh Badan”:

Status
Dalam kehidupan manusia bermasyarakat, stratifikasi mesti dijalankan bagi
memudahkan manusia supaya hidup bersama (Barber, B., 1957: 145). Dalam lapisan

5

masyarakat, orang yang mempunyai ketertiban dan turutan yang lebih tinggi, iaitu
memiliki kedudukan supremasi dapat menggunakan kuasa mereka supaya ditaati oleh
orang lain. Dengan itu, mereka dapat merealisasikan niat sendiri (Deutsch, Karl W.,

1968: 22). Liang Fang sering meninjau cara orang bertamadun menindas kaum Iban
dengan

menggunakan

status

mereka

dalam

fiksyennya.

Lazimnya,

beliau

menggambarkan watak Cina yang menganggap diri mereka lebih superior dan
menghina orang Iban yang lebih primitif.


Dalam “Long tu zhu”, watak lelaki Cina tidak pernah menganggap Indai 印兴 代3兴
sebagai isteri disebabkan Indai berketurunan kaum Iban. Sebagai seorang suami, dia
tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh isterinya. Selain itu, dia langsung
tidak gembira dengan kelahiran anak mereka Kuda 古 达. Indai dan Kuda bukan sahaja
tidak dilayan sebagai manusia, malah juga ditendang dan dipukul apabila
kemarahannya membara. Selain daripada itu, dia juga sering menyalahkan mereka
kerana

membebankannya

dan

juga

menuduh

mereka

telah


menangguhkan

rancangannya untuk balik ke China. Keadaan yang lebih teruk berlaku apabila mereka
sekeluarga makan bersama di rumah. Menurut Kuda:

Ayah sering menunjukkan dirinya lebih superior daripada saya dan Indai.
Ketika makan, dia seorang yang menggunakan meja. Dia bercanggung di atas
bangku. Lengan kirinya memaut lutut kiri. Tangan menatang sebiji mangkuk
sedangkan tangan kanannya yang memegang penyepit ligat menyepit lauk
sambil menyondolkan nasi ke mulut. Mengecip-ngecip bunyinya. Aku dan Indai
pula makan bertimpuh di atas tikar bersebelah dengan meja ayah. Beberapa kali
aku kepingin makan semeja dengan ayah, kerap kali pula ayah menegah. “Turun,
3

“Indai” merupakan istilah bahasa orang Iban yang bermakna “ibu”.

6

turun, pergi makan dengan Indai kau. Nanti bertaburan nasi di atas meja ini,
mengotorkan saja.”(138-9)


Jika ditinjau secara terperinci, perkataan yang digunakan oleh ayah iaitu
“mengotorkan” bukan bermakna kekotoran yang dibuat oleh anaknya, tetapi
menunjukkan status mereka yang rendah. Sebenarnya, ayah mewakili ramai orang
bertamadun yang menganggap status mereka lebih tinggi daripada orang asli dan selalu
menghina mereka. Jelasnya di sini bahawa bagi ayah, Indai cuma seorang perempuan
yang dibayar untuk berkhidmat untuknya seumur hidup tetapi bukan teman hidupnya.

Selain itu, dia juga langsung tidak mengaku Kuda sebagai anaknya dan
memanggilnya sebagai “Lakia”拉 仔. Menurut Cai Zongxiang 蔡 宗 祥 dalam bukunya
yang berjudul Yibanzu lishi yu minsu 伊 班 族 历 史 与 民 俗 (Sejarah dan
Kebudayaan Kaum Iban), perkataan ini membawa maksud yang negatif. 4 Ini
menunjukkan bahawa, walaupun tiada pembahagian taraf dalam masyarakat, namun
dalam hati manusia tertentu mempunyai satu pengukur untuk mengukur taraf sosial.
Masyarakat bertamadun merasakan diri mereka lebih superior berbanding dengan cara
hidup orang Iban yang mundur. Oleh itu, mereka selalu menghina orang Iban.

Dalam “Long tu zhu”, Indai digambarkan sebagai watak yang terkorban
disebabkan diskriminasi orang bertamadun terhadap peribumi. Bukan sahaja watak
antogonis iaitu lelaki Cina itu yang memandang rendah terhadapnya, tetapi sebahagian

4

Cai Zongxiang (1992: 159) berpendapat bahawa gelaran “Lakia”mengandungi maksud penghinaan,
maka harus dielakkan untuk memanggil kaum Iban.

7

besar daripada masyarakat tamadun juga menghina mereka. Liang Fang menekankan
bahawa terdapat dua bentuk kerenggangan dalam hubungan dua pihak. Bentuk yang
pertama merupakan kerenggangan yang wujud di antara perhubungan ayah dan Indai.
Manakala kerenggangan yang kedua pula wujud di antara perhubungan Kuda dan Indai.
Ayah dan Kuda merasakan bahawa mereka merupakan orang yang bertamadun. Oleh
itu, mereka mempunyai sikap yang dominan apabila hidup bersama Indai. Mereka
menghina dan mendiskriminasikan wanita yang malang itu walaupun Indai telah
banyak berkorban untuk mereka.

Dalam satu plot yang berkenaan dengan sebuah kotak kayu yang dihias ukiran
naga, ayah telah memberitahu pencerita: “Oh, ini adalah naga. Kami kaum Cina amat
mementingkan naga.”(148) Pada masa itu, ayah merasa amat angkuh sehingga
mengidentitikan diri sendiri sebagai anak keturunan naga. Seperti yang kita tahu, naga
merupakan simbol kaum Cina. Walaupun begitu, identiti ini telah digunakan oleh ayah
untuk memandang rendah terhadap penduduk asli.

Pencerobohan dalam peringkat kedua juga turut menghancurkan seumur hidup
Indai. Ini berlaku antara Indai dan anak kandungnya Kuda. Tingkah laku Kuda
dipengaruhi oleh perbuatan ayah yang menunjukkan penghinaan terhadap kaum Iban.
Sebagai anak yang dilahirkan oleh orang Iban, Kuda telah mengalami tekanan sejak
muda lagi. Oleh itu, dia bertekad untuk melepaskan dirinya daripada kaum Iban.
Apabila dia besar, dia enggan hidup bersama kaum Iban dan pernah meluahkan perasan
tersebut: “Aku tak mahu pergi sebab di sana apa pun tak baik. Aku tak mau bersama

8

orang Iban!”(140) Apabila diketahui oleh seorang cikgu tentang ibunya yang berbangsa
Iban, Kuda berasa sangat malu dan tidak gembira. Oleh itu, dia berkata, “Aku sangat
benci cikgu itu, dia tahu aku ada seorang ibu yang berbangsa Iban.”(145)

Krisis identiti diri tersebut berlarutan sehingga Kuda menamatkan pelajarannya
dan menjejakkan kaki di kalangan masyarakat. Dia membuat keputusan untuk bekerja
di perantauan kerana desakan batin yang mahu melarikan diri daripada Indai dan
masalah di persekitaran. Apabila bekerja, dia juga enggan pulang ke kampung halaman
untuk melawat Indai kerana bertekad ingin memutuskan ikatan dengan keluarga
sebelah ibunya.

Setelah bekerja dalam tempoh yang panjang, barulah Kuda teringin pulang ke
kampung untuk berjumpa Indai. Setibanya di kampung halaman, dia diberitahu oleh
mak ciknya bahawa Indai telah meninggal dunia. Mak ciknya memberi satu peti besar
kepunyaan ayahnya yang disimpan baik oleh Indai. Di dalamnya terdapat gambar
mereka dan baju serta alat permainan masa muda Kuda. Ini bermaksud Indai sangat
rindu pada mereka. Namun, dalam masa tuanya sehingga meninggal dunia, tiada
seorangnya pun yang menemaninya melainkan peti tersebut.

Liang Fang mengakhiri karya ini dengan plot cerita yang begitu menyedihkan
untuk menunjukkan bahawa manusia bertamadun yang dominen menyebabkan kaum
peribumi menghadapi serangan yang teruk dan menanggung kesusahan seumur hidup.
Bagi Indai, disebabkan identiti dirinya sebagai kaum “Iban”, kasih sayangnya terhadap

9

suami telah dilupakan. Kasih sayangnya terhadap anaknya juga turut terhalang kerana
identiti sendiri sebagai kaum “Iban”. Di sini, penulis menulis tentang kebenaran,
kebaikan dan keindahan kaum peribumi. Kebenaran itu adalah sifat kemanusiaan, di
mana kebaikan adalah sifat keibuan dan keindahan itu menggambarkan kewanitaannya.
Ketiga-tiga sifat itu telah musnah kerana manusia bertamadun telah menyerang taraf
dan kedudukan mereka. Jelas dilihat bahawa orang yang begitu taat dan baik hati telah
terkorban di bawah pemberontakan masyarakat bertamadun terhadap kaum peribumi.

Kebudayaan dan Adat resam
Dalam aspek kebudayaan dan adat resam, Liang Fang sering menggambarkan
satu tindakan yang dilakukan oleh orang bertamudun dalam fiksyen Liang Fang. Di
antaranya adalah penodaan terhadap kebudayaan kaum Iban, iaitu memberi konsep
“mundur” dan “tidak bertamadun” terhadap kebudayaan tradisi kaum Iban dan
menafikan nilai dan kedudukannya.

Dalam karya fiksyen berjudul “Wen Da”, apabila pencerita dan rakan sejawat
yang datang dari masyarakat moden memasuki dunia orang Iban, mereka mempunyai
sikap prejudis terhadap orang Iban. Mereka sering berwaspada apabila bersama kaum
Iban. Sikap dan konsep tersebut disebabkan mereka langsung tidak boleh menerima
adat resam tradisi orang Iban. Mereka menganggap bahawa amalan tradisional mereka
terlalu kuno dan kelakuan mereka bagaikan orang tidak siuman. Misalnya:

Pada masa itu, Untak suka semua barang yang dibawa oleh aku. Dia
suka lihat setiap jenis dengan teliti ataupun sentuh barang tersebut.
Perbuatannya membuat aku rasa kurang gembira. Aku diberitahu penjampian

10

boleh dilakukan dengan menggunakan cara seperti tindakannya, oleh itu aku
terpaksa berhati-hati… Aku takut dia (Untak) akan bubuh air jampi dalam
makananku. Oleh itu setiap kali aku mesti tunggu sampai orang lain telah
makan sesuap dua, baru aku berani makan. (117)

Ini membayangkan dalam konsep manusia moden, kaum peribumi adalah tidak
bertamadun. Definisi manusia moden terhadap “tidak bertamadun” adalah tidak maju,
berfikiran kolot dan juga zalim. Contohnya, apabila pencerita ternampak tatu pada
badan lelaki Iban yang bernama Untak, dia berasa marah dan menganggap dia sudah
dijampi. Sebenarnya, tatu pada badan kaum Iban adalah suatu adat resam yang
dianggap dapat membantu mereka untuk mengesan kepercayaan asal mereka dan juga
mengenali binatang atau tumbuhan yang dipuja. Ia juga dapat mengesan struktur
masyarakat asal mereka. 5 Namun, manusia moden menggunakan sikap prejudis untuk
menilai kebudayaan mereka.

Selain itu, apabila pencerita melihat di sekeliling rumah panjang, didapati “ada
orang tertentu yang muncul dengan sebilah parang di pinggang”(116-7). Sebenarnya,
membawa parang bersama merupakan suatu kebiasaan kaum lelaki Iban apabila mereka
keluar. Walaupun begitu, pencerita berasa takut kerana dia pernah diberitahu orang
berkenaan dengan amalan kaum Iban yang memenggal kepala manusia. Dengan itu,
setiap kali terjumpa orang yang membawa parang, jantungnya berdentam-dentum
kerana takut orang Iban akan memenggal kepalanya.

Pada suatu malam, pencerita melihat Untak memegang parang, merendahkan
badan dan menghala ke arah pencerita. Oleh itu dengan pantasnya, dia membuat
5

Maklumat berkenaan dengan kepercayaan tersebut , sila rujuk Cai Zongxiang, 1992: 13.

11

persediaan untuk melindungi diri sendiri kerana dia menganggap Untak ingin
menyerangnya:

Malam semakin larut dan aku ternampak Untak merangkak ke arah aku
dengan memegang sebilah parang. Aku berasa takut, terfikir kepala orang yang
diikat oleh rotan… aku memandangnya dan berasa takut dan risau. (119)

Sebenarnya, Untak memegang senjata tersebut kerana dia ingin membunuh
seekor ular yang berdekatan dengan pencerita. Ini adalah untuk menyelamatkan
pencerita daripada situasi yang begitu merbahaya. Pencerita dari dunia bertamadun
telah salah faham terhadap perbuatan berani tersebut dan menganggap Untak ingin
menjalankan adat resam mereka iaitu istiadat “memenggal kepala”. Ini menunjukkan
bahawa pencerita masih mempunyai sikap prejudis terhadapnya. Pada saat itu,
pencerita mula menyesal. Baginya, “air mata ku mengalir, bukan saja kerana berterima
kasih kepadanya, tetapi juga berasa malu…”(120) Jelas di sini bahawa pencerita
menyesal kerana salah fahamnya terhadap Untak selama ini.

Ilmu pengetahuan dan moral adalah ukuran terhadap “ketamadunan”. Sudah
pasti, dari segi ilmu pengetahuan, kumpulan manusia seperti pencerita memiliki ilmu
pengetahuan yang lebih tinggi daripada kaum peribumi dan dianggap manusia moden.
Namun, oleh kerana pencerita mengetahui bahawa kaum peribumi mempunyai terlalu
banyak misteri dan ini menakutkannya, perasaan syak wasangka dan perasaan gentar
semuanya datang dari “ilmu pengetahuan” sendiri. Melalui saluran tertentu dia
memperolehi maklumat tentang mitos atau ilmu pengetahuan dan adat resam serta
tradisi kaum peribumi. Di antaranya termasuk“guna-guna” dan “memenggal kepala”.

12

Oleh itu, dia menggunakan perasaan supremasi sendiri untuk menafikan adat resam
kaum peribumi.

Disebabkan pengetahuan Untak tidak banyak, apa yang dibawa oleh pencerita
diberi perhatian penuh. Contohnya, Untak selalu menunjukkan tindakan ingin cuba
menggunakan barang yang dibawa olehnya. Barang-barang tersebut sebenarnya
merupakan barang yang biasa tetapi Untak berasa barang tersebut terlalu istimewa.
Tanpa mendapat kebenaran pencerita, dia telah menggunakan sabun, pisau cukur dan
berus gigi pencerita dan ini membuatkan pencerita merasa sangat marah. Berkenaan
dengan ini, pencerita berkata:

Untak juga suka menggunakan sabun aku. Selepas sabun aku diguna
olehnya, aku terpaksa memberikannya sabun itu. Akhir, aku terpaksa simpan
sabun aku sendiri… Kita orang Cina sangat pantang, tidak boleh berkongsi
sabun… Aku tahu cara itu tidak begitu elok, tetapi aku mesti menjaga
keselamatan diri ku. (117)

Pencerita berpendapat bahawa Untak telah mengancam ruang dan hak
individunya. Sejak itu, pencerita terpaksa melindungi diri secara spontan. Orang asli
pula merupakan kaum yang tidak berwaspada dan tidak melindungi diri sendiri. Bagi
mereka, mereka sanggup berkongsi segala yang mereka nikmati. Ini merupakan jurang
perbezaan antara mereka. Berhubung dengan hal ini yang digambarkan dalam karya
Liang Fang, Guo Jianjun 郭 建 军 berpendapat bahawa:

Untak tidak mempunyai tabiat buruk yang dihidapi daripada kebudayaan
moden. Dia seperti seorang budak dan peribadinya seperti manusia kuno. Di
samping itu, dia menunjukkan tahap manusia tertinggi, sebati secara sempurna

13

dengan bumi itu dan menunjukkan semangat asas bumi itu iaitu “murah hati”.
(1995: 74)

Sekiranya diukur nilai akhlak dengan tahap ketamadunan, contoh-contoh
tersebut di atas menerangkan bahawa pencerita bersikap angkuh, sombong, curang,
syak wasangka, ego dan individualistik dan ini telah melanggar etika moral. Sebaliknya,
orang asli masih mengekalkan nilai murni tradisional yang sukar didapati dari
masyarakat bertamadun. Justeru itu, sikap bongkak orang bertamadun sebenarnya
adalah berkontradiksi dan bercanggah dengan penilaian ketamadunan.

Dari segi kebudayaan, disebabkan kaum peribumi memelihara adat resam
tradisi, maka mereka tidak memakai pakaian moden seperti manusia moden. Mereka
tidak mementingkan rupa luaran dan konsep keindahan mereka jauh berbeza dengan
manusia moden. Kebanyakan watak wanita Iban dalam karya fiksyen yang berjudul
“Wen Da”digambarkan sebagai wanita yang tidak memakai baju sedangkan budakbudak pula tidak memakai baju dan seluar. Jelas di sini bahawa hati mereka yang tulus
tidak mempunyai fahaman yang rumit tentang kehidupan.

Bagi manusia bertamadun pula, mereka sering menganggap imej kaum
peribumi tidak mempunyai taraf dan barang mereka pula adalah tidak bernilai. Ramai
di antara mereka juga menganggap adat kaum peribumi tidak bernilai. Oleh itu mereka
sering membantah segala upacara yang ingin dijalankan. Walaupun begitu, dalam
sanubari mereka, mereka ingin mempergunakan ketulusan kaum Iban untuk
menjalankan kegiatan tidak bermoral.

14

Contohnya dalam “Yanyu Shalong”, pencerita dan juga rakan sejawatnya Lu
卢 dan Ou 欧 merupakan orang yang suka tinggal di bandar untuk menikmati
kehidupan moden. Mereka berasa tidak gembira apabila dihantar oleh majikan untuk
bekerja di kampung yang bernama Kubur. Di antara mereka, Lu merupakan orang yang
paling bencikan tempat tersebut dan suka memberi komen negatif terhadap
kemunduran tempat itu.

Walaupun begitu, Lu telah mempergunakan sikap kaum Iban yang tulus untuk
melakukan sesuatu dengan niat yang tidak baik dalam upacara “Nyayap”. 6 Di antara
berbagai jenis adat resam kaum Iban, “Ngayap”merupakan satu upacara yang istimewa.
Ia merupakan satu tradisi orang asli yang diamalkan oleh pemuda dalam soal
meluahkan perasaan cinta terhadap gadis yang disukai. Biasanya ia dijalankan di dalam
kelambu pihak perempuan. Sebenarnya perbuatan ini merupakan sebahagian daripada
adat tradisi mereka, namun orang yang “bertamaduan” selalunya menuduh kaum Iban
mengamalkan sikap yang terbuka terhadap seks. Justeru itu, mereka memandang
rendah terhadap orang asli. Walaupun begitu, terdapat orang yang hendak melibatkan
diri dalam hal ini semata-mata dengan niat yang jahat iaitu mengambil kesempatan
ingin mengamalkan hubungan seks dengan gadis orang asli tetapi tidak ingin berkahwin
dengan gadis tersebut.
6

“Ngayap” biasanya dijalani pada waktu larut malam sekiranya seseorang lelaki menyukai seseorang
gadis, dia boleh memainkan sejenis musik tradisional orang asli untuk menarik perhatian gadis tersebut.
Kalau gadis tersebut ingin berkawan dengan lelaki tersebut, dia perlu menyalakan lampu minyak sebagai
isyarat kesudian. Lelaki itu boleh masuk ke biliknya untuk bermalam dengannya. Kalau tidak, lelaki
tersebut akan dihalau oleh ibu bapa pihak gadis. Selepas tiga kali berjumpa, dengan mendapatkan
persetujuan dua pihak, majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Untuk mendapatkan maklumat yang
selanjutnya, sila rujuk kepada Cai Zongxiang, 1992: 56.

15

Hal sedemikian dilakukan oleh Lu yang dikatakan mempunyai sikap yang
“bertamadun” tetapi tidak dapat menahan perasaan sunyi yang terpendam di dalam
hatinya di kampung yang mundur. Oleh itu, dia memberontak terhadap kehidupan dan
adat resam orang asli dengan mengambil peluang tersebut untuk bermalam dengan
gadis Iban. Ini menunjukkan orang bertamadun mempergunakan ketulusan kaum Iban
untuk melakukan sesuatu dengan niat yang jahat.

Tubuh Badan
Aspek eksploitasi khasnya dari segi tubuh badan ataupun seks telah banyak
disentuh oleh Liang Fang dalam karyanya. Antaranya termasuk “Ma La A Da” dan
juga “Long tu zhu”. Melalui kisah antara orang tamadun dengan wanita Iban, Liang
Fang mendedahkan bahawa hubungan kaum tidak selalunya harmoni, sebaliknya penuh
dengan tipu muslihat, apatah lagi ada pihak yang mengambil kesempatan
memperalatkan kaum yang lemah untuk keperluan hawa nafsu mereka.

Contohnya Pak Cik Ye 阿 叶 伯 dalam “Ma La A Da” yang merupakan
simbolik masyarakat bertamadun yang menindas orang asli. Pak Cik Ye mudah untuk
mendapat kebenaran daripada ayah Mala Adan 玛 拉 阿 妲兴 supaya anaknya tinggal
bersamanya sebagai anak angkat hanya dengan cara memberi sedikit kepuasan
kebendaan kepada ayah Mala Adan.

16

Sebenarnya Mala Adan telah diperkosa oleh Pak Cik Ye untuk memuaskan
hawa nafsunya. Selain itu, dia juga memperalatkan Mala Adan menjadi pelacur untuk
lelaki yang lain. Selain itu, apabila dia naik marah, dia sering memukul Mala Adan
walaupun Mala Adan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Misalnya,

Pak Cik Ye berasa marah tanpa apa-apa sebab. Dia menarik rambut
Mala Adan dan membuang puntung rokok ke arah Mala Adan. (59)

Walaupun terdapat ramai orang yang mengetahui perbuatan Pak Cik Ye yang
zalim itu, namun tiada seorang pun yang berani untuk memperjuangkan hak asasi gadis
Iban tersebut. Ini kerana mereka tidak mahu menjadi mangsa di bawah kezaliman Pak
Cik Ye seperti datuk pencerita. Datuk pencerita dibunuh kerana anak perempuannya,
iaitu ibu pencerita pernah diperkosa oleh Pak Cik Ye ketika berusia 15 tahun dan
melahirkan pencerita. Tatkala datuk pencerita mengetahui segala perbuatan zalim yang
dilakukan oleh Pak Cik Ye terhadap anak gadisnya, dia ingin menuntut bela tetapi
akhirnya dia dibunuh oleh Pak Cik Ye. Oleh itu, semua orang terpaksa mendiamkan
diri dan tidak ingin campur tangan dalam hal Pak Cik Ye.

Sebagai seorang gadis yang lemah dan buta huruf, Mala Adan langsung tidak
memahami konsep berkenaan dengan “pelacuran”dan “menjual tubuh badan”. Dia
menganggap pelacuran sebagai cara yang menunjukkan dia setia kepada bapa
angkatnya. Oleh itu, dia tidak pernah menentang dan menuntut hak asasinya tetapi
hanya menunduk di bawah arahan Pak Cik Ye. Mala Adan yang dipaksa untuk menjadi
pelacur mewakili ramai gadis Iban yang ditipu oleh orang dari masyarakat bertamadun.

17

Jelas di sini bahawa dalam karya tersebut, penulis menulis tentang situasi keperitan
kaum minoriti Malaysia Timur di bawah ancaman kekuasaan ekonomi orang Cina.

Aspek eksploitasi orang bertamadun terhadap kaum Iban dari segi tubuh badan
juga disentuh oleh Liang Fang dalam karya fiksyen berjudul “Long tu zhu” dan “Yanyu
Shalong” . Bagi “Long tu zhu”, suami Indai telah melakukan perbuatan yang zalim
terhadapnya disebabkan dia sangat pasti bahawa wanita Iban yang lemah itu tidak akan
meminta hak asasinya dan tidak berani membantahnya. Bagi “Yanyu Shalong” pula,
pada permulaan karya tersebut, watak lelaki yang bernama Lu telah digambarkan
sebagai seorang yang agak memihak kepada hak asasi orang asli. Walaupun begitu, dia
juga

tidak

terkecuali

dari

golongan

yang

mencari

kesempatan

untuk

mengeksploitasikan tubuh badan gadis Iban di rumah panjang untuk mendapat
kepuasan hawa nafsunya. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Lu juga
melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, dia juga boleh diletakkan
dalam golongan yang sama seperti Pak Cik Ye dan suami Indai.

Jelas dilihat bahawa dalam karya-karya tersebut, Liang Fang telah
menggunakan teknik perbandingan dalam karyanya untuk menggambarkan penindasan
orang bertamadun terhadap orang asli. Di antaranya termasuk perbandingan
antara“orang bertamadun dengan orang asli”,
“kezaliman

dengan

kelemahan”,

“gasang

“penipuan dengan kemurnian”,
dengan

kegadisan”,

“kekuasaan

kehambaan”,“hipokrasi dengan keikhlasan” dan lain-lain lagi. Perbandingan tersebut
bukan suatu teknik penulisan tetapi sebenarnya memang berlaku dalam kehidupan dan

18

boleh dianggap sebagai suatu realiti. Yang menyedihkan ialah, unsur-unsur positif
yang merupakan kelebihan orang asli telah dimusnahkan oleh unsur-unsur negatif iaitu
kekurangan orang bertamadun.

Pendek kata, Liang Fang ingin memaparkan suatu hakikat bahawa dalam dunia
ini, terdapat ramai orang dari dunia bertamadun yang telah merosakkan nama “orang
bertamadun”. Mereka mempunyai personoliti yang tidak murni dan perbuatan yang
tidak senonoh. Seperti yang kita tahu, moral merupakan ukuran yang digunakan untuk
mengukur tahap ketamadunan. Walaupun mereka merupakan aset masyarakat
bertamandun, tetapi tindak-tanduk mereka memang tidak setimpal untuk digelar
sebagai “bertamadun”. Golongan itu melakukan tindakan yang tidak bermoral dan
zalim terhadap kaum Iban misalnya menipu, memeras dan menghina golongan kaum
Iban. Sebenarnya, mereka merupakan golongan yang harus dihina.

Kesedaran dan Keprihatinan Masyarakat Tamadun Terhadap Masyarakat
Primitif

Secara umumnya, kebudayaan menuju ke arah kesempurnaan. Dalam setiap
jenis kebudayaan, ia sebenarnya merupakan model pemikiran dan kelakuan yang
seiring. Dengan jelasnya, Liang Fang mencaci keburukan pemikiran tokoh bertamadun
dan memuji sifat kebaikan bangsa yang mundur lagi naif menerusi fiksyennya. Walau
bagaimanapun, adakah masyarakat bertamadun menimbulkan keprihatinan dan
perasaan simpati terhadap orang asli? Berkenaan dengan ini, Liang Fang pernah berkata:

19

Saya tidak suka orang luar menggunakan sikap mengintip keanehan
kebudayaan Sarawak melalui karya-karya sastera. Saya juga berasa tidak puas
hati terhadap orang yang digelar “orang bertamadun” yang “menjual”
kemunduran Sarawak. Jikalau memperkatakan kemunduran dan kemiskinan
dari materialisme sahaja, selepas bersama kaum peribumi, kita pasti akan
mengetahui mereka juga mempunyai implikasi dan pedomen kehidupan mereka
yang tersendiri. Kita perlu melayan mereka dengan sikap yang adil.7

Disebabkan beliau mempunyai hasrat ini, pada pengakhiran cerita, beliau sering
mengatur watak dari dunia bertamadun agar menyedari bahawa sebenarnya kaum
peribumi mempunyai ciri-ciri keaslian yang harus dihargai. Contohnya dalam “Long tu
zhu”, orang dari dunia bertamadun mengganggap wanita yang dicintainya sebagai
hamba seksnya dan memutuskan tali perhubungan dengannya kerana dia merupakan
kaum peribumi. Ini mengakibatkan anak mereka Kuda juga bertekad untuk
memutuskan ikatan dengan keluarga sebelah ibunya. Pada pengakhiran fiksyen tersebut,
Liang Fang telah menyelit satu plot di mana Kuda menyesal terhadap tindakannya dan
ingin berbaik semula dengan Indai tetapi Indai telah meninggal dunia. Ini membuat
Kuda berasa amat menyesal. Dalam perjalanan balik ke kampung halaman, Kuda
berkata:

Aku pergi dari jalan ini, juga balik dari jalan ini. Jalan ini tidak berubah
setelah sepuluh tahun. Namun, aku telah banyak berubah, daripada seorang
remaja yang muda menjadi seorang belia yang memikul beban kehidupan berat.
(136)
Jalan bukit masih berkeluk-keluk, burung bersiul di atas pohon getah.
Adakah ia cuba mengirim salam kepada orang kampung yang lama tidak
berjumpa? Adakah masa memang telah berlalu selama sepuluh tahun? Betapa
mesranya tiap-tiap pokok kayu di sini sehingga aku mula ragu-ragu samada aku
pernah tinggal di sini. (145)

7

Temuramah dengan Liang Fang pada 27 Mac 1999.

20

Petikan di atas menunjukkan kawasan orang asli tidak berubah tetapi sebaliknya
dirinya yang berubah. Ini membayangkan suara hati Liang Fang iaitu kesejatian
semulajadi yang asli masih wujud, orang bertamadunlah yang mengalami keinsafan.
Untuk menegaskan mesej ini, beliau juga mengatur plot di mana Kuda terjumpa sebuah
kotak kayu besar bercorak naga yang ditinggalkan oleh ayah:

Kini kotak kayu sudah dirosakkan oleh bubuk. Badan naga sudah
tanggal. Mata naga juga telah berlubang. Kini naga itu merupakan seekor naga
buta. (121)

Seperti yang kita tahu, naga merupakan simbolik kepada kegagahan dan
kekuasaan. Sebelum itu, ayah sering mengatakan dirinya merupakan keturunan naga
yang bertaraf jauh lebih tinggi daripada kaum Iban. Di sini Liang Fang menggunakan
“naga buta” untuk menyindir ayah sebagai seorang yang cacat dari segi peribadi. Ini
adalah untuk menyedarkan pembaca untuk menghormati kaum peribumi tetapi tidak
menghina mereka.

“Wen Da”juga membawa mesej yang sama. Pada permulaannya, pencerita itu
mempunyai prasangka terhadap kaum asing. Selepas itu, pandangan pencerita terhadap
kaum peribumi berubah dalam masa singkat. Dia mendapati walaupun Untak yang
tulus dan baik mempunyai banyak sisa mendapan sejarah yang dikongkong oleh konsep
mundur tetapi masih mempunyai sikap yang mulia dan rajin yang melambangkan kaum
peribumi. Oleh itu, pencerita cuba menghapuskan sifat prasangka manusia moden dan
mula memberi perhatian pada kebaikan dan kelebihan kaum peribumi.

21

Kesemua ini menjadikan pencerita bertukar konsep terhadap kaum peribumi.
Dia tidak lagi memandang rendah, mengesyaki kebolehannya dan berwaspada terhadap
mereka kerana dia mendapati kelakuan yang dibuat terhadap mereka sebenarnya
merupakan tingkah laku yang tidak bertamadun. Jelas di sini bahawa dalam sanubari
pencerita, garis perpisahan antara perihal kaum peribumi dan orang bertamadun tidak
begitu jelas lagi.

Dalam karya Liang Fang, setelah keinsafan wataknya terhadap orang peribumi,
mereka akan menyerap nilai-nilai murni daripada orang asli iaitu sesuatu yang tidak
dapat diperolehi dari dunia peradaban. Liang Fang menonjolkan nilai-nilai murni orang
asli dalam plot ceritanya. Sebagai contoh, dia telah membuat perbandingan atas konsep
penilaian kebendaan berpandukan sikap kepura-puraan orang bertamadun dan
kehematan orang asli. Bagi kebanyakan orang bertamadun, mereka terpaksa bekerja
keras untuk mengejar kebendaan. Namun bagi orang asli, mereka puas dengan
kebendaan yang sedia ada. Hal ini ternyata apabila Untak menolak ganjaran wang yang
diberi oleh Peter dan menunjukkan sikapnya yang langsung tidak tamak. Ini
menggambarkan Untak memang seorang yang mudah memperolehi kepuasan dan
menunjukkan bahawa dunia mereka jauh berbeza daripada dunia peradaban di mana
orang ramai saling bersaing untuk merebut kuasa dan manfaat masing-masing.

Contoh yang satu lagi adalah berkenaan dengan kes penyelamatan askar Jepun
yang dilakukan oleh Untak. Untak telah menyelamatkan beberapa orang yang datang
dari negara yang berlainan. Yang menghairankan orang ramai ialah dia juga

22

menyelamatkan askar Jepun. Ini kerana pada masa tersebut, askar Jepun telah
menggunakan cara yang zalim dalam perang dunia kedua dan dianggap sebagai musuh
yang terbesar oleh seluruh dunia. Walaupun Untak faham bahawa askar Jepun tersebut
merupakan askar yang datang memusnahkan negara dan rakyat kita, tetapi dia masih
menyelamatkannya tanpa sebarang keraguan.

Perbuatan Untak menyelamatkan askar Jepun itu dilakukan di bawah dorongan
perfahamannya yang paling primitif terhadap “kematian”. Baginya, kematian ialah
perkara yang dahsyat, maka dia harus menolong orang tersebut tidak kira latar belakang
mangsa tersebut. Menurutnya, “Lukanya amat teruk, nampaknya bukan macam orang
jahat, aku tak boleh biarkan darahnya mengalir sehingga dia mati…”(124)

Apabila beliau mengambil keputusan untuk menyelamatkan orang Jepun itu,
beliau telah menafikan seluruh logik dalam perang dunia kedua dengan hati yang murni.
Ini menunjukkan peninggalan manusia terhadap ajaran tamadun. Konsep moral bagi
orang yang bertamadun berdasarkan akal ilmu mereka dan mereka akan memahami
kezaliman orang Jepun terhadap orang tempatan pada zaman penjajahan.

Jelas di sini

bahawa pencerita merupakan simbolik kepada masyarakat bertamadun sedangkan
Untak merupakan wakil kaum asli. Dalam proses penyedaran tersebut, pencerita bukan
sahaja mempunyai perasaan kesal tetapi juga memberi pujian dan penghargaan kepada
keikhlasan dan ketaatan Untak. Oleh itu, apabila kerja pembangunan mereka sudah
selesai, pencerita dan rakan sejawat bersedia untuk pulang ke bandar. Sebelum pulang,
pencerita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Untak dengan perasaan yang tulus

23

ikhlas.

Menurut beliau, “Ini bukan hanya kerana Untak pernah menyelamatkan

nyawaku.”(126)

Di sini, penulis telah mengaturkan plot ucapan terima kasih tersebut untuk
menandakan pencerita berubah dari status “Si pemberi” kepada “Si penerima”. Pada
awalnya beliau ingin menjalankan reformasi di tempat ini, tetapi pada akhirnya telah
berubah menjadi orang yang direformasikan oleh tempat ini, disebabkan oleh
pengalaman ini telah mengubah konsep nilainya (Sun Yanzhuang, 1996: 32).

Pencerita yang pernah menetap di negara lain dan hidup dalam kemakmuran
dan kemajuan negara lain kini menghadapi masalah penilaian. Dia berpendapat bahawa:
“Selain tidak dapat mengendahkan manfaat yang diberi oleh orang lain, aku juga
hampir melupai kenyataan atas kewujudan diri.”(114) Akhirnya dia berkata, “Apakah
maknanya pemberian wang?”(126) Lantaran itu, barulah pencerita melihat Untah dan
orang Iban lain sebagai mikrokosma dan pembayang masyarakat orang asli dan
mengibaratkan orang asli sebagai “hutan tropika manusia, hijau sepanjang tahun, muda
selama-lamanya”(116) bila mengimbas kembali kawan tersebut. Di samping itu, dia
juga menekankan bahawa:

Aku mengamati air muka berpuluh-puluh (orang Iban) itu, meskipun
masa juga meninggalkan kesan, biarpun mereka juga terpaksa menempuhi
perjuangan demi kehidupan. Namun demikian, sorot mata yang tulus ikhlas itu,
seolah-olah anak sungai yang mengalir jernih, mencurahi hati aku yang
berkedut-kedut lagi berkerut-kerut. (124)

24

Di bawah pena Liang Fang, selepas pencerita menyedari kesucian orang asli, dia
berasa malu terhadap kezaliman dan kejahatan orang bertamadun:

Pada masa itu, ku rasa semua muka sedang asyik mengembang. Mereka
menumpukan perhatian pada seseorang yang menitikberatkan permintaan
sesama sendiri tetapi mengabaikan perasaan cinta sejagat di sekeliling. Dalam
pada itu, “kesendirian”menjadi semakin kuncup, kecil dan tidak bernilai. (1245)

Dengan nyatanya, ini memang merupakan suatu proses keinsafan. Liang Fang
telah mengaturkan kesimpulan melalui pendapat yang diluahkan oleh pencerita seperti
berikut: “Orang asli mungkin kekurangan dari segi kebendaan, akan tetapi mereka kaya
dari segi kerohanian”(124).

Secara keseluruhan, watak utama dalam karya-karya tersebut di atas, bermula dari
pembelotan terhadap sifat semulajadi dan diakhiri dengan kembali terhadap sifat
semulajadi, menunjukkan proses dari pergelutan kepada keinsafan. Karyanya
menunjukkan di dalam hatinya terpendam sesuatu perasaan yang dalam dan ikhlas
terhadap orang peribumi. Jelas menunjukkan bahawa Liang Fang berharap orang yang
dianggap sebagai pihak “bertamadun” boleh memahami kehidupan dan segala mengenai
orang asli melalui penulisannya, seterusnya mengamalkan suatu sikap dan pandangan
yang sama rata atau adil terhadap mereka. Beliau juga berharap pada suatu hari nanti,
orang asli dapat membebaskan diri daripada tindasan orang yang “bertamadun”. Menurut
Peng Zhiheng (1996: 11), dari segi fikiran dan perasaan, pembaca akan menenggelamkan
diri ke dalam kepingan-kepingan lukisan yang bercorak kehidupan orang peribumi

25

dengan tidak sengaja, dan dirangsangkan oleh perasaan estetik karyanya. Ini merupakan
penghargaan tinggi yang diberi kepada pencapaian Liang Fang.

Bibliografi
Barber, B. (1957). Social Stratification. New York: Dahrendorf.
Cai Zongxiang 蔡 宗 祥 (1992). Yibanzu lishi yu minsu 伊 班 族 历 史 与 民 俗 (Sejarah
dan Kebudayaan Kaum Iban). Kuching: Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak.
Dai Qing 戴 清 (2001). “Tengjia xia de yuedu—Liangfang sanwen pingxi”藤 架



阅 读--梁 放 散 文 评 析 (Membaca di bawah Rangka liana: Kritikan Prosa Liang
Fang). Dalam suplemen “Shiji Feng” 世 纪 风 (Angin Abad), Guoji Shibao 国 际
时 报. 15 Jun.
Deutsch, Karl W. (1968). The Nature of International Relations. Englewood Cliffs:
Prentice Hall.
Guo Jianjun 郭 建 军 (1995). “Shalaoyue de rizi yu renxin—ping Shahua zuojia Liang
Fang de xiaoshuo”砂 劳 越 的 日 子 与 人 心-- 评 砂 华 作 家 梁 放 的 小 说
(Kehidupan dan Pemikiran Rakyat di Sarawak: Kritikan Cerpen Penulis Cina
Sarawak Liang Fang). Dalam Huaqiao daxue xuebao 华 侨 大 学 学 报 (Jurnal
Universiti Huaqiao) Jilid 1, 72-5.
Liang Fang 梁 放 (1989a). Yanyu Shalong 烟 雨 砂 隆 (Sayup-Sayup Hujan Di
Sungai Sadong). Kuching: Persatuan Penulis-Penulis Cina Sarawak.
_________ (1989b). Ma La A Da 玛 拉 阿 妲 (Mala Adan). Kuching:
Penulis-Penulis Cina Sarawak.
Mao Lifei 毛 丽 妃 (2001).

Persatuan

Liang Fang wenxue zuopin zhong de rendao guanhuai 梁

放文学作品中的人道
怀 The Humanitarian Concern Expressed In
Liang Fang’s Literary Writings. A Dessertation for The Degree of Master of
Arts, Chinese Studies, National University of Singapore.
Peng Zhiheng 彭 志 恒 (1996). “Tan Liang Fang de xiaoshuo” 谈 梁 放 的 小 说

26

(Suatu Perbincangan Tentang Cerpen Liang Fang). Dalam Jiao Feng Jilid 472,
11-4.
Sun Yanzhuang 孙 彦 庄 (1996). “Song Ziheng、 Xiao Hei、 Liang Fang duanpian
xiaoshuo chutan” 宋 子 衡、小 黑、梁 放 短 篇 小 说 初 探 (Kajian Permulaan
Terhadap Cerpen Song Zi Heng, Xiao Hei dan Liang Fang). Dalam Chen Liao
(ed.) 1996: 216-20.
Wu An 吴 岸 (1985). “Liang Fang de xiaoshuo ji qi yishu meili (xu)” 梁 放 的 小 说 及
其 艺 术 魅 力 (序) (Fiksyen Liang Fang dan Keajaiban Seni –Prakata). Dalam
Liang Fang 1989a: i-vi.
Zhuang Huaxing 庄 华

(1998). “Shenghuo de yiqie bi shenme yishu dou fengfu—

zhishang fang Liang Fang” 生 活 的 一 切 比 什 么 艺 术 都 丰 富--纸

访

梁 放 (Segala dalam Kehidupan Lebih Mewah dari Seni-Temuramah dengan
Liang Fang). Dalam Jiao Feng Jilid 483, 3-5.

27

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

Analisis korelasi antara lama penggunaan pil KB kombinasi dan tingkat keparahan gingivitas pada wanita pengguna PIL KB kombinasi di wilayah kerja Puskesmas Sumbersari Jember

11 241 64

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

Memburu Noordin M Top, Polri Jangan Ego

0 31 2

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Perbedaan hasil belajar biologi antara siswa yang diajarkan melalui pendekatan kooperatif teknik: student team achievement divisions (STAD) dan teknik Group Investigation (GI)

0 36 221

Hubungan antara Faktor Lingkungan dan Faktor Sosial Ekonomi dengan Kejadian Diare pada Balita di Kelurahan Pisangan Ciputat Timur Bulan Agustus 2010

2 21 84

Komunikasi antarpribadi antara guru dan murid dalam memotivasi belajar di Sekolah Dasar Annajah Jakarta

17 110 92

Perbandingan perilaku prososial antara orang yang telah melaksanakan ibadah haji dan yang belum pada Ibu-Ibu majelis ta'lim

0 22 126

Modul TK E 2016 150 hlm edit Tina M imas

2 44 165