TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI K

TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN
KESEJAHTERAAN DIRI.

STRES

Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan
emosi, fizikal dan tingkah laku.

Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri



daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan
agresif.


Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.



Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan

sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba
haram, mencuri dan mencederakan diri.
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja.
Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan
remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkaraperkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan
menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek
kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh
menunjukkan tanda –tanda seperti :


memencilkan diri



sikap tidak mempercayai sesiapa



tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan




bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan



panas baran



mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan

Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:


bimbang tentang masa depan



mengadu sakit kepala




mengalami masalah tidur



hilang selera makan



kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah



kencing malam

Bagi remaja pula, mereka boleh mengalami:



rasa marah dan kecewa,



sering risau tentang masa hadapan



kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang dewasa.



tidak mampu untuk membuat keputusan



lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang




mengalami mimpi buruk



berfikiran negatif serta mudah putus asa



merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri



sukar tidur



keras kepala atau degil

Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau
depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun

tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda,
mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti
mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.
Amalan tidak bersarapan pagi
Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat tentang
kepentingan mengambil sarapan pagi.Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan pelbagai
alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk menyediakan
sarapan pagi.Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa
sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan makanan untuk otak.Otak kita
akan
menjadi
lebih
cergas,peka,dan
focus
dengan
bersarapan
secara
tetap.Seterusnya,secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada
mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang mengambil sarapan yang kaya
dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap

pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.Hal ini demikian kerana
karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrient
dalam otak
Penyalahgunaan dadah
Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini.Dadah mempunyai fungsi
yang agak luas dalam bidang perubatan.Malah dadah telah disalahgunakan oleh
masyarakat.Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah morfin,heroin,kokain,ganja
dan amfetamia.Penyalahgunakan dadah yang berterusan akan menjejaskan kesihatan
mental seseorang.Berat badan seseorang yang menyalahgunakan dadah secara berterusan
akan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan.Selain itu,mata
sering berair dan kelihatan merah.Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih
kecil daripada keadaan normal.

Ketagihan alcohol
Pengambilan sedikit alcohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil
berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alcohol dan seterusnya boleh membawa
kepada ketagihan alcohol.Ketagihan alcohol akan menjejaskan kesihatan seseorang.Kesan
kepada ketagihan alcohol ialah alcohol akan merosakkan tindak balas reflex mental,fizikal
dan organ hati.Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat ketagihan
alcohol.Ketagihan alcohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan sindrom otak

organik.
Perlakuan seks bebas
Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan
remaja yang tidak berfikiran matang.Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah
mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas.Amalan gaya
hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit
jangkitan seks.Perlakuan seks bebas akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti
gonorrhea,Chlamydia,herpes,syphilis,AIDS dan sebagainya.

Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur
Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa tidur
mereka.Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh mengundang
pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit,
lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.Tempoh tidur yang cukup
bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam.Tempoh masa tidur ini
akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses
metabolism dapat dijalankan dengan lancar.

Tabiat buruk merokok
Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak

negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara saintifik mampu
mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar kesihatan, seorang
perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser paru-paru.Selain
itu,perokok juga mudah mendapat strok dan menghidap penyakit jantung
Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan
kita.Dengan ini,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.Gaya
hidup sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyaki

Makan ikut nafsu tak beri kepuasan
Sesiapa mengamalkan makan mengikut nafsu, dia tidak pernah memberi kepuasan hakiki
kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai. Sebab itu, nafsu makan
jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul.
Sebenarnya makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi
juga kewangan. Disebabkan terlalu mengikut nafsu makan, seseorang terpaksa berbelanja
lebih untuk makanan dan harga barang makanan juga semakin meningkat.
Satu lagi kesan kewangan disebabkan makan berlebihan ialah kos rawatan. Rakyat
Malaysia membelanjakan banyak wang untuk kurus dan merawat penyakit berkaitan tidak
menjaga cara makan.
Kita perlu bersyukur dengan nikmat makanan dengan mengelak pembaziran serta makan
secara berlebihan hingga memudaratkan.

Menurut kajian pada 2006, lebihan makanan membentuk hampir separuh buangan pepejal
di negara ini. Daripada hampir 20,000 tan buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari, 45
peratus terdiri daripada makanan dibuang.
Bayangkan berapa banyak wang dibazirkan ke dalam tong sampah melalui makanan? Bagi
orang berkemampuan, makanan tidak dianggap satu nikmat besar. Nikmat makanan hanya
akan dihargai apabila berlaku kekurangan makanan.
Makanan adalah nikmat yang besar. Melalui makanan juga Allah SWT menguji manusia
berdepan dengan kesukaran.
Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah
berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
t.
KESAN TIDAK BERSENAM
Kesan Jika Tidak Bersenam
2 Minggu tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot berkurangan
Ketahanan jantung dan paru-paru sedikit menurun

2 Bulan tidak bersenam

Kesannya:
Otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
Ketahanan jantung dan paru-paru menurun

2 Tahun Tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot serta jantung dan paru-paru berkurangan sebanyak 50%
Kekuatan otot merosot
Terjadi pengumpulan lemak di dalam badan