Persepsi Masyarakat Iban Terhadap Fungsi
Tajuk: Perspektif masyarakat Iban terhadap fungsi parang ilang.
Pengenalan
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang dijalankan
mengenai fungsi parang ilang pada zaman dahulu dan masa kini. Pengkaji cuba
membandingkan fungsi parang ilang pada tahun 1950 sehingga 1960 dengan tahun
2014.Parang ilang merupakan senjata yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan
Iban di Sarawak. Parang ilang dalam masyarakat masyarakat peribumi di Sarawak bukan
sahaja tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini. Menurut
Paran (2010) menyatakan bahawa pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan
tradisi memenggal kepala atau “ngayau” dalam kalangan masyarakat Iban khususnya semasa
dalam zaman peperangan. Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang
ilang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah dan keramat. Manakala si
pemilik parang ilang tersebut akan dianggap mempunyai sakral atau sakti dan cara ini secara
tidak langsung meningkatkan status sosialnya. Si pemilik parang itu akan diberi
penghormatan oleh penduduk kampungnya. Namun kini, dengan hilangnya tradisi
memenggal kepala parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral.
Parang ilang kini dianggap lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk upacara-upacara
adat. (Paran,2010). Di samping itu, parang ilang kini banyak dijadikan sebagai alat
cenderamata. Selain sebagai alat senjata, parang ilang juga digunakan sebagai alat
kelengkapan dalam persembahan tarian semasa upacara-upacara adat. Mata parang juga
diperbuat daripada besi dan dibentuk serta dihias dengan ukiran dan lapisan tembaga.
Hulunya diperbuat daripada tanduk, kayu gading atau tulang yang diukir. Sesetengah
belakang parang ilang juga diukir dan disarung parang ilang diperbuat daripada kepingan
kayu diukir dan diikat dengan lilitan anyaman rotan. (Anon,2013). Walaupun tradisi
memenggal kepaka tidak wujud lagi, namun parang ilang masih menjadi simbol budaya yang
penting bagi kaum peribumi di bumi kenyalang (Paran,2010). Parang ilang masih lagi
menjadi kebanggaan atau senjata warisan bagi masyarakat Iban. Bagi masyarakat Iban parang
ilang merupakan salah satu senjata pusaka yang diwarisi secara turun temurun. Dalam kajian
ini, pengkaji ingin mengkaji fungsi parang ilang pada masa dahulu (dalam lingkungan 50-an
sehingga 60-an ke atas) dan pada masa kini. Masalah utama adalah perbezaan kegunaan
parang ilang dimana parang ilang yang suatu ketika dahulu digunakan untuk upacara ritual
sebagai contoh upacara “Gawa sandau ari” dan juga digunakan untuk mengubat penyakit
“Kayap”. Namun kini, parang ilang hanya digunakan untuk alat persembahan tarian dan
sebagai cenderamata kepada para pelancong. Selain daripada itu, masalah kedua adalah
dimana pengkaji ingin mengkaji bahawa generasi yang baru kebanyakkannya kurang diberi
pendedahan atau maklumat mengenai parang ilang. Contohnya, mengenai parang ilang pada
zaman dahulu dan kegunaan parang ilang tersebut dalam masyarakat peribumi Sarawak.
Maslah kajian yang terakhir adalah pembuatan parang ilang semakin berkurangan. Boleh
dikatakan parang ilang dibuat oleh golongan tua sahaja. Tukang parang ilang juga tidak
ramai. Bagi mendapatkan parang ilang juga terhad kerana dibuat di kawasan-kawasan yang
tertentu sahaja. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji sebab-sebab parang ilang itu kurang orang
membuatnya. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih beberapa objektif yang
pengkaji boleh rasakan sesuai dengan kajian yang dibuat. Objektif yang pertama adalah
pengkaji ingin mendalami lagi pemahaman tentang kegunaan parang ilang pada zaman
dahulu kerana menurut sejarah dahulu parang ilang digunakan untuk memenggal kepala
musuh dan di samping itu mempunyai kuasa sakral. Selain itu, objektif yang kedua ialah
pengkaji ingin mengenalpasti faktor yang mendorong parang ilang kurang dikenali generasi
pada masa kini. Kedaan ini kerana golongan muda tidak diberi pendedahan fungsi parang
ilang. Objektif yang terakhir ialah pengkaji ingin memperkenalkan akan identiti, seni dan
warisan parang ilang dalam kalangan peribumi Sarawak dengan memberi pendedahan kepada
golongan muda dalam bentuk bengkel dan latihan. Pada hari ini, parang ilang hanya menjadi
simbol budaya kaum peribumi Sarawak. Kini, parang ilang dihasilkan dengan variasi yang
unik dan menarik. Malah, parang ilang sering dijadikan cenderamata dan buah tangan
kepada para pelancong yang datang ke Sarawak. Seni yang terdapat pada parang ilang
sememangnya sukar digambarkan, namun ia tetap menarik jika ia disimpan sebagai
kenangan-kenangan (Paran,2010).
Perbezaan kegunaan parang ilang pada 50-an sehingga 60-an ke atas dengan masa kini.
Tahun 50-an sehingga 60-an ke atas
Senjata untuk memenggal kepala musuh
pada era peperangan.
Digunakan untuk upacara-upacara ritual
Digunakan
“kayap”
untuk
mengubati
Masa Kini (2014)
Senjata warisan ataupun harta pusaka
masyarakat Iban
Dijadikan perhiasan dalam rumah dan
cenderamata
penyakit Digunakan untuk persembahan taraian
(Sumber diperolehi daripada: Paran 2010)
Sorotan Kesusasteraan
Parang Ilang
Menurut Carl (1920) pula berpendapat parang ilang merupakan senjata tradisional
masyarakat Dayak Borneo. Parang ilang kebanyakkannya digunakan untuk istiadat
bagaimanapun versi yang rumit digunakan sebagai alat praktikal setiap hari. Parang ilang
sering dikaitkan dengan sejarah pemburuan kepala, di mana orang akan berkumpul untuk
menyerang suku kaum yang lain dan mengumpul kepala untuk digunakan dalam pelbagai
perayaan. Parang ilang adalah kedua-dua karya seni itu sendiri dan senjata menggerunkan.
Manakala menurut Ayob dan Malek (1995) menyatakan bahawa ilang ialah sejenis parang
panjang yang digunakan oleh masyarakat Iban di Sarawak. Di Kalimantan, senjata ini
dikenali sebagai dengan nama “Mandau”. Nilai parang kepada masyarakat Iban serupa
dengan nilai keris kepada orang Melayu. Setiap pahlawan Iban mesti memiliki parang ilang.
Hulu parang ilang diperbuat daripada kayu yang diukir dengan motif kenyalang, aso dan
sebagainya. Di kepalanya dilekatkan rambut-rambut yang berwarna-warni. Mata ilang ada
yang melengkung sedikit tetapi kebanyakannya lurus dan runcing. Bahagian belakang mata
ilang turut diukir. Sarung ilang juga diperbuat daripada kayu dan diikat dengan rotan.
Pahlawan Iban yang handal biasanya menghiasi sarung ilangnya dengan rambut musuhnya
serta taring, gigi binatang yang ditewaskan. Menurut Abdullah dan Senik (2007) juga
menyatakan parang ilang lazimnya terkenal di Sarawak, khususnya dalam kalangan
masyarakat Iban. Mata parang ilang nipis kecil di pangkal dan semakin melebar di hujung.
Bahagian belakang mata parang ilang ini dihias dengan ukiran tradisional etnik. Bahagian ulu
dan sarung diperbuat daripada gading yang diukir dengan motif etnik dan dihias dengan bulu
haiwan yang telah diwarnakan. Menurut Ganjing (1988) menyatakan bahawa masyarakat
Kenyah juga sejumlah besarnya membuat parang seperti masyarakat Iban yang membuat
parang ilang. Parang kenyah berbeza dengan parang ilang masyarakat Iban dari segi ukiran
parang itu. Parang ilang masyarakat Iban biasanya dihias dengan rambut manusia hasil
daripada aktiviti memburu kepala. Menurut Chin (2009) masyarakat Kenyah dan Kayan juga
mempunyai parang ilang yang merupakan senjata tradisi mereka. Hulu parang ilang tersebut
dihias dengan rambut manusia atau rambut musuh. Sarung parang tersebut diperbuat daripada
kayu dan diukir serta dihias dengan manik atau gigi haiwan. Bilah parang dihias dengan
rekaan skrol dan bertatahkan tembaga. Parang ilang walaupun banyak digunakan oleh
masyarakat Dayak Laut, ia merupakan senjata kebangsaan Kayan iaitu suku kaum
perdalaman di Sarawak. Masyarakat Kayan kebanyakkan yang membuat parang ilang.
Namun demikian, parang ilang di antara kaum Iban dan Kayan sangat berbeza dari segi
hiasan dan ukirannya. (Boyle, 1865).
Pemburuan Kepala
Lazimnya, parang ilang sering dikaitkan dengan aktiviti pemburuan kepala atau “ngayau”.
Menurut Ngadi (2001) menyatakan perkabungan hanya dapat ditamatkan dalam upacara yang
disempurnakan oleh seorang pahlawan menggunakan kepala manusia yang baru diperolehi.
Ini bermakna, kepala musuh yang mereka perolehi daripada hasil mengayau akan digunakan
untuk menamatkan upacara perkabungan. Kepala yang dipenggal itu akan dijadikan sebagai
“antu pala” atau tengkorak warisan dan digunakan untuk upacara perkabungan. Menurut
Baring-Gould (1909) juga menyatakan bahawa adat Dayak dalam memburu kepala
berasaskan pada prinsip yang sama dengan memburu kulit kepala dalam kalangan orang
India-Amerika Utara. Seorang lelaki muda yang belum mempunyai seorang isteri dia harus
mendapatkan sekurang-kurangnya satu kepala untuk menunjukkan kehebatannya, samada itu
kepala itu adalah kepunyaan lelaki atau perempuan, yang tua atau muda. Jika masyarakat
Dayak telah kehilangan saudaranya itu adalah menjadi tanggungjawabnya untuk
mendapatkan kepala, dan diadakan pesta kepala, keluarga mesti kekal dalam berkabung, dan
saudara yang telah meninggal tidak akan ke sembayan sehingga saudaranya mendapat kepala
manusia. Menurut Tugang (2009) menyatakan bahawa orang Iban hanya membunuh musuh
mereka semasa pergi “ngayau” menentang musuh tradisional mereka semasa mereka
meluaskan kawasan atau berpindah ke tempat baru. Dalam keadaan ini pun, mereka tidak
akan membunuh sebarang musuh, malah kalau boleh meraka hanya memilih musuh lelaki
dewasa untuk ditentang atau dibunuh dan musuh perempuan pula mereka akan bawa balik ke
rumah panjang. Beliau juga menjelaskan bahawa dalam masyarakat Iban, membawa balik
kepala musuh yang telah dibunuh semasa “ngayau” dianggap sebagai sesuatu anugerah amat
berprestij yang dinobatkan terhadap keberanian dan kepahlawanan lelaki Iban. Lazimnya,
setelah mencapai kejayaan ini, seseorang lelaki itu akan digelar sebagai “Bujang Berani”, raja
berani atau pahlawan ulung. Fenomena ini juga dianggap sebagai satu peningkatan status
sosial tertinggi dalam kalangan orang Iban dan mereka berhak diberikan penghormatan yang
amat tertinggi pada masa ritual gawai atau perayaan-perayaan yang lain. Mereka akan
membunuh musuh semasa ngayau (ekpedisi perang) menentang musuh tradisioanl semasa
bertembung dengan musuh berkenaan, menentang orang-orang yang menghalang pergerakan
mereka semasa mereka memperluaskan kawasan atau pindah ke tempat yang baru. Dalam
keadaan ini pun mereka tidak akan membunuh sebarang musuh malahan kalau boleh akan
memilih hanya musuh lelaki dewasa sahaja untuk ditentang atau dibunuh. Perempuan dan
kanak-kanak akan ditangkap dan dibawa balik untuk menjadi hamba abdi. Musuh yang
ditawan semasa ngayau jarang-jarang sekali menerima layanan buruk daripada orang yang
menawannya. Malah mereka selalunya akan diterima menjadi ahli masyarakat Iban dengan
cara iruan mengikut adat orang Iban yang namakan gawai betembang atau upacara mengiru
hamba abdi. Oleh kerana adanya adat ini maka kelas hamba abdi tidak pernah wujud dalam
masyarakat Iban. Membawa balik kepala musuh yang telah dibunuh semasa ekspedisi ngayau
dianggap suatu penabalan keberanian kepada lelaki Iban, kerana setelah mencapai kejayaan
ini seseorang itu akan digelar sebagai “Bujang Berani” atau pahlawan. Ia juga merupakan
satu peningkatan status sosial kerana dia berhak diberi penghormatan yang tinggi terutama
pada masa gawai atau perayaan-perayaan tertentu. Dia juga akan dikagumi dan dihormati
oleh ahli masyarakat dan orang yang mengenalinya. Menurut beliau juga menjelaskan
bahawa kepala musuh yang diperolehi semasa ngayau diproses dan diawet mengunakan cara
tradisional yang dipanggil salai, iaitu menyalai kepala di atas apa yang tidak kuat tetapi agak
lama. Kepala musuh (tengkorak) yang sudah betul-betul kering disebut sebagai antu pala atau
hantu kepala dan dianggap sebagai pesaka atau harta keluarga. Dipercayai juga bahawa antu
pala akan membawa tuah, kekuatan dan kekayaan kepada pemilik dan penghuni rumah
panjang berkenaan. Antu pala digantung di atas bedilang di ruai dan akan dipanaskan dengan
api kecil yang dibuat di atas bedilang tersebut kerana dipercayai bahawa antu pala
memerlukan kepanasan untuk berehat dengan aman. antu pala juga akan diberi makan,
minum tuak dan juga akan diusapi dengan darah ayam yang segar dari semasa ke semasa
untuk mententeramkan roh kepala itu.
Simbol
Mengikut Tugang (2009) medefinisikan simbol sebagai satu reka corak yang mengandungi
makna tertentu menerusi perkaitan antara satu simbol dengan satu simbol yang lain dan reka
corak tersebut memberi makna kepada sesebuah masyarakat. Penggunaan simbol merupakan
cara yang satu-satunya untuk berkomunikasi. Simbol ini dapat digunakan untuk
mengekspresi sesuatu nilai dan menerusi simbol-simbol, manusia dapat mengawal
pengamalan mereka. Ini bermakna untuk sebarang komunikasi yang berlaku berkaitan
dengan keagamaan, simbol-simbol yang dibentuk mesti dapat mengekspresi sesuatu perkara
berkaitan dengan kehidupan sesebuah masyarakat itu.
Identiti
Identiti ialah tanda pergerakan diri seseorang individu, sesebuah masyarakat atau sesebuah
bangsa. Ia boleh ditonjolkan melalui penggunaan bahasa dan sebagainya. Bagi sesetengah
masyarakat, sesuatu objek yang dianggap istimewa menjadi simbol identiti utama kepada
masyarakat itu untuk dikenali di seluruh dunia. Misalnya, bagi masyarakat Iban, parang ilang
ialah satu objek istimewa yang dianggap sebagai salah satu simbol penting identiti
mereka.Beliau juga menyatakan identiti merupakan ciptaan-ciptaan unggul yang
menunjukkan konsep hidup satu-satu kaum atau masyarakat itu. Dengan ciptaan-ciptaan itu
telah sebati dengan kaum dan masyarakat tersebut. Menurut beliau, keunggulan ciptaanciptaan ini dikatakan boleh dirujuk sebagai petanda-petanda budaya yang unggul, kukuh yang
tersedia ditonton ramai dan diakaui amat berkesan untuk mempamerkan kehebatan ciptaanciptaan satu-satu kelompok budaya bangsa yang berlainan dengan budaya yang lain.
(Ibrahim, 2005).
Pemburuan Kepala
Simbol
Identiti
Metodologi
Pengumpulan data
Kaedah-kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan pengkaji membuat temu bual,
pemerhatian dan soal selidik. Pengkaji melakukan temu bual dengan informan yang terlibat
untuk mendapatkan maklumat kajian. Pengkaji menggunakan temu bual bersemuka iaitu
temu bual individu. Temu bual akan memperoleh maklumat secara lisan dari informan. Bagi
menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan rakaman kaset, video dan media elektronik
lain untuk merekod jawapan daripada informan. Pengkaji juga mencatat maklumat secara
bertulis. Temu bual digunakan kerana merupakan salah satu cara untuk mendapat maklumat
yang lebih dalam satu masa yang singkat. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau
pengkaji menjadi salah satu seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam
masa yang sama bertindak sebagai pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah
penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat
pemerhatian menjadi lebih sah dan boleh dipercayai. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji
juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mendapat maklumat yang tepat daripada
responden. Pengkaji telah menetapkan 300 orang responden yang bermaksud 300 helai
borang soal selidik yang harus diedarkan kepada responden. Dengan menggunakan borang
soal selidik ini juga, pengkaji telah mengetahui dengan sejauh mana reponden masyarakat
Iban terhadap fungsi parang ilang.
Sumber Data
Pengkaji menggunakan data atau maklumat yang dikumpul dengan memperolehinya melalui
sumber data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer termasuk kaedah seperti temu
ramah, kerja lapangan dan pemerhatian. Terdapat dua cara pengumpulan data dalam sumber
data primer. Antaranya kaedah kualitatif dan kuantatif. Hasil maklumat dalam kaedah
kualitatif adalah berbentuk perkataan atau ayat yang diperolehi hasil daripada temu bual
pengkaji dengan informan atau hasil pemerhatian daripada pengkaji itu sendiri. Manakala
kuantatif pula adalah kaedah yang menggunakan data dalam bentuk angka yang boleh diukur.
Borang soal selidik merupakan alat pengukur utama pengkaji dalam kaedah kuantitatif.
Subjek utama pengkaji dalam kaedah kualitatif dikenali sebagai responden. Pengkaji memilih
kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian. Kajian pengkaji merupakan kajian baru yang
memerlukan informen sebagai sumber maklumat yang utama. Manakala untuk data sekunder
pengkaji akan menggunakan buku, internet dan jurnal sebagai rujukan kajian yang lepas.
Bahan rujukan seperti artikel, keratan akhbar dan sebagainya yang digunakan untuk
membantu pengkaji dalam memperolehi data yang diperlukan. Penulisan yang terdapat di
dalam laman web internet juga digunakan oleh pengkaji bagi menambahkan lagi maklumat
yang sedia ada. Bahan-bahan ini berkait rapat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan tajuk pengkaji yang hendak dilakukan. Dengan pengumpulan data primer dan
sekunder ini membantu melancarkan penulisan kajian ini.
Perbincangan
Bahagian A: Latar belakang responden
1. Jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan
Total
Kekerapan
130
170
300
%
43.3
56.7
100.0
Jantina
43%
Lelaki
Perempuan
57%
Merujuk gambar rajah 4.1 carta tersebut menunjukkan kekerapan bagi jantina masyarakat
Iban telah mengisi borang soal selidik. Seramai 170 bersamaan 56.7% orang daripada
golongan wanita manakala seramai 130 bersamaan 43.3% orang daripada golongan lelaki.
Golongan lelaki didapati lebih kurang mengisi borang tersebut kerana golongan ini agak
kurang berminat dan tidak begitu mengambil perhatian tentang topik yang bersifat warisan
dan kebudayaan seperti ini berbanding dengan topik politik dan ekonomi.
2. Umur
Umur
Kekerapan
16-19
53
20-25
26
26-29
11
30-35
24
36-39
12
40-45
21
46-49
15
50-55
39
56-59
20
60-65 keatas 79
Total
300
%
17.7
8.7
3.7
8.0
4.0
7.0
5.0
13.0
6.7
26.3
100.0
Umur
30
26.3
25
20
17.7
15
10
5
13
8.7
8
3.7
7
4
5
Umur
6.7
0
Carta tersebut menunjukkan kekerapan umur bagi masyarakat Iban di sekitar Daerah
Simunjan dan Sri Aman. Seramai 53 orang yang berumur dalam lingkungan 16-19 tahun.
Seramai 26 orang yang berumur dalam lingkungan 20-25 tahun. Seramai 11 orang yang
berumur dalam lingkungan 26-29 tahun. Seramai 24 orang yang berumur dalam lingkungan
30-35 tahun. Seramai 12 orang yang berumur dalam lingkungan 40-45 tahun. Seramai 15
orang yang berumur dalam lingkungan 46-49 tahun. Seramai 39 orang yang berumur dalam
lingkungan 50-55 tahun dan seramai 79 orang yang berumur dalam lingkungan 60-65 keatas.
Melalui pemerhatian didapati lebih ramai masyarakat Iban yang berumur dalam linkungan
60-65 keatas yang menjawap borang selidik. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakkan
golongan ini lebih ramai berpengetahuan luas tentang topik yang perlu dibincangkan.
Tambahan pula, golongan ini lebih mudah didekati dan senang untuk memberi kerjasama
kepada pengkaji berbanding responden dari golongan umur yang lain.
3. Bagaimanakah anda mengetahui parang ilang?
Bagaimanakah
Kekerapan
%
anda
mengetahui
parang ilang?
Article
3
Internet
9
Keluarga
262
Kawan
26
Total
300
1.0
3.0
87.3
8.7
100.0
Bagaimanakah anda mengetahui parang ilang?
9%
1% 3%
Article
Internet
Keluarga
kawan
87%
Carta diatas menunjukkan kekerapan bagaimanaka anda mengetahui parang ilang?
Responden bagi masyarakat Iban mengenai parang ilang. Seramai 3 orang responden yang
mengetahui parang ilang daripada article. Seramai 9 orang responden yang mengetahui
parang ilang daripada internet. Manakala, seramai 262 orang responden yang mengetahui
parang ilang melalui keluarga dan seramai 26 orang responden yang mengetahui parang ilang
melalui kawan. Melalui carta ini menunjukkan responden yang mengetahui melalui keluarga
lebih ramai. Manakala, yang paling rendah di sini ialah responden mengetahui melalui article.
Keadaan ini berlaku kerana golongan generasi kurang membaca article. Ini kerana zaman
sekarang lebih suka kepada gajet dan sebagainya.
Bahagian B: Pengetahuan masyarakat Iban terhadap parang ilang.
Pengetahuan masyarakat Iban terhadap parang
ilang.
Adakah anda mengetahui tentang amalan
penggunaan parang ilang?
Adakah anda berminat untuk mengetahui
tentang amalan penggunaan parang ilang?
Adakah anda mengetahui bahawa parang ilang
dapat mengubati penyakit “kayap”?

juga dibuat oleh masyarakat Kenyah dan Kayan?
Adakah parang ilang masih digunakan dalam
kalangan masyarakat Iban setiap hari?
Adakah parang ilang hanya digunakan dalam
upacara ritual?
Adakah parang ilang pada masa kini hanya
dijadikan sebagai perhiasan rumah?
Adakah parang ilang merupakan salah satu
daripada senjata warisan masyarakat Iban?
Adakah parang ilang diwarisi secara turun
temurun?
Adakah anda atau keluarga anda masih
menyimpan parang ilang?
Adakah parang ilang pada masa kini masih
dianggap mempunyai kuasa keramat atau sakti?
Haruskah golongan tua (pakar) memberi
bimbingan dan saluran informasi kepada
golongan muda tentang aspek nilai dan peranan
parang ilang dalam masyarakat Iban?
Tidak Pasti
Neutral
Sangat Pasti
K
31
%
10.3
K
63
%
21.0
K
206
%
68.7
10
3.4
17
5.7
273
90.9
42
14.0
41
13.7
217
72.3
138
46.0
55
18.3
107
35.7
252
84.0
22
7.3
26
8.7
54
18.0
22
7.3
224
74.7
38
12.7
25
8.3
237
79.0
33
11.0
25
8.3
242
80.7
49
16.3
26
8.7
225
75.0
124
41.3
35
11.7
141
47.0
51
17.0
33
11.0
216
72.0
11
3.6
3
1.0
286
95.4
Jadual di atas menunjukkan kekerapan mengenai pengetahuan masyarakat Iban terhadap
parang ilang. Kekerapan bagi mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang ialah
seramai 206 orang atau 68.7% dari 300 orang responden yang sangat pasti. Kekerapan yang
sama dalam jadual ini ialah parang ilang digunakan dalam kalangan masyarakat Iban setiap
hari dan parang ilang hanya digunakan dalam upacara ritual dengan seramai 22 orang
responden bersamaan 7.3% yang neutral. Manakala, seramai 10 orang responden bersamaan
3.4% yang tidak setuju dalam berminat untuk mengetahui tentang amalan penggunaan parang
ilang. Andaian pengkaji di sini masyarakat Iban khasnya generasi baru lebih sangat pasti
untuk mengetahui tentang amalan penggunaan penggunaan parang ilang. Keadaan ini berlaku
kerana parang ilang mempunyai keunikan yang harus dimiliki oleh setiap masyarakat Iban.
Dengan adanya parang ilang disimpan oleh setiap keluarga maka ia menunjukkan identiti
sesebuah masyarakat tersebut khasnya kaum Iban. Selain itu, andaian bagi parang ilang masih
digunakan dalam kalangan masyarakat Iban setiap hari dan parang ilang digunakan dalam
upacara ritual ialah kerana generasi zaman sekarang kurang mengetahui berkenaan dengan
parang ilang. Mereka lebih gemar melayani internet dari mengetahui tentang kegunaan
parang ilang yang merupakan senjata pusaka kaum Iban. Seterusnya, andaian tentang minat
untuk mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang kerana generasi sekarang tidak
berminat yang berkaitan dengan warisan. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih suka lagi
dengan benda-benda yang berkaitan dengan teknologi dari minat mengetahui harta pusaka
keturunan nenek moyang
Bahagian C: Perbezaan fungsi parang ilang di antara tahun 1950-1960 dengan tahun
2014.
Perbezaan fungsi
parang ilang di antara
tahun 1950-1960
dengan tahun 2014.
Tiada
K
%
Tidak yakin
Neutral
K
K
%
Sangat yakin
%
K
%
Parang ilang
digunakan sebagai
senjata untuk
memenggal kepala
atau “ngayau”. (19501960)
Parang ilang
digunakan dalam
upacara ritual seperti
“gawa sandau ari” dan
“ngetas ulit”. (19501960)
Parang ilang yang
sudah digunakan
untuk memenggal
kepala musuh
berkesan untuk
mengubati penyakit
“kayap”. (1950-1960)
Parang ilang dijadikan
sebagai senjata
warisan atau harta
pusaka bagi orang
Iban. (1950-1960)
Parang ilang dijadikan
sebagai alat perhiasan
rumah. (1950-1960)
Parang ilang dijadikan
cederamata kepada
pelancong. (19501960)
Parang ilang
digunakan untuk
persembahan tarian
tradisional masyarakat
Iban. (1950-1960)
148
49.3
-
-
-
-
152
50.7
149
49.0
8
2.7
3
1.0
140
46.6
149
49.7
1
0.3
2
0.7
148
49.3
149
49.7
1
0.3
-
-
150
50.0
149
49.7
1
0.3
3
1.0
147
49.0
149
49.7
15
5.0
16
5.3
120
40.0
150
50.0
4
1.3
6
2.0
140
46.7
Jadual ini menunjukkan kekerapan bagi perbezaan fungsi parang ilang diantara 1950-1960
dengan masa kini. Seramai 140 orang responden bersamaan 46.7% yang sangat yakin dengan
parang ilang digunakan untuk persembahan tarian tradisional masyarakat Iban. Keadaan ini
berlaku kerana masyarakat Iban khasnya golongan lelaki akan menggunakan parang ilang
semasa membuat persembahan tarian ngajat. Selain itu, seramai 3 orang responden
bersamaan 1.0% yang neutral dengan parang ilang digunakan dalam upacara ritual seperti
“Gawa sandau ari” dan “Ngetas ulit”. Ini disebabkan masyarakat Iban pada masa itu ramai
yang memeluk agama kristian atau islam. Setelah mereka memeluk agama tersebut maka
hilang adat resam seperti gawa sandau ari dan ngetas ulit. Mereka meninggalkan adat yang
lama dan mula mengikut ajaran agama masing-masing. Oleh yang sedemikian, maka parang
ilang kurang lagi digunakan dalam gawa sandau ari dan ngetas ulit. Kekerapan bagi parang
ilang dijadikan cederamata kepada pelancong ialah seramai 15 orang responden bersamaan
5.0% yang tidak yakin. Keadaan ini diandaikan oleh pengkaji bahawa parang ilang yang lama
tidak akan dijual kepada pelancong melainkan parang ilang itu buatan yang terkini. Ini kerana
parang ilang yang tidak boleh dijual sesuka hati ianya harus dijadikan harta pusaka yang akan
diwarisi secara turun menurun.

parang ilang di
antara tahun 19501960 dengan tahun
2014.
Tiada
Tidak yakin
Neutral
K
%
K
%
K
Parang ilang
digunakan sebagai
senjata untuk
memenggal kepala
atau “ngayau”.
(2014)
Parang ilang
digunakan dalam
upacara ritual
seperti “gawa
sandau ari” dan
“ngetas ulit”. (2014)
Parang ilang yang
sudah digunakan
untuk memenggal
kepala musuh
berkesan untuk
mengubati penyakit
“kayap”.(2014)
Parang ilang
dijadikan sebagai
senjata warisan
atau harta pusaka
bagi orang Iban.
(2014)
Parang ilang
dijadikan sebagai
alat perhiasan
rumah. (2014)
Parang ilang
dijadikan
cederamata kepada
pelancong. (2014)
Parang ilang
digunakan untuk
persembahan tarian
tradisional
masyarakat Iban.
(2014)
152
50.
7
41
13.
7
29
152
50.
6
58
19.
4
153
51.
0
44
152
50.
7
152
Sangat yakin
%
K
%
9.7
78
25.9
31
10.3
59
19.7
41.
7
30
10.0
73
24.3
39
13.
0
22
7.3
87
28.7
50.
7
40
13.
3
25
8.4
83
27.6
152
50.
7
56
18.
7
31
10.3
61
20.3
152
50.
6
40
13.
4
23
7.7
85
28.3
Jadual berikut menunjukkan kekerapan bagi perbezaan fungsi parang ilang diantara tahun
1950-1960 dengan masa kini. Seramai 78 orang responden bersamaan 25.9% yang sangat
yakin dengan Parang ilang digunakan sebagai senjata untuk memenggal kepala atau
“ngayau”. Andaian pengkaji disini responden mengetahui parang ilang digunakan “ngayau”
dari cerita nenek moyang mereka dahulu. Pengkaji juga mengadaikan bahawa mereka yang
tahu mengenai parang ilang digunakan “ngayau” kemungkinan ahli keluarganya ada
menyimpan parang ilang. Selain itu, seramai 30 orang responden bersamaan 10.0% yang
neutral dengan parang ilang yang sudah digunakan memenggal kepala musuh berkesan untuk
mengubat penyakit “kayap”. Andaian di sini adalah generasi sekarang kurang percaya dengan
amalan tersebut kerana ianya dianggap berfikiran kolot ditambah-tambah lagi sekarang
adanya hospital atau klinik yang lebih dipercayai boleh mengubati penyakit tersebut. Ini
kerana hospital dan klinik mempunyai kelengkapan yang boleh merawat penyakit tersebut.
Seterusnya, seramai 40 orang responden bersamaan 13.3% yang tidak yakin Parang ilang
dijadikan sebagai alat perhiasan rumah. Andaian pengkaji generasi zaman sekarang ramai
yang tidak mengetahui apa itu parang ilang. Semasa pengkaji bertanya sesetengah golongan
remaja ramai yang tidak pernah dengar atau melihat apa itu parang ilang. Ini disebabkan
generasi sekarang lebih meminati gajet dari senjata pusaka budaya mereka sendiri.
Bahagian D: Cadangan untuk memelihara parang ilang daripada hilang tradisinya.
Cadangan untuk memelihara parang ilang
daripada hilang tradisinya.
Menyediakan Bengkel Latihan kepada golongan muda
khasnya dalam pembuatan parang ilang.
Memperbanyakkan tulisan lisan berkenaaan parang
ilang agar generasi muda dapat mengetahui kegunaan
parang ilang dari zaman dahulu sampai sekarang.
Mempamerkan parang ilang di muzium agar
masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan senjata
warisan bagi masyarakat Iban.
Tidak Setuju
Neutral
Sangat Setuju
K
4
%
.4
K
2
%
.7
K
294
%
98.0
1
0.3
1
0.3
298
99.4
3
1.0
-
-
297
99.0
Merujuk kepada jadual tersebut menunjukkan kekerapan bagi cadangan untuk memelihara parang
ilang daripada hilang tradisinya. Seramai 298 bersamaan 99.4% responden yang sangat setuju
dengan memperbanyakkan tulisan lisan berkenaaan parang ilag agar generasi muda dapat
mengetahui kegunaan parang ilang dari zaman dahulu sampai sekarang. Andaian pengkaji golongan
tua yang tahu mengenai kegunaan parang ilang hanya menceritakan dari mulut ke mulut dengan
tiada penulisan. Ini kerana ramai mereka pada zaman dahulu tidak pergi ke sekolah. Selain itu,
seramai 2 orang bersamaan 0.7% responden yang neutral dalam menyediakan bengkel latihan
kepada golongan muda khasnya dalam pembuatan parang ilang. Andaian pengkaji di sini yang
menjawap neutral kerana mereka tidak mahu membebankan diri dalam pembuatkan parang ilang.
Ini kerana mereka mengganggap parang ilang tidak mempunyai fungsi pada zaman sekarang.
Seterusnya ialah seramai 3 orang bersamaan 1.0% responden yang tidak setuju untuk mempamerkan
parang ilang di muzium agar masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan senjata warisan bagi
masyarakat Iban. Salah seorang responden yang tidak setuju menyatakan bahawa parang ilang tidak
seharusnya dipamerkan di muzium lebih-lebih parang ilang yang lama. Parang ilang seharusnya
disimpan oleh si pemiliknya sebagai harta keturunan keluarganya.
Jantina * Adakah anda mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang? * Umur Crosstabulation
Umur
Adakah anda mengetahui tentang amalan penggunaan parang
ilang?
Tidak pasti Kurang pasti
Neutral
Pasti
Sangat pasti
Lelaki
3
7
19
4
1
Jantina
16-19
Perempuan
3
4
9
2
1
Jumlah
6
11
28
6
2
Lelaki
1
1
3
3
3
Jantina
20-25
Perempuan
0
2
2
5
6
Jumlah
1
3
5
8
9
Lelaki
1
0
1
2
Jantina
26-29
Perempuan
2
3
1
1
Jumlah
3
3
2
3
Lelaki
0
3
5
3
Jantina
30-35
Perempuan
3
4
2
4
Jumlah
3
7
7
7
Lelaki
1
1
5
Jantina
36-39
Perempuan
2
2
1
Jumlah
3
3
6
Lelaki
0
2
2
5
Jantina
40-45
Perempuan
1
3
2
6
Jumlah
1
5
4
11
Lelaki
1
0
4
Jantina
46-49
Perempuan
0
1
9
Jumlah
1
1
13
Lelaki
0
0
2
7
Jantina
50-55
Perempuan
1
3
9
17
Jumlah
1
3
11
24
Lelaki
0
1
0
8
Jantina
56-59
Perempuan
1
0
3
7
Jumlah
1
1
3
15
Lelaki
0
2
29
Jantina
60-65 keatas
Perempuan
8
6
34
Jumlah
8
8
63
Lelaki
4
10
29
20
67
Jantina
Perempuan
3
14
34
33
86
Jumlah
7
24
63
53
153
Jadual tersebut merupakan diantara pembolehubah iaitu umur, jantina dan soalan yang
dipilih adakah anda mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang? Daripada 300
orang responden, sebanyak 53 orang responden yang berumur 16-19 tahun dan sebanyak 34
Jumlah
34
19
53
11
15
26
4
7
11
11
13
24
7
5
12
9
12
21
5
10
15
9
30
39
9
11
20
31
48
79
130
170
300
lelaki dan 19 perempuan yang telah menjawap borang soal selidik dalam kajian tersebut.
Daripada 53 responden tersebut, terdapat 17 orang menyatakan bahawa mereka tidak pasti,
28 orang neutral dan sebanyak 8 orang responden menyatakan mereka sangat pasti dengan
mengetahui tentang amalan parang ilang. Melalui jadual tersebut juga dapat dilihat bahawa
bahawa 28 menunjukkan reaksi yang positif manakala sebanyak 17 orang menunjukkan
reaksi negatif terhapad mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang. Selain itu,
seramai 11 orang responden yang berumur 26-29 yang terbahagi kepada lelaki iaitu 4 orang
dan 7 orang perempuan. Seramai 3 orang responden yang tidak pasti, 3 orang responden yang
neutral dan seramai 11 orang responden yang sangat pasti mengetahui tentang amalan
penggunaan parang ilang. Keadaan ini disebabkan generasi baru ramai yang tidak tahu apa itu
parang ilang. Dengan dunia yang serba berteknologi ini ramai yang tidak mengambil tahu
tentang budaya dan warisan. Mereka lebih gemar dengan alat-alat yang berteknologi mengiku
peredaran masa.
Cronbach's Alpha
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha Based on Standardized Items
.746
.768
Jadual di atas menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan dan kesahihan bagi pengetahuan
masyarakat Iban terhadap fungsi parang ilang pada zaman dahulu dan sekarang. Daripada
hasil kajian yang dijalankan didapati bahawa nilai Cronbach’s Alpha bagi kajian mempunyai
nilai 768. Dengan ini dapat dirumuskan hawasa hasil tersebut mempunyai nilai boleh
kepercayaan kerana lebih daripada 0.7. Untuk menentukan jumlah Cronbach’s Alpha yang
dapat diterima serta boleh dipercayai jumlah tersebut mestilah melebihi 0.7 (>0.7).
Temu Ramah
Informan Anting Anak Ngumbang (55 tahun) dari Kpg Mawang Kara turut
menyatakan parang ilang dahulunya
digunakan untuk “ngayau”. Beliau turut
menyatakan bahawa keturunan mereka ada menyimpan parang ilang. Parang ilang
telah diwarisi dari turun temurun keluarganya. Ianya telah diwarisi oleh bapanya
Ngumbang dan diwarisi oleh bapanya kepada Anting. Menurut bapa Anting parang
ilang telah di beri oleh keturunan “bungai nuing” kepada penurun Ngumbang.
Anting juga mengatakan ilang yang dimilikinya digunakan untuk mengubat penyakit
“kayap”. Beliau menceritakan sepasang suami isteri datang ke rumahnya untuk
mengubat kayap yang dihadapi oleh suaminya iaitu kayap ular. Menurut si suami
mengatakan bahawa beliau telah mendapat mimpi yang memberitahu Anting
mempunyai ilang yang boleh menyembuhkan kayapnya itu. Selepas dia merawat
kayapnya dengan air ilang yang diasah maka kayapnya sembuh. Selepas itu,
banyaklah orang yang datang berubat khasnya yang berpenyakit kayap.
Anting juga menceritakan pengalaman beliau merawat orang kampungnya. Beliau
menyatakan sudah pelbagai cara orang kampungnya itu merawat kayapnya misalnya
di hospital dan klinik namun kayapnya itu tidak sembuh. Maka dia berjumpa dengan
Anting supaya mengubat kayapnya itu. Anting pun menyatakan dia boleh mengubat
kayapnya itu dengan syarat selepas mengubat kayapnya itu orang itu perlu memberi
pengeras atau “sabang” kepada beliau dalam bentuk wang atau besi. Menurut beliau,
orang kampunya itu tidak membayar pengeras kepadanya. Ini telah nenyebabkan
beliau terkena kayap. Pengeras yang tidak di bayar maka penyakit yang dimiliki oleh
orang yang mimiliki kayap itu akan balik kepada orang yang telah mengubatnya.
Anting terkena kayap di bahagian dadanya. Oleh kerana itu beliau tidak lagi
menyimpang parang ilang. Beliau telah memberi parang ilang kepada orang lain.
Menurut Liang Anak Melada (56 tahun) berasal dari Sg. Tengang menegaskan bahawa parang
ilang pada zaman dahulu digunakan untuk ekpedisi “ngayau” atau memenggal kepala musuh.
Parang ilang merupakan senjata untuk pertahanan untuk lelaki khasnya kaum Iban. Setiap
lelaki harus ada mempunyai parang ilang. Ini menunjukkan mereka bersedia untuk berburu
atau melindungi keluarga mereka.
Selain itu, parang ilang juga digubakan untuk merisik pihak perempuan atau “ngambi anak
indu”. Difahamkan bapa lelaki akan letakkan parang ilang dekat pinggang atau “nankin
duku”. Parang ilang akan dibawa ke rumah perempuan tersebut. Selepas sampai di rumah
perempuan tersebut bapa lelaki itu akan megantungkan parang ilang yang di bawanya di
tanduk rusa. Keadaan ini menunjukkan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan.
Di samping itu, parang ilang juga digunakan untuk upacara “gawa” iaitu upacara ritual.
Parang ilang akan digunakan oleh ketua atau “lembabang” “muka jalai” . Ia juga digunakan
untuk “nyayat jani” atau membelah babi. Upacara ini dilakukan untuk “meda ati jani” atau
melihat hati babi bagi melihat tuah golongan lelaki Iban.
Parang ilang juga digunakan untuk perayaan Gawai Dayak bagi masyarakat Iban. Ia
digunakan untuk “ngetas ranyai”. Kaum Iban akan mengelilingi “ranyai” tersebut dan
memotong bahan-bahan yang digantung pada “ranyai”. Selepas itu, parang ilang akan
digunakan untuk menebang “renyai” tersebut dan menandakan berakhirnya perayaan Gawai.
Pada zaman kini, parang ilang kebanyakkan dibuat untuk perhiasan. Ia akan diletak di
dinding rumah. Bahan yang ada pada parang ilang juga tiada lagi seperti zaman dahulu
misalnya, dulu dihias dengan rambut manusia namun sekarang ia hanya dihias dengan bulu
burung ruai dan hulunya dahulu dibuat dari tulang haiwan. Parang ilang juga turut merawat
penyakit “kayap” apabila parang ilang itu sudah digunakan memenggal kepala manusia.
Menurut Jamali Anak Rajaw (76 tahun) berasal dari Kpg Batu Kepit, Simunjan menyatakan
bahawa parang ilang pada asalnya zaman dahulu digunakan oleh masyarakat Iban untuk
memenggal kepala manusia atau “ngayau”. Masyarakat Iban khasnya golongan lelaki harus
ada menyimpan parang ilang sebagai langkah persediaan untuk “ngayau” ataupun senjata
perlindungan daripada musuh. Ketika zaman peperangan, parang ilang merupakan senjata
utama yang digunakan masyarakat Iban untuk berperang. Selain dari membawa parang ilang
lelaki Iban yang pergi “ngayau” juga harus ada Terabai untuk menjadi perisai semasa
berlawan dengan musuh.
Beliau juga turut mengatakan parang ilang juga digunakan untuk mengubat penyakit “kayap”
ataupun sejenis penyakit kulit. Parang ilang sudah digunakan “bedengah” atau memenggal
kepala manusia dapat menyembuh penyakit “kayap”. Penyakit ini sahaja yang dapat diubat
melalui parang ilang. Masyarakat Iban parang ilang sahaja yang boleh penyakit “kayap” ini.
Penyakit “kayap” ini merupakan senjenis penyakit kayap yang boleh membawa maut kalau
ianya lewat diubati. Bilah parang ilang akan diasah dan air dari bilah ilang yang diansah itu
akan diambil bagi merawat penyakit tersebut.
Pada zaman 50-an parang ilang digunakan untuk aktiviti “ngetas ulit” atau penamatan
upacara berkabung. Masyarakat Iban khasnya menggunakan parang ilang untuk “ngetas ulit”.
Dalam upacara “ngetas ulit” ada satu upacara yang dilakukan iaitu upacara “nako antu pala”.
Upacara itu bermula di kubur si mati dan pengakhirnya di rumah panjang keluarganya. Ketua
bagi “nako antu pala” itu akan membawa parang ilang dengannya. “Antu pala” akan dibawa
ke rumah panjang dan di sambut oleh golongan wanita. “Antu pala” akan diletak di atas
pinggan batu yang disaluti dengan pua kumbu dan “piring”. Parang ilang akan digunakan
untuk menguntin rambut bagi yang berkabung. Selepas upacara itu selesai maka tamatlah
tempoh berkabung.
Kesimpulan
Sememangnya Negara kita telah maju seiring dengan peredaran masa begitu juga dengan
masyarakat kita. Walaupun teknologi memberi impak kepada genarasi muda kita tetapi akar
budaya jangan dilupa. Begitu juga denga parang ilang yang merupakan senjata warisan yang
melambangkan identiti masyarakat Iban. Parang ilang bukan sahaja merupakan senjata yang
menjadi hiasan di rumah atau juga barangan kesukaan pelancong malah dalam masyarakat
Iban parang ilang merupakan lambing identiti bangsa itu sendiri. Parang ilang digunakan
semasa susah mahupun senang terutama sekali semasa aktiviti “ngayau” pada suatu ketika
dahulu. Selaras dengan keadaan perubahan penerimaan masyarakat Iban maka pengkaji telah
menjalankan kajian yang bertajuk “Perspektif Masyarakat Iban Terhadap Fungsi Parang
Ilang”.
Reference
Abdullah, M.Z & Senik, M.S. (2007). Senjata warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Anon. (2013). Senjata Sarawak. Dicapai daripada
http://informasikraf.blogsport.com/2013/02/senjata-sarawak-tradisional-weapons-of.html
Ayob, Y & Malek, M.R. (1995). Senjata dan alat traditional. Selangor: Prisma SDN BHD.
Boyle, Federick. (1865). Adventures among the Dyaks of Borneo. London. Hurst and
Blackett.
Chin, L. (2009). Cultural heritage of Sarawak. Kuching: Sarawak Muzeum.
Ganjing, A. A. (1988). Basic Iban design. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, W. S. (2005). Identiti Melayu di dalam alam bina. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Tugang, N. (2009). Tenunan kain pua dalam budaya Iban di Sarawak. Kota Samarahan:
universiti Malaysia Sarawak.