3.Menggariskan Fungsi Kesatuan Sekerja T

3.Menggariskan Fungsi Kesatuan Sekerja Termasuk Keperluan Undangundang Untuk Membentuk Dan Bergabung Dengan Kesatuan.

3.1Apakah Kesatuan Sekerja ?

Kesatuan sekerja adalah sebuah persatuan pekerja yang bekerjasama untuk
memperbaiki keadaan kerja dan kepentingan ahlinya. Kebanyakkan pekerja menyertai
kesatuan ini kerana mereka sedar secara kolektif mereka berada di dalam kedudukan
yang membolehkan mereka menuntut gaji yang tinggi dan syarat-syarat pekerjaan
yang lebih baik.

Seseorang pekerja mungkin berani untuk memohon atau menuntut gaji yang tinggi
dan faedah yang lebih baik daripada majikannya, akan tetapi jika tuntutannya ditolak,
seseorang pekerja tidak mempunyai pilihan kecuali mendesak majikannya bagi
mencapai matlamat yang dikehendaki. Hal ini boleh meyebabkan kemarahan dari
pihak majikan dan pekerja tersebut mungkin akan dipecat.

Oleh demikian, seseorang pekerja yang menjadi ahli kesatuan sekerja boleh
menggunakan jentera dan prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh kesatuan
sekerjanya bagi menuntut kenaikan gaji mahupun faedah yang lebih baik.

Kesatuan sekerja sentiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi hak dan

kepentingan ahlinya. Tindakan akan diambil oleh pihak kesatuan sekerja jika terdapat
majikan yang cuba menindas atau diskriminasi terhadap sesebuah kumpulan pekerja.

Kesatuan sekerja sering mengingatkan ahlinya akan hak-hak mereka. Ahli kesatuan
sekerja boleh membuat aduan kepada kesatuan jika merasakan diri mereka telah

dianiaya oleh pihak majikan. Pihak kesatuan sekerja akan melakukan siasatan dan
mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan.

3.2. Kepentingan kesatuan Sekerja.

Ada sesetengah majikan dan individu berpendapat bahawa kewujudan kesatuan
sekerja adalah ketinggalan zaman kerana kita kini berada di zaman moden. Ada
sesetengah majikan berpendapat bahawa pekerja yang menyetai kesatuan sekerja
adalah salah satu tindakan ketidaksetiaan terhadap organisasi.

Mungkin sesetengah majikan tidak suka pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana
mahu mendiskriminasi hak-hak seseorang pekerja. Oleh itu, bagi megelakkan dari
majikan menindas pekerja, kesatuan pekerja amat penting bagi menjaga dan
membantu ahli-ahlinya.


3.3. Penubuhan Kesatuan Sekerja.

Tujuh orang atau lebih pekerja boleh menubuhkan kesatuan sekerja dengan syarat
mereka mestilah bekerja dalam sektor perdagangan pekerjaan atau industri yang
sama. Semua bakal ahli yang dicadangkan untuk menganggotai kesatuan sekerja
harus terdiri daripada mereka yang bekerja di dalam sektor awam mahupun swasta.

Selepas keputusan dibuat, satu permohonan perlu dilakukan untuk mendaftar kesatuan
tersebut di dalam tempoh masa sebulan selepas tarikh persetujuan tersebut dicapai.
Persatuan yang diwujudkan perlu didaftar kepada Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bagi
membolehkan kesatua ini dapat beroperasi secara sah. Borang permohonan yang telah
siap diisi dan ditandatangani oleh tujuh orang ahli perlu diserahkan bersama-sama
satu salinan bercetak perlembagaan kesatuan sekerja yang baru kepada Ketua
PengarahHal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Ketua pengarah berhak menerima mahupu menolak permohonan pendaftaran yang
mana pada pendapatnya berkemungkinan digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram.

3.4. Keanggotaan Kesatuan Sekerja


Syarat bagi menyertai kesatuan sekerja ini adalah mereka yang berumur 16 tahun dan
keatas iaitu kesatuan sekerja yang mewakili pekerja dalam perdagangan, pekerjaan
atau industri yang sama dan meliputi pekerja yang bekerja di semenanjung Malaysia
atau sabah dan sarawak. Pekerja yang berumur dari 16 hingga 21 tahun mempunyai
had yang terhad bagi menyertai sebarang aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh
kesatuan.

Mereka yang berusia dari 16 tahun tidak dibenarkan bertanding di dalam pilihanraya
bagi memilih eksekutif kesatuan sekerja dan tidak boleh juga melakukan undi mogok
sehingga mereka berusia 18 tahun. Ada sesetengah pekerjaan yang dihalang dari

menyertai kesatuan kerja misalnya polis, pasukan tentera dan mereka yang
berkhidmat di dalam penjara. Mereka hanya boleh menyertai jika mendapat
kebenaran dari Ketua Setiusaha Kerajaan.

3.5. Jenis-Jenis Kesatuan Kerja.

Pada masa kini, wujud tiga jenis kesatuan kerja yang ada di negara kita, iaitu :
1. Kesatuan sekerja kebangsaan dan daerah.

2. Kesatuan kerja dalam syarikat.
3. Persatuan majikan.

3.5.(1). Kesatuan Sekerja Kebangsaan Dan Daerah.

Ahli kesatuan sekerja kebangsaan terdiri daripada pekerja yang bekerja di dalam
organisasi yang berlainan tetapi dalam industri yang sama atau pekerja yang bekerja
dalam perdagangan atau pekerjaan yang sama. Ahli kesatuan sekerja dari sabah dan
sarawak juga boleh menyertai kesatuan- kesatuan sekerja di semenanjung malaysia.
Antara contoh kesatuan sekerja yang wujud di negara kita :
1. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- pekerja Telekom.
2. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Bank.
3. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Ladang.

3.5.(2). Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat.

Kesatuan ini ditubuhkan oleh pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat atau organisasi
itu sendiri. Keahliannya juga terhad kepada pekerja- pekerja yang bekerja di dalam
syarikat dan organisasi tersebut sahaja. Kesatuan ini hanya dibenarkan ditubuh kepada
pekerja-pekerja yang di dalam bidang badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Di dalam sekstor swasta pula, sejak 20 tahun dahulu telah wujud banyak kesatuan
sekerja seperti Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Cold Storage dan
Kesatuan Sekerja Syarikat Bateri Eveready.

3.5 (3). Persatuan Majikan.

Terdapat juga kesatuan yang diwujudkan atau ditubuhkan oleh majikan-majikan yang
biasa dikenali sebagai Persatuan. Dalam industri-industri di mana kesatuan sekerja
pekerja wujud secara teratur , para majikan juga mengambil anisiatif untuk
menubuhkan persatuan mereka sendiri. Antara contoh persatuan majikan adalah :
1.Persatuan Bank-Bank Komersial Tanah Melayu
2.Persatuan Pengeluar- Pengeluar Pertanian Tanah Melayu.

Kesatuan-kesatuan sekerja akan cuba mempengaruhi polisi dan perundangan kerajaan
dengan menganggotai Majlis Penasihat Buruh Kebangsaaan dan Tiga Pihak
( tripartite) yang lain. Jentera yang digunakan oleh kesatuan-kesatuan sekerja untuk
menekan dan mendesak para majikan supaya memenuhi kehendak mereka dikenali
sebagai proses Perundingan Bersama.

4. Membincangkan Proses Perundingan Kolektif Atau Perundingan

Bersama.

4.1. Apakah Perundingan Kolektif Atau Perundingan Bersama.

Perundingan bersama merujuk kepada proses perundingan antara majikan dengan
pekerja mengenai terma- terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebelum kesatuan
sekerja boleh berunding dengan majikan bagi pihak pekerja sesebuah organisasi atau
syarikat, kesatuan sekerja terlebih dahulu perlu mendapat pengiktirafan dari majikan.

4.2 . Pengiktirafan.

Apabila kesatuan sekerja itu telah diiktiraf oleh majikan, kesatuan tersebut mendapat
hak- hak tertentu termasuk hak yang paling penting iaitu hak mewakili pekerjanya.
Hal ini bermaksud jika seseorang pekerja merasakan ketidakpuasannya terhadap
majikan akan tetapi majikan tidak menemui jalan penyelesaian , pekerja tersebut
berhak meminta pihak kesatuan sekerjanya bercakap bagi pihaknya dengan
pengurusan tertinggi sesebuah syarikat atau organisasi bagi menyelesaikan masalah.

Selain itu juga, jika seseorang pekerja terlibat di dalam pertikain atau peselisihan
faham dengan majikan , meraka juga boleh menggunakan jentera kesatuan sekerja

bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan yang timbul.

Kesatuan sekerja yang mewakili kumpulan pekerja di dalam sesebuah organisasi atau
syarikat boleh memohon pengiktirafan dengan memohon secara bertulis kepada
majikan. Majikan perlu memberi keputusan samada mengiktiraf atau menolak
permohonan di dala tempoh 21 hari. Pihak majikan juga boleh menghubungi Jabatan
Perhubungan Perusahaan bagi mendapatkan penjelasan sama ada kesatuan sekerja
tersebut layak untuk diiktiraf atau sebaliknya.

Sekiranya pihak majikan enggan mengiktiraf atau gagal membuat keputusan status
permohonan tersebut, kesatuan sekerja boleh melaporkan kepada Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan yang akan menjalankan siasatan keatas keahlian kesatuan
sekerja tersebut dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

4.3 Proses Perundingan Bersama .

Kesatuan sekerja yang telah mendapat pengiktirafan daripada majikan boleh
memulakan proses perundingan dengan majikan bagi memperbaiki terma-terma dan
syarat-syarat perkhidmatan pekerja di dalam organisasi dan syarikat. Perlu juga
diingatkan , tidak wujud diskriminasi antara ahli kesatuan sekerja dengan bukan ahli

dalam terma-terma yang diberikan. Oleh demikian, kesatuan sekerja bukan hanya
mewakili pihak ahlinya bahkan mewakili semua pekerja yang layak di dalam
organisasi mahupun syarikat.

Walau bagaimanapun, majikan-majikan yang telah bergabung dalam sebuah persatuan
seperti dalam industri perbankkan dan pertanian, perundingan harus dilakukan antara
kesatuan sekerja pekerja dengan kesatuan sekerja majikan.

Hal ini akan memastikan pemberian faedah yang seragam kepada semua pekerja
dalam industri tersebut dan membantu mengelakkan pekerja daripada berpindah dari
organisasi ke organisasi yang lain.

Satu set cadangan boleh dikemukakan oleh salah satu pihak iaitu samada pihak
kesatuan sekerja mahupun pihak majikan bagi memohon agar perundingan
dimulakan. Di dalam tempoh 14 hari , majikan diberikan tempoh samada menerima
atau sebaliknya untuk berunding.

Lazimnya perjumpaan pertama, isu-isu yang diberikan tumpuan adalah isu-isu yang
ingin diselesaikan dengan kadar segera. Di dalam perjumpaan seterusnya pula,
perkara-perkara yang tertinggal akan dibincangkan pula satu demi satu. Kadangkala

kata sepakat dapat dicapai dengan mudah dengan hanya sekali dua perjumpaan dan
ada kalanya perjumpaan akan dibuat sehingga enam ketujuh kali kerana tidak
mendapat kata putus.

Jika keputusan gagal dicapai, hal yang dibincangkan boleh dibawa kepada
pengetahuan Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi tujuaan perdamaian. Jika keadaan
memaksa, Mahkamah Perusahaan akan menyelesaikan melalui proses timbang tara.

4.4 Perjanjian Bersama.

Perjanjian bersama melibatkan perjanjian bertulis antara seorang majikan dengan
kesatuan sekerja berhubung dengan terma-terma dan syarat- syarat perkhidmatan
pekerja. Bagi menjadikan sesuatu perjanjian dan satu kontrak itu sah, keperluankeperluan tertentu perlu dipenuhi. Perjanji bersama dibuat secara bertulis dan
ditandatangani pihak yang berkaitan.

Perjanjian bersama mesti melibatkan suatu tempoh yang tetap iaitu tidak kurang dari
tiga tahun. Dokumen perjanjian dihantar kepada Mahkamah Perusahaan dalam masa
sebulan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Mahkamah Perusahaan akan
menyemak dokumen perjanjian yang telah dibuat sebelom menerima atau menolak
perjanjian tersebut.

Kebanyakkan perjanjian bersama mengandungi fasal tentang upah, waktu bekerja,
cuti, elaun dan faedah lain yang akan diberikan kepada pekerjanya. Lazimnya
permotongan yuran kesatuan sekerja daripada gaji pekerja akan dimasukkan ke dalam
perjanjian. Akan tetapi jika majikan tidak mahu memasukkannya, ianya tidak boleh
dipaksa.
Proses perundingan bersama hanya boleh dipraktikan di dalam sektor swasta. Dalam
sektor awam, upah dan semua terma dan syarat perkhidmatan ditetapkan oleh
majikan. Lazimnya sektor swasta , organisasi yang mempunyai taraf perintis tidak
mempunyai pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja. Oleh itu , tidak wujud
proses perundingan bersama.

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

E RB E DA AN P E RI L AKU S E KS UA L RE M AJA YA NG M E NGI KUT I DA N T I DA K M E NGI KUT I P USAT I NF ORM ASI DA N KO S E L I NG RE M AJA ( P I K R ) P AD A RE M AJA S M U DI KAB UP AT E N JE M B E R

0 21 18

JAR AK AT AP P UL P A T E RHAD AP T E P I I N S I S AL GI GI I NSI S I VU S S E NT RA L P E RM AN E N RA HAN G AT AS P AD A S UB RA S DE UT ROM E L AY U ( T in j au an L ab or at o r is d an Radi ol ogis )

0 35 16

Prosedur Dan Fungsi Sistem Informasi Rawat Inap Pada PT. PLN (Persero) Distribusi Jawa Barat Dan Banten Cabang Bandung

0 16 45

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59

PERBEDAAN HASIL BELAJAR IPS TERPADU ANTARA PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE NUMBERED HEAD TOGHETHER (NHT) DAN SNOWBALL THROWING (ST) DENGAN MEMPERHATIKAN SIKAP SISWA TERHADAP PEMBELAJARAN PADA SISWA KELAS VIII DI SMP YP 17 BARADATU WAYKANAN T

0 25 90

PERBEDAAN HASIL BELAJAR IPS TERPADU ANTARA PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE NUMBERED HEAD TOGHETHER (NHT) DAN SNOWBALL THROWING (ST) DENGAN MEMPERHATIKAN SIKAP SISWA TERHADAP PEMBELAJARAN PADA SISWA KELAS VIII DI SMP YP 17 BARADATU WAYKANAN T

2 37 89

Efektifitas Pelaksanaan Fungsi Panitia Pengawas Pemilihan Umum Kota Metro Terhadap Pelanggaran Pemilu Legislatif Tahun 2014

4 36 76

Hubungan Antara Tekanan Darah Dan Fungsi Ginjal Pada Preeklamsi di RSUP DR. M. Djamil

0 0 6