PEMBINAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN islam

PEMBINAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM:
ANALISIS PEMIKIRAN MUHAMMAD SYUKRI SALLEH
Mohd Shukri Hanapi1
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
E-mail: [email protected]
Abstrak
Artikel ini bertujuan menganalisis pemikiran Muhammad Syukri Salleh
berhubung pembinaan konsep pembangunan berteraskan Islam (PBI).
PBI di sini merujuk kepada proses pembangunan yang komprehensif,
bersepadu dan seimbang. Ia melibatkan semua aspek kehidupan
seseorang, baik di peringkat individu mahupun komuniti dan
merangkumi aspek pembangunan rohani dan jasmani. Selain itu, ia juga
lahir daripada pelaksanaan fungsi individu dalam kehidupan sebagai
hamba Allah SWT dalam perspektif perhubungan menegak (habl min
Allah) dan sebagai khalifah Allah SWT dalam perspektif hubungan
mendatar (habl min al-Nas). Persoalannya, bagaimanakah konsep PBI
itu dibina? Apakah acuan yang digunapakai dalam pembinaannya?
Artikel ini akan cuba menjawab semua persoalan ini dengan

menganalisis tiga perkara utama. Pertama ialah meneliti konsep PBI.
Kedua pula ialah meninjau acuan pembinaan konsep PBI tersebut,
manakala ketiga ialah menganalisis proses pembinaan konsep PBI.
Ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan memfokuskan perbincangan
kepada pemikiran Muhammad Syukri Salleh. Bagi tujuan pengukuhan,
pemikiran ini disokong oleh pandangan-pandangan pemikir Islam
kontemporari yang lain. Semua pandangan ini ditinjau berdasarkan
penulisan-penulisan yang sedia ada. Akhirnya artikel ini merumuskan
bahawa pembinaan konsep PBI bermula dari akar umbinya lagi, iaitu
tasawwur Islam diletakkan sebagai acuannya.

Abstract
1

Mohd Shukri Hanapi ialah Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA), Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

1


The aim of this article is to analyse the thoughts of Muhammad Syukri
Salleh regarding the formulation of the Islamic-based Development (PBI)
concept. PBI here refers to the process of development that is
comprehensive, integrated and balanced. It involves all aspects of a
person’s life, whether at the individual level or at the community level
and encompasses the spiritual and physical development. Besides, it also
stems from the execution of an individual’s function in his life as a
servant of Allah SWT from the vertical relationship perspective (habl min
Allah) and as a khalifah of Allah SWT from the horizontal relationship
perspective (habl min al-Nas). The question is how was the PBI concept
formulated? What was the mould used in its formulation? This article
tries to answer all these questions by analysing the three main
components. First is to examine the PBI concept. Second is to assess the
mould used in formulating the PBI concept, whereas the third is to
analyse the process of formulating the PBI concept. These three
components are carried out with the discussion focused on the thoughts
of Muhammad Syukri Salleh. For the purpose of reinforcement, these
thoughts are supported by the views of other contemporary Muslim
thinkers. All these views are assessed based on present writings. Finally
this article puts forward that the formulation of the PBI concept starts

from the very core roots, that is, the Islamic tasawwur which is made as
its mould.
PENGENALAN
PBI secara relatif merupakan satu disiplin ilmu yang baru. Ia muncul sekitar tahun-tahun
70-an yang lalu (Muhammad Syukri Salleh, 2001a:1 & 4, 2002:3). Menurut Muhammad
Syukri Salleh (2002:1-3), terdapat dua faktor utama yang mendorong kemunculan ilmu
PBI ini. Faktor pertama ialah timbulnya kesedaran dalam kalangan umat Islam sendiri
berikutan daripada kebangkitan semula Islam2 sekitar akhir tahun-tahun 60-an dan awal
2

Istilah kebangkitan semula Islam merujuk kepada kesungguhan umat Islam menegakkan semula Islam
dalam kehidupan. Ia bersifat menyeluruh dan merangkumi pelbagai sudut. Misalnya, sudut pengkajian,
pemahaman, penghayatan, pelaksanaan dan perkembangan Islam. Ini termasuklah bertambahnya
perbincangan dan penulisan tentang Islam, baik dalam bentuk akademik mahupun yang sebaliknya, usahausaha melaksanakan prinsip-prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk pengamalan,
penginstitusian, perundangan, pentadbiran dan sebagainya serta meningkatnya gerakan atau pertubuhan
Islam (Muhammad Syukri Salleh, 1994:106 & 2000c; Chandra Muzaffar, 1988:2; Fadzila Azni Ahmad,
2008:2). Untuk perbincangan terperinci tentang fenomena kebangkitan semula Islam dan hubungannya
dengan kelahiran pemikiran teori PBI, lihat Muhammad Syukri Salleh (2002:3-7). Adapun untuk melihat
secara lebih mendalam tentang sejarah, fenomena dan perkembangan serta tokoh-tokoh yang mempelopori
era kebangkitan Islam di Asia, lihat Zainal Abidin Ahmad (1981) dan Saiful Muzani (1993), manakala di

Malaysia pula, lihat Dusuki Ahmad (1980), Chandra Muzaffar (1988) dan Hussin Mutalib (1993).

2

tahun-tahun 70-an. Hasil daripada kesedaran tersebut, komitmen umat Islam terhadap
Islam semakin meningkat dan kukuh. Malahan usaha-usaha serius mula dilakukan agar
ajaran-ajaran Islam dapat dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan umat Islam3.
Faktor kedua pula ialah kemelut-kemelut pembangunan yang semakin memuncak pada
ketika itu. Misalnya, muncul di seluruh dunia isu-isu seperti kemiskinan yang bertambah
meruncing, pengangguran, penyalahgunaan kuasa, rasuah, inflasi, krisis hutang dan
masalah pergantungan yang semakin meningkat, jurang pendapatan dan keadilan
sosioekonomi yang bertambah ketara, kemerosotan ekologi dan keruntuhan akhlak
semakin mencapai tahap yang membimbangkan (Mohd. Kamal Hasan, 1988:249 &
1990:3; Saiful Azhar Rosly, 1992:82; Fadzila Azni Ahmad, 2008:3). Dalam merumuskan
pandangan Shujaat A. Khan (1998:10), Fadzila Azni Ahmad (2008:3) menjelaskan
bahawa walaupun pelbagai pendekatan dan dasar telah diterapkan, namun matlamat
pembangunan yang diharapkan masih tidak berjaya dicapai. Hal ini mendorong umat
Islam terutamanya para cendekiawan berfikir semula tentang bentuk dan kaedah
pembangunan yang seharusnya dilaksanakan (Muhammad Syukri Salleh, 2002:1;
Fadzila Azni Ahmad, 2008:3).

Inilah dua faktor utama yang menjadi antara pendorong kepada lahir PBI pada tahuntahun 70-an yang lalu. Walaupun ia baru berusia lebih kurang tiga dekad, namun
perkembangannya kelihatan agak pesat. Perkembangan disiplin ilmu PBI ini jelas dilihat
sekurang-kurangnya dalam dua aspek. Pertama, aspek perbendaharaan ilmunya yang
sepadu dan holistik; dan kedua pula, aspek pelaksanaannya secara praktikal 4
(Muhammad Syukri Salleh, 2002:8; Fadzila Azni Ahmad, 2008:3-4).
Sebagai ilmu yang baru, sudah tentu ia boleh diperkemaskan dan digilapkan lagi.
Setakat tinjauan penulis, didapati ilmu PBI ini telah diperkemaskan dan digilapkan oleh
seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, iaitu Muhammad Syukri Salleh 5. Beliau
3

Untuk perincian tentang perkara ini lihat Muhammad Syukri Salleh (2002:3-7).
Untuk huraian terperinci tentang kedua-dua aspek ini lihat Muhammad Syukri Salleh (2002:3-11) dan
Fadzila Azni Ahmad (2008:4-5).
4

5

Beliau ialah Profesor Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan Pengarah Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains


3

boleh dikatakan seorang tokoh pemikir ilmu PBI terulung di Malaysia khususnya dan di
rantau Nusantara umumnya. Beliau dilihat telah berusaha membina kembali ilmu PBI
supaya ia benar-benar lahir dari acuan Islam itu sendiri. Menurut Muhammad Syukri
Salleh (2003a:21-22), sesuatu pembangunan itu tidak boleh dikatakan PBI jika ia lahir
dari acuan bukan Islam atau secara campur aduk antara acuan Islam dengan bukan
Islam. Sebenarnya inilah usaha untuk membina ilmu PBI yang tulen dan hakiki.
Persoalannya, bagaimanakah ilmu PBI itu dibina menurut pemikiran Muhammad Syukri
Salleh ini? Apakah acuan Islam yang beliau gunakan? Untuk menjawab persoalan ini,
maka perbincangan dalam artikel ini akan memfokuskan kepada proses pembinaan
konsep PBI menurut pandangan pemikir PBI Muhammad Syukri Salleh.
Secara keseluruhannya, perbincangan dalam makalah ini terbahagi kepada empat
bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan tentang konsep PBI. Bahagian
kedua pula menyentuh tentang acuan PBI menurut pemikiran Muhammad Syukri Salleh,
iaitu tasawwur Islam. Bahagian ketiga memuatkan analisis tentang bagaimana
Muhammad Syukri Salleh membina konsep PBI berdasarkan acuan tasawwur Islam.
Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada keseluruhan
perbincangan dalam makalah ini.
KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, Muhammad Syukri Salleh telah cuba
membina ilmu PBI. Dalam usaha pembinaan ini, Muhammad Syukri Salleh (2002:49,
2003b:5, 2004:370) telah memulakan dengan mendefinisikan semula ilmu PBI itu agar
ia lebih jitu, komprehensif dan mempamerkan ia perlu bermula dari akar umbinya
sendiri. Akar umbi yang dimaksudkan oleh Muhammad Syukri Salleh ialah tasawwur
Islam. Menurut beliau, PBI merujuk kepada satu proses pembangunan yang
komprehensif, bersepadu dan seimbang. Ia melibatkan semua aspek kehidupan
seseorang, baik di peringkat individu mahupun komuniti. Ia merangkumi aspek
Malaysia, Pulau Pinang.

4

pembangunan rohani dan jasmani. Ia juga lahir daripada pelaksanaan fungsi individu
dalam institusi sebagai hamba Allah SWT dalam perspektif perhubungan menegak (habl
min Allah) dan khalifah Allah SWT dalam perspektif hubungan mendatar (habl min alNas). Sebenarnya, ini merupakan definisi awal PBI yang telah dikemukakan oleh
Muhammad Syukri Salleh. Ketika ini ia masih kurang mendalam. Beberapa aspek dalam
definisi ini, seperti ungkapan pembangunan yang komprehensif, merangkumi aspek
rohani dan jasmani, dan melibatkan semua aspek kehidupan seseorang pernah
dikemukakan oleh Aidit Ghazali (1990:21) dan kemudian oleh Hussain Othman dan
Abdullah Sulaiman (2007:3).

Selepas itu, Muhammad Syukri Salleh (2000b, 2002, 2003b, 2004) telah berusaha
mengemukakan huraian mendalam dan komprehensif tentang maksud PBI berbanding
pengertian awal di atas. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2008:31), penghuraian
Muhammad Syukri Salleh tentang maksud PBI ini boleh dilihat dengan jelas dalam tiga
aspek utama, iaitu aspek tasawwur, epistemologi dan ontologi6.
Dari aspek tasawwur, Muhammad Syukri Salleh (2002:57, 2003a:21) menjelaskan
bahawa PBI mestilah lahir daripada tasawwur Islam. Menurut beliau lagi, terdapat tiga
asas utama dalam tasawwur Islam. Pertama, Allah SWT adalah Pencipta. Kedua, pelaku
pembangunan adalah makhluk. Ketiga, peralatan pembangunan juga adalah makhluk.
Ketiga-tiga asas inilah merupakan acuan yang membentuk PBI. Dari aspek epistemologi
pula, Muhammad Syukri Salleh (2001a:17 & 27, 2002:21-29) menghuraikan bahawa
ilmu PBI merangkumi kesepaduan antara ilmu daruri dengan ilmu nazari, dalil-dalil
‘aqli dengan dalil-dalil naqli, ilmu fard ‘ayn dan ilmu fard kifayah. Manakala dari aspek
ontologi pula, Muhammad Syukri Salleh (2001a:12-13, 2002:8 & 67) menekankan
bahawa inti pati PBI melibatkan pembangunan spiritual dan material, akal dan hati, ilmu
dan amal, perkaedahan saintifik dan perkaedahan metafizik. Ia juga merupakan
gabungan bersepadu disiplin-disiplin ekonomi, politik, kewangan, sosiologi, psikologi,
antropologi, falsafah, perundangan dan sebagainya.
6


Pengkategorian ini dibuat oleh Fadzila Azni Ahmad (2008:31) berdasarkan penelitian beliau ke atas inti
pati karya Muhammad Syukri Salleh. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Muhammad Syukri Salleh
(2000b, 2003a, 2003b, 2004).

5

Setakat tinjauan penulis, tidak ditemui satu pun definsi PBI yang mendalam dan
komprehensif sebagaimana yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh ini. Jika
adapun, kebanyakannya hanya memberi penekanan kepada aspek ontologi sahaja.
Misalnya, Ataul Huq Pramanik (1998:xi), Surtahman Kastin Hasan (1992:238) dan
Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:320) yang sekadar mendefinisikan
PBI sebagai sistem pembangunan yang komprehensif dan merangkumi aspek-aspek
moral, kerohanian dan kebendaan. Definisi ringkas ini kemudiannya diperincikan pula
oleh Mohd. Kamal Hasan (1988:251) sebagai suatu kegiatan yang berorientasikan nilai
dan matlamat penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek itu. Aspek
moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian dan fizikal tidak boleh dipisahpisahkan. Matlamatnya bukan sekadar mendapat kesejahteraan di dunia, malah ingin
melihat kesejahteraan itu berterusan sehingga ke hari akhirat. Selain itu, Sadeq al-Mahdi
(1996:25) mendefinisikan PBI sebagai proses komprehensif yang melibatkan semua
aspek kehidupan seseorang individu mahupun sesebuah komuniti dengan tujuan untuk
memenuhi matlamat penciptaan manusia itu sendiri (disebut dalam Fadzila Azni Ahmad,

2008:108).
Begitulah juga dengan Wan Mohd Nor Wan Daud (2005:21). Beliau tidak memberi
penekanan kepada aspek tasawwur dan epistemologi Islam, bahkan dilihat lebih
memfokuskan perbincangannya tentang penggunaan istilah islah untuk makna PBI
sahaja. Dalam hal ini, beliau menjelaskan bahawa penggunaan istilah islah7 dapat
menjelaskan makna PBI yang sebenar, sama ada dari segi etimologi mahupun dari segi
konsepnya. Berdasarkan makna yang terkandung dalam perkataan islah ini, Wan Mohd
Nor Wan Daud (2005:21-22) menjelaskan PBI sebagai menghasilkan kebaikan dari
semua segi dan dalam semua jenis kegiatan manusia serta menghapuskan nilai-nilai
negatif (fasad) dari pelbagai sudut dan jenis kegiatan manusia 8. Sehubungan itu, Wan
7

Islah merupakan perkataan Arab. Ia merupakan bermaksud perbuatan ke atas seseorang atau sesuatu
yang membuatnya baik, betul, teratur, adil, sesuai dengan segala nilai yang tinggi (Wan Mohd Nor Wan
Daud, 2005:21).
8

Penghujahan Wan Mohd Nor Wan Daud (2005:21-35) ini adalah berasaskan kepada maksud tiga ayat alQur’an. Pertama ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Dan bila dikatakan kepada mereka:
“Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-


6

Mohd Nor Wan Daud (2005:21) merumuskan setiap tindakan sama ada maju ke depan
atau mundur ke belakang, bertambah atau berkurang, aktif bergerak atau tetap adalah
dianggap PBI sekiranya ia dapat menghasilkan kebaikan dan keadilan dalam berbagai
segi. Malah PBI dengan makna islah ini juga memberi maksud meruntuhkan dan
menghapuskan, seperti meruntuhkan kezaliman dan menghapuskan kejahilan. Hal ini
merupakan intisari pembangunan sebenar yang tidak terdapat dalam jaringan makna
istilah pembangunan.
Selain perbincangan tentang penggunaan istilah islah untuk menjelaskan makna PBI,
terdapat juga perbincangan tentang istilah lain yang digunakan untuk tujuan yang sama.
Misalnya, Fathi Yakan (2002:47) yang menggunakan istilah al-Tanmiyyah (peningkatan,
kebangkitan dan pertumbuhan) untuk menjelaskan erti PBI. Berdasarkan makna yang
terkandung dalam istilah al-Tanmiyyah ini, Fathi Yakan (2002:47) menjelaskan bahawa
PBI sebagai peningkatan, kebangkitan dan pertumbuhan dalam semua aspek kehidupan
seperti peningkatan keimanan, keilmuan, beribadah, akhlak, dakwah, kebajikan dalam
masyarakat, pengeluaran dan pengurusan. Demikian ini kerana sifat kehidupan ini
sentiasa berubah-ubah dan tidak statik. Meskipun begitu, Wan Mohd Nor Wan Daud
(2005:14-15) tidak bersetuju dengan penggunaan istilah al-Tanmiyyah untuk
menjelaskan erti PBI. Hujahnya ialah istilah al-Tanmiyyah yang bermakna peningkatan
dan pertumbuhan itu tidaklah sentiasa memberi erti bahawa ianya sentiasa membawa ke
arah kebaikan. Hal ini diumpamakan dengan jasad manusia yang tidak sentiasa tumbuh
dan berkembang besar. Pada suatu ketika ia akan mencapai satu tahap kelemahan,
khususnya ketika sampai usia tua.

orang yang mengadakan perbaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat
kerosakan, tetapi mereka tidak sedar” (al-Baqarah, 2:11-12). Kedua pula ialah firman Allah s.w.t. yang
bermaksud “Tentang dunia dan akhirat, dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah:
“Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka
adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan
perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-Baqarah, 2:220). Ketiga ialah firman Allah
s.w.t. yang bermaksud “Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, (iaitu)
Syu'aib. Ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah takaran
dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya,
dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian
itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman” (al-A‘raf, 7:85).

7

Kedua-dua penulis ini, Wan Mohd Nor Wan Daud (2005) dan Fathi Yakan (2002) lebih
memperdebatkan tentang istilah yang sesuai digunakan untuk PBI. Mereka langsung
tidak membincangkan tentang acuan PBI sebagaimana yang telah diketengahkan oleh
Muhammad Syukri Salleh.
Berdasarkan perbincangan di atas, didapati definisi PBI yang dikemukakan oleh
Muhammad Syukri Salleh (2001a, 2002, 2003a) cukup mendalam dan komprehensif. Ia
jelas berlandaskan kepada akar umbi Islam, yakni aspek tasawwur dan epistemolgi
Islam. Justeru, definisi Muhammad Syukri Salleh itulah yang akan diguna pakai dalam
makalah ini.

ACUAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Definisi PBI yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2000b, 2002, 2003b,
2004) sebelum ini jelas mempamerkan tasawwur diletakkan sebagai acuan kepada
pembinaan konsep PBI. Dalam erti kata lain, konsep PBI lahir dari acuan tasawwur
Islam ini. Menurut pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a:21, 2003b:15), PBI
sama sekali tidak boleh muncul daripada tasawwur lazim yang lahir daripada pemikiran
Barat. Hujah beliau ialah epistemologi ilmu Islam9 itu sendiri adalah jauh berbeza dari
epistemologi ilmu pembangunan lazim. Epistemologi ilmu pembangunan lazim berakar
umbi dari pemikiran (‘aql) Barat10 semata-mata, manakala epistemologi ilmu Islam
berakar umbi daripada empat sumber utama, yakni al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas.
Keempat-empat sumber ini membentuk satu tasawwur Islam yang jauh berbeza dari
tasawwur lazim. Malah ia menjadi asas kepada pembentukan ilmu PBI (Muhammad
9

Epistemologi ilmu Islam berdiri atas asas sumber naqli, iaitu wahyu dan tidak menolak faktor ‘aqli (akal)
yang berasaskan penyuburan akal dan perkembangan pemikiran. Dalam perkataan lain, epistemologi ilmu
dalam Islam terbentuk dalam acuan yang sepadu (Sidek Baba, 2006:187).
10

Epistemologi ilmu pembangunan lazim atau Barat tidak menjadikan agama sebagai tapak atau landasan.
Sebaliknya, ia berasaskan rasionalisme, saintisme, humanisme, liberalisme dan modenisme Barat. Justeru,
lahirlah pemikiran yang bersifat sekular. Hal ini kerana ia hanya berasaskan fakta, data, hasil uji kaji dan
pemerhatian menggunakan akal dan pancaindera semata-mata. Nilai, etika dan estetika dilihat sebagai
nisbi dan bersifat normatif (berubah-ubah) tentang cara penggunaannya (Sidek Baba, 2006:186).

8

Syukri Salleh, 2003a:21). Dalam erti kata lain, ilmu PBI terbentuk daripada gabungan
antara dalil-dalil ‘aqli yang berdasarkan epistemologi dan tasawwur Islam dengan dalildalil naqli daripada al-Qur’an dan hadis (Muhammad Syukri Salleh, 2003b:15).
Secara lebih jelas, Muhammad Syukri Salleh menggilap ilmu PBI dengan membinanya
semula atas acuan tasawwur dan epistemologi Islam. Dalam hal ini ia berlandaskan
kepada keyakinan bahawa Allah SWT adalah Pencipta, manakala manusia dan alam
semesta adalah makhluk. Semua perkara ini bertunjangkan pula kepada epistemologi
Islam yang sumber utamanya ialah al-Qur’an dan hadis di samping sumber sokongan
iaitu ijmak dan qiyas ulamak. Ertinya, PBI dibina bermula akar umbi Islam. Ia dibentuk
dari dalam falsafah dan kerangka Islam sendiri.
TASAWWUR ISLAM DAN ELEMEN-ELEMEN ASASNYA
Menurut pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a:21, 2008:2), tasawwur Islam
yang diletakkan sebagai acuan dalam pembinaan konsep PBI merujuk kepada gambaran
bentuk Islam yang hakiki, yang menjelaskan secara keseluruhan prinsip-prinsip asas
Islam secara benar dan lengkap, sehingga bersebati di dalam diri orang yang
memahaminya. Maksud tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri
Salleh (2003a & 2008) ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Sebelum ini,
sudahpun terdapat beberapa penulis lain yang mengemukakan definisi tasawwur Islam
yang sama, misalnya Haron Din (1992:3), Mohd. Kamal Hassan (1993) dan Ramli
Awang (1997:6). Menurut mereka, tasawwur Islam ialah gambaran atau penjelasan yang
komprehensif dan benar mengenai Islam.
Dalam pembinaan konsep PBI ini, Muhammad Syukri Salleh (2002, 2003a:21, 2003b:4)
hanya memfokuskan kepada tiga elemen asas tasawwur Islam itu. Pertama, Allah SWT
sebagai Pencipta. Kedua, manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Ketiga, alam
semesta juga sebagai makhluk. Ketiga-tiga elemen asas yang dipilih oleh Muhammad
Syukri Salleh ini cukup dominan berbanding dengan elemen-elemen asas tasawwur

9

Islam yang lain11. Sebilangan tokoh pemikir Islam lain seperti al-Mawdudiy (1985),
Abdullah Yasin (1990), Abdul Halim El-Muhammady (1992), Ramli Awang (1997), M.
Umer Chapra (1992 & 1996), Muhammad Nasri Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005),
dan Ahmad Mohd Salleh (2004) turut mengemukakan ketiga-tiga elemen asas yang
sama dalam karya-karya mereka.
Dalam kalangan tokoh pemikir Islam ini, M. Umer Chapra (1992:201-213, 1996:6-7)
memiliki pandangan yang sedikit berbeza daripada Muhammad Syukri Salleh. Menurut
beliau, tiga elemen asas tasawwur Islam itu ialah tawhid, khalifah, dan ‘adalah
(keadilan). Walau bagaimanapun, jika disesuaikan dengan elemen-elemen asas
tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh, didapati elemen
tawhid termasuk dalam elemen asas yang pertama, yakni Allah SWT sebagai Pencipta.
Manakala khalifah termasuk dalam elemen asas yang kedua, yakni manusia sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT.
Berbezanya di sini ialah M. Umer Chapra (1992:201-213 & 1996:6-7) meletakkan
keadilan sebagai elemen asas yang ketiga dan bukannya hubungan dengan alam semesta
sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh dan beberapa
pemikir Islam lain. Mengikut M. Umer Chapra (1992:209, 1996:8), penegakan keadilan
dan penghapusan segala bentuk ketidakadilan ialah misi utama yang ingin dicapai oleh
para Rasul Allah (al-Hadid, 57:25)12 kerana al-Qur’an menempatkan keadilan itu sebagai
sesuatu yang paling hampir dengan ketakwaan (al-Ma’idah, 5:8)13. Jelaslah bahawa
11

Misalnya, elemen-elemen asas tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Qutb (1965 & 1988) ialah
uluhiyyah (ketuhanan) dan rububiyyah (perhambaan); al-Zayn (1989) ialah bersumberkan dari wahyu
Allah SWT, berdasarkan konsep al-Din (agama) dan seimbang antara material dan fizikal; dan Syed
Muhammad Naquib Al-Attas (1996) pula ialah konsep tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (alQur’an), konsep tentang penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu,
konsep tentang agama, konsep tentang kebebasan, konsep tentang nilai dan kebjikan dan konsep tentang
kebahagiaan. Untuk perincian tentang perkara ini lihat Mohd Shukri Hanapi (2010).
12

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Demi sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami
dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat-mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat
menjalankan keadilan.”
13

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak

10

ketakwaan ialah nilai atau sifat yang paling penting kerana ia berfungsi sebagai
pendorong bagi semua amalan baik termasuklah menegakkan keadilan.
Meskipun M. Umer Chapra (1992:209 & 1996:8) tidak menzahirkan hubungan dengan
alam semesta sebagai salah satu elemen asas tasawwur Islam, namun beliau
membincangkan elemen ini dalam elemen asas yang kedua, yakni manusia sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi. Apabila manusia ditugaskan sebagai
khalifah Allah SWT di muka bumi, maka sudah tentu ia bukan sahaja
dipertanggungjawabkan untuk mengurus manusia, malah termasuk juga mengurus alam
semesta yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Sebenarnya, Muhammad Syukri Salleh sekadar menyebut sahaja ketiga-tiga elemen asas
tasawwur Islam itu sebagai matan. Setakat ini, beliau belum lagi memperincikan secara
satu persatu elemen-elemen tersebut dengan lebih mendalam. Justeru, dalam
memperincikan elemen asas tasawwur Islam yang pertama sebagaimana yang
dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh sebelum ini, yakni hubungan dengan Allah
SWT sebagai Pencipta, penulis-penulis seperti al-Mawdudiy (1985:2), M. Umer Chapra
(1992:202 & 1996:6), Abdul Halim El-Muhammady (1992:5), dan Muhammad Nasri
Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005:29) menyatakan bahawa Allah SWT merupakan
Pencipta, Penguasa dan Pemilik seluruh alam semesta, mencipta manusia dan
menyediakan baginya tempat tinggal sementara di muka bumi. Tiada sesuatu pun yang
menyamai dan dapat menyaingi-Nya. Lagipun setelah mencipta alam, Allah SWT tidak
membiarkannya begitu sahaja, sebaliknya terus menerus mengurus hal ehwal alam yang
diciptakan-Nya itu (Yunus, 10:3)14. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:56),
hubungan yang wujud antara manusia (hamba) dengan Allah SWT (Pencipta) ini adalah
berbentuk hubungan menegak.

melakukan keadilan. Hendaklah kami berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
14

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa. Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy untuk mengatur segala
urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafaat kecuali dengan izin-Nya”.

11

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2004:22) pula, semua ini merupakan hakikat ketuhanan
yang wajib diimani dan diyakini oleh setiap insan. Lagipun hakikat hubungan antara
manusia dengan Allah SWT ini merupakan konsep rububiyyah dan uluhiyyah Allah
SWT. Segala urusan diserahkan kepada Allah SWT yang mencipta manusia dan seluruh
alam semesta. Dalam hal ini, Abdullah Yasin (1990:87) dan Ramli Awang (1997:15)
menyatakan sekiranya keimanan seseorang kepada hakikat ketuhanan ini tidak menepati
kehendak uluhiyyah, ia akan menjadi seperti akidah orang-orang kafir. Golongan
musyrikin tersebut hanya beriman dengan rububiyyah Allah SWT, tetapi mereka tidak
beriman dengan uluhiyyah Allah SWT, yakni tidak mengabdikan diri kepada-Nya. Untuk
menjelaskan tasawwur akidah kaum musyrikin terhadap Allah SWT. sebagai Pencipta,
Ramli Awang (1997:15-16) dan Abdul Halim El-Muhammady (1992:5) bersandarkan
kepada beberapa firman Allah SWT, antaranya ialah daripada Surah al-‘Ankabut (29:6263)15, Yunus (10:31)16 dan al-Zukhruf (43:87)17.
Dalam menjelaskan tasawwur akidah kaum musyrikin berdasarkan kedua-dua ayat di
atas pula, Abdullah Yasin (1990:87) dan Abdul Halim El-Muhammady (1992:5)
menyatakan meskipun kaum musyrikin mempercayai tentang kewujudan Allah SWT
dan meyakini bahawa Allah SWT yang menjadikan keseluruhan alam, menurunkan
hujan, memberikan rezeki, menghidupkan dan mematikan, namun mereka tetap
dianggap kufur kerana mereka masih menggunakan perantaraan dalam mengabdikan diri
kepada Allah SWT; peraturan dan pentadbiran mereka tidak diambil daripada hukum
serta ketetapan Allah SWT; nilai-nilai hidup, budaya, sosial, ekonomi dan sebagainya
15

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sekiranya kamu bertanyakan kepada mereka itu
(golongan musyrik): Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?
Tentu mereka akan menjawab: Allah. Dan sekiranya kamu bertanyakan kepada mereka: Siapakah yang
menurunkan air dari langit (hujan) lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu
mereka akan menjawab: Allah”.
16

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Bertanyalah kepada mereka yang musyrik itu, siapakah yang
memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi atau siapakah yang menguasai pendengaran dan
penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup daripada yang mati, dan
mengeluarkan makhluk yang mati daripada yang hidup? Dan siapakah yang mentadbirkan sekalian
alam? (dengan pertanyaan-pertanyaan itu) mereka akan menjawab, ‘Allah’. Oleh itu, katakanlah
mengapa kamu tidak mahu bertakwa”.
17

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sekiranya kamu bertanyakan mereka siapakah yang
menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”.

12

tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar; dan menjadikan nafsu sebagai ukuran dalam
melakukan sesuatu perkara. Justeru, tasawwur akidah seseorang Muslim terhadap Allah
SWT hendaklah merangkumi kedua-dua konsep ketuhanan, iaitu konsep rububiyyah dan
uluhiyyah. Seseorang hamba itu tidak dianggap beriman selagi tasawwur akidahnya
terhadap Allah SWT hanya sekadar beriman dengan konsep rububiyyah sahaja atau
sebaliknya. Dengan keyakinan tauhid ini, yakni tauhid rububiyyah dan uluhiyyah, maka
tempat pergantungan, perlindungan, penghormatan dan pengabdian manusia hanya
kepada Allah SWT semata-mata (al-Fatihah, 1:5).18
Berhubung elemen asas yang kedua pula, iaitu manusia sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT, Muhammad Syukri Salleh (2002:56, 2003a:31) menjelaskan hubungan ini
adalah berbentuk hubungan mendatar. Menurut, M. Umer Chapra (1992:202-208),
Abdul Halim El-Muhammady (1992:8) dan Mardzelah Makhsin (2003:73-74), meskipun
begitu, ia sama sekali tidak boleh terpisah daripada hukum Allah SWT kerana tunjang
kepada hubungan sesama manusia ini adalah berasaskan kepada hubungan antara
manusia dengan Allah SWT melalui disiplin kerohanian. Kalau dalam peribadatan
khusus manusia sentiasa terikat dengan ingatan kepada Allah SWT dan hukum-Nya,
maka begitu juga apabila ia berada dalam masyarakat sebagai pelaku PBI, ikatan
perhubungan itu masih wujud, cuma bentuknya sahaja berbeza. Oleh itu, manusia perlu
mempertahankan statusnya sebagai hamba (al-Dhariyat, 51:56)19 dan khalifah di muka
bumi (al-Baqarah, 2:30)20 dengan beribadah kepada Allah SWT.
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:56, 2003a:15), seperti juga pernah
dikemukakan oleh Ab. Aziz Mohd Zin (1995:211-217), kedudukan manusia sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT ini membuatkan manusia selaku pelaku PBI mempunyai
falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan lazim. Sebagai hamba Allah
18

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang
menguasai di hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami
meminta pertolongan”.
19

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”.
20

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.

13

SWT pelaku pembangunan dalam PBI tidak putus hubungannya dengan Allah SWT
(habl min Allah). Mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara
mengabdikan diri atau beribadah kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini,
mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Dalam erti
kata lain, sebagai pelaku PBI mereka tidak terikat dengan aspek-aspek ekonomi yang
dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata,
sebagaimana yang difahami dalam pembangunan lazim. Sebagai khalifah Allah SWT
pula, mereka menghubungkan diri sesama manusia dan sumber-sumber alam (habl min
al-Nas). Mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa
tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh beretika. Hal ini sesuai dengan peranan
mereka sebagai khalifah Allah SWT yang ditugaskan untuk memakmurkan muka bumi
ini (al-An‘am, 6:16521 & Yunus, 10:1422).
Dalam menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi, al-Mawdudiy
(1985:2-3) menjelaskan manusia tidak bebas dari sebarang peraturan. Mereka
ditempatkan di muka bumi ini buat sementara waktu sahaja. Pada suatu masa nanti ia
akan dikembalikan kepada Pemiliknya (Allah SWT) untuk diadili. Segala-galanya
bergantung kepada sejauh mana amanah yang dilaksanakannya ketika berada di alam
dunia.
Dalam menghuraikan elemen asas yang ketiga, yakni alam semesta sebagai makhluk, M.
Umer Chapra (1992:205), Md Zawawi Abu Bakar (2003:80-81), dan Muhammad Nasri
Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005:31) menyatakan bahawa Allah SWT merupakan
Pencipta23 dan Pemilik mutlak24 alam semesta ini. Manakala manusia pula
21

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji
kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu”.
22

Firman Allah SWT yang bermaksud “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) sebagai
khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa
pula corak dan berbentuk kelakuan dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan”.
23

Untuk pembuktian bahawa Allah SWT Pencipta alam ini, lihat Surah al-Baqarah, 2:21-22, 29 & 164; Ali
‘Imran, 3:27; al-’An‘am, 6:1-3, 101-102 & 141; al-Anbiya’, 21:30-33.
24

Untuk pembuktian bahawa Allah SWT Pemilik mutlak alam ini, lihat Surah al-Baqarah, 2:107, 115-117
& 284; ‘Ali ‘Imran, 3:109 & 129; al-Nisa’, 4:131-132; Taha, 20:6; al-Syura, 42:12; al-Fath, 48:7; al-

14

dipertanggungjawabkan sebagai pengurus kepada sumber alam. Kedudukannya sebagai
khalifah telah mengangkat manusia ke status yang lebih mulia dan tinggi di alam ini (alIsra’, 17:70)25.
Berhubung perkara ini, Abdul Halim El-Muhammady (1992:5-6), seperti juga
Muhammad Syukri Salleh (2003a:63) menyatakan Allah SWT memberikan sumber alam
itu untuk kegunaan dan kemudahan manusia26, agar dengan itu manusia sedar tentang
sifat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Meskipun begitu, manusia
tetap terikat dengan peraturan dan batasan yang telah ditentukan oleh Allah SWT (alJathiyah, 45:13)27 dalam meneroka dan menggunakan sumber alam ciptaan-Nya. Inilah
persepsi PBI terhadap alam semesta atau lebih dikenali sebagai sumber alam.
Sebenarnya hal ini jauh berbeza daripada persepsi teori pembangunan lazim yang
menganggap sumber-sumber alam28 merupakan sesuatu yang telah tersedia ada dan
wujud secara semula jadi. Malah mereka mengeksploitasi sumber-sumber alam tersebut
secara optimum tanpa mengambil kira rahsia dan fungsi ciptaannya (Muhammad Syukri
Salleh, 2003a:54).
Menurut Ramli Awang (1997:43), Abdul Halim El-Muhammady (1992:6) dan Md.
Zawawi Abu Bakar (2003:83) pula, kejadian alam semesta ini saling berhubungan antara
Rahman, 55:24-25.
25

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, kami
angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.
26

Untuk pembuktian bahawa alam ini diberikan oleh Allah SWT untuk kegunaan dan kemudahan
manusia, lihat Surah al-Baqarah, 2:21-22 & 29; al-Nahl, 16:5-8, 10-11, 13-14, 66-69 & 80-81; al-Hajj,
22:65; al-Mu’minun, 23:19-22.
27

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala
yang ada di langit dan yang di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum
yang memikirkannya dengan adil”.
28

Sumber-sumber alam ini diistilah sebagai faktor-faktor pengeluaran oleh ahli-ahli pembangunan PascaKlasikal dan alat-alat pengeluaran oleh ahli-ahli pembangunan Radikal (Muhammad Syukri Salleh,
2003a:54).

15

satu bahagian dengan bahagian alam yang lain. Bahkan antara bahagian alam itu saling
tidak terpisah dalam rangka berkhidmat kepada yang lain. Oleh itu, manusia seharusnya
melihat alam semesta ini sebagai hamba kepada Allah SWT yang tunduk dan patuh
kepada-Nya. Oleh itu, tiada sebab mengapa manusia harus bermusuh dengan alam
sekeliling yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Jelas di sini
bahawa alam semesta merupakan sahabat kepada manusia. Melaluinya manusia dapat
mengenali dirinya dengan lebih lanjut dan memahami peranannya terhadap makhluk lain
yang diciptakan oleh Allah SWT. Di samping itu, alam sebagai alat kepada manusia bagi
membantunya dalam melaksanakan tugas sebagai hamba yang tunduk serta patuh
kepada Allah SWT.
KEDUDUKAN TASAWWUR ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Berhubung kedudukan tasawwur Islam dalam kehidupan, Muhammad Syukri Salleh
(2003a:21, 2003b:5) menyatakan ia sebagai asas, tapak atau acuan setiap aspek
kehidupan manusia29. Pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a, 2003b) ini jelas
selari dengan pandangan pemikir-pemikir Islam yang lain, seperti Mohd. Kamal Hassan
(1993, 1994:12), dan Mohamed Asri dan Mohamed Fahmi (2003) yang berpendapat
bahawa segala tindakan manusia dipengaruhi oleh tasawwurnya.
Pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a, 2003b) dilihat selari pula dengan
penjelasan Alparslan Acikgenc (1996:6) (disebut dalam Hamid Fahmy Zarkasyi, 2007)
tentang kedudukan tasawwur Islam, iaitu:
“The foundation of all human conduct, including scientific and
technological activities. Every human activity is ultimately traceable to
its worldview, and as such it is reducible to that worldview.”
Terjemahannya: “Sebagai asas kepada segala perilaku manusia, termasuk
aktiviti-aktiviti saintifik dan teknologi. Setiap aktiviti manusia akhirnya
29

Oleh sebab tasawwur Islam merupakan tapak atau acuan bagi setiap aspek kehidupan manusia, maka
begitulah juga kedudukannya dalam pembentukan negara Islam di Madinah. Menurut Khazalii (t.t), dalam
usaha Rasulullah s.a.w. membangunkan negara Islam di Madinah pada suatu ketika dahulu, Baginda
menjadikan tasawwur Islam sebagai tapak atau asasnya.

16

dapat dihubungkan kepada pandangan hidupnya (tasawwur), dan dalam
pengertian itu maka aktiviti manusia dapat didasarkan pada pandangan
hidup tersebut.”
Berdasarkan pandangan Alparslan Acikgenc (1996) ini, Hamid Fahmy Zarkasyi (2007)
merumuskan bahawa tasawwur adalah faktor dominan dalam diri manusia. Ia menjadi
penggerak, landasan dan acuan bagi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia.
Berdasarkan kedudukan tasawwur Islam dalam kehidupan inilah, maka Muhammad
Syukri Salleh (2003a, 2003b) meletakkannya sebagai acuan kepada pembinaan konsep
PBI. Bagi membuktikan ketepatan perkara ini, dikemukakan bukti-bukti bahawa
tasawwur Islam juga digunakan sebagai acuan kepada pembinaan bidang-bidang lain.
Misalnya, al-Buraey (1985:299-303) yang menyatakan pemahaman tentang tasawwur
Islam yang merangkumi aspek Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT dan bermatlamatkan untuk mendapat kebahagiaan pada hari akhirat
kelak amat penting. Lebih-lebih lagi untuk memahami dan melaksanakan model
pentadbiran Islam.
Senada dengan al-Buraey (1985), M. Umer Chapra (1992:200-202) pula berpendapat
sistem ekonomi Islam yang adil boleh dicapai asalkan sistem tersebut berasaskan kepada
tasawwur Islam dan strateginya. Menurut beliau, tasawwur Islam ini mempunyai tiga
elemen asas, iaitu tawhid (keesaan Allah SWT), khalifah dan ‘adalah (keadilan).
Elemen-elemen ini bukan sahaja membentuk rangka tasawwur Islam, tetapi ia juga
merupakan sumber kepada maqasid syar‘iyyah dan strategi Islam. Justeru, ternyata
bahawa tasawwur Islam bukanlah sebuah tampalan atau fikiran yang datang kemudian
sebagai suatu jawapan terhadap tuntutan golongan pluralis atau kelas sosial yang saling
bertentangan. Tasawwur Islam, maqasid dan strategi Islam tersebut adalah teradun
dalam sebuah entiti yang konsisten dan sentiasa sentiasa selari dan harmoni antara satu
sama lain.
Selain itu, Awang Sariyan (1998:190-217) meletakkan tasawwur Islam sebagai asas
kepada pembinaan linguistik Islam. Linguistik Islam ini bermaksud suatu kajian saintifik
17

tentang bahasa berdasarkan tasawwur Islam. Ia merujuk kepada sumber-sumber utama
ilmu Islam, seperti al-Qur’an dan hadis. Menurut beliau, apabila tasawwur Islam
dijadikan asas kepada pembinaan linguistik Islam itu, maka dengan jelas ia dapat
membezakan antara linguistik Islam dan linguistik bukan Islam. Di samping itu,
Muthahhari (2001:17-20) berpandangan sesuatu ideologi itu terbentuk daripada
tasawwur. Kepelbagaian ideologi yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada
kewujudan pelbagai tasawwur. Ertinya, jika tasawwur saling berbeza, maka ideologi
pun turut berbeza. Hal ini bergantung kepada tasawwur yang ada pada seseorang itu.
Jika tasawwurnya itu Islam, maka ideologi yang terbentuk adalah idelogi Islam.
Begitulah juga sebaliknya.
Seterusnya, Jamal A. Badawi (2002:3-25) menyatakan tasawwur Islam adalah tapak atau
asas kepada segala aktiviti pembangunan, sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual
dan jasmani atau rohani. Menurut beliau, semua aktiviti pembangunan perlu berasaskan
konsep tawhid (keesaan Allah SWT). Dari sinilah akan terbinanya hubungan manusia
dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia serta seluruh aspek
kehidupan. Di samping itu akan wujud perkaitan antara kehidupan sekarang dengan
kehidupan yang akan datang sehinggalah ke alam akhirat.
Selain itu, Mohamed Asri dan Mohamed Fahmi (2003) menyatakan tasawwur Islam
berperanan sebagai paksi kepada tadbir urus korporat. Menurut mereka, untuk mentadbir
urus korporat dengan berkesan, konsep tawhid (keesaan Allah SWT), khalifah dan taklif
(tanggungjawab) harus diterapkan. Di samping itu, sistem syura, hisbah (pengawalan)
dan audit agama juga boleh digunakan. Semua ini jelas bertentangan dengan tatacara
tadbir urus korporat yang telah dikeluarkan oleh Barat. Hal ini mempamerkan tatacara
tadbir urus korporat yang dikeluarkan oleh Barat tidak sesuai digunakan untuk
mentadbir urus korporat Islam. Bagi Muslim, kod etika kerja yang didasarkan kepada
nilai-nilai al-Qur’an dan hadis serta tasawwur Islam itu perlu diutamakan.
Selain dijadikan asas dalam mentadbir urus korporat, tasawwur Islam cuba
diintegrasikan pula dalam perancangan pembangunan persekitaran kejiranan. Menurut

18

Spahic Omer (2007:65-80), hal ini berdasarkan kepada kaedah yang diguna pakai oleh
Rasulullah s.a.w. untuk membangunkan persekitaran kejiranan di Madinah pada suatu
ketika dahulu sehingga berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang unggul.
Kejayaan Rasulullah s.a.w. ini adalah hasil daripada pengintegrasian tasawwur Islam,
yakni peraturan daripada al-Qur’an dan hadis dalam perancangan pembangunan
persekitaran kejiranan. Sebenarnya, usaha Spahic Omer (2007) ini adalah untuk
menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya pengintegrasian tasawwur Islam
dalam aspek perancangan pembangunan persekitaran kejiranan yang harmoni.
Usaha Muhammad Syukri Salleh meletakkan tasawwur Islam sebagai acuan kepada
pembinaan konsep PBI ini bertambah kukuh apabila Noor Shakirah Mat Akhir (2008)
meletakkan tasawwur Islam sebagai salah satu daripada tiga perkara asas kepada
penyelidikan berteraskan Islam. Dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa dalam
penyelidikan yang berasaskan tasawwur Islam, akidah tauhid adalah paksi kepada semua
aspeknya, seperti permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop dan
metodologi kajian. Berasaskan konsep tauhid ini pula, manusia sebagai penyelidik dapat
memahami matlamat kehidupannya, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Berdasarkan semua perbincangan di atas, Ramli Awang (1997:6-7) menjelaskan bahawa
tasawwur yang jelas tentang sesuatu akan memberi kesan terhadap segala tindakan.
Dalam perkataan lain, tasawwur Islam tulen30 akan melahirkan tindakan yang betul serta
tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja, manakala tasawwur bukan Islam31 pula
akan melahirkan tindakan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam yang
sebenar. Sebenarnya, hal ini mempamerkan perbezaan antara kehidupan yang
beracuankan tasawwur Islam dan tasawwur lazim.
30

Iaitu menggambarkan prinsip-prinsip Islam yang sebenar dan seterusnya memahami dan menghayati
Islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Meletakkan Islam dalam tasawwurnya yang sebenar
bermakna menjadikan Islam sahaja sebagai satu-satunya manhaj (jalan) kehidupan. Justeru, umat Islam
yang hidup beracuankan tasawwur Islam tulen akan tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja. Mereka
juga akan benar-benar bebas daripada memperhambakan diri kepada sesama manusia. Inilah perbezaan
yang paling ketara antara tasawwur Islam dengan tasawwur lazim (Ramli Awang, 1997:7).
31

Iaitu merupakan seluruh manhaj yang mengetengahkan penyembahan serta pengabdian manusia kepada
manusia. Setiap manhaj, prinsip, peraturan dan nilai perundangan yang dianuti adalah bersumberkan dalildalil ‘aqli semata-mata (Fa’iz, 1975:15).

19

Aspek teoretikal berhubung kedudukan tasawwur Islam yang dikemukakan oleh
Muhammad Syukri Salleh ini telah diperkuatkan lagi oleh dapatan sebilangan kajian
empirikal berhubung kesan pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam terhadap
pembentukan sikap, sahsiah, pemikiran dan amalan mulia pelajar. Ahmad Yunus Kassim
(2000), Aubaidillah Yusoff (2003), Marhida Ramli (2004), Haryati Borham (2004),
Yusnidah @ Yusnidiah Mahat (2005) dan Ahmad Jawahir Tugimin, et. al. (2009)
menyatakan pembelajaran Tasawwur Islam dapat memberikan kesan positif kepada
pembentukan sikap, sahsiah, pemikiran dan amalan mulia pelajar. Ini berdasarkan
wujudnya peningkatan kefahaman dan kesedaran Islam dalam kalangan pelajar.
Pemikiran para pelajar juga lebih bersifat terbuka dan kritis. Selain itu, para pelajar
semakin minat untuk menuntut ilmu, menghormati ibu bapa dan guru, komited dengan
ajaran Islam dan segala aktiviti harian yang bermanfaat. Hal ini sedikit sebanyak dapat
membuktikan fungsi tasawwur Islam sebagai acuan atau tapak segala aspek kehidupan
manusia.
Berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa pandangan Muhammad Syukri
Salleh yang meletakkan tasawwur Islam sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI
adalah tepat dan benar. Ia telah dibuktikan sama ada dari aspek kajian teoretikal dan
empirikal.
HUJAH DIPILIH TASAWWUR ISLAM SEBAGAI ACUAN
Pemilihan tasawwur sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI oleh Muhammad
Syukri Salleh ini telah disertakan dengan hujah-hujah yang kukuh. Ia dilakukan melalui
penelitian secara akademik. Selain dari hujah bahawa tasawwur Islam yang
mencorakkan matlamat dan hala tuju kehidupan manusia sebagaimana yang dijelaskan
sebelum ini, Muhammad Syukri Salleh (2003a:21) menyatakan pembangunan yang
muncul dari tasawwur lazim32, yakni yang didukung kuat oleh sistem liberal-kapitalis
32

Iaitu Falsafah Pasca-Klasikal dan Falsafah Radikal. Pembangunan yang lahir dari Falsafah PascaKlasikal mengamalkan sistem liberal kapitalis, manakala pembangunan yang lahir dari Falsafah Radikal
pula mengamalkan sistem sosialis atau komunis (Muhammad Syukri Salleh, 1999 dan 2003a:21).

20

dan sosialis-komunis bukanlah merupakan PBI yang tulen. Selagi ia tidak membebaskan
dirinya dari ikatan tasawwur lazim, selagi itulah ia terperangkap dalam paradigma lazim.
Selagi

ia

terperangkap

dalam

cengkaman

tasawwur

lazim,

selagi

itulah

pembangunannya tidak boleh dikatakan PBI. Maksudnya ialah tidak bermakna jika
sesuatu pembangunan itu dikatakan PBI jika akarnya masih lagi menggunakan akar yang
bukan Islam.
Pandangan Muhammad Syukri Salleh ini (2003a) dilihat selari dengan pandangan Ramli
Awang (1997:8) yang menyatakan kehidupan manusia yang berasaskan tasawwur lazim
ini menyebabkan mereka akan mementingkan kebendaan dalam kehidupan. Apabila
kehidupan manusia dikuasai oleh sifat material itu, maka skala waktu pembangunan
mereka hanya terbatas kepada kehidupan dunia semata-mata. Justeru, mereka tidak
mengambil kira kehidupan akhirat yang kekal abadi dan seterusnya tidak meletakkan alFalah (kejayaan) dan mardatillah (keredaan Allah) sebagai matlamat akhir kehidupan.
Ringkasnya, tasawwur mereka ialah ingin mendapatkan pulangan yang bersifat material
semata-mata.
Dalam keadaan ini, matlamat pelaksanaannya juga tidak akan berjaya dicapai. Kalau
berjaya pun, ia hanya di dunia sahaja. Malahan pembangunan yang dilaksanakan itu pula
tidak kukuh dan banyak kelemahan. Bukti tentang perkara ini jelas tercatat dalam alQur’an, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Misalnya peristiwa yang
menimpa Kerajaan Saba’33 pada tahun 120 sebelum Masihi. Suatu projek besar iaitu
Empangan Ma‘rib34 telah didirikan oleh Kerajaan Saba’ dengan didukung oleh rakyatnya
yang sangat kuat berusaha. Empangan ini mampu membekalkan air selama tiga bulan
kepada penduduk Saba’ ketika musim kemarau. Air dari empangan ini digunakan untuk
mengairi daerah pertanian seluruh negeri Saba’. Dengan terbinanya Empangan Ma‘rib
33

Kerajaan Saba’ terletak di daerah Yaman dengan ibu kotanya Ma‘rib (Harun Yahya, 2004:118).

34

Ketinggiannya adalah 16 meter, lebar 60 meter dan panjangnya pula adalah 620 meter. Jumlah kawasan
pengairan yang dapat ditampung oleh empangan ini pula ialah 9,600 hektar. 5,300 hektar di lembah
bahagian selatan dan bakinya bagi lembah di bahagian utara. Kedua-dua tempat ini telah dikenali sebagai
“Ma’rib dan Dua Lembahnya” (Harun Yahya, 2004:118). Sebutan dalam al-Qur’an, “dua taman di kanan
dan di kiri” merujuk