BAB 5: ASAS GRAFIK 5.0 Pengenalan - Bab 5 Asas Grafik

BAB 5: ASAS GRAFIK

  5.0 Pengenalan

  “Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

  Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip- prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik.

  5.1 Prinsip Grafik

  Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

  Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

  5.1.1 Kontras (Contrast)

  Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan- perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

  Rajah 5.1 : Kontras

  5.1.2 Seimbang (Alignment)

  Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak formal atau sebaliknya.

  Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian. a. formal

  b. tidak formal

  Rajah 5.2 : Seimbang

  5.1.3 Mudah (Simplicity)

  Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

  Rajah 5.3: Prinsip Mudah

  5.1.4 Kehampiran (Proximity)

  Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan.

  Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

  a. anak panah

  b. bentuk

  c. tekstur

  Rajah 5.4 : Penyatuan

  5.1.5 Penegasan (Emphasis) Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama.

  Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

  Surat berkuatkuasa mulai

  September

  a. bentuk

  b. warna

  c. perspektif Rajah 5.5 : Penegasan

  5.1.6 Pengulangan (Repetition)

  Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar,

  

bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan

sebagainya.

  Rajah 5.6 : Pengulangan

  Latihan

  Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

5.2 Reka Bentuk Visual

  Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.

5.2.1 Elemen

  Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

   Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:

i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

  ii. Analogi

  • – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut. iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

   Elemen lisan Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut: i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak. ii. Bilangan stail huruf

  • – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik.

  iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption. iv. Warna huruf

  • – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.

  v. Saiz huruf

  • – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.

  vii. Jarak antara baris

  • – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

   Elemen Daya Tarikan Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut: i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.

  Rajah 5.7 : Ruang ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

  Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan iii. Permukaan – digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

  Rajah 5.9 : Jenis Tekstur iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.

  Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.

  Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

  Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh- tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

  Rajah 5.12 : Skema Warna

5.2.2 Pola/Corak Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.

  Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

  Rajah 5.13 : Pola/Corak

5.2.3 Susunatur

  Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of

  

Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan

  menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah

  5.14. Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

  Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping itu, peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang. a. Pengimbas imej

  b. Kamera digital Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

  RUMUSAN Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual.

  Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

  Amali

  Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik.

  BIBLIOGRAFI

  Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

  Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

  Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

  Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall.

  Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

  Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin

  Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

  Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities to learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.

  Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and media for learning. (10

  th ed.). Boston: Pearson.

  Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.