Integrasi Spiritual Intelligence Islam d

Human Development

INTEGRASI SPIRITUAL INTELLIGENCE ISLAM DAN BARAT DI DALAM
SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL EMOSI SOSIAL (SPIES)
Faizatul Najihah binti Mohd Azaman 1
Abstrak

Spiritual Intelligence hebat diperbincangkan kini, melalui latihan kepimpinan dan turut
menyerap di dalam buku-buku motivasi. Sejak kemunculan hasil tulisan Danah Zohar dan
Ian Marshall, SQ The Ultimate Intelligence, ramai pengkaji dan konsultansi mula
menginterpretasi dan mengaplikasi terminologi spiritual intelligence mengikut kaedah
masing-masing. Penubuhan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang
menggunakan terminologi spiritual antara salah satu konsultansi yang menggunakan
spiritual intelligence sebagai mekanisme perubahan sikap, minda dan hati. Persoalannya,
apakah tiada spiritual intelligence di dalam Islam sehingga menggunakan terminologi Barat
sebagai medium? Kajian kualitatif ini menggunakan metodologi analisis kandungan yang
dirujuk daripada buku-buku dan jurnal yang membincangkan mengenai spiritual
intelligence, selain model kerangka Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang
diperolehi daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali, penyelaras Spiritual
Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Analisis kandungan modul Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada partipasi ikut serta pengkaji ke

program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di bawah konsultansi
Dreamteam Resources pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013. Objektif kajian ini adalah
mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan bagaimana model Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengaplikasikannya. Dapatan kajian kemudiannya
mendapati terdapatnya integrasi antara spiritual intelligence Barat dengan Islam melalui
kaedahnya tersendiri.

Kata kunci: Spiritual Intelligence, Islam, Barat, Model dan Modul Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

1

Pelajar Sarjana Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.najihahelfaizah@gmail.com (019-2318560).

33

Human Development

LATAR BELAKANG KAJIAN

Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah model yang dirangka oleh
YB Dr Halimah binti Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
di Selangor. Model ini adalah bertujuan salah satunya untuk menangani masalah sosial di
Selangor khususnya. Di dalam konvensyen Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial
(SPIES) di Selangor pada 19 Februari 2013, usaha membudayakan model ini sedang giat
dilakukan di dalam masyarakat. Objektif umum Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial
(SPIES) adalah melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat yang akan menjadi
aset pada negeri. Insan yang kamil ini akan melahirkan Selangor sebagai hub-ilmuan yang
maju, selamat, aman makmur dan berdaya saing.
Kemunculan Spiritual Intelligence di Barat adalah rentetan daripada Intelligent Quotient (IQ)
sekitar tahun 1990-an. Menyedari bahawa memiliki IQ sahaja tidak cukup untuk survival
hidup di dalam meladeni masalah dan cabaran, emotional quotient atau EQ diperkenalkan
oleh Goleman untuk mendepani secara bijak emosi dan perasaan. Kemudiannya, spiritual
quotient atau spiritual intelligence dicetuskan kerana merasakan kelompangan dan
kekosongan jiwa di dalam mencari erti makna kehidupan. Justeru, banyak hasil karya yang
bukan sahaja dari Danah Zohar dan Ian Marshall tetapi dari pengkaji Barat yang lain yang
telah mengimplementasi spiritual intelligence di dalam kepimpinan, pendidikan dan lain-lain.
Di Indonesia, Ary Ginanjar memperkenalkan gabungan spiritual quotient dengan emotional
quotient yang digabungkan menjadi ESQ. Malah, ESQ turut muncul di Malaysia melalui
latihan-latihan kepimpinan dan program TV seperti Halaqah Qalbu di TV 9.

Di Malaysia, kebanyakan pengkaji mulai sedar mengenai kepentingan spiritual intelligence di
dalam kehidupan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian yang mengkaji mengenai
spiritual intelligence namun diislamisasikan menurut konsep Islam yang merujuk kepada
dimensi kerohanian individu Muslim atau tasawuf.Sebagai contoh pengkaji dan juga
konsultansi yang mengambil spiritual quotient sebagai unsur di dalam latihan
pembangunannya adalah Fazrul Ismail dan Mohd Syamil yang juga menghubungkan empat
unsur lain seperti physical quotient, emotional quotient dan intelligent quotient di dalam
kajian seperti yang terdapat di dalam buku Transformasi P.I.E.S2 dan Master P.I.E.S3.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian kualitatif ini melibatkan analisis kandungan yang menggunakan buku-buku dan jurnal
yang membincangkan mengenai spiritual intelligence. Selain itu, pengkaji juga turut menemu
bual separa struktur serta mendapatkan model dan kertas kerja Spiritual Physical Intelektual
Emosi Sosial (SPIES) daripada Dr. Ruziah binti Ghazali selaku penyelaras model ini.Analisis
kandungan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada
partipasi ikut serta pengkaji ke program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)
di bawah konsultansi Dreamteam Resources pada 15, 16 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013.
Pengkaji menggunakan analisis kandungan melalui deskriptif iaitu memberikan gambaran
secara umum dan analisis komparatif dengan membuat perbandingan antara kedua penjuru,
Islam dan Barat.
2

3

Syamil. (2009). Transformasi P.I.E.S. Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd.
Fazrul Ismail. (2012). Master P.I.E.S : Lonjakkan Prestasi Diri. Kuala Lumpur : PTS Millenia Sdn. Bhd.

34

Human Development

OBJEKTIF KAJIAN
Terminologi spiritual intelligence yang kini mendapat sambutan dari kalangan penulis dan
konsultansi menemukan pengkaji dengan objektif kajian iaitu :
i. Mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan Barat.
ii. Mengkaji terminologi dan penggunaan spiritual intelligence yang digunakan di dalam
model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).
SPIRITUAL INTELLIGENCE DALAM ISLAM
Menurut Mohd Sabri & Salmiah (2010)4 kecerdasan spiritual atau spiritual intelligence
dikaitkan dengan konsep ketuhanan sebagaimana Saemah & Zarin (2005) yang menyatakan
bahawa perkembangan kerohanian tidak dapat dipisahkan dengan ketuhanan dan penciptaan
manusia oleh Tuhan. Malah, sememangnya manusia diciptakan dengan nilai murni yang

universal sebagaimana manusia itu mempunyai roh atau etimologi Inggerisnya adalah
acreature with spirit.
Apabila disebut pembangunan rohani, atau kerohanian Islam, Mostafa (2003) 5 pula
menggambarkan ianya spiritual intelligence sebagai tasawuf. Beliau membawakan pengertian
manusia sebagai nafs iaitu gabungan roh dan jasad sebagai pandangan dualisme.
Menurut Mohamed Asin Dollah (1998)6, perlaksanaan tiga hubungan iaitu antara manusia
dengan dirinya sendiri, dengan Allah SWT, dan sesama makhluk lain akan menghasilkan
unsur kerohanian di dalam islam. Sebagai contoh, hubungan pertama dimana manusia perlu
menjaga diri sendiri dari segi rohani dan jasmani iaitu memelihara keperluan jasmani,
jasadiah seperti makan minum dan sebagainya. Dari segi kerohanian pula manusia mestilah
memenuhi tuntutan yang telah diperintah oleh-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Hubungan kedua pula adalah keperluan manusia menjaga hubungan dengan Allah SWT
melalui kepercayaan kepada rukun Iman, dan beramal dengan rukun Islam. Hubungan ketiga
pula menuntut manusia memelihara hubungan dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang
lainnya seperti yang dididik syariat. Contohnya, manusia diajar untuk mengamalkan sifat
yang baik, bercakap benar, ikhlas, jujur, syukur, tawakal, amanah dan sebagainya. Konsep
kerohanian di dalam Islam ini adalah bertujuan memelihara status manusia sebagai khalifah
Allah di muka bumi ini dengan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT sebagai matlamat
hidup.
Bagaimanapun, (Khatijah et al 20097, Fatimah 20128) memetik pernyataan Imam Ghazali

yang mengatakan terdapat tiga konsep asas dalam spiritual individu Muslim, iaitu Islam,
Iman dan Ihsan. Mawdudi juga merumuskan konsep ini dengan berpendapat bahawa iman
4

Mohd Sabri & Salmiah.2010. Kecerdasan Spiritual Menurut Islam dan Barat. dlm. Isu-isu dalam Pengajian
Islam Siri 2. Johor : Penerbit UTHM. Hlmn 35.
5
Mostafa. 2003. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden. dlm Jurnal
Islamiyyat 24 : 21-35. Hlmn 30.
6
Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam Akidah dan
Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM. Hlmn 99-100.
7
Khatijah et al. 2009.Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm. Prosiding Seminar
Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009.
8
Fatimah. 2013. 2012. Teaching Islamic Ethics and Ethical Training : Benefiting from Emotional and Spiritual
Intelligence. dlm. International Journal of Humanities and Social Science 2(3): Hlmn 224-232.

35


Human Development

itu percaya kepada Tuhan, Islam sebagai sebuah penyaksian dan penyerahan diri kepada
Tuhan, Ihsan sebagai nilai murni dalam agama serta menambah taqwa sebagai nilai
kesedaran individu kepada Tuhan. Oleh itu, perbincangan secara terperinci akan menyentuh
keempat-empat konsep ini:
Iman
Iman adalah tunjang utama kerangka spiritual. Perkataan iman adalah merupakan daripada
kalimah Bahasa Arab, amana yang bermaksud berada dalam keamanan atau merasa
wujudnya aman. Di dalam terminologi Islam, iman bermaksud membawa kepercayaan dan
keimanan kepada Tuhan. Sebagaimana yang telah dipercayai oleh masyarakat Islam, iman
mempunyai enam peringkat rukun kesemuanya, iaitu (i) kepercayaan dan keimanan kepada
Allah SWT, (ii) kepercayaan kepada Rasul-rasul-Nya, (iii) kepercayaan kepada kewujudan
malaikat, (iv) kepercayaan kepada empat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran, (v)
kepercayaan kepada hari kebangkitan dan (vi) keimanan kepada qada’ dan qadar. Keenamenam prinsip ini adalah saling berkaitan dan sangat penting dalam diri individu Muslim. 910
Islam
Islam berasal daripada 3 huruf, iaitu sin, lam, dan mim yang membawa maksud selamat.
Menurut Abdu Jalil (1991) Islam bermaksud salima yang membawa pengertian (i) ikhlas
semata-mata kerana Allah, (ii) aman dan sejahtera dan (iii) tunduk atau patuh kepada perintah

Allah SWT.11Islam adalah praktikaliti kepada rukun iman yang disebutkan di atas. Terdapat
lima rukun Islam yang bersifat secara praktikal iaitu (i) mengucap dua kalimah syahadah, (ii)
mendirikan solat lima waktu, (iii) menunaikan zakat, (iv) berpuasa pada bulan Ramadhan,
dan (v) mengerjakan haji di Baitullah.12
Taqwa
Kalimah taqwa adalah berasal daripada kata waw, qaf dan ya yang bermaksud melindungi
serta menjaga. Menurut Ataullah Siddiqui (1997), taqwa adalah bermaksud melindungi
individu daripada segala bentuk bahaya, ancaman dan malapetaka. Di dalam konteks
spiritual, ia dimaksudkan dengan sikap berjaga-jaga dan berhati-hati dengan setiap tindakan
yang dilakukan. Taqwa juga mampu menjadikan individu dapat menilai dan berfikir dahulu
sebelum bertindak membuat keputusan atau berkata-kata. Bagaimanapun, Mawdudi
menegaskan bahawa taqwa adalah menyeluruh kepada dalaman iaitu dengan merasai takut
kepada Tuhan dan taat di dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.13Menyoroti spiritual
intelligence dalam aspek taqwa ia adalah proses mengembangkan mengenai kesedaran(self
awareness) dan ia adalah asas kepada spiritual intelligence dan emotional intelligence. Ia
melibatkan tentang pengetahuan mengenai diri sendiri, mengenali perasaan yang berkembang
di dalam diri, mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan melihat diri sendiri di
dalam dimensi positif. 14

9


Khatijah et al 2009. Hlmn 356.
Abdul Jalil. 1991. Rukun Iman: Huraian & Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications Sdn. Bhd. Hlmn
15-30.
11
Abdul Jalil. 1991. Hlmn 10.
12
Khatijah et al 2009. Hlmn 357.
13
Khatijah et al 2009. Hlmn 358.
14
Fatimah 2012. Hlmn 229.

10

36

Human Development

Ihsan

Ihsan adalah berasal daripada perkataan Arab hasana yang bermaksud paling baik, sesuai,
munasabah dan selari. Ihsan adalah merupakan tahap tertinggi di dalam Islam sebagaimana
konsepnya yang membawa kepada perasaan kasih dan sayang hamba kepada Pencipta.
15
Ihsan adalah nilai agama yang dilakukan sebagai kawalan kepada diri supaya tidak
menyeleweng kepada Allah SWT. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam hadis, 16:
....Apakah ihsan itu? Nabi menjawab : “iaitu hendaklah engkau menyembah Allah yang
seolah-olah engkau melihat Allah, sekalipun engkau tidak boleh melihat-Nya tetapi Dia boleh
melihat engkau...” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Fatimah (2012)17pula menambah empat aspek spiritual intelligence di dalam Islam, satu
daripadanya bersamaan dengan Khatijah (2009) iaitu nilai taqwa yang diperincikan di atas.
Menelusuri tiga konsep ini dengan perincian di bawah:
Self Control Or Emotions
Spiritual intelligence adalah pembaikan watak yang bergantung kepada kemampuan untuk
mengawal diri. Bagaimanapun, untuk mengawal diri ia memerlukan kematangan spiritual dan
disiplin sebagaimana yang disebut di dalam terminologi tasawuf sebagai tazkiyah dan
riyadah.
Self Control And Personal Strenght
Self control atau mengawal diri adalah asas bagi manusia. Salah satu nilainya adalah
kesabaran. Kesabaran mampu memajukan manusia dengan cara yang banyak dan salah

satunya adalah memperolehi moral yang unggul dengan mendapat ketenangan jiwa dan hidup
yang lebih daripada mereka yang jauh daripada Allah SWT. Personal strenght atau
terjemahannya kekuatan kendiri adalah penjanaan prinsip yang jelas dan teguh untuk melalui
kehidupan yang penuh mencabar. Individu yang memiliki sikap ini akan mampu untuk
memilih tindakan yang sesuai dengan prinsip hidupnya.

Mercy (Rahima) And Interpersonal Power
Spiritual intelligence, menurut Fatimah adalah penting kerana mampu membina hubungan
interpersonal yang positif seperti kasih sayang, cinta, kesabaran dan kemaafan semata-mata
untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Individu yang mencapai tahap spiritual yang tinggi
akan mampu mencapai kualiti yang tidak pentingkan diri sendiri. Memberi maaf dan
meminta maaf adalah sebahagian daripada sikap yang tidak pentingkan diri sendiri. Malah, di
dalam konteks dengan Pencipta, bertaubat, dengan mengaku segala kesalahan, berazam tidak
melakukannya, dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Spiritual bukanlah termaktub
kepada hubungan dengan Pencipta sahaja, tetapi termasuk dalam hubungan sesama komuniti.
Bagaimanapun, hubungan yang baik antara Pencipta adalah akar dan asas kepada hubungan
sesama manusia. Spiritual intelligence di dalam Islam adalah lebih kepada pembangunan

15

Khatijah et al 2009. Hlmn 358.
Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusu’.
17
Fatimah. 2012. Hlmn 228-230.

16

37

Human Development

kerohanian dalaman manusia dan bagaimana manusia menggerakkan dalamannya di dalam
kehidupan.
SPIRITUAL INTELLIGENCE OLEH BARAT
Pada awal abad ke 20, IQ (Intelligent Quotient) pernah menjadi isu besar.Kecerdasan
intelektual berfungsi sebagai penyelesaian masalah logik. Pakar psikologi telah pun
mengadakan ujian untuk mengujinya dan ujian tersebut akan menentukan manusia ke dalam
pelbagai tingkatan kecerdasan. Menurut teori ini kecerdasan seseorang itu berdasarkan
ketinggian tahap IQnya.
Daniel Goleman telah menemukan pada tahun 1990-an menerusi bukunya, Emotional
Intelligence yang telah terbit pada 1996 menunjukkan bahawa EQ adalah sama pentingnya
dengan IQ dimana EQ member kesedaran tentang perasaan diri sendiri dan orang lain. EQ
memberi rasa empati, cinta, motivasi, dan kemampuan untuk menanggapi kesedihan atau
kegembiraan dengan tepat. Menurut Goleman, EQ adalah asas kepada penggunaan IQ secara
berkesan.
Awal abad ke 21 pula menunjukkan bahawa adanya Q jenis ketiga.SQ telah melengkapkan
gambaran sepenuhnya kecerdasan individu.Ia berfungsi untuk menghadapi dan memecahkan
persoalan makna dan nilai, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup di dalam
konteks makna yang lebih luas dan kaya, dimana kecerdasan itu adalah menilai tindakan
seseorang itu lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.
Penemuan Danah Zohar seorang pakar fizik dan falsafah Massachussets Institute of
Technology dan suaminya, Ian Marshall seorang pakar psikologi dan falsafah di Universiti
Oxford melalui buku popular, Spiritual Intelligence : The Ultimate Intelligence pada tahun
2000 telah mencetuskan fenomena baharu di dalam dunia penyelidikan mengenai kecerdasan.
Sebagaimana dijelaskan oleh Goleman kecerdasan emosi memungkinkan “saya” memutuskan
dalam situasi apa “saya” berada lalu bersikap tepat dengannya. Dalam keadaan begitu, “saya”
bekerja dalam situasi terbatas dan membiarkan situasi tersebut mengarahkan “saya”.Akan
tetapi kecerdasan spiritual memungkinkan “saya” bertanya apakah “saya” memang ingin
berada di dalam situasi tersebut.Apakah “saya” lebih suka mengubah situasi tersebut dan
memperbaikinya? Hal ini bermakna “saya” bekerja dalam batasan situasi, tetapi “saya” yang
mengarahkan situasi tersebut dan bukan situasi yang mengarah saya sebagaimana peranan
kecerdasan emosi (Zohar & Marshall 2000 18, TM Sulaiman 2002).19
Spiritual didefinisikan di dalam Webster, sebagai “the animating or vital principle ; that
which gives life to the physical organism in contrast to its material elements ; the breath of
life.”Iaitu konsepnya yang membawa kepada kehidupan dan kecergasan sistem. Definisi ini
dapat digambarkan melalui fitrah manusia yang secara asasnya adalah makhluk spiritual yang
mempunyai beberapa persoalan dalaman iaitu:
a) Kenapa saya dilahirkan?
b) Apa makna kehidupan saya?
c) Kemana saya patut pergi apabila penat, tertekan dan terpukul?
18

Zohar & Marshall. 2000 SQ : Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. United States. Bloomsbury
Publishing. Hlmn 6-7.
19
TM Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan pengganas : Cabaran Hidup beragama pada Alaf Baru. Kuala
Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 138-144.

38

Human Development

d) Apa yang membuatkan semua yang sementara bernilai?
SQ adalah kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai iaitu
kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas
dan kaya : kecerdasan untuk menilai sesuatu perbuatan ataupun tingkah laku lebih bermakna
berbanding yang lain. SQ adalah puncak kecerdasan tertinggi atau ditakrifkan sebagai Zohar
dan Marshall sebagai ultimate intelligence.20
“Man’s search for meaning is the primary motivation in his life and not “secondary
rationalization” of instinctual drives. This meaning is unique and specific in that it
must and can be fulfilled by him alone; only then does it achieve a significa nce which
will satisfy his own will do meaning.” – Victor Frankl, Man’s Search for Meaning.
Sains telah membantu kita memahami apa itu spiritual iaitu untuk berpengalaman merasai
spiritual yang bermaksud untuk disentuh menjadi lebih besar, dalam, kaya dan meletakkan
diri kita di dalam situasi yang terbatas kepada satu perspektif baharu. Spiritual ini
memaksudkan something more iaitu yang lebih mendalam realiti sosial atau jaringan
pemaknaan sosial.Sebagaimana yang dikatakan oleh Victor Frankl, pencarian kita terhadap
makna adalah sebagai motivasi utama di dalam hidup. Pencarian menjadikan kita sebagai
makhluk spiritual sebagaimana kita dan apabila semakin mendalam keperluan pencarian, kita
akan terasa cetek dan kosong21.
Pencarian makna adalah banyak berkait dengan kehidupan kita sendiri. Tentang apa
kehidupan saya ini? Apa pengertian kerja saya? Syarikat ini saya pengasasnya atau saya
bekerja untuknya?Hubungan ini?Kenapa saya belajar sampai ijazah ini?Apa pengertiannya
terhadap saya? Apa ertinya sekiranya saya mati satu hari nanti. Kenapa saya
bertanggungjawab terhadap diri saya kepada sesuatu atau yang lain, atau kepada seseorang
atau orang lain? Dua antara sepuluh tertinggi penyebab kematian di dunia Barat adalah bunuh
diri dan ketagihan alkohol, kebiasaannya berhubung kait dengan krisis makna.
Pada awal masyarakat, manusia ketika itu hidup di dalam masyarakat yang tidak dikelilingi
dengan apa-apa persoalan.Mereka hidup secara budaya di dalam lingkungan kerja masingmasing. Mereka menghidupkan budaya, agama, komuniti, moral, masalah dan matlamat.
Bagaimanapun pada masa moden ini, kita kekurangan sesuatu yang dikatakan oleh ahli
falsafah “taken for grantedness of life” iaitu tidak mengambil peluang di dalam kehidupan.
Kita meninggalkan eksistensial atau masalah kerohanian dan menggunakan kecerdasan untuk
menyelesaikannya. Penggunaan IQ atau rasional tidak mencukupi. Dengan bertanya dengan
lebih banyak mengenai bagaimana untuk menikmati hidup dan mencari nilai baru, mereka
akan menemukan perlunya menggunakan spiritual intelligence. 22
Di dalam buku Multiple Intelligence, Horward Gardner menghujahkan sekurang-kurangnya
terdapat tujuh macam kecerdasan termasuk muzik, ruang dan sukan sebaik rasional dan
emosional. Bagaimanapun, Zohar menghujahkan di dalam bukunya, Spiritual Intelligence:
The Ultimate Intelligence sebagai kemungkinan kecerdasan yang tak berkesudahan yang
boleh dihubungkan dengan satu daripada tiga asas sistem neural di dalam otak. Gardner telah

20

Zohar& Marshall. 2000. Hlmn 3-4.
Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 18-19.
22
Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 21.
21

39

Human Development

menjelaskan kecerdasan adalah sebenarnya mempunyai kepelbagaiannya dan asasnya IQ,
EQ, dan SQ adalah berkaitan dengan pengaturan sistem neural.
Ciri-ciri Spiritual Intelligence Barat
SQ tidak mampu berkembang baik apabila individu tidak memiliki hal-hal seperti (Zohar &
Marshall, 2000 : 15) iaitu (a)kemampuan bersikap fleksibel, (b) mempunyai kesedaran diri
yang tinggi, (c) berkemampuan untuk menghadapi dan memanfaatkan penderitaan, (d)
mampu untuk menghadapi rasa sakit dan derita, (e) hidup secara kualiti yang diperoleh
daripada visi dan nilai, (f) tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu, (g) kecenderungan
untuk bertanya mengapa, dan (h) sikap berdikari.
Individu yang tinggi SQnya akan menjadi seorang pemimpin iaitu yang bertanggungjawab
untuk membawa visi yang tinggi dan nilai kepada orang lain dan menunjukkan kepada orang
lain tentang bagaimana untuk menggunakannya ataupun dengan kata lain, individu yang
tinggi SQnya mampu menginspirasikan orang lain.
Dalam kehidupan moden masa kini, kita hidup dalam keadaan spiritual yang lembap kerana
dikuasai oleh materialisme iaitu segala sesuatu yang bersifat kebendaan, sikap pentingkan diri
sendiri, kurang pemaknaan dan komitmen. Bagaimanapun setiap individu mampu
mengangkat peribadi SQ tersendiri bergantung kepada keperluannya sendiri.Secara umum,
seseorang boleh meraih SQnya tersendiri melalui beberapa sikap iaitu (Zohar & Marshall
2000)23, (Mohd Sabri & Salmiah 2010)24 melalui sembilan tingkah laku iaitu, (a) kesedaran
kendiri atau bahasa Inggerisnya adalah self awarenessyang bermaksud mengetahui siapa diri
sendiri dan hubungannya dengan seluruh alam, (b) visi dan nilai teladan yang merupakan
sesuatu yang pasti untuk manusia sejagat, (c) kebolehan untuk menghadapi dan menggunakan
kesusahan dan mengeksploitasi tragedi untuk belajar dari kesilapan, (d) bersifat holistik
dengan melihat dari segi aspek yang menyeluruh, (e) mempunyai kepelbagaian dan kelainan
untuk bertambah maju serta meraikan perbezaan sesama manusia, (f) cenderung untuk
bertanya kenapa, (g) kebolehan untuk mengklasifikasikan sesuatu atau meletakkan sesuatu di
dalam makna yang luas, dan (h) bersikap spontan.
Penyelidik Barat lain turut mengemukakan 10 cara mewujudkan kecerdasan spiritual seperti
yang dilakukan oleh Gottfried iaitu antaranya (a) baik hati, (b) pemaaf, (c) ketawa, (d)
menjadikannya semua baik untuk mendalami perasaan, (e) menjadikan rasa baik untuk
melepaskan perasaan, (f) mengelak untuk menghukum, (g) mengkritik dan menyalahkan, (h)
membiarkan sahaja keperluan sekiranya tidak dapat disempurnakan, (i) menarik nafas
sedalam-dalamnya dengan menangguhkan pemikiran untuk seketika dan (j) belajar untuk
menghubungkan ketenangan dalaman, kemudian berkongsi dengan orang lain. 25
ANALISIS KAJIAN
Hasil kajian mendapati terdapat beberapa aspek spiritual intelligence menurut Islam dan
Barat di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor. Oleh

23

Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 16.
Mohd Sabri & Salmiah 2010.Hlmn 39.
25
Mohd Sabri & Salmiah 2010.Hlmn 40.
24

40

Human Development

itu, pengkaji mengemukakan aspek tersebut melalui terminologi dan ciri-ciri penggunaan
spiritual intelligence di dalam modul.
Terminologi Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi
Sosial (SPIES)
Berdasarkan terminologi spiritual intelligence, pengkaji melihat penyerapan spiritual
intelligence Islam di dalam istilah spiritual yang dibawakan oleh model Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES).
Di dalam kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali,
elemen spiritual adalah meliputi beberapa aspek, (i) elemen spiritual yang terbentuk akan
menentukan sikap dan tindakan yang tidak melampaui dari apa yang digariskan oleh Tuhan,
(ii) spiritual adalah membersihkan jiwa melalui muhasabah dan kesedaran diri yang
merangkumi kesedaran dalaman, yang diperolehi daripada kesedaran bertuhan, (iii)
mempunyai kekuatan mata hati, disiplin yang kuat, ain al yakin iaitu yakin apabila melihat,
ilmu al yakin iaitu yakin dengan ilmu yang dipelajari serta haq al yaqin iaitu yakin kepada
hakikat sebenar. Spiritual yang diterapkan adalah usaha meningkatkan kerohanian, jiwa dan
minda ke arah yang diredhai oleh Allah SWT, terutamanya. 26Dr. Ruziah juga menambah
pengertian spiritual intelligence yang diterapkan di dalam model dan modul adalah, “GodConsciousness iaitu kesedaran kepada Tuhan. Spiritual ditekankan, hati yang bersih akan
melahirkan amalan integriti. Itulah yang ditekankan di dalam spiritual.”
Ciri-Ciri Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi
Sosial (SPIES)
Pengkaji menghimpunkan ciri-ciri spiritual intelligence dan telah melakukan analisis
perbandingan dengan spiritual intelligence Islam dan Barat di dalam modul Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Pengkaji telah mengklasifikasikan dua bahagian iaitu
spiritual intelligence Islam dan spiritual intelligence Barat di dalam model.
Spiritual Intelligence Islam Di Dalam Modul
Bil.

Ciri-ciri spiritual intelligence Islam

Model Spiritual Physical Intelektual Emosi
Sosial (SPIES).27

1.

Mohammed Asin Dollah (1998) mengatakan asas
kerohanian Islam mempunyai tiga hubungan iaitu
manusia dengan diri sendiri, manusia dengan
Pencipta, Allah SWT dan akhir sekali manusia
dengan makhluk lain yang dicipta oleh Allah
SWT.

Tuhan

Alam
Manusia
26

Dr Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S.
Temu bual dan kertas kerja pada 24 September 2013. Hlmn 7.
27
Model kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali.2013. Pembangunan
Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S. & Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan.

41

Human Development

2.

3.

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan hubungan vertikal dan
horizontal antara tiga hubungan.
Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial
(SPIES) membawakan tiga hubungan penting di
dalam setiap kerangka modelnya bagi mencapai
keharmonian di dalam masyarakat. Sekiranya
manusia menjaga dirinya sendiri, memelihara
hubungan
dengan
Pencipta-Nya,
maka
hubungannya dengan sesama manusia atau
makhluk lainnya akan baik.
Khatijah et al (2009) mencirikan empat konsep Di dalam model Spiritual Physical Intelektual
penting di dalam spiritual Islam, iaitu Iman, Emosi Sosial (SPIES) menegaskan bahawa
Islam, Taqwa (Fatimah 2012), dan Ihsan.
keimanan adalah penting berdasarkan konsep
keyakinan terhadap kewujudan Tuhan sebagai
Pencipta Alam dan Makhluk serta hari akhirat.
Penekanan Islam pula diberi secara praktikal
iaitu melalui zikir mengingati Allah pada
permulaan modul, serta mengingatkan kembali
tujuan penciptaan manusia di dunia. Elemen
taqwa yang diterapkan adalah istiqamah di dalam
melakukan perkara kebaikan, serta menjaga diri
dari perbuatan yang menyusahkan orang lain dan
diri sendiri. Ihsan atau ehsan dalam definisi
model adalah manifestasi tahap paling tinggi
amalan dan perbuatan individu yang lahir dari
kekuatan spiritual. Slogan yang dibawa dalam
model, “mengehsankan insan Selangor Darul
Ehsan” menginginkan keberhasilan yang
meliputi lima aspek, iaitu; elemen spiritual
mampu menghasilkan sifat integriti, hati yang
terbuka, berjiwa besar dan berkeyakinan.
Physical pula menjadikan individu berdisiplin
mengusahakan sesuatu secara berterusan,
berdikari, berani dan jelas dengan apa yang mahu
dilakukan. Intelektual melahirkan golongan yang
pandai, dan berpendidikan serta kreatif. Keempat
elemen ini akhirnya akan menghasilkan sosial
yang baik iaitu berbuat kebajikan dan kebaikan
dan saling membantu antara satu sama lain.
Fatimah (2012) menambah tiga ciri spiritual Dari segi self control,model ini mendidik
Islam iaitu self control, self control and personal manusia untuk mengawal diri daripada perkara
strenght, dan mercy (Rahima) and interpersonal negatif melalui elemen Pyhsical yang diterapkan
power.
dengan menjaga kesihatan diri dan memelihara
daripada melakukan perbuatan yang mudharat
dan tidak sihat. Self control and personal
strenght pula didapati daripada amalan Spiritual
yang kuat dengan Allah SWT akan menghasilkan
kekuatan dalaman dan kemampuan mengawal
diri daripada melakukan perkara yang
merosakkan
diri.
Mercy
(rahima)andinterpersonal power diterapkan di
dalam aspek Sosial iaitu menyemai keprihatinan,

42

Human Development
saling hormat menghormati, dan menghargai
manusia serta makhluk lain.

Spiritual Intelligence Barat Di Dalam Modul
Di dalam perbincangan ini, pengkaji membahagikan dua perbincangan iaitu pertama
penggunaan spiritual quotient (SQ) dan indikasi atau kriteria spiritual quotient (SQ) di dalam
model.
1. Penggunaan spiritual quotient (SQ) di dalam modul.
Bil.
1.

Penggunaan Spiritual Intelligence
Barat
Menggunakan SQ untuk menjadi
lebih kreatif, berwawasan luas,
atau spontan secara kreatif.

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).28

Menggunakan
SQ
untuk
berhadapan dengan masalah yang
wujud, dimana apabila ketika
individu merasa tersekat dengan
masalah dan terperangkap dengan
kebiasaan lampau akibat penyakit
dan kekecewaan.

SPIES menggunakan SQ di dalam mendepani masalah di
Malaysia seperti kadar bunuh diri, kes buang anak, sumbang
mahram dan pelbagai gejala sosial yang lain. Oleh itu, elemen
SPIES seperti yang dijelaskan di dalam definisi di atas adalah
konklusi dan solusi untuk masalah dan gejala sosial di Malaysia,
khususnya di Selangor.

Modul SPIES dibentangkan oleh Puan Mastura dan Cik Zuraida
Zakaria. Fasilitator yang turut terlibat adalah Siti Shazwani,
Muhammad Ikhsan, dan Muhammad Munzir. Untuk
menjelaskan modul yang telah dibentangkan, Puan Mastura dan
fasilitator yang lain akan berlakon secara spontan dan kreatif
untuk memberi gambaran yang jelas kepada peserta. Untuk
menjana SQ yang lebih berwawasan kajian Al-Fatih membuka
kota Konstantinople telah dibentangkan oleh penulis buku,
Muhammad Sya’ari Ab.Rahman. Hubungan SQ dihubungkan
dengan bagaimana wawasan (impossible vision) Sultan
Muhammad Al-Fatih untuk menakluki Konstantinaple yang
mempunyai keutuhan bangunan yang teguh disamping
ketenteraan yang kuat. Namun, hal itu tidak menjadi masalah
kerana ketaqwaan Sultan Muhammad al-Fatih kepada Allah
SWT melebihi segala-galanya.

2.

Menggunakan
SQ
untuk
berhadapan dengan masalah baik
dan jahat, hidup dan mati, dan
asal-usul sejati penderitaan dan
putus asa manusia.
3.
Menggunakan SQ untuk lebih
cerdas di dalam beragama. SQ
membawa kepada jantung segala
sesuatu,
dan
mampu
menghubungkan makna dan roh
di dalam agama.

SQ adalah secara ringkasnya mencari makna di dalam
kehidupan, begitu juga dengan modul SPIES yang turut
menekankan bahawa asasnya adalah kembali kepada agama
selain, menjadikan agama sebagai jalan atau cara hidup di dalam
kehidupan. Sebagai contoh, mengingati Allah SWT setiap masa,
pertuturan, dan perbuatan.

28

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) didapati daripada partipasi ikut serta oleh pengkaji
di Hotel Quality Shah Alam di bawah konsultansi Dreamteam Resources Sdn Bhd pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20,
21 Julai 2013.

43

Human Development
4.

SQ
memungkinkan
untuk SPIES mengutarakan 12 misi untuk menjadi orang bermagnet.
menyatukan intrapersonal dan Antaranya adalah :
interpersonal
dan
menyambungkan kembali jurang
 5S – senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, dan
antara individu dan orang lain.
santun.
 5M – membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal
 Think Others (fikir tentang orang lain)
 Be a good listener (menjadi pendengar yang baik)
 Sifat suka memberi bukan tunggu untuk menerima
 Menolong, memudahkan dan meraikan orang
 Make everybody feel wanted (membuat semua orang
rasa dihargai)
 Lebih sabar (menahan perasaan – buahkan pahala)
 Tidak rasa diri hebat untuk mengelakkan rasa riak.
 Melihat kekuatan sahabat bukan kelemahan
 Berjiwa besar dan berlapang dada- sentiasa menuntut
ilmu
 Berfikiran positif dan sangka baik dgn Allah.
Dua belas misi ini membabitkan hubungan antara manusia, tidak
kira berbeza personaliti sekalipun.

2. Indikasi dan kriteria Spiritual Intelligence dan Spiritual Quotient (SQ) di dalam
model.
Bil.

Indikasi dan kriteria Spiritual Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).29
Intelligence
atau
Spiritual
Quotient (SQ).

1.
Kemampuan untuk bersikap Konsultan
SPIES
menggunakan
visualisasi
dengan
fleksibel spontan dan aktif.30
mengetengahkan lakonan di dalam setiap kupasan modul di
samping mempersembahkan pembentangan dengan intonasi
suara yang sederhana bersama iringan muzik.
2.
Tingkat kesedaran diri yang
tinggi31.Kesedaran yang tinggi
adalah untuk tentang pertanyaan
kepada diri, “di manakah
berakhirnya saya?” Persoalan itu
sesungguhnya
dapat
adalah
sebenar titik pertumbuhan dan
titik perubahan dalam diri
manusia.32

SPIES membangkitkan rasa kesedaran yang tinggi apabila ia
mengingatkan mengenai ‘spiritual life’ iaitu apabila bangun
tidur, sentiasa bersyukur kepada Allah dan berfikiran positif.
Selain itu, SPIES juga menekankan dunia adalah sekadar pentas
lakonan, dan ladang amalan untuk dihitung di tuaian akhirat
nanti. Oleh sebab itu, sabda Nabi SAW :
“Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa
mengingati mati.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya).
Individu yang sentiasa mengingati mati akan bersedia ke arah itu
seperti memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik, menjaga
hubungan dengan Allah SWT dan menjaga hubungan antara
sesama manusia.

3.
Kemampuan untuk menghadapi Cool and crisis di dalam menghadapi masalah adalah jalan yang
dan memanfaatkan penderitaan terbaik di samping back to basic iaitu kembali kepada agama.
29

Hlmn 11.
Zohar & Marshall 2000.Hlmn 15.
31
Zohar & Marshall 2000.Hlmn 15.
32
Zohar & Marshall 2000.Hlmn 286.
30

44

Human Development
dan
kemampuan
untuk
menghadapi dan melampaui rasa
sakit.
4.
Kualiti hidup yang diilhamkan Walk the talk. Buat seperti apa yang diperkatakan.
oleh visi dan nilai-nilai.
5.
Enggan untuk menyebabkan
kerugian yang tidak perlu .SQ
menganggap bahawa kebudayaan
pada
masa
kini
telah
mengasingkan manusia
dari
manusia lainnya mengikut kaum.
Selain itu, menurut Freud, “we
can never love our neighbour as
we love ourselves.”SQ yang
tinggi akan membawa manusia
merasakan
sekiranya
dia
merugikan orang lain, maka dia
akan merugikan dirinya sendiri.
Sekiranya
kita
mencemari
atmosfera
dengan
sampah
kemarahan, maka ia akan
mencemarkan paru-paru dan jiwa
kita sendiri (Zohar & Marshall
2000).

Cubaan membebaskan daripada belenggu dosa, seperti :
 Salah sangka (persepsi negatif)
 Rasa marah
 Rasa sombong
 Rasa jauh hati / kecil hati
 Rasa dengki / iri hati
 Rasa malas
 Rasa susah hati kerana masalah.

Kecenderungan untuk melihat
kaitan
hal
yang
pelbagai
(berpandangan holistik) (Zohar &
Marshall 2000).

Melalui kecenderungan ini, SPIES melihat bahawa apa yang
manusia lakukan di dunia ini adalah berkait dengan apa yang
akan dapat di akhirat. Pepatah Inggeris menyebut, “what we
give, we get back”. Justeru, setiap apa yang dilakukan adalah
baik, maka dapatannya juga baik, begitu juga dengan sebaliknya.

Kecenderungan untuk bertanya
mengapa atau bagaimana jika dan
mencari jawapan dasar (Zohar &
Marshall 2000).
SQ yang tinggi juga menuntut
individu untuk jujur terhadap diri
mereka dan benar-benar sedar
terhadap diri sendiri. Malah, ia
menuntut
supaya
menerima
pengalaman,
agar
dapat
menangkap cara baru. Zohar
sekali lagi menekankan bahawa
“we live the questions rather than
the answers”.

Walaupun SPIES mengutamakan konsep kembali kepada Tuhan,
namun ia juga sentiasa mengingatkan bahawa usaha itu juga
perlu diutamakan dan doa itu adalah selepas berikhtiar.
Sebagaimana kisah lelaki cina yang bermain judi menanam
tanaman, beliau sentiasa menjaga tanamannya cukup air, baja
dan keperluan matahari. Selepas melihat tanamannya, beliau
pergi berjudi. Lain dengan seorang muslim yang juga
mempunyai tanaman, namun beliau tidak mempedulikan
keperluan tanaman, sebaliknya mengutamakan ibadahnya.
Dalam konteks ini, tentulah tanaman lelaki cina yang menjadi
dan subur, hal ini kerana beliau telah berusaha untuk menjaga
keperluan tanamannya. Berbanding dengan lelaki Muslim tadi
yang tidak berusaha ke arah itu dan mengharapkan keajaiban
yang berlaku apabila beliau mengutamakan ibadah. Kejayaan
hanyalah milik orang yang berusaha.

Menjadi apa yang disebut oleh
ahli psikologi – field independent
atau menjadi inspirasi kepada
orang lain (Zohar & Marshall

Asasnya SPIES adalah ‘believe in God, if you believe on it, you
will get what you need.’Dalam Islam, suruhan untuk berbuat baik
sesama manusia adalah sangat dituntut. Hal ini tentulah
bertepatan dengan hadis Nabi SAW :

“Jadikan masalah sebagai pengajaran hidup”.
SPIES menganggap bahawa belenggu ini adalah suatu
kerugian kepada individu, kerana ia akan menjauhkan hubungan
antara dengan Tuhan dan sesama manusia. Justeru, belenggu ini
perlu dibuang supaya dapat meningkatkan rasa taqwa kepada
Allah dan kasih sayang antara sesama manusia. Malah, di dalam
SPIES sering diingatkan bahawa, “life is cycle”, sekiranya pada
hari ini kita berbuat kerosakan, maka suatu hari nanti, ia akan
kembali kepada kita.

6.

7.

8.

45

Human Development
2000).
Ciri utama untuk SQ yang tinggi
adalah apa yang disebut di dalam
psikologi
“field-independent”
iaitu mampu berhadapan dengan
khalayak, bertegas dengan hujah
yang sangat diyakini. Oleh sebab
itu, harus munculnya kesedaran
dalam diri yang kuat terlebih
dahulu. Ciri SQ ini lebih
mengarah kepada fungsi ego
sebagai contoh, berada di luar
dari garisan kumpulan, tetapi
masih
mampu
memberi
sumbangan dari segi pandangan I know who I am, and what I
believe
adalah
satu
individualisasi bukanlah egoisme.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman
seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana
dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat Muslim).
Oleh sebab itu, untuk memiliki iman yang sempurna, individu
mestilah yang sentiasa baik terhadap orang lain. Ukuran baik ini
adalah berdasarkan sabda Nabi SAW,
“sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang
lain.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa
Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H,
no:3289).
Selain itu, individu mestilah memikirkan orang lain ‘think
others’ di dalam setiap pertuturannya serta melakukan kebaikan
kecil ‘small kindness’ di dalam setiap perbuatan supaya ia bukan
sahaja memudahkan orang lain tetapi mampu memberi contoh
terbaik di dalam kalangan masyarakat juga.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, spiritual intelligence bukanlah perkara yang baru di dalam Islam.
Ianya telah ada pada zaman Rasulullah SAW, namun tidak pernah diistilahkan atau
dibentukkan menjadi disiplin ilmu. Kecerdasan spiritual sebenarnya adalah asas kepada apa
yang di dalam Islam, namun golongan Barat sebahagiannya tidak memasukkan unsur
keagamaan di dalamnya, walaupun terdapat nilai-nilai dan unsurnya terdapat di dalam agama.
Oleh yang demikian integrasi yang terdapat di dalam model dan modul Spiritual Physical
Intelektual Emosi Sosial dilihat dapat membangunkan kerohanian di dalam masyarakat secara
komprehensif dan efektif seiring dengan dunia globalisasi pada masa kini.
RUJUKAN
Abd. Jalil. 1991. Rukun Iman : Huraian dan Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications
Sdn. Bhd.
Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusyu’.
Fatimah. 2012. Teaching Islamic Ethics and Ethical Training : Benefiting from Emotional
and Spiritual Intelligence. dlm. International Journal of Humanities and Social
Science 2(3): 224-232.
Khatijah et al. 2009. Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm.
Prosiding Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel
Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009.
Mastura Mohammad & Zuraida Zakaria. 2012, 2013. Modul SPIES Pemantapan Belia. Hotel
Quality, Shah Alam.
Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam
Akidah dan Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM.
Mohd Sabri & Salmiah. 2010. Kecerdasan Spiritual Menurut Islam dan Barat. dlm. Isu-isu
dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor : Penerbit UTHM.
46

Human Development

Mostafa. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden.
dlm Jurnal Islamiyyat 24 : 21-35.
Ruziah binti Ghazali. 2013. Temu bual pada 24 September 2013.
Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas Kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor
Program S.P.I.E.S.
Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan.
TM Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan pengganas : Cabaran Hidup beragama pada Alaf
Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Zohar & Marshall. 2000. SQ Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. United States.
Bloomsbury Publishing.

47