Budaya Makanan Dan Pemakanan Halal Dalam

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
Mohd Anuar Ramli, 91 Mohammad Aizat Jamaludin92



Abstrak
Budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif. Kebiasaannya, ia
berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Bagi
masyarakat Islam budaya ini digarisbawahi dengan panduan syariat
sama ada bersumberkan al-Quran ataupun al-Sunnah. Dengan kata
lain budaya makanan dan pemakanan dibentuk oleh panduan halal
dan haram sama ada dalam penyediaan mahupun pengambilan
makanan. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep
budaya makanan dan pemakanan halal di samping huraian tentang
sumber asas pembentukan budaya makanan dan pemakanan halal.
Kajian juga membincangkan tentang budaya makanan dan

pemakanan masyarakat Melayu Islam yang diwarisi turun temurun
melalui proses sosialisasi makanan selain perubahan pola budaya
makanan yang diwarnai dengan imperialisme cita rasa daripada
Barat, Timur Tengah dan negara-negara lain. Ini kerana makanan
merupakan asas dan jati diri sesuatu bangsa. Namun begitu, di sebalik
penjajahan makanan ini, masyarakat Islam khususnya pengguna perlu
menjaga aspek halalan tayyiba agar budaya makanan dan pemakanan
tidak dicemari dengan sumber haram yang bertentangan dengan alQuran dan al-Sunnah.
Kata kunci: budaya makanan, imperialisme makanan, halalan
tayyiba, haram, pantang larang
Pengenalan
Makanan merupakan keperluan fizikal bagi manusia. Setiap masyarakat manusia
mempunyai lidah dan dapur yang tersendiri. Lidah merujuk kepada cita rasa atau
bentuk selera makanan yang eksklusif dan dapur merujuk kepada menu serta
penyediaan makanan yang tertentu. Ringkasnya ia merujuk kepada budaya
makanan dan pemakanan sesebuah masyarakat.
Lidah dan dapur ini akan membentuk pola budaya makanan yang berbeza
antara satu bangsa atau etnik dengan etnik yang lain. Secara asasnya ia
dipengaruhi oleh pegangan agama dan kepercayaan masing-masing di samping
91

92

Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Pensyarah Kanan, INHART-UIAM.

195

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

faktor geografi, iklim dan alam sekeliling. Ini kerana pola budaya makanan akan
terbentuk hasil dari interaksi manusia dengan persekitaran. Ia akan menghasilkan
panduan penyediaan dan pemilihan makanan yang dibenarkan oleh norma
masyarakat dan melahirkan pantang larang yang khusus dalam budaya makanan
tiap masyarakat.
Dalam masyarakat Islam, al-Qur'an dan al-Sunnah menjadi panduan
utama dalam pembentukan budaya masyarakat. Kedatangan Islam telah merubah
corak hidup masyarakat daripada budaya yang tidak Islami kepada budaya yang
Islami bersumberkan ajaran Islam. Dalam konteks ini, al-Qur'an dan al-Sunnah
merupakan rujukan asas kepada harmonisasi budaya makanan yang haram

kepada yang halal dalam masyarakat. Ini kerana peraturan halal-haram menjadi
asas kepada budaya masyarakat Islam di samping uruf yang tidak bertentangan
dengan syariat diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup bersama.
Sehubungan itu kajian ini akan membincangkan tentang budaya makanan
dan pemakanan dalam masyarakat Melayu di Malaysia dengan melihat kepada
faktor yang membentuk budaya makanan berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan urf
masyarakat.
Konsep Budaya Makanan Halal
Dalam literatur Melayu, istilah budaya makanan dilihat begitu asing dan sukar
untuk mendapatkan takrifan yang tuntas. Namun begitu, tidak bermakna tiada
budaya makanan dalam masyarakat Melayu. Dalam literatur Inggeris, istilah ini
dapat didapati dalam istilah culture of food, food of culture, culture of the fork,
culinary culture, culture and gastronomy, eating culture, culture and cooking,
culture and cuisine dan sebagainya. Setiap konsep mempunyai pemaknaan
tertentu yang berkaitan dengan budaya makanan dan masakan.
Definisi Budaya
Dari sudut etimologi, perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun
daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi”
bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya”
bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan

anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Pandangan ini disokong oleh Haji
Abdul Karim Amrullah (1908M-1981M)93 dan Sutan Takdir Alisjahbana
(1908M-1994M).94 Perkataan budaya mengalami proses hiplologi95 (budi + daya
: budaya).

93
94

95

Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221.
Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3,
(Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9.
Bunyi yang sama berdekatan antara satu kata. Satu daripadanya dihilangkan.

196

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN


Dari aspek terminologi, E.B. Tylor mentakrifkan kebudayaan sebagai:
That complex whole which includes knowledge, belief, art,
morals, law, custom, and any other capabilities and habits
acquired by man as a member of society96

Menurut Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), kebudayaan adalah;
“Usaha dan hasil usaha manusia menyelesaikan kehendaknya
buat hidup dengan alam yang ada di kelilingnya .97”
Definisi Makanan dan Pemakanan
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, makanan adalah rezki, nafkah, habuan
perut, juadah, panganan, sajian, hidangan, santapan.98 Dalam Kamus Dewan, ia
ditakrifkan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lainlain.99 Dalam bahasa Arab disebut al-ta`am (jamak al-at`imah), iaitu sesuatu
yang diambil oleh manusia dan hidupan lain sebagai keperluan asasi demi
kelangsungan hidup.100 Dalam bahasa Inggerisnya food dihuraikan sebagai (1)
articles used for food or drink for man or other animals, (2) chewing gum, and
(3) articles used for components of any other such article .101 Justeru makanan
merupakan setiap yang dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair
bagi mendapatkan tenaga dan kesihatan fizikal.102
Manakala perkataan pemakanan merujuk kepada jenis-jenis makanan
yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis

makanan seseorang dan lain-lain.103 Ia adalah elemen kimia yang membentuk
molekul, yang menghasilkan warna, rasa dan tekstur dalam makanan atau
dipanggil nutrien.104 Kajian tentang nutrien dan hubungannya dengan makanan
serta makhluk hidup dipanggil nutrisi atau pemakanan. Menurut Che Wan
Jasimah, pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam
makanan. Antara lima komponen utamanya termasuklah karbohidrat, lemak,
protein, vitamin dan mineral. Asasnya, pemakanan merupakan proses bagaimana
tubuh menggunakan makanan kerana dalam makanan ada nutrien.105
Dalam sains berasaskan bukti, makanan mempunyai tiga cabang termasuk
sains pemakanan (food science) (penyediaan, pengawetan, keselamatan dan
96
97
98
99
100
101
102

103
104

105

Edward B. Tylor, Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221.
Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104.
Kamus Dewan, e. 3, c. 7, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 846.
„Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah al-Islamiyyah . (Riyadh, 1984), 6.
Fortin, N.D., Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice , (New Jersey: John Wiley & Sons, 2009), 35.
Saadan Man dan Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana Mencarinya di Pasaran. (Kuala
Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4.
Kamus Dewan, 846.
Anita Tull, Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam Dan Sains.
(Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001), 14-19.

197

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN


mutu), zat (nutrition) (kemujaraban makanan dalam meningkatkan kesihatan
manusia) dan kajian pemakanan (dietetics) (pengurusan zat secara optimum).106
Definisi Halal
Perkataan halal menurut bahasa Arab berasal dari kata
menjadi ‫ح‬107, halal
108
( ‫ )حا‬bermaksud berlawanan dengan yang haram , ianya juga bererti menjadi
harus.109 Menurut al-Qaradawi halal dari segi istilah adalah perkara yang
diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang ikatan ancaman dari
melakukannya, dan Syari‟ (Allah) memberi keizinan untuk melakukannya.110
Sedangkan antonim bagi halal adalah haram. Perkataan haram pula menurut
bahasa Arab berasal dari kata
menjadi ‫ح ا‬iaitu berlawanan dengan yang
halal, dan al-haram ( ‫ )ا ح ا‬adalah perkara yang diharamkan oleh Allah.111
Menurut Che Wan Jasimah, hubungan antara budaya dan makanan adalah
fungsi makanan bukan sahaja sesuatu yang dapat memenuhi keperluan fisiologi
manusia semata-mata, sebaliknya ia turut mempengaruhi budaya masyarakat.
Oleh itu, ia selari dengan perkembangan budaya masyarakat.112 Justeru, ia boleh
berubah selari dengan perkembangan sains dan teknologi, malah boleh diwarisi
dari generasi kepada generasi yang lain.

Berdasarkan definisi bagi ketiga-tiga istilah tersebut, dapat dirumuskan
bahawa budaya makanan dan pemakanan halal merujuk kepada cara penyediaan
dan pengambilan makanan halal dalam sesuatu masyarakat. Ia berkait rapat
dengan jenis makanan, rasa makanan, komposisi bahan makanan dan kandungan
nutrisi yang diambil dan disediakan sama ada berdasarkan kepada kepatuhan
keagamaan, kepercayaan, petua dan pantang larang dan tradisi dalam masyarakat.
Ia juga melibatkan makanan yang boleh diambil dan makanan yang dilarang
untuk diambil, penyediaan makanan ketika sakit, ketika sambutan perayaan dan
sebagainya.
Pembentukan budaya makanan dan pemakanan ini merangkumi rantaian
proses yang bermula dari farm to fork di samping penglibatan pihak-pihak seperti
pengguna (orang yang makan), pengusaha (penyedia makanan), premis makanan,
pihak autoriti makanan dan seumpamanya.
Sebagai misal, budaya makanan masyarakat Nusantara dapat dilihat
dalam bentuk pengambilan makanan asasi, iaitu yang berasaskan nasi atau
106

107
108
109

110
111
112

Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between Tradition And Evidence Based
Science", Revelation and Science , Vol. 01, No. 01 (2011) 22-31.
Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah : Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972.
Ibid ., 9: 974.
Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548.
Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami, 1980). 15.
Ibn Manzur,. Lisan al-„Arab, 9: 844-845.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, "Budaya Pemakanan Masyarakat Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi,
Sains dan Teknologi dengan rujukan khusus kepada pengaruh Islam dalam Penghasilan Makanan", Tesis
Kedoktoran, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2009, 46.

198

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN


bersumberkan tanaman padi bagi menghasilkan beras. Faktor utama yang
mendorong kepada penanaman padi adalah memenuhi keperluan fizikal manusia,
iaitu rasa lapar. Kesannya mereka berfikir dan berusaha bagaimana untuk
menghasilkan beras.
Bermula dari proses semaian hinggalah fasa penuaian, pelbagai teknik
diciptakan sesuai dengan peringkat penghasilan. Selepas penuaian padi, beras
tersebut tidak langsung dimasak, sebaliknya disimpan sebagai beras usang
sebelum diasingkan daripada kulitnya. Bagi memasak nasi, masyarakat
menggunakan teknik memasak menggunakan bahan api dan elektrik. Tujuannya
adalah untuk memakan bagi kelangsungan hidup. Selain padi diproses untuk
masakan nasi, pelbagai kaedah pemprosesan dan penghasilan makanan lain turut
dicipta sebagai lambang kecerdikan tempatan (local knowledge). Misalnya seperti
dikisar menjadi tepung beras, kemudiannya menghasilkan makanan seperti kueteow, laksa dan pelbagai kuih muih.
Selain padi digunakan untuk memenuhi keperluan fizikal, makanan
berasaskan padi turut dihasilkan selari dengan upacara, tradisi dan pantang larang
dalam masyarakat. Misalnya penyediaan pulut kuning ketika majlis tertentu, kuih
ketika perayaan dan larangan wanita berhaid menyediakan tapai beras. Masih
kedapatan masyarakat Nusantara yang menyediakan sajian kepada makhluk halus
(semangat) selepas fasa menuai sebagai lambang terima kasih atas hasil tuaian,
113
malah yang telah menganut agama Islam, menggantikannya dengan kenduri
doa selamat sebagai tanda kesyukuran kepada sang Pencipta.
Begitu juga dengan petua pemilihan makanan dalam kalangan
masyarakat, wujudnya istilah makanan yang panas, sejuk dan kering yang
memberi kesan berangin, sakit tubuh badan dan urat kepada mereka yang
memakannya.114 Pantang larang ini dibentuk untuk menjaga aspek kesihatan
tubuh badan manusia.115 Selain itu, di sebalik penyediaan makanan yang pedas
dan lemak terdapat petua dan kombinasi makanan untuk menawarkan rasa pedas
dan lemak tersebut. Misalnya ulam-ulaman. Ia adalah hasil formula kecerdikan
golongan tempatan (local genius) yang membentuk corak makanan dan
pemakanan masyarakat setempat.116 Budaya makanan yang diwarisi dari generasi
terdahulu diwariskan kepada generasi kemudian dan disesuaikan dengan
perkembangan masyarakat.
Justeru itu, setiap masyarakat mempunyai budaya dan tradisi yang
tersendiri dalam makanan dan pemakanan. Ia berkait rapat dengan kepercayaan
agama, pegangan tradisi, pantang larang adat, malah kawasan geografi dan iklim
113

114
115

116

Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian . (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990), 9.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan , 8-9.
Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak", International
Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1), 2013, 89-97.
Mat Rofa Ismail. "Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal dalam Kitab Furu' al-Masa'il oleh
Syeikh Daud al-Fatani", Nazarudin Zainun et al. (eds.), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara. (Pulau Pinang:
USM, 2013).

199

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

turut berperanan dalam membentuk dan mencorak budaya tersebut. Dengan kata
lain, setiap masyarakat mempunyai “dapur” dan “lidah” yang tersendiri. Ia
merujuk kepada cita rasa masyarakat seiring dengan pengalaman generasi awal,
dan diwarisi turun temurun kepada generasi kemudian.117
Misalnya, orang Eropah banyak mengambil makanan berasaskan gandum
seperti roti, pie dan pizza, sedangkan orang Asia cenderung makanan berasaskan
padi/beras sama ada dalam bentuk nasi, kue-teow, laksa dan sebagainya. Begitu
juga agama sebagai faktor penentu dalam membentuk budaya makanan dan
pemakanan. Misalnya, penganut agama Yahudi hanya mengambil makanan
berlabel kosher, penganut agama Hindu dilarang untuk makan daging lembu dan
orang Islam dilarang makan daging khinzir dan makanan haram lain.
Sumber Asas Dalam Pembentukan Budaya Makanan Halal
Islam telah memberikan garis panduan khusus dan umum dalam pemilihan
makanan yang halal dan menjauhkan yang syubhat dan haram. Dengan itu, jelas
syariat Islam amat menitikberatkan persoalan halal haram dalam makanan. Ada
yang disebut secara terang dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan ada yang
dibiarkan tanpa status yang khusus serta ditinggalkan kepada `urf setempat sama
ada untuk memilihnya berdasarkan penilaian yang baik dan buruk. Namun
begitu, terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh ulama dalam menentukan
baik buruknya suatu makanan. Secara tidak langsung, pengenalpastian citarasa
yang baik dan buruk tersebut dapat membantu masyarakat Islam dalam
penyediaan dan pengambilan makanan halal.
Masyarakat Melayu Malaysia sangat menitikberatkan soal makanan dan
penghasilannya. Dengan pengetahuan bersumberkan alam, masyarakat mengolah
penyediaannya berasaskan konsep halalan tayyiban. Pendekatan ini selari dengan
tuntutan Islam melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 186:
               



Terjemahan: “Makanlah apa yang ada dimuka bumi yang halal lagi baik,
janganlah kamu menuruti langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh
yang nyata bagi kamu.”
Umumnya, bukan semua makananyang halal adalah tayyiban tetapi
kebiasaannya setiap makanan yang tayyiban pasti halal. Hal ini kerana halal
adalah merujuk kepada sesuatu yang dibenarkan atau dianggap suci oleh syarak.
Manakala tayyiban adalah aspek yang merangkumi soal kualiti, integriti,
117

Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Persoektif Teori SPB4K", Melayu:
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7 (1), 2014, 76-97.

200

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

kebersihan dan keselamatan makanan. Oleh yang demikian, setiap produk
makanan yang dihasilkan jika memenuhi konsep halalan tayyiban akan lebih
terjamin aspek kesucian dan kualiti makanannya.
Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu
pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa
makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat doa terkabul
dan makanan yang haram akan menggelapkan hati.118 Sebagai pengguna Muslim,
berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai
kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilih makanan
yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali
ketika darurat. Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal,
mental mahupun spiritual manusia.
Kemudaratan adalah asas utama dalam larangan pengambilan makanan.
Ini kerana segala bentuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada fizikal dan mental manusia turut diharamkan dalam Islam. Ini kerana
Islam amat menitikberatkan keselamatan makanan (food safety) demi memelihara
nyawa pengguna (hifz al-nafs).119 Ia termasuklah sesuatu yang mengkhayalkan
seperti dadah, racun dan ganja atau yang boleh menyebabkan kematian seperti
racun. Pengharaman berkait rapat dengan wujud kemudaratan contohnya
pengharaman bangkai, darah, khinzir, khamr dan seumpamanya.120 Namun
apabila tiada lagi kemudaratan, tiada pengharaman misalnya halal binatang alan„am, susu, tumbuhan serta sayuran dan sebagainya.
Walaupun sesetengah produk boleh dihasilkan melalui penggunaan
teknologi, namun hakikatnya terdapat sebilangan sumber bahan tetap dianggap
haram seperti babi. Pengaruh kuat daripada uruf setempat telah membantu
membina satu persepsi budaya makanan bahawa setiap bahan bersumberkan babi
adalah haram walau wujud 1001 manfaat.121 Justeru, istilah babi menimbulkan
sensitiviti haram yang kuat dalam masyarakat Melayu. Ia menjadi antara pantang
larang yang bersifat taboo dalam penyediaan makanan halal.122
Selain al-Quran, al-Sunnah turut memainkan peranan signifikan sebagai
panduan dalam pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam.
Terdapat pelbagai hadis Nabi yang menuntut pengambilan makanan baik,
pengharaman bahan terlarang seperti khinzir, darah, arak dan suruhan mencari

118
119

120

121

122

Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar al-Jayl, 1987), 6-8.
Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam:
Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28.
Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, "Kriteria Makanan Yang Baik dan Buruk Menurut Perspektif
Kepenggunaan Islam", Suhaimi Ab Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang:
UPM, 2011), 65-83.
Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2014), 69.
Paul Fieldhouse. Food And Nutrition: Customs And Culture . e. 2, (United Kingdom: Springer, 1995), 93.

201

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

sesuatu yang halal serta ancaman neraka kepada orang yang makan makanan
yang haram.123 Antaranya, sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap
Muslim.” [Hadis riwayat al-Tabarani dengan sanad yang baik]
Bagi perkara yang halal, secara mutlak kita dituntut mencarinya
sebagaimana dijelaskan melalui hadis di atas manakala bagi perkara yang haram
secara mutlak dituntut untuk meninggalkannya dan bagi perkara syubhah pula
amat perlu dijauhinya. Penetapan konsep halal dan haram sangat jelas di dalam
Islam.124 Ianya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah dalam
beberapa hadis Baginda SAW. Selain tuntutan mencari sesuatu yang halal,
ancaman turut dinyata oleh Baginda SAW. Sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang
haram, maka nerakalah paling utama baginya .” [Hadis riwayat
Ahmad dan Tirmidhi]
Berdasarkan hadis tersebut, balasan terhadap golongan yang mengambil
sesuatu yang haram adalah berat. Ini kerana balasannya adalah neraka.
Pengambilan sesuatu yang haram ini termasuklah sesuatu zat yang haram,
sumber, teknik dan cara yang haram. Ancaman ini menjadi parameter asas dalam
kalangan masyarakat Islam dan membentuk budaya makanan halal yang
mampan.
Sehubungan itu, syariat Islam menyediakan panduan yang lengkap
berkaitan halal dan haram dalam makanan. Makanan yang jelas haram disebutkan
dengan terang dengan nas sama ada daripada al-Qur'an ataupun Sunnah,
manakala ruang lingkup yang didiamkan atau tidak disebut adalah sedikit sebagai
kelonggaran kepada masyarakat. Ini kerana peraturan ini adalah asas kepada
pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam.
Budaya Makanan dan Pemakanan Halal di Malaysia
Malaysia merupakan di antara negara yang unik dengan kepelbagaian etnik,
budaya dan citarasa makanan. Masyarakat Islam khususnya, mempunyai budaya
123

124

Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah , (terj.) Makanan dan Minuman dalam Islam. (Jakarta: alKautsar, 2009), 18.
Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli, "Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Menurut Yusuf al-Qaradawi", Nurdeng Dueraseh et al. (eds.), Halalan Toyyiba Perspektif Malaysia (Serdang: UPM,
2013), 118-125.

202

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

makanan yang tersendiri. Ia berkait rapat dengan amalan tradisi warisan dan
disuaipadankan dengan panduan yang digariskan oleh Syarak. Ia diwarnai dengan
corak dan bentuk makanan pelbagai etnik seperti asli Melayu, Jawa, Banjar,
Mandailing, Minang, Bugis dan sebagainya. Berbagai-bagai cita rasa dan selera
makanan wujud, antaranya manis, pedas, lemak dan masin di samping kaya
dengan nutrisi yang bervariasi. Semua elemen ini adalah hasil manifestasi identiti
budaya setempat.125
Pengaruh `uruf dan tradisi tempatan telah menghasilkan budaya makanan
yang istimewa berdasarkan latar belakang etnik atau sosio geografi masingmasing. Terdapat sebilangan etnik pada anggapan mereka tidak menjijikkan
seperti memakan haiwan dubuk dan dhab. Manakala sebilangan lain
mengganggapnya sebagai menjijikkan kerana pada dasarnya ia bukan suatu
budaya yang diterima pakai dalam kalangan masyarakat mereka.
Penghasilan produk fermentasi seperti kicap, tapai dan air nira merupakan
di antara produk makanan dan minuman eksotik yang dihasilkan oleh masyarakat
Malaysia. Salah satu faktor yang mempengaruhi penghasilan produk tersebut
adalah disebabkan local knowledge atau pengetahuan tempatan dan keadaan
masyarakat pada ketika tersebut tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti
peti sejuk dan bahan pengawet untuk menyimpan makanan dalam tempoh yang
lebih lama. Oleh itu, terhasil produk fermentasi yang mampu bertahan untuk
beberapa ketika sebelum ianya rosak. Hasilnya idea ini dapat menghasilkan
makanan yang membuka selera.
Selain itu, penghasilan makanan yang dianggap menjijikkan bagi
sebilangan masyarakat yang lain misalnya produk makanan esotik seperti
belacan, cincalok, budu, tempoyak, pekasam, ikan masin, daging jeruk, daging
salai dan seumpamanya mampu memenuhi keperluan makanan masyarakat ketika
musim bencana seperti tengkujuh. Hakikatnya, citarasa yang terbentuk dalam
kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia banyak dipengaruhi oleh
pandangan mazhab Syafii berbanding mazhab-mazhab lain. Ia dapat dilihat dalam
pola pemilihan haiwan-haiwan akuatik dan daratan yang boleh dimakan serta
yang tidak boleh dimakan.126
Selain daripada makanan berasaskan etnik, terdapat juga peminjaman
budaya makanan yang merentasi etnik di Malaysia. Setiap kaum boleh menikmati
makanan kaum lain tanpa sebarang stereotaip perkauman. Orang Melayu, Cina
dan India boleh menikmati masakan kue-teow, roti canai dan nasi lemak. Masingmasing menghormati peraturan dan pantang larang kaum lain. Misalnya orang
Cina tidak memasukkan unsur haram dalam makanan orang Melayu seperti arak

125

126

Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary British Food Cultures?,", David
Howes et al. (eds.), Cross-Cultural Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002), 7778.
Mat Rofa Ismail. Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal dalam Kitab Furu' al-Masa'il.

203

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

dan khinzir, orang Melayu tidak menyediakan kari daging lembu kepada kaum
India. Peminjaman ini menghasilkan citarasa tempatan yang unik.
Namun kini, perubahan budaya makanan makin menghakis menu warisan
tempatan. Ia selari dengan penularan budaya konsumerisme yang didorong oleh
perubahan sosio-budaya masyarakat, taraf sosio-ekonomi dan perkembangan
sains dan teknologi. Dalam konteks masa kini, pelbagai cita rasa luar diimport
masuk ke dalam pasaran Malaysia. Proses ini telah mengubah pola budaya
makanan tradisi kepada percampuran cita rasa dan perubahan selera setempat.
Kini, terdapat pelbagai premis makanan dari luar Negara yang semakin
mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Pertumbuhan pesat restoran nasi
kandar di serata pelosok negara, penambahan jumlah mendadak restoran tomyam,
kehadiran restoran makanan segera dari Barat, kewujudan restoran makanan
Arab, kebanjiran restoran ayam penyet dan bakso telah mengubah landskap
budaya makanan asal masyarakat Melayu Islam. Dengan itu, nilai patriotisme
budaya telah terhakis dan berlaku penjajahan cita rasa yang tanpa disedari.127
Secara langsung, ia mengubah lanskap budaya makanan dalam masyarakat
Melayu di Malaysia.
Kesimpulan
Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia, binatang, tumbuhan malah
semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang
melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Citarasa ini berbeza
mengikut kawasan geografi iklim dan masyarakat. Ia diwariskan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain. Namun ia turut terdedah kepada pelbagai
bentuk perubahan.
Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri bangsa dan identiti
etnik. Perubahan budaya makanan ini dapat membentuk pola budaya makanan
yang baharu dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan ini perlu
diiringi dengan rasa sensitiviti halal yang tinggi dalam masyarakat agar selain
berlakunya penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati konsep halalan
tayyiba yang digariskan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah.
Rujukan
„Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah
al-Islamiyyah. (Riyadh, 1984), 6.
Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar alJayl, 1987), 6-8.

127

Dalam istilah lain food colonialism atau culinary imperialism. Uma Narayan, "Eating Cultures: Incorporation,
Identity and Indian Food", Social Identities: Journal for the Study of Race, Nation and Culture, vol. 1, 1 (2010), 6386.

204

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah.
(Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548.
Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary
British Food Cultures?,", David Howes et al. (eds.), Cross-Cultural
Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002),
77-78.
Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami,
1980). 15.
Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian .
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 9.
Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari
Persoektif Teori SPB4K", Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7
(1), 2014, 76-97.
Anita Tull, Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, "Budaya Pemakanan Masyarakat
Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi, Sains dan Teknologi dengan rujukan
khusus kepada pengaruh Islam dalam Penghasilan Makanan", Tesis
Kedoktoran, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2009, 46.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan:
Pendekatan Islam Dan Sains. (Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001), 1419.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan ,
8-9.
Edward B. Tylor, Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958.
Fortin, N.D., Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice , (New Jersey:
John Wiley & Sons, 2009), 35.
Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah, (terj.) Makanan dan
Minuman dalam Islam. (Jakarta: al-Kautsar, 2009), 18.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta:
Bulan Bintang, 1966), 221.
Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam
Melayu Sarawak", International Journal of the
Malay World and
Civilization, 1 (1), 2013, 89-97.
Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972.
Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104.
Mat Rofa Ismail. "Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal
dalam Kitab Furu' al-Masa'il oleh Syeikh Daud al-Fatani", Nazarudin Zainun
et al. (eds.), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara. (Pulau Pinang:
USM, 2013).
Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between
Tradition and Evidence Based Science", Revelation and Science, Vol. 01, No.
01 (2011) 22-31.
Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan
Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2014), 69.
Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, "Kriteria Makanan Yang
Baik dan Buruk Menurut Perspektif Kepenggunaan Islam", Suhaimi Ab
205

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH
DALAM PEMAKANAN

Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang:
UPM, 2011), 65-83.
Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli,
"Prinsip-Prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi", Nurdeng
Dueraseh et al. (eds.), Halalan Toyyiba Perspektif Malaysia (Serdang: UPM,
2013), 118-125.
Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan
Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan
Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28.
Paul Fieldhouse. Food And Nutrition: Customs And Culture . e. 2, (United
Kingdom: Springer, 1995), 93.
Saadan Man, Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana
Mencarinya di Pasaran. (Kuala Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4.
Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia
Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3, (Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9.
Uma Narayan, "Eating Cultures: Incorporation, Identity and Indian Food", Social
Identities: Journal for the Study of Race, Nation and Culture, vol. 1, 1 (2010),
63-86.



206