PENERANGAN MENGENAI BAHAN MENGAJAR YANG

PENERANGAN MENGENAI BAHAN MENGAJAR YANG TELAH DIGUNAKAN
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bahan bantu mengajar merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada
sumber pendidikan.Tujuan utama mengadakan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi
pengajaran.Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat
menerangkan konsep dengan tepat.
KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:
1. Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan
pengajarannya secara berkesan.
2. Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai
corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
3. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
4. Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih
terperinci.
5. Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
6. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa
yang singkat.
7. Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.

8. Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar
dengan pelajar.
9. Penyebaran Bahan Bantu Mengajar boleh meluaskan kerana penggunaannya
tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
10. Bahan itu dapaat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru
mahupun pelajar.

PENGGUNAAN NASYID MARI BERWUDHUK DAN MARI BERSOLAT
DALAM SET INDUKSI DAN PENUTUP PENGGUNA LAGU NASYID MARI
BERWUDHUK DANRI BERSOLAT.
1. Melahirkan minat dikalangan murid
2. Murid mudah memahami isi pelajaran kerana disampaikan menerusi lagu
3. Mengekalkan minat murid hingga sesi pengajaran
4. memotivasikan murid supaya meminati minat pendidikan Islam
5. Mempelbagaikan teknik pengajaran

DALAM LANGKAH PERTAMA GURU MEMAPARKAN CARTA DAN GAMBAR
ANGGOTA TAYAMMUM.

1. Bahan mudah diperolehi dan murah tidak memerlukan kos yang bayak.

2. Murid dapat melihat dengan jelas dan murid mudah faham
3. Mudah dibawa kekelas dan sangat praktikal
4. Murid dapat memahami konsep tayammum dengan mudah dan jelas.

DALAM LANGKAH KEDUA SLAID POWER POINT
Pita- slaid adalah gabungan 2 media, iaitu pita rakaman audio dan slaid bersiri. Pita
rakaman audio terdapat samaada dalam bentuk kaset lebih popular digunakan di
sekolah- sekolah. Suara penyampaian, kesan bunyi dan muzik boleh dirakamkan bagi
tayangan slaid bersiri..skrip - Dalam konteks penerbitan pita- slaid, perancangnaa skrip
bermula dengan proses merangka cerita.
KEBAIKAN PEGGUNAAN POWER POINT DALAM PENGAJARAN
Secara amnya, kebaikan penggunaan Power Point untuk menyedikan satu siri
persembahan slaid yang menarik adalah seperti berikut:
a. Ia menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b. Dari segi reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian ini, Power Point
menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen.
c. Guru boleh sekali sekala menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang
disediakannya.
d. Perisian Power Point juga dapat melahirkan animasi slaid.

e. Penggunaan Power Point juga sesuai untuk membina kemahiran menulis para
pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.
f. Menarik minat murid.
g. Memberi ransangan kepada murid supaya minat belajar
h. Mempelbagaikan Bahan bantu Mengajar
DALAM LANGKAH KETIGA PENGGUNAAN VIDEO
Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan banyak manfaat,
antaranya seperti berikut:
1. Memberi khidmat bantu untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran
2. Menunjukkan contoh dan pengajran yang baik.
3. Menolong memperkembangkan dan memperluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid- murid
4. Sebagai media bagi menyampaikan segala maklumat ilmu pengetahuan secara
menyeluruh dan berkesan
5. Menghidupkan daya imaginasi dan menarik minat pelajar melalui visual, suara,
dialog, muzik dan kesan bunyi
6. Boleh menyampaikan perkara- perkara yang sukar hendak disampaikan oleh guru
di dalam bilik darjah.
DALAM LANGKAH KEEMPAT PENGGUNAAN GAMBAR DAN POSTER
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisangarisan, hurufan-hurufan dan warna-wama di dalam satu persembahan visual yang

memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai
satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster
mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna-warna dapat menarik perhatian serta
boleh menyampaikan mesejnya dengan spotan..

Kelebihan Poster
Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.

Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.

2. Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata
pelajaran yang mungkin sukar difahami.
3. Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya
untuk membetulkannya.
4. Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian,
bacaan tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat yang
amat berkesan dalam hal ini.

5. Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman
kritis.

MENJELASKAN SUMBER
PEMGAJARAN

MENJELASKAN CARA PENGGUNAANNYA DALM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Seni dalam pendidikan menggabungkan tiga unsur utama iaitu seni visual , pergerakan
danm muzik. Saya telah menyediakan rancangan pengajaran harian Dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah mengenai bab tayammum
Dalam langkah set induksi bagi tajuk Tayammum bahan bantu mengajar yang saya
pilih adalah nasyid mengenai wudhuk . Nasyid ini mempunyai unsure muzik
Penggunaan nasyid ini saya telah saya perdengarkan pada awal pengajaran ( Set
Induksi ) selepas nasyid diperdengarkan saya akan menyoal kaitannya dengan tajuk
yang diajar Kepentingan Penggunaan nasyid adalah ia telah dapat menarik minat
murid dan memusatkan perhatian pelajar kerana ia ada unsur muzik dan hiburan.
Dalam langkah pertama saya telah menggunakan bahan bantu mengajar kad yang
tertulis pengertian tayammum . saya juga telah menulis lafaz niat tayammum dengan
menggunakan khat nasakh. Saya meminta murid membaca kad carta yang dipaparkan

dipapan hitam. ia mempunyai unsure seni visual .
Kepentingan Penggunaan Bahan bantu mengajar ini dapat membantu para guru
dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan dan murid dapat memahami
denagn jelas. Murid membaca lafaz niat tayammum menerusi kad yang dipaparkan.
Guru juga meminta murid menulis khat nasakh lafaz niat tayammum. Guru
Dalam langkah kedua saya telah memaparkan slaid power point kepada murid
.Guru juga menunjukan gambar anggota tayammum.Guru memaparkan slaid power
point kepada murid .Menerusi Power guru menerangkan anggota tayammum . Guru
juga menunjukan gambar anggota tayammum dengan menunjukan kad gambar
anggota tayammum murid lebih memahami nya. . kemudian murid diberi penerangan
berdasarkan gambar yang ditunjuk . saya meminta murid melukis anggota tayammum
berdasarklan gambar yang saya tunjukkan. Bahan bantu mengajar yang lain adalah
adalah kertas A4 , saya meminta murid melukis anggota tayammum diatas kertas A4.

Kepentingan bahan bantu mengajar ini adalah ia dapat memberi satu pengalaman baru
kepada pelajar dan melahirkan kreativiti murid serta dapat mencungkil bakat
semulajadi mereka.
Dalam langkah ketiga saya telah Bahan bantu mengajar berasaskan ICT iaitu
penggunaan video . Setelah murid menonton video guru meminta murid melakukan
amali tayammum secara kelas dan individu. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya

kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar ini
ada unsur pergerakan. Menerusi paparan vedio murid dapat mencontohi cara
bertayammum.
Dalam langkah ketiga juga guru membimbing murid melakukan amali tayammum
denagn alatnya adalah debu tayammum Murid melakukan amali tayammum secara
kelas dan individu . Ini merupakan unsur pergerakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam langkah keempat guru member penerangan mengenai tiga sebab yang
mengharuskan tayammum . Guru juga memaparkan sebab bertayammum menerusi
gambar yang dimuat turun dari internet.Gambar yang ditunjukan ialah ketiadaan air ,
sakit yang tidak boleh terkena air dan ada air hanya untuk minum sahaja Selepas itu
guru meminta murid melukis gambar berdasarkan kreativiti mereka dalam kumpulan
dan membentangkan sebab mengharuskan tayammum. Bahan Bantu mengajar ini ada
unsure seni visual. Penggunaan bahan bantu mengajar Kepentingan sumber
pengajaran ini dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai
pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran , guru dan
pelajar.Guru juga dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
Dalam langkah penutup guru memperdengarkan nasyid mari bersolat yang dimuat
turun dari you tube . Murid memdengar lagu ini dan guru member penerangan
mengenai kepentingan solat . Kemudian guru membuat rumusan dengan meminta

murid menunjuk cara bertayammum melalui udara.

Sebagai kesimpulannya penggunaan bahan bantu mengajar secara yang bijaksana
dapat menjamin matlamat pengajaran tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik
mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan
bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik. Bahan bantu mengajar yang
menarik adaklah dengan menggabungkan

tiga unsur iaitu unsur seni visual , seni

muzik dan seni pergerakan. Sesuatu bahan dalam pengajaran, seseorang guru perlulah
memikirkan tentang nilai yang ada pada bahan itu dan tujuan penggunaannya.
Pertimbangan juga harus diberikan kepada kehendak, keperluan dan minat murid.
Masalah komunikasi murid hendaklah dipastikan. Guru juga harus membuat pemilihan
media yang baik untuk menghadapi sebarang masalah, di samping menentukan media
yang paling sesuai untuk digunakannya. Sungguhpun banyak perkara yang harus
dilakukan, perkara yang tersangat penting bagi guru membuat persediaan ialah meneliti
terlebih dahulu bahan itu sebelum digunakan dalam bilik darjah.