Indeks Kualiti Air di Sekitar Kawasan Lo

Sains Malaysiana 38(4)(2009): 449–455

Indeks Kualiti Air di Sekitar Kawasan Lombong
di Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor
(Water Quality Index in the Vicinity of Pelepah Kanan
Mine, Kota Tinggi, Johor)
WAN MOHD RAZI IDRIS*, SAHIBIN ABDUL RAHIM, MOHD TALIB LATIF, ZULFAHMI ALI RAHMAN, TUKIMAT LIHAN,
LOW YIAK CHONG, AZMAN HASHIM & SHAHRINIZAM MOHD YUSUF

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai indeks kualiti air di sekitar kawasan lombong di Sungai Pelepah
Kanan, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak enam stesen pensampelan telah dipilih dari bahagian hulu ke hilir sungai ini
untuk menilai indeks kualiti air di sepanjang sungai tersebut. Tiga replikasi sampel telah diambil daripada setiap stesen
pensampelan. Pengambilan sampel dilakukan pada dua musim yang berbeza iaitu musim kering (Julai) dan musim
hujan (Disember) 2007. Parameter in-situ yang ditentukan dalam kajian ini ialah suhu, pH, oksigen terlarut (DO) dan
konduktiviti. Parameter ex-situ yang dianalisis dalam makmal ialah turbiditi air, jumlah pepejal terampai (TSS), keperluan
oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD) dan ammonia nitrogen (NH3-N). Berdasarkan Piawaian Interim
Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (INWQS) hasil kajian yang diperolehi menunjukkan semua stesen pensampelan di Sungai
Pelepah Kanan pada bulan Julai berada dalam kelas I kecuali oksigen terlarut dan pH berada dalam kelas II. Selain itu,
hasil kajian pada bulan Disember juga menunjukkan semua parameter fiziko-kimia berada dalam kelas I-II kecuali pH

berada dalam kelas III. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan bererti antara parameter-parameter fiziko-kimia
yang di tertentukan. Analisis Indeks Kualiti Air (IKA) menunjukkan nilai purata IKA pada bulan Julai adalah 96.88 (kelas
I) manakala pada bulan Disember telah merosot ke 84.03 (kelas II). Berdasarkan kepada nilai IKA dan perbandingan
dengan INWQS, indeks kualiti air Sungai Pelepah Kanan adalah berada pada tahap yang bersih dan kurang mengalami
pencemaran yang serius daripada aktiviti antropogenik mahupun pencemaran secara semula jadi.
Kata kunci: Indeks kualiti air; Kota Tinggi; lombong
ABSTRACT

This study was carried out to determine the water quality index at the Pelepah Kanan River, Kota Tinggi, Johor. Six stations
were chosen from different part of the river from upstream to downstream to represent the water quality index along this
river. Three replicates of samples were taken from each station. Samples were collected in two different seasons namely
dry season (July) and rainy season (December) 2007. In-situ physico-chemical measurements included temperature,
pH, dissolved oxygen and conductivity. Physico-chemical parameters determined in the laboratory were turbidity, total
suspended solid (TSS), biochemical oxygen demand (BOD), chemical oxygen demand (COD) and ammonia nitrogen (NH3-N).
According to the Interim National Water Quality Standards (INWQS), results showed that all sampling stations along the
Pelepah Kanan River in July fall in Class I-II for physical and chemical parameters except for dissolved oxygen and
pH which was in Class I-II. The results obtained in December also showed that all sampling stations fall in Class I for
physical and chemical parameters except for pH which was in Class III. Correlation test showed that some physicochemical parameters have significant correlation with each other. Water Quality Index (WQI) analysis showed that the
mean WQI value for the month of July is 96.88 (Class I) while for December, the WQI value deteriorated to 84.03 (Class
II). According to the calculated values of WQI and comparison with INWQS, the index of water quality in Pelepah Kanan

River is in the clean category and is not affected by pollution neither anthropogenic activities nor natural pollution.
Keywords: Kota Tinggi; mine; water quality index

PENGENALAN
Kemerosotan kualiti air sungai biasanya disebabkan oleh
beberapa faktor seperti buangan dari kumbahan domestik,
perindustrian, pertanian dan binatang ternakan (Mansor
et al. 1989; Mazlin et al. 2001; Norhayati et al. 2004).
Keadaan ini menyebabkan berlakunya perubahan yang

ketara terhadap kualiti air sungai yang boleh mendatangkan
kesan buruk kepada semua hidupan akuatik dan manusia
serta menjejaskan kualiti air sehingga ke paras yang terlalu
rendah (Koh 2004). Bagi menentukan Indeks Kualiti Air
(IKA), enam parameter telah dipilih iaitu pH, permintaan
oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD),

450

oksigen terlarut (DO), ammonia-nitrogen (NH -N) dan

3
jumlah pepejal terampai (TSS) (Jabatan Alam Sekitar 2001).
Kualiti air bagi setiap parameter diberikan dalam bentuk
sub indeks. Sub indeks dikelaskan dalam bentuk peratusan
iaitu dari nilai sifar hingga seratus. Nilai Indeks Kualiti Air
(IKA) yang tinggi menunjukkan kualiti air adalah baik.
Kawasan bekas lombong yang ditinggalkan biasanya
terbiar dengan keadaan topografi yang tidak terjaga.
Ini menyebabkan tanah mudah terhakis dan masuk ke
dalam sistem sungai yang terdapat di sekitarnya yang
akan mengubah kualiti air sungai secara tidak langsung
(Wan Mohd Razi et al. 2006). Kualiti air merupakan satu
gambaran atau tindakbalas komposisi air terhadap segala
input sama ada secara semula jadi atau bukan semulajadi
(Krenkel & Novotny 1980). Oleh itu, objektif kajian
ini adalah untuk menentukan tahap kualiti air di Sungai
Pelepah Kanan berdasarkan kepada nilai IKA dan juga
dibandingkan dengan pengelasan berdasarkan Piawaian
Interim Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (INWQS).


bijih besi yang masih berekonomik untuk diproses bagi
memperolehi besi untuk dijual di pasaran.
LOKASI PENSAMPELAN

Pensampelan air telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu
pada musim kering (Julai) dan hujan (Disember) 2007
bertujuan untuk membandingkan kualiti air sungai pada dua
musim yang berbeza. Sebanyak enam lokasi pensampelan
telah dipilih dan bacaan parameter diambil pada setiap stesen
pensampelan. Pencerapan sekitaran kawasan pensampelan
diterangkan pada Jadual 1, manakala kedudukan stesen
pensampelan di kawasan kajian ditunjukkan dalam Rajah
1. Pada setiap stesen pensampelan, sampel air permukaan
diambil (3 replikasi) dan simpan di dalam botol HDPE 500
ml untuk dianalisis COD, ammonia nitrogen (NH3-N) dan
TSS di dalam makmal, manakala bagi pensampelan BOD
botol gelap kaca 300 ml digunakan. Sampel air yang diambil
disimpan dalam kotak berisi ais untuk tujuan pengawetan
(suhu < 4°C).


BAHAN DAN KAEDAH

PARAMETER IN-SITU

KAWASAN KAJIAN

Sungai Pelepah Kanan merupakan sungai yang terkenal dan
terletak berhampiran dengan kawasan air terjun di daerah
Kota Tinggi, Johor. Ia merupakan satu saluran air yang
menghubungkan hulu iaitu kawasan rekreasi Air Terjun
Kota Tinggi dan hilir iaitu Sungai Johor. Kedudukan sungai
ini adalah berada pada garis lintang 01°46’56’’U hingga
01°49’58’’U dan pada garis bujur 103°51’91’’T hingga
103°50’19’’T. Di bahagian hulu Sungai Pelepah Kanan,
terdapat sebuah bekas lombong bijih besi dan timah yang
telah lama ditutup. Aktiviti perlombongan di kawasan ini
bermula pada tahun 1941 sehinggalah bijihnya kehabisan
dan ditinggalkan begitu sahaja pada tahun 1990-an. Rezab
bijih timah di kawasan ini dianggarkan antara 10 hingga
40 juta ton bergred 0.5% timah (Adong 2001). Kenaikan

harga besi dipasaran telah menyebabkan kawasan ini
dibuka semula bagi mengeksplorasi tinggalan-tinggalan

JADUAL 1.

Stesen

Koordinat (GPS)

1

01°49’80’’U
103°50’05’’T
01°49’56’’U
103°50’18’’T
01°49’05’’U
103°50’41’’T
01°48’51’’U
103°50’65’’T
01°47’76’’U

103°51’32’’T
01°46’58’’U
103°51’90’’T

2
3
4
5
6

Parameter in-situ untuk penentuan kualiti air seperti suhu,
pH, oksigen terlarut (DO) dan konduktiviti air diukur
menggunakan meter pH dan meter oksigen terlarut di
lapangan. Kalibrasi ke atas prob berlainan dilakukan di
makmal sebelum pengukuran parameter di lapangan.
Parameter ini hendaklah dilakukan serta merta di lapangan
bagi mengelakkan tindak balas serta perubahan kimia yang
mungkin akan berlaku kepada sampel air semasa proses
penyimpanan sampel kerana parameter ini adalah tidak
stabil dan sangat bergantung kepada keadaan persekitaran

semasa ia diukur (APHA 1992).
ANALISIS MAKMAL

Sampel yang diambil dari stesen pensampelan diuji bagi
empat parameter kualiti air iaitu permintaan oksigen
biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah
pepejal terampai (TSS) dan ammonia nitrogen (NH3-N).

Cerapan sekitaran kawasan kajian

Ciri-ciri stesen pensampelan
Tempat rekreasi Air Terjun Desaru, Kota Tinggi
Kawasan sungai berhampiran dengan lombong bijih besi dan berjarak
sejauh 1 km dari tempat rekreasi Air Terjun.
Kawasan ini merupakan satu tapak perkhemahan dan berjarak sejauh
3 km dari tempat rekreasi Air Terjun.
Kawasan ini berhampiran jambatan jalan raya Sungai Pelepah dan
berjarak sejauh 6 km dari tempat rekreasi Air Terjun.
Kawasan ini berhampiran dengan kawasan ladang getah dan berjarak
sejauh 7.5 km dari tempat rekreasi Air Terjun.

Kawasan ini berhampiran dengan jambatan jalan raya Sungai Pelepah
dan berjarak sejauh 9 km dari tempat rekreasi Air Terjun.

451

RAJAH

1. Peta lokasi kawasan kajian dan kedudukan stesen pensampelan

Semua parameter tersebut dianalisis mengikut kaedah yang
disarankan oleh kaedah piawai (APHA 1992) dan HACH
(2003). Jumlah pepejal terampai (TSS) ditentukan dengan
kaedah gravimetrik selepas sampel air dituras dengan kertas
turas bergentian kaca bersaiz liang 0.45 μm. Ammonia
nitrogen (NH 3-H) dianalisis menggunakan kaedah
Nessler. Kandungan BOD ditentukan dengan mengukur
kandungan oksigen terlarut dalam sampel menggunakan
prob oksigen semasa pensampelan dilakukan dan selepas
tiga hari dieramkan pada suhu bilik, manakala penentuan
COD adalah menggunakan kaedah refluks terbuka dengan

menggunakan asid kromik.
Pengelasan Indeks Kualiti Air (WQI) Indeks kualiti air (IKA)
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah suatu
formula yang terdiri daripada 6 parameter kualiti air iaitu
COD, BOD, DO, jumlah pepejal terampai (TSS), ammonia
nitrogen (NH3-N) dan pH (JAS 2001). Pengiraan dilakukan
dengan mencampur nilai subindeks bagi setiap parameter
di mana nilai tersebut adalah diperoleh daripada satu siri
persamaan. Formula yang digunakan untuk pengiraan IKA
adalah seperti berikut:
IKA = 0.22 × (siDO) + 0.19 × (siBOD) + 0.16 × (siCOD)
+ 0.15 × (siAN) + 0.16 × (siTSS) + 0.12 × (sipH).

Nilai IKA ini kemudian dibandingkan dengan nilai
Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan Malaysia
(INWQS) . Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan
Malaysia (INWQS) adalah satu sistem yang berasaskan
piawaian kualiti air untuk menentukan kelas kualiti
air mengikut kegunaan tertentu dan bertujuan untuk
membangunkan pengurusan kualiti air untuk pendekatan

kualiti air jangka panjang pada sumber air kebangsaan.
INWQS dibahagikan kepada enam kelas mengikut kegunaan
tertentu iaitu kelas I, IIA, IIB, III, IV dan V dan setiap
kelas mempunyai piawai yang sesuai mengikut kegunaan
air tersebut (Tong & Goh 1997).
HASIL DAN PERBINCANGAN
Hasil kajian bagi setiap parameter fizikal dan kimia yang
dianalisis pada dua musim yang berbeza iaitu musim kering
dan musim hujan masing-masing ditunjukkan dalam Jadual
2 dan Jadual 3.
PARAMETER FIZIKAL

Suhu Hasil pengukuran yang dilakukan pada bulan Julai
menunjukkan nilai min suhu berada dalam julat di antara
24.3±0.06°C-27.3±0.06°C manakala hasil pengukuran

452

yang dilakukan pada bulan Disember min suhu adalah
antara julat 25.4±0.001°C-27.6±0.001°C. Keadaan cuaca
semasa pensampelan juga mempengaruhi purata suhu
dan kuantiti input sinran matahari (Krenkel & Novotny
1980). Dalam kajian ini, S6 mempunyai nilai tertinggi
pada kedua-dua bulan Julai dan Disember. Ujian korelasi
menunjukkan pada bulan Julai terdapat hubungan positif
yang bererti (p