PERATURAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PIAL

PERATURAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PIALA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA 2013
(UTeM CUP 2013)

1.0

NAMA
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Piala Universiti Teknikal Malaysia
Melaka 2013 (UTeM CUP 2013) anjuran Kelab Bola Sepak Pelajar UTeM dengan
kerjasama Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM.

2.0

UNDANG-UNDANG
2.1

2.2
2.3

3.0


Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai
pertandingan ini, maka undang-undang permainan dikeluarkan oleh
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hendaklah diikuti.
Pertandingan ini dijalankan secara 9 sebelah.
Masa permainan adalah 15 x 1 x 15 (minit).

KELAYAKAN PEMAIN
Terbuka kepada semua pelajar yang menghadiri kursus di UTeM.

4.0

PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1
4.2
4.3

4.4
4.5

4.6

4.7
4.8

5.0

Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 15 pemain dan 1 pegawai.
Hadiah disediakan hanya untuk 15 unit sahaja.
Setiap pasukan dibenarkan hanya mendaftarkan 2 pemain dalam satu
pasukan yang terdiri daripada pemain Bola Sepak atau Futsal UTeM Bagi
Tahun 2013 sahaja.
Pemain yang telah bermain untuk satu pasukan tidak dibenarkan untuk
bermain untuk pasukan yang lain sepanjang kejohanan berlangsung.
Pasukan boleh membuat Pertukaran atau penggantian pemain sekiranya
pemain mengalami kecederaan atau perkara-perkara yang boleh diterima
oleh Jawatankuasa Pertandingan (JKP).
Pertukaran atau penggantian pemain hendaklah dimaklumkan kepada JKP
dengan menggunakan borang pendaftaran pasukan.
JKP berhak untuk menolak atau menerima setiap proses pertukaran atau
penggantian pemain.
Pegawai dan Pemain perlu memahami Undang-Undang dan Peraturan yang

diedarkan.

YURAN PENYERTAAN
5.1

Setiap pasukan dikenakan RM 300.00 sebagai yuran penyertaan kejohanan.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013)

1

6.0

SISTEM PERTANDINGAN
6.1
6.2

Kejohanan dijalankan secara Liga 4 pasukan dalam satu kumpulan
Kejohanan dijalankan secara 9 pemain sepasukan semasa permainan
dijalankan.

Sebanyak 32 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan
(tertakluk kepada perubahan).
Pasukan yang mendapat Johan dan Naib Johan akan bermain di First Pool
manakala pasukan yang mendapat tempat ke-3 dan ke-4 dalam kumpulan
akan bermain di Second Pool (rujuk lampiran 1).
Pusingan kedua akan diundi secara terbuka dan dijalankan secara kalah
mati.
Pemain dibenarkan membuat pertukaran ‘Rolling Substitution” semasa
perlawanan.

6.3
6.4

6.5
6.6

7.0

HADIAH
7.1


Hadiah akan diberikan kepada pemenang seperi berikut :



Kategori First Pool

Johan
Naib Johan
Ke-3
Ke-4
Ke-5 hingga 8

:
:
:
:
:

RM 1,000.00 + Piala + Medal

RM 800.00 + Medal
RM 500.00 + Medal
RM 400.00
RM 200.00

Kategori Second Pool

Johan
Naib Johan
Ke-3
Ke-4

:
:
:
:

RM 200.00
RM 150.00
RM 100.00

RM 80.00

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013)

2

8.0 SISTEM KEPUTUSAN
8.1

Sistem keputusan secara kiraan mata digunapakai bagi menentukan pemenang
kumpulan seperti berikut:
Menang
Seri
Kalah

9.0

-

3 mata

1 mata
0 mata

8.2

Jika berlakunya persamaan mata antara dua (2) atau lebih pasukan, pasukan
yang mempunyai perbezaan jaringan yang lebih tinggi dikira sebagai
pemenang (Jumlah jaringan tolak jumlah bolos).

8.3

Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai jaringan yang lebih tinggi akan
dikira sebagai pemenang.

8.4

Sekiranya masih lagi sama, pasukan yang mempunyai jumlah bolos yang paling
rendah akan dikira sebagai pemenang.

8.5


Sekiranya masih lagi sama, keputusan perlawanan antara kedua pasukan akan
diambil kira.

8.6

Sekiranya masih sama, Pihak JKP akan menentukan keputusan mengikut
mesyuarat yand diadakan dan keputusan adalah muktamad

8.7

Untuk peringkat suku akhir, dan seterusnya, sekiranya perlawanan berakhir
dengan keputusan seri, maka sistem sepakan penalti akan diadakan.

SISTEM SEPAKAN PENALTI
9.1

Pengadil akan menentukan gol yang mana sepakan penalti akan dijalankan.

9.2


Setiap pasukan akan mambuat lima (5) tendangan atau menjaga gawang
secara bergilir-gilir. Tendangan mesti dilakukan dari tanda penalti

9.3

Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang membuat
sepakan dahulu dengan pasukan yang kalah menjaga gawang gol.

9.4

Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang diakhir permainan sahaja
yang dibenarkan membuat sepakan penalti.

9.5

Penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa sepakan penalti dijalankan
dengan pemain-pemain yang sedia ada dalam padang permainan.

9.6


Jika selepas lima (5) sepakan penalti kedudukan masih seri, maka sepakan
penalti tambahan akan diteruskan dengan pemain-pemain berlainan secara
berselang-seli dengan sistem ‘sudden death’. Jika masih seri, lambungan siling
akan dibuat untuk penentuan pemenang.

9.7

Tiap-tiap tendangan perlu dibuat oleh pemain-pemain yang berlainan (termasuk
Penjaga Gol) dan pemain yang sama tidak boleh membuat sepakan yang
kedua sehingga semua pemain yang layak membuat sepakan dalam pasukan
itu (sedia ada dalam padang permainan) telah membuat sepakan.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013)

3

10.0

KEMENANGAN PERCUMA
10.1 Kelewatan
Satu masa yang tidak melebihi daripada 10 minit adalah diberikan kepada
pasukan yang lewat. Selepas daripada masa yang diberikan, pasukan yang
gagal menghadirkan diri untuk perlawanan dikira kalah dengan jaringan gol 3-0.
10.2 Perlawanan boleh dijalankan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya atau
hanya 7 pemain yang berada didalam padang
10.3 Jika kedua-dua pasukan yang bertanding tidak menghadirkan diri untuk
perlawanan tersebut setelah melebihi masa yang diberikan, perlawanan
tersebut tidak dikira matanya iaitu kedua-dua pasukan mendapat mata 0.
10.4 Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma atau Jawatankuasa
Tatatertib Pertandingan berpendapat kemenangan percuma ini sengaja
diberikan, samada setelah dilangsungkan atau sebelum dilangsungkan,
perlawanan tersebut tidak akan diambil kira (Null and Void). Pasukan yang
terlibat ini akan dikenakan tindakan tatatertib dan wang pampasan boleh dikira
lupus / hilang berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan.

11.0 TINDAKAN TATATERTIB
11.1

Pemain yang menerima dua (2) kad kuning di dalam pertandingan ini secara
automatik akan digantung satu (1) perlawanan seterusnya.

11.2

Pemain yang menerima dua (2) kad kuning diikuti dengan kad merah dalam
satu-satu perlawanan dan dikenakan perintah keluar padang secara otomatik
akan digantung satu (1) perlawanan yang berikutnya.

11.3

Pemain yang menerima kad merah iaitu dikenakan perintah buang padang
dan tidak dibenarkan bermain dalam dua (2) perlawanan berikutnya.
Penyertaan pemain tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib
Pertandingan. Sekiranya keputusan status penyertaan pemain tersebut tidak
diperolehi selepas dua (2) perlawanan daripada dia dikenakan kad merah dan
perintah keluar padang, pemain tersebut boleh bermain pada perlawanan
yang seterusnya.

11.4 Sekiranya berlaku pergaduhan dikalangan pemain dan penyokong pasukan /
jabatan dan disahkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan, pasukan
yang menimbulkan dan memulakan kekecohan atau pergaduhan tersebut
akan disingkir.
12.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN
12.1 Sebarang permohonan penangguhan perlawanan adalah tidak dibenarkan.
12.2 Jika pengadil membuat keputusan muktamad bahawa keadaan cuaca,
padang mahupun persekitaran adalah tidak sesuai untuk dijalankan sesuatu
perlawanan itu, maka perlawanan tersebut hendaklah ditetapkan pada suatu
tarikh dan masa yang dirasakan sesuai oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan
dengan kedudukan mata 0 – 0.
12.3 Permulaan bagi perlawanan yang ditangguhkan adalah dengan keputusan 0 –
0.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013)

4

13.0 KEPUTUSAN PENGADIL
13.1 Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang ketidakpuashatian
daripada pasukan bolehlah dihantar secara bersurat kepada Jawatankuasa
Teknikal.
13.2 Jawatankuasa Pengelola akan meneliti semua keputusan yang dibuat oleh
pengadil-pengadil dalam setiap perlawanan. Sekiranya dirasakan pengadil
daripada mana-mana jabatan adalah tidak sesuai / tidak mematuhi peraturan /
tidak mengadili dengan adil, maka Jawatankuasa Kecil Sukan berhak meminta
jabatan tersebut menggantikan pengadil yang berkenaan dengan pengadil
yang baru atau tidak akan digantikan sama sekali.
14.0

BANTAHAN
14.1 Sebarang bantahan perlu dibuat secara bertulis berserta duit cagaran
bantahan RM 200.00 dalam masa 24 jam selepas perlawanan.
14.2 SEBARANG BANTAHAN SECARA LISAN TIDAK AKAN DILAYAN.
14.3 Jawatankuasa bantahan termasuk Penasihat Kejohanan, Pengerusi Teknikal
Kejohanan dan 3 pengurus pasukan yang berkecuali yang dipilih secara rawak
oleh Jawatankuasa Pertandingan.
14.4 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.
14.5 Duit cagaran bantahan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan tidak
berjaya.

15.0

HAL-HAL YANG TIDAK DI NYATAKAN
15.1 Segala hal yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini atau soal perbezaan
Taksiran akan di putuskan oleh JKP dan keputusan adalah MUKTAMAD.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013)

5

Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PERATURAN PEMERINTAH NO.58 TAHUN 2005 TERHADAP AKUNTABILITAS KEUANGAN PEMERINTAH KABUPATEN BONDOWOSO

2 44 15

EFEKTIFITAS ISI PESAN MEDIA BANNER DALAM SOSIALISASI PERATURAN PENERTIBAN BERPENAMPILAN PADA PENGETAHUAN, SIKAP DAN PERILAKU MAHASISWA (Studi pada Mahasiswa FISIP UMM)

2 59 22

ANALISIS YURIDIS PERANAN PEMERINTAH DAERAH KABUPATEN BANYUWANGI DALAM PENATAAN REKLAME BERDASARKAN PERATURAN DAERAH KABUPATEN BANYUWANGI NOMOR 10 TAHUN 2012 TENTANG PENYELENGGARAAN REKLAME

2 64 102

EFEKTIVITAS IMPLEMENTASI KEBIJAKAN PENEMPATAN TENAGA KERJA INDONESIA DI LUAR NEGERI (PTKLN) BERDASARKAN PERATURAN DAERAH PROPINSI JAWA TIMUR NO.2 TAHUN 2004 BAB II PASAL 2 DI KABUPATEN BONDOWOSO (Studi Kasus pada Dinas Tenaga Kerja dan Transmigrasi Kabupa

3 68 17

IMPLIKASI BERLAKUNYA PERATURAN PEMERINTAH NOMOR 72 TAHUN 2005 TENTANG DESA TERHADAP PEMERINTAHAN NAGARI DI SUMATERA BARAT

0 31 5

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

PENINGKATAN KETERAMPILAN GERAK DASAR MENENDANG BOLA MENGGUNAKAN KURA-KURA KAKI ATAU KAKI BAGIAN PUNGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU MODIFIKASI PADA SISWA KELAS V SDN 1 PADANGRATU KABUPATEN PESAWARAN TAHUN PELAJARAN 2011/2012

0 30 41

RECONSTRUCTION PROCESS PLANNING REGULATORY FRAMEWORK IN THE REGIONAL AUTONOMY (STUDY IN THE FORMATION OF REGULATION IN THE REGENCY LAMPUNG MIDDLE ) REKONSTRUKSI PERENCANAAN PERATURAN DAERAH DALAM KERANGKA OTONOMI DAERAH (STUDI PEMBENTUKAN PERATURAN DAERAH

0 34 50

RECONSTRUCTION PROCESS PLANNING REGULATORY FRAMEWORK IN THE REGIONAL AUTONOMY (STUDY IN THE FORMATION OF REGULATION IN THE REGENCY LAMPUNG MIDDLE ) REKONSTRUKSI PERENCANAAN PERATURAN DAERAH DALAM KERANGKA OTONOMI DAERAH (STUDI PEMBENTUKAN PERATURAN DAERAH

0 17 50

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KEBIJAKAN KEMENTERIAN AGAMA DALAM PELAKSANAAN PERATURAN AKAD NIKAH DI KOTA BANDAR LAMPUNG TAHUN 2014

13 79 90