Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar K

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi
Tempatan
1

Mohamad Firdaus Maarof1 & Hamid Saad1;
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
firdaus57599@gmail.com, drhamidsaad@gmail.com

Abstrak
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan yang penting terhadap
pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk
menjelaskan sejauh mana peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar terhadap penawaran
aktiviti ekonomi tempatan, khususnya dalam sektor kedua dan ketiga dapat dicapai. Kajian
melibatkan peniaga dan pengguna yang mewakili penduduk di Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar Parit Betak, Daerah Pontian, Johor. Dapatan kajian mendapati peranan pusat
perkhidmatan tidak dapat dicapai dari segi pemasaran barangan output pertanian dan
penawaran peluang pekerjaan. Bagi pemasaran output pertanian, peniaga tempatan lebih

memilih untuk mendapatkan bekalan barangan di luar kawasan pusat perkhidmatan. Ini
disebabkan oleh faktor kepelbagaian pilihan, kuantiti serta harga yang rendah. Selain itu,
tingkat pendapatan yang tinggi dan kepelbagaian peluang pekerjaan di luar kawasan pusat
perkhidmatan menjadi faktor utama peranan tersebut sukar untuk dicapai bagi peranannya
menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk. Manakala, peranannya dalam
penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta kehendak pengguna dalam
mendapatkan barangan keperluan dapat dicapai di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun
masih terdapat beberapa kekurangan dari segi penyediaan kemudahan perkhidmatan di
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar. Oleh itu, beberapa saranan telah dikemukakan bagi
meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar.
Kata Kunci: Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, aktiviti ekonomi tempatan, barangan output
pertanian, dan penawaran peluang pekerjaan

Abstract
Rural Service Centres play a major role in the economic development of rural areas.
Therefore, the purpose of this paper is to explain the extent to which the role of the Rural
Service Centre in local economic activity supply can be achieved in terms of the secondary
and tertiary sectors. The study involves dealers and users which represent residents in the
Parit Betak Rural Service Centre, Pontian District, Johor. The findings reveal that the role of
the service centre has not been achieved in terms of marketing of local agricultural produce

and job opportunities supply. For the marketing of local agricultural produce, the dealers
prefer to purchase the agricultural produce outside of Parit Betak due to variety of choices,
quantity and low prices. Additionally, high salaries and diverse employment opportunities
outside of Parit Betak are the main factors behind the rural service centre’s inability to fulfill
its role in providing job opportunities for the rural people. Meanwhile, its roles in providing
economic activities and services and fulfilling users’ needs in obtaining essential goods have
been achieved. However, there are still some shortcomings in service provision in the Rural
Service Centre. Hence, some recommendations have been proposed to enhance the role of
the Rural Service Centre.
Keywords: Rural Service Centre, local economic activity, agricultural produce, and job
opportunities

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

PENDAHULUAN
Asas kepada pembentukan petempatan adalah bermula dengan wujudnya sistem hierarki
petempatan. Perbezaan fungsi serta ciri-ciri dalam petempatan menentukan struktur serta
taraf sesuatu petempatan. Umumnya, idea mengenai konsep serta peranan Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar yang meliputi bandar kecil dan pusat perkhidmatan desa

khususnya di kawasan luar bandar telah mula diperkenalkan pada awal tahun 70-an.
Terdapat beberapa peranan utama pusat perkhidmatan antaranya ialah memasarkan output
pertanian, penawaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan peluang pekerjaan serta
kawalan terhadap migrasi penduduk.
Secara dasarnya, Pusat Perkhidmatan Luar Bandar diperlukan bagi
menyatupadukan kawasan luar bandar dengan ekonomi bandar yang lebih luas dalam
konteks pembangunan wilayah. Kewujudan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dalam
sesuatu petempatan memberi kelebihan kepada kawasan tersebut untuk berkembang pesat
seiring dengan pembangunan yang berjalan di kawasan bandar. Ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara kawasan bandar
dan kawasan luar bandar. Peranan dalam suatu petempatan memberi kepentingan kepada
kawasan tersebut sama ada berkembang dengan berlaku sesuatu peningkatan dari segi
pembangunan ekonomi dan perkhidmatan. Sebaliknya, tiada berlakunya perubahan dalam
petempatan bermakna peranan petempatan semakin merosot. Oleh itu, peranan Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar perlu dinilai bagi mengetahui tahap pencapaian sesuatu
kawasan dan seterusnya melakukan proses penambahbaikan dari masa ke semasa.
KONSEP PEMBENTUKAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR
Pusat perkhidmatan luar bandar dirujuk sebagai suatu petempatan yang menyediakan
fungsi dan perkhidmatan tertentu bagi memenuhi keperluan penduduk yang tinggal di
kawasan sekelilingnya (Lal, 1989). Menurut Christaller, beliau menyatakan bahawa

penempatan pusat, kutub pertumbuhan, pusat pertumbuhan yang termasuk pusat
perkhidmatan hierarki rendah iaitu Pusat Perkhidmatan Luar Bandar adalah sebagai
penempatan pusat (Rosmin Talib, 2012). Beliau turut menjelaskan bahawa pusat
perkhidmatan beraneka skala ini boleh disusun secara menegak mengikut kepentingannya
daripada yang terpenting di tahap paling teratas hinggalah kepada ke tahap yang paling
bawah iaitu kurang penting.
Pada awalnya, idea mengenai Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dan kepentingannya
dalam pembangunan luar bandar telah mula diperkenalkan oleh Johnson (1970). Menurut
beliau, penempatan pusat diperlukan untuk menghubungkan luar bandar dengan ekonomi
bandar dalam konteks pembangunan wilayah. Sejak mula diperkenalkan konsep Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar, ia telah diterapkan sebagai sebahagian daripada pendekatan
dalam strategi pembangunan wilayah dan luar bandar. Rondinelli dan Runddle (1978), telah
menerapkan konsep tersebut di dalam ‘Strategi Pembangunan Luar Bandar Bersepadu’.
Melalui pendekatan yang dilakukan itu, konsep tersebut telah dapat menyokong paradigma
umum teori pergantungan dan modenisasi khususnya di kawasan luar bandar.
Peranan petempatan pusat termasuk yang berhierarki rendah adalah untuk
membangunkan kawasan luar bandar serta mewujudkan kebergantungan antara pusat
tersebut dengan kawasan pendalamannya iaitu melalui penyediaan kemudahan oleh
penempatan pusat dan penggunaan kemudahan tersebut oleh penduduk di kawasan
sekitarnya (Christaller, 1966). Menurut Botka (1986), keupayaan Pusat Perkhidmatan Luar

Bandar yang bersaiz kecil akan menggalakkan pembangunan, di mana saiz tidak
menentukan pertumbuhan dan kedinamikan sesuatu pusat untuk berfungsi sebaliknya faktor
seperti lokasi, saling-berhubungan dengan bandar tahap tinggi dan mekanisme dalaman
bandar tersebut sebenarnya turut memainkan peranan penting. Dari sudut sokongan
kepada Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, petempatan di sekitar pusat mempengaruhi
kefungsiannya dalam penawaran ekonomi dan perkhidmatan di mana kawasan tadahan

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

sekitar menjadi penyokong kepada Pusat Perkhidmatan Luar Bandar tersebut untuk
berkembang (Rajah 1.1).

Rajah 1.1 : Konsep pergerakan kawasan tadahan sekitar ke Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
Sumber: Olahan Penulis, 2017.

Konsep petempatan mempunyai signifikan dengan taburan jumlah penduduk. Ia
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sesuatu kawasan di mana dengan
kemampuan kawasan tersebut, ia memberi fungsi sebenar kepada petempatan. Menurut
Rosmin Talib (2012), beliau telah membuat perbandingan melalui beberapa pendapat

daripada pengkaji seperti Johson, 1970; Rodinelli dan Ruddle, 1978; Rao dll., 1976; Gaile,
1992; Qingkang dan Wenxuan, 1984; Nik Hashim, 1988; dalam mengemukakan konsep
serta dasar Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (Jadual 1.1).
Jadual 1.1 : Pendapat pengkaji mengenai saiz pusat perkhidmatan luar bandar di kawasan luar
bandar di beberapa buah negara yang membangun.

Saiz
(Orang)

Nama
Petempatan
Pusat

Pengkaji

Fungsi Utama



1,000-2,500


Pusat
Perkhidmatan
Desa

Johson
(1970),
Rondinelli &
Ruddle
(1978)








Panchayat (India)


Rao, dll
(1976)

2,000-5,000





Pusat Perniagaan
dan Pengeluaran
Desa (Kenya)
3,000-5,000



Bandar Pasar
(China)

Gaile

(1992)



Qingkang &
Wenxuan
(1984)









Penyediaan Perkhidmatan Asas
Pasar Harian/Mingguan
Industri pertanian sekala kecil
Pejabat Koperasi

Perkhidmatan Pertanian
Pejabat Kredit Kerajaan
Penyediaan Perkhidmatan Asas
Bengkel jentera pertanian
Pengembangan pertanian
Pejabat Panchayat
Penyediaan Perkhidmatan Asas
Perniagaan/Industri skala kecil
Industri keluaran pertanian
Pemasaran Pertanian
Penyediaan penempatan asas
Pemasaran Pertanian
Industri desa

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

5,00010,000

Pusat

Perkhidmatan dan
Pertumbuhan Desa
(Malaysia)



Nik Hashim
(1988)





Penyediaan perkhidmatan
tempatan
Industri desa/ industri kecil
Pusat pengembangan pertanian
Pemasaran pertanian

Sumber: Olahan daripada Rosmin Talib, 2012.

PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR
Pembangunan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar adalah merupakan salah satu daripada
strategi peringkat nasional dalam menggalakkan serta meningkatkan pembangunan
khususnya di kawasan luar bandar. Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan
penting dalam memastikan peranannya sebagai pusat perkhidmatan dapat disampaikan
kepada penduduk di sekitar kawasan tadahan. Beberapa pengkaji terdahulu telah
mengetengahkan beberapa hal berkaitan dengan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
antaranya ialah:
i. Peranan Dalam Memasarkan Output Pertanian
Kepentingan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar sebagai pusat pemasaran dan
pengkomersialan pertanian telah mula diketengahkan oleh Johson (1970). Keupayaan
petempatan tersebut menjadi pusat pemasaran pertanian yang bergantung kepada
beberapa faktor iaitu sistem penanaman, ketersampaian dan keupayaan infrastruktur jalan
raya dan pengangkutan, kemudahan penyimpanan dan pemprosesan, kewujudan
permintaan tempatan yang dipengaruhi oleh saiz penduduk dan tahap pendapatan,
hubungan dengan jaringan pasaran yang lebih luas,serta pertalian antara pengeluar dan
peniaga. Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dalam pemasaran pertanian didapati
adalah terhad di kawasan luar bandar yang sebahagian besar penduduknya menjalankan
aktiviti pertanian secara pengkomersialan berskala besar atau yang berorintasikan eksport
(Sattertwaith dan Tacoli, 2003). Peranan pemasaran yang dimainkan oleh petempatan pusat
luar bandar dipengaruhi oleh ketersampaian penduduk kepada bandar kecil, bandar
pertengahan dan bandar besar.
ii. Penawaran Barangan dan Perkhidmatan ke Kawasan Luar Bandar
Penawaran barangan dan perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar adalah
berkonsepkan kepada teori petempatan pusat dan konsep hierarki bandar. Peranan Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan dipengaruhi
oleh dua faktor iaitu tingkat pendapatan dan kuasa beli penduduk serta keupayaan peniaga
untuk memenuhi permintaan penduduk serta pengguna di kawasan luar bandar dalam
menawarkan barangan dan perkhidmatan. Dalam keadaan pendapatan penduduk yang
rendah, isi rumah berkecenderungan untuk menggabungkan beberapa aktiviti pembelian
dan mengunjungi bandar-bandar besar dan mengetepikan Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar. Bagi kawasan luar bandar yang mempunyai taburan penduduk berpendapatan
tinggi pula, penduduk lebih kerap mengunjungi bandar besar bagi memperolehi barangan
dan perkhidmatan yang mempunyai pelbagai pilihan dan cita rasa (Rosmin Talib, 2012).
Kedua-dua tren tersebut menyebabkan kebanyakan aktiviti perniagaan di Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar lebih cenderung menyediakan barangan dan perkhidmatan
tahap rendah sahaja, manakala barangan dan perkhidmatan tahap tinggi sangat terhad.
Penduduk perlu ke kawasan bandar bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan tahap
tinggi.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

iii. Penjanaan Pertumbuhan dan Pengukuhan Pekerjaan yang ditawarkan Selain
Sektor Pertanian
Bagi kawasan luar bandar, aktiviti bukan pertanian menjadi sumber pendapatan yang
penting kepada penduduk di mana aktiviti yang dijalankan tersebut adalah merupakan
proses yang boleh mempelbagaikan kehidupan di kawasan luar bandar. Kemampuan Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar dalam menjana peluang pekerjaan bukan pertanian adalah
bergantung kepada keupayaan pusat tersebut dalam mewujudkan ekonomi skala dan
pengelompokan. Keupayaan dalam mewujudkan pengelompokan firma dari segi ruang dan
sektor akan mewujudkan lebih banyak pekerja mahir, meningkatkan ketersampaian kepada
pengeluar yang lebih khusus dan memesatkan penitisan pengetahuan baru ke bawah untuk
mengukuhkan firma tempatan serta menghubungkan firma tersebut dengan agensi dan
pasaran di peringkat nasional dan global (Helmsing, 2010). Pertumbuhan pekerjaan bukan
pertanian mampu menggalakkan pertumbuhan kedua-dua aktiviti pertanian dan bukan
pertanian sebagaimana yang telah disarankan oleh model kitaran pembangunan desabandar (Evan, 1990). Model tersebut merumuskan tiga peringkat hubungan yang saling
berkaitan iaitu :
a. Peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar diperolehi daripada eksport
barangan pengguna,
b. Peningkatan permintaan barangan pengguna mendorong pewujudan pekerjaan bukan
pertanian dan kepelbagaian pendapatan terutamanya di pusat perkhidmatan luar
bandar yang terletak berhampiran kawasan pengeluaran pertanian,
c. Kewujudan pekerjaan bukan pertanian akan menyerap lebihan tenaga buruh dan
akhirnya mendorong peningkatan produktiviti dan pendapatan penduduk luar bandar.
iv. Pengawalan Migrasi Keluar Penduduk ke Kawasan Lain
Menurut Haan (1999), dalam kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana,
migrasi telah semakin diiktiraf sebagai komponen yang diperlukan dalam kehidupan
penduduk. Menurut Rosmin Talib (2012), golongan migran bandar dari kawasan desa
biasanya terdiri daripada golongan miskin yang memiliki tahap pendidikan dan kemahiran
yang rendah. Pusat Perkhidmatan Luar Bandar mampu berperanan untuk menarik migran
sekiranya pusat tersebut berkeupayaan dalam menawarkan peluang pekerjaan. Aliran
migran ke kawasan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar turut dipengaruhi oleh strategi makro
negara dan corak pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Migrasi dalaman juga berlaku
disebabkan oleh faktor penduduk dalam mendapatkan peluang pekerjaan, penawaran
perkhidmatan dan aktiviti pembangunan ekonomi di sesuatu kawasan (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Taburan peratus migran dalaman mengikut strata (arah aliran migrasi), Malaysia, 20092010 dan 2010-2011
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011

Di negara yang membangun, migran daripada kalangan penduduk yang kaya
biasanya berpindah dalam jarak yang jauh, manakala yang berada dalam kelompok miskin

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

pula cenderung bergerak ke peringkat tempatan dalam wilayah. Keupayaan sesuatu Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar untuk menarik migran daripada berpindah ke kawasan bandar
besar adalah bergantung kepada sejauh mana pusat tersebut menyediakan peluang
menjana pendapatan dan juga bergantung kepada tujuan migrasi.
METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN
Metodologi
Bagi mengkaji tahap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, kajian lapangan telah
dijalankan di Parit Betak, Pontian, Johor terhadap peniaga dan pengguna sebagai
responden kajian bagi penulisan ini. Kawasan kajian meliputi sekitar Parit Betak yang
melibatkan tiga buah kampung rangkaian. Bagi responden peniaga, teknik yang digunakan
dalam pemilihan responden ialah ‘Convenient Sampling’ di mana keseluruhan premis
perniagaan di dalam kawasan kajian di ambil sebagai responden kajian. Manakala bagi
responden pengguna, ia mewakili penduduk sekitar Parit Betak iaitu melibatkan tiga buah
kampung rangkaian utama iaitu Kampung Parit Betak, Kampung Parit Abas dan Kampung
Permatang Duku di mana jumlah keseluruhan penduduk tersebut adalah sebanyak 2,439
orang. Formula ‘Worst Case Scenario’ (Kish,1995) digunakan bagi mendapatkan jumlah
sampel responden pengguna di mana saiz sampel diperlukan bagi mencapai paras
keyakinan iaitu sebanyak 90 peratus dan paras kejituan ‘e’ adalah 0.10 telah ditentukan
dengan menggunakan rumus:
N
1+N (e)2
n = Saiz sampel
N = Jumlah keseluruhan penduduk di kawasan kajian
e = Ralat persampelan
*Berdasarkan kiraan responden, jumlah responden bagi pengguna adalah 96 responden.
Borang kaji selidik dibentuk dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek
utama berkaitan dengan penilaian terhadap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang
melibatkan responden peniaga dan pengguna. Kaedah temu bual juga turut dijalankan bagi
mendapatkan beberapa pemahaman serta maklumat tambahan ke dalam kajian lapangan
yang dijalankan.
Kawasan Kajian
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak terletak di dalam daerah Pontian, Johor di
mana ianya bersempadanan dengan daerah Batu Pahat. Kedudukan pusat perkhidmatan
yang terletak di laluan alternatif menghubungkan daerah Batu Pahat ke Pekan Benut dan
pekan-pekan lain menjadikan kawasan tersebut berkembang dan membangun dari segi
aktiviti perniagaan yang kini berkembang ke arah barat daya kawasan kajian (Rajah 1.3).
Secara umumnya, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian adalah merupakan tumpuan
utama, iaitu melibatkan 58.82 peratus daripada gunatanah di Parit Betak (Jadual 1.2 ).
Jadual 1.2: Kegunaan Tanah di Parit Betak.
Kegunaan Tanah
Perumahan
Premis awam
Tapak iks/ perniagaan
Pertanian
Penternakan
Lain-lain kegunaan
Jumlah

Keluasan (Hektar)
70
3
3
200
5
59
340

Peratus (%)
20.59
0.88
0.88
58.82
1.47
17.35
100.00

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan
Sumber : JKKK Kampung Parit Betak, 2011

Rajah 1.3 : Pelan Kawasan Kajian Parit Betak, Pontian, Johor.
Sumber: Olahan Penulis, 2017

Aktiviti perniagaan dan kemudahan perkhidmatan yang sedia ada di kawasan Parit
Betak didapati mencukupi dari segi keperluan kepada penduduk (Jadual 1.3). Walau
bagaimanapun, jumlah penawaran dalam ekonomi dan perkhidmatan yang disediakan
adalah terhad bagi menampung sebilangan besar penduduk yang tinggal berhampiran
dengan Parit Betak seperti Kampung Permatang Duku, Kampung Parit Betak dan kampung
rangkaiannya iaitu Kampung Parit Abas. Aktiviti perniagaan yang dijalankan di Parit Betak
menjadi faktor kepada perkembangan kawasan tersebut dan seterusnya memberi
kemudahan kepada penduduk dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan
kemudahan perkhidmatan.
Jadual 1.3 : Aktiviti perniagaan dan kemudahan perkhidmatan di kawasan kajian
Kemudahan
Jenis
Bilangan/ Unit
Bengkel
5 buah
Kedai
24 buah
Perniagaan
Gerai
30 buah
Tadika
1 buah
Sekolah Menengah
1 buah
Kemudahan Pendidikan
Pusat komputer
2 buah
Pusat Tuisyen
1 buah
Masjid
1 buah
Surau
4 buah
Bangunan Kerajaan
1 buah
Kemudahan Asas
Dewan Orang Ramai
1 buah

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan
Telefon Awam
Hentian Bas
Wakil Pos
Pondok Polis
Padang Permainan Kanak-kanak
Padang Bola Sepak
Gelanggang Permainan
Tanah Perkuburan
Sumber : JKKK Kampung Parit Betak, 2011, dan Kajian Lapangan, 2017

7 buah
3 buah
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
2 buah
2 buah

PENILAIAN PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR PARIT BETAK
Kajian lapangan yang dijalankan terhadap responden peniaga dan pengguna dijadikan
sebagai pengukur dalam menilai sejauh mana peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
Parit Betak terhadap aktiviti ekonomi tempatan ini dapat dicapai. Berikut adalah merupakan
beberapa aspek penilaian hasil daripada dapatan dalam kajian lapangan yang dijalankan di
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak:

Jumlah Kedai

i. Pemasaran barangan output pertanian penduduk oleh peniaga
Setelah dikaji dan diteliti berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pemasaran output
pertanian penduduk oleh peniaga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Ini kerana hanya
sebahagian kecil sahaja iaitu sebanyak 18 peratus daripada keseluruhan aktiviti perniagaan
yang dijalankan mengambil barangan output pertanian penduduk untuk dipasarkan dan
selebih dari aktiviti perniagaan tersebut tidak menerima barangan output pertanian untuk
dipasarkan. Ini kerana kebanyakan aktiviti perniagaan di dalam Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar Parit Betak mendapatkan bekalan barangan output pertanian daripada kawasan lain
seperti Bandar Batu Pahat dan Pekan Parit Raja. Antara faktor peniaga mendapatkan output
pertanian daripada kawasan luar Parit Betak adalah disebabkan oleh kepelbagaian pilihan
output pertanian, kuantiti output pertanian yang banyak serta harga barangan output
pertanian yang ditawarkan oleh petani adalah jauh lebih rendah berbanding dengan Parit
Betak. Selain itu, faktor yang mempengaruhi penolakan pemasaran output pertanian adalah
disebabkan oleh jenis aktiviti perniagaan di Parit Betak yang lebih menumpukan kepada
perniagaan kedai makan (Rajah 1.4).
25
20
15
10
5
0

21
12
7
2

2

Jenis Perniagaan

Rajah 1.4 : Jenis aktiviti perniagaan yang ditawarkan di Parit Betak.
Sumber : Kaji Selidik, 2017

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

ii. Penawaran peluang pekerjaan kepada penduduk
Kebanyakan aktiviti perniagaan yang beroperasi di dalam Parit Betak menawarkan peluang
pekerjaan kepada penduduk sekitar, didapati hanya 8 unit perniagaan daripada 44 unit
perniagaan sahaja yang tidak menawarkan pekerjaan kepada penduduk (Rajah 1.5). Walau
bagaimanapun, peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh peniaga didominasi oleh penduduk
di sekitar kawasan Parit Betak (Rajah 1.6). Kebanyakan penduduk di Parit Betak bekerja di
luar kawasan Parit Betak disebabkan oleh tingkat pendapatan yang diperolehi serta jenis
pekerjaan yang ditawarkan lebih baik. Dapatan menunjukkan peranan Pusat Perkhidmatan
Luar Bandar Parit Betak dalam penawaran peluang pekerjaan tidak dapat dicapai
disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang ditawarkan didominasi oleh penduduk sekitar
Parit Betak dan bukan didominasi penduduk Parit Betak itu sendiri.
25

21

Jumlah Kedai

20
15
10

13
8

5
0

2
Tiada

1 orang

2 orang

3 orang

orang dan lebih;
lebih 0
44 orang

Jumlah Pekerja
Rajah 1.5 : Jumlah pekerja yang diambil oleh peniaga dalam membantu pengoperasian perniagaan
Sumber: Kaji Selidik, 2017
6%

36%
58%

Lain-lain
Parit Betak
Pekan Benut

Rajah 1.6 : Lokasi kediaman pekerja
Sumber : Kaji Selidik, 2017

iii. Kehendak penduduk bagi mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan
Secara keseluruhannya, keperluan barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh
penduduk dapat dicapai di mana aktiviti perniagaan sedia ada di dalam kawasan Parit Betak
dapat menampung kehendak penduduk terutamanya dari segi keperluan barangan harian.
Faktor aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dekat dengan kawasan kediaman turut
memberi kelebihan kepada penduduk bagi mendapatkan keperluan barangan harian
mereka. Aktiviti perniagaan yang sedia ada di dalam Parit Betak seperti perniagaan runcit,
kedai kesihatan, kedai pakaian, kedai telekomunikasi dan bengkel dapat memenuhi
keperluan penduduk secara umumnya.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

Berdasarkan peratusan daripada dapatan kajian, majoriti pengguna dan penduduk
(64 peratus) kerap membuat belian barangan di Parit Betak, di mana ianya dipengaruhi oleh
lokasi perniagaan yang berhampiran dengan kediaman. Walau bagaimanapun, terdapat
kekurangan dari segi kepelbagaian produk serta pilihan barangan mengikut cita rasa
pengguna berikutan oleh kekurangan barangan pilihan di dalam Parit Betak. Manakala dari
segi penawaran barangan dan perkhidmatan, majoriti pengguna (65 peratus) berpuas hati
dan mereka beranggapan bahawa keperluan asas yang sedia ada sudah mencukupi dan
dapat dipenuhi sebagai sebuah pekan kecil. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kekurangan dari segi penyediaan perkhidmatan seperti kemudahan klinik kesihatan,
kemudahan perkhidmatan pos dan perkhidmatan bas awam.
iv. Penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan
Dari segi penyediaan aktivitiekonomi dan perkhidmatan di dalam Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar Parit Betak ianya dapat dicapai. Kampung sekitar serta kawasan tadahan bagi Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak mendapatkan penawaran aktiviti ekonomi dan
kemudahan di dalam kawasan tersebut. Dengan sokongan kawasan tadahan dan kawasan
sekitar, Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak menjadi peranan utama dalam
menawarkan aktiviti ekonomi serta perkhidmatan kepada penduduk sekitar (Rajah 1.7). Bagi
kegiatan aktiviti ekonomi, penawaran yang disediakan adalah perniagaan runcit, kedai
makan, kedai telekomunikasi, kedai kesihatan, butik pakaian,kedai perkakasan dan
elektronik, kedai perabot serta bengkel. Manakala, penyediaan kemudahan yang ditawarkan
ialah pendidikan, keagamaan dan keselamatan. Dengan adanya penawaran aktiviti ekonomi
dan perkhidmatan, maka wujud aktiviti kuasa beli serta akses antara pengguna dalam
mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan tersebut.

Rajah 1.7 : Lokasi perkampungan dan petempatan di sekitar Parit Betak
Sumber: Olahan Penulis, 2017

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

RUMUSAN PENILAIAN
Berdasarkan daripada penilaian dalam kajian lapangan yang telah dijalankan, secara
rumusnya dapat disimpulkan bahawa peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar khususnya
di Parit Betak, Pontian tidak dapat dicapai sepenuhnya (Jadual 1.4). Melalui penilaian yang
telah dijalankan, beberapa kelemahan telah dikenal pasti di dalam Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar Parit Betak. Keadaan perlu dipertingkatkan lagi dari segi peranan serta fungsi dalam
menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk setempat.
Jadual 1.4: Rumusan penilaian terhadap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak

Penilaian

Mencapa
i

Tidak
Mencapa
i

Pemasaran
barangan output
pertanian penduduk
oleh peniaga



Penawaran peluang
pekerjaan kepada
penduduk dalam
sektor kedua dan
ketiga


Memenuhi kehendak
pengguna bagi
mendapatkan
keperluan barangan
dan perkhidmatan
(Oder rendah)



Penjelasan
i. Majoriti aktiviti perniagaan di Parit
Betak tidak menerima output pertanian
penduduk untuk dipasarkan dalam
perniagaan mereka.
ii. Pertalian antara pengeluar dan
peniaga rendah.
iii. Bekalan bahan mentah terutama
sekali barangan output pertanian
diambil di luar daripada kawasan Parit
Betak disebabkan oleh faktor-faktor
pilihan, kuantiti, kualiti dan harga.
iv. Jenis
aktiviti
perniagaan
yang
memfokuskan kepada perniagaan
kedai
makan
mempengaruhi
pemasaran
barangan
output
pertanian.
i. Majoriti perniagaan di dalam kawasan
kajian ada menawarkan peluang
pekerjaan. Walau bagaimanapun,
pekerjaan yang ditawarkan oleh
peniaga bukan didominasi oleh
penduduk Parit Betak.
ii. Penduduk Parit Betak kebanyakannya
bekerja di luar kawasan Parit Betak. Ini
dipengaruhi oleh tingkat pendapatan
yang diperolehi serta pengaruh
peluang pekerjaan yang tinggi di
kawasan tersebut.
i. Kadar
kekerapan
yang
tinggi
pengguna
dalam
mendapatkan
keperluan barangan asas.
ii. Faktor yang mempengaruhi pengguna
mendapatkan keperluan barangan dan
perkhidmatan di dalam Parit Betak

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

disebabkan oleh lokasi perniagaan
yang dekat dengan kediaman.
Penyediaan aktiviti
ekonomi dan
perkhidmatan



i. Menyediakan kemudahan kepada
penduduk
dalam
mendapatkan
barangan dan perkhidmatan harian.
Antara
jenis
perniagaan
dan
kemudahan yang ditawarkan di dalam
Parit Betak adalah:
a. Jenis Perniagaan
 Perniagaan runcit
 Kedai makan
 Kedai Telekomunikasi
 Kedai Kesihatan
 Butik Pakaian
 Kedai Perkakasan dan elektronik
 Kedai Perabot
 Bengkel
b. Kemudahan/Perkhidmatan
 Pendidikan
 Keagamaan
 Keselamatan
ii. Wujud aktiviti kuasa beli antara
pengguna
dalam
mendapatkan
keperluan barangan.

Sumber: Kaji Selidik , 2017

CADANGAN KE ARAH MENINGKATKAN PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR
BANDAR PARIT BETAK
Hasil daripada penilaian peranan tersebut, beberapa cadangan dan strategi telah dirangka
bagi meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak. Antara cadangan
yang dikenal pasti adalah:
i. Meningkatkan serta Mempelbagaikan Jenis Aktiviti Perniagaan
Para peniaga memainkan peranan utama dalam meningkatkan tahap fungsi aktiviti
perniagaan dan perkhidmatan di kawasan kajian. Oleh itu, peniaga berperanan dalam
menyediakan keperluan dan kehendak pengguna di mana dengan mempelbagaikan jenis
barangan dan perkhidmatan yang sedia ada pada masa kini bagi mengatasi masalah
persaingan antara kawasan luar bandar dan bandar. Peniaga juga perlu bijak dalam
merancang perniagaan dengan meningkatkan pilihan barangan mengikut cita rasa
pengguna bagi menarik dan meningkatkan kuasa beli pengguna. Selain itu, peniaga juga
perlu bertindak dalam memasarkan barangan output pertanian penduduk bagi meningkatkan
kepelbagaian jenis barangan di dalam perniagaan mereka.
ii. Menambahkan peluang pekerjaan di kawasan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
Bagi membangunkan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar di Parit Betak, peluang pekerjaan
perlu diwujudkan dan dipertingkatkan lagi bagi menarik penduduk tempatan untuk bekerja di
dalam Parit Betak. Sebagai contoh, peratusan tanah yang belum dibangunkan masih
banyak di dalam Parit Betak dan ini menjadi sebagai potensi kepada Parit Betak untuk
dibangunkan sebagai kawasan perniagaan. Dengan perancangan pembangunan tersebut,
ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan sekaligus dapat
menarik pelabur-pelabur tempatan untuk membangunkan industri-industri kecil dan

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

sederhana di dalam Parit Betak. Ini sekaligus dapat membuka peluang-peluang pekerjaan
baru serta meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
iii. Penambahbaikan Kemudahan Asas dan Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan asas dan infrastruktur perlu ditambah baik bagi meningkatkan taraf kualiti hidup
penduduk tempatan. Kemudahan seperti perkhidmatan bank, klinik kesihatan perlu
disediakan di dalam Parit Betak. Dengan adanya kemudahan perkhidmatan seperti ini, ia
secara tidak langsung dapat memudahkan penduduk untuk mengakses kemudahan
perkhidmatan tersebut. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya juga perlu ditambahbaik
bagi menampung jumlah kepenggunaan yang semakin meningkat pada masa akan datang.
iv. Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Dengan jumlah tadahan penduduk yang tinggi di kawasan sekitar Parit Betak, RTC dicadang
untuk ditubuhkan di Parit Betak di mana ia dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar
bandar. RTC bertindak dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap
kepada penduduk tempatan. Justeru, fungsi utama RTC ini adalah sebagai pusat
pembekalan agro-makanan dan agri-bisnes pemasaran produk luar bandar yang
menghubungkan pengeluar dengan pengguna dan untuk meningkatkan rangkaian
pemasaran produk barangan output pertanian penduduk. RTC juga akan menempatkan
agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan dan hal berkaitan dengan aktiviti pertanian.
Dengan medium seperti ini, penduduk Parit Betak dan kawasan sekitar yang mempunyai
barangan output pertanian dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan melalui
RTC dan ia secara tidak langsung dapat memudahkan mereka untuk memasarkan hasil
produk mereka dalam pasaran tempatan (Rajah 1.8).

Rajah 1.8 : Aktiviti ekonomi (pertanian, penternakan dan IKS) yang dijalankan di sekitar kawasan
Parit Betak
Sumber : Olahan Penulis, 2017

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan

Selain itu, RTC berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan yang mana ia
menawarkan kios-kios perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menyalurkan
perkhidmatannya kepada penduduk. Sebagai contoh, kios perkhidmatan untuk urusan
pembayaran bil-bil elektrik dan air, cukai jalan, perkhidmatan pos dan sebagainya. Secara
tidak langsung juga memudahkan penduduk bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut
tanpa perlu ke bandar untuk mendapatkannya. Selain itu, RTC juga berfungsi sebagai pusat
hentian perkhidmatan bas awam bagi memudahkan penduduk untuk mengakses
perkhidmatan tersebut.
v. Model Perancangan Dalam Meningkatkan Peranan Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar Parit Betak
Dalam konteks pembangunan ekonomi tempatan, beberapa aspek telah dikaji dan dinilai
terhadap potensi Parit Betak untuk membangun sebagai sebuah Pusat Perkhidmatan Luar
Bandar yang berdaya maju. Oleh itu, satu model perancangan telah dirangka oleh penulis
dalam meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak seperti di Jadual
1.5.
Jadual 1.5: Modul perancangan dalam meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit
Betak.

Aspek
1. Perniagaan Runcit

Kategori Peranan
 Menyediakan barangan dan perkhidmatan asas dalam
peringkat rendah dan sederhana.
 Menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor ketiga.
 Berperanan dalam menerima dan memasarkan barangan
output pertanian/produk penduduk.

2. Pusat Pengumpulan

 Bertindak dalam mengumpul barangan output pertanian

penduduk sekitar.
 Memasarkan hasil-hasil pertanian/produk penduduk.
 Bertindak sebagai interaksi pemasaran dalam pasaran

tempatan antara peniaga, pengusaha dan pengumpul.
 Bertindak sebagai medium kepada agihan barangan/produk

penduduk di peringkat tempatan.
3. Pasar Tani/Pasar

 Bertindak sebagai medium dalam memasarkan barangan

output pertanian penduduk.
 Contoh barangan yang boleh dipasarkan seperti nenas, ubi,

cendawan, pisang, lada dan sebagainya.
4. Industri kampung/IKS

 Menghasilkan produk/barangan yang dihasilkan ke dalam

pasaran tempatan.
peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan khususnya kepada penduduk Parit Betak.

 Menyediakan

5. Koperasi

 Bertindak

dalam

mengumpul

pengusaha-pengusaha

tempatan
 Membantu

pengusaha tempatan dalam
barangan/produk yang telah dihasilkan.

6. Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC)

 Bertindak

memasarkan

sebagai pusat pengumpul dan pemasaran
barangan output pertanian/produk penduduk tempatan.
 Menyediakan platform kepada pengusaha tempatan untuk
memasarkan barangan/produk yang dihasilkan.
 Menyediakan ruang niaga kepada penduduk tempatan.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan
 Menyediakan keperluan barangan dan perkhidmatan asas

kepada penduduk setempat.
 Menempatkan agensi pembangunan pertanian/IKS.
Sumber: Olahan Penulis, 2017

KESIMPULAN
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
ekonomi di sesuatu petempatan. Beberapa peranan perlu dicapai dan diberi tumpuan oleh
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar antaranya ialah dalam pemasaran barangan output
pertanian penduduk oleh peniaga, menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk,
penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta memenuhi kehendak pengguna dalam
mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan. Peranan tersebut adalah penting bagi
memastikan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut berkembang dengan baik dan
seimbang. Bagi kajian lapangan yang telah dijalankan, beberapa peranan Pusat
Perkhidmatan Luar Bandar dikenal pasti tidak dapat dicapai dari segi pemasaran barangan
output pertanian penduduk dan penawaran peluang pekerjaan. Kelemahan tersebut perlu
diperbaiki bagi mengawal pergerakan migrasi keluar penduduk disebabkan oleh
kepelbagaian peluang seperti peluang pasaran, pekerjaan serta kemudahan/perkhidmatan.
Manakala, peranan dalam penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta kehendak
penduduk dalam mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan dapat dicapai. Walau
bagaimanapun, ia perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan segala keperluan
yang diperlukan oleh penduduk mencukupi.
Hasil daripada penilaian yang dilakukan, strategi-strategi baru telah dirangka di mana
ianya dijangka dapat membantu dalam meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut
dan seterusnya dapat meningkatkan taraf peranan petempatan sebagai Pusat Perkhidmatan
Luar Bandar. Strategi yang dirangka tersebut diharapkan dapat membantu perancangan
pembangunan dan dipraktikkan ke Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang lain bagi
membentuk kejayaan kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Selain itu,
pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi di
bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) juga perlu turut memberi
sepenuh perhatian kepada pembangunan bagi mewujudkan peluang aktiviti ekonomi baru
khususnya di kawasan luar bandar. Dengan tercapainya peranan petempatan sebagai
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, secara tidak langsung dapat membantu pembangunan
daerah-daerah di wilayah luar bandar. Selain itu, kemajuan yang dibawa juga dapat
membantu pencapaian beberapa matlamat Program Tranformasi Luar Bandar, di antaranya
termasuklah menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta mengalakkan
generasi muda kembali berkhidmat di kawasan luar bandar.

RUJUKAN
Botka, D. (1986). New Towns as a Tool for Regional Restructuring. Ekistics 53: 311-313
Christaller, W. (1966). Central Places in Southern Germany. London: Prentice-Hall.
Evans, H.E. (1990). Rural–Urban Linkages and Structural Transformation. Report INU 71.
Infrastructure and Urban Development Department, Washington DC: The World Bank.
Haan, A. (1999). Livelihoods and Proverty: The Role of Migration. A Critical Review of the Migration
Literature. Journal of Development Studies 36(20): 1-47

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Firdaus Maarof & Hamid Saad; Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi Tempatan
Helmsing, A.H.J. (2010). Partnerships Meso-institutions and Learning: New Local and Regional
Economic Development Initiative in Latin America. The Hague, Netherlands: Institute of
Social Studies.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Ringkasan Penemuan: Penyiasatan Migrasi 2011.
JKKK Kampung Parit Betak, Pontian (2011). Kertas Kerja Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang
(ADC).
Johnson, E.A.J (1970). The organization of Space in Developing Countries. Massachuset: Harvard
University Press.
Kish, L.(1995), Survey sampling, John Wiley & Sons.
Lal, N. (1989). Rural Settlements Planning and Development. Allahabad: Chugh Publications.
Rondinelli, D.A & Ruddle, K. (1978). Urbanization and Rural Development: A Spatial Policy for
Equitable Growth. London: Praeger Publishers.
Rosmin Talib (2012). Peranan Pusat Perkhidmatan Hierarki Rendah dalam Pembangunan Luar
Bandar. Dlm.Hazlina Hamdan & Syed Mohd Hassan Syed Subli (pnyt.). Perancangan dan
Pembangunan Bandar, hlm. 165-198. Shah Alam: Penerbit UiTM.
Satterthwaite, D & Tacoli, C. (2003). The Role of Small and Intermediate Urban Centre in Regional
and Rural Development. Kertas Kerja Bengkel. Washington DC.