Perbandingan Ekonomi Islam dengan Ekonom

Definisi ekonomi
Ekonomi berasal dari bahasa Yunani yang terdiri dari dua perkataan yaitu Oikos
dan Nomos, Oikos bererti rumah tangga manakala Nomos pula bererti tata cara, aturan
yang mana keduanya membawa erti peraturan-peraturan atau hukum hakam
rumahtangga. Sedangkan politik berasal dari kata polis yang bererti negara atau kota
yang mana berdasarkan maknanya tidak sama, namun dalam perkembangan dunia
kedua kata tersebut menjadi hal yang berkaitan dan saling mempengaruhi.
Dalam bahasa Arab, ekonomi ialah yang memberi makna al Iqtisad yang bererti
berjimat cermat ataupun kesederhanaan iaitu suatu situasi di antara kekurangan dan
pembaziran. Ia merujuk kepada pengurusan perbelanjaan yang baik bagi memenuhi
keperluan hidup. Ia juga memberi makna yang lebih luas menurut kacamata Islam yang
mengajar umatnya bersederhana seperti dalam penggunaan air untuk tujuan bersuci,
bersederhana dalam pemakanan dan minuman, bersederhana dalam perbelanjaan dan
lain-lain. Walaupun begitu penggunaan al Iqtisad bukan bermaksud tidak proaktif dan
pasif dalam usaha mengatur urusan kehidupan manusia tetapi memberi makna
bagaimana kita melaksanakan usaha mengikut peraturan ke arah mencapai matlamat
dengan cara yang berhemah. Oleh yang demikian, maksud al Iqtisad dengan
pengertian yang lebih luas ialah cara untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia
dalam mengurus kehendak dan keperluan-keperluan mereka yang kurang atau tidak
cukup serta bagaimana mereka membangunkannya untuk memenuhi keperluan
tersebut. Dalam sebuah hadith riwayat tabarani daripada anas r.a, Rasulullah s.a.w

bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah akan rugi orang yang mencari kebaikan, dan tidaklah akan menyesal
orang yang bermusyawarah dan tidak akan melarat orang yang beriqtisad”.
Al Quran ada menyebut perkataan yang berbagai-bagai lagi selain al Iqtisad,
contoh didalam al Quran Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(ketika berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (luqman :
19)

~1~

Berikut ini adalah definisi ekonomi
ekonomi :

Islam dari segi istilah menurut para ahli

1. Ilmu ekonomi Islam adalah pengetahuan dan aplikasi ajaran-ajaran dan
aturan-aturan Syariah yang mencegah ketidakadilan dalam pencarian dan

pengeluaran sumber-sumber daya, guna memberikan kepuasan bagi
manusia dan membolehkan mereka melaksanakan kewajiban-kewajiban
mereka terhadap Allah dan masyarakat. ( S.M Hanuzzaman : Islam and
Business Ethics :2009)
2. Ilmu ekonomi Islam adalah suatu ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari
permasalahan ekonomi dari orang-orang memiliki nilai-nilai Islam. (M.A
Mannan : Teori dan Praktik ekonomi Islam :1992 :19)
3. Ilmu ekonomi Islam adalah “suatu upaya sistematik untuk mencuba
memahami permasalahan ekonomi dan perilaku manusia dalam
hubungannya dengan permasalahan tersebut dari sudut pandangan Islam.
(Khursid Ahmad : First International Conference on Islamic Economics :1984)
4. Pengertian ekonomi Islam merupakan ekonomi yang berdasarkan pada
ketuhanan. Asas ataupun pokok kepada sistem ekonomi ini bertitik tolak dari
Allah, tujuan akhirnya kepada Allah, dan memanfaatkan sarana yang tidak
lepas dari syari’at Allah. (Yusuf Qardhawi : Encyclopaedia of Islamic
Economics - Volume 2 : 1997)
5. Pengertian ekonomi Islam adalah tanggapan atau respon para pemikir
muslim terhadap pelbagai tentangan ekonomi pada masa tertentu. Dalam hal
ini mereka dituntun oleh al-Qur’an dan Sunnah serta akal (pengalaman dan
ijtihad). (Muh. Nehjatullah ash-Shiddiqi : Muslim Economic Thinking: A Survey

of Contemporary Literature : 1981)

~2~

Selanjutnya ekonomi dalam pengertian Barat adalah beberapa definisi para ahli
ekonominya seperti berikut :
1. Ekonomi adalah “Ilmu kekayaan atau ilmu yang khusus mempelajari saranasarana kekayaan suatu bangsa dengan memusatkan perhatian secara
khusus terhadap sebab-sebab kebendaan dari kemakmuran, seperti hasilhasil industri, pertanian dan sebagainya” (Adam Smith : Wealth of Nation :
1776)
2. Ekonomi adalah ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dalam
menghadapi keperluan-keperluannya dengan sarana-sarananya yang
terbatas yang memmpunyai pelbagai macam fungsi. (Ruenez)
3. Ekonomi merupakan cara-cara yang dilakukan oleh manusia dan
kelompoknya untuk memanfaatkan sumber-sumber yang terbatas untuk
memperoleh berbagai kemudahan dan pembahagiannya untuk dikongsi oleh
masyarakat (Paul A. Samuelson : Economies an Introductory Analysis : 1948)
4. Ekonomi adalah Ilmu yang mempelajari usaha-usaha individu dalam ikatan
pekerjaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ilmu ekonomi membahas
kehidupan manusia yang berhubungan dengan bagaimana ia memperoleh
pendapatan dan bagaimana pula ia menggunakan pendapatan itu” (Marshall :

Principles of economics : 1798)

Tinjauan terhadap sistem ekonomi Islam.
Pengenalan
Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh, kesempurnaan agama
Islam bukan sekadar pada nama sahaja malah turut meliputi semua aspek kehidupan
umatnya termasuklah ekonomi.
Ekonomi dalam Islam mementingkan konsep muamalat yaitu suatu sistem yang
mengatur perhubungan manusia sesama manusia yang mana dipanggil sistem
muamalat, dan pokok ataupun asal ekonomi Islam itu terletak pada 4 perkara :
1.
2.
3.
4.

Perhubungan manusia dengan tuhan (tauhid)
Hubungan manusia sesama manusia (muamalat)
Hubungan manusia dengan alam sekitar
Maksud kehidupan manusia di bumi Allah ini


~3~

Syariat Islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta
kekayaan merupakan amanah Allah s.w.t kepada manusia , oleh kerana itu wajiblah
bagi kita sebagai manusia untuk menggunakan harta tersebut kejalan yang diredhai
oleh Allah s.w.t dan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh syara’ demi untuk
mencapai kemajuan dan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.
Firman Allah :

‫ب‬
‫ح ر‬
‫ل ٱلل رهه ٱليب بييعب وببحرربم ٱلررب بوو ‌‌ا‬
‫وبأ ب‬
Maksudnya:
Dan telah menghalalkan oleh Allah s.w.t akan jual beli dan telah mengharamkan oleh
Allah s.w.t akan riba.
(al Baqarah :275)
Dalam Ekonomi Islam, tanggungjawab manusia sebagai khalifah adalah memikul
amanah berdasarkan kepada panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah s.w.t,
antaranya :

1. Membangun dan mengolah sumber alam di atas dan di dalam perut bumi
hingga boleh dimanfaatkan bagi kehidupan manusia. Begitu juga memelihara
dan menggunakan bahan-bahan yang berguna mengikut syariat-syariat Islam.
2. Tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Segala usaha dilakukan dengan
tekun dan bersungguh-sungguh dan mengelakkan diri daripada melakukan
sebarang perbuatan yang negatif kerana segala tingkah laku diperhatikan oleh
Allah s.w.t, orang yang mengkhianati amanah Allah s.w.t adalah orang yang
gagal sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
Berkata Nabi Musa, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu
dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan mengawasi tingkah laku
kamu”.
(al Araf :129)

~4~

3. Berbelanja pada jalan Allah s.w.t. Apa yang telah dihasilkan oleh manusia
daripada sumber alam hendaklah dibelanjakan dengan cara dan tujuan yang

baik. Sebagai contohnya wakaf, sedekah dan sebagainya lagi.
Lantaran itu, sistem ekonomi Islam melihat manusia secara sempurna dan
memberi tanggungjawab kepada manusia supaya melaksanakan kegiatan ekonomi
secara seimbang dan tekun serta menurut syariat Allah s.w.t dan berbeza dari sistem
ekonomi Kapitalisme dan Sosialis.

Tinjauan terhadap sistem ekonomi Kapitalis.
Pengenalan
Kapitalisme berasal daripada perkataan “capital” yang bermaksud modal.
Kapitalis merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kearah pengumpulan
kekayaan keatas individu tanpa ada gangguan oleh kerajaan dan berteraskan
keuntungan semata-mata. Sistem ekonomi Kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas
dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang, dan perkhidmatan,
pelaburan dan pendapatan.
Antara ciri-ciri sistem ekonomi Kapitalis :
1. Dikenali sebagai laissez faire atau ekonomi pasaran bebas.
2. Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal,
kebebasan berekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan
perniagaan hanya untuk keuntungan.
3. Dalam ekonomi Kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai

modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan
perdagangan.
4. Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin.
5. Ringkasnya, Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan
pemilikan harta sendiri serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan
keuntungan, kewangan dan kebendaan.

~5~

Kesimpulan
Dapatlah kita fahami disini bahawa sistem ekonomi Kapitalis adalah sebuah
sistem yang mengamalkan ekonomi secara pasaran bebas yang mana
menggalakkan penggumpulan harta, kebebasan berekonomi, kebebasan memiliki
harta dan sistem ini juga hanya mementingkan kepentingan individu berbanding
kepentingan umum, ini sangat berbeza seperti mana sistem ekonomi Islam yang
mementingkan kepentingan umum berbanding kepentingan individu.
Tinjauan terhadap sistem ekonomi Sosialis.
Pengenalan
Sosislisme adalah sebuah sistem perekonomian yang memberikan kebebasan
yang cukup yang besar kepada setiap individu untuk melaksanakan kegiatan ekonomi,

tetapi haruslah dengan campurtangan kerajaan atau pemerintah. Tujuan pemerintah
campurtangan kedalam perekonomian adalah untuk mengatur tata kehidupan
perekonomian Negara serta jenis-jenis perekonomian yang menguasai hajat manusia
yang kebanyakannya dikuasai oleh Negara seperti air, makanan, telekomunikasi, gas,
minyak dan sebagainya.
Sistem ekonomi sosialis berpandangan bahawa kemakmuran individu hanya
mungkin tercapai apabila berformasikan kemakmuran bersama. Sistem ekonomi
sosialis mempunyai prinsip asas yaitu :
1. Hak milik Negara.
2. Kesaksamaan ekonomi.
3. Penguasaan.
Kesimpulan
Di dalam sistem ini pula dapat kita simpulkan bahawa sistem ekonomi Sosialis ini
memberikan hak kebebasan terhadap individu untuk berekonomi, akan tetapi kesemua
hasil sumber yang diperolehi adalah hak mutlak milik kerajaan, dan individu hanya akan
mendapat keperluan asasinya sahaja dan hak untuk memiliki sebarang harta adalah
tidak dibenarkan sama sekali, sistem ini sangat bercanggah dengan sistem ekonomi
Islam yang mana hak milik asal kepada sesuatu sumber adalah mutlak milik Allah s.w.t
dan individu bebas untuk memperolehi dan memiliki harta tersebut mengikut syariat
Islam seperti mana yang telah ditetapkan.


~6~

Perbandingan antara
Kapitalis dan Sosialis.

ciri-ciri

ekonomi

Islam

dengan

ekonomi

Ciri-ciri ekonomi Islam :
1. Menjadi hamba Allah.
Di dalam agama Islam setiap pekerjaan, perbuatan dan segala tiap-tiap perkara
yang dilakukan oleh seorang yang Islam, akan beroleh pahala disisi Allah s.w.t, apabila

perkara tersebut didasarkan atau disandarkan kepada ketetapan syariat dan diniatkan
hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t jua. Ini adalah kerana niat adalah peranan
yang penting untuk mengubah dari perbuatan yang bersifat keduniaan kepada ibadat
yang berpahala.
2. Niat yang murni.
Ekonomi didalam Islam tidak hanya untuk menumpukan keuntungan kebendaan
dan duniawi semata-mata sepertimana sistem-sistem ekonomi yang lain, tetapi
ekonomi didalam Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih besar yaitu untuk
memakmurkan bumi Allah s.w.t dan menyediakan untuk keselesaan kehidupan insan.
3. Ikut atau patuh syariat Islam.
Didalam ekonomi Islam juga, adanya ketetapan syariat dan penjagaan yang
dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi terdapat satu lagi penjagaan yang lebih memberi
kesan keatas manusia itu sendiri yakni penjagaan dari sudut hati nurani yang terbentuk
diatas keyakinan bahawa adanya Allah s.w.t dan adanya hari pembalasan (hari akhirat)
sesudah kematian seseorang individu tersebut.
4. Mengimbangi kepentingan umum (masyarakat).
Ekonomi didalam Islam mempunyai dua kepentingan yakni kepentingan individu
dan kepentingan umum. Ekonomi Islam mengimbangi antara kepentingan individu dan
kepentingan umum, tetapi apabila kedua-dua kepentingan bertembung dan menjadi
satu konflik, ekonomi Islam akan lebih mengutamakan kepentingan umum daripada
kepentingan individu oleh kerana kepentingan umum lebih memberi manfaat daripada
kepentingan individu.

~7~

Ciri-ciri utama ekonomi Kapitalis.
1. Hak pemilikan harta persendirian.
Negara yang mengamalkan sistem kapitalis mengiktiraf hak milik individu atas
harta. Dimana faktor pengeluaran dan pengagihannya boleh dimiliki mutlak oleh
individu. Membeli atau menjual mana-mana harta tanpa ada sekatan. Ini bermaksud
individu berkuasa penuh keatas hartanya.
2. Kebebasan ekonomi dan persaingan bebas.
Setiap individu mempunyai kuasa pilihan untuk menganjurkan atau mewujudkan
apa sahaja bentuk organisasi dan menceburi apa sahaja jenis perniagaan yang
dikehendakinya serta memperolehi keuntungan yang tiada had asalkan ianya tidak
menyalahi dan sah disisi undang-undang. Dengan itu individu akan berusaha
sepenuhnya bagi memperolehi manfaat persendirian dan keselamatan peribadi.
3. Ketidaksamaan kekayaan dan peluang berekonomi.
Didalam sistem Kapitalis, modal adalah sumber dan alat kepada peluang
berekonomi. Individu yang bermodalkan yang besar kebiasaan akan mempunyai lebih
banyak peluang kepada pekerjaan, manakala individu yang bermodalkan yang sedikit
pula kebiasaan kurang berpeluang kepada pekerjaan. Akibat ketidaksamaan peluang
inilah mengakibatkan jurang kekayaan dan kemiskinan bertambah besar, yang kaya
bertambah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin.
Ciri-ciri ekonomi sosialisme.
1. Hak milik Negara.
Semua cara pengeluaran dan sumber hasil adalah milik Negara atau umum. Hak
individu untuk memiliki harta atau sumber pengeluaran adalah tidak diiktiraf dan
dinafikan sama sekali.
2. Kesaksamaan ekonomi.
Pihak komunisme mengatakan bahwa hak individu dalam perihal ekonomi adalah
dikawal oleh prinsip kesaksamaan (equality) dan setiap individu akan diberikan
keperluan hidupnya berasaskan keperluannya.

~8~

3. Penguasaan.
Bagi mencapai objektif Sosialisme, keseluruh Negara akan diperintah oleh
golongan “ploltariat” (kelas pekerja, terutama pekerja industri) yang mengambil alih
semua faktor atau kaedah pengeluaran, pengagihan dan kebebasan berekonomi serta
hak kepada pemilikan harta dihapuskan sama sekali.

Perbandingan kelebihan dan kekurangan sistem ekonomi Islam dan
ekonomi Kapitalis dan Sosialis.
Kelebihan sistem ekonomi Islam.
Ekonomi Islam terbentuk melalui ajaran Islam yang sentiasa terikat dengan asas
dan prinsip yang tersurat yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, dan ijma’ dan qiyas
yang mana dipersetujui oleh para-para alim ulama’, dan ia bukan suatu ideologi
ataupun pemikiran bebas yang tidak ada panduan. Mengenai perkara ini telah jelas
Allah s.w.t berfirman didalam surah al Maidah ayat 3 :

‫ب‬
‫ٱلييوي ب‬
‫ت‬
‫مضتى وببر ض‬
‫ب ب‬
‫ضي ه‬
‫ت ع بل بييك همي ن ضعي ب‬
‫ممي ه‬
‫ت ل بك همي ضدين بك همي وبأتي ب‬
‫ملي ه‬
‫م أكي ب‬
‫جان ض ف ف‬
‫ف‬
‫مت ب ب‬
‫صةة غ بييبر ه‬
‫مخي ب‬
‫ن ٱضيط هرر ضفى ب‬
‫م ضدينف نا‌‌ فب ب‬
‫م ٱليسيل بـ و ب‬
‫ل بك ه ه‬
‫م ب‬
‫م ض‬
‫ه غب ه‬
‫فو مرف رر ض‬
‫رل ضث فيمف‌م فبإ ض ر‬
‫ن ٱلل ر ب‬
‫حي فمم‬
Maksudnya :
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama
untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda
yang diharamkan), sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah
ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.
Sistem ekonomi Islam sangat berbeza dengan sistem Kapitalis ataupun Sosialis,
ini kerana sistem ekonomi Islam memiliki sifat-sifat yang baik dan ia datang dari Allah
s.w.t, Tuhan pencipta seluruh alam dan sekalian makhluk. Dan ini adalah sangat
mustahil bahawa perancangan Allah s.w.t mempunyai kekurangan dan
permasalahannya. Ini berbeza dengan sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis yang
mana hanya merupakan hasil daripada pemikiran-pemikiran manusia itu sendiri dan
sudah pasti ada kekurangan dan permasalahannya.

~9~

Antara rasional sistem ekonomi kapitalis.
1. Kebebasan berekonomi akan meningkatkan kapasiti produktiviti didalam
masyarakat dan bukan sahaja akan meningkatkan kekayaan Negara tetapi
juga membantu pengagihan kekayaan didalam masyarakat.
2. Persaingan yang bebas akan mengakibatkan pengeluaran dan harga sesuatu
barang berlaku pada paras yang munasabah. Dengan sebab persaingan,
keuntungan dan upah bekerja juga akan berada pada paras yang
munasabah.
3. Ahli-ahli didalam sistem Kapitalis menyatakan bahawa tujuan keuntungan
akan membawa kepada pengeluaran maksimum. Setiap orang akan
berusaha untuk mendapatkan pendapatan pada tahap yang maksimum dan
akan mendorongnya berusaha dengan lebih gigih sehingga pada tahap yang
paling maksimum. Dengan demikian kualiti dan kuantiti pengeluaran akan
diperbaiki.
Antara kekurangan sistem ekonomi Kapitalis.
Memandangkan sistem kapitalis hasil daripada pemikiran manusia itu sendiri, maka
pasti ia akan mendatangkan pelbagai permasalahan, diantaranya ialah :
1. Kebebasan persaingan juga boleh menimbulkan sikap cemburu dan
persaingan diantara kebaikan diri dan kebaikan bersama masyarakat. Apabila
kuasa dan harta berada ditangan segelintir masyarakat, maka kepentingan
individu adalah lebih diutamakan atas kepentingan bersama. Sikap seperti
sudah tentunya akan menghasilkan sikap-sikap negatif dan akhirnya
mengakibatkan huru hara dalam sesebuah masyarakat dan juga sistem
ekonominya.
2. Jurang perbezaan yang akan sentiasa berkembang di antara hak pekerja dan
majikan, dan dengan sebab itu jugalah boleh mengakibatkan masyarakat
berpecah menjadi dua kelompok yang saling bertentangan diantara satu
sama lain.
3. Dalam suasana yang serba bebas, individu yang bercita-cita untuk menjadi
kaya sudah semestinya akan menggunakan kaedah ataupun bermacam-

~ 10 ~

macam cara yang tidak berakhlak demi hanya untuk mencapai cita-cita
individu tersebut, dan ini akan menyebabkan berlakunya sifat mementingkan
diri sendiri, ketidakadilan, pengkhianatan sesama masyarakat didalam
sesebuah Negara itu sendiri.
Antara rasional sistem ekonomi sosialis.
1. Setiap ahli ataupun rakyat dalam Negara akan dibekalkan oleh kerajaan
dengan keperluan asasinya.
2. Setiap individu yang menggangur akan diberikan pekerjaan dan
perlindungan, manakala golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan pula
akan dijaga oleh Negara.
3. Kesemua sumber dan kaedah pengeluaran adalah hak mutlak dimiliki dan
diuruskan oleh Negara dan mana-mana keuntungan yang diperolehi adalah
untuk dimanfaat kepada masyarakat.
Antara kekurangan sistem ekonomi sosialis.
1. Sistem ini menafikan sifat keegoan dan personaliti individu yang mana
individu berkeupayaan untuk berfikir dan bertindak dengan sendiri. Dengan
maksud, individu akan menjadi seperti hamba kepada masyarakat dan boleh
juga disama ertikan seperti sebuah mesin yang diperintah hanya untuk
bekerja sahaja.
2. Bagi sistem ini, kos untuk mendapatkan keperluan asasi sesebuah
masyarakat ialah dengan mengorbankan kebebasan individu dan hak
pemilikan harta.

3. Sistem ini cuba untuk menghilangkan ketidaksamaan ekonomi seperti mana
sistem Kapitalis dengan cara mengambil kebebasan individu dan haknya
untuk memiliki harta dan dengan sebab itulah kesannya akan membawa
kepada hilangnya kesungguhan individu untuk bekerja lebih gigih dan akan
menghapuskan kecekapan tenaga buruh.

~ 11 ~

Kesimpulan daripada tugasan ilmiah ini.
Islam adalah sebagai al-Din dengan makna agama yang merangkumi sistem
kehidupan yang lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sama
ada dari aspek rohani atau jasmani manusia itu sendiri. Sistem ekonomi Islam yang
bersumberkan wahyu mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan berjaya
menyelesaikan pelbagai permasalahan ekonomi sejagat. Tidak sepertimana sistem
Kapitalis dan Soisialis yang mana walaupun mempunyai kelebihan tapi ia merupakan
ciptaan pemikiran manusia semata- mata dan pasti ada kelemahan dan cacat-celanya.
Dan Sistem ini yang mana berpaksikan kepada pengumpulan harta semata-mata
sepertimana ekonomi Kapitalisme, dan Sosialis yang mana telah mengambil hak
individu untuk memiliki sesebuah harta menyebabkan kedua-dua sistem ini telah
mewujudkan pelbagai krisis dan permasalahan dalam masyarakat khususnya terhadap
umat Islam dan umumnya kepada kemanusiaan sejagat.

~ 12 ~

Bibliografi
i.

Adam Smith, wealth of Nation :1776 ,
https://libraries.mit.edu/150books/2011/04/23/1967/

ii.

Khursid Ahmad, First International Conference on Islamic Economics : Publisher
Amar Prakashan, 1984 , original from the University of Michigan.

iii.

M.A Mannan, Teori dan Praktik ekonomi Islam : Publisher Sh. Muhammad
Ashraf, 1975.

iv.

Muh. Nehjatullah ash-Shiddiqi, Muslim Economic Thinking : A Survey of
Contemporary Literature : 1981, Publisher International Centre for Research in
Islamic Economics, King Abdul Aziz University, 1981, Original from Indiana
University.

v.

Marshall,

Principles

of

Economics

:

1798,

http://www.business-science-

articles.com/b-a/economics/211-alfred-marshall-definition-of-economics.
vi.

Paul A. Samuelson, Economies an Introductory Analysis : 1948.

vii.

S.M. Hanuzzaman, Islam and Business Ethics :2009.

viii.

Dr. Yusuf Qardhawi, Encyclopaedia of Islamic Economics - Volume 2 : 1997,
Publisher Robbani Press, 1997

~ 13 ~