Usaha Atas Iman Dan Amal

Apa yang baik saya catat
adalah dari Allah s.w.t. dan
apa yang salah saya catat
adalah dari kelemahan dan
kekurangan ilmu saya
Monday, 11 June 2012
Penerangan Usaha Atas Iman
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Kasim bin Muhammad,”Musanah bin Harisah berpidato
dihadapan pasukan kaum muslimin,”Hai kaum muslimin, janganlah kamu khuatir untuk
berperang, sesungguhnya kami telah dapat menguasai beberapa daerah Persia dengan
mendapatkan berbagai macam harta rampasan, semoga kamu kelak akan dapat mengalahkan
mereka juga.”
Umar berpidato,”Sesungguhnya Hijaz bukanlah tempat untuk yang banyak hartanya dan
Hijaz tidak dapat mencukupi keperluan rakyatnya. Bilakah kaum Muhajirin itu akan
memetik buah yang dijanjikan oleh Allah? Kerana itu berangkatlah kamu menuju tempat
yang dijanjikan oleh Allah untuk diwariskan keapda kamu dalam firmannya,”Sesungguhnya
Allah akan mengunggulkan Islam dari segala agama.” Ketahuilah bahawa Allah pasti akan
memenangkan agamanya dan akan menolong pada hambanya yang membela agamya,
manakah hamba Allah yang dijanjikan oleh Allah untuk menjadi pewaris bumi Allah itu?”
Orang yang pertama menyambut ajakan Umar itu Abu Ubaidah Ibnul Jarrah kemudian
diikuti oleh Salit bin Qois dan Saad.

Setelah ada beberapa orang yang bersepakat untuk berjuang maka ada seorang yang berkata
kepada Umar,”Pilihlah salah seorang dari Muhajirin dan Ansar yang pertama masuk Islam
untuk menjadi pimpinan.”
Jawab Umar,”Tidak aku tidak akan memilih dari mereka, kerana sesungguhnya Allah akan
memuliakan pada siapa yang dapat menyambut panggilannya untuk berjihad. Adapun jika
kamu enggan untuk menyambut panggilan Allah pasti Allah tidak akan memilih kamu,
kerana itu aku akan memilih pimpinan dari orang yang pertama kali menyambut panggilan
berjihad.”
Kemudian Umar memanggil kepada Abu Ubaidah, Salit bin Qois dan Saad, sambil berkata

kepada Salit dan Saad,”Jika kamu berdua tadinya menjawab pertama kali pasti kalian akan
aku pilih jadi pemimpin namun Abu Ubaidah menyambut lebih dahulu ajakan ini sehingga
aku pilih dia sebagai pemimpin pasukan.”
Setelah itu Umar berkata kepada Abu Ubaidah,”Hendaknya kamu selalu bermusyawarah
dengan para sahabat Nabi dan jangan kamu memutuskan sesuatu itu sebelum kamu
pertimbangkan masak-masak, kerana hal itu adalah urusan perang.
Sesungguhnya perang itu tidak cocok kecuali bagi orang yang panjang fikirannya yang akan
tahu waktu yang baik.”
Bayan adalah majlis penerangan utnuk menerangkan maksud dan kepentingan usaha Tabligh.
Bayan biasanya berkisar kepada enam sifat yang utama yang perlu diusahakan.

1) Keyakinan yang padu kepada kekuasaan Allah s.w.t. keyakinan yang teguh kepada sunah
Rasulullah s.a.w. sebagai sumber kejayaan hakiki.
2) Memperbaiki solat supaya menjadi solat yang berkesan untuk memohon pertolongan
daripada Allah s.w.t. Solat di usahakan supaya mirip kepada solat Rasulullah s.a.w.
3) Ilmu dan zikir: kedua-duanya saling kait mengait. Sebagai alat untuk mengingat kepada
Allah. Jalan penghampiran kepada Allah.
4) Ikramul Muslimin: menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.
5) Ikhlas niat: menjaga dan berusaha supaya niat membuat sesuatu itu semata-mata kerana
Allah. Sebarang penyimpangan perlulah diperbaiki semula.
6) Dakwah dan Tabligh: suatu usaha perlu dinuat untuk menerapkan kepentingan usaha
dakwah dan Tabligh di kalangan umat yang menjadi teras sebagai umat terbaik.
Di akhir bayan tasykil dilakukan untuk mengeluarkan orang ramai meluangkan masa untuk
keluar ke jalan Allah.
Bayan perlu diletakkan tasykil dihadapan atau bayan perlu di sertai ajak orang Islam untuk
islahkan iman dan amal mereka. Menurut Maulana Ilyas, memberi syarahan atau menulis
kitab tidaklah cukup bahkan akan menimbulkan mudarat tanpa meletakkan sesuatu usaha
kukuh dan juga satu contoh hidup yang dapat di pegang. Menurut Maulana Ilyas,
“Sehinggalah terdapat suatu contoh diletakkan dihadapan manusia, maka syarahan-syarahan
ynag dibuat daripada mimbar tidak akan membangkitkan mereka untuk bertindak. Jikalau
usaha tidak menuruti apa yang disyarahkan, orang tidak akan menganggap bahawa syarahan

tersebut sebagai bersungguh-sungguh.” Maksudnya, setiap daripada syarahan (teori) yang
telah di perjelaskan maka ia mestilah di sertai dengan amalan (praktikal) supaya orang Islam
akan terkesan bahawa sesuatu amalan yang telah disyarahkan sebenarnya mudah untuk
diamalkan.
Bayan diadakan bertujuan untuk mendorong orang Islam untuk mengambil bahagian dalam
kerja dakwah dan tabligh. Menurut Maulana Ilyas, bayan mestilah pendek dan tepat kepada
maksud. Keadaan ahli bayan mestilah sama sepertimana pernah dibuat oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ketika memberi bayan (diriwayatkan apabila Rasululllah s.a.w.
memberikan khtubah nampak daripada keadaannya bahawa beliau sedang memberi amaran
bahawa musuh sedang mara dan serangan hamper meletus). Maulana Ilyas tidak menyukai

bayan yang dihiasi dengan cerita-cerita atau ayat-ayat. Beliau kurang senang jika seorang
mula bayan dengan gaya pidato ataupun terasa terbawa-bawa dengan kepetahannya dan
memberitahunya secara pendek supaya kembali ke tajuk asal atau berhenti bayan.
Maulana Ilyas berkata:”Lunas yang terpenting di dalam usaha kita ialah tatkala memberikan
ceramah umum, gaya bercakap hendaklah tegas tetapi tatkala perbualan biasa tunjukkanlah
kelembutan yang paling tinggi. Seboleh-bolehnya pilihlah sesuatu perbicaraan yang umum
untuk memperbaiki orang ramai supaya kesilapan atau perkara yang kurang disenangi di
lihat ada pada sahabat atau rakan sejawat dapat diperbetul dengan bayan umum. Ini adalah
cara Rasulullah s.a.w. walaupun baginda mahu memberi amaran kepada orang-orang yang

rapat kepadanya, baginda akan bercakap secara umum, umpamanya:”Keadaan setengah
orang ialah ….”JIkalau perlu untuk bercakap secara perseorangan, di samping menggunakan
sikap yang lemah lembut dan kasih saying, hendaklah berjaga-jaga supaya teguran yang
langsung tidak digunakan kerana cara yang sedemikikan selalunya membangkitkan sifat
egonya dan mulalah dia mempertahankan dirinya dan berlakulah hujah-menghujah. Maka
ketika ini biarkan sahaja dibangkitkan, tetapi berilah amaran pada masa dan suasana yang
sesuai.”