Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)

  

PRAKATA

  Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik beratkan aspek perpaduan yang merupakan elemen penting dalam memastikan kejayaan sesebuah negara yang populasinya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama. Justeru Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru menerusi gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi mendukung hasrat dan wawasan negara. Walau bagaimanapun demi mencapai objektif Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan di luar bandar tidak harus dipinggirkan. Ini kerana setiap rakyat termasuk penduduk di luar bandar mempunyai peranan penting untuk bersama-sama Kerajaan membina masa depan yang lebih baik. Ironinya pembangunan luar bandar telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak sekian lama iaitu semasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan pada tahun 1959. Pembangunan luar bandar yang melepasi usia emas ini telah melalui pelbagai evolusi dan transformasi. Ini termasuklah pelancaran Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994 yang menyaksikan anjakan paradigma dalam inisiatif pembangunan luar bandar.

  Kini, Kerajaan bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan wujudnya Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) sebagai satu dasar utama pembangunan luar bandar yang menyokong dasar dan program nasional. PIPLB menggariskan strategi-strategi pembangunan yang komprehensif untuk kawasan luar bandar sehingga tahun 2020. Pelan ini dirangka secara holistik sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa yang semakin mencabar dan bertunjangkan kepada FSBPLB. Ianya akan menjadi panduan umum kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor pembangunan luar bandar termasuk agensi-agensi Kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.

  Menyedari bahawa dunia pada era globalisasi ini sentiasa pantas berubah, perancangan dan strategi pembangunan luar bandar seharusnya turut bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini kerana setiap isu global yang berlaku seperti harga makanan dunia, krisis kewangan dan krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada perancangan pembangunan negara. Oleh sebab itu, PIPLB ini dirangka dengan mengambil kira semua aspek berkaitan luar bandar serta memberi fokus terhadap pembangunan sosial, ekonomi dan modal insan disamping tidak mengenepikan aspek pembangunan fizikal.Ini adalah selaras dengan visi PIPLB iaitu menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Misi PIPLB pula untuk memperkasakan modal insan, meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup luar bandar dan mengurus luar bandar secara cekap dan mapan. Pada masa yang sama tujuh (7) teras yang digarap bersama tiga puluh sembilan (39) strategi dalam PIPLB seharusnya boleh meningkatkan prestasi pembangunan luar dengan penekanan kepada aspek pembangunan modal insan. Kita mengambil iktibar daripada pendekatan negara maju yang memberi fokus kepada kualiti sumber manusianya. Ini kerana hanya mocal insan yang berkualiti sahaja berupaya memanfaatkan sepenuhnya faktor-faktor ekonomi dan fizikal di sekeliling meraka.

  Selain itu dalam konteks pembangunan negara, kawasan luar bandar begitu penting dari sektor luar bandar berperanan sebagai kawasan sokongan, penstabil kualiti alam sekitar, sumber modal insan, sumber ekonomi dan sebagai ‘showcase’ budaya dan jati diri tempatan.

  Seterusnya pendekatan holistik dan bersepadu dalam PIPLB sudah pasti boleh memberi manfaat kepada golongan sasar di luar bandar sama ada golongan miskin dan miskin tegar, golongan belia, pekebun-pekebun kecil, penduduk Orang Asli dan golongan usahawan.Untuk itu kita mesti bijak dan bersedia untuk lebih dinamik serta mampu menjadi agen perubahan dan jentera penggerak pertumbuhan ekonomi luar bandar. Bagi usahawan luar bandar, mereka mesti berani meneroka frontier baru dan meluaskan lagi pasaran, mengeluarkan produk bertaraf dunia serta berusaha gigih dan agresif untuk menjadi lebih kompetitif. Anjakan dalam pendekatan dasar yang diperkenalkan Kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan seterusnya sasaran untuk meningkatkan pendapatan penduduk mampu dicapai dalam tempoh sederhana dan jangka panjang. Justeru adalah penting agar semua pihak mengambil peranan dalam memastikan kawasan luar bandar di negara ini, berpandukan acuan dan formula kita sendiri, berkembang pantas setanding dengan luar bandar di negara maju yang lain. Kerajaan, akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam bagi memastikan kawasan luar bandar berdaya maju dan berdaya saing. Manakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain khususnya penduduk luar bandar, saya menyeru supaya sentiasa bersama-sama Kerajaan dalam membangunkan sektor luar bandar dan menjadikan PIPLB ini sebagai medium untuk mencapai cita-cita negara ekonomi berdaya maju, masyarakat yang sejahtera dan persekitaran lestari menjelang tahun 2020. Apapun langkah strategi yang kita ambil, kepentingan negara perlu mengatasi segala-galanya. Prinsip ini hendaklah menjadi pegangan dalam merealisasikan aspirasi

  1Malaysia. Dalam pada itu, marilah kita bersama-sama memastikan agar PIPLB ini dapat dijayakan dengan jayanya dan menjadi pemangkin trasformasi kemajuan di luar bandar. Saya yakin dengan sokongan padu dari semua pihak, sektor luar bandar Malaysia akan muncul sebagai pencetus dan jentera penggerak ekonomi negara dengan masyarakat desa terutamanya, dapat menikmati pembangunan yang akhirnya membawa masyarakat desa ke mercu kemakmuran yang lebih gemilang.

  1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK Perdana Menteri, Malaysia

  Putrajaya

12 Oktober 2010

KATA PENDAHULUAN

  Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai aspirasi pentadbirannya. Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat di bandar atau di luar bandar, merentasi etnik dan pegangan hidup, terus maju ke hadapan bersama. Bagi mencapai hasrat ini, Program Transformasi Kerajaan telah dilancarkan. Ini merupakan satu langkah berani dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan perpaduan yang utuh. Transformasi ini merupakan satu komitmen Kerajaan yang turut melibatkan pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memacu luar bandar agar seiring dengan dasar dan kemajuan yang dinikmati negara.

  Sejajar dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) bertanggungjawab menggalas cabaran untuk membawa rakyat luar bandar maju ke hadapan. Dalam merealisasikan hala tuju pembangunan luar bandar yang lestari, KKLW telah merangka Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) dengan berteraskan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi melalui Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMKe-10). Menerusi PIPLB, agenda pembangunan negara khususnya untuk kawasan luar bandar akan lebih tersusun. Saya percaya bahawa kawasan luar bandar perlu diberi wajah tersendiri dengan mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan bersifat mesra alam supaya selesa untuk didiami. Ini juga akan dapat menarik kehadiran pelancong dalam usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan komersial bagi menjana pendapatan penduduknya. Justeru itu, saya yakin melalui tujuh (7) teras dan tiga puluh sembilan (39) strategi yang telah dikenal pasti dalam PIPLB, program pembangunan luar bandar terutama pengupayaan modal insan dan pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada masa ini pelbagai kemajuan telah berjaya dilaksanakan di luar bandar. Sebagai contoh untuk pembangunan modal insan sahaja, KKLW dan agensi-agensinya telah berjaya melahirkan 205,081 usahawan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Manakala dalam bidang pendidikan pula bagi tempoh 2001 - 2009, MARA iaitu agensi KKLW, telah menaja seramai 10,392 pelajar ke luar negara dan seramai hampir 200,000 pelajar di 184 Institusi Pengajian Tinggi dalam negara. Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan sumber ekonomi di luar bandar, bidang-bidang ekonomi baru telah diterokai seperti pelancongan tani/agro-tourism. Bidang ini mampu mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pada tahun 2009, statistik menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar terlibat dalam aktiviti perhotelan dan restoran, berbanding penglibatan di dalam perikanan iaitu seramai 74,000 orang atau 2.2% sahaja. Justeru itu, eksploitasi terhadap bidang ekonomi ini perlu diperhebatkan demi untuk menggalakkan pertumbuhan, kepelbagaian dan kemapanan sektor ekonomi luar bandar.

  Sektor luar bandar perlu bergerak seiring dengan arus pertumbuhan ekonomi negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Peralihan ini memerlukan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi secara berterusan di setiap peringkat rantaian nilai. Untuk itu, kita perlu memacu pertumbuhan sektor luar bandar menerusi pengupayaan ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran tinggi, inovasi dan kreativiti serta peningkatan kompetensi. Strategi pertumbuhan ekonomi luar bandar akan terus ditambah baik dan disusun semula bagi menghadapi peralihan lanskap ekonomi.

  Untuk berubah dan berjaya, kita perlu berani mengambil risiko, berani melalui “road

  

less travel” demi mencapai impian. Saya amat yakin, melalui usaha dan komitmen yang

  bersungguh-sungguh, sektor luar bandar keseluruhannya akan berubah wajah. PIPLB umpama sebuah kompas yang memandu pengembara ke laluan yang betul agar kepentingan masyarakat luar bandar tidak tersasar. Pada masa yang sama PIPLB harus menjadi asas kepada agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan negara.

  Sehubungan itu, saya menyeru tanpa mengira siapa kita, di bandar atau di desa, sahutlah cabaran dan bersama-sama menjayakan PIPLB ini. Dengan visi yang telah ditetapkan, melalui misi yang telah digubal, strategi yang disusun rapi dan pastinya melalui komitmen kita bersama, PIPLB pasti boleh diterjemahkan untuk menjadi kenyataan bagi merealisasikan wawasan 2020 negara. Insya Allah.

  Komuniti Berdaya Desa Berjaya’ DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  Putrajaya

12 Oktober 2010

KATA-KATA ALUAN

  Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar merupakan satu anjakan kearah mempertingkatkan pembangunan luar bandar di Malaysia. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi sektor luar bandar bersama-sama merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

  Pelan induk ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mementingkan pembangunan modal insan, kualiti, dayasaing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi masyarakat luar bandar yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara.

  Pelan induk ini telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan luar bandar. Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digemblengkan secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang digariskan dalam pelan tersebut. Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua pihak, bukan sahaja oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sahaja, malah Agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung memainkan peranan dalam pembangunan luar bandar.

  Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini terutama kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang telah menyumbangkan pandangan dan idea-idea mereka.

DATUK ABD JABAR BIN CHE NAI

  Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  Putrajaya

12 Oktober 2010

  

KANDUNGAN

PRAKATA BAB 1 MENGIMBAU KENANGAN, MELAKAR IMPIAN.

  LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU.

  2 TUJUH TUNGGAK UTAMA

  1. PEMERKASAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

  6

  2. MELONJAKKAN PENDAPATAN MASYARAKAT

  7

  3. MENGGERAKKAN KEGIATAN EKONOMI DAN INDUSTRI SECARA BERSEPADU.

  8

  4. PELUASAN AKSES PRASARANA

  10

  5. PEMBANGUNAN SEIMBANG DAN BERTERUSAN

  11

  6. PERLUASAN PENEMBUSAN INTERNET DAN LIPUTAN JALUR LEBAR

  13

  7. TADBIR URUS DESA YANG BAIK

  14 BAB 2 MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD.

  EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD.

  16 ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  26 POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR

  30 MELANGKAH KE HADAPAN

  35 BAB 3 DASAR DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PIPLB).

DEFINISI LUAR BANDAR

  41 PERNYATAAN DASAR

  42 VISI DAN MISI

  43 OBJEKTIF

  44

  TERAS

  45 TERAS 1 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENGUPAYAAN MASYARAKAT.

  46 TERAS 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI YANG BERDAYA MAJU, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN.

  63 TERAS 3 : PENGINTEGRASIAN PERANCANGAN FIZIKAL DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR.

  87 TERAS 4 : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM YANG MENYELURUH. 113

  TERAS 5 : PENINGKATAN KUALITI HIDUP DAN PENDAPATAN GOLONGAN ISI RUMAH KUMPULAN 40% TERENDAH. 125

  TERAS 6 : PENGURUSAN PEMBANGUNAN SECARA BERSEPADU. 143

  TERAS 7 : PENGURUSAN SUMBER ALAM SECARA MAPAN. 157

  KESIMPULAN

  168

GLOSARI AKRONIM

MENGIMBAU KENANGAN MELAKAR IMPIAN LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN: SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU

  Semenjak Negara mencapai kemerdekaan, pelbagai strategi dan usaha telah dilakukan oleh Kerajaan yang membawa kepada kejayaan dan perubahan kepada pembangunan luar bandar.Usaha ini akan diteruskan dalam rancangan pembangunan negara memandangkan masih terdapat banyak ruang dan potensi yang perlu diterokai demi pembangunan masyarakat luar bandar.

KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN

  1.1 Pembangunan pesat ekonomi negara khususnya di bandar menyebabkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar menjadi lebih meluas. Keadaan ini menuntut kepada komitmen berterusan pelbagai pihak supaya luar bandar dapat dimajukan dengan lebih pesat lagi.

  1.2 Nisbah ketidaksamaan pendapatan antara bandar dan luar bandar menguncup daripada 1:2.14 pada tahun 1970 kepada 1:1.7 pada tahun 1990, namun melebar semula pada akhir tahun 1990-an dan awal abad ke-21 kepada 1:2.11 dan pada tahun 2007 kembali menguncup kepada 1:1.91. Manakala pada tahun 2009, nisbah berada pada kadar 1:1.85.

  1.3 Pada masa yang sama kadar kemiskinan di luar bandar telah menurun daripada 55.3% (1973) kepada 7.1% (2007). Seiring dengan perkembangan ini juga, pekali Gini luar bandar meningkat semula daripada 0.397 (2004) kepada 0.388 (2007).

  1.4 Penting juga dinyatakan bahawa Pekali Gini bagi Bumiputera di seluruh Negara kekal tertinggi pada tahun 2004 dan tahun 2009 berbanding dengan lain-lain kaum seperti jadual di bawah:

   Jadual 1.1 Pekali Gini mengikut Kumpulan Etnik 2004 dan 2009

Etnik 2004 2009

  Bumiputera 0.452 0.440 Cina 0.446 0.425 India 0.425 0.424

  Keadaan ketidakseimbangan sesama kaum ini wujud di kalangan pelbagai kelompok penduduk dan kaum di bandar dan luar bandar.

DEMOGRAFI PENDUDUK

  1.5 Proses perbandaran dan pembangunan perindustrian yang pesat serta penghijrahan penduduk ke bandar telah menyebabkan kadar penduduk luar bandar semakin berkurangan. Pada tahun 1980, peratus penduduk luar bandar berada pada tahap 68.5% (8.65 juta) daripada jumlah penduduk (13.14 juta) dan semakin menurun kepada 36.7% (10.24 juta) berbanding 27.89 juta pada tahun 2009. Penurunan peratusan penduduk luar bandar ini sebaliknya mencatatkan peningkatan peratusan penduduk yang terdiri daripada warga tua. Keadaan ini membawa kepada dimensi baru cabaran pembangunan ekonomi dan peningkatan produktiviti guna tenaga di luar bandar.

KUALITI HIDUP

  1.6 Secara umumnya, kualiti hidup penduduk Malaysia telah meningkat seperti yang dicerminkan melalui peningkatan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan asas dan lain-lain indikator yang terkandung dalam Laporan Kualiti Hidup Malaysia, 2008. Pada masa yang sama, kualiti hidup penduduk luar bandar Malaysia turut meningkat melalui program dan projek yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Namun secara relatifnya, liputan dan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan ini adalah rendah di luar bandar berbanding bandar. Secara amnya, kualiti hidup penduduk di semua negeri telah bertambah baik, walaubagaimana pun terdapat perbezaan yang nyata serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, akses kemudahan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak 76.51% dan 66.48% adalah lebih rendah berbanding dengan Semenanjung.Begitu juga akses kemudahan bekalan air 58.5% dan 58.8% berbanding 89.6%. Kadar celik huruf di Sabah dan Sarawak agak jauh lebih rendah berbanding kadar celik huruf seluruh Negara. Kadar kematian bayi 3% dan 5.9% bagi setiap 1,000 kelahiran di Sabah dan Sarawak pula, jauh lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung iaitu

  1.7 Malaysia kini berada dalam fasa yang terpenting di mana hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Justeru itu, seluruh tenaga dan kepakaran perlu digembleng ke arah itu. Masyarakat luar bandar juga perlu digerakkan secara efektif ke arah perubahan.Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, telah dikenalpasti 7 tonggak utama yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

  Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan Melonjakkan Pendapatan Masyarakat Menggerakkan Kegiatan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu Perluasan Akses Prasarana

  Pembangunan Seimbang Dan Berterusan Tadbir Urus Desa Yang Baik Perluasan Penembusan Internet Dan Jalur Lebar

  1.8 Pemerkasaan Pembangunan Modal

  Insan

  Modal insan merupakan aspek terpenting dalam pembangunan dan menjadi pra-syarat utama kepada kejayaan sesebuah Negara. Oleh itu, usaha memperkasakan modal insan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan. Pada masa ini, masih ramai penduduk di luar bandar yang mempunyai tahap pendidikan rendah. Mengikut statistik daripada kalangan tenaga kerja di luar bandar, hanya 14.3% sahaja yang mempunyai pendidikan di peringkat tertiari.

  Di samping itu, kemahiran tenaga pengajar di institusi luar bandar perlu dipertingkatkan lagi bagi melahirkan tenaga kerja luar bandar yang lebih berkesan. Jenis kursus dan kurikulum perlu sentiasa ditambah baik bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Kursus-kursus dan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar akan lebih menekankan kepada kaedah ’hands-on’ bagi memberi manfaat yang lebih.

  1.9 Melonjakkan Pendapatan Masyarakat Ketika mencapai kemerdekaan, hampir 90% penduduk Malaysia dalam keadaan kemiskinan. Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah, bergantung kepada getah dan bijih timah. Melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan contohnya, pembangunan tanah secara perladangan yang dilaksanakan oleh FELDA, pendapatan penduduk di luar bandar telah berjaya ditingkatkan. Pada tahun 2009, purata pendapatan isi rumah penduduk luar bandar telah berjaya ditingkatkan kepada RM2,545 dan kadar kemiskinan juga dapat dikurangkan kepada 8.4%. Namun begitu, usaha perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar. Pembangunan ekonomi luar bandar masih tertumpu kepada pertanian komoditi, terutamanya getah dan kelapa sawit. Harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit masih menghadapi ketidakstabilan harga dan ini telah mempengaruhi pendapatan pekebun kecil. Walaupun terdapat usaha bagi meningkatkan produktiviti, namun dengan saiz keluasan tanah yang kecil dan tidak ekonomik usaha ini tidak akan dapat melonjakkan pendapatan pekebun kecil. Penstrukturan semula ekonomi perlu dilakukan bagi mempelbagaikan pendapatan penduduk. Sektor perkhidmatan, industri desa serta aktiviti non farm akan dimajukan dengan lebih giat. Laporan World Wildlife Foundation

  (WWF) Malaysia pada tahun 2002 telah

  menganggarkan sejumlah RM655 juta setahun diperolehi daripada aktiviti eko-pelancongan. Potensi ini merupakan peluang yang perlu diterokai dengan lebih giat bagi mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk luar bandar.

  1.10 Menggerakkan Ekonomi Dan Industri

  Secara Bersepadu

  Sektor Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) dilihat mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi sektor luar bandar di Malaysia. Secara keseluruhan, pada tahun 2008, sektor ini menyumbang hampir 32% kepada KDNK. Namun, sektor EKS negara masih berhadapan dengan cabaran yang besar terutamanya dari segi keterbukaan pasaran domestik kepada persaingan global. Dalam menghadapi cabaran liberalisasi pasaran ini, sektor EKS luar bandar mesti meningkatkan kualiti produk keluaran mereka supaya berdaya maju dan berdaya saing. Oleh itu, sektor ini perlu dibangunkan secara lebih holistik, seimbang dan tersusun supaya transformasi EKS menjadi sektor yang ekonominya berkembang sejajar dengan ekonomi global dan sektor ekonomi moden lain dapat dicapai. Kerajaan komited dalam usaha meneroka potensi pertumbuhan dan inovasi EKS termasuk di luar bandar bagi melahirkan juara di peringkat nasional, serantau dan global. Di antara strategi yang dicadangkan, termasuk membangunkan EKS sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi dengan mengurangkan kos kawal selia yang ditanggung oleh EKS, membina keupayaan EKS, menyokong pembentukan budaya keusahawanan, memperkukuh infrastruktur sokongan dan mempertingkat akses kepada pembiayaan.

  Usaha-usaha akan diambil untuk menggalakkan dan menarik minat golongan belia berkecimpung dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan di luar bandar. Di samping itu, hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi perlu dikomersialkan dan dikongsi bersama dengan masyarakat. Namun, isu pemasaran masih lagi merupakan cabaran utama yang mengekang perkembangan sektor ekonomi di luar bandar. Rantaian antara industri desa dan bandar yang boleh menjadi pemangkin bagi meningkatkan ruang pasaran produk luar bandar masih sangat longgar. Justeru itu, langkah-langkah akan diambil bagi menangani cabaran ini supaya usahawan desa dapat memasar dan memperkembangkan produk keluaran mereka di kawasan bandar. Ini akan mendorong usahawan meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama memperbanyakkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

  1.11 Peluasan Akses Prasarana Kerajaan komited untuk memastikan kualiti hidup yang tinggi wujud di luar bandar. Hasrat ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, di mana luar bandar akan menjadi kawasan yang menarik untuk didiami, mempunyai perumahan dan perkhidmatan berkualiti serta pelbagai kemudahan bertaraf bandar. Kawasan luar bandar mengekalkan cirinya tersendiri di samping memanfaatkan perkhidmatan asas yang disediakan. Pengangkutan awam dirancang untuk memenuhi keperluan rakyat, akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti turut disediakan disamping persekitaran yang dipelihara untuk generasi akan datang. Strategi dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan selama ini telah menghasilkan kejayaan. Pada tahun 2009 liputan bekalan elektrik telah mencapai 99.5% di Semenanjung Malaysia,76.5% di Sabah dan 66.5% di Sarawak. Manakala liputan bekalan air bersih pula telah mencapai 89.6% di Semenanjung, 58.5% di Sabah dan 58.8% di Sarawak. Rangkaian kemudahan jalan berturap telah dinikmati oleh sebahagian besar rakyat di Semenanjung Malaysia dan langkah- langkah sedang diambil bagi meningkatkan kemudahan ini di Sabah dan Sarawak. Program bantuan perumahan yang dilaksanakan pula telah membantu usaha menangani kemiskinan tegar. Di samping memperluas liputan perkhidmatan, kualiti perkhidmatan juga ditingkatkan. Langkah-langkah seperti mengggunakan teknologi moden yang lebih berkesan sedang diambil. Bajet berhemah bagi memastikan nilai yang lebih besar untuk setiap ringgit yang dibelanjakan turut diberi penekanan oleh Kerajaan. Kerajaan akan terus memastikan kemudahan akses prasarana akan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan di mana mereka berada.

  1.12 Pembangunan Seimbang Dan

  Berterusan

  Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dan rakyat untuk memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara mapan supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

  Jumlah keluasan kawasan hutan di Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan melebihi separuh daripada keluasan tanah negara. Di Semenanjung Malaysia jumlah keluasan hutan ialah 5.85 juta hektar, di Sabah 4.3 juta hektar dan di Sarawak 8.06 juta hektar. Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan taman negara atau lain-lain kawasan perlindungan hutan. Usaha ini diambil bagi memelihara pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang.Oleh itu, pertimbangan alam sekitar perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu projek pembangunan dalam bandar. Usaha-usaha bagi memelihara dan menghargai alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya. Antaranya seperti pembukaan hutan secara meluas oleh penduduk luar bandar termasuk Orang Asli perlu diminimakan, di samping mengelakkan penggunaan racun rumpai secara berlebihan yang juga akan memusnahkan alam sekitar. Sebaliknya, pertanian secara organik diberi galakan yang tinggi supaya kesan negatif bahan kimia ke atas kualiti tanah dan air dapat dikurangkan. Pembenihan semula sumber alam perlu dipertingkatkan supaya sumber yang hilang, khususnya sumber yang boleh diperbaharui dapat diganti. Amalan pertanian yang baik

  (Good Agronomic Pratice) perlu dilaksanakan oleh semua masyarakat dan Agensi Kerajaan.

  Amalan pematuhan (compliance practice) dan ISO 14000 perlu diberi penekanan dalam pelaksanaan projek di luar bandar. Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

  1.13 Perluasan Penembusan Internet Dan

  Liputan Jalur Lebar

  Pada masa ini, proses transformasi ekonomi Malaysia dari sebuah ekonomi yang berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasas pengetahuan didorong kuat oleh dasar Kerajaan yang proaktif dan agresif kepada perkembangan teknologi maklumat. Bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, jurang digital masyarakat luar bandar perlu diatasi segera. Tidak dapat dinafikan ICT merupakan satu alat untuk mengupayakan kumpulan yang terpinggir. Tanpa kemudahan ini, ketidaksamaan sosio ekonomi pasti wujud. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1997 telah menyatakan bahawa kemiskinan maklumat adalah merupakan satu lagi bentuk kemiskinan yang perlu ditangani secara serius oleh Kerajaan.

  “We are profoundly concerned at the deepening mal-distribution of access, resources and opportunities in the information and communication field. The information technology gap and related inequities between industrialized and developing nations are widening: a new type of poverty - information poverty - looms. Most developing countries, especially the Least Developed Countries (LDCs) are not sharing in the communication revolution, since they lack: affordable access to core information resources, cutting-edge technology and to sophisticated telecommunication systems and infrastructure; the capacity to build, operate, manage, and service the technologies involved; policies that promote equitable public participation in the information society as both producers and consumers of information and knowledge; and a work force trained to develop, maintain and provide the value-added products and services required by the information economy“.

  The UN’s Administrative Committee on Coordination statement on Universal Access to Basic Communication and Information Services in April 1997. Semenjak tahun 2000, Kerajaan telah melaksanakan program-program ICT termasuk di kawasan luar bandar. Namun begitu, masih lagi terdapat kawasan-kawasan di luar bandar yang belum mendapat akses kepada teknologi maklumat terutamanya teknologi jalur lebar. Kadar penembusan internet dan jalur lebar di bandar ialah 85% dan di luar bandar 14%.

  Tahap celik IT yang rendah di kalangan penduduk luar bandar akan menyebabkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar semakin melebar, ini membantutkan usaha ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

  1.14 Tadbir Urus Desa Yang Baik Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap tadbir urus dan integriti sektor awam dan swasta. Dengan tahap integriti yang tinggi, usaha pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan baik dan ini mampu meningkatkan kepercayaan serta rasa hormat di kalangan masyarakat.

  Tadbir urus yang baik merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Ia boleh ditakrifkan sebagai proses membuat keputusan dan cara pelaksanaan. Salah satu daripada cabaran utama Kerajaan adalah untuk memenuhi hasrat dan harapan serta aspirasi rakyatnya. Tabdir urus yang terbaik adalah penting bagi menghadapi cabaran dengan berkesan. Amalan pelaksanaan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab, dengan berteraskan prinsip kesaksamaan, keberkesanan, integriti serta akauntabiliti akan membuahkan kejayaan.

MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN BERTERUSAN EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA DEKAD

  2.1 Sejak mencapai kemerdekaan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Tumpuan telah diberikan kepada penyediaan kemudahan prasarana asas termasuk jalan, kemudahan elektrik dan air, kemudahan sosial, serta pendidikan dan kesihatan. Di samping itu, program dan projek pembangunan pertanian juga telah dimulakan di mana kesemua usaha ini dirangka bagi meningkatkan pendapatan penduduk dan membasmi kemiskinan. Secara ringkas, evolusi pembangunan luar bandar dalam tempoh lima dekad yang lalu adalah seperti berikut:

  Era Pasca Kemerdekaan (1957-1970)

  Lembaga Kemajuan Tanah • Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan, diikuti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Kedua-duanya menjadi pemangkin kepada pembangunan tanah dan pembangunan luar bandar yang lebih pesat. Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

  Kerajaan juga telah membina sekolah- • sekolah berasrama penuh yang turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar luar bandar yang berpotensi untuk meningkat maju di samping membina lebih banyak sekolah- sekolah di kawasan luar bandar.

  Menggubal Pelan Pembangunan Desa • Kebangsaan bertujuan untuk menyusun dan menggerakkan institusi ke arah pemodenan dan pembangunan desa.

  • Majlis Kebangsaan Pembangunan Desa (MKPD) juga telah ditubuhkan supaya dapat menyelaras Pelan Buku Merah yang terdapat di Bilik Operasi setiap pejabat daerah. Langkah yang dipelopori oleh Y.B. Allayarham Tun Abdul Razak ini boleh dianggap sebagai permulaan perancangan dan pembangunan luar bandar secara tersusun.

  MKPD ini dipengerusikan oleh Perdana • Menteri di peringkat persekutuan, manakala di peringkat negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar. Di peringkat daerah pula, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang juga merancang kemajuan masyarakat di peringkat akar umbi.

  Prinsip perancangan pembangunan di • ketiga-tiga peringkat ini telah menjadi asas kepada perancangan pembangunan luar bandar yang masih diguna pakai sehingga hari ini.

  • Pada umumnya, Pelan tersebut tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, pembangunan tanah ala FELDA dan peningkatan pengeluaran padi dan beras melalui perluasan kawasan tanaman dua kali setahun dibantu dengan program saliran dan perparitan.

  FAMA (Federal Agricultural Marketing • Authority) telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi membantu petani memasarkan produk supaya mendapat harga yang berpatutan. Pada tahun ini juga, Bank Bumiputra ditubuhkan sebagai sebuah bank perdagangan bertujuan untuk menyediakan kemudahan kredit dan perbankan bagi masyarakat di luar bandar.

  RIDA telah disusun semula pada • tahun 1966 dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada ketika itu, RIDA bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman dan bantuan teknikal kepada usahawan Bumiputera di luar bandar.

  • Bagi menangani masalah tanah terbiar, Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi membantu penduduknya menyertai aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup.

  Era Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

  Usaha membasmi kemiskinan yang lebih bersepadu, terselaras dan terancang telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini yang meliputi tempoh masa 20 tahun (1970-1990) telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kemiskinan dikatakan sebagai punca utama berlakunya rusuhan kaum. Dua objektif utama digariskan iaitu:

  . pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

. penyusunan semula masyarakat untuk

  mengurangkan dan akhirnya menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Pelbagai strategi, langkah dan tindakan telah diambil seperti berikut:

  • Kerajaan telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada tahun 1973 bertujuan antara lain untuk memajukan sektor pekebun kecil dengan melaksanakan penanaman semula getah serta merancang dan melaksanakan inovasi di dalam sektor pekebun kecil.

  Jabatan Kemajuan Masyarakat • (KEMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pemaju Masyarakat KEMAS dan JKKK bekerjasama menggerakkan penyertaan masyarakat di dalam program pembangunan Kerajaan sebagai usaha bersepadu menangani isu kemiskinan. Pendekatan pembangunan desa • bersepadu iaitu Integrated Rural Development Plan (IRDP) telah diperkenalkan.

  Bagi menghasilkan impak yang lebih nyata, konsep “pembangunan kawasan” di bawah

  IRDP menjadi asas kepada pendekatan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Kesemua IADP adalah berteraskan pemban- gunan setempat (in-situ) dengan memberi penekanan kepada pembasmian kemiskinan, peningkatan pengeluaran pertanian/bahan makanan dan pembangunan desa.

  Pendekatan pembangunan wilayah • yang menggunakan konsep pembangunan kawasan telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana Lembaga Kemajuan Wilayah (contohnya KEDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR) telah ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan di kawasan baru dan berskala besar.

  Dasar Halacara Baru telah • diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan dan pembasmian kemiskinan di kawasan luar Bandar.

  • “Revolusi Pertanian” telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian pada tahun 1986 bagi menyokong dasar pembasmian kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang tidak menyertai program di bawah dasar Halacara Baru.

  Dasar Pertanian Negara (DPN 1) • diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk mencergaskan semula peranan dan sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi yang secara langsung mempunyai implikasi kepada pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.

  Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

  Dasar Pembangunan Nasional • telah digubal bertujuan meneruskan dasar “pertumbuhan dengan pengagihan” dengan penumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan di samping meneruskan penstrukturan semula masyarakat melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

  • Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Wawasan 2020 dengan matlamat supaya Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

  Selari dengan Wawasan 2020 ini, • di bawah RMKe-6 (1990-1995), anjakan paradigma bagi luar bandar telah diusahakan dengan memperkenalkan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994.

  • FSBPLB menggariskan perubahan dasar daripada penekanan kepada ekonomi

  (ecocentric) kepada pembangunan manusia (homocentric) bertujuan mewujudkan

  masyarakat yang berfikiran terbuka dan mempunyai perspektif global serta mempunyai nilai-nilai murni.

  Bagi mencapai matlamat ini, FSBPLB • ini menggariskan tujuh inisiatif utama iaitu: i) pembangunan manusia yang cemerlang; ii) pembangunan keluarga yang sejahtera; iii) pembangunan masyarakat yang beridentiti dan berdaya tahan; iv) penyediaan infrastruktur yang berkualiti; v) pembangunan ekonomi yang mapan; vi) sistem penyampaian yang berkesan; dan vii) pewujudan rangka kerja insititusi yang responsif kepada perubahan.

  Bagi mencapai hasrat mewujudkan • masyarakat moden dan mempunyai nilai-nilai positif, beberapa prasyarat perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu: i) pendidikan minima yang tinggi serta apresiasi pendidikan sebagai satu proses berterusan; ii) asas teknologi yang moden; iii) penggunaan teknologi maklumat yang meluas; iv) perubahan pergantungan asas ekonomi; v) penyediaan kemudahan prasarana yang berkualiti; vi) minda yang moden, terbuka dan global; dan vii) responsif kepada pasaran.

  • Gerakan Desa Wawasan (GDW) telah diperkenalkan dalam tahun 1996 sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan manusia, di samping merupakan satu Gerakan di peringkat nasional bertujuan untuk meningkatkan pengupayaan masyarakat melalui kesedaran, perubahan sikap dan pembinaan keupayaan. Ianya menekankan penyertaan aktif masyarakat dalam proses pembangunan termasuk mengenalpasti keperluan mereka, merancang dan mengambil tindakan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

  Era Pembangunan Berasaskan Pengetahuan

  Peralihan kepada era millenium baru, • srategi pertumbuhan turut berubah daripada strategi yang didorong oleh input kepada berasaskan pengetahuan. Peralihan strategi ini adalah penting dalam usaha meningkatkan pertumbuhan potensi pengeluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggiatkan sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosio ekonomi melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang saksama.

  Strategi di atas memberikan tumpuan • yang lebih kepada inisiatif sektor swasta, sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti.

  • Usaha membudayakan teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar telah dilancarkan dengan penubuhan pusat komuniti ICT di luar bandar yang dikenali sebagai Medan Infodesa (MID). MID ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ICT dengan menyediakan kemudahan latihan asas ICT kepada masyarakat luar bandar.

  Era Transformasi Kerajaan

  Negara memerlukan model ekonomi yang baru untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan paradigma dan langkah berani diperlukan. Transformasi ekonomi yang menyeluruh hanya dapat dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak. Malaysia boleh berjaya menjadi negara maju sekiranya seluruh tenaga dan kepakaran digembleng ke arah itu. Beberapa perubahan radikal telah diperkenalkan untuk tempoh 10 tahun akan datang (RMKe-10 dan RMKe-11). Proses transformasi negara menuntut kepada transformasi jentera Kerajaan bagi menyokong peralihan ekonomi. Kerajaan telah mula mengambil langkah

  transformational, pada masa yang sama mempertahankan agenda keadilan sosial.

  Bagi maksud ini, Kerajaan akan berpegang kepada empat tiang utama terdiri daripada Pertama: Falsafah induk 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Kedua: Program Transformasi Kerajaan atau GTP; Ketiga: Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan Keempat: Dua rancangan pembangunan lima tahun yakni RMKe-10 dan RMKe-11. Empat tiang utama ini pula didokong oleh empat nilai asas pelengkap. Pertama: Membudayakan kreativiti dan inovasi; Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; Ketiga: Nilai untuk wang atau value for money dan Keempat: Nilai integriti.

  Selanjutnya, langkah transformasi Kerajaan yang sedang dibuat bermula dengan pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dengan NKRA tersebut, Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam bandar. Bagi memastikan kehendak dan keperluan rakyat luar bandar dapat dipenuhi, peruntukan terbesar telah disediakan bagi penyediaan infrastruktur asas luar bandar di bawah tempoh tiga tahun NKRA.

ISU DAN CABARAN

  2.2 Kajian Pelan Induk yang telah dijalankan pada awal 2010 telah merumuskan beberapa isu dan cabaran pembangunan luar bandar seperti berikut:

  Perubahan Minda

  Masyarakat luar bandar masih terikat dengan cara berfikir dan bertindak mengikut amalan lama. Mereka masih mengharapkan subsidi atau bantuan Kerajaan dan menganggap melaksanakan pembangunan adalah merupakan sepenuhnya tanggung jawab Kerajaan. Oleh itu, usaha-usaha ke arah melakukan perubahan sikap dan minda penduduk di luar bandar perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun.

  Nilai Masyarakat Desa

  Nilai masyarakat di kawasan luar bandar sentiasa berubah mengikut perkembangan dan peredaran masa. Mereka kini semakin dipengaruhi oleh nilai kebendaan dan bersikap individualistik. Nilai-nilai murni seperti amalan gotong-royong, saling bantu-membantu dan bermuafakat sudah mula terhakis. Perubahan nilai juga dapat dilihat dari segi kesepaduan sosial. Mereka tidak lagi mendokong kesepaduan erat seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat tradisional.

  Kepimpinan Desa

  Kepimpinan desa menjadi isu kerana anak- anak muda yang mempunyai pendidikan tinggi tidak lagi tinggal dan bekerja di kampung. Akibatnya pemimpin pelapis yang berpo- tensi dan berkaliber telah tiada atau semakin berkurangan di kawasan luar bandar bagi menerajui aktiviti ekonomi di kalangan penduduk desa. Sikap kebergantungan yang tinggi kepada bantuan, zon selesa dan cepat berpuas hati serta kurang daya usaha. Penduduk luar bandar didapati masih mengharap bantuan Kerajaan. Hasil kajian Pelan Induk menunjukkan 30.3% responden yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar masih sangat berharap kepada Kerajaan. Selain dari itu, sikap enggan berusaha, keengganan untuk berubah, sikap kebergantungan kepada orang lain dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada masih wujud. Justeru itu, langkah strategik perlu diambil bagi membolehkan penduduk luar bandar berdikari dan dapat bersaing dalam dunia hari ini yang semakin mencabar.

  Peluang Pekerjaan Yang Kurang Menarik

  Berbeza dengan kawasan bandar, peluang pekerjaan di luar bandar dilihat kurang menarik dari sudut pendapatan dan peluang perkembangan kerjaya. Masalah ini terus menjadi penghambat utama kepada golongan pekerja, khususnya belia untuk memilih kerjaya di kawasan luar bandar.

  Peluang Aktiviti Keusahawanan Yang Terhad

  Kawasan luar bandar mempunyai bilangan penduduk setempat yang terhad dengan pendapatan yang rendah. Justeru itu, untuk mengembangkan aktiviti ekonomi, usahawan luar bandar perlu meneroka pasaran di luar daripada kawasan mereka. Kekurangan prasarana menyempitkan lagi ruang dan peluang bagi aktiviti keusahawanan. Hasil kajian Pelan Induk juga menunjukkan mereka menghadapi masalah modal dan kemahiran. Bagi meningkatkan aktiviti pemasaran, usahawan luar bandar boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini seperti kemudahan facebook dan on-line marketing bagi memasarkan produk mereka.

  Masalah Tanah

  Pertambahan penduduk yang begitu pesat dan permintaan tanah untuk aktiviti bukan ekonomi seperti tapak perumahan telah menambah buruk isu tanah di luar bandar. Saiz pemilikan tanah di luar bandar yang kecil dan tidak ekonomik telah menghalang kegiatan ekonomi dijalankan secara komersial.

  Sebagai contoh berdasarkan kajian, 59.1% daripada responden yang terdiri daripada pesawah padi memiliki keluasan sawah padi sekitar 0.5 hingga 1.0 ekar. Selain itu, sekumpulan tertentu penduduk (termasuk Orang Asli) tidak memiliki tanah secara sah atau langsung tidak memiliki tanah. Bagi penduduk yang mempunyai tanah pula, tidak mengusahakan tanah mereka atas pelbagai sebab dan alasan.

  Nilai Tambah Yang Rendah

  Kebanyakan aktiviti ekonomi masih terhad kepada pengeluaran barangan mentah. Kesannya, produk luar bandar tidak dapat menjana pulangan tinggi berikutan kurang nilai tambah dalam aktiviti pengeluarannya.

  Kebergantungan Kepada Buruh Asing