Perkembangan Kaunseling di dunia dan di

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

ASSIGNMENT
Perkembagan kaunseling di dunia bermula dengan perkihidmatan kaunseling vakasional
sementara di Malaysia bermula dengan sekitar 1980an. Jelaskan secara terperinci
perkembangan kaunseling di dunia dan di Malaysia

Perkembangan kaunseling di Malaysia
Pada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah menawarkan kursus persijilan
kaunseling secara sepenuh masa untuk guru yang akan bertugas sebagai guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Sebelum ini, kursus itu hanya ditawarkan semasa percutian atau di hari
minggu. Pada tahun yang sama juga, Universiti Putra Malaysia telah menawarkan kursus
Bachelor Pendidikan pengkhususan dalam Kaunseling.Selain itu, Persatuan kaunseling Malaysia
atau lebih dikenali sebagai PERKAMA telah ditubuhkan. Tambahan lagi, dua pakar dari Bereau
of International Narcotic Matters, USA telah melatih seramai 168 orang pegawai penjara dalam
kaunseling pemulihan. Bagi menjalankan perkhidmatan pemulihan penagihan dadah, Penguasa
Rundingcara telah ditugaskan di Maktab Penjara Malaysia, Penjara Seremban dan Penjara
Kajang.
Pada 1982, Kursus Diploma Psikologi (kaunseling) ditawarkan di Jabatan Psikologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia untuk guru ijazah yang bakal menjadi kaunselor di sekolah.
Ketika itu juga,Guru Panduan dan Bimbingan dilantik di sekolah untuk bertugas separuh masa
manakala Maktab Rendah Sains Mara melantik kaunselor sepenuh masa.Sejak itu juga,
Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjan Muda

Pendidikan selama

4 tahun. Namun, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

1

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Pada tahun 1983, Skim perkhidmatan Bimbingan dan Nasihat di ITM menggunakan
Skim Gaji A22 digunakan untuk tujuan pengredan gaji. Skim gaji dinaikkan kepada A20 setaraf
dengan skim gaji pensyarah universiti pada tahun 1985. Pada tahun 1987, Institut Perguruan
Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun

bagi guru-guru bukan siswazah. Ketika itu juga, Unit Kaunseling ditubuhkan di Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.Setahun selepas itu, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOR)
juga telah menubuhkan Unit Kaunseling pada 12 Disember.
a)

Pematapan Perkhidmatan Kaunseling
Pada tahun 1992, Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam

Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan dan menawarkan perkhidmatan psikologi dan
kaunseling untuk kakitangan kerajaan secara sukarela atau dirujuk. Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ditubuhkan di Hospital Besar Ulu Kinta pada tahun 1993. Seterusnya, unit kaunseling
telah ditubuhkan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hal ini,
berdasarkan rujukan KPN(PR)33/1 bertarikh 8hb April 1996. Pada tahun 1998, Akta Kaunselor
580 telah diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kaunselor diwujudkan
dibawah naungan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
b)

Profesionalisme Kaunseling.
Kaunselor yang berkelayakan di bawah Akta 580, dikehendaki berdaftar dengan


Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran dan perakuan amalan bermula pada tahun 2000.
Temuduga untuk pengesahan pendaftaran dimulakan oleh Lembaga Kaunselor yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya tiga ahli panel. Surat perakuan pendaftaran mula diedarkan kepada
kaunselor yang layak. Seterusnya pada tahun 2001, kaunselor yang layak akan diwartakan dalam
buletin kerajaan sebagai kaunselor yang berdaftar. Unit Telekaunseling Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur telah dilancarkan setahun kemudian. Pada tahun 2003, Laporan Halatuju Kaunseling di
Malaysia dibentangkan dan diterima oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam mengorientasikan
program pengajian kaunseling di tempat masing-masing.
2

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
c)

MPU 3232

WHAT IS COUNSELING?
Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan dunia hari ini, didapati masyarakat di

malaysia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam kalangan remaja.

Antara gejala serius yang hangat diperkatakan ialah masalah buli, ponteng, gengsterism,
merokok, rempit, seks luar nikah, dan pembuangan bayi.Masalah ini semakin hari kian
meruncing seiring kemajuan dalam bidang teknologi. Keadaan ini sudah pasti mendapat
perhatian umum tidak mengira lapisan masyarakat. Pelbagai spekulasi positif dan negative telah
dikeluarkan oleh berbagai pihak. Namun, yang pasti strategi dan inisiatif yang dilaksanakan
masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Golongan dewasa juga turut tidak
ketinggalan. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada keratan akhbar, majalah
dan berita, sesetengah dari golongan ini terbabit dalam masalah penceraian, kewangan,
penderaan fizikal dan mental, gangguan seksual, dan dan juga kes jenayah. Bagi memastikan
kestabilan dari aspek ekonomi, politik dan social pada masa hadapan lebih kukuh dan mantap,
tindakan proaktif dan segera perlu dilaksanakan.
Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu langkah yang dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Walaupun terdapat juga sesetengah kes yang tidak
dapat diselesaikan, namun pendedahan perkhidmatan ini secara meluas terutamanya dalam
bidang pendidikan mampu mengurangkan masalah-masalah ini sedikit demi sedikit. Kaunseling
merupakan salah satu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat hari. Di Negara Barat
misalnya, perkhidmatan kaunseling telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan
masyarakat di sana. Namun, keadaan ini berbeza di Negara kita kerana persepsi serong mereka
terhadap perkhidmatan ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling sebenarnya? Kemungkinan persepsi

serong yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap perkhidmatan ini adalah disebabkan mereka
tidak memahami maksud sebenar perkhidmatan kaunseling itu sendiri. American Counseling
Association (ACA,1997) telah mengeluarkan satu definisi kaunseling iaitu, “Counseling is the
application of mental health, psychological, or human development principles, through cognitive,
affective, behavioral, or systemic interventions, strategies that address wellness, personal growth,
or career development, as well as pathology”. Terdapat beberapa pekara penting yang dapat di
3

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

kenalpasti dari definisi ini seperti kaunseling adalah profesion, ia berkaitan dengan
kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, dan patologi. Kaunseling dijalankan ke atas
individu yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah, berasaskan teori, proses yang
melibatkan perkembangan dan intervensi dan mempunyai pelbagai kepakaran. Berdasarkan Akta
Kaunselor, 1998, Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar mengikut
kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik,
baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan

berterusan sepanjang hayat klien.
Ramai tokoh yang terlibat dalam memberikan makna bagi perkhidmatan ini. Salah
seorang tokoh tersebut ialah Rogers (1951). Beliau menjelaskan bahawa di dalam suatu proses
kaunseling , seseorang klien akan menceritakan hal-halnya dari kejadian yang lepas dan beransur
kepada hal yang lebih meruncing sehingga menceritakan ‘saya’, ‘disini’dan ‘pada masa ini’. Ia
merujuk kepada keadaan semasa tentang dirinya sahaja. Menurut Corey (2004) pula, merujuk
kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan
kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah kepadanya. Penerokaan ini akan
menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya.
Proses ini diharapkan dapat menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti
bakat serta kebolehan agar dapat hidup dengan lebih sempurna.
Mengikut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan menyelesaikan masalah peribadi
seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan.
Proses ini dijalankan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan
baik. Mengikut Aziz (2002), kaunseling ialah proses seorang kaunselor menolong individu
memberi secara bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri bagi
mencapai sesuatu matlamat.

4


KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkhidmatan kaunseling ini amat bersesuaian dan
merupakan salah satu inisiatif yang dapat membantu mengengkang masalah yang berlaku
sekarang. Hal ini kerana perkhidmatan ini mampu memenuhi keperluan masyarakat kini dalam
menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, ia merupakan proses bantuan yang dijalankan oleh
kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku
klien ke arah lebih baik.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu profesion yang bertujuan untuk
mewujudkan manusia yang sejahtera, bahagia dan produktif dalam segala aspek kehidupan.
Proses kaunseling berlaku apabila klien bertemu dengan kaunselor secara sukarela untuk
mendapatkan bantuan dalam mengurangkan ketegangan yang dialami, memahami dirinya dan
melakukan perubahan dalam dirinya. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, amat penting
kepada kaunselor untuk memahami konsep bimbingan dan kaunseling secara terperinci dan
tanggungjawab yang dilaksanakannya juga perlu berlandaskan etika kaunseling.
Hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang berbentuk
dua hala iaitu interaksi antara kaunselor dank lien. Dalam melaksanakan sesi kaunseling,
kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip seperti yang tertakluk dalam kod etika kaunseling.

Antara prinsip tersebut ialah empati, penerimaan tanpa syarat, ketulenan atau kongruen,
kemesraan, kerahsiaan dan terapeutik.
Empati merupakan keupayaan individu memasuki dunia klien atau menyelami perasaan
klien untuk memahami dan membantu klien serta merasai pengalaman klien. Penerimaan tanpa
syarat bermaksud kaunselor perlu menerima kedatangan klien dengan seadanya tanpa mengira
latar belakang, personaliti dan budaya yang dibawa oleh klien serta menghormatinya. Ketulenan
atau kongruen dalam proses ini membawa maksud bahawa kaunselorperlu bersikap jujur pada
kilen dan bertindak mengikut keupayaan diri dalam sesi yang dijalankan. Ringkasnya, kaunselor
tidak boleh sama sekali berpura-pura atau bertopeng semasa sesi.

5

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Kemesraan ketika sesi dijalankan amat membantu kerana suasana kekok tidak wujud .
Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor mendekati kliennya dan seterusnya membuatkan klien
berada dalam situasi selesa sepanjang sesi kaunseling. Selain itu, aspek kerahsiaan merupakan
komponen yang amat penting dalam sesi dan ia wajib dipatuhi. Bermakna kaunselor

merahsiakan segala hal yang diceritakan semasa sesi, namun ia boleh dibocorkan sekirannya
kaunselor mendapati hal itu mendatangkan kemudaratan kepada diri klien mahupun orang lain.
Terapeutik merupakan suasana yang selesa diwujudkan ketika perbincangan dilakukan tanpa
sebarang rasa tekanan. Suasana ini perlu diwujudkan sebelum sesi dijalankan supaya klien selesa
dan dapat membuat pendedahan kendiri.
Walau bagaimanapun, aspek komunikasi juga perlu diberi perhatian kerana ia amat
penting ketika berinteraksi dengan klien. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu
menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan dapat mengekspresikan tingkah laku dan emosi
yang menggalakan semasa sesi dijalankan. Seperti aspek ini, kemahiran melayan dan mendengar
juga turut tidak ketinggalan, kerana ia amat diperlukan oleh kaunselor. Untuk menjadi pendengar
yang baik kauselor perlu mendengar dengan aktif setiap percakapan klien agar respon yang
bakal diberikan nanti tidak menyimpang dari fokus sebenar. Kemahiran melayan pula akan
membuatkan klien merasa dirinya diberi perhatian dan dihargai. Jelaslah bahawa aspek-aspek ini
juga diperlukan dalam sesi kaunseling.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua komponen yang telah dijelaskan di atas amat perlu diberi
perhatian kerana ia bakal menentukan kejayaan sesi yang dijalankan. Perkhidmatan yang
berkesan mampu membantu klien mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi
mereka


6

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Perkembangan kaunseling di dunia
Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan,
pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan
definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American
Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan
mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi
menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga
patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi
perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion
kaunseling.

Antara 1800:
Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya
mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang

miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa;
pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956;
Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu
semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu
orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang
memerlukan pertolongan.
Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya
menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan
pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey,
1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam
vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan
menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000).
Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah
bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896
untuk membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian
kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda
permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).
Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion
kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar
fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam semulajadi.
Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan masalah
emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah orang
7

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan
pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual
umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang
psikologi.

Antara 1900:
Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang
menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama
membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942).
Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru
karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat
membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis
percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat
pada masa itu (Davis, 1914).
Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh
yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika
Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam
vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak
kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah
lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones,
1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar
menginstitusikan vokasional bimbingan.
Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica
& Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu
mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya
sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat
pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas
pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis
menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada
perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan
klinik kesihatan mental.

Antara 1910:
Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa,
Perbadanan Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913.
8

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan
latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah
digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk
menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat
digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale
ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond,
1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan,
kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara
dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan
penubuhan awal pada asas kaunseling.

Antara 1920:
Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan
dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling
perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan
Hannah Stone.

Antara 1930:
Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional
seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan
pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (19001979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan
pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling.
Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh
kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan
kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu
prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan
setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini,
kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling.

Antara 1940:

9

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling
dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat
dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap
klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas
profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik
kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah
dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan
Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia
II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan
psikologi.
Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor
dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983).
Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita
terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam
keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula
dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:
Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih
kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah
mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat
(APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam
bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan
pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA
adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak
menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah
sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat
dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955)
membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling
adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi
oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran
daripada satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA)
dalam tahun 1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan
10

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan
model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi
kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor.
Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti
Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif
daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep
kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik
atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori
berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.
Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai
pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat
satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950.
Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua
fizikal dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan
dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II.

Antara 1960:
Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas
pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam
bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga
bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap
umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental
pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar.
Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar
penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald
Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia
menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam
kumpulan kecil.

Antara 1970:

11

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun
1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja.
Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam.
Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru.
Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum
dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan
pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental
Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental
dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang
dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran
asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran
mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program
kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun
1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk
ijazah sarjana dalam kaunseling.

Antara 1980:
Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh
dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education
Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation
(COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master
dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan
kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified
Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf
kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor
pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs)
(Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified
Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan
mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987;
Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah
pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling
dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang
dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.
Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas
kesan isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada
Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan
pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik Erikson
(Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat daripada
12

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MPU 3232

pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap
isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas
wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada
pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat
dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan
etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan
oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).

Antara 1990:
Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir
tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan
kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan
Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling
pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran
multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah
digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi,
kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan
keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan.

Antara 2000:
Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi,
masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak
populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan
membuat rawatan.

KESIMPULAN
Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai
tentang peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun
profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi
matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor.

13

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24