SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWA

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWANGAN, PERBANKAN
DAN PENGEDARAN MATAWANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA
PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DARI TAHUN 1967 HINGGA 20171
Oleh Rozan Yunos2

Pengenalan
Sistem kewangan dan perbankan negara yang mantap, stabil dan mampan
adalah merupakan salah satu daripada keperluan utama bagi perjalanan ekonomi
sesebuah negara.
Bagi

mempastikan

kestablian

ekonomi

sesebuah


negara,

ianya

memerlukan asas-asas atau fundamental-fundamental ekonomi yang baik yang
membolehkan ekonomi negara berjalan secara lancar dan membolehkan pelaburpelabur asing untuk melabur di negara tersebut dan sistem kewangan ini
memainkan peranan yang utama di dalam perlaksanaan tersebut.
Sistem Kewangan ataupun Financial System adalah satu sistem yang
mempastikan peredaran matawang yang mencukupi, dan mengadakan dan
memberikan perhubungan yang berjalan lancar, efisyen dan mempunyai kos
perbelanjaan yang efektif bagi menghubungkan di antara penyimpan wang dan
pelabur-pelabur. Sistem kewangan yang dimaksudkan ini adalah termasuk semua
perkara yang berkaitan dengan sektor kewangan seperti institusi-institusi
kewangan, perkhidmatan-perkhidmatan kewangan, pasaran-pasaran kewangan
dan juga instrument-instrumen kewangan.

1

Kertas kerja ini disediakan untuk sebuah buku penerbitan Persatuan Sejarah Brunei mengandungi

kumpulan kertas-kertas kerja bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta
2
Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos telah berkhidmat selama 30 tahun dalam
perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (1987-2017) dan diantara jawatan yang
dipegang beliau semasa berkhidmat adalah sebagai Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan

1

Sistem kewangan yang matang yang membolehkan pemindahan daripada
penyimpan-penyimpan wang kepada pelabur-pelabur memainkan peranan yang
sangat penting di dalam fungsi ekonomi negara.
Kertas kerja ini meneliti perkembangan kepada sistem kewangan,
perbankan dan pengedaran matawang di Negara Brunei Darussalam yang
bermula pada bulan Ogos 1967, lebih kurang dua bulan sebelum Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah menaiki
takhta, dengan penubuhan Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)
yang mengambil aleh peranan bagi mengeluarkan matawang negara daripada

Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo (Board of
Commissioners of Currency, Malaya and British Borneo) sehinggalah tertubuhnya
Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Sejarah Latar Belakang
Sebelum tertubuhnya Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)
pada bulan Ogos 1967, tumpuan dasar utama sistem kewangan Negara Brunei
Darussalam adalah untuk mempastikan jumlah matawang yang diedarkan bagi
keperluan ekonomi mencukupi.
Ini adalah memandangkan bahawa sistem kewangan pada masa itu
mempunyai jumlah institusi-institusi kewangan yang kecil dan perkhidmatanperkhidmatan kewangan yang mudah diurus dan ditadbir.
Pengawalan sistem kewangan negara yang moden bermula semasa
Residen British mulai bertugas di negara ini di bawah Perjanjian 1888 bersama
British dan Perjanjian Tambahan 1906 yang menetapkan bagi seorang Residen
British ditempatkan di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya untuk
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran disamping mengetuai pentadbiran
kerajaan di negara ini.
Di antara langkah-langkah pertama atau dasar pertama Malcolm McArthur
selaku Residen British pertama pada bulan Mei 19063 adalah bagi membatalkan
beberapa jenis matawang yang digunakan di negara ini pada zaman tersebut.


3

Brunei Annual Report 1906

2

Sebelum arahan ini, ekonomi Negara Brunei Darussalam menggunakan
berjenis-jenis matawang. Di antara matawang yang digunakan di negara ini adalah
matawang Kerajaan Penempatan Selat (Straits Settlement Government) di
Republik Singapura, matawang Sabah yang dikeluarkan oleh Syarikat Borneo
Utara yang memerintah Sabah, matawang Sarawak yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Rajah Brooke yang memerintah Sarawak, matawang syiling yang
dikeluarkan oleh Sultan Hashim pada tahun 1887, matawang yang dikeluarkan
oleh Kerajaan British bagi kegunaan di negeri-negeri Straits Settlement dan
beberapa matawang lain seperti trade dollar dari Hong Kong dan sebagainya.
Arahan Residen British adalah untuk membatalkan matawang British dan
Mexican Dollar, duit syiling nikel dari Borneo Utara dan menjadikan matawang
Kerajaan Penempatan Selat sahaja sebagai ‘legal currency.’


Pada tahun 19394, barulah tertubuh satu Lembaga Suruhanjaya Matawang

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) yang mengeluarkan satu
matawang yang sama (common currency) yang digunakan di Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei yang dikenali sebagai Malayan Dollar. Walau bagaimanapun
matawang yang dikeluarkan oleh Lembaga ini yang dicetak di United Kingdom
pada tahun 19405 telah tidak sempat digunakan kerana kapal-kapal yang
membawanya iaitu SS Automedon yang membawa 700,000 keping matawang nilai
$1 dan 100,000 keping nilai $5 telah ditenggelamkan oleh kapal perang German
Atlantis pada 11 November 1940 dan SS Eumanes yang membawa 500,000 keping
matawang $1 dan 100,000 keping matawang $5 juga telah ditenggelamkan
semasa Perang Dunia Kedua.
Selepas tahun 1942, negara-negara di Asia Tenggara telah menggunakan
matawang yang dikeluarkan oleh tentera Jepun yang telah berjaya menakluki
negara-negara di Asia Tenggara sehingga tahun 1945. Matwang Jepun ini dikenali
sebagai 'duit pisang' kerana satu daripada gambar yang digunakan di matawang
tersebut adalah pokok pisang. Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, Kerajaan
British menggunakan semula matawang yang digunakan sebelum peperangan
bermula. Matawang yang digunakan adalah menggunakan gambar King George VI.


4
5

Rozan Yunos, Brunei Currency Notes Before 1967, The Brunei Times 30 June 2007
https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_dollar

3

Pada tahun 19536, satu Lembaga Suruhanjaya baru telah ditubuhkan yang
dikenali sebagai Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan Borneo (Board of
Commissioners of Currency, Malaya and Borneo). Matawang yang digunakan pada
awalnya adalah menggunakan gambar Queen Elizabeth II.
Di antara matawang baru yang dikeluarkan oleh Lembaga ini bagi
menggantikan matawang yang menggunakan gambar Queen Elizabeth II adalah
matawang dengan nilai $1 dan $10 dimana panji-panji Negara Brunei Darussalam
telah diletakkan di belakang matawang bersama dengan panji-panji negeri-negeri
Malaysia, Republik Singapura, Sarawak dan Sabah.
Matawang $1 lebih dikenali sebagai 'duit kapal' sementara matawang $10
lebih dikenali sebagai 'duit kerabau' kerana kedua-dua matawang mempunyai
kedua objek berkenaan di muka depan mawatang tersebut.7

Sementara itu, sistem kewangan yang ada di Brunei hanya mempunyai
perkhidmatan perbankan dimana ianya mulai wujud selepas Perang Dunia Kedua
apabila HSBC, pada masa itu masih dikenali sebagai Hongkong and Shanghai Bank
membuka cawangannya yang pertama pada tahun 19478.
Mulai tahun 1960, Lembaga Suruhanjaya Matawang, yang telah diubahsuai
di bawah Perjanjian Malaya British Borneo Currency Agreement 1960, telah
menjadi agensi yang unggul bagi mengeluarkan matawang untuk kegunaan di
Malaysia, Republik Singapura dan Brunei.
Dalam pada itu, Malaysia telah berura-ura untuk mengeluarkan duit
matawangnya sendiri.
Pada 5 Ogos 1966, ketiga-tiga Kerajaan Malaysia, Republik Singapura dan
Brunei telah menandatangani satu pindaan kepada klausa 18(a) Perjanjian
Malaya-British Borneo Currency Agreement untuk membolehkan Lembaga
Matawang meneruskan untuk mengeluarkan matawang untuk ketiga buah negara
selama 6 bulan selepas 11 Jun 1967. Perjanjian yang awal adalah bagi Lembaga
Matawang untuk memberhentikan kuasanya untuk mengeluarkan matawang
pada 11 Disember 1966 dan mengeluarkan syiling pada 11 December 1967.

6


Rozan Yunos, Brunei Currency Notes Before 1967, The Brunei Times 30 June 2007
Ibid
8
Rozan Yunos, HSBC 60th Anniversary in Brunei (2008)
http://bruneiresources.blogspot.com/2008/01/hsbc-60th-year-in-brunei.html
7

4

Penubuhan Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)
Pada 12 Jun 1967, Bank Negara Malaysia, Lembaga Suruhanjaya Matawang
Singapura (Board of Commissioners of Currency Singapore) dan Lembawa
Matawang Brunei (Brunei Currency Board) telah menjadi autoriti bagi
mengedarkan matawang di negara masing-masing.
Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board) adalah ditubuhkan di
bawah Bab 3(1) dari Akta Matawang, 1967 (Currency Act, 1967). Di bawah Bab
9(1) dari undang-undang berkenaan, Lembaga mempunyai hak (sole right) untuk
mengurus dan mengeluarkan matawang kertas dan syiling di Negara Brunei
Darussalam. Menurut Bab 13 dari Akta berkenaan, matawang dan syiling tersebut
adalah sah diperlakukan (legal tender) mengikut nilai yang dicetak (face value),

kecuali jika sekiranya matawang atau syiling tersebut telah rosak ataupun tidak
sempurna.
Menurut Dato John Lee9, Pegawai Kewangan Negara, di sesi Majlis
Mesyuarat Negara 1967, Negara Brunei Darussalam perlu mengeluarkan
matawang sendiri kerana beberapa sebab. Diantaranya ialah terma-terma dimana
matawang Ringgit Malaysia yang akan diedarkan di negara ini tidak dapat
diterima oleh Brunei; Brunei tidak bersetuju bahawa keseluruhan pengawalan
matawang akan terletak di Bank Negara Malaysia dan Brunei tidak diberikan
suara bagi pengawalseliaan mengenai perkara-perkara yang penting seperti
kadar tukaran matawang dan rizab pertukaran asing.
Dato John Lee10 juga menekankan bahawa ekonomi kedua buah negara
Malaysia dan Brunei adalah berbeza. Penyebab-penyebab yang memerlukan
perubahan 'parity' dengan matawang lain mungkin berbeza dan ini memerlukan
satu pihak untuk keluar daripada perjanjian. Memandangkan masalah-masalah
teknikal adalah terlalu banyak untuk diatasi, adalah lebih bersesuaian bagi Negara
Brunei Darussalam mengeluarkan matawangnya sendiri.
Langkah pertama yang dilaksanakan oleh Lembaga Matawang Brunei
(Brunei Currency Board) adalah untuk mempastikan negara mempunyai satu
matawang yang boleh digunapakai oleh semua pihak. Lembaga Matawang telah
mengeluarkan matawanya yang pertama pada 12 Jun 1967 dimana 5 nilai

9

Borneo Bulletin, 7 Januari 1967
Ibid

10

5

(denomination) telah dikeluarkan iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100 dan wang syiling
dengan nilai 1c, 5c, 10c, 20c dan 50c.
Kesemua wang kertas dan syiling mempunyai gambar wajah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke28. Gambar di belakang wang adalah pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien.
Matawang ini hanya dikeluarkan bagi tahun 1967 sahaja.
Pada 4 Oktober 1967, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien telah bertitah bahawa Baginda akan turun takhta
dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah telah naik takhta selaku Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang ke-29.

Penghantaran pertama matawang yang baru ini tiba di Negara Brunei
Darussalam pada 15 Mei 1967 dengan jumlah sebanyak $70 juta11. Ianya dibawa
menggunakan sebuah kapal bernama 'City of Brooklyn' daripada Britain ke Labuan
dan dari Labuan ke Brunei, dengan menggunakan sebuah kapal Kerajaan. Tiga
buah kenderaan berat Jabatan Kerja Raya membawanya ke perbendaharaan. Bagi
mempastikan keselamatannya, dua buah kapal peronda Regimen Askar Melayu
Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Malaysia juga turut
mempastikan keselamatan kapal yang membawa matawang berkenaan.
Pada tahun 197012, matawang kertas yang baru dengan gambar wajah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dikeluarkan bagi
menggantikan matawang yang dikeluarkan pada tahun 1967. Pada tahun yang
sama juga duit syiling kupronikel $1 juga telah dikeluarkan sebagai syiling
peringatan (commemorative).
Pada tahun 197213, matawang kertas yang baru dengan gambar wajah yang
sama telah diedarkan di dalam tujuh nilai iaitu dengan tambahan matawangmatawang dengan nilai $500 dan $1,000. Kesemua matawang kertas melihatkan

11

Borneo Bulletin, 20 Mei 1967
Ministry of Finance website. http://www.mof.gov.bn/index.php/component/content/article/18bcmb/162-inroduction-bunei-currency-a-monetary-board
13
Ibid

12

6

dibelakangnya gambar Masjid Omar Ali Saifuddien kecuali matawang $1,000 yang
menunjukan gambar Muzium Brunei yang baru dibina.
Set 'proof' syiling yang pertama bagi syiling 1¢, 5¢, 10¢, 20¢, 50¢ and B$1
telah dikeluarkan pada tahun 197914.
Set matawang siri ke-tiga yang baru dengan 8 nilai dengan gambar wajah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang baru dan
pemandangan-pemandangan di Kampong Ayer di belakang matawang telah
diedarkan pada tahun 1989.15 Nilai-nilai matawang adalah $1, $5, $10, $50, $100,
$500, $1,000 dan dengan tambahan nilai yang baru $10,000.
Bersempena dengan sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Menaiki Takhta pada tahun 1992, satu matawang bernilai $25 telah diedarkan
sebagai tambahan kepada matawang-matawang yang sudah diedarkan16.
Percetakan matawang $25 ini adalah terhad.
Matawang plastik ataupun polimer mulai diedarkan pada tahun 1996. 17
Sebanyak tiga nilai matawang telah dikeluarkan iaitu $1, $5 dan $10. Tema utama
gambar di belakang matawang ini adalah hutan tropika. Bagi nilai-nilai matawang
yang tinggi, wang kertas masih dikekalkan dan pada akhir tahun 1996, dua nilai
matawang kertas baru dengan nilai $50 dan $100 telah diperkenalkan.
Pada tahun 2000,18 satu lagi matawang kertas nilai $500 yang baru juga
diedarkan. Gambar pemandangan di belakang matawang kertas ini adalah gambar
Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building).
Pada tahun 2001,19 Lembaga Matawang telah mulai mencetak syiling
sendiri apabila ianya beroperasi di bangunannya yang baru bersebelahan dengan
Bangunan Kementerian Kewangan di Commonwealth Drive.

Sistem Pertukaran Matawang (Exchange Rate System)

14

Ibid
Ibid
16
Ibid
17
Ibid
18
Ibid
19
Ibid
15

7

Sebelum 12 Jun 1967, ketiga-tiga Negara Malaysia, Republik Singapura dan
Brunei perlu membahagikan matawang yang dikeluarkan oleh Lembaga
Matawang Malaysia, Singapura dan Borneo di dalam persetujuan untuk
mengadakan matawang masing-masing dimana lebih kurang $1,545.3 juta berada
di pasaran dengan berasaskan aset bernilai $1,689 juta 20.
Kesemua matawang tersebut telah digantikan dimana Republik Singapura
telah menggantikan sebanyak $520.1 juta, Malaysia sebanyak $932.7 juta dan
Brunei $23.7 juta. Sebanyak 95.5% dari matawang lama telah digantikan dan asset
Lembaga Matawang tersebut juga dibahagikan menurut Perjanjian Matawang
1960 dimana Malaysia menerima 74%, Republik Singapura 18.3% dan Brunei
7.7%. Bermula 16 Januari 1969, matawang lama tidak lagi digunakan dan
digantikan dengan matawang-matawang baru.
Walau bagaimanapun, perjanjian

bagi membolehkan penerimaan

matawang di bawah Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang (Currency
Interchangeability Agreement; CIA) masih diteruskan di ketiga-tiga negara dimana
sebelumnya Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia 21 pada masa itu telah
menekankan akan keperluan bagi ketiga buah negara untuk mempunyai dasar
ekonomi dan kewangan yang selari.
Pada masa itu, matawang-matawang Malaysia dan Republik Singapura
menggunakan 'Fixed Exchange Rate System’ sama seperti matawang-matawang
dunia lain dengan menggunakan emas iaitu satu dolar bersamaan 0.290299 gram
emas.
Walau bagaimanapun, selepas 20 Jun 1973, hanya Republik Singapura dan
Brunei meneruskan Perjanjian CIA yang membolehkan penggunaan matawang
masing-masing di kedua buah negara sehingga sekarang.
Di bawah perjanjian tersebut, autoriti dan bank kedua buah negara
bersedia untuk menerima dan menukar matawang masing-masing tanpa
mengenakan sebarang bayaran. Kedua matawang juga dianggap sebagai
'customary tender' apabila ianya digunakan di negara yang ianya bukan 'legal
tender'.

20
21

Sheng-Yi Lee, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, 1974, pp58-59
Borneo Bulletin, 4 Februari 1967

8

Dengan menggunakan sistem matawang Republik Singapura, Negara
Brunei Darussalam dengan sendirinya telah menggunakan sistem yang digelar
sebagai 'Currency Board Arrangements'22.
Sistem ini merupakan satu dasar kewangan yang berasaskan komitmen
perundangan yang jelas iaitu untuk bertukar matawang domestik bagi matawang
asing tertentu pada kadar pertukaran yang tetap. Komitmen ini digabungkan
dengan sekatan ke atas pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan
tanggungjawab undang-undang tersebut dipenuhi. Ini menunjukkan bahawa
matawang domestik hanya akan dikeluarkan terhadap pertukaran asing dan ia
kekal disokong sepenuhnya oleh aset asing, tidak memerlukan fungsi bank pusat
tradisional seperti fungsi kawalan kewangan dan meninggalkan sedikit skop
untuk menjalankan dasar monetari secara budi bicara.
Keutamaan utama sistem ini23 adalah untuk mempastikan kestabilan
matawang tidak lagi dipersoalkan.
Pada masa yang sama, negara tidak memerlukan keupayaan untuk
menetapkan dasar kewangan mengikut pertimbangan domestik yang lain, dan
memudahkan bagi penetapan kadar pertukaran.
Ini juga akan memudahkan syarat-syarat perdagangan sesebuah negara,
tanpa mengira perbezaan kedudukan ekonomi antara ia dan negara dagangannya.
Pada kebiasaannya, Currency Board Arrangements mempunyai kelebihan
untuk negara-negara yang kecil dan mempunyai ekonomi terbuka yang
mendapati dasar kewangan yang bebas sukar untuk dikekalkan.
Sistem ini juga dijangka memberikan jaminan untuk kadar inflasi yang
rendah.

Kementerian Kewangan Selaku Pengawalselia Perbankan
Setelah kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984,
Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board) meneruskan peranannya
untuk mengawal sistem kewangan negara melalui pengawalan pengeluaran
matawang Brunei. Walau bagaimanapun, pengawalan sistem kewangan

22

International Monetary Fund, 2004. Classification of Exchange Rate Arrangements and Monetary
Policy Frameworks. https://www.imf.org/external/np/mfd/er/2004/eng/0604.htm
23
Wikipedia. Currency Board. https://en.wikipedia.org/wiki/Currency_board

9

khususnya pengawalseliaan bank-bank mulai dilaksanakan oleh Kementerian
Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984.
Pada tahun 1993, satu unit khas dinamakan Bahagian Institusi Kewangan
(Financial Institution Division) diketuai oleh seorang Pengarah telah ditubuhkan
di bawah Kementerian Kewangan khusus bagi mengendalikan pengawalselian
institusi-institusi perbankan dan kewangan termasuklah bank-bank, agensiagensi kewangan, syarikat-syarikat insurans dan juga syarikat pertukaran dan
penghantaran matawang.
Kementerian Kewangan melalui Bahagian Institusi Kewangan telah
memperkenalkan beberapa undang-undang baru diantaranya termasuklah
Banking Order, 2006, Islamic Banking Order, 2008; International Banking Order,
2000; Finance Companies Act, Chapter 89; Hire Purchase Order, 2006; Pawnbrokers
Order, 2002; dan Money-Changing and Remittance Businesses Act, Chapter 174.
Bagi bagi mempastikan sistem kewangan negara tidak terjejas oleh
kegiatan-kegiatan jenayah, beberapa undang-undang lain juga telah digubal
diantaranya24 ialah Money Laundering Order, 2000; Criminal Conduct (Recovery of
Proceeds) Order, 2000; Drug Trafficking (Recovery of Proceeds) Act, 2002; dan
Anti-Terrorism (Financial and Other Measures) Act, 2008.
Selain dari itu Kementerian Kewangan juga mengambil beberapa langkah
lain diantaranya seperti berikut:•

Menjadi ahli Asia/Pacific Group on Money Laundering (APGML);



Menubuhkan satu Unit Perisikan Kewangan (Financial Intelligence Unit;
FIU) di bawah Bahagian Institusi Kewangan di Kementerian Kewangan;



Mengadakan prosedur membuka akaun yang memerlukan keterangan
yang memuaskan mengenai identiti pelanggan. Pemilik sebenar juga
mesti dikenal pasti dan disahkan;



Mempastikan identiti pelanggan apabila mengadakan hubungan
perniagaan; dan untuk transaksi sekali sahaja apabila wang haram
disyaki dan transaksi tunai melebihi $15,000;



Menghendaki

institusi

kewangan

melaporkan

urus

niaga

mencurigakan kepada unit perisikan kewangan; dan
24

HSBC Global Connections. https://globalconnections.hsbc.com/downloads/treasury_profile-bn2015.pdf

10



Melaporkan semua pergerakan rentas sempadan matawang melebihi
$15,000 ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja semasa ketibaan.

Penubuhan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei Currency &
Monetary Board; BCMB)25
Pada 1 Februari 2004, Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)
telah digantikan dengan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei
Currency & Monetary Board; BCMB) di bawah satu Akta baru yang dikenali sebagai
Perintah Matawang dan Monetari, 2004 yang menggantikan Akta Matawang,
1967. Dengan adanya undang-undang baru ini, keahlian Lembaga juga telah
diubahsuai dan dikukuhkan.
Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) Lembaga juga
telah dilantik untuk menjadi Setiausaha kepada Lembaga.
Diantara tugas-tugas Lembaga ialah:


Mengurus secara cekap pengeluaran matawang dan penebusan
sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Matawang dan Monetari,
2004;



Memantau dan mengekalkan rizab luar untuk melindungi nilai
antarabangsa matawang Brunei dengan sandaran yang mencukupi
matawang dalam edaran;



Untuk menggalakkan kestabilan monetari dengan memastikan tahap
kecairan yang sesuai dan memantau perubahan dalam penunjuk
makroekonomi utama;



Bertindak sebagai agen untuk Kementerian Kewangan untuk
menerbitkan Sukuk Kerajaan;



Untuk mengeluarkan syiling-syiling Brunei dan syiling peringatan dan
pingat;



Bertindak sebagai depositori untuk keperluan 'Minimum Cash Balance’
(MCB) bank-bank tempatan untuk Kementerian Kewangan, Tabung
Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund), Bank

25

http://www.mof.gov.bn/index.php/component/content/article/18-bcmb/162-inroduction-buneicurrency-a-monetary-board

11

Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (Bank Dunia) dan
Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank); dan


Untuk berhubung dengan institusi antarabangsa seperti Pusat Latihan
Southeast Asian Central Bank (South East Asian Central Banks Research
and Training Centre; SEACEN) mengenai isu-isu yang berkaitan dengan
fungsi bank pusat.

BCMB juga meneruskan tanggungjawab bagi mengeluarkan matawangmatawang baru. Pada tahun 2004, dua matawang polimer telah diedarkan dengan
nilai $50 dan $100. Gambar di belakang matawang meneruskan tema hutan
tropika yang digunakan bagi nilai $1, $5 dan $10 sebelumnya.
Matawang $100 tersebut telah mendapat Hadiah Emas pada National
Australian Printing Awards ke-22, Sydney, Australia kerana rekabentuk termasuk
pengawalan sekuritinya diantara yang terbaik.
Pada tahun 2006 pula, dua lagi matawang polimer baru dengan nilai $500
dan $10,000 telah diperkenalkan.
Matawang $500 polimer mempunyai perbezaan dimana gambar potret AlMarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei
yang ke-28 telahpun digunakan. Sementara gambar di belakang adalah gambar
pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Bangunan Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah. Rekabentuk matawang ini juga telah memenangi hadiah Perak
di National Australian Printing Awards ke-24, Sydney, Australia pada 25 Mei 2007.
Gambar pemandangan di belakang matawang polimer $10,000 pula
menunjukan gambar bangunan Majlis Mesyuarat Negara. Matawang ini juga
mendapat hadiah Emas di National Australian Printing Awards ke-24, Sydney,
Australia.
Pada tahun 2007, Brunei Darussalam dan Republik Singapura menyambut
ulang tahun ke-40 Perjanjian CIA pada 12 Jun 2007.
Bersempena dengan majlis yang penuh bermakna itu, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan
Yang Terutama Encik Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura
bersama-sama melancarkan matawang polimer $20 baru yang dikeluarkan oleh
12

kedua-dua negara dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 27 Jun 2007.
Buat kali pertama, BCMB telah mengeluarkan satu matawang peringatan
berjenis polimer yang bernilai $20 untuk memperingati ulang tahun Perjanjian
CIA ke-40 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada Jun
2007.
Reka

bentuk

hadapan

bagi

matawang

peringatan

Brunei

pula

menunjukkan wajah muka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam manakala matawang
peringatan Republik Singapura menunjukkan wajah muka Yusof Ishak, Presiden
pertama Republik Singapura. Reka bentuk belakang bagi matawang peringatan
tersebut adalah sama dengan matawang peringatan Republik Singapura bernilai
$20 yang sama-sama dikeluarkan bagi memperingati ulangtahun Perjanjian CIA
ke-40.
Pada tahun tersebut, BCMB juga mengeluarkan matawang polimer $1,000
yang baru. Gambar pemandangan di belakang wang kertas polimer $1,000 yang
baru ini menunjukan bangunan Kementerian Kewangan.

Penubuhan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD)26
Pada 15 Julai 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam bersempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan
Baginda yang ke-64 telah bertitah:
“Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan
Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal
kewangan, dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang
digelar Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary
Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuatkuasa pada 1
Januari, 2011. Badan ini akan bertanggungjawab, termasuk keatas

26

Laman web Autoriti Monetari Brunei Darussalam. http://www.ambd.gov.bn/Home.aspx

13

dasar-dasar monetari, pengawalseliaan institusi kewangan dan
pengurusan matawang.”
Bermula 1 Januari 2011, BCMB telah digantikan oleh Autoriti Monetari
Brunei Darussalam (AMBD).
Di bawah undaing-undang, AMBD ditadbir oleh sebuah Lembaga yang
diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah,
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Lain-lain ahli lembaga AMBD
termasuk beberapa orang menteri-menteri kabinet. Mesyuarat pertama telah
diadakan pada hari Isnin 5 Safar 1432 / 10 Januari 2011.
AMBD mengambil aleh tugas-tugas daripada BCMB dan juga daripada
Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Pengawalan Sistem Perbankan di Kementerian
Kewangan iaitu:


Bahagian Institusi Kewangan (Financial Institutions Division - FID);



Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei Currency and
Monetary Board - BCMB);



Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei (The Brunei International
Financial Center - BIFC); dan



Sebahagian dari Research and International Division (RID)

AMBD ditubuhkan sebagai satu badan korporat yang bertindak sebagai
bank pusat Brunei Darussalam, dan melaksanakan fungsi teras termasuk
penggubalan dan pelaksanaan dasar monetari, pengawalseliaan dan penyeliaan
institusi kewangan dan pengurusan wang.
AMBD ditubuhkan melalui Perintah AMBD, 2010 dimana undang-undang
ini, antara lain, memperuntukkan untuk Lembaga dan perkara yang berkaitan
kepada objek, operasi, pentadbiran, fungsi, kuasa dan kewajipan AMBD termasuk
hubungan antara AMBD dan Kerajaan; hubungan antara AMBD dan bank-bank
dan kewangan institusi; dan pindaan berbangkit dan berkaitan dengan lain-lain
undang-undang bertulis yang mengawal aktiviti dikawalselia oleh AMBD.
Diantara objektif-objektif utama AMBD adalah seperti berikut:
14



Untuk mencapai dan mengekalkan kestabilan harga dalam negeri;



Untuk memastikan kestabilan sistem kewangan, khususnya dengan
merangka peraturan-peraturan

kewangan dan piawaian yang

berhemat;


Membantu dalam pertubuhan tersebut dan berfungsi daripada sistem
pembayaran dan penyelesaian yang cekap dan untuk menyelia mereka;
dan



Untuk menggalakkan dan mengembangkan sektor perkhidmatan yang
kukuh dan progresif.

Selaras dengan pengenalan Perintah AMBD, 2010, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam juga telah memperkenankan pindaan kepada Perintah Matawang dan
Monetari, 2004 , dinamakan Perintah Matawang dan Monetari (Pindaan), 2010,
yang juga bermula pada 1 Januari 2011.
Perintah ini, antara lain, memperuntukkan bagi pemindahan kuasa BCMB
kepada AMBD, termasuk aset dan liabilitinya. Di samping itu, Perintah ini juga
memperuntukkan penubuhan Kumpulan Matawang untuk tujuan pengurusan
matawang.
Menurut Oxford Business Group dalam buku The Report Brunei Darussalam
201627, Perintah AMBD memberikan AMBD kuasa yang luas pengawalan dan
penyeliaan sektor ini, dengan kuasa suatu pertubuhan perbadanan berkanun. Di
samping menyelia sektor perbankan, AMBD juga menguruskan dasar kewangan
Brunei Darussalam, termasuk perjanjian dengan Singapura, di mana dolar Brunei
adalah dibolehtukar dengan Dolar Singapura. Ini adalah ciri unik sektor
perbankan Brunei, dengan mata wangnya diuruskan dengan berkesan oleh Pihak
Berkuasa Kewangan Singapura, di samping mata wang tempatan.
Dasar monetari negara yang telah dipertanggungjawabkan kepada AMBD
adalah dari itu bagi memastikan kebolehtukaran penuh wang asas dengan kadar
pertukaran tetap iaitu pada nilai setara dengan Dolar Singapura sebagai disiplin
kewangan negara yang menggunakan sistem Currency Board. Perjanjian CIA

27

Oxford Business Group, 2016. The Report Brunei Darussalam 2016.

15

antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura
masih diteruskan dnegan tertubuhnya AMBD dimana di bawah perjanjian ini,
matawang Republik Singapura adalah ‘customary tender’ di Brunei dan sebaliknya

bagi matawang Brunei di Republik Singapura.

AMBD juga dipertanggungjawabkan bagi pengeluaran maklumat dimana
maklumat mengenai dengan dasar-dasar kewangan dan perangkaan akan
dikeluarkan melalui laman web AMBD. AMBD juga akan mengeluarkan arahan
dan notis kepada institusi kewangan bila diperlukan.
AMBD adalah autoriti bagi mempastikan kestabilan kewangan dan
pengawalselia sektor kewangan iaitu melalui Jabatan Regulatori yang terdiri dari
Bahagian Penyeliaan Perbankan dan Pasaran Khusus dan Bahagian Penyeliaan
Insurans/Takaful dan Pasaran Modal. Fungsi regulatori dan pengawalselian akan
menggunakan pengawalseliaan samada off-site atau on-site dan menggunakan
pendekatan berasaskan risiko (risk based approach).
AMBD juga meneliti keperluan untuk perlaksanaan Basel II dimana
perjanjian Basel II ini adalah perjanjian bertujuan untuk meminda piawaian
antarabangsa yang mengawal beberapa banyak modal yang perlu dipegang oleh
bank-bank untuk mengawalnya daripada risiko-risiko kewangan dan operasi
yang dihadapi oleh bank-bank. Pada masa ini, bank-bank di Brunei juga sudah
memenuhi keperluan Basel III common equity. Selain dari itu AMBD juga
memenuhi

piawaian

Pertubuhan

Suruhanjaya

Sekuriti

Antarabangsa

(International Organisation of Securities Commissions; IOSCO).
Melalui Financial Intelligence Unit (FIU), AMBD juga bertanggungjawab
mengenai dengan hal ehwal kewangan yang berkaitan dengan jenayah dan
pengganasan dimana terdapat beberapa undang-undang seperti Anti Terrorism
Order, 2011; Anti-Terrorism Order (Amendment), 2012; Anti Terrorism Order
(Amendment)(No.2), 2012; Criminal Asset Recovery Order, 2012 dan Anti Terrorism
(Terrorist Financing) Regulations, 2013.

Perlaksanaan Dasar-Dasar AMBD

16

Menurut satu lapuran akhbar,28 sistem kewangan yang berfungsi dengan
baik akan membolehkan pemindahan wang yang cekap diantara penyimpan dan
peminjam. Kepentingannya sering diambil mudah.
Mengawal dan menyelia institusi-institusi kewangan merupakan salah
satu fungsi utama AMBD. Jenis-jenis institusi kewangan di bawah pengawalseliaan
AMBD adalah termasuk bank-bank dan syarikat kewangan; bank-bank luar
persisir; syarikat insurans dan takaful; pengantara pasaran modal; syarikat
tukaran wang; perniagaan kiriman wang; dan pengendali pajak gadai. AMBD
sentiasa berusaha untuk memastikan peraturan dan proses penyeliaannya selaras
dengan

piawaian

tertinggi

yang

ditetapkan

oleh

organisasi-organisasi

antarabangsa termasuk Jawatankuasa Basel (Basel Committee), Persatuan
Penyelia Insurans Antarabangsa (International Associations of Insurance
Supervisors; IAIS) dan IOSCO.
Dari segi rangka kerja regulatori, AMBD bukan sahaja mentadbir dan
menguatkuasakan beberapa perundangan, tetapi juga mengeluarkan notis dan
garis panduan supaya memastikan peraturan-peraturan sentiasa relevan dan
terkini mengikut perubahan dan keperluan semasa. Di samping itu, AMBD
sentiasa mengumpul beberapa penunjuk kekukuhankewangan mikro mengenai
sistem kewangan sebagai sebahagian daripada rangka kerja pengawasannya.
AMBD juga mempunyai rangka kerja penyeliaan bagi memastikan semua
institusi kewangan mematuhi peraturan-peraturannya. Rangka kerja ini termasuk
dan tidak terhad kepada pemantauan berterusan secara off-site; pemeriksaan
secara onsite; mengadakan sesi muzakarah dengan ketua-ketua pegawaieksekutif
institusi kewangan; dan berinteraksi rapat antara institusi kewangan dan AMBD
melalui dialog dan perbincangan berterusan.
Bagi melengkapkan rangka kerja ini, AMBD juga menyediakan beberapa
jaringan keselamatan kewangan yang penting untuk mengekalkan kestabilan
sistem kewangan. Satu jaringan keselamatan itu ialah kemudahan ‘lender of last

resort’. Sebagai ‘lender of last resort’, AMBD boleh menawarkan pinjaman

kecemasan kepada bank atau kumpulan bank-bank yang mengalami masalah

28

AMBD as Brunei's Financial Driving Force. Borneo Bulletin, 26 April 2015

17

kewangan dan dengan itu melindungi kestabilan institusi dan sektor kewangan
keseluruhan.
Satu lagi jaringan keselamatan kewangan sedia ada, adalah skim
perlindungan deposit. Skim ini ditadbir oleh Perbadanan Perlindungan Deposit
Brunei Darussalam (Brunei Deposit Protection Corporation; BDPC), yang
menyediakan perlindungan kepada penyimpan-penyimpan deposit bagi deposit
masing masing sehingga maksimum B$50,000 yang disimpan dengan institusi ahli
(semua bank dan syarikat kewangan yang berlesen di negara ini) sekiranya
mereka tidak berupaya memenuhi liabiliti-liabiliti depositnya.
Satu lagi peranan AMBD yang penting dalam menjaga sistem kewangan
adalah mencegah dan menangani jenayah kewangan seperti pengambilan deposit
tanpa lesen, skim cepat kaya atau skim Ponzi, pembersihan wang haram dan
pembiayaan keganasan. Program kesedaran awam sentiasa dijalankan oleh AMBD
untuk mendidik orang awam dan institusi-institusi kewangan ke atas keburukan
jenayah kewangan.
AMBD juga menguruskan susunan Currency Board dan Perjanjian CIA, yang
merupakan dasar berasaskan kepada kadar pertukaran di mana nilai Dolar Brunei
adalah tetap satu-sama-satu dengan Dolar Singapura. Dasar kewangan
berdasarkan kadar pertukaran ini telah dilaksanakan sejak 1967 dan telah
membantu mengekalkan kestabilan nilai Dollar Brunei.
AMBD juga aktif memainkan peranan pembekal infrastruktur kewangan.
Pada bulan September 2012, ia memperkenalkan perkhidmatan Biro Kredit
kepada semua bank-bank berlesen, syarikat kewangan dan Tabung Amanah Islam
di negara ini.
Perkhidmatan ini termasuk mengumpul dan menyatukan maklumat kredit
daripada ahli dan menyerahkannya kepada mereka dalam bentuk laporan kredit.
Pada bulan September 2014, Biro Kredit dilanjutkan perkhidmatannya kepada
orang ramai dengan pengenalan Pertanyaan & Perkhidmatan Penyelesaian
Pertikaian Sendiri (Self Inquiry & Dispute Resolution; SIDR). Perkhidmatan ini
membolehkan orang ramai untuk mendapatkan akses kepada laporan kredit
mereka dan mengesahkan maklumat kredit mereka.
AMBD juga telah melancarkan Sistem Penyelesaian Kasar Masa Nyata (Real
Time Gross Settlement; RTGS) pada November 2014 sebagai sebahagian daripada
18

proses pemodenan sistem pembayaran dan penyelesaian Brunei. Ia mengambil
alih 'clearing house' yang dikendalikan oleh Persatuan Bank-Bank Brunei (Brunei
Association of Banks; BAB) pada bulan Disember 2014, yang akan digantikan
dengan Automatic Clearing House (ACH) pada pertengahan 2015.
Beberapa langkah lain juga telah diambil oleh AMBD, 29 diantaranya ialah
memperkenalkan beberapa undang-undang baru bagi pasaran modal Brunei iaitu
Perintah Pasaran Sekuriti, 2013 dan Peraturan Pasaran Sekuriti, 2015 yang
berkuatkuasa pada 1 Februari 2016. Undang-undang ini merupakan rangkakerja
bagi menyediakan asas pertumbuhan pasaran modal abad ke-21 yang moden.
Selain itu, pada 4 Mac 2016, AMBD telah menjadi penandatangan penuh
kepada Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala (Multilateral MoU) IOSCO. Ini
akan melengkapkan AMBD dengan alat-alat penguatkuasaan dan pengawalseliaan
bagi pasaran sekuriti dan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara
penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala tersebut.
Bagi usaha-usaha seterusnya, AMBD dan Kementerian Kewangan
berkerjasama untuk mewujudkan pasaran saham nasional dimana ini merupakan
satu langkah utama ke arah meningkatkan pembangunan pasaran modal Negara
Brunei Darussalam.
Pelancaran bursa saham itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan
ekonomi dan pengembangan perniagaan melalui membolehkan perniagaan
Brunei untuk meneroka laluan pembiayaan alternatif. Lebih-lebih lagi, ia akan
memudahkan integrasi, serantau terutamanya melalui ASEAN Capital Market
Development dan inisiatif Forum Pasaran Modal ASEAN (Asian Capital Market
Forum; ACMF), dan yang paling penting adalah ianya akan mencetuskan peluang
pelaburan asing yang lebih besar.
AMBD juga sedang melaksanakan Depositori Sekuriti sendiri yang akan
mengautomasikan dan memudahkan pengurusan isu-isu Sukuk kerajaan dan
akan membuka pasaran Sukuk secondary untuk menangani permintaan dan
keperluan para pelabur. Inisiatif-inisiatif ini akan bertindak sebagai pemangkin
dalam memacu pertumbuhan pasaran modal tempatan.
29

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin
Haji Osman, Menteri Pendidikan Selaku Timbalan Pengerusi AMBD di Asia Asset Management 12th
Annual Brunei Darussalam Roundtable dengan tema: Capital Markets Identifying Growth Drivers. 6
September 2016

19

Tugas-tugas di AMBD kekal mencabar walaupun banyak kemajuan telah
tercapai. AMBD akan terus melibatkan industri dan mencari jalan untuk
membangunkan pasaran modal Brunei lagi tanpa menjejaskan kekukuhan sistem
kewangan.
AMBD telah menghasilkan Pelan Sektor Kewangan 10 Tahun 2016 - 2025
Brunei Darussalam yang mana ia telah memperuntukkan Kewangan Islam sebagai
industri utama yang akan dibangunkan dan dipertingkatkan. Kejayaan
rangkakerja ini akan memerlukan kerjasama yang berterusan dan penyelarasan
antara AMBD dan agensi-agensi berkaitan, institusi kewangan dan semua pihak
yang terlibat.

Sejarah Ringkas Perbankan di Negara Brunei Darussalam
Sistem perbankan Negara Brunei Darussalam yang ada adalah
menggunakan dua sistem iaitu terdiri daripada bank bank Islam dan
konvensional. Sistem perbankan yang ada terdiri daripada lapan buah bank sebuah bank Islam dan tujuh buah bank konvensional, berserta dengan Tabung
Amanah Islam (TAIB) yang ditubuhkan di bawah undang-undangnya sendiri.
Daripada lapan buah bank ini, tiga adalah bank-bank antarabangsa, tiga bankbank serantau dan dua buah bank tempatan.
Di samping itu, terdapat juga tiga buah syarikat kewangan berlesen, dua
konvensional dan sebuah menggunakan kaedah Islam. Ketiga-tiga syarikat
kewangan yang dimiliki anak syarikat tiga bank berlesen sepenuhnya di Brunei
Darussalam.
Selain dari itu, terdapat juga empat buah bank luar pesisir beroperasi
dalam rangka Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 (International Banking
Order, 2000). Pada masa ini hanya terdapat sebuah pemegang pajak gadai berlesen
di Negara Brunei Darussalam.
Undang-undang yang mengawalselia semua bank dan institusi kewangan
yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam adalah seperti berikut 30:-

30



Banking Order, 2006



Islamic Banking Order, 2008

Autoriti Monetari Brunei Darussalam

20



International Banking Order, 2000



Finance Companies Act, Chapter 89



Hire Purchase Order, 2006



Pawnbrokers Order, 2002



Money-Changing and Remittance Businesses Act, Chapter 174

Mengikut pengkaji-pengkaji sejarah perbankan Brunei 31

32,

terdapat

beberapa buah bank yang pernah beroperasi di Negara Brunei Darussalam dan
tidak lagi beroperasi pada masa ini. Sejarah ringkas bank-bank yang pernah dan
masih lagi beroperasi di Brunei adalah seperti berikut.
Bank yang pertama ialah sebuah bank yang dibuka oleh Kerajaan pada
tahun 1935 iaitu Post Office Savings Bank. Walau bagaimanapun, selepas Perang
Dunia Kedua, bank ini tidak lagi beroperasi kerana kesemua dokumendokumennya telah musnah semasa peperangan tersebut.
HSBC33

merupakan

bank

antarabangsa

yang

terawal

membuka

cawangannya di Brunei pada tahun 1947 dengan menggunakan namanya pada
masa itu iaitu Hongkong and Shanghai Bank. Bank ini dalam proses untuk
menamatkan perkhidmatannya di Brunei Darussalam bermula dari tahun 2016.
Selepas itu, satu lagi bank antarabangsa, Standard Chartered Bank
membuka cawangan pertama di Brunei pada tahun 1958.
Bank Malaysia yang pertama iaitu Malayan Bank mulai beroperasi di
negara ini pada tahun 1960. Sebuah lagi bank Malaysia, RHB Bank34 memulakan
operasinya di negara ini pada tahun 1965 di bawah nama United Malayan Banking
Corporation (UMBC). Pada tahun 1996, ia berubah menjadi Sime Darby Bank
sebelum bertukar nama menjadi RHB Bank pada tahun 1999.
Bank tempatan yang pertama iaitu National Bank of Brunei (NBB) mulai
beroperasi pada tahun 1964 tetapi telah ditutup pada tahun 1986 dan

31

M. Shahid Ebrahim dan Tan Kai Joo, 2001. Islamic Banking in Brunei Darussalam. International
Journal of Social Economics, Vol. 28, No. 4, 2001 pp 314-337
32
Mohammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Yusra Abdullah, Mohd Afifuddin Mohamad, Ummu Zainab
Al-Abidah Zainal Abidin, 2013. The Historical Development of Modern Islamic Banking: A Study in
Southeast Asia Countries. The African Journal of Business Management, 2013.
33
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Hongkong_and_Shanghai_Banking_Corporation
34
http://www.rhbgroup.com/about-us/our-regional-presence/brunei/

21

dicantumkan dengan Island Development Bank untuk menjadikan satu bank baru
iaitu International Bank of Brunei (IBB)
Sebuah lagi bank antarabangsa, Citibank memulakan operasi di Brunei
pada tahun 1971. Bank ini telah menamatkan perkhidmatannya di Brunei pada
tahun 2014. Sebuah lagi bank Amerika iaitu Bank of America juga mulai beroperasi
pada tahun 1970an dan menamatkan perkhidmatannya dalam tahun 1980an.
Bank Singapura Overseas Union Bank (OUB)35 memulakan operasinya di
Brunei pada tahun 1974. Ia berubah menjadi United Overseas Bank (UOB) pada
tahun 2002 dan telah tutup pada tahun 2015 apabila operasinya telah dijual ke
Baiduri Bank.
Island Development Bank telah ditubuhkan pada tahun 1980. Ia menjadi
International Bank of Brunei setelah bercantum dengan National Bank of Brunei
pada tahun 1986 dan selepas itu menjadi Islamic Bank of Brunei (IBB) pada tahun
1993. Sebuah lagi bank tempatan iaitu Development Bank of Brunei (DBB) telah
ditubuhkan pada tahun 1995 sebelum bertukar nama untuk menjadi Islamic
Development Bank of Brunei (IDBB).
Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) merupakan institusi kewangan Islam
pertama yang bukan jenis bank di Brunei apabila ianya ditubuhkan pada tahun
1991.
Sementara itu sebuah lagi bank tempatan, Baiduri Bank telah ditubuhkan
pada tahun 1992.
Islamic Bank of Brunei (IBB) dengan Islamic Development Bank of Brunei
(IDBB) telah bercantum pada tahun 2006 untuk menjadikannya Bank Islam Brunei
Darussalam (BIBD).
Bank of China (Hong Kong) telah memulakan operasinya di negara ini mulai
tahun 2016. Bank tersebut telah diberikan lesen untuk beroperasi pada bulan
April 2016.36
Sebagai tambahan, empat buah bank luar pesisir yang beroperasi dalam
rangka Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 (International Banking Order,
2000) yang terdiri seperti berikut37:

35

https://en.wikipedia.org/wiki/United_Overseas_Bank
The Financial Times UK, 2016. Thursday 21 April 2016, p.17
37
Autoriti Monetari Brunei Darussalam
36

22



CIMB Investment Bank Berhad (Brunei)



Overseas-Chinese Banking Corporation (OCBC) Limited



Royal Bank of Canada



Sun Hung Kai International Bank (Brunei) Limited

Rumusan
Perkembangan-perkembangan sistem kewangan dan perbankan di negara
ini memperlihatkan bagaimana keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
bagi mempastikan bahawa kestabilan negara ini bukan saja di peringkat
keselamatan (security) tetapi juga melalui kestabilan sistem perekonomiannya
dan sistem kewangannya kerana tanpa adanya sistem kewangan yang stabil,
negara tidak akan dapat maju dan rakyat dan penduduk tidak akan dapat
melaksanakan kehidupan harian masing-masing.
Di dalam mempastikan kestabilan ekonomi melalui sistem kewangan dan
perbankan negara, Baginda sebagai seorang pemimpin Islam teladan yang moden
dan kontemporari telah dapat memenuhi keperluan-keperluan rakyat dan pada
masa yang sama dapat memenuhi keperluan kehendak agama Islam daripada dua
sudut, iaitu melalui keperluan untuk memenuhi Maqasid Al-Syariah dan juga
keperluan pembinaan negara seperti yang digariskan oleh Imam Al-Mawardi.
Dalam konsep maqasid ini, terdapat beberapa tuntutan yang menghendaki
setiap manusia untuk menyeimbangkan kehidupan akhirat dan dunia dengan
seruanNya untuk mempertahankan lima prinsip tunjang matlamat syariah iaitu
agama, nyawa, harta, akal dan keturunan.
Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan perlu dipertahankan
kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah
satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan
menjejaskan agama dan kehidupan.
Oleh itu, langkah-langkah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam
mempastikan

sistem

kewangan

dan

perbankan

berjalan

lancar

bagi

membolehkan masyarakat di Negara Brunei Darussalam mempunyai ekonomi
yang mantap, stabil dan kukuh dan menjadikan ekonomi negara ini sebagai contoh
23

kepada negara Islam yang lain, adalah memenuhi kewajipan di bawah Maqasid AlSyariah tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah berusaha untuk melahirkan
sebuah negara Islam yang berteraskan Kesultanan Melayu Islam bagi pembinaan
bangsa dengan menghidupkan dan memelihara enam sendi utama 38 seperti mana
jua yang digariskan oleh Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya ‘Adab al-Dunya wa
al-din’, iaitu:


Ugama yang ditaati;



Pemerintahan yang berwibawa;



Keadilan yang menyeluruh;



Keamanan yang merata;



Kesuburan yang berpanjangan; dan



Harapan dan cita-cita yang besar.

Di dalam mempastikan kestabilan ekonomi, ianya akan menjurus kepada
kesuburan yang berpanjangan dan ini akan menghasilkan negara mewah dan
makmur, ekonominya berkembang dan teratur dan segala keperluan hidup dapat
diperolehi dengan mudahnya dan anggota masyarakat dapat hidup dalam
keadaan rukun damai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dapat menyediakan dan
menyempurnakan perkara ini dan ini telah dapat dilihat membawa kemakmuran
ke dalam kehidupan rakyat, dan menghindarkan rakyat dari sebab-sebab yang
boleh menyusahkan kehidupan mereka. Dengan demikian, dapatlah Negara
Brunei Darussalam menegakkan kebajikan masyarakat, dan umat, dan
memelihara maslahat dan kepentingan mereka sebagai rakyat di sebuah negara
Melayu Islam Beraja (MIB).

+++++

38

Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Dr Hj Mohd Zain bin Haji Serudin, 2008. Kesultanan Melayu
Islam Teras Pembinaan Bangsa. Akademi Pengajian Brunei, UBD

24

Rujukan:
Borneo Bulletin 1967. Brunei $ - The Reason Why. Borneo Bulletin, 7 January
1967
Borneo Bulletin 1967. We're in the money. Borneo Bulletin, 20 May 1967
Borneo Bulletin, 1967. Brunei Calm About Cash. Borneo Bulletin, 4 February 1967
Borneo Bulletin, 2015. AMBD as Brunei's Financial Driving Force. Borneo Bulletin,
26 April 2015
Brunei Annual Report 1906
M. Shahid Ebrahim dan Tan Kai Joo, 2001. Islamic Banking in Brunei Darussalam.
International Journal of Social Economics, Vol. 28, No. 4, 2001 pp 314-337
Mohammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Yusra Abdullah, Mohd Afifuddin
Mohamad, Ummu Zainab Al-Abidah Zainal Abidin, 2013. The Historical
Development of Modern Islamic Banking: A Study in Southeast Asia Countries.
The African Journal of Business Management, 2013.
Mohd Shauki Abdul Majid, 2014. Pendekatan Wasatiyah Untuk Semua. Utusan
Malaysia 4 April 2014
Oxford Business Group 2016. The Report Brunei Darussalam 2016.
Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Dr Hj Md Zain bin Haji Serudin, 2008.
Kesultanan Melayu Islam Teras Pembinaan Bangsa. Akademi Pengajian
Brunei, UBD
Rozan Yunos, 2007. Brunei Currency Notes Before 1967. The Brunei Times 30
June 2007
Sheng-Yi Lee, 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and
Malaysia. 1974, pp58-59

Rujukan On-Line:
Autoriti Monetari Brunei Darussalam Website. Ucapan Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman,
Menteri Pendidikan Selaku Timbalan Pengerusi AMBD di Asia Asset
Management 12th Annual Brunei Darussalam Roundtable dengan tema:
Capital Markets Identifying Growth Drivers. 6 September 2016
Autoriti Monetari Brunei Darussalam Website.
http://ww