Elemen Elemen Pemindahan Risiko Dalam Ko

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

60. ELEMEN-ELEMEN PEMINDAHAN RISIKO DALAM KONTRAK
PEMBIAYAAN RUMAH SECARA ISLAM 54.
Rahisam Ramli55
Mohd Sabree Nasri
Nurul Athirah Mohd Azmi
Rusyda Yahya56

Abstrak
Kertas ini bertujuan mengenalpasti elemen-elemen pemindahan risiko menerusi kontrak
pembiayaan rumah. Keperluan kajian bertitik tolak dari dapatan kajian Bank Negara Malaysia pada
tahun 2014 merekodkan sebanyak 46.8% tujuan pembiayaan rakyat Malaysia adalah untuk
membeli rumah. Namun dari aspek amalan pasaran dan pemerkasaan pengguna tahun 2014
mendedahkan sebanyak 26% pengguna tidak memahami risiko produk. Sebanyak 41% responden
hanya memahami manfaat produk sahaja dan 8% tidak memahami manfaat, kos atau risiko produk.
Manakala kes-kes membabitkan pembiayaan perumahan di mahkamah yang masih berlaku akibat
kekeliruan mengenai konsep pemindahan risiko yang wujud antara bank dan pelanggan. Keadaan
ini boleh mendedahkan pengabaian tanggungjawab pelanggan kepada bank sekiranya berlaku

risiko kemungkiran atau kes penamatan awal terhadap kontrak pembiayaan rumah. Implikasi lain
ialah wujudnya ketidakstabilan terhadap prestasi, kecekapan urustadbir dan kadar keuntungan
produk perbankan Islam. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam
talian dan perpustakaan. Penemuan awal mendapati elemen-elemen pemindahan risiko telah
digunapakai oleh industri pembiayaan namun kurang diberi perhatian dalam kontrak pembiayaan
rumah. Elemen tersebut perlu difahami oleh pihak berkontrak agar selari dengan penentuan kadar
untung yang diambil. Justeru elemen pemindahan risiko memberi gambaran sebenar
tanggungjawab dan penentuan kadar keuntungan dalam pembiayaan rumah.
Katakunci; risiko, pemindahan risiko, pembiayaan rumah; perbankan Islam;kadar keuntungan.

Pendahuluan
Pemilikan rumah adalah keperluan asas yang penting kepada manusia dalam apa jua keadaan selain
keperluan makanan, kesihatan, pendidikan dan pakaian. Namun memiliki rumah bukan satu
perkara mudah bagi kebanyakan orang. Antara sumber yang menjadi pilihan untuk memiliki rumah
54
Kertas kerja dibentangkan dalam 6th International Conference on Global Business & Social Entrepreneurship pada
7 & 8 Disember 2016 di Holiday Villa Hotel Kota Bharu, Kelantan.
55
Pensyarah Akademi Pengajian Islam. Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka, 78200 Kuala Sungai
Baru

Melaka, Emel: rahisam@kuim.edu.my
56
Pensyarah Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan, Kolej Universiti Islam Melaka, 78200 Kuala Sungai Baru
Melaka

498

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

adalah melalui pinjaman perumahan atau disebut sebagai pembiayaan dalam perbankan Islam. Ini
disebabkan tahap kebolehupayaan seseorang untuk memiliki rumah memerlukan komitmen dalam
dua bentuk. Komitmen pertama; bayaran ansuran rumah secara berterusan dalam jumlah yang
besar. Komitmen kedua; tempoh pembiayaan pula mengambil masa yang panjang seperti 20-30
tahun atau mengikut umur persaraan.
Bank Negara Malaysia pada tahun 2012 melaporkan 46.8% tujuan pembiayaan rakyat
Malaysia adalah untuk membeli rumah. Namun sebanyak 26% pengguna tidak memahami risiko
produk. Keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya pengabaian tanggungjawab pelanggan
kepada bank sekiranya berlaku risiko kemungkiran atau kes penamatan awal kontrak pembiayaan

rumah. Implikasi lain ialah wujudnya ketidakstabilan terhadap prestasi, kecekapan urustadbir dan
kewangan kepada pemberi pembiayaan iaitu perbankan Islam. Kenaikan harga rumah memberikan
implikasi kepada hutang isi rumah, maka penilaian bank yang sewajarnya terhadap tahap
kemampuan membayar juga adalah penting untuk menyederhanakan hasrat peminjam yang
mungkin terdorong untuk mengambil hutang yang berlebihan bagi memenuhi keinginan memiliki
rumah. Dengan pelaksanaan Garis Panduan Mengenai Amalan Pembiayaan yang
bertanggungjawab, penilaian bank terhadap tahap kemampuan membayar adalah jauh lebih baik.
Kepentingan lembaran merupakan aspek penting diberi perhatian agar pihak terbabit lebih
memahami dan bersedia ke arah pelaksanaan tanggungjawab dalam melunaskan pembiayaan
rumah (Bank Negara Malaysia, 2014).
Sorotan Kajian Lepas Mengenai Risiko
Terdapat pelbagai definisi mengenai risiko. Antaranya risiko didefinisikan sebagai sesuatu yang
dikaitkan dengan hasil yang tidak diingini atau tidak dijangka, ketidaktentuan yang berkaitan
mungkin dilihat dari aspek positif dan negatif. Risiko juga dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa
masa depan yang tidak menentu yang boleh mempengaruhi pencapaian matlamat bank, termasuk
objektif strategik, operasi, kewangan dan pematuhan (Solomon et al. ,2000; Abd Ghafar Ismail
2015). Selain itu, Megginson (1997) telah mentafsir risiko sebagai kemungkinan besar kepada
kerugian. Risiko juga dikaji dan dikenalpasti sebagai salah satu subjek dalam sains sosial yang
termasuk statistik, ekonomi, pengurusan kewangan dan insurans. Penelitian risiko dalam setiap
bidangan ilmu ini berdasarkan aspek-aspek tertentu yang berbeza antara satu sama lain. Risiko

dalam bahasa Arab disebut sebagai mukhatir atau mukhatarah atau khatr. Khatr menurut
pandangan ahli ilmuan, dari sudut bahasa, menyatakan bahawa risiko adalah terdedah kepada
kerosakan dan kebinasaaan atau hampir kepada bahaya kebinasaan) (Ibn Manzur, 1990). Tetapi
menurut jumhur ulama‟, khatr mempunyai pelbagai maksud seperti perjudian (maysir),
ketidakpastian (gharar) ataupun ganti rugi (Al-Alawanah, 2009).
Konsep risiko dalam perbankan dan kewangan Islam boleh difahami apabila dilihat dari
dua dimensi: (1) larangan gharar; dan (2) kebebasan kontrak. Perbincangan mengenai risiko
operasi di bank-bank Islam adalah penting dan menjadi lebih rumit berbanding dengan perbankan
konvensional kerana ciri-ciri kontrak yang unik dan persekitaran undang-undang umum. Walaupun
prinsip teras Basel II asas penyeliaan perbankan berkesan sama berkaitan dengan baik dan ideal
sesuai dengan institusi perbankan Islam, pengurusan risiko dan amalan pengurusan risiko yang
masih memerlukan penyesuaian khusus kepada ciri-ciri operasi bank-bank Islam Marliana
Abdullah et al. (2011). Teori tanggungan risiko dari aspek kewangan Islam dirujuk sebagai alghurm bil ghunm (liabiliti sejajar dengan ganjaran) (Ahmad al-Zarqa’, 1989, h. 437). Perbincangan
mengenai jenis-jenis risiko dalam kewangan telah banyak dikaji seperti Selma, 2014; Imran 2014;
499

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8


Mohd Yusri & Aisyah 2013; Tariqullah & Habib 2001; Saiful Azhar Rosli 1999).
Risiko juga dikategorikan mengikut keadaan seperti risiko larangan, risiko penting dan
risiko boleh terima Ada risiko yang boleh dielakkan, sebahagiannya tidak boleh dipindahkan dan
ada yang boleh diminimumkan. Maka struktur perlindungan risiko mengikut klasifikasi yang
berlainan tetapi saling berhubung antara satu sama lain (Syed Ehsan Ullah Agha & Ruslan
Sabirzyanov, 2015).
Matlamat untuk mengkaji risiko adalah untuk mendapatkan beberapa kawalan ke atas risiko
tersebut dan menguruskannya dengan cara yang dapat mengurangkan kesan buruk dalam membuat
keputusan yang perlu diambil (Mohd Yusri Hidrus & Aisyah Abd Rahman, 2013). Ini bermakna
risiko mesti dikenal pasti untuk mencegah atau mengawal daripada kesan-kesan yang menjejaskan
sesuatu maksud yang dikehendaki oleh semua pihak terbabit. Setiap jenis pembiayaan mempunyai
kaedah tersendiri. Kajian untuk mengenal pasti ukuran dan pengurusan risiko kredit, risiko
kecairan, risiko pasaran dan risiko operasi bank Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara mendapati
terdapat pelbagai kaedah boleh diambil oleh institusi perbankan Islam mengikut jenis pembiayaan
(Selma, 2014). Ini menunjukkan pengurusan risiko yang efektif sangat penting bagi mengukuhkan
kekuatan modal memberi manfaat kepada semua pihak (Imran Hussain Minhas, 2014).
Pengurusan risiko kecairan sangat penting sehinggakan terdapat rangka kerja pengurusan
kecairan di dalam Basel 3. Namun begitu rangka kerja pengurusan kecairan yang sedia ada hanya
dikhususkan kepada perbankan konvensional. Manakala, perbankan Islam yang menawarkan
produk dan perkhidmatan serta kontrak yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza (Noor

Hashimah Husaini & Ismail, 2013).
Bank-bank juga boleh menggunakan kaedah yang lebih inovatif dalam membentuk satu
alat yang lebih berkesan dalam menguruskan risiko kredit. Seterusnya kajian beralih pula kepada
bahagian kecekapan bank iaitu dengan melihat bagaimana ia mampu mempengaruhi perjalanan
pengurusan bank serta risiko kredit itu sendiri (Mohd Yusri Hidrus & Aisyah Abd Rahman, 2013)
Pengurusan risiko sebagaimana dinyatakan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA
2013 hlm 24) mendefinisikan “risiko kepada kestabilan kewangan” mempunyai pengertian yang
sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 29 Akta Bank Negara Malaysia 2009. Namun jenis
“risiko sistemik” lebih menyerupai maksud kajian ini iaitu:
“risiko sistemik” berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, ertinya—
(a) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau
penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi
pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau
(b) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau
penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah kecairan atau kredit ketara yang mungkin
mengancam kestabilan sistem kewangan (Undang-undang Malaysia, 2013). Selanjutnya
perbandingan antara risiko kecairan dalam deposit dan pelaburan mendapati instrumen deposit
murabahah dan akaun pelaburan mudharabah mampu menguruskan risiko kecairan dalam
perbankan. Maka cadangan dikemukakan supaya perbankan Islam menggunakan pendekatan yang
berbeza (Noor Hashimah dan Ismail 2013).

Perbezaan analisis kecekapan dan keuntungan bank-bank Islam di negara Arab yang pernah
dibuat oleh Molyneux dan Iqbal (2005). Dalam kajian tersebut, mereka mendapati apabila kos
ketidakcekapan adalah sama, keuntungan ketidakcekapan akan bervariasi. Kajian mendapati
faktor risiko sememangnya memberi kesan signifikan kepada prestasi perbankan Islam di Malaysia
sepanjang tempoh kajian. Keadaan ini dibuat kerana perbankan Islam di Malaysia bukan setakat
500

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

terdedah kepada bentuk risiko yang dihadapi oleh perbankan konvensional, malah turut terdedah
kepada bentuk risiko unik lain yang timbul lebih-lebih lagi daripada proses penstrukturan produk
kewangan Islam (Mohammad Taqiuddin Mohamad et al., 2010).
Perkongsian risiko juga dijelaskan sebagai aktiviti melarang penerimaan atau pembayaran
faedah, tetapi disokong oleh prinsip-prinsip lain daripada ajaran Islam menyokong perkongsian
risiko, hak-hak dan kewajipan individu, hak harta, dan kesucian kontrak (Tarek S. Zaher & M.
Kabir Hassan, 2001).
Risiko yang sering diterjemahkan menerusi perkongsian kerana bank juga terlibat sebagai
tanggungjawab sosial. Ini kerana kewangan Islam dibentuk menerusi konsep persaudaraan dan

perpaduan. Para peserta perbankan dianggap rakan niaga yang sama-sama menanggung risiko dan
keuntungan (Bhzad Sidawi & Sheik Meeran, 2011).
Risiko dalam pembiayaan rumah
Instrumen pembiayaan rumah dibentuk oleh prosedur yang sangat kompleks. Ini kerana ia
melibatkan kepentingan pelbagai pihak. Misalnya institusi pembiayaan, pemaju, pembeli, penjual,
peguam, penilai hartanah dan agen perumahan. Jumlah pembiayaan membabitkan komitmen
bayaran bulanan yang besar, selain ia terdedah kepada pelbagai risiko. Umpamanya risiko
perundangan, risiko kredit, risiko pasaran dan risiko keuntungan. Bagi memastikan pemindahan
hak milik dari satu pihak kepada pihak lain secara adil oleh undang-undang, setiap instrumen mesti
berupaya menangani sebarang risiko.
Kajian-kajian terhadap instrumen pembiayaan rumah telah mendapat perhatian sarjana
semenjak tahun 1990an. Misalnya Hatem El-Karanshawy (1992), Boualem Bendjilali &Tariqullah
Khan (1995) dan Mahmoud Amin El-Gamal (2000) yang mengupas aspek berkaitan konseptual,
struktur dan pelaksanaan instrumen pembiayaan rumah. Apa sahaja jenis pembiayaan rumah ia
tetap mempunyai risiko dan cabaran yang perlu dianalisis untuk memastikan tahap keupayaan
pembiayaan ini memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan. Pada masa kini terdapat 6
jenis pembiayaan rumah secara Islam diaplikasikan dalam perbankan Islam. Ia terdiri dari Bayc Bi
Thaman Ajil (BBA), Tawarruq, Bai ‘Inah, Ijarah Muntahiya Bi Tamlik, Ijarah Mausufah fi Zimmah
dan Musyarakah Mutanaqisah (MM)57. Walaupun pembiayaan perumahan konsep MM merupakan
pembiayaan paling banyak ditawarkan berbanding Tawarruq, BBA, Ijarah Muntahia Bi Tamlik,

Ijarah Mausufah fi Zimmah dan Baic cInah,
Saiful Azhar Rosly antara terawal mengkaji risiko dalam pembiayaan BBA oleh
menyatakan keuntungan yang dijana daripada jualan BBA adalah sah di sisi undang-undang syariah
kerana ia berasal dari aktiviti perdagangan dan bukan hutang. Keuntungan dalam perdagangan
dibenarkan kerana mereka tidak lari daripada risiko, kerugian, dan ketidaktentuan. Walaupun
keuntungan yang telah ditetapkan dalam perdagangan, keuntungan sebenar kekal rawak dan tidak
menentu (Saiful Azhar Rosly, 1999)
Terdapat juga cadangan untuk menggunakan pendekatan Maqasid Syariah sebagai alat
pengukuran yang telus untuk menyelesaikan beberapa ketidaktentuan dalam merangka suatu
kemudahan pembiayaan rumah secara Islam, khususnya produk BBA dan bagi kes-kes yang
melibatkan projek perumahan terbengkalai. Maka produk MM dilihat sebagai memenuhi keperluan
maqasid syariah (Rafidah Mohd Azli et al., 2011). Justeru dalam konteks pembiayaan rumah, kajian
57

Rujuk The Fatwa of the First Conference for Islamic Banks - Dubai, 1399/1979; Fatawa Al-Syar’iyyah Fi Al A’mal
Al-Masrafiyyah (Fatwas on Financial Transactions), (Dubai: Dubai Islamic Bank, 1985), hlm 22.

501

Proceeding 6th International Conference on Global

Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

ini mengambil kira kaedah pengamalan pengurusan risiko kredit dan hubungan terhadap kesan
kecekapan di institusi perbankan dan kewangan Malaysia dengan mencadangkan institusi bank
perlu menggunakan kaedah yang lebih inovatif dalam menguruskan risiko kredit (Mohd Yusri &
Aisyah 2013).
Pemindahan risiko dalam konteks artikel ini bermaksud mengalihkan sebarang risiko
kemungkiran atau kredit, risiko penamatan awal kontrak, risiko terhadap aset seperti kerosakan
yang ditanggung oleh bank kepada pelanggan yang boleh mengurangkan kesan dan tanggungjawab
bank kepada pelanggan. Meskipun idea awal mengenai pemindahan risiko lebih bersesuaian
berbanding perkongsian risiko sebagaimana yang dihujahkan oleh Zubair Hassan (2014, 2015).
Beliau berhujah kaedah “tiada keuntungan tanpa risiko” ( no risk no gain) tidak bertepatan dengan
konsep perkongsian, tetapi ia lebih menyerupai pemindahan risiko. Maka sistem kewangan Islam
perlu berada pada landasan sebenar untuk menterjemahkan maksud sebuah sistem kewangan tanpa
faedah lebih bertepatan dengan istilah pemindahan risiko (Zubair Hasan, 2014, 2015).
Sehingga artikel ini dihasilkan, pengkaji mendapati terdapat dua mekanisme pemindahan
risiko yang digunakan iaitu wa’ad dan wakalah. Melindungi nilai dalam kewangan Islam hampir
menyerupai pemindahan risiko kontrak pembiayaan rumah secara Islam. Justeru mekanisme wa’ad
dalam pemindahan risiko diharuskan dalam Islam. Disebabkan perkembangan dan inovasi yang

semakin meningkat dalam dunia kewangan Islam lindung nilai diperlukan bagi mengurangkan
risiko keterdedahan peserta pasaran kepada risiko nilai mata wang dan harga yang tidak menentu.
Rentetan itu, lindung nilai menjadi satu keperluan mendesak kepada pihak pelabur dan institusi
kewangan Islam sebagai satu bentuk perlindungan daripada risiko yang tidak diingini. Kajian
mengenai wa’ad sebagaimana dinyatakan oleh Azlin & Shofian (2014) yang menumpukan prinsip
wa‘d yang diamalkan dalam kontrak Islamic FX forward. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji Wa‘dan sebagai alternatif kepada wa‘d dalam produk lindung nilai, terutama dari aspek
perbezaan Wa‘dan dan muwa‘adah serta menganalisis prospek pemakaian Wa‘dan sebagai asas
dalam menghasilkan mekanisme lindung nilai Islam. Kajian mendapati bahawa konsep Wa‘dan
berbeza dengan konsep muwa‘adah dari beberapa segi. Justeru, konsep Wa‘dan berpotensi
dibangunkan dalam penstrukturan produk Islamic FX forward dalam lindung nilai yang lebih
kompetitif dan inovatif (Azlin Alisa Ahmad & Shofian Ahmad, 2014).
Selain wa’ad yang selaras dalam pembiayaan rumah, penggunaan wakalah juga boleh
dipraktikkan. Wakalah ialah melantik atau memberikan amanah kepada seseorang untuk
melaksanakan sesuatu tugas, yang mengikut undang-undang boleh diberikan kepada orang lain. Di
bawah model ini, hubungan asas wakil digunakan untuk aktiviti penajaan jaminan (underwriting)
dan pelaburan. Dalam penajaan jaminan, operator takaful bertindak sebagai wakil kepada pesertapeserta untuk mengendalikan dana takaful. Semua risiko ditanggung oleh dana dan lebihan
kendalian dimiliki sepenuhnya oleh peserta. Operator takaful tidak terlibat dalam risiko yang
ditanggung oleh dana dan tidak berhak ke atas sebarang lebihan. Kajian dalam produk takaful
antaranya dikemukakan oleh Abdullah & Yaacob (2012) dalam produk model wakalah-waqf.
Model ini mencadangkan dana waqaf sebagai alternatif prinsip tabarru’(Abdullah & Yaacob,
2012). Kajian lain juga mendapati penggunaan wakalah juga menjadi faktor peningkatan
permintaan takaful keluarga (Juliana Arifin et al., 2013). Namun kajian empirikal penggunaan
wakalah masih belum ditemui setakat ini. Struktur ini menunjukkan pemindahan risiko dialihkan
kepada dana yang diwujudkan oleh pengendali produk.

502

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

Elemen pemindahan risiko pembiayaan rumah.
Berdasarkan sorotan kajian,pengkaji mengemukakan elemen pemindahan risiko pembiayaan
rumah menggunakan pendekatan wa’ad dan wakalah. Lihat rajah berikut.
Pembiayaan
rumah

Risiko

Faktor
pelanggan
Penamatan
awal

Kredit

Kemungkira
n

Pasaran

Pengurusan

Operasi

Kesan
penentuan

Pendekatan

Wa’ad

Tahap risiko

Margin keuntungan
bank rendah

Harga

wakalah

Tawarruq

Bai’ ‘inah

Musyarakah
Mutanaqisah

Ijarah Mawsufah
Fi Zimmah

Ijarah Muntahia
Bi Tamleek

BBA

Sumber: Pengkaji (2016).
Rumusan
Penemuan awal mendapati setiap produk pembiayaan mempunyai variasi pemindahan risiko yang
memberi kesan pada penentuan harga. Selain itu kaedah pemindahan risiko dalam pembiayaan
rumah yang tidak seragam menjadi punca ketidakfahaman pengguna. Elemen tersebut perlu
difahami oleh pihak berkontrak agar selari dengan penentuan kadar untung yang diambil. Justeru
elemen pemindahan risiko memberi gambaran sebenar tanggungjawab dan penentuan kadar
keuntungan dalam pembiayaan rumah. Justeru kertas ini mencadangkan elemen pemindahan risiko
yang mencerminkan keadaan sebenar dan sejajar dengan piawaian perkhidmatan kewangan yang
kukuh sebagai asas produk patuh syariah. Kajian empirikal dicadangkan sebagai kajian lanjut untuk
mengenal pasti bagaiamana parameter penggunaan wa’ad dan wakalah selari dengan syariah dan
bersesuaian dengan tahap risiko antara bank dan pelanggan.
503

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

Lampiran
Lampiran
JADUAL 1: Senarai institusi perbankan dan konsep pembiayaan perumahan di Malaysia
Bil

Institusi

BBA

Istisna’

Tawarruq

Bai'inah

Ijarah
Muntahia
bi tamlik

Ijarah
Mawsufah
fi
Zimmah

Musyarakah
Mutanaqisah

Affin Islamic Bank

Berhad
2
Al Rajhi Banking &

Investment
Corporation
(Malaysia) Berhad
3
Alliance
Islamic

Bank Berhad
4
AmIslamic
Bank


Berhad
5
Asian Finance Bank

Berhad
6
Bank Islam Malaysia

Berhad
7
Bank
Muamalat


Malaysia Berhad
8
CIMB Islamic Bank



Berhad
9
HSBC
Amanah

Malaysia Berhad
10 Hong Leong Islamic

Bank Berhad
11 Kuwait
Finance


House
(Malaysia)
Berhad
12 Maybank
Islamic


Berhad
13 OCBC Al-Amin Bank

Berhad
14 Public Islamic Bank




Berhad
15 RHB Islamic Bank

Berhad
16 Standard Chartered

Saadiq Berhad
17 Citibank Berhad

JUMLAH
3
1
7
1
3
3
8
PERATUS
11.5
3.8
26.9
3.8
11.5
11.5
30.8
Sumber: Diubahsuai dari laman web Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan berkenaan 22 Jun 2016
1

Jumlah

1
1

1
2
1
1
2
3
1
1
2

2
1
4
1
1
1
26
100

504

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

Penghargaan.
Artikel ini merupakan sebahagian dari projek penyelidikan menerusi Geran Penyelidikan Dalaman
Kolej Universiti Islam Melaka Fasa 1/2015 No GD/15/F1/07
Rujukan
Abdullah, A., & Yaacob, H. (2012). Legal and Shariah Issues in the Application of Wakalah-waqf
Model in Takaful Industry: An Analysis. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 65,
1040–1045. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.239
Azlin Alisa Ahmad, & Shofian Ahmad. (2014). Inovasi Pemakaian Prinsip Wa ‘ dan dalam
Instrumen Lindung Nilai Islam ( Innovation in Applying the Principle of Wa ‘ dan in
Instrument of Islamic Hedging ). Islamic Law and Society, 36(1), 21–32.
Bank Negara Malaysia. (2013). Kepelbagaian produk perbankan Islam (BM).
Bank Negara Malaysia. (2014). Amalan pasaran dan pemerkasaan pengguna. Kuala Lumpur.
http://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2
Bhzad Sidawi, & Sheik Meeran. (2011). A framework for providing lifelong finance to the owners
of affordable dwellings in the Kingdom of Saudi Arabia. Cities, 28(2), 138–146.
http://doi.org/10.1016/j.cities.2010.11.001
Imran Hussain Minhas. (2014). Managing risks in Islamic finance. Journal of Islamic Banking and
Finance, July-Septe, 14–25.
Juliana Arifin, Ahmad Shukri, & Zunaidah Sulong. (2013). A conceptual model of literature review
for family takaful ( Islamic life insurance ) demand in Malaysia. International Business
Research, 6, 210–216. http://doi.org/10.5539/ibr.v6n3p210
Mohammad Taqiuddin Mohamad, Ahmad Azam Sulaiman@ Mohamad, & Joni Tamkin Borhan.
(2010). Analisis pengaruh risiko terhadap prestasi keuntungan perbankan Islam di Malaysia.
In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (Vol. 1, pp. 247–255).
Mohd Yusri Hidrus, & Aisyah Abd Rahman. (2013). Pengamalan pengurusan risiko kredit serta
hubungan terhadap kesan kecekapan di institusi perbankan dan kewangan Malaysia. In
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (Vol. 3, pp. 1375–1400).
Noor Hashimah Husaini, & Ismail, A. G. (2013). Pengurusan risiko kecairan di perbankan Islam.
In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (Vol. 1, pp. 397–405).
Rafidah Mohd Azli, Rohana Othman, Mardiyyah Sahri, Nooraslinda Abdul Aris, & Roshayani
Arshad. (2011). Implementation of maqasid shari’ah in Islamic house financing : A study of
the rights and responsibilities of contracting parties in Bai'bithaman ajil and Musharakah
Mutanaqisah. Journal of Applied Business Research, 27(5), 85–96.
Saiful Azhar Rosly. (1999). Bai’ Bithaman Ajil Financing : Impacts on Islamic Banking
Performance. Thunderbird International Business Review, 41(October 1999), 461–480.
Selma, R. Ben. (2014). Risk management tools practiced in Islamic banks : evidence in MENA
region. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 5(1), 77–97.
http://doi.org/10.1108/JIABR-10-2012-0070
Syed Ehsan Ullah Agha, & Ruslan Sabirzyanov. (2015). Risk management in islamic finance: an
analysis from objectives of shari’ah perspective. International Journal of Business,
Economics and Law, 7(3), 46–52.
Tarek S. Zaher, & M. Kabir Hassan. (2001). A Comparative Literature Survey of Islamic Finance
and Banking. Financial Markets, Institutions & Instruments, 10(4), 155–199.
Undang-undang Malaysia. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) (2013).
505

Proceeding 6th International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Kota Bharu) 2016
ISBN: 978-967-13718-4-8

Zubair Hasan. (2014). Risk-sharing versus risk-transfer in finance: A critique. Munich Personal
RePEc Archive (MPRA), 58006, 1–15. Retrieved from https://mpra.ub.unimuenchen.de/58006/
Zubair Hasan. (2015). Risk-sharing: the sole basis of Islamic finance? It is time for a serious
rethink. Munich Personal RePEc Archive (MPRA), 66895, 1–15. Retrieved from
https://mpra.ub.uni-muenchen.de/66895/

506