ROJAK YANG TIDAK ENAK docx

ROJAK YANG TIDAK ENAK
Mazura binti Sulaiman
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
08000, Sungai Petani, Kedah
Tel. Pejabat : 04-4218621
Tel. Bimbit : 019-2818983
Emel : [email protected]

Abstrak
Penggunaan bahasa bukan sahaja mencerminkan budaya malah secara tidak langsung
mencerminkan personaliti penggunanya. Seiring dengan peredaran zaman satu dimensi
cabaran berlaku terhadap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang tidak dapat lari dari tempias cabaran ini.
Sebagai guru bahasa Melayu penggunaan bahasa Melayu baku amat dituntut. Kajian ini
dijalankan untuk meninjau sejauh mana penggunaan bahasa rojak berlaku dalam kalangan
siswa guru pengkhususan bahasa Melayu. 26 orang siswa guru Semester 8, Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan pengkhususan bahasa Melayu pada tahun 2016 dilibatkan sebagai
responden untuk kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapat data tentang
tahap dan senario penggunaan bahasa rojak dalam kalangan responden. Data dianalisis secara
kuantitatif dengan menggunakan bilangan serta peratus. Dapatan kajian mendapati

penggunaan bahasa rojak amat ketara dalam kalangan responden terutama yang melibatkan
komunikasi lisan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat beberapa faktor utama yang
menyebabkan hal ini berlaku. Meskipun ada kesedaran perlunya menggunakan bahasa
Melayu baku namun kerana kekangan-kekangan yang ada menyebabkan sukar bagi siswa
guru ini memenuhi tuntutan tersebut. Usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan
permasalahan ini berterusan terutama dalam kalangan siswa guru kerana mereka merupakan
suri teladan apabila bertugas di sekolah nanti.
Kata kunci : bahasa Melayu baku, bahasa kebangsaan, bahasa rojak, suri teladan