Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN
DAN PEMBINAAN JATI DIRI MUSLIMAH:
MAAHAD MUHAMMADI (P) KOTA BHARU
SEBAGAI CONTOH AMALAN TERBAIK
Nurhafilah Musa
Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
hafilah@ukm.edu.my

Asmak Husin
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
UITM Shah Alam
fursansoleh@gmail.com
ABSTRAK
Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan keluarga,
masyarakat dan negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya
beragama Islam, sudah tentu wanita Islam mempunyai peranan penting dalam
pembinaan masyarakat. Wanita Islam perlu mempunyai jati diri yang teguh yang
mampu mendepani pelbagai cabaran semasa dan memahami keperluan masa
depan dalam mendidik generasi akan datang. Kelantan sebagai sebuah negeri

yang terkedepan dari segi pendidikan Islam, mempunyai beberapa buah sekolah
agama yang dikhususkan untuk pelajar perempuan. Mereka diberikan peluang
yang sama dengan pelajar lelaki dari segi pendidikan. Kini, ada lebih kurang 5
buah sekolah agama perempuan di Kelantan yang ditadbir oleh Yayasan Islam
Kelantan (YIK). Salah sebuah sekolah yang mengeluarkan ramai pelajar
perempuan yang berjaya dalam pelbagai bidang ialah Maahad Muhammadi (P)
Kota Bharu. Ramai tokoh dalam pelbagai bidang telah dilahirkan oleh Maahad
Muhammadi (P) sejak penubuhannya pada tahun 1937. Tujuan penulisan ringkas
ini ialah untuk berkongsi sedikit pengalaman sistem pendidikan Islam di
Kelantan, khususnya di Maahad Muhammadi (P) dengan melihat kepada sistem
yang telah disusun dan mengamati pengalaman beberapa orang lepasan Maahad
Muhammadi (P) yang berjaya dalam karier masing-masing.

Pengenalan
Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan
keluarga, masyarakat dan negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang
majoriti rakyatnya beragama Islam, sudah tentu wanita Islam mempunyai
peranan penting dalam pembinaan masyarakat. Wanita Islam perlu
mempunyai jati diri yang teguh yang mampu mendepani pelbagai cabaran
59


Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik

semasa dan memahami keperluan masa depan dalam mendidik generasi
akan datang.
Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkedepan dari segi
pendidikan Islam, mempunyai beberapa buah sekolah agama yang
dikhususkan untuk pelajar perempuan. Mereka diberikan peluang yang
sama dengan pelajar lelaki dari segi pendidikan. Kini, ada lebih kurang 5
buah sekolah agama perempuan di Kelantan yang ditadbir oleh Yayasan
Islam Kelantan (YIK). Salah sebuah sekolah yang mengeluarkan ramai
pelajar perempuan yang berjaya dalam pelbagai bidang ialah Maahad
Muhammadi (P) (MMP) Kota Bharu. Ramai tokoh dalam pelbagai
bidang telah dilahirkan oleh Maahad Muhammadi (P) sejak
penubuhannya pada tahun 1937.
Tujuan penulisan ringkas ini ialah untuk berkongsi sedikit
pengalaman sistem pendidikan Islam di Kelantan, khususnya di MMP
dengan melihat kepada sistem yang telah disusun dan mengamati
pengalaman beberapa orang lepasan Maahad Muhammadi (P) yang
berjaya dalam karier masing-masing. Penulisan ini dimulakan dengan

melihat falsafah pendidikan Yayasan Islam Kelantan yang menaungi
Maahad Muhammadi (P). Kemudian, falsafah Maahad Muhammadi (P)
dihuraikan dan dibincangkan. Bahagian ini diikuti dengan perkongsian
pengalaman beberapa orang pelajar lepasan MMP. Pengalaman yang
dikongsi di sini memfokuskan kepada kesan sistem pendidikan yang
dilalui di MMP ke atas diri sendiri dan ke atas karier yang dipilih.
Seramai 13 orang responden termasuk penulis sendiri berkongsi apa yang
diperolehi daripada sistem pendidikan Islam MMP yang memina jati diri
mereka sebagai muslimah.
Pendekatan Pendidikan dan Tarbiah Maahad Muhammadi (P)
Sebagai sekolah menengah agama arab, tarbiah menjadi fokus utama
Maahad Muhammadi (P) dalam pembangunan sahsiah pelajar. Ini jelas
dapat dilihat melalui falsafah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang
mendefinisikan pendidikan Islam sebagai:
Proses ta’dib (mendidik), irsyad (menunjuk) dan tadris
(mengajar) sebagai satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba
Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada

ajaran Islam.
60

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah

Secara dasarnya, falsafah ini diserap dalam semua pelaksanaan
sekolah-sekolah di bawah YIK termasuk MMP.
Majalah sekolah MMP yang dipanggil Majalah An-Nur, pada tahun
1997, meletakkan falsafah ‘Sekolah al-Maahad Muhammadi lil Banat’
pada muka surat ketiga,
1. Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah
mempunyai kebolehan dan potensi untuk dididik menjadi
seorang insan mu’min yang berilmu, bersopan, beramal soleh
yang mepunya kelengkapan mengabdikan kepada Allah dalam
pembangunan ummah dan negara
2. Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai
keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan
yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran dan
meningkatkan kerohanian murid-murid di sekolah ini.
3. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini berpendapat iaitu

hubungan di antara guru-guru dengan ibu bapa adalah satu
daripada jalan untuk mencapai cita-cita untuk meningkatkan
pelajaran murid-murid dengan bermuafakat di antara kedua-dua
pihak dan dengan ini akan mencari jalan merapatkan lagi
hubungan ini.
4. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini memandang akhlak
adalah satu jalan pengukur kemajuan murid-murid dan akan
berusaha menentukan murid-murid di sekolah ini meningkatkan
akhlak murid dan dengan demikian akan belajar dengan lebih
sempurna lagi.
5. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini merasa kesan
mengajar dan pelajarn akan bertambah dengan cara
mempelbagaikan kaedah-kaedahnya supaya tidak menjadi
bosan dan akan menjadi lebih seronok dan dengan ini akan
sedaya upaya mencari jalan dan memikrikan serta mengambil
tindakan dalam perkara ini supaya murid-murid akan mendapat
keuntungan dari usaha daya usaha kami.
Matlamat Sekolah al-Maahad Muhammadi lil Banat (yang
dinyatakan dalam majalah yang sama):
Bahawa kami guru-guru Maahad Muhammadi bahagian perempuan, Kota

Bharu, Kelantan, meletak harapan dan matlamat berikut di bawah ini
sebagai landasan untuk kami lalui:
i. Pencapaian Akademik Murid – berdasarkan falsafah bahawa
tiap-tiap seorang murid itu boleh berkembang maka adalah
61

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik

menjadi hasrat kami mengurangkan pencapaian yang rendah
dan mensia-siakan kebolehan dalam sekolah. Tiap-tiap murid
akan dikaji dan ditimbang kemajuan dalam pelajaran dan
membaiki kelemahan-kelemahan supaya ia akan dapat faedah
dalam masa ia berada di sini. Apa yang hendak kita lihat ialah
ada kemajuan dari masa ke semasa. Dari tingkata ke tingkatan
hingga mereka akan terasa berpuas hati dalam pencapaian
masing-masing mengikut setakat kebolehan masing-masing.
ii. Nilai dan Kesusilaan – Murid-murid akan diasuh supaya
memahami, menghargai dan mematuhi ajaran-ajaran Islam serta
peraturan-peraturan sekolah juga peraturan-peraturan lain agar
mereka menjadi manusia yang taat kepada Allah dan peraturanperaturan untuk kepentingan dirinya sendiri.

iii. Berdikari, Kepercayaan Diri Sendiri – Adalah menjadi satu
daripada matlamat kita supaya tiap-tiap orang dan murid di
sekolah ini dapat berdiri di atas kaki sendiri dan kepada
mempercayai dirinya. Tiap-tiap satu perkara yang dibuat
seharuslah perkara ini. Guru tidak seharusnya membuat serba
serbi, tunjuk jalan dan menjadi pemandu adalah tugas guru
tetapi yang melakukan ialah murid-murid sendiri.
iv. Perkembangan Sosial dan Perpaduan – Kita menghendaki tiaptiap seorang murid di sekolah ini berkembang dari segi
personaliti dan pergaulan di antara satu sama lain dan
mengambil bahagian cergas dalam gerak kerja sekolah dapat
interaksi di antara satu sama lain dan mengukuhkan.
v. Belajar Seumur Hidup Kerana Ilmu Pengetahuan – Adalah
menjadi hasrat kami bahawa murid-murid seharusnya bukan
sahaja membaca untuk lulus satu-satu peperiksaan tetapi untuk
hidup kemuliaan pengetahuab dengan firman Allah subhanahu
wa taala yang bermaksud, Allah mengangkat beberapa darjat
orang-orang yang beriman dan berilmu. Kedudukan dalam
sekolah adalah fasal penting dalam hidup dan akan menjadi
persediaan untuk masa hadapan dan seterusnya.
Kini, misi utama MMP adalah untuk menjana seluruh potensi warga

pelajar bagi melahirkan generasi rabbani yang beramal soleh dan
berketrampilan melalui program pendidikan dan tarbiah yang sistematik
berlandaskan falsafah pendidikan Yayasan Islam Kelantan. Penekanan
pendidikan MMP adalah untuk memperkembangkan potensi pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang
62

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah

dari aspek rohani, akidah, intelek, emosi dan jasmani berdasarkan ajaran
Islam. Islam menjadi teras utama dalam pembangunan falsafah sekolah
yang memacu setiap pembangunannya. Dalam pelan strategiknya, MMP
menggariskan 5 fokus utama berlandaskan Prinsip Ubudiyyah,
Masuliyyah dan Itqaniyyah ke arah MMP terunggul iaitu:
 Kepatuhan dan Ketaqwaan
 Kejayaan dan Kecemerlangan
 Keselamatan dan Keselesaan
 Kebersihan dan Keceriaan
 Kerjasama dan kekeluargaan
MMP tidak mengabaikan sistem pendidikan arus perdana yang

berintegrasi dengan sistem pendidikan agama berteraskan sistem dari
universiti terkemuka di dunia iaitu al-Azhar, menjadikan permintaan
kemasukan ke tingkatan satu sekolah ini bertambah dari tahun ke tahun.
Selain itu, sistem tarbiah juga ditekankan dalam pendidikan sejak awal
penubuhan hingga sekarang. Malahan pada hari ini sistem tarbiah yang
tersusun telah dilaksanakan dan ia melibatkan kedua-dua peringkat iaitu
guru dan pelajar.
Pendidikan YIK khususnya MMP mengamalkan dua kurikulum
serentak iaitu kurikulum al-Azhar dan kurikulum kebangsaan. Kurikulum
al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Peperiksaan PMRU dan SMU
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan YIK. Manakala Kurikulum
kebangsaan membolehkan para pelajar YIK menduduki peperiksaan
PMR, SPM, STAM dan STPM.

63

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik


Carta aliran sistem persekolahan MMP adalah seperti berikut:

Di samping itu, pendidikan informal berbentuk tarbiah Islamiah
diterapkan dalam pembangunan pelajar. Dasar pihak pentadbir adalah
menghasilkan kepimpinan berdikari dari kalangan pelajar. Pelajar
digalakkan menguruskan organisasi secara menyeluruh bermula dari
merangka plan strategik, membina kertas kerja dan melaksanakan
program. Pemimpin pelajar dilatih agar menjadi idola pelajar lain
samaada dari sudut kepimpinan, pengurusan organisasi, keluhuran
peribadi, semangat dakwah dan kecemerlangan akademik. Oleh itu
kebiasaannya ketua pelajar akan termotivasi untuk menjadi pelajar
cemerlang dalam setiap peperiksaan yang didudukinya. Nilai demokrasi
dan keterbukaan gender diamalkan selaras dengan sejarah perjuangan
Islam yang memaparkan sifat pemimpin wanita Islam yang terbuka
kepada kepimpinan secara demokrasi.
Badan yang menaungi sistem tarbiah di MMP ialah BADATI iaitu
Badan Dakwah dan Tarbiah Islam. Sejarah badan ini bermula semenjak
sekitar tahun 60-an lagi. Ketika itu, badan ini dinamakan sebagai
BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam). Tugas utama BALKIS
ketika itu ialah melaksanakan aktiviti-aktiviti tarbiah pelajar.

64

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah

Kemudiannya pada tahun 1981 ia dimansuhkan. Pada 2 Mei 1993 ia
diwujudkan secara rasmi dan dijenamakan sebagai BADATI (Badan
Dakwah dan Tarbiah Islamiah) hasil ilham Ustaz Mas Sulaiman. Pada
hari ini, BADATI adalah badan induk di Bahagian Hal Ehwal Murid.
Mereka bertanggungjawab menjalankan dan memantau program tarbiah
seperti usrah, tamrin, qiamullail, pengisian kem dll. Kesemua aktiviti
tarbiah disusun secara sistematik dan bersepadu dengan falsafah
pendidikan YIK dan MMP. Pelaksanaan usrah adalah berdasarkan
sukatan yang disediakan oleh YIK iaitu Manhaj Qurani. Berikut adalah
maklumat berkaitan pelaksanaan usrah:
 Usrah diadakan setiap satu minggu sekali atau tiap-tiap dua
minggu sekali dan merupakan program tarbiah yang tetap.
 Majlis usrah dikendalikan oleh seorang atau dua orang
naqib/naqibah yang dipimpin oleh guru( murabbi ).
 Guru-guru pembimbing akan diselia oleh seorang ketua
(mursyid).
 Penentuan naqib/naqibah adalah seperti berikut:
i.

Usrah Pelajar Biasa
NAQIB/NAQIBAH
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 6
Guru
Guru

MAD’U
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 6

Usrah Tingkatan 5 dan 6 dikendalikan oleh guru secara usrah
umum dan dibahagikan kumpulan-kumpulan kecil daripada
kumpulan besar tersebut. Naqib/naqibah akan meminta wakil dari
setiap kumpulan untuk membuat pembentangan pada setiap kali
usrah diadakan.


ii.

Usrah Nuqaba’
NAQIB/NAQIBAH
Tingkatan 5
Tingkatan 6

MAD’U
Tingkatan 3
Tingkatan 4
65

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik











Guru
Tingkatan 5
Guru
Tingkatan 6
Setiap kumpulan usrah dianggotai oleh 7–10 orang ahli. Setiap
kumpulan usrah hendaklah melantik seorang ketua dan
bendahari.
Menggunakan teks usrah Manhaj Qurani iatu sukatan yang
digubal YIK dan beberapa buku rujukan jika perlu.
Naqib/naqibah menetapkan silibus usrah yang akan dijalankan
kepada semua ahli sebagai persediaan sebelum majlis usrah
berlangsung. Sebaik-baiknya naqib menentukan siapakah ahli
yang dipertanggungjawabkan untuk membentangkan isi usrah.
Setiap hadith 40 dari buku Manhaj Qurani hendaklah dihafaz
oleh naqib/naqibah atau ahli sebelum usrah dijalankan.
Setiap ahli hendaklah memberi perhatian dan membuat catatan isi
perbincangan usrah.
Setiap sesi usrah mestilah diakhiri dengan kesimpulan atau
rumusan oleh naqib/naqibah.
Pengisian bahan usrah adalah seperti berikut:
Muqaddimah / bacaan al-Quran
Pembentangan Hadith 40
Pembentangan sirah / maza ya’ni
Perbincangan bahan usrah / isu
Kesimpulan

5 minit
10 minit
10 minit
30 minit
5 minit
60 minit

Pembinaan Jati Diri Muslimah:
Pekongsian Pengalaman Pelajar Lepasan MMP
Beberapa orang individu lepasan MMP telah dipilih secara rawak dan
mereka ditanya megenai pengalaman pengajian mereka di MMP yang
memberi kesan kepada kehidupan dan kerjaya mereka. Ada di antara
mereka menjadi peguam dan mempunyai firma guaman sendiri, ada yang
menjadi juruhebah radio, senator Dewan Negara, doktor perubatan,
pensyarah, kaunselor, penceramah, usahawan wanita dan hakim
mahkamah syariah.
Ada beberapa aspek penting yang ditimbulkan oleh mereka
mengenai impak pengajian di MMP dalam kehidupan mereka.
66

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah

Aspek Pertama: Kecemerlangan
 Menurut Ustazah Asmak Husin pelajar MMP juga dilatih
bahawa pemimpin pelajar mesti dapat jadi pelajar cemerlang.
 Walaupun pemimpin pelajar di MMP sibuk menguruskan
pelbagai aktiviti, kebanyakan pelajar yang aktif itulah yang
menjadi pelajar cemerlang dalam SPM.
Aspek Kedua: Kebebasan
 Kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara kerana semua
pelajar perempuan
 Menurut YA Puan Aishah, para pelajar di MMP diberi peluang
untuk berpersatuan dan berprogram. Ini menjadikan kita
‘independant’ dan berani bersuara.
 Kebebasan bersuara secara terpimpin. Ustazah Asmak Husin
menyatakan, “Mungkin kita perempuan semua jadi tiada
halangan untuk bersuara dan bertindak. Suara kita juga
didengari di peringkat YIK. Kita pernah hantar memorandum
pada YIK untuk menyatakan pendapat kita.”
Aspek Ketiga: Pergaulan dan Akhlak
 Menurut peguam terkenal di Kelantan, Puan Hajah Ibtisam,
“Pengalaman belajar di Maahad ni dari segi pembentukan
akhlak dan syakhsiahnya bagus, membentuk jatidiri wanita
muslimah, dari environment cara berpakaian dan disiplin yang
ketat walaupun peraturan agak rigid tapi berkesan. Apabila
keluar Maahad masih teringat benda-benda yg tak dibenarkan
buat tu.
 Pada pandangan Puan Mahyana, contoh akhlak terpuji yang
ditonjolkan oleh pelajar-pelajar yang lebih tua dan guru-guru
telah meninggalkan kesan yang mendalam dan diingati hingga
ke hari ini. Contohnya, semasa perhimpunan, seorang ustazah
menegur para pelajar mengenai masalah tandas tersumbat
secara lembut dan berhikmah. Guru-guru Maahad betul-betul
mentarbiah dengan Al-Quran, bukan mengherdik.
 Menurut Puan Yusnita, “Dari segi kemahiran sosial yang saya
pelajar, mungkin kerana saya pelajar asrama dari tingkatan
67

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik



peralihan hingga tingkatan 6 dan saya naik turun kelas, saya
boleh bergaul dengan semua peringkat.
Tiga orang daripada responden menyatakan bahawa ukhuwwah
yang dibina di Maahad sangat memberi kesan kepada mereka,
contohnya, ada sahabat yang sering berkongsi dan bertahajjud
bersama. Ikatan ukhuwwah yang dibina di MMP terbawa-bawa
sehingga ke universiti yang menyebabkan mereka cenderung
untuk memilih kawan dan teman sebilik yang berasal daripada
sekolah yang sama kerana sahabat seperti ini sering
mengingatkan banyak perkara.

Aspek Keempat: Tarbiah dan Keagamaan
 Ustazah Asmak menyatakan bahawa dalam program tarbiah di
MMP, semasa usrah para pelajar sudah didedahkan dengan
perbincangan kitab yang agak matang.
 Menurut Senator Khairiah Mohamad, “Ada di kalangan kami
(kumpulan pelajar SPM 1992) yang terlibat dengan bidang
kecantikan. Dengan teknologi-teknologi canggih mengekalkan
kecantikan pada hari ini seperti botox dan yang terbaru,
'benang'. Panjang perbincangan pasal 'benang' ni sebab ramai
yang mati kutu ... Benang apa pulak.. Konklusi .. Cabaran
bidang kecantikan di luar sana amat sengit ... Memang
mencabar iman. Tapi benteng paling ampuh adalah jati diri anak
Maahad yang belajar agama ... ‘Nasib baik aku budak maahad.
Tak terpengaruh dengan teknologi kecantikan yang bercanggah
dengan agama. Walaupun cubaan kiri kanan depan belakang.’
 Pada pandangan Puan Marisa, peguam yang meguruskan hal
ehwal hartanah, “Impak pendidikan di MMP dalam kerjaya
saya,
1. Amanah dalam menjalankan tugas anak guam..kena
bertanggungjawab dengan tugas kita, tak boleh lembab
betat macam siput
2. Jujur apabila melibatkan bab duit. Kena catat. Juga urusan
melibatkan pejabat tanah..urusan kena clear..takde main
hulur-hulur.
3. Buat fail klien dengan sebaik-baiknya..Adakalanya sampai
tak boleh tidur kalau case complicated. Ada masa saya
minta klien berdoa juga..dan saya pun sama-sama doa agar
fail selesai cepat sebab Allah sebaik-baik tempat
pergantungan.
68

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah







Puan Nazira, juruhebah radio, menyatakan bahawa beliau
berjaya memperkenalkan beberapa program berunsur agama di
stesen radio tempat bekerja seperti Tazkirah Usrah dan Laman
Iman. Beliau juga menjadi pencetus program radio bersama
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pernah
mendapat anugerah Media Islam Negara bagi siaran rancangan
radio bertajuk “Makan di Hotel Halal Atau Haram” sebagai
penerbit dan peneraju program kepenggunaan Islamik.
Dr. Wan Iryani, pensyarah yang terkenal dengan kajian
saintifik tentang madu, menyatakan bahawa pengajian di
Maahad telah menjadikan jiwanya meletakkan redha Allah dan
Rasul sebagai matlamat hidup, menjadikan segala hidup
berkarier sekarang ini lebih bermakna dan tahu hala tujunya.
“Buat dan sebar sebaik mungkin ilmu yg ada supaya
masyarakat berpengetahuan dan mengharapkan redha Allah dan
Rasul dlm hidup masing-masing. Beliau juga menambah, “Ilmu
agama yg dipelajari dululah sebenarnya yang menjadi rujukan
supaya apa yang dilakukan dalam hidup berkarier dan
berkeluarga ni tidak lalai atau tergelincir dari matlamat asal
kehidupan dan manfaat untuk semua.
Puan Wan Nor Hasnita, bekas pegawai Jabatan Peguam Negara
dan kini usahawan, berkata, “Bagi saya, dulu kerja, saya agak
banyak 'kuasa', nak tuduh atau nak bebaskan orang... Ilmu
agama yang saya belajar sangat mendidik supaya saya jujur dan
kena (bawa kes) berasaskan bukti. Selain itu, pengajian di MMP
memberi kesan pada gaya hidup. Bercukup-cukup dengan apa
yang ada sebab saya rasa ramai yang lain yang saling berlumbalumba bermewah-mewah sedangkan pangkat dan gaji tidak
sepadan. Ini menyebabkan ada yg mudah 'meminta' dari orang
lain.

Aspek Kelima: Keilmuan
 Menurut Puan Ibtisam, “Silibus pengajian di Maahad yang
bagus kerana seawal tingkatan dua, para pelajar didedahkan
dengan subjek fiqh yang membincangkan tentang seks,
contohnya. Muamalat dan bahasa Arab seperti Balaghah amat
mengesankan sehingga bila kita masuk universiti kita sudah ada
basic pengetahuan. Bahasa arab kita dah advance drpd pelajar
lain.”
69

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik

Aspek Keenam: Keberanian, Pembinaan Jati Diri dan Identiti
Muslimah
 Puan Ibtisam turut menyatakan, “Satu lagi yg amat-amat
dipelajari di MMP ialah wanita boleh! Angkat kerusi meja
boleh, jadi.pemimpin boleh. Kalau sekolah bercampur, sure
perempuan jadi.penolong sahaja. Masa tu akak jadi Pengerusi
Kelab Komputer yang pertama. Memang mencabar tapi cikgucikgu banyak membantu menghidupkan jati diri kendiri. Buat
sendiri belako sehingga boleh buat.pameran utk.orgramai masa
tu.
 Beliau menambah, “Jatidiri ini terbawa-bawa sampai ke hari
ini. Buka firma nama sendiri, handle everything sendiri,
bersaing dengan firma-firma lelaki but mesti prove yang wanita
boleh !!!
 Senator Khairiah berkongsi cerita menjadi salah seorang ahli
redaksi Majalah MMP An-Nur,” Hari ni ramai org suka sgt
akronim DIY ... MMP dah lama guna teknik DIY ni ... Semua
buat sendiri tak mengharapkan guru sangat. Saya AJK Badan
Redaksi sekolah masa tuu .. Menerbitkan Majalah An-Nur,
Semua buat sendiri. Cikgu guide sahaja dan akhirnya cikgu
tolong drive kereta bawa ke percetakan Pustaka Aman Press
dengan bahan untuk cetakan yang kita dah siapkan. That was
the job of 17, 16 years old female students. Bila teringat balik...
That was awesome. Masa tu semua pakai kamera dengan filem,
typwriter dan lukisan-lukisan tangan sahaja.
Aspek Ketujuh: Bersedia Berkhidmat Kepada Masyarakat Demi
Islam
 Menurut Ustazah Asmak, tarbiah MMP telah menerbitkan
jatidiri yang kuat dalam diri dan terkesan sampai ke alam
universiti dan pekerjaan. Jatidiri yang dibawa membuahkan
keyakinan untuk kita berkhidmat kepada masyarakat dan Islam
sehingga ke peringkat antarabangsa.
 Pelajar diajar untuk meletakkan Islam sebagai dasar dalam
pelbagai tindakan dan keputusan hidup. Belajar kerana Allah.
Berusaha menjadi pelajar terbaik demi meningkatkan syiar
Islam. Nilai perjuangan diterapkan melalui sistem tarbiah MMP

70

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan Pembinaan Jati Diri Muslimah



Kesan ketara yang nampak apabila berada di alam pekerjaan
yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan karenah.
Namun kesan tarbiah mendidik bekas pelajar MMP agar kreatif
dan teguh membawa perubahan dan kejayaan demi Islam.

Perbincangan dan Penutup
Berdasarkan falsafah dan matlamat Maahad Muhammadi (P) yang
dinyatakan pada bahagian awal penulisan ini, apa yang dinyatakan oleh
para responden mengenai pelbagai aspek dalam kehidupan mereka hari
ini berkait rapat dengan pengajian mereka di MMP. Pendekatan integrasi
pendidikan akademik dan agama menghasilkan tenaga kerja wanita
dalam pelbagai bidang tetapi yang paling penting adalah dasar sistem
tarbiah yang diterapkan telah mengukuhkan jatidiri sehingga mereka
kreatif dan teguh melaksanakan Islam dalam pelbagai bidang yang
diceburi. MMP terbukti menjadi pusat penjanaan modal insan dan tenaga
kerja wanita yang efisyen dari sudut akliah, jasadiyah, rohaniyyah dan
nilai perjuangan Islam. Dasar keterbukaan gender juga telah memacu
pelajar MMP hingga berjaya ke taraf antarabangsa dengan identiti
muslimah yang disemai sejak sekolah. Ini salah satu bukti yang
menunjukkan bahawa sistem pendidikan agama di bawah Yayasan Islam
Kelantan khususnya MMP untuk pelajar perempuan di peringkat
menengah berjaya membuahkan hasil yang memberi kesan kepada
masyarakat, negara dan agama.
Rujukan
Sekolah kementerian tiru amalan pelajar Yik:

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/39353-sekolahkementerian-tiru-amalan-pelajar-yik
Manual Usrah Manhaj Qurani (MQ):

http://binnadwah.blogspot.my/2011/08/manual-usrah-manhajqurani-mq.html
Blog BADATI MMP : http://badandakwahdantarbiah.blogspot.my/
Laman Web Rasmi Yayasan Islam Kelantan:

http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/
Laman web rasmi MMP : http://mmp.yik.edu.my/

71

Wanita Islam Kontemporari: Isu, Cabaran dan Amalan Terbaik

72

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24