setuju terima Barang-Barang itu dan mengenakan denda-denda berikut:

telah terpaksa kerana keadaan menerima barang- barang itu, Kerajaan boleh membuat tuntutan pampasan dari Kontraktor sama banyak dengan nilai barang-barang yang dipesan itu. 18.1.5. Jika selepas barang-barang dihantar, Kerajaaan mendapati barang-barang yang telah dibekalkan bukan barang-barang semasa, baru dan tulen serta belum digunakan, Kerajaan boleh sama ada menyimpan atau menolak barang-barang yang dibekalkan dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35, dan Kontraktor adalah bertanggungjawab membayar kepada Kerajaan pampasan sebanyak nilai barang- barang yang dibekalkan tidak kira sama ada Kerajaan menamatkan kontrak ini atau tidak. FASAL 19 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT DISERAHKAN

19.1 Bagi hal Barang-Barang yang terlewat diserahkan oleh

Kontraktor, Kerajaan boleh sama ada: 19.1.1 membeli Barang-Barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain dan menolak Barang-Barang yang dipesan daripada Kontraktor. Jika kos memperoleh Barang-Barang itu daripada punca-punca lain melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor adalah dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan. atau 19.1.2 menolak Barang-Barang itu, menamatkan Perjanjian dan merampas Bon Pelaksanaan. atau

19.1.3 setuju terima Barang-Barang itu dan mengenakan denda-denda berikut:

a. Denda sebanyak satu peratus 1 untuk setiap bulan kelewatan Barang-Barang. Bagi kelewatan yang kurang dari satu 1 bulan bagi tempoh maksimum enam 6 bulan, ianya hendaklah dikira mengikut perkiraan tiga puluh 30 hari dalam satu 1 bulan. Formula perkiraan denda lewat adalah seperti di Jadual 8. b. Jika Kontraktor gagal membekalkan kesemua pesanan-pesanan setelah tiga 3 bulan Perjanjian ini ditamatkan, maka pesanan ke atas Barang- 10 Barang yang masih belum dibekalkan itu akan dibatalkan Kerajaan adalah berhak menuntut ganti rugi sebanyak seratus peratus 100 daripada nilai Barang-Barang yang tidak dibekalkan itu. FASAL 20 HAK KERAJAAN APABILA PENYERAHAN BEKALAN TIDAK SEPENUHNYA 20.1 Bagi barang-barang yang bekalannya diserahkan dengan tidak sepenuhnya Kerajaan boleh sama ada - 20.1.1 Setujuterima barang-barang itu dan Kontraktor boleh dikenakan denda mengikut formula di Fasal 19.1.3 bagi barang-barang yang lewat diserahkan; atau 20.1.2. Setujuterima barang-barang itu dan membeli barang- barang yang berkurangan tersebut daripada punca- punca lain. Kerajaan berhak meminta Kontraktor membayar kos barang-barang yang dibeli dari punca- punca lain. FASAL 21 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TIDAK DISERAHKAN Bagi hal barang-barang yang tidak diserahkan oleh Kontraktor selepas pesanan dibuat, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35 dan Kontraktor boleh dikenakan membayar satu amaun sebanyak harga barang-barang yang dipesan itu sebagai pampasan kepada Kerajaan. FASAL 22 PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK Di dalam hal di mana Kerajaan terpaksa membeli barang- barang ini daripada punca lain seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 18 dan 19 atau berikutan daripada perlanggaran kepada Fasal 20 dan 21, Kerajaan boleh selain daripada apa- apa tuntutan yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini, membuat tuntutan pampasan yang berjumlah tidak melebihi 5 daripada nilai barang-barang yang dipesan. FASAL 23 PENGALIHAN BARANG-BARANG Di mana Kerajaan telah menolak barang-barang yang dipesan seperti diperuntukkan di bawah Fasal 18 dan 19, Kontraktor hendaklah mengalihkan barang-barang tersebut di dalam tempoh masa tiga puluh 30 hari. Dimana barang-barang tersebut tidak dialih di dalam tempoh masa Kerajaan berhak 11 mengalih barang-barang tersebut dan menuntut kos daripada Kontraktor kerana mengalih barang-barang tersebut. FASAL 24 “SET OFF ” Kerajaan boleh memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada apa-apa wang yang Kerajaan terhutang kepada Kontraktor itu. Jika tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya satu 1 bulan selepas menerima tuntutan itu. FASAL 25 PEMBAYARAN 25.1 Pembayaran bagi Barang-Barang tersebut akan dibuat oleh Kerajaan dalam masa empat belas 14 hari selepas Kontraktor mengemukakan dokumen-dokumen lengkap berikut:

25.1.1 Barangan Percuma Atas Kapal