14 - DRAF DOKUMEN KONTRAK

(1)

KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION

(DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(2)

PERJANJIAN KONTRAK KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

Di antara

KERAJAAN MALAYSIA

Dengan

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

BAGI

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN

DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA

TEMPOH KONTRAK : DUA (2) TAHUN XXX HINGGA XXX


(3)

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA KANDUNGAN

Fasal Perkara Muka Surat

1. TAKRIF 2

2. TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR 2

3. DOKUMEN 2

4. NILAI PERJANJIAN 3

5. PEMBEKALAN 3

6. SPESIFIKASI TEKNIKAL 3

7. TEMPOH PERJANJIAN 3

8. BON PELAKSANAAN 4

9. CONTOH BARANG-BARANG 4

10. PEMERIKSAAN 5

11. PEMBUNGKUSAN DAN PENANDAAN 5

12. PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN 6

13. INSURANS 7

14. PENYERAHAN 7

15. PEMERIKSAAN DAN PENERIMAAN 8

16. PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENERIMAAN SELEPAS

PENYERAHAN

8

17. PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN 9

18. HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG

ROSAK ATAU RENDAH KUALITI

9

19 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG

TERLEWAT DISERAHKAN 10

20. HAK KERAJAAN APABILA PENYERAHAN BEKALAN

TIDAK SEPENUHNYA

11

21. HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TIDAK

DISERAHKAN

11

22. PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK 11

23. PENGALIHAN BARANG-BARANG 12

24. “SET OFF” 12

25. PEMBAYARAN 12

26. PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI 13

27. GANTIRUGI TERTENTU LIQUIDATED DAMAGES 13

28. TEMPOH JAMINAN 14

29. PAMPASAN 15

30. IKLAN 16

31. PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL 16

32. PEMBERIAN MILIK 16

33. BURUH 16

34. FORCE MAJEURE 17


(4)

36. CARA-CARA PENAMATAN PERJANJIAN 18

37. KELELAPAN BON PERLAKSANAAN 18

38. DUTI SETEM 19

39. UNDANG-UNDANG 19

40. PINDAAN-PINDAAN 19

41. JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN DAN

TIMBANG TARA

19

42. INDEMNITI 19

43. LIKUIDASI 20

44. LATIHAN 20

45. PENAFIAN 20

46. MERAHSIAKAN MAKLUMAT 20

47. HAK MILIK DOKUMEN – DOKUMEN PERJANJIAN 21

48. PEMBERIAN TIDAK JUJUR DAN PEMBAYARAN

KOMISEN 21

49. PENYEDIAAN MAKLUMAT 22

50. SURAT-MENYURAT 22

51. PINDAAN PERJANJIAN 23

52. JADUAL-JADUAL 23

53. JADUAL 1 - Surat Setuju Terima JADUAL 2 - Jadual Tawaran Harga

JADUAL 3 - Spesifikasi Teknikal / Risalah / Katalog JADUAL 4 - Salinan Bon Pelaksanaan

JADUAL 5 - Sijil Pengesahan & Penerimaan JADUAL 6 - Sijil Penerimaan & Pentauliahan JADUAL 7 - Sijil Pemeriksaan & Penerimaan Penghantaran


(5)

DOKUMEN PERJANJIAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN

CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA

KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

SATU PERJANJIAN dibuat pada ……… haribulan ……….. 2017 di antara KERAJAAN MALAYSIA (kemudian daripada ini disebut sebagai “KERAJAAN”) diwakili oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri

di alamat Aras 12, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya bagi satu pihak dengan (Nama Syarikat) di alamat (Alamat Syarikat) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor”) bagi pihak yang lagi satu.

BAHAWASANYA Kontraktor berwaad dan bersetuju membekal dan menyerahkan kepada Kerajaan barang-barang yang mengikut syarat-syarat, penentuan, corak, lukisan dan contoh yang menjadi sebahagian daripada suratan-suratan perjanjian ini atau secara lain berkaitan bagi maksud-maksud Perjanjian ini.

DAN BAHAWASANYA Kerajaan telah bersetuju menerima tawaran dari Kontraktor bagi membekalkan barang-barang tersebut dengan jumlah harga

RMXXX (Ringgit Malaysia:XXX sahaja) (kemudian daripada ini disebut

‘NILAI PERJANJIAN’) dan sebagai balasan kepada bayaran yang dibuat oleh Kerajaan kepada Kontraktor, Kontraktor dengan ini bersetuju untuk membuat bekalan yang sempurna mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini.


(6)

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT

:-FASAL 1 TAKRIF

1.1 Dalam Perjanjian ini dan dalam syarat-syarat penentuan dan Jadual-jadual yang dilampirkan bersama, melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki makna yang lain

:-1.1.1 “Barang-barang” Ertinya Perkhidmatan Penyelenggaraan Secara Preventive Dan Corrective Serta Alat Ganti dan Menaiktaraf Peralatan Video Editing System untuk Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia

1.1.2 “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan hendaklah bermaksud di mana sesuai, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri atau wakil-wakil mereka yang diberi kuasa;

1.1.3 “Kontraktor” ertinya (Nama Syarikat) di alamat (Alamat Syarikat).

FASAL 2 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah membekal, menghantar, memasang dan mentauliah di mana berkenaan Barang-Barang yang ditentukan dalam Jadual 1 mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam

Jadual 3 dengan harga yang ditentukan dalam Jadual 1 dan mulai tarikh Perjanjian dan menyempurnakan bekalan, penghantaran, pemasangan dan pentauliahan di mana berkenaan Barang-Barang tersebut dalam tempoh Perjanjian ini

FASAL 3 DOKUMEN

3.1. Perjanjian ini hendaklah mengandungi dokumen-dokumen berikut yang mana adalah menjadi sebahagian dari Perjanjian

ini:-3.1.1. Surat Setuju Terima seperti di Jadual 1 3.1.2. Jadual Tawaran seperti di Jadual 2

3.1.3. Spesifikasi Teknikal /Risalah/Katalog seperti di Jadual 3 3.1.4. Salinan Bon Pelaksanaan seperti Jadual 4

3.1.5. Sijil Pengesahan & Penerimaan seperti Jadual 5 3.1.6. Sijil Penerimaan & Pentauliahan seperti di Jadual 6

3.1.7 Sijil Pemeriksaan & Penerimaan Penghantaran seperti di Jadual 7


(7)

3.1.8. Pengiraan Denda Lewat seperti di Jadual 8

FASAL 4 NILAI PERJANJIAN

Nilai Perjanjian ini ialah RMXXX (Ringgit Malaysia:XXX Sahaja) (Bersih) ke Kementerian Dalam Negeri dengan pecahan harga seperti yang ditentukan dalam Jadual 2 dan ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan kecuali yang dikeluarkan oleh Kerajaan di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Jadual–Jadual hendaklah dibacakan, ditafsirkan dan dijadikan sebahagian daripada Perjanjian ini.

FASAL 5 PEMBEKALAN

5.1 Kontraktor akan, di atas permintaan Kerajaan membekalkan dan menghantar barang-barang yang ditentukan dalam Jadual 2

kepada Perjanjian ini mengikut kuantiti dan jenis yang dipesan dengan harga-harga dan pada jangkamasa yang ditentukan dalam Jadual tersebut.

5.2 Kerajaan tidaklah menjamin atau melibatkan dengan apa-apa cara juga bahawa semua atau mana-mana anggaran pembekalan yang dinyatakan di dalam Perjanjian akan dipesan dalam tempoh berkuatkuasanya Perjanjian ini. Kontraktor hendaklah, sekiranya dikehendaki, membuat pembekalan tambahan dengan harga yang sama kepada tempat atau tempat-tempat pada masa yang dikehendaki dan ditetapkan oleh Kerajaan.

5.3 Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah barang-barang keluaran semasa, baru dan tulen dan Kontraktor akan mengesahkan semasa menghantar barang-barang bahawa barang-barang - barang-barang yang telah dibekalkan adalah barang-barang keluaran semasa, baru dan tulen.

FASAL 6 SPESIFIKASI TEKNIKAL

Semua barang-barang yang dibekalkan hendaklah mempunyai mutu, rupa, buatan dan sifat-sifat mengikut spesifikasi kontrak seperti di dalam Jadual 3 Perjanjian ini.

FASAL 7 TEMPOH PERJANJIAN

Perjanjian ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh

XXX sehingga XXX. Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.


(8)

FASAL 8 BON PELAKSANAAN

Kontraktor adalah dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan bernilai RMXXX (Ringgit Malaysia:XXX Sahaja). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas dua belas (12) bulan sesudah Perjanjian ini dilaksanakan dengan memuaskan dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Kerajaan mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanakan Perjanjian ini atau apa-apa perlanggaran syarat-syarat Perjanjian ini. Salinan Bon Pelaksanaan adalah seperti di

Jadual 4.

FASAL 9 CONTOH BARANG-BARANG

9.1 Satu (1) unit contoh seperti yang diluluskan semasa Pemeriksaan Sebelum Penghantaran hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan sekiranya diperlukan dan diminta untuk dijadikan sebagai Contoh Pengeluaran serta menjadi Hak Kerajaan. Barang-Barang yang akan dibekalkan hendaklah sama mengikut Contoh Pengeluaran tersebut dari segi kualiti, reka bentuk dan warna serta spesifikasi seperti di Jadual 3

kepada Perjanjian ini. Kerajaan sentiasa berhak jika perlu meminta Kontraktor secara bertulis memberi dengan tiada apa-apa bayaran, contoh Barang-Barang yang akan dibekalkan untuk diuji atau dianalisa oleh Kerajaan. Kerajaan akan memeriksa dan membuat keputusan secara bertulis dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima contoh-contoh tersebut.

9.2 Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan contoh Barang-Barang yang memuaskan dan boleh diterima oleh Kerajaan, Kontraktor hendaklah mengemukakan contoh-contoh yang lain untuk diuji dan dianalisa sekali lagi untuk kelulusan sewajarnya oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, tempoh untuk mengemukakan contoh-contoh berikutnya tidak boleh melebihi tempoh satu (1) bulan dari tarikh Notis Penolakan dari pihak Kerajaan. Kontraktor dibenarkan mengemukakan contoh Barang-Barang sebanyak tiga (3) kali sahaja dan tidak melebihi tempoh empat (4) bulan dari tarikh Perjanjian ditandatangani untuk mengemukakan contoh Barang-Barang untuk tujuan ujian dan analisa.

9.3 Sekiranya Kontraktor gagal memenuhi peruntukan Fasal 9.2 di atas, Kerajaan sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini dan Bon Pelaksanaan akan dirampas dan dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akan menyentuh hak Kerajaan untuk menuntut ganti apa-apa ganti rugi yang mungkin timbul di bawah Perjanjian ini.

9.4 Sebarang kos yang terlibat di dalam penyediaan dan pembelian contoh Barang-Barang tersebut, hendaklah ditanggung sendiri oleh Kontraktor tanpa melibatkan apa-apa kenaikan harga.


(9)

FASAL 10 PEMERIKSAAN

Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk bebas bagi maksud pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke kawasan di mana barang-barang itu sedang diperkilang atau disimpan. Pegawai-pegawai yang berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan bertulis oleh Kementerian Dalam Negeri.

FASAL 11 PEMBUNGKUSAN DAN PENANDAAN

11.1 Barang-Barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini akan dibungkus mengikut keperluan Piawaian Pembungkusan Perdagangan (Standard Commercial Packing) bagi mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang mungkin berlaku semasa ia diangkut atau semasa dalam penghantaran. Pembungkusan hendaklah tahan kepada cara pengendalian yang kasar, perubahan cuaca yang ketara, karam dan mendapan semasa perjalanan dan penyimpanan secara terbuka. Bentuk, saiz dan berat bungkusan bagi Barang-Barang yang perlu dihantar ke destinasi yang tidak mempunyai sistem perhubungan yang sesuai perlu juga diambil kira.

11.2 Semua bekas-bekas, termasuk peti-peti pakej, kotak-kotak, tin-tin, tong-tong dram dan pembalut-pembalut yang dibekalkan oleh Kontraktor bersama-sama dengan Barang-Barang adalah tidak boleh dipulangkan dan kosnya adalah diambil kira sebagai termasuk dalam Harga Perjanjian.

11.3 Semua pakej untuk barangan utama mestilah dilabelkan atau pada sekurang-kurangnya dua (2) sisi bungkusan untuk menunjukkan tanda-tanda pengenalan Kerajaan (Polis Diraja Malaysia), nombor pesanan, destinasi, nombor bahagian, jumlah dan berat (untuk barangan berat yang mengandungi lebih dari satu pakej/peti).

11.4 Semua barangan yang tercerai mestilah mempunyai tanda pengenalan yang menyatakan nombor bahagian Barang-Barang pek utamanya sekiranya barangan itu dibungkus.

11.5 Komponen-komponen kecil mestilah dibungkus karton, kertas minyak atau selofan yang berkualiti piawaian.

11.6 Komponen-komponen bersaiz besar dan pemasangan kecil mestilah dibungkus dalam karton-karton yang kuat atau peti-peti kayu dan dibungkus secara berasingan dan tidak dicampurkan di dalam satu karton atau peti.

11.7 Semua peti-peti atau kotak-kotak kayu mestilah kukuh, tidak dimakan anai-anai atau tikus dan mempunyai kemudahan untuk membenarkan penggunaan alat bantu pengangkutan.


(10)

11.8 Barangan kaca dan barangan mudah pecah atau komponen-komponen mestilah dibungkus secara yang patut untuk daripada pecah atau rosak.

11.9 Komponen getah mestilah dipelihara dengan French chalk (talc).

11.10 Bahagian besi yang terdedah kepada karat mestilah dipelihara dengan bahan awet yang sesuai atau pemeliharaan berlilin. 11.11 Semua barangan dan komponen-komponen yang dibungkus

secara tanpa pergerakan barangan dan komponen-komponen tersebut semasa disimpan atau sedang bergerak.

FASAL 12 PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN

12.1 Semua urusan pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang import (Percuma Atas Kapal/’P.A.K’) Kerajaan hendaklah diuruskan oleh wakil penghantaran Kerajaan sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas tambang muatan dan menjelaskan semua bil yang terlibat. Selain dari arahan ataupun kelulusan Kerajaan, Kontraktor adalah tidak dibenarkan menggunakan agen penghantaran sendiri. Kerajaan akan menentukan sama ada penghantaran Barang-Barang dibuat melalui udara, laut atau darat.

12.2 Di mana Kerajaan atau wakil penghantaran Kerajaan gagal menyediakan kapal pengangkut untuk muatan dalam tempoh yang telah disyaratkan atau kelewatan telah melebihi tiga puluh (30) hari, Kontraktor boleh dengan persetujuan Kerajaan menguruskan pengangkutan ke Malaysia dengan kapal yang layak berlayar (Seaworthy) pada kadar kos yang sebenar. Kerajaan boleh menimbangkan cadangan dari Kontraktor sekiranya Kontraktor bercadang untuk menguruskan pengangkutan sendiri dengan syarat tambang, insurans dan lain-lain ditanggung oleh Kontraktor.

12.3 Semua urusan dan kos pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang ex-stock/tempatan/bersih hendaklah diuruskan oleh Kontraktor.

12.4 Kontraktor akan mengambil semua langkah-langkah perlu untuk memastikan bahawa Barang-Barang yang dipesan oleh Kerajaan dihantar dengan secepat mungkin agar tidak memudaratkan kehendak-kehendak Kerajaan.

12.5 Sekiranya Kontraktor tidak berupaya untuk menghantar sebarang Barang-Barang tersebut dalam tempoh penghantaran yang ditetapkan, Kontraktor akan, secepat mungkin dan tidak melebihi tiga puluh (30) hari daripada tarikh tamatnya tempoh


(11)

penghantaran, memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis alasan-alasan kelewatan atau boleh menyebabkan kelewatan. Sekiranya alasan untuk kelewatan adalah munasabah dan diterima oleh Kerajaan, tempoh untuk penghantaran akan dilanjutkan kepada satu masa yang munasabah. Sekiranya Kontraktor gagal menghantar Barang-Barang dalam masa dilanjutkan dan kelewatan adalah bukan atas alasan-alasan yang ditetapkan dalam Fasal 34, ganti rugi jumlah tertentu akan dikenakan mengikut Fasal 27.

FASAL 13 INSURANS

13.1 Kerajaan akan mengambil sendiri perlindungan insurans untuk semua Barang-Barang import yang dibeli. Walau bagaimanapun, jika Kontraktor menguruskan sendiri penghantaran Barang-Barang, maka Kontraktor adalah bertanggungjawab mengambil perlindungan insurans tersebut. 13.2 Sebaik sahaja Barang-Barang telah dihantar dan dimuatkan ke

atas kapal pengangkut, Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan dan wakil penghantaran Kerajaan dengan faks/teleks mengenai tarikh Barang dimuat ke atas kapal, nilai Barang-Barang, butiran dalam bungkusan setiap konsainan, nama dan maklumat mengenai kapal pengangkut.

13.3 Sekiranya Kontraktor gagal mematuhi Fasal 13.2 di atas dan konsainan didapati hilang, rosak atau musnah semasa pengangkutan/penghantaran, Kontraktor dikehendaki membayar ganti rugi kepada Kerajaan sepenuhnya nilai konsainan yang hilang, rosak atau musnah.

FASAL 14 PENYERAHAN

14.1. Barang-barang hendaklah diserahkan mengikut tempoh penyerahan seperti ditetapkan di bawah Jadual 2 kepada Perjanjian ini.

14.2Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 14.1 hendaklah dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis.

14.3Kontraktor hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua (2) salinan surat penyerahan bersama dengan tiap-tiap satu (1) penyerahan barang-barang dan satu (1) salinannya akan diperakuterima dan dikembalikan kepada Kontraktor apabila barang-barang diterima.

14.4Kontraktorhendaklah pada tiap-tiap penyerahan barang-barang memberi satu perakuan bertulis bahawa kualiti barang-barang yang dihantarkan itu tidak kurang daripada kualiti/contoh seperti yang dipersetujui.


(12)

FASAL 15 PEMERIKSAAN DAN PENERIMAAN

15.1 Barang-Barang akan diperiksa oleh wakil-wakil Kerajaan apabila barangan sampai di premis-premis. Jika semasa pemeriksaan Barang-Barang didapati rosak, cacat atau rendah mutu, jumlah (tertakluk kepada peruntukan penghantaran separa), prestasi atau berlainan bentuk atau bahan dan spesifikasi-spesifikasi, Kerajaan akan menolak Barang-Barang tersebut dan Kontraktor akan mengganti Barang-Barang itu atas perbelanjaan sendiri selepas penerimaan notis penolakan.

15.2 Kontraktor akan mengeluarkan Barang-Barang yang ditolak dalam empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan notis penolakan. Sekiranya Kontraktor gagal mengeluarkan Barang-Barang dalam tempoh tersebut, Kerajaan bebas untuk mengembalikan Barang-Barang yang ditolak atau mana-mana bahagiannya atas risiko dan perbelanjaan Kontraktor.

15.3 Kegagalan menggantikan Barang-Barang yang ditolak dalam masa yang ditetapkan dalam Fasal 15.2 akan dianggap sebagai satu kelewatan untuk menyempurnakan pembekalan dan/atau penghantaran barangan tersebut dan Kontraktor akan membayar ganti rugi jumlah tertentu kepada Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 24.

15.4 Penerimaan oleh Kerajaan akan terbukti melalui penyerahan kepada Kontraktor pada masa penghantaran dan penerimaan

satu (1) Sijil Pemeriksaan dan Penerimaan oleh Kerajaan seperti di Jadual 5.

15.5 Apa-apa penerimaan oleh Kerajaan atau penghantaran dan bayaran untuk mana-mana Barang-Barang tidak akan menghalang penolakan barangan tersebut oleh Kerajaan apabila selepas itu, pada bila-bila masa, ianya didapati cacat, rosak atau rendah mutu atau prestasi atau berlainan bentuk atau bahan dari spesifikasi yang tidak dapat ditemui selepas pemeriksaan yang munasabah.

FASAL 16 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENERIMAAN SELEPAS PENYERAHAN

16.1 Kontraktor bersetuju selepas penyerahan di PTJ/Tapak/Premis Pengguna berkenaan, penerimaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan ujian penerimaan. Pemeriksaan dan ujian penerimaan akan dilakukan oleh wakil pihak Kerajaan dan wakil pihak Kontraktor. Sekiranya wakil dari pihak Kontraktor tidak dapat hadir di dalam pemeriksaan dan ujian penerimaan, Kontraktor tidak berhak mempersoalkan Sijil Pemeriksaan dan Penerimaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.


(13)

FASAL 17 PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN (JIKA BERKAITAN)

17.1 Sebagai tambahan kepada Klausa 16 di atas, bagi Barang-Barang yang perlu dipasang dan ditauliah, kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan hendaklah dibuat dalam tempoh Perjanjian. Kontraktor hendaklah menyediakan dan mengisi

empat (4) salinan Sijil Pemasangan dan Pentauliahan. Sijil ini akan ditandatangani setelah Kerajaan berpuas hati bahawa Barang-Barang tersebut telah dipasang dan ditauliahkan dengan sempurnanya.

17.2 Tanpa menjejaskan hak Kerajaan di Fasal 17.1, Kerajaan berhak menangguhkan tarikh penghantaran. Kontraktor akan dimaklumkan oleh Kerajaan tarikh sebenar Barang-Barang tersebut akan dihantar.

17.3 Penangguhan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak tertakluk kepada Denda Lewat.

FASAL 18 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG ROSAK ATAU RENDAH KUALITI

18.1 Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerahkan barang-barang yang rosak atau rendah kualiti daripada contoh atau penentuan-penentuan kepada Perjanjian ini, Kerajaan boleh sama ada:

18.1.1. Menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35; atau 18.1.2. Menolak barang-barang itu dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35; atau

18.1.3. Menolak barang-barang itu dan meminta pengganti barang-barang itu yang mana hendaklah diserahkan oleh Kontraktor dalam tempoh tiga puluh (30) hari

selepas permintaan itu. Jika pengganti barang-barang itu tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, Kerajaan boleh membeli barang-barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain dengan syarat sentiasa bahawa jika kos bagi punca-punca lain melebihi harga dalam Jadual 2 kepada Perjanjian ini, Kontraktor boleh dikenakan membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

18.1.4. Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerah kan barang-barang yang rosak atau yang rendah kualitinya kepada Kerajaandan Kerajaan tidak mungkin menolak barang-barang itu oleh sebab barang-barang itu telah dipakai atau digunakan sebelum diketahui rosak atau rendah kualitinya atau oleh sebab Kerajaan


(14)

telah terpaksa kerana keadaan menerima barang-barang itu, Kerajaan boleh membuat tuntutan/ pampasan dari Kontraktor sama banyak dengan nilai barang-barang yang dipesan itu.

18.1.5. Jika selepas barang-barang dihantar, Kerajaaan mendapati barang-barang yang telah dibekalkan bukan barang-barang semasa, baru dan tulen serta belum digunakan, Kerajaan boleh sama ada menyimpan atau menolak barang-barang yang dibekalkan dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35, dan Kontraktor adalah bertanggungjawab membayar kepada Kerajaan pampasan sebanyak nilai barang-barang yang dibekalkan tidak kira sama ada Kerajaan menamatkan kontrak ini atau tidak.

FASAL 19 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT DISERAHKAN

19.1 Bagi hal Barang-Barang yang terlewat diserahkan oleh Kontraktor, Kerajaan boleh sama ada:

19.1.1 membeliBarang-Barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain dan menolak Barang-Barang yang dipesan daripada Kontraktor. Jika kos memperoleh Barang-Barang itu daripada punca-punca lain melebihi

harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor adalah

dikehendaki membayar amaun yang lebih itu

sebagai pampasan kepada Kerajaan.

atau

19.1.2menolak Barang-Barang itu, menamatkan Perjanjian

dan merampas Bon Pelaksanaan. atau

19.1.3setuju terima Barang-Barang itu dan mengenakan denda-denda berikut:

a. Denda sebanyak satu peratus (1%) untuk setiap bulan kelewatan Barang-Barang. Bagi kelewatan yang kurang dari satu (1) bulan bagi tempoh maksimum enam (6) bulan, ianya hendaklah dikira mengikut perkiraan tiga puluh (30) hari dalam satu (1) bulan. Formula perkiraan denda lewat adalah seperti di Jadual 8.

b. Jika Kontraktor gagal membekalkan kesemua pesanan-pesanan setelah tiga (3) bulan Perjanjian ini ditamatkan, maka pesanan ke atas


(15)

Barang-Barang yang masih belum dibekalkan itu akan dibatalkan Kerajaan adalah berhak menuntut ganti rugi sebanyak seratus peratus (100%) daripada nilai Barang-Barang yang tidak dibekalkan itu.

FASAL 20 HAK KERAJAAN APABILA PENYERAHAN BEKALAN TIDAK SEPENUHNYA

20.1 Bagi barang-barang yang bekalannya diserahkan dengan tidak sepenuhnya Kerajaanboleh sama ada

-20.1.1 Setujuterima barang-barang itu dan Kontraktor boleh dikenakan denda mengikut formula di Fasal 19.1.3 bagi barang-barang yang lewat diserahkan; atau

20.1.2. Setujuterima barang itu dan membeli barang-barang yang berkurangan tersebut daripada punca-punca lain. Kerajaan berhak meminta Kontraktor membayar kos barang-barang yang dibeli dari punca-punca lain.

FASAL 21 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TIDAK DISERAHKAN

Bagi hal barang-barang yang tidak diserahkan oleh Kontraktor selepas pesanan dibuat, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35 dan Kontraktor boleh dikenakan membayar satu amaun sebanyak harga barang-barang yang dipesan itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

FASAL 22 PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK

Di dalam hal di mana Kerajaan terpaksa membeli barang-barang ini daripada punca lain seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 18 dan 19 atau berikutan daripada perlanggaran kepada Fasal 20 dan 21, Kerajaan boleh selain daripada apa-apa tuntutan yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini, membuat tuntutan pampasan yang berjumlah tidak melebihi 5% daripada nilai barang-barang yang dipesan.

FASAL 23 PENGALIHAN BARANG-BARANG

Di mana Kerajaan telah menolak barang-barang yang dipesan seperti diperuntukkan di bawah Fasal 18 dan 19, Kontraktor hendaklah mengalihkan barang-barang tersebut di dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari. Dimana barang-barang tersebut tidak dialih di dalam tempoh masa Kerajaan berhak


(16)

mengalih barang-barang tersebut dan menuntut kos daripada Kontraktor kerana mengalih barang-barang tersebut.

FASAL 24 “SET OFF ”

Kerajaan boleh memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada apa-apa wang yang Kerajaan terhutang kepada Kontraktor itu. Jika tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas menerima tuntutan itu.

FASAL 25 PEMBAYARAN

25.1 Pembayaran bagi Barang-Barang tersebut akan dibuat oleh Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas Kontraktor mengemukakan dokumen-dokumen lengkap berikut:

25.1.1Barangan Percuma Atas Kapal

i) Invois

ii) Nota Penghantaran iii) Packing List

iv) Certificate Of Origin v) Airway Bill / Bill Of Lading

vi) Forwarders Certificate Of Receipt (FCR) yang dikeluarkan oleh Agen Penghantaran Barang Kerajaan.

25.1.2Barangan Bersih

i) Invois

ii) Sijil Pengesahan Kerja yang dikeluarkan oleh PDRM iii) Kerajaan boleh meminta dokumen-dokumen selain daripada Fasal 25.1 di atas sekiranya perlu untuk mempercepatkan proses pembayaran.

25.2 Pembayaran akan dibuat dalam mata wang Ringgit Malaysia

mengikut kadar pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tarikh pembayaran dibuat oleh Kerajaan


(17)

sekiranya harga Barang-Barang yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini di dalam mata wang negara asing.

25.3 Pembayaran yang diuruskan secara elektronik, ePerolehan,

Fi/Caj perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600.00

bagi Pesanan Kerajaan yang melebihi RM 1.2 juta.

FASAL 26 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI

26.1. Jika dalam tempoh perjanjian ini, terjadi sebarang perubahan pada mana-mana kadar duti kastam, cukai jualan, cukai tokok dan eksais, harga kontrak akan, disesuaikan oleh Kontraktor dengan persetujuan oleh Kerajaan mengikut setakat mana belanja Kontraktor bertambah atau berkurang.

26.2 Sebarang tambahan atau kekurangan pada harga kontrak akan dibuat hanya ke atas barang-barang yang terlibat di dalam perubahan di bawah Fasal 26.1 di atas.

FASAL 27 GANTI RUGI TERTENTU LIQUIDATED DAMAGES

27.1 Kontraktor bersetuju untuk menjamin bahawa:

27.1.1 Sekiranya dalam tempoh jaminan Kerajaan mendapati bahawa prestasi Barang-Barang tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah membaiki dan jika perlu menggantikan mana-mana alat atau alat-alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan dalam tempoh jaminan tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam dua (2) salinan.

27.1.2 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki atau menggantikan Barang-Barang tersebut yang tidak berfungsi dengan memuaskan, maka Kerajaan boleh sama ada:

a. mendapat mana-mana orang berkelayakan bagi membaiki alat-alat itu atau mengganti alat-alat itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; atau b. memulangkan Barang-Barang tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar kos-kos yang terlibat; dan

c. sekiranya Kerajaan terpaksa mendapatkan Barang-Barang tersebut dari punca yang lain, apa-apa


(18)

perbezaan harga hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.

27.2 Waktu adalah inti pati kepada Perjanjian ini. Sekiranya kelewatan penyerahan atau perkhidmatan yang diberikan tidak sepenuhnya bukan disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dikawal oleh Kontraktor seperti disebut di Fasal 27 di bawah, maka Kontraktor hendaklah membayar liquidated damages kepada Kerajaan pada

kadar 1% daripada nilai Barang-Barang yang lewat diserahkan itu untuk tiap-tiap bulan kelewatan dengan syarat nilai liquidated damages itu tidak melebihi 6% dari jumlah keseluruhan nilai Barang-Barang yang lewat diserahkan itu. Liquidated damages

hendaklah dibayar secara proportionate untuk mana-mana tempoh yang kurang dari satu (1) bulan dan perkiraannya adalah berdasarkan kepada tiga puluh (30) hari dalam satu (1) bulan. 27.3 Sekiranya kelewatan melebihi enam (6) bulan, Kerajaan berhak

membatalkan Perjanjian ini atau membenarkan Kontraktor melaksanakan tanggungjawab di bawah Perjanjian ini termasuklah membayar amaun yang lebih kepada Kerajaan sekiranya Kerajaan membeli Barang-Barang atau mendapatkan Perkhidmatan yang serupa itu daripada punca-punca lain.

27.4 Dalam tempoh jaminan, Kontraktor hendaklah menggantikan Barang-Barang yang didapati rendah mutu atau cacat. Jaminan yang serupa ke atas Barang-Barang yang diganti adalah mulai dari tarikh penggantian.

FASAL 28 TEMPOH JAMINAN

28.1 Kontraktor bersetuju untuk menjamin bahawa Barang-Barang yang diserahkan adalah:

28.1.1 Bebas daripada kecacatan reka bentuk;

28.1.2 Tempoh Jaminan bagi Barang-Barang adalah selama 18 bulan selepas tauliah dikeluarkan di bawah klausa 16 dan 17.

28.1.3 Sekiranya dalam tempoh jaminan, Kerajaan mendapati bahawa prestasi Barang-Barang tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah membaiki dan jika perlu menggantikan mana-mana alat atau alat-alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan dalam tempoh jaminan tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam dua (2) salinan.

28.1.4 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki atau menggantikan Barang-Barang tersebut yang tidak


(19)

berfungsi dengan memuaskan, maka Kerajaan boleh sama ada:

a. mendapat mana-mana orang berkelayakan bagi membaiki alat-alat itu atau mengganti alat-alat itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; atau b. memulangkan Barang-Barang tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar kos-kos yang terlibat; dan

c. sekiranya Kerajaan terpaksa mendapatkan Barang-Barang tersebut dari punca yang lain, apa-apa perbezaan harga hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.

28.1.5 Sekiranya kelambatan pembaikan atau penggantian mana-mana alat yang tidak berfungsi dengan

memuaskan, maka Kerajaan boleh mengenakan denda terhadap Kontraktor tidak melebihi harga Barang itu.

28.2 Dalam tempoh jaminan, Kontraktor hendaklah menggantikan Barang-Barang yang didapati rendah mutu atau cacat. Jaminan yang serupa ke atas Barang-Barang yang diganti adalah mulai dari tarikh penggantian.

FASAL 29 PAMPASAN

29.1 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan daripada dan terhadap segala bayaran tuntutan, belanja, gantirugi, tanggungan, kerugian dan pembicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau tidak dari perlanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itu dua (2) atau lebih dua (2) orang, maka tanggungan bagi mereka itu di bawah ini hendaklah disifatkan sebagai tanggungan yang dipikul bersama dan masing-masing.

29.2 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan terhadap apa-apa juga tindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Hak atau Rekabentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh kontrak ini) kerana mengguna atau menjual mana-mana juga barang-barang atau bahan yang dibekalkan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang Kerajaan mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran atau yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu. Dengan syarat gantirugi itu tidaklah dikenakan apa-apa juga


(20)

perlanggaran yang disebabkan oleh Kontraktor telah menurut reka bentuk atau arahan yang diberi oleh Kerajaan.

FASAL 30 IKLAN

Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telahpun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

FASAL 31 PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL

Kontraktor tidak boleh memajakkan atau membuat atau memberi sub-kontrak kecil terhadap Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.

FASAL 32 PEMBERIAN MILIK

Kontraktor tidak boleh memberi milik kontrak atau mana-mana bahagiannya atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dari atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan.

FASAL 33 BURUH

Dalam hal ini di mana bahagian barang atau barang-barang diperkilang dalam Malaysia, Kontraktor adalah dikehendaki mengambil pekerja hanya warganegara Malaysia yang mencerminkan pembahagian mengikut ras di semua peringkat untuk melaksanakan Perjanjian ini melainkan jika mereka dapat menunjukkan hingga memuaskan hati Kerajaan bahawa bilangan warganegara Malaysia dalam sesuatu peringkat, pertukangan atau kemahiran yang dikehendaki untuk menyempurnakan Perjanjian ini tidak dapat diadakan dengan secukupnya. Dalam hal-hal demikian Kontraktor mungkin dikehendaki mengemukakan penyata-penyata berkenaan dengan pekerja-pekerja yang diambil bekerja olehnya pada melaksanakan kontrak-kontrak Kerajaan yang mungkin diminta dari semasa ke semasa oleh Jabatan Buruh bagi negeri di mana Perjanjian ini sedang ditunaikan dan jika sekiranya ia mengemukakan penyata-penyata palsu, maka bolehlah ia dikenakan penalti dengan dibatalkan pendaftarannya sebagai seorang Kontraktor Kerajaan.


(21)

FASAL 34 FORCE MAJEURE

34.1 Kerajaan dan Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan seperti rusuhan dan kekacauan awam, mogok, kebakaran, bah, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang seumpama yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak. Jika berlaku keadaan sedemikian sehingga menyebabkan mana-mana pihak tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua pihak.

34.2 Kontraktor hendaklah membuktikan bahawa kejadian ‘Force Majeure’ betul-betul berlaku sebelum Kontraktor dapat melepaskan tanggungjawabnya mengikut Fasal 34.1.

FASAL 35 PENAMATAN PERJANJIAN

35.1 Kerajaan boleh dengan memberi notis bertulis kepada Kontraktor menamatkan Perjanjian ini jika

35.1.1. Kontraktor melakukan perlanggaran terhadap mana -mana syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; atau 35.1.2. Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau

apabila Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsi firma itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya, atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau jika Kontraktor itu adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atau mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang sipiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan; atau

35.1.3. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (samaada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan perbuatan rasuah dengan syarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak


(22)

Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirosak dan lain-lain hak yang sedia ada.

35.2 Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian di bawah Fasal ini di dalam keadaan-keadaan lain selain daripada yang tersebut di bawah Fasal Kecil (1) di atas.

FASAL 36 CARA-CARA PENAMATAN PERJANJIAN

36.1. Perjanjian ini mengikat kedua-dua belah pihak untuk mematuhi kehendak dan semangat Perjanjian ini sepenuhnya kecuali sesudah Perjanjian ini dimansuhkan dengan cara memberi notis untuk menamatkan Perjanjian tersebut oleh mana-mana satu pihak kepada pihak yang lain dengan secara bertulis tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh Perjanjian ini hendak ditamatkan.

36.2. Sungguhpun ada terdapat syarat penamatan Perjanjian seperti di atas, Kerajaan adalah berhak sepenuhnya untuk

menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa sekiranya pada hemat Kerajaan, perkhidmatan yang diberikan oleh Kontraktor tidak memuaskan.

FASAL 37 KELELAPAN BON PELAKSANAAN

Dalam hal di mana Kontraktor melakukan perlanggaran terhadap tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini atau di mana Kerajaan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35, Bon Pelaksanaan seperti yang disebutkan dalam Fasal 8 atau apa-apa bahagian daripadanya yang Kerajaan fikirkan patut bolehlah dilelapkan kepada Kerajaan. Kontraktor bersetuju sepenuhnya bahawa sekiranya Kerajaan mengambil tindakan demikian maka Kontraktor tidak berhak mencabar Kerajaan di bawah mana-mana peruntukan Undang-undang yang berkuatkuasa.

FASAL 38 DUTI SETEM

Apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini akan ditanggung oleh Kontraktor.

FASAL 39 UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia.


(23)

Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.

FASAL 41 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN DAN TIMBANG TARA

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa Perjanjian, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah jika selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan dan diputuskan secara timbangtara mengikut ‘Rules For Arbitration Of The Kuala Lumpur Regional Centre For Arbitration’.

FASAL 42 INDEMNITI

Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liability untuk apa-apa ganti rugi atau pampas an kepada sesiapa-apa yang berada dalam pengajian Kontraktor atau sesiapa yang lain mengakibatkan kerosakan kepada harta benda seseorang atau kecederaan, maut atau tidak, atau kerugian yang dihadapi oleh orang yang sedemikian melainkan kerosakan, kecederaan atau kerugian itu berakibat dari mana-mana tindakan atau keingkaran Kerajaan, pekerja-pekerjanya atau agennya yang mana Kerajaan akan dijadikan bertanggungan dari segi undang-undang. Kontraktor hendaklah mengindemnitikan Kerajaan berkaitan dengan tuntutan-tuntutan terhadap Kerajaan bagi kecederaan atau kerugian yang dihadapi oleh orang tersebut dan kerosakan kepada harta benda termasuk harta benda Kerajaan, yang mungkin timbul akibat dari kecuaian, peninggalan atau keingkaran Kontraktor, pekerjanya, agen-agennya atau Kontraktor-Kontraktor Kecil yang diberi kuasa atau sebarang keadaan yang di bawah kawalannya.

FASAL 43 LIKUIDASI

Jika Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau apabila Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau sesuatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah suatu Syarikat, meluluskan, suatu ketetapan, atau mahkamah membuat suatu perintah, agar Syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi


(24)

pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah membuat suatu perintah penggulungan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan yang terakru di bawah Perjanjian ini.

FASAL 44 LATIHAN

Kontraktor hendaklah menganjurkan latihan di luar negara dan kos latihan adalah menjadi sebahagian daripada nilai perjanjian ini sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 1.

FASAL 45 PENAFIAN

45.1 Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.

45.2 Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh Kerajaan.

FASAL 46 MERAHSIAKAN MAKLUMAT

46.1. Kontraktor di dalam membuat pembekalan tersebut hendaklah pada setiap masa mematuhi peruntukan-peruntukan berikut:-46.1.1. Tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberi

kepadanya, ejennya dan pekerjanya untuk membuat pembekalan tersebut bagi mendapatkan sesuatu benda, suratan atau tempat pembekalan tersebut diadakan.

46.1.2. Sesuatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang diperoleh dengan sebab kewajipannya sebagai pembekal tersebut hendaklah dikawal dan dijaga keselamatan atau kerahsiaan benda, suratan, atau maklumat rasmi.

46.1.3. Tanpa kebenaran yang sah, tidak boleh membantu atau membenarkan seseorang lain memiliki sebarang benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau tempat di mana bekalan dibuat.

46.1.4. Jika dapat memiliki sesuatu benda atau suratan rasmi sama ada dengan menjumpainya atau dengan cara lain, hendaklah memulangkannya dengan serta-merta kepada seseorang pegawai awam yang bertugas di pejabat di mana bekalan dibuat.


(25)

46.1.5. Tanpa kuasa yang sah, tidak boleh memiliki sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meteri atau cap yang berkaitan dengan tempat di mana bekalan telah, sedang dan akan dilakukan.

46.2. Kegagalan mematuhi kehendak peruntukan-peruntukan di bawah Fasal 46.1, Kontraktor boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau ditamatkan Perjanjiannya atau didakwa dan ditamatkan Perjanjiannya itu kedua-duanya.

FASAL 47 HAK MILIK DOKUMEN-DOKUMEN PERJANJIAN

Dokumen Perjanjian ini hendaklah sentiasa menjadi hak milik Kerajaan dan hendaklah ditunjukkan apabila dan ketika diperlukan oleh Kerajaan. Kerajaan hendaklah membekalkan kepada Kontraktor satu (1) salinan Perjanjian ini yang telah ditandatangani.

FASAL 48 PEMBERIAN TIDAK JUJUR DAN PEMBAYARAN KOMISEN

48.1. Pihak Kontraktor adalah dilarang dari membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi mana-mana pegawai Kerajaan apa-apa pemberian, sebarang bentuk balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk atau kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan yang berkait rapat dengan perolehan atau perlaksanaan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia. 48.2. Jika didapati berlakunya pelanggaran syarat ini oleh pihak

Kontraktor, ejen atau pekerja-pekerjanya (sama dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) berhubung dengan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan sehingga terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 maka pihak Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian ini dan mendapatkan apa-apa gantirugi dari Kontraktor yang timbul akibat penamatan Perjanjian ini.

FASAL 49 PENYEDIAAN MAKLUMAT

49.1. Kontraktor dikehendaki menyediakan kepada Kerajaan apa-apa maklumat berhubung dengan Barang-Barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini apabila diperlukan oleh pihak Kerajaan. 49.2. Dalam tempoh kuatkuasa Perjanjian, Kontraktor dikehendaki

menyediakan maklumat mutakhir ke atas sebarang modifikasi atau perubahan bentuk yang telah dibuat kepada Barang-Barang tersebut.


(26)

FASAL 50 SURAT-MENYURAT

50.1. Sebarang notis, permintaan, keperluan, kebenaran, persetujuan, keizinan atau komunikasi lain yang diperlukan, dikuasakan, dibenarkan atau diniatkan untuk diberikan di bawah ini oleh Kontraktor kepada Kerajaan mestilah secara bertulis, ditandatangani oleh atau bagi pihak Kontraktor dan akan dianggap telah diberikan, sekiranya dengan penyerahan tangan, kepada wakil Kerajaan, atau diposkan melalui pos berdaftar atau dihantar melalui faks kepada alamat berikut:

SETIAUSAHA BAHAGIAN PEROLEHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

ARAS 4, BLOK D1, KOMPLEKS D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62546 PUTRAJAYA

Tel : 03-8886 8295

Faks : 03-8881 0184

Sebarang notis, permintaan, keperluan, kebenaran, persetujuan, keizinan atau komunikasi lain yang diperlukan, dikuasakan, dibenarkan atau diniatkan untuk diberikan di bawah ini oleh Kerajaan kepada Kontraktor mestilah secara bertulis, ditandatangani oleh atau wakil Kerajaan dan akan dianggap telah diberikan, sekiranya dengan penyerahan tangan, kepada wakil Kontraktor, atau diposkan melalui pos berdaftar atau dihantar melalui faks kepada alamat berikut:

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

Tel : XXX

Faks : XXX

50.2. Pertukaran alamat kontraktor sekiranya ada, hendaklah diberitahu oleh kontraktor kepada kerajaan secara bertulis dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pertukaran alamat. Sebarang pertukaran alamat dan/atau entiti di pihak Kontraktor hendaklah diberitahu secara bertulis seberapa segera kepada Kerajaan.

FASAL 51 PINDAAN PERJANJIAN

51.1 Sebarang pindaan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dipersetujui sepenuhnya serta ditandatangani bersama oleh kedua-dua pihak dalam bentuk


(27)

Perjanjian Tambahan Pindaan itu hendaklah diikuti dan dibaca sebagai sebahagian dari Perjanjian ini.

FASAL 52 JADUAL

Jadual – Jadual hendaklah dibacakan, ditafsirkan dan dijadikan sebahagian daripada Perjanjian ini.


(28)

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS, pihak-pihak disini telah menandatangani kontrak ini pada tarikh sepertimana di muka surat 1 di atas.

Ditandatangani : - )

)

Untuk dan bagi pihak )………..

Kerajaan Malaysia * )

Dihadapan : )

Tandatangan Saksi : ……….

Nama Penuh Saksi :………..

Jawatan :………..

No. Kad Pengenalan :………..

Ditandatangani :- )

)

Untuk dan bagi pihak )……….

Kontraktor ) (Nama dan Cop Syarikat)

Di hadapan :- )

Tandatangan Saksi :………..

Nama :……….

Jawatan :……….

No. Kad Pengenalan :……….

* Ditandatangani oleh Menteri atau Pegawai Kerajaan yang telah diperuntukan kuasa mengikut Seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan 1949.


(29)

JADUAL 1

NO. KONTRAK: KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA SURAT SETUJUTERIMA


(30)

JADUAL 2

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(31)

JADUAL 3

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(32)

JADUAL 4

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(33)

JADUAL 5

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(34)

JADUAL 5

SIJIL PENGESAHAN & PENERIMAAN

Barang-barang yang dihantar telah diperiksa dan didapati menepati spesifikasi sepertimana yang telah ditetapkan. Dengan ini kami mengesahkan bahawa barang-barang tersebut dalam keadaan baik dan memuaskan.

Tarikh pemeriksaan dan penerimaan : ………..

Untuk dan bagi pihak Kerajaan

Nama/Jawatan/Cop Jabatan Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….

Untuk dan bagi pihak XXX

Nama/Jawatan/Cop Syarikat Tandatangan

1. ……….. ………


(35)

JADUAL 6

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(36)

JADUAL 6

SIJIL PENGESAHAN PERKHIDMATAN

Kerajaan dengan ini mengesahkan telah menerima dan mentauliah Barang-barang yang telah dibekalkan oleh Kontraktor dengan baik, sempurna dan memuaskan sepertimana yang telah dipersetujui.

Tarikh penerimaan dan pentauliahan : ………..

Untuk dan bagi pihak Kerajaan

Nama/Jawatan/Cop Jabatan Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….

Untuk dan bagi pihak XXXX

Nama/Jawatan/Cop Syarikat Tandatangan

1. ……….. ………


(37)

JADUAL 7

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(38)

JADUAL 7

SIJIL PENERIMAAN DAN PENTAULIAHAN

Barang-barang yang dihantar telah diperiksa dan didapati menepati spesifikasi sepertimana yang telah ditawarkan. Dengan ini kami mengesahkan bahawa barang-barang tersebut dalam keadaan baik dan memuaskan

:-Tarikh pemeriksaan dan penerimaan ………..

Untuk dan bagi pihak Kerajaan

Nama/Jawatan/Cop Jabatan Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….

Untuk dan bagi pihak XXX

Nama/Jawatan/Cop Syarikat Tandatangan

1. ……….. ………


(39)

JADUAL 8

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(40)

JADUAL 8 PERKIRAAN DENDA KERANA PENYERAHAN LEWAT

Perjanjian : Ruj. Fail :

Perkara :

Kontraktor :

Harga Seunit :

Jumlah Harga :

Nombor & Tarikh

Pesanan :

Kuantiti Pesanan :

Tarikh Penyerahan yang Ditetapkan : Tarikh Penyerahan di dalam Perjanjian :

Tarikh Penyerahan Bekalan Nombor Delivery Order/Air Way

Bill/ Bill of Loading Kuantiti Jumlah Harga (RM) Peratus Denda Dalam Tempoh 30 Hari Kelewatan (Hari) Denda (Nilai Wang) (RM)

Formula: Denda = Nilai Bekalan (Pesanan) x Peratus Denda x Bilangan Hari Lewat

30 Hari

Tarikh: …..……….

( )

b.p. Ketua Setiausaha,


(1)

JADUAL 6

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(2)

Kerajaan dengan ini mengesahkan telah menerima dan mentauliah Barang-barang yang telah dibekalkan oleh Kontraktor dengan baik, sempurna dan memuaskan sepertimana yang telah dipersetujui.

Tarikh penerimaan dan pentauliahan : ………..

Untuk dan bagi pihak Kerajaan

Nama/Jawatan/Cop Jabatan Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….

Untuk dan bagi pihak XXXX

Nama/Jawatan/Cop Syarikat Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….


(3)

JADUAL 7

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(4)

Barang-barang yang dihantar telah diperiksa dan didapati menepati spesifikasi sepertimana yang telah ditawarkan. Dengan ini kami mengesahkan bahawa barang-barang tersebut dalam keadaan baik dan memuaskan

:-Tarikh pemeriksaan dan penerimaan ………..

Untuk dan bagi pihak Kerajaan

Nama/Jawatan/Cop Jabatan Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….

Untuk dan bagi pihak XXX

Nama/Jawatan/Cop Syarikat Tandatangan

1. ……….. ………

2. ……….. ……….


(5)

JADUAL 8

NO. KONTRAK : KDN/PL/PDRM/XXX/XXXX

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SECARA PREVENTIVE DAN CORRECTIVE, PEMBAHARUAN LESEN CONTENT FILTERING DAN DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DAN AGENSI/JABATAN DI BAWAHNYA


(6)

Perjanjian : Ruj. Fail :

Perkara :

Kontraktor :

Harga Seunit : Jumlah Harga : Nombor & Tarikh

Pesanan :

Kuantiti Pesanan :

Tarikh Penyerahan yang Ditetapkan : Tarikh Penyerahan di dalam Perjanjian :

Tarikh Penyerahan Bekalan Nombor Delivery Order/Air Way

Bill/ Bill of Loading Kuantiti Jumlah Harga (RM) Peratus Denda Dalam Tempoh 30 Hari Kelewatan (Hari) Denda (Nilai Wang) (RM)

Formula: Denda = Nilai Bekalan (Pesanan) x Peratus Denda x Bilangan Hari Lewat

30 Hari

Tarikh: …..……….

( )

b.p. Ketua Setiausaha,

KEMENTERIAN DALAM NEGERI