Semua pakej untuk barangan utama mestilah dilabelkan atau

FASAL 10 PEMERIKSAAN Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk bebas bagi maksud pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke kawasan di mana barang-barang itu sedang diperkilang atau disimpan. Pegawai-pegawai yang berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan bertulis oleh Kementerian Dalam Negeri. FASAL 11 PEMBUNGKUSAN DAN PENANDAAN 11.1 Barang-Barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini akan dibungkus mengikut keperluan Piawaian Pembungkusan Perdagangan Standard Commercial Packing bagi mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang mungkin berlaku semasa ia diangkut atau semasa dalam penghantaran. Pembungkusan hendaklah tahan kepada cara pengendalian yang kasar, perubahan cuaca yang ketara, karam dan mendapan semasa perjalanan dan penyimpanan secara terbuka. Bentuk, saiz dan berat bungkusan bagi Barang-Barang yang perlu dihantar ke destinasi yang tidak mempunyai sistem perhubungan yang sesuai perlu juga diambil kira. 11.2 Semua bekas-bekas, termasuk peti-peti pakej, kotak-kotak, tin- tin, tong-tong dram dan pembalut-pembalut yang dibekalkan oleh Kontraktor bersama-sama dengan Barang-Barang adalah tidak boleh dipulangkan dan kosnya adalah diambil kira sebagai termasuk dalam Harga Perjanjian.

11.3 Semua pakej untuk barangan utama mestilah dilabelkan atau

pada sekurang-kurangnya dua 2 sisi bungkusan untuk menunjukkan tanda-tanda pengenalan Kerajaan Polis Diraja Malaysia, nombor pesanan, destinasi, nombor bahagian, jumlah dan berat untuk barangan berat yang mengandungi lebih dari satu pakejpeti. 11.4 Semua barangan yang tercerai mestilah mempunyai tanda pengenalan yang menyatakan nombor bahagian Barang- Barang pek utamanya sekiranya barangan itu dibungkus. 11.5 Komponen-komponen kecil mestilah dibungkus karton, kertas minyak atau selofan yang berkualiti piawaian. 11.6 Komponen-komponen bersaiz besar dan pemasangan kecil mestilah dibungkus dalam karton-karton yang kuat atau peti-peti kayu dan dibungkus secara berasingan dan tidak dicampurkan di dalam satu karton atau peti. 11.7 Semua peti-peti atau kotak-kotak kayu mestilah kukuh, tidak dimakan anai-anai atau tikus dan mempunyai kemudahan untuk membenarkan penggunaan alat bantu pengangkutan. 5 11.8 Barangan kaca dan barangan mudah pecah atau komponen- komponen mestilah dibungkus secara yang patut untuk daripada pecah atau rosak. 11.9 Komponen getah mestilah dipelihara dengan French chalk talc. 11.10 Bahagian besi yang terdedah kepada karat mestilah dipelihara dengan bahan awet yang sesuai atau pemeliharaan berlilin. 11.11 Semua barangan dan komponen-komponen yang dibungkus secara tanpa pergerakan barangan dan komponen-komponen tersebut semasa disimpan atau sedang bergerak. FASAL 12 PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN 12.1 Semua urusan pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang import Percuma Atas Kapal’P.A.K’ Kerajaan hendaklah diuruskan oleh wakil penghantaran Kerajaan sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas tambang muatan dan menjelaskan semua bil yang terlibat. Selain dari arahan ataupun kelulusan Kerajaan, Kontraktor adalah tidak dibenarkan menggunakan agen penghantaran sendiri. Kerajaan akan menentukan sama ada penghantaran Barang-Barang dibuat melalui udara, laut atau darat. 12.2 Di mana Kerajaan atau wakil penghantaran Kerajaan gagal menyediakan kapal pengangkut untuk muatan dalam tempoh yang telah disyaratkan atau kelewatan telah melebihi tiga puluh 30 hari, Kontraktor boleh dengan persetujuan Kerajaan menguruskan pengangkutan ke Malaysia dengan kapal yang layak berlayar Seaworthy pada kadar kos yang sebenar. Kerajaan boleh menimbangkan cadangan dari Kontraktor sekiranya Kontraktor bercadang untuk menguruskan pengangkutan sendiri dengan syarat tambang, insurans dan lain-lain ditanggung oleh Kontraktor. 12.3 Semua urusan dan kos pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang ex-stocktempatanbersih hendaklah diuruskan oleh Kontraktor. 12.4 Kontraktor akan mengambil semua langkah-langkah perlu untuk memastikan bahawa Barang-Barang yang dipesan oleh Kerajaan dihantar dengan secepat mungkin agar tidak memudaratkan kehendak-kehendak Kerajaan. 12.5 Sekiranya Kontraktor tidak berupaya untuk menghantar sebarang Barang-Barang tersebut dalam tempoh penghantaran yang ditetapkan, Kontraktor akan, secepat mungkin dan tidak melebihi tiga puluh 30 hari daripada tarikh tamatnya tempoh 6 penghantaran, memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis alasan-alasan kelewatan atau boleh menyebabkan kelewatan. Sekiranya alasan untuk kelewatan adalah munasabah dan diterima oleh Kerajaan, tempoh untuk penghantaran akan dilanjutkan kepada satu masa yang munasabah. Sekiranya Kontraktor gagal menghantar Barang-Barang dalam masa dilanjutkan dan kelewatan adalah bukan atas alasan-alasan yang ditetapkan dalam Fasal 34, ganti rugi jumlah tertentu akan dikenakan mengikut Fasal 27. FASAL 13 INSURANS 13.1 Kerajaan akan mengambil sendiri perlindungan insurans untuk semua Barang-Barang import yang dibeli. Walau bagaimanapun, jika Kontraktor menguruskan sendiri penghantaran Barang-Barang, maka Kontraktor adalah bertanggungjawab mengambil perlindungan insurans tersebut. 13.2 Sebaik sahaja Barang-Barang telah dihantar dan dimuatkan ke atas kapal pengangkut, Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan dan wakil penghantaran Kerajaan dengan faksteleks mengenai tarikh Barang dimuat ke atas kapal, nilai Barang-Barang, butiran dalam bungkusan setiap konsainan, nama dan maklumat mengenai kapal pengangkut. 13.3 Sekiranya Kontraktor gagal mematuhi Fasal 13.2 di atas dan konsainan didapati hilang, rosak atau musnah semasa pengangkutanpenghantaran, Kontraktor dikehendaki membayar ganti rugi kepada Kerajaan sepenuhnya nilai konsainan yang hilang, rosak atau musnah. FASAL 14 PENYERAHAN 14.1. Barang-barang hendaklah diserahkan mengikut tempoh penyerahan seperti ditetapkan di bawah Jadual 2 kepada Perjanjian ini. 14.2 Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 14.1 hendaklah dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis. 14.3 Kontraktor hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua 2 salinan surat penyerahan bersama dengan tiap-tiap satu 1 penyerahan barang-barang dan satu 1 salinannya akan diperakuterima dan dikembalikan kepada Kontraktor apabila barang-barang diterima. 14.4 Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap penyerahan barang-barang memberi satu perakuan bertulis bahawa kualiti barang-barang yang dihantarkan itu tidak kurang daripada kualiticontoh seperti yang dipersetujui. 7 FASAL 15 PEMERIKSAAN DAN PENERIMAAN 15.1 Barang-Barang akan diperiksa oleh wakil-wakil Kerajaan apabila barangan sampai di premis-premis. Jika semasa pemeriksaan Barang-Barang didapati rosak, cacat atau rendah mutu, jumlah tertakluk kepada peruntukan penghantaran separa, prestasi atau berlainan bentuk atau bahan dan spesifikasi-spesifikasi, Kerajaan akan menolak Barang-Barang tersebut dan Kontraktor akan mengganti Barang-Barang itu atas perbelanjaan sendiri selepas penerimaan notis penolakan. 15.2 Kontraktor akan mengeluarkan Barang-Barang yang ditolak dalam empat belas 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan notis penolakan. Sekiranya Kontraktor gagal mengeluarkan Barang-Barang dalam tempoh tersebut, Kerajaan bebas untuk mengembalikan Barang-Barang yang ditolak atau mana-mana bahagiannya atas risiko dan perbelanjaan Kontraktor. 15.3 Kegagalan menggantikan Barang-Barang yang ditolak dalam masa yang ditetapkan dalam Fasal 15.2 akan dianggap sebagai satu kelewatan untuk menyempurnakan pembekalan danatau penghantaran barangan tersebut dan Kontraktor akan membayar ganti rugi jumlah tertentu kepada Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 24. 15.4 Penerimaan oleh Kerajaan akan terbukti melalui penyerahan kepada Kontraktor pada masa penghantaran dan penerimaan satu 1 Sijil Pemeriksaan dan Penerimaan oleh Kerajaan seperti di Jadual 5. 15.5 Apa-apa penerimaan oleh Kerajaan atau penghantaran dan bayaran untuk mana-mana Barang-Barang tidak akan menghalang penolakan barangan tersebut oleh Kerajaan apabila selepas itu, pada bila-bila masa, ianya didapati cacat, rosak atau rendah mutu atau prestasi atau berlainan bentuk atau bahan dari spesifikasi yang tidak dapat ditemui selepas pemeriksaan yang munasabah. FASAL 16 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENERIMAAN SELEPAS PENYERAHAN 16.1 Kontraktor bersetuju selepas penyerahan di PTJTapakPremis Pengguna berkenaan, penerimaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan ujian penerimaan. Pemeriksaan dan ujian penerimaan akan dilakukan oleh wakil pihak Kerajaan dan wakil pihak Kontraktor. Sekiranya wakil dari pihak Kontraktor tidak dapat hadir di dalam pemeriksaan dan ujian penerimaan, Kontraktor tidak berhak mempersoalkan Sijil Pemeriksaan dan Penerimaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. 8 FASAL 17 PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN JIKA BERKAITAN 17.1 Sebagai tambahan kepada Klausa 16 di atas, bagi Barang- Barang yang perlu dipasang dan ditauliah, kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan hendaklah dibuat dalam tempoh Perjanjian. Kontraktor hendaklah menyediakan dan mengisi empat 4 salinan Sijil Pemasangan dan Pentauliahan. Sijil ini akan ditandatangani setelah Kerajaan berpuas hati bahawa Barang-Barang tersebut telah dipasang dan ditauliahkan dengan sempurnanya.

17.2 Tanpa menjejaskan hak Kerajaan di Fasal 17.1, Kerajaan