Tanpa menjejaskan hak Kerajaan di Fasal 17.1, Kerajaan Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerahkan

FASAL 17 PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN JIKA BERKAITAN 17.1 Sebagai tambahan kepada Klausa 16 di atas, bagi Barang- Barang yang perlu dipasang dan ditauliah, kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan hendaklah dibuat dalam tempoh Perjanjian. Kontraktor hendaklah menyediakan dan mengisi empat 4 salinan Sijil Pemasangan dan Pentauliahan. Sijil ini akan ditandatangani setelah Kerajaan berpuas hati bahawa Barang-Barang tersebut telah dipasang dan ditauliahkan dengan sempurnanya.

17.2 Tanpa menjejaskan hak Kerajaan di Fasal 17.1, Kerajaan

berhak menangguhkan tarikh penghantaran. Kontraktor akan dimaklumkan oleh Kerajaan tarikh sebenar Barang-Barang tersebut akan dihantar. 17.3 Penangguhan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak tertakluk kepada Denda Lewat. FASAL 18 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG ROSAK ATAU RENDAH KUALITI

18.1 Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerahkan

barang-barang yang rosak atau rendah kualiti daripada contoh atau penentuan-penentuan kepada Perjanjian ini, Kerajaan boleh sama ada: 18.1.1. Menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35; atau 18.1.2. Menolak barang-barang itu dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35; atau 18.1.3. Menolak barang-barang itu dan meminta pengganti barang-barang itu yang mana hendaklah diserahkan oleh Kontraktor dalam tempoh tiga puluh 30 hari selepas permintaan itu. Jika pengganti barang-barang itu tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, Kerajaan boleh membeli barang-barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain dengan syarat sentiasa bahawa jika kos bagi punca-punca lain melebihi harga dalam Jadual 2 kepada Perjanjian ini, Kontraktor boleh dikenakan membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan. 18.1.4. Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerah kan barang-barang yang rosak atau yang rendah kualitinya kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin menolak barang-barang itu oleh sebab barang-barang itu telah dipakai atau digunakan sebelum diketahui rosak atau rendah kualitinya atau oleh sebab Kerajaan 9 telah terpaksa kerana keadaan menerima barang- barang itu, Kerajaan boleh membuat tuntutan pampasan dari Kontraktor sama banyak dengan nilai barang-barang yang dipesan itu. 18.1.5. Jika selepas barang-barang dihantar, Kerajaaan mendapati barang-barang yang telah dibekalkan bukan barang-barang semasa, baru dan tulen serta belum digunakan, Kerajaan boleh sama ada menyimpan atau menolak barang-barang yang dibekalkan dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35, dan Kontraktor adalah bertanggungjawab membayar kepada Kerajaan pampasan sebanyak nilai barang- barang yang dibekalkan tidak kira sama ada Kerajaan menamatkan kontrak ini atau tidak. FASAL 19 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT DISERAHKAN

19.1 Bagi hal Barang-Barang yang terlewat diserahkan oleh