Falsafah Mengapa Tingkah laku Seksual Terjadi?

Penulis juga berpandangan bahawa masalah tabiat seksualiti merupakan masalah bersama sejagat. Masalah ini bukan masalah yang dihadapi oleh seseorang individu, ibu bapa, keluarga mahupun komuniti, sebaliknya ia masalah bersama yang melibatkan seluruh masyarakat supaya mempunyai keinginan yang sama dan bersama memikirkan untuk mencegah, menangani dan melawan penyakit social tersebut. Justeru itu, Islam menyatakan penyakit social merupakan masalah sesuatu kaum atau maslahah ummah yang perlu dihadapi bersama. Maka disini sukalah penulis memberi analogi bahawa masalah social ini boleh dikatakan sama seperti masalah atau isu yang dihadapi dalam alam sekitar. Ia perlu difahami dan dihayati bersama, dan bukannya bersifat individualistic. 1.2 Falsafah Mengapa Tingkah laku Seksual Terjadi? Dalam buku ini, bab-bab seterusnya akan menceritakan perkembangan tingkah laku penyelewengan seks yang bermula dari Barat baik menerusi perkembangan mahu pun kajian- kajian kes dari Negara Barat. Namun, penulis dalam bab terawal ini cuba memberi gambaran mengapa dan bagaimana seks bebas ini bermula dan terjadi sehingga akhirnya menjadi budaya dan tabiat kanak-kanak, remaja dan orang dewasa masa kini. 3 Terdapat banyak factor-faktor yang menyumbang terjadinya permasalahan social yang berkait dengan penyelewengan tingkah laku seksual. Faktor-faktor ini amat berkait dengan diri kita seharian disamping factor-faktor yang mencetuskan serta mendorong perbuatan ini terjadi. Antara factor-faktor yang dikenal pasti adalah seperti berikut; i. Perubahan Struktur Demografi – Lelaki dan wanita kini sama-sama berkerjaya sehingga memberi impak kepada kurangnya kemesraan masa bersama ii. Mobiliti Penduduk – Pasangan suami dan isteri tinggal berjauhan iii. Akses internet dan arus media massa – Kecanggihan internet tanpa sempadan membawa implikasi terdedah hubungan social semakin luas iv. Perubahan Sosiologi – Perceraian sudah menjadi perkara biasa kerana factor hubungan lelaki dan wanita yang bebas berjumpa dan berkomunikasi v. Tekanan stress kerja – Situasi kini yang semuanya inginkan sesuatu perkara dengan cepat mengakibatkan pasangan lelaki dan wanita yang bekerja stress. Stress memberi gangguan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh, sehingga memberi kesan kepada minda yang letih. Kajian banyak menunjukkan minda dan tubuh yang letih memberi kesan kepada pasangan untuk tidak bersemangat dalam menempuh seksualiti begitu juga dengan stress turut memberi kaitan dengan masalah pra ejakulasi awal lelaki yang akhirnya boleh mencetuskan masalah rumah tangga. Justeru, masalah timbul apabila ada pasangan yang mengambil keputusan untuk mendapat khidmat seks terlarang daripada GRO sebagaimana yang sering dikhabarkan dalam media cetak dan televisyen. Ada 3 persoalan yang ingin diajukan kepada pembaca? i. Apakah masalah seksual tiba-tiba terjadi? ii. Apakah disebalik fenomena hendonisme? Apakah agenda hiburan yang melampau melanda masyarakat hari ini mempunyai kaitan dengan seksualiti. iii. Apa yang tersirat disebalik agenda Negara Barat? 4

1.3 Kesan Revolusi Seksual 1910