1.3        Kesan Revolusi Seksual 1910
Ahli Falsafah Barat, Kneler 1946 pernah berkata bahawa pada awalnya masyarakat Barat mengutamakan nilai dalam kehidupan sesebuah keluarga. Mereka berpegang kepada suatu
dogma yang membawa maksud sesuatu generasi itu berpegang kepada nilai yang baik, benar dan cantik. Tidak kiralah apa generasi sekali pun, dari satu generasi ke satu generasi dogma
pegangan   nilai   tersebut   harus   kekal   dipegang   bersama   dalam   kehidupan   masyarakat. Golongan ini dikenali sebagai golongan idealis kerana sifatnya yang berpegang kepada nilai
yang mutlak, berguna dalam masyarakat dan ini merupakan suatu yang amat berharga.
Golongan idealis Barat berpegang kepada nilai sesebuah keluarga
Revolusi Seksual Bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1910
5
Dalam tahun 1910, berlaku revolusi seksual di Amerika Syarikat yang melihat pertembungan nilai antara masyarakat yang berpegang kepada tradisi ajaran Kristian dan pada masa yang
sama terdapat segolongan kumpulan yang bangkit memperjuangkan masyarakat yang bebas,
menerima kebebasan  amalan konsep “Free Love. Pergerakan golongan akhirnya pada
tahun  1940an-50an,   mereka   mahu   meneroka   badan   dan   minda,   serta   membebaskan   diri
daripada batasan dan inginkan konsep Freedom dalam kehidupan. Dendan meneroka badan
dan minda ini hidup mereka semakin bebas dengan tujuan untuk memahami fungsi badan manusia tanpa mengira pasangan jantina seks untuk bebas melakukan seks antara satu sama
lain.
Revolusi Seksual Memberi Impak Besar Sehingga Pasangan Memilih Untuk Hidup Bujang
Revolusi Seksual memberi kesan yang hebat ke atas sosio budaya dan kesejehateraan hidup masyarakat. Revolusi inilah yang akhirnya mencetuskan bermulanya amalan seks bebas, gay,
lesbian, homoseksual, sumbang mahram sehingga mencetuskan masyarakat yang kucar kacir kerana   melahirkan   bermulanya   masyarakat   yang   tidak   berpegang   kepada   nilai   moral   atau
keagamaan. Adalah dilaporkan bahawa revolusi seksual akhirnya membawa kesan-kesan berikut ke dalam masyarakat Amerika Syarikat pada masa itu.
6
i. Lahir masyarakat individualistik – Mengutamakan diri sendiri dari segi kehidupan
dan kejayaan berbanding hidup berkeluarga ii.
Kadar perceraian meningkat 1910 – Apabila manusia tidak berpegang kepada nilai maka   ini   memberi   tiket   untuk   orang   lelaki   atau   orang   perempuan   membuat
eksperimen untuk mengenal pasangan masing-masing, mencari kesesuaian pasangan dengan melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan, dan menganggap perahwinan tidak
mempunyai makna kerana ia merupakan suatu komitmen kepada pasangan masing- masing.
iii. Ramai Memilih Gaya Hidup Bujang Tidak Berkahwin- Menerusi hidup bebas dan
moden, ramai golongan belia memilih gaya hidup bujang kerana disamping tiada komitmen, mereka boleh mengamalkan gaya hidup bebas untuk bertukar pasangan
dan pasangan seksual ini lebih mudah diurus kerana tiada komitmen.
1.4        Revolusi Seksual di Malaysia?