Revolusi Seksual di Malaysia? Kembali Ajaran Islam Dengan Menjauhi Perbuatan Mungkar

i. Lahir masyarakat individualistik – Mengutamakan diri sendiri dari segi kehidupan dan kejayaan berbanding hidup berkeluarga ii. Kadar perceraian meningkat 1910 – Apabila manusia tidak berpegang kepada nilai maka ini memberi tiket untuk orang lelaki atau orang perempuan membuat eksperimen untuk mengenal pasangan masing-masing, mencari kesesuaian pasangan dengan melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan, dan menganggap perahwinan tidak mempunyai makna kerana ia merupakan suatu komitmen kepada pasangan masing- masing. iii. Ramai Memilih Gaya Hidup Bujang Tidak Berkahwin- Menerusi hidup bebas dan moden, ramai golongan belia memilih gaya hidup bujang kerana disamping tiada komitmen, mereka boleh mengamalkan gaya hidup bebas untuk bertukar pasangan dan pasangan seksual ini lebih mudah diurus kerana tiada komitmen. 1.4 Revolusi Seksual di Malaysia? Perbuatan Seks Sering Di Lapor Dalam Akhbar Tempatan Pengamatan penulis sekali lagi mengaitkan kronologi yang berlaku di Barat dan kemudian cuba berfikir dalam konteks Malaysia. Maka timbul beberapa persoalan yang hampir sama iaitu; i. Kadar perceraian yang meningkat di kalangan orang Melayu beragama Islam ii. Ramai individu kini memilih hidup moden dengan mengamalkan gaya hidup bujang dan tidak mahu berkahwin 7 iii. Isu-isu seksual yang menjadi keutamaan akhbar dengan aktiviti pelacuran dan GRO boleh dikatakan setiap minggu dilaporkan dalam sebuah televisyen swasta dalam rancangan 999 iv. Tumbuhnya pusat kelab Gay dan Homoseksual disesetengah peringkat golongan elitis dan Kerajaan Persekutuan membenarkan tertubuhnya golongan Transgender di Malaysia Apakah Malaysia secara sedar atau tidak sedar mengalami sindrom Revolusi Seksual sebagaimana yang pernah berlaku di Barat suatu masa dahulu. Mungkin sebagai pembaca, kita boleh sama-sama fikirkan nasib dan halatuju bangsa dan agama selepas selesai membaca buku ini sehingga selesai.

1.5 Kembali Ajaran Islam Dengan Menjauhi Perbuatan Mungkar

Justeru dalam buku ini, penulis percaya dengan kembali kepada ajaran islam dengan bersungguh-sungguh sahaja dapat mencegah seseorang itu daripada terjebak ke dalam kancah yang lebih parah. Mencegah adalah satu cara yang sangat berkesan daripada mengubat, dan ini merupakan intipati yang terdapat dalam ajaran Islam. Kembali kepada ajaran Islam juga menuntut seseorang itu supaya menghayati kandungan al quran dan mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Dengan cara amalan yang bersungguh- sungguh sahaja dapat mencegah seseorang daripada terjebak ke dalam kancah yang lebih teruk itu. “Dan sesiapa yang memilih selain dari Islam, maka tidak diterima daripadanya dan mereka terdiri daripada orang yang rugi di hari akhirat kelak” Surah Al Imran, Ayat 85 Suatu persoalan yang menarik ialah selama beberapa kali menjalankan sesi kaunseling bersama klien-klien yang mempunyai masalah social. Penulis banyak kali menggunakan Pendekatan Kaunseling Perspektif Barat, malahan sesi kaunseling itu hanya berkesan pada peringkat sesi dan selepas klien kembali ke tempat asal. Tetapi apabila 3-4 minggu, tabiat dan perangai lama kembali berulang dan mereka sukar untuk pulih sepenuhnya daripada kancah 8 social berkenaan. Penulis turut banyak kali mencatat dan memeriksa klien yang rata-ratanya bukan tidak pandai mengurus diri mahupun keluarga sebaliknya diamati puncanya ialah amat jauh daripada cara hidup Islam. Amalan-amalan ini akan dikupas seterusnya dalam bab dalam buku ini dan hanya ditulis ringkas sahaja seperti tidak bersolat, bersolat tetapi tetap melakukan dosa maksiat, jahil tentang aurat lelaki dan perempuan, dan tidak mengendahkan sumber yang halal dalam pendapatan keluarga. Justeru itu, sebagai seorang Islam yang sering berhadapan dengan klien yang berlatarbelakang masyarakat Melayu dan ajaran Islam, penulis menegaskan dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya dapat merupakan solusi atau ubat yang mujarab untuk mengubati penyakit social yang berkait dengan tingkah laku seksualiti.

1.6 Pendekatan Kaunseling Kerohanian Sebagai Metode Rawatan